Pengkatalogan Lengkap Upsi Upload by Abdul Murad Abd Hamid

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 49

DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN MONOGRAF, BAHAN BERCETAK LAIN DAN BAHAN BUKAN BERCETAK PERPUSTAKAAN TUANKU

BAINUN 1.

LATAR BELAKANG
Dasar pengkatalogan dan pengkelasan adalah bertujuan untuk

menyeragamkan aktiviti proses dan pengkatalogan bahan yang terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun. Aktiviti pengkatalogan dan memproses bahan akan memastikan setiap bahan yang diperolehi di Perpustakaan Tuanku Bainun dikelaskan dan diberi nombor panggilan dan perkara mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa untuk kemudahan pengguna mengakses secara Perpustakaan Tuanku Bainun. 2. berkesan bahan-bahan yang ada di

SKOP
Dasar pengkatalogan dan pengkelasan merangkumi semua aktiviti yang berkaitan dengan pengkatalogan bahan monograf dan bahan bercetak lain dan bahan bukan bercetak yang diterima oleh Bahagian Pengkatalogan. Dasar ini diguna pakai oleh kakitangan Bahagian pengkatalogan bahan perpustakaan. Teknikal dalam

3.

OBJEKTIF
Objektif utama dasar ini ialah memastikan : 3.1 Menetapkan piawaian dan mengawal kualiti pengkatalogan dan pengkelassan bahan monograf, bahan-bahan bercetak lain dan bahan bukan bercetak di Perpustakaan Tuanku Bainun. 3.2 Pengkatalogan bahan monograf, bahan-bahan bercetak lain dan bahan bukan bercetak mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa. 3.3. Memastikan bahawa maklumat pada rekod bahan adalah lengkap dan tepat. 3.4 Menentukan maklumat yang diproses di dalam pangkalan data dapat diakses oleh pelanggan.

4.

MISI
Untuk memastikan bahan perpustakaan yang diterima di katalog dan diproses mengikut piawaian kebangsaan dan piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun.

5.

DEFINISI 5.1 BAHAN 5.1.1 MONOGRAF


Monograf adalah terdiri daripada buku atau terbitan yang khusus tentang sesuatu perkara atau beberapa kelas perkara, kadangkala dikeluarkan dalam beberapa jilid khas, terbitan tak berkala termasuk siri monograf.

A separate treatise on a single subjects or class subjects, or on one person, usually detailed in treatment but not extensive in scope and published often in containing series. In bibliographies.Frequently

cataloguing, any publication which is not serial. 1

5.1.2 BAHAN BERCETAK


Semua bahan bercetak termasuk peta, poster, carta, risalah, gambar (lukisan, lakaran, foto), kad imbasan dan skor muzik.

Prytherch, Ray. Harrods Librarians Glossary. 8th ed. England: Gower, 1995

i)

P eta
Gambaran berlakar tentang permukaan muka bumi dan sebahagiannya yang mengambarkan ciri-ciri tertentu sesuatu kawasan itu seperti sempadan geografi, sejarah, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.

ii)

P oster
Sekeping kertas yang tertera dengan gambar dan lain-lain keterangan tentang sesuatu.

iii)

Carta
Paparan yang mengandungi atau yang memberikan keterangan tentang hal atau kedudukan tertentu (misalnya mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, dll) dalam bentuk gambarajah graf, jadual, dll.

iv)

R isalah
Bahan dalam bentuk beberapa lembaran kertas sama ada diketip, dijahit atau dijilid ringkas yang mempunyai keterangan tentang sesuatu perkara.

v)

K ad im basan
Sekeping kad bercetak dengan perkataan, angka atau gambar bertujuan untuk selayang pandang.

vi)

P am plet A non-periodical publication of at least five but not more than 48 pages exclusive of the cover pages. It usually has an independent entity, not being a serial, but it may be one of a series of publications having a similarily of format or subject matter 2

vii)

Gam bar (luk isan, lakaran, foto)


Bahan berita bergambar yang memberi pengesahan sebagai bukti kejadian, kenyataan atau acara yang telah dikendalikan dalam bentuk gambarfoto atau lukisan.

viii)

Skor m uzik
Kertas yang mengandungi nota muzik.

Prytherch, Ray. Harrods Librarians Glossary. 8th ed. Englad: Gower, 1995

5.1.3 BAHAN BUKAN CETAK


Bahan bukan cetak pula terdiri dari semua bahan seperti transparensi, slaid, filem gulung, filem strip, cakera liut, cakera padat (CD-ROM), pita video dan pita audio. Kini bahan ini juga dikenali sebagai bahan multimedia. Semua bahan-bahan ini memerlukan penggunaan perkakasan lain seperti projector dan pemain cakera atau pita sebelum boleh digunakan.

5.2 KOLEKSI
5.2.1 KOLEKSI UMUM Bahan monograf dari pelbagai subjek yang merupakan koleksi utama perpustakaan. 5.2.2 KOLEKSI PENDIDIKAN MALAYSIA Bahan berkaitan dengan pendidikan di Malaysia dan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia samada diterbitkan di Malaysia atau di luar Malaysia. Contoh: Buku teks sekolah. 5.2.3 KOLEKSI RUJUKAN Bahan rujukan seperti kamus, atlas, bibliografi, buku istilah, almanak, direktori, ensaiklopedia, gazetier, indeks, abstrak, manual, thesaurus, biografi dan lain-lain Bahan yang berharga RM1,000.00 ke atas.

Bahan yang mempunyai set atau volume yang lengkap. 5.2.4 KOLEKSI TERHAD Bahan yang mengandungi tulisan atau illustrasi yang kontroversi dan mungkin menyinggung sentimen agama dan budaya. Contoh: Bahan yang mengandungi banyak gambar atau

ilustrasi manusia separa/ tidak berpakaian (tidak termasuk bahan berkaitan bidang perubatan atau bidang seni dan lainlain jika difikirkan perlu oleh pustakawan).

5.2.5 KOLEKSI TANDA MERAH Bahan yang disenaraikan oleh pensyarah di dalam senarai bacaan bagi sesuatu subjek yang diajar. 5.2.6 KOLEKSI HARAM Bahan yang diharamkan oleh kerajaan tetapi penting untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. 5.2.7 KOLEKSI AKTA Bahan akta dan undang-undang kanun. Tidak termasuk bahan ilmiah mengenai isu undang-undang. 5.2.8 KOLEKSI ARKIB UNIVERSITI Bahan bercetak dan tidak bercetak yang diterbitkan oleh universiti (termasuk bahagian, kakitangan, pelajar, persatuan dan kelab dan juga semua bahan luar mengenai

UPSI) termasuk prosiding, bengkel dan kursus yang dihadiri kakitangan. Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting, dokumen rasmi, jurnal, buletin, prospektus Universiti, hasil karya/ penyelidikan, keratan akhbar, gambar, lukisan, pelan arkitek, blueprints, memorabilia (piala, cenderamata) dan sebagainya. 5.2.9 KOLEKSI ANAK KANDUNG Bahan bercetak dan tidak bercetak yang mempunyai nilai sejarah kepada UPSI. Hasil penulisan sama ada mengenai SITC, IPSI atau perkaraperkara lain sebelum 1997 yang ditulis oleh bekas pelajar, pensyarah dan kakitangan SITC dan IPSI.

5.2.10 KOLEKSI NADIR Koleksi bahan perpustakaan yang ditakrifkan sebagai Koleksi nadir adalah bahan terbitan lama yang diterbitkan sebelum tahun 1900. Takrif ini juga diterima pakai bagi bahan yang amat sukar diperolehi ataupun sudah habis cetakan dan tidak lagi didapati dalam pasaran. 3 Buku yang amat bernilai sama ada yang jarang ditemui, sukar diperolehi di pasaran atau bahan yang tidak

http://www.pnm.my./new/melayu/koleksi/nadir.htm 10 Mac 2001.

diterbitkan lagi. amat tinggi.

Biasanya diperolehi dengan harga yang

Bahan yang diterbitkan sebelum tahun 1900 dan atau yang sukar diperolehi di dalam negara.

5.2.11 KOLEKSI TERBITAN BERSIRI Bahan yang diterbitkan secara bersiri . Contoh: Majalah, bulletin, jurnal, perangkaan, prospektus

universiti dan syarikat swasta.

5.2.12 KOLEKSI TESIS Bahan latihan ilmiah,tesis dan disertasi yang ditulis oleh semua pelajar, kakitangan UPSI sama ada di UPSI atau di lain-lain institusi. 5.2.13 KOLEKSI SUMBER MEDIA Bahan bukan bercetak dan bahan bercetak bukan monograf yang kebanyakannya memerlukan peralatan khas untuk menggunakannya. 5.2.14 KOLEKSI FIKSYEN Bahan bacaan ringan iaitu bahan yang tidak digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Contoh : Novel, cerpen

5.2.15 KOLEKSI DOKUMEN KERAJAAN Bahan yang berkaitan dengan penerbitan kerajaan seperti siri ucapan dan sebagainya. 5.2.16 KOLEKSI WARISAN Bahan bercetak dan bukan bercetak yang digunakan pada masa SITC, MPSI dan IPSI yang diterbitkan selain dari Pejabat Karang Mengarang. 5.2.17 KOLEKSI TOKOH Meliputi bahan-bahan bercetak dan bukan cetak yang Dihasilkan oleh tokoh-tokoh yang dilahirkan pada zaman SITC UPSI. Antara tokoh yang terlibat : Tun Ghafar Baba, Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh dan lain-lain 5.2.18 KOLEKSI DIRAJA Meliputi hasil karya bercetak dan bukan cetak mengenai Raja-raja di Malaysia. 5.2.19 KOLEKSI PEPERIKSAAN Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun yang lepas yang merangkumi keseluruhan kursus yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. 5.2.20 KOLEKSI PERSIDANGAN Kertas Seminar atau Prosiding yang dibeli atau diterima dari institusi luar.

10

5.2.21KOLEKSI KERATAN AKHBAR Keratan akhbar yang berkaitan dengan isu-isu semasa Termasuklah isu pendidikan, politik, ekonomi, sosiologi, dan sebagainya. 5.2.22KOLEKSI PENDIDIKAN KANAK - KANAK Bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran, pengajaran bagi kanak-kanak dari pra sekolah hingga sekolah rendah.

11

6.

AKTIVITI PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN


6.1 Bahagian pengkatalogan dibahagi kepada kumpulan berikut; a) b) c) 6.2 Unit Pengkatalogan Monograf dan Terbitan Bersiri Unit Pengkatalogan Sumber Media Unit Pengkatalogan Koleksi Khas

Jenis Pengkatalogan a) Pengkatalogan asal Meliputi penentuan entri utama, tajuk perkara, pengkelasan sesuatu bahan dan membuat pengkatalogan deskriptif. b) Pengkatalogan salinan Mengambil butir-butir katalog yang sudah sedia ada dalam format CIP atau dalam mana katalog atas talian.

12

7.

PIAWAIAN PENGKATALOGAN
7.1 PIAWAIAN PENGKATALOGAN ANTARABANGSA Pengkatalogan bahan dilakukan berdasarkan kepada piawaian antarabangsa. Piawaian yang digunakan adalah seperti berikut:

1. 2. 3.

Anglo- American Cataloguing Rules II (AACR 2) Library of Congress Subject Headings (LCSH) Library of Congress Classification Systems (LCC)

7.2

PIAWAIAN PENGKATALOGAN TEMPATAN Pengkatalogan bahan juga dilakukan berdasarkan kepada piawaian tempatan. Piawaian yang digunakan adalah seperti berikut : 1. 2. Tajuk Perkara Perpustakaan Negara Malaysia Dasar Pengkatalogan dan Pengkelasan

13

8.

DOKUMEN RUJUKAN
Di dalam melakukan proses pengkatalogan bahan selian daripada menggunakan ditetapkan menggunakan piawaian antarabangsa lain dan tempatan rujukan yang di telah juga dalam oleh perpustakaan, Bahagian sebagai pengkatalogan

dokumen-dokumen

melakukan proses pengkatalogan. digunakan adalah seperti berikut: 8.1 Manual Pengkatalogan Bahan.

Antara dokumen rujukan yang

8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 8.8 8.9 8.10 8.11 8.12 8.13 8.14

SuperClass LCC (Library of Congress Classification) ITS Marc Bibliofile Online Regions and Countries Cutter Numbers MARC 21 ULRICH on disc Bibliographic guide to music Internet sources Library of Congress Cataloging- In Publication Data (CIP) pada bahan Composer Cutter List Free Floating Library of Congress Subject Headings (LCSH) Library of Congress Classification Systems (LCC) LC cutter number

14

9.

NOMBOR PANGGILAN
9.1 Di dalam polisi pengkatalogan perpustakaan UPSI, nombor panggilan mempunyai beberapa aras. Minimum nombor panggilan mempunyai 4 aras .

Aras 1 2 3 4 5 6 7 8

Keterangan Kod koleksi / Kod bahan Nombor Pengkelasan (Alphabet) Nombor Pengkelasan (Numeric) Nombor Cutter Pengkelasan Nombor cutter entri utama Tahun Penerbitan Bahagian (untuk bahan sumber media sahaja) Nombor sahaja) Perolehan (untuk bahan iringan

Contoh 1:
Koleksi Umum Aras 1 aras 2 aras 3 aras 4 LB 5030.5 .A51 1999 Nombor Pengkelasan (alphabet) Nombor Pengkelasan (numeric) No. cutter entri utama Tahun Penerbitan

15

Contoh 2:
Koleksi Khas/ rujukan aras 1 aras 2 aras 3 aras 4 aras 5 kpm LB 5030.5 .A51 1999 kod bahan No. pengkelasan (alphabet) No. pengkelasan (numeric) No. cutter entri utama Tahun Penerbitan

Contoh 3:
Bahan sampingan/iringan aras 1 aras 2 aras 3 aras 4 aras 5 aras 6 aras 7 aras 8 cpd LB 5030.5 .A3 A51 1999 bhg 1 (1411) kod SMD bahan No. pengkelasan (alphabet) No. Pengkelasan (numeric) No. Cutter Pengkelasan No. Cutter entri utama Tahun Penerbitan Bahagian bhn sekiranya ada No. perolehan bahan utama

9.2

Nombor panggilan untuk sesuatu bahan adalah unik dimana setiap nombor panggilan bahan dengan bahan yang lain. tidak boleh sama antara satu bahan

16

9.3

Library of Congress Classification System akan digunakan untuk


memberikan nombor pengkelasan bahan.

9.4

Library of Congress Cutter Table akan digunakan di dalam


menentukan cutter untuk entri utama sesuatu bahan. kod bahasa terjemahan. Bahanbahan terjemahan akan diberikan kod cutter tambahan mengikut

9.5

Library of Congress Subject Headings akan digunakan untuk


menentukan tajuk perkara.

9.7

Nombor perolehan bahan akan atau bahagian bahan akan diberikan untuk bahan iringan dan bahan sumber media.

17

10. PENGKATALOGAN DESKRIPTIF


10.1 DEFINISI Satu fasa dalam proses mengkatalog yang berkaitan dengan menentukan bentuk fizikal bahan, penanggungjawab dan titik akses bahan.

10.2 PIAWAIAN Pengkatalogan deskriptif untuk semua bahan adalah berdasarkan kepada Anglo-American Cataloging Rules, 2nd. ed. (AACR 2) 2002

Revision.
10.3 PENGECUALIAN 10.3.1 Tesis (lihat AACR2 1.7B13) Masukkan nota disertasi (tag 502) dimulakan dengan Thesis/tesis diikuti oleh peringkat tesis, program, nama institusi yang mengeluarkan tesis dan tarikh tesis dikeluarkan.

Contoh:
Thesis (Bachelor of Education (TESL)) Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2002

18

Tesis (Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)) Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2000 10.3.2 Pengarang Peseorangan 10.3.2.1 Nama Melayu

(lihat AACR2 22.27B1) Rekodkan nama pengarang Melayu secara terus dengan meninggalkan bin, binti, dan haji serta tahun kelahiran atau penerbitan. Gelaran yang diberikan diletakkan di belakang nama pengarang tersebut menggunakan (|c)

Contoh :
x -/ -/ Tan Sri Datuk Hamzah Sendut Hamzah Sendut|cTan Sri Datuk A. Samad Said

Gelaran nama keturunan seperti Wan, Che, Nik, Sheikh, Sharifah, Tengku dan sebagainya direkodkan secara langsung. Nama keturunan tidak boleh digunakan sebagai cutter number

Contoh :
Sharifah Haslinda Syed Agil Raja Ali Raja Ahmad Nik Haliza Nik Kamal Syed Kamal Syed Mirza Che Fatimah Che Din 19

Rekodkan

nama

yang

bermula

dengan

singkatan secara langsung. Singkatan nama tersebut digunakan sebagai cutter number

Contoh :
A. Samad Said J.M. Aziz Rekodkan nama yang mempunyai @ secara langsung seperti yang tertera di halaman title

page Contoh :
Ani@ Fatimah Karim Suhana Ali@Osman Rekodkan nama samaran seperti yang tertera di halaman title page. Nama asal pengarang diletakkan di tag 700.

Contoh :
Tongkat Warrant Mana Sikana Rekodkan nama yang ada keturunan (family

name) seperti Merican, Barakbah, al-Hasbi, alAttas, Alsagoff dan sebagainya di bawah nama keturunan. selepas al.

Cutter number. Akan bermula

20

Contoh :
al-Attas, Naguib Merican, Hussein 10.3.2.2 Nama Cina

Rekodkan nama Cina di bawah nama keluarga.

Contoh :
Chan, Ai Wah Fei-Kan, Li Rekodkan nama Cina Kristian di bawah nama keluarga diikuti nama Kristian dan nama Cina

Contoh :
Lim, Edward Huck Tee Yeoh, Patrick K.M. Rekodkan nama Cina Muslim di bawah nama keluarga diikuti nama Muslim dan nama Cina

Contoh :
x -/ x -/ Ibrahim Ma Ma, Ibrahim Tien Ying Omar Ong Yoke Lin Ong, Omar Yoke Lin

21

10.3.2.3

Nama India nama a/l, India a/p (Malaysia) di tengah yang nama

Rekodkan mempunyai

pengarang seperti yang tertera di halaman

title page Contoh :


Mariappa a/l Ramayah Rekodkan nama India yang tidak mempunyai a/l, a/p di tengah nama pengarang seperti yang tertera di halaman title page. Nama pengarang India perlu diterbalikkan.

Contoh :
x Devi Subramaniam -/ Subramaniam, Devi Rekodkan nama yang bermula dengan

singkatan di bawah nama penuh dan diikuti dengan singkatan

Contoh :
x A. Ganesh Ganesh, A.

-/

22

Jika nama India Kristian, letakkan nama keluarga dihadapan nama pengarang. Contoh : x -/ D.E.K. Wijasuriaya Wijasuriaya, D.E.K. (Donald Earliam Kingsley) 10.3.2.4 Nama Indonesia

Nama pengarang Indonesia perlu diterbalikkan. Contoh : x -/ Soelisto Wasito Wasito, Soelisto

10.3.2.5

Nama Inggeris

Masukkan nama pengarang Inggeris di bawah nama keluarga (surname) Contoh : MacTaggant, Douglas Watson, W. Conrad Walle-Lissnijder, van der de Morgan, Augustus

23

10.3.2.6

Nama Arab

Rekodkan nama pengarang yang ada nama keluarga dan didahului dengan al di bawah nama keluarga. Contoh : x Abd al-Karim ibn Muhamad alLahim (Nama pengarang seperti di title page) -/ al-Lahim, Muhamad (Nama keluarga diletakkan dihadapan nama pengarang) Rekodkan nama pengarang yang mempunyai nama keluarga (tanpa al) di bawah keluarga. Contoh : x -/ Ali ibn al-Hasan ibn Asakir Ibn Asakir, Ali ibn al-Hasan nama Abd al-Karim ibn

Jika tiada nama keluarga, nama pengarang perlu diterbalikkan Contoh : x -/ Said Hawwa Hawwa, Said 24

10.3.2.7

Contoh kemasukan secara langsung pelbagai jenis nama

(Name enter direct)


Contoh : Raymond Azman Ali Abdul Razak K.V. Koya Kuty Sharifah Abdul Aziz@Thanthan Sumit anak Limbong Ajay Kumar Sharma Jemima a/k Tuah 10.3.2.8Nama pengarang lain Sila rujuk AACR2 : Bab 22 : Headings for person

10.3.3

Pengarang Badan Bergabung

10.3.3.1 Badan Berkanun Rekodkan nama badan bergabung di bawah

jurisdiction name Contoh :


Malaysia. Kementerian Pendidikan United Kingdom. Ministry of Defense

25

10.3.3.2 Badan Bergabung yang boleh stand on its

ow n
Rekodkan nama badan bergabung tersebut secara langsung..

Contoh :
Universiti Kebangsaan Malaysia Tenaga Nasional Berhad University of Shefield

10.3.3.3 Badan Bergabung yang ada parent body Rekodkan nama badan bergabung di bawah parent body

Contoh :
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fakulti Sains Sosial & Kesenian Perpustakaan Tun Abdul Razak. Bahagian Perkhidmatan Pelanggan 10.3.3.4 Badan Bergabung yang menggunakan singkatan

26

Badan Kerajaan. Rekodkan nama badan bergabung ini di bawah

jurisdiction name

Contoh :
x -/ JPA Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam.

Badan Berkanun Malaysia Rekodkan nama badan bergabung ini di bawah nama penuh dalam bahasa Melayu.

Contoh :
x -/ SIRIM Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia. Badan Swasta dan NGOs Malaysia Rekodkan nama badan bergabung di bawah nama penuh dalam bahasa Melayu jika ada. Sekiranya tiada, rekodkan di bawah nama penuh dalam bahasa Inggeris.

27

Contoh :
x -/ x -/ MFI Malaysian France Institute BUDI Badan Usaha Didikan Anak-anak Yatim Negeri Kedah

Badan luar Negara Rekodkan nama badan bergabung di bawah nama penuh dalam bahasa Inggeris.

Contoh :
x -/ UNESCO United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization 10.3.3.5 Badan Bergabung yang berubah Rekodkan nama badan bergabung di bawah nama baru

Contoh :
x -/ Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. KementerianPendidikan

28

10.3.4 Pengarang Persidangan 10.3.4.1 Nama Persidangan yang ada perkara atau topik tertentu Rekodkan nama persidangan secara langsung

Contoh :
Seminar on Waste Management (3rd : 1996 : Kuala Lumpur) Konvesyen Ekonomi (Ke 4 : 1995 : Bangi)

10.3.4.2 Nama korporat menjadi nama persidangan Rekodkan di bawah nama korporat dan

letakkan jenis persidangan.

Contoh : Australian Society for Human Biology. Conference (5th : 1991 : Canberra)
Perpustakaan Tun Sri Lanang. Seminar (2000 : Bangi)

29

10.4.4

Deskriptif Fizikal (P hysical Description)


10.4.4.1 Kolasi Jika bahan multivolume mempunyai muka surat yang berbeza antara satu sama lain iaitu tidak mempunyai kesinambungan antara satu sama lain, rekodkan secara anggaran untuk keseluruhan volume.

Contoh :
3 v. (ca. 800p. each) (no. muka surat : xxi, 750; ix, 800; xx, 870) Sekiranya mempunyai bahan nombor

multivolume
muka surat

tetapi yang

bersambung antara satu volume, rekodkan nombor muka surat yang pertama untuk

volume yang pertama untuk huruf Arabic dan


muka surat terakhir untuk volume terakhir untuk huruf roman.

Contoh :
3 v. (xx, 800 p.) (no. muka surat : xx, 1-201; x 202 513; xxi, 514 800) 30

(sila rujuk AACR 2 2.5B20, m.s 76) 10.4.4.2

I m print
a) Tahun Penerbitan
(sila rujuk AACR2 1.4F11.4F10 )

Rekodkan tahun penerbitan terkini dan abaikan tahun percetakan sekiranya ada. Rekodkan tahun percetakan atau tahun edaran yang terawal sekiranya tidak dinyatakan tahun penerbitan. (sila rujuk AACR 1.4F6) Sekiranya bahan tersebut merupakan bahan terjemahan berikan tahun penerbitan bahan tersebut diterjemahkan. Sekiranya tidak terdapat apa-apa maklumat tahun pada bahan berikan anggaran tahun bahan tersebut diterbitkan @ mengikut tahun dibeli

31

b)

Nama/ Tempat Penerbitan Rekodkan nama penerbit dan tempat terbitan yang pertama sahaja sekiranya terdapat lebih dari satu tempat dan nama penerbit. penerbit dan tempat terbitan. Masukkan maksimum 2

32

11. MENENTUKAN TAJUK PERKARA


Penentuan tajuk perkara kepada i. ii. untuk semua jenis bahan adalah merujuk

Library of Congress Subject Headings (LCSH) edisi ke 25


Tajuk Perkara Perpustakaan Negara Malaysia

11.1 PENGECUALIAN 11.1.1 Koleksi Pendidikan Malaysia Untuk sekolah rendah tahun 1-6 gunakan tajuk perkara primary

Contoh :
-/ x

Malay Malay

language-Study language-Study

and and

teaching teaching

(Primary) (Elementry)
Untuk sekolah menengah 1-6 gunakan tajuk perkara

secondary Contoh : Malay language-Study and teaching

(Secondary)
33

11.1.2

Sub-division for English Language Sub-division untuk English language boleh digunakan
untuk lain-lain bahasa.

Contoh : Malay language Part of speech Malay language Pronunciation Indonesian language Rhetoric

34

12. NOMBOR CUTTER


Penentuan nombor cutter untuk semua jenis bahan adalah merujuk kepada Library of Congress Cutter Table. Polisi ini hanya diguna pakai untuk pengkatalogan asal dimana penentuan nombor cutter perlu dibuat. Nombor cutter mengandungi tiga bahagian iaitu :i. ii. iii. Cutter pengarang/judul (bergantung kepada entri utama)

Work mark
Translation language code

13.1 Tanda Titik Perpuluhan Tanda titik perpuluhan hanya pada abjad yang pertama sahaja.

Contoh :
Bahan 1

Introduce to cataloging and classification/ by Lee Robert


Z 693 .R63 1999 Rob

35

Bahan 2 Cataloging and classification/ Louis Mai Chan Z 693.5 .U6 C48 1994 Cha

13.2 Nombor Cutter M ain Entry 13.2.1 Kebiasaannya nombor cutter untuk main entri untuk abjad kedua dan ketiga sahaja.

Contoh :
Bahan 1

Sports injury: prevention & rehabilitation/ Eric


Shamus, Jennifer RD 97 .S52 2001 Sha

36

Bahan 2

Grammaticalization of the complex sentence : a case study in Chadic/ edited by Zygmun


Frajzyngier PL 8026 .C53 G73 1996 Gra

13.3 Bahan Yang Sama Jika terdapat dua atau lebih bahan yang mempunyai nombor panggilan, tahun dan nombor cutter main entri yang sama berikan nombor cutter untuk huruf keempat dan seterusya. a) Untuk nombor cutter main entri bahan adalah pengarang, berikan huruf nombor cutter keempat dan seterusnya pada judul bahan

Contoh :
Bahan 1 Pengurusan perniagaan yang berkesan/ Norsamsuria Alim HD 31 .N67 2001 37 Nor

Bahan 2 Perniagaan dan cara mengurus/ Norsamsuria Alim HD 31 .N677 2001 NorP

a)

Untuk nombor cutter main entri bahan adalah judul, berikan huruf nombor

cutter keempat dan seterusnya pada

penanggungjawab bahan.

Contoh :
Bahan 1 Pengurusan perniagaan yang berkesan/ disunting Norsamsuria Alim HD 31 .P46 2001 Pen

38

Bahan 2 Pengurusan perniagaan/oleh MirzaKamarul[et.al] HD 31 .P466 2001 PenM

13.4 Bahan Mempunyai Set 13.4.1 Untuk bahan yang nombor seperti buku muzik, berikan nombor cutter mengikut entri utama diikuti oleh nombor set bahan berkenaan sekiranya dikatalog secara berasingan.

Contoh :
Bahan 1

Teaching kids how to sing : book 1/ Kenneth H.


Phillips MT 935 .P531 1992 Phi1

39

Bahan 2

Teaching kids how to sing : book 2/ Kenneth H.


Phillips MT 935 .P532 1992 Phi2

13.4.2 Untuk bahan yang mempunyai set yang lengkap akan diletakkan di bawah kod koleksi rujukan :

Cth : Encyclopedia Sirah. Vol. 1 6. ruj BP 44 .P32 2002

40

13.5 Bahan Terjemahan Untuk bahan terjemahan berikan tambahan nombor cutter terakhir mengikut kod bahasa terjemahan.

Contoh :
Bahan 1 Judul asal: Islam and you/ by al-Maududi

LB 163 .M212 1980

Judul terjemahan : Anda dan Islam/ oleh al- Maududi

LB 163 .M2122 1980 nombor 2 merupakan kod terjemahan untuk bahan bahasa arab

41

14. KOD KOLEKSI


Kod koleksi merupakan kod yang diberi untuk sesuatu bahan mengikut kriteria dan definisi bahan tersebut. 14.1 Fungsi Kod koleksi 14.1.1 Memberikan pengenalan bahan mengikut jenis

koleksi yang ada di perpustakaan. 14.1.2 Memudahkan pengesanan lokasi sesuatu koleksi yang terdapat di perpustakaan.

42

14.2 Jenis Kod Koleksi a) Koleksi Khas

Jenis K oleksi
Koleksi Akta Koleksi Anak Kandung Koleksi Arkib Universiti Koleksi Bahan Iringan Koleksi Diraja Koleksi Haram Koleksi Jurnal Koleksi Keratan Akhbar Koleksi Kertas Peperiksaan Koleksi Kertas Persidangan Koleksi Majalah Koleksi Nadir Koleksi Pendidikan Kanak-Kanak Koleksi Pendidikan Malaysia Koleksi Rujukan Koleksi Tanda Merah Koleksi Terhad Koleksi Tesis Koleksi Tokoh Koleksi Warisan

K od koleksi
akt ank ark kbi kdr hrm jur kpp pro maj ndr kpk kpm ruj tmr thd tes ktk kwr

43

b)

Koleksi Sumber Media

Jenis Bahan
Cakera laser Cakera liut Cakera padat Chart Disket Filem Filmstrip Gambar Globe Kaset Kaset video Kit Microfilem Mikrofis Model Peta Peta Piring hitam Plat Poster Slaid Transparensi

K od koleksi
cla cli cpd crt dsk flm fst gmb glb kst kvd kit mfl mfs mdl pta pta pht plt pst sld trp

44

Catatan Kod untuk koleksi bahan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa mengikut pertambahan bahan dan koleksi yang akan ada dan dibangunkan oleh perpustakaan UPSI.

15. BAHAN SAMPINGAN/ IRINGAN


15.1. Bahan sampingan kepada bahan monograf, audio visual dan sumber media akan dimulai dengan kod SMD bahan iringan. 15.2 Nombor panggilan bahan sampingan/ iringan hendaklah diakhiri dengan nombor perolehan bahan. 15.3 Data mengenai bahan sampingan akan dimasukkan di dalam rekod bibliografi utama dengan penambahan di tag kolasi (tag 320) dan tag nota umum (tag 500).

Contoh
Bahan utama

TK 7885 .A2 H75 1999

No. engkelasan bahan (alphabet) No. pengkelasan bahan (numeric) No. cutter pengkelasan No. cutter entri utama tahun penerbitan

45

Bahan iringan/ sampingan

dsk TK 7885 .A2 H75 1999 bhg 1 (80272)

No. kod SMD bahan No.pengkelasan bahan (alphabet) No. pengkelasan bahan (numeric) No. cutter pengkelasan No. cutter entri utama tahun penerbitan bahagian bahan sekiranya ada No. perolehan bahan

46

16. BAHAN TERJEMAHAN


Untuk bahan-bahan terjemahan, berikan nombor cutter untuk bahasa selepas nombor cutter entri utama. Berikan kod terjemahan bahan baru bukannya bahan asal. Kod cutter bahasa terjemahan adalah seperti berikut:2 3 4 5 6 7 8 .x .x12 .x13 .x14 .x15 .x16 .x17 .x18 .x19 Arabic English Bahasa Indonesia Bahasa Malaysia French Dutch German Original work Polygot English translation French translation German translation Italian translation Russian translation Spanish translation Lain-lain

47

Contoh:
Bahan asal

The internet tool kit/ by Nancy Cedeno


TK 5010 .875 .I57 C43 1995

Bahan terjemahan dalam bahasa Indonesia

Tool kit untuk internet/ oleh Nancy Cedeno; alih bahasa


Sugiharto TK 5010 .875 .I57 C434 2006 Nombor 4 merupakan kod terjemahan untuk bahan dalam bahasa Indonesia.

48

17. PENGEMASKINIAN POLISI


Dasar pengkatalogan ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif perpustakaan, keperluan maklumat universiti dan ketersediaaan bahan serta kekukuhan pengkhususan koleksi Perpustakaan Tuanku Bainun

18. TARIKH KUATKUASA


Dasar pengkatalogan perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan berkuatkuasa mulai 1 April 2002 Bahan-bahan yang telah dikatalog sebelum April tahun 2002 yang perlu dibuat pindaaan mengikut polisi pengkatalogan terkini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Diluluskan oleh:-

---------------------------------------------------(ZAHARIAH MOHAMED SHAHAROON) Ketua Pustakawan UPSI

49

You might also like