Jenis Sumber

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Jenis-jenis sumber di dunia Tiga jenis sumber iaitu sumber semulajadi, manusia dan budaya [2m].

sumber semula jadi seperti udara, mineral, dan hutan [2m]. sumber semula jadi terbahagi kepada sumber yang boleh dibaharui dan sumber yang tidak boleh dibaharui [2m]. sumber yang boleh (dibaharui tidak terhad digunakan secara berterusan [lm] contohnya tenaga suria, tanih, dan tumbuh-tumbuhan [2m]. sumber yang tidak boleh dibaharui semakin kurang dan akan habis jika digunakan secara berterusan [1m], contohnya petroleum, gas asli, dan arang batu [2m]. sumber yang tidak boleh dibaharui terdiri daripada yang boleh digunakan semula seperti bijih besi, bijih timah, dan kuprum [2m]; tidak boleh digunakan semula bahan fosil seperti petroleum, gas asli, dan arang batu [2m]. sumber manusia - bilangan penduduk, keupayaan fizikal, serta mental [2m]. sumber budaya- barangan yang digunakan dalam proses pengeluaran seperti jentera, teknologi dan bangunan [2m]

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerokaan sumber-sumber di dunia permintaan tinggi daripada pengguna - harga meningkat - meningkatkan hasil penerokaan [1m]. permintaan tinggi untuk pdroleum menggalakkan penerokaan secara meluas di Arab Saudi Amerika Syarikat, dan Malaysia [2m]. permintaan tinggi untuk petroleum menyebabkan negara Arab Saudi mengatasi halangan fizikal seperti iklim gurun [1m]. perkembangan teknologi membolehkan penggerudian dijalankan di dasar laut [1m]. faktor kos perkgeluaran - kos pengeluaran bijih timah di Malaysia lebih tinggi berbanding dengan kos pengeluaran bijih timah di Thailand - Malaysia mengurangkan pengeluaran [1m]. terdapat sumber gantian alternatif [1m]- penyahgaraman air laut di Arab Saudi telah mengurangkan penerokaan air bawah tanah [1m]. kekurangan sesuatu sumber seperti petroleum menyebabkan penggunaan sumber air biomas, dan geotermal bagi penjanaan kuasa elektrik [1m]. galakan kerajaan - kerajaan Bolivia memberilkan bantuan wang, sebanyak RM34 juta bagi perlombongan bijih timah [1m]. mempunyai modal yang tinggi - Jepun dapat menjalankan perikanan laut dalam [1m] Kesan-kesan penerokaan sumber air di Malaysia Kesan-Kesan Positif

empangan yang dibina dapat menjanakan kuasa hidroelektrik [1m] contohnya Empangan Temenggor. Empangan Kenyir dan Empangan Chenderoh di Sungai Perak [2m] membekalkan air untuk keperluan domestik dan kilang[1m ] seperti Empangan Sungai Batu, Klang Gates, Sungai Semenyih, dan Hulu Langat [2m]. membolehkan padi ditanam dua kali setahun yang dapat meningkatkan hasil padi [1m] contohnya Projek Pengairan Muda, Kemubu dan Krian-sg Manik [2m]. dijadikan tempat rekreasi dan perlancongan seperti Tasik Kenyir [lm] empangan juga dapat mengawal banjir [lm]

Kesan-Kesan Negatif
kos pembinaan empangan tinggi [1m] pembinaan empangan melibatkan pembukaan kawasan hutan untuk membina jalan raya [1m] penebangan hutan menyebabkan sumber hutan terancam [1m] kawsan hutan luas ditenggelami air menjadi tasik buatan manusia seperti Tasik kenyir [1m]

Pengurusan air di Malaysia


empangan dibina untuk memastikan air sungai tidak mengalir terus ke laut [1m]; menjamin rizab air [1m]; menakung 12 bilion meter padu air [1m]; contoh empangan - Empangan Kenyir, Empangan Temenggor, Empangan Batang Ai [2m]. 96% daripada penduduk bandar dan 66% penduduk desa mendapat bekalan air melalui paip [1m]. digunakan untuk tujuan domestik dan industri [1m]. saluran paip dibina supaya tidak bocor [1m]; pengawalan bekalan air bersih oleh Jabatan Bekalan Air [1m]; mengkaji kualiti 86 batang sungai [1m]. pengurusan sumber air di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974[1m]; lawatan dan tinjauan ke kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa buangan ke dalam sungai [1m]; sungai yang tercemar dipulih semula seperti Sungai Kelang [1m].

Pengurusan Sumber Hutan di Brazil


pengurusan sumber hutan penting memandangkan bekalan sumber hutan semakin merosot. [lm] pembalakan tidak dibenarkan di kira-kira 50% jumlah kawasan hutan Brazil [1m]

kerajaan Brazil menghapuskan insentif kewangan untuk menebang hutan [1m]. kerajaan Brazil mengharamkan ekspot kayu bulat [1m] memperkenalkan kawasan model pengurusan hutan sepeti Tapajos National Forest dengan bantuan FAO (Pertubuhan Pertanian dan Makanan) [1m] melalui Tapajos National Forest, silvikultur diperkenalkan yang mengenalpasti dan memberikan perhatian kepada pokok berharga supaya cepat membesar [1m] menubuhkan hutan simpan taman Negara dan hutan simpan untuk orang asli [1m] menanam pokok yang cepat tumbuh seperti melina,eucalyptus, dan Pain Karibia untuk dieksport bagi industri pulpa di Amerika Syarikat [2m]. mengadakan kempen dan denda untuk mencegah pembakaran sumber hutan [1m]. mengadaknn rizab biologi dan taman negara supaya kaum asli dapat meneruskan cara hidup mereka [1m] mengadakan kempen memelihara a1am sekitar di kalangan penduduk [1m]

Perubahan Pandagan darat dan kesannya akibat daripada perlombongan bijih timah.

penggunaan kapal korek meninggalkan kolam-kolam besar [1m] seperti di Taiping dan Kuala Lumpur [1m]. lombong pam kelikir dan pam hidraulik menggunakan pancutan air yang kuat memusnahkan permukaan bumi [lm]. tahi lombong dan tanah tertinggal selepas perlombongan membentuk kawasan tandus [ lm ] seperti di Serendah dan Lembah Kinta [lm]. hakisan tanih berlaku di perrnukaan bekas lombong dan kelodak dimendap di dasar sungai menyebabkan banjir berlaku [1m]. kelodak dari lombong di Tapah membentuk kawasan paya di muara Sungai Manik [lm]. gelongsoran tanah berlaku di kawasan bekas lombong seperti di Puchong [1m]. perlombongan di Nigeria dengan jentolak menghasilkan pembentukan lekukan mandalam dan bertebing curam [lm]. perlombongan bijih timah telerang di Bolivia juga meninggalkan permukaan berlubang [1m]

Pentingnya pengurusan sumber air di Arab Saudi


pengurusan sumber air penting kerana Arab Saudi mengalami iklim gurun yang sangat panas dan kering sepanjang tahun [1m]; hujan tahunannya kurang daripada

250 mm. keadaan iklim yang panas dan kering menimbulkan masalah kekurangan air kerana jarang-jarang terdapat sungai kekal [1m]. kadar sejatan tinggi kerana udara kering dan pengurusan perlu untuk mengatasi masalah ini [lm]. air disimpan di menara air yang tertutup [lm]. terusan air ke kawasan pertanian dibina sempit untuk mengurangkan kehilangan air melalui sejatan dan resapan ke dalam bumi [1m]. jumlah simpanan air aquifer dianggarkan sebanyak 400 000 juta megaliter dan dijangka akan kehabisan dalam masa 20 tahun tanpa pengurusan [lm]. permintaan untuk bekalan air sangat tinggi misalnya daripada sektor pertanian, peindustrian, dan penggunaan domestik [2m]. pengurusan sumber air membolehkan perkembangan pertanian dan bandar seperti Mekah, Madinah, dan Riyadh [2m]

Bagaimana petroleum mencemari alam


pertumpahan minyak berlaku di telaga dan pelantar minyak akan meresap ke dalam tanah atau meliputi permukaan air lautan dan menjejaskan hidupan airnya [1m]. tumpahan minyak juga berlaku jika kapal berlanggar atau tenggelam [1m]; ini menjejaskan ekologi laut kerana telah mengancam hidupan laut dan tumbuhan laut [lm]. tumpahan minyak juga berlaku semasa kapal mengepam air lautan dalam masa pelayaran [1m]. semasa di pelabuhan, pembersihan kapal tangki juga menyebabkan tumpahan minyak berlaku [lm]. pembocoran yang berlaku di telaga minyak juga mencemari air lautan [1m]. minyak motor atau minyak buangan selepas menukar minyak kereta akan disalurkan ke Iongkang dan sungai serta laut [1m]; mengotorkan sungai dan menjejaskan kualiti air sungai, dan mengancam hidupan laut [1m]. penggunaan bahan berasaskan petroleum seperti penggunaan aerosol, plastik juga menjejaskan alam sekitar [1m]. pencemaran udara juga berlaku daripada kilang memprosos minyak, kilang-kilang lain dan pertambahan bilangan kenderaan yang membakar bahan api petroleum ini [1m]

Potensi sumber tenaga di Malaysia


tenaga solar yang diperoleh daripada pancaran cahaya matahari mempunyai potensi luas di Malaysia [1m] kerana Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang

menerima cahaya matahari sepanjang tahun dengan suhu tinggi 27 C [1m]. projek penjanaan tenaga solar telah didirikan di Kg Hulu Tembeling di Pahang dan di Teluk Apan di Pulau Langkawi [2m]. tenaga solar digunakan untuk memanaskan air untuk kegunaan domestik [lm] juga digunakan oleh telefon di Pulau Apan, Pulau Pinang [1m]. sisa pertanian yang menghasilkan biogas sebagai bahan pembakaran iaitu tenaga biomass juga mempunyai potensi di Malaysia [1m] , kerana pertanian yang mengusahakan tanaman padi dan kelapa sawit membolehkan tenaga biomass diperoleh [1m]. tenaga angin dan ombak juga mempunyai potensi di Malaysia yang merupakan semenanjung yang dikelilingi oleh laut (hampir 3/4 daripada daratannya) walaupun masih dalam peringkat penyelidikan [lm]. tenaga nuklear yang diperoleh dari uranium dan plutonium sangat mahal dan sisanya berbahaya [1m] , masih dalam peringkat penyelidikan yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Atom Tun lsmail [lm].

Kesan perlombongan petroleum terhadap landskap di Malaysia.


perkembangan infrastruktur nyata mengubah pandangan darat kawasan yang berkaitan dengan perlombongan petroleum [lm]. perlombongan minyak di luar pantai Terengganu telah menyebabkan perkembangan jalan raya di pantai timur Semenanjung Malaysia [im]. perkembangan bandar seperti Kerteh, Miri Lutong dan Bintulu juga berlaku [1m]. kelihatan juga kawasan tangki minyak dan kawasan simpanan gas asli yang besar di kawasan tersebut [1m]. terminal minyak juga dibina di Kertih [lm]. stesen penjanaan kuasa elektrik di Paka dibina hasil daripada pengeluaran gas asli di luar pantai Terengganu [lm]. lapangan terbang Kertih juga dibina hasil daripada aktiviti perlombongan ini [lm]. Juga kelihatan saluran paip dibina dari Terengganu hingga ke Singapura melalui Johor [lm]. pelantar minyak juga dapat dilihat di luar pantai seperti di Duyong, Bekok, Tapis, Erb West, dan Temana [2m]

Kepentingan hutan kepada Malaysia


merupakan habitat hidupan liar dan tumbuhan [1m]. hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada 14 500 spesies di mana 6000 jenis daripadanya mempunyai potensi menjadi sumber perhutanan [1m].

dapat membekalkan sumber kayu keras seperti meranti cengal, keruing, kapur, balau, dan merbau [2m]. di kawasan tanah tinggi hutan dijadikan perlindungan tadahan air [1m]. pokok berfungsi sebagai span besar untuk menyerap air hujan dan mengeluarkannya ke dalam sistem sungai secara perlahan-lahan [1m]. akar tumbuhan mencengkam tanah dan dapat mengelakkan hakisan tanih [1m]. mengimbangi cuaca tempatan melalui proses transpirasi tumbuhan [1m]. kelembapan daripada tumbuhan menggalakkan pembetukan hujan dan menyempurnakan kitaran air [1m]. sebagai sumber perubatan tradisional seperti akar daun dan herba hutan yang digunakan sebagai ubat tradisional (1m]. membekalkan bahan mentah untuk kilang papan yang menghasilkan papan gergaji, papan lapis, dan perabot [2m]. sumber rotan seperti rotan bulat juga digunakan dalam industri perabot [1m]. sebagai bahan eksport negara seperti pada tahun 1990 hasil kayu-kayan menyumbangkan RM7 106 juta atau 8.9% jumlah eksport negara [1m].

Kesan-Kesan Negatif Pembalakan


mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanih [1m]. tanah yang dihakis mengalir ke sungai mencetekkan dasarnyan menyebabkan banjir [1m]. juga mencemari air sungai dan mengancam hidupan air di sungai [1m]. penerokaan hutan di cerun mendedahkannya kepada kesotan tanih, gelongsoran tanih dan tanah runtuh [1m]. menjejaskan spesies flora dan fauna dan lebi kurang 50 spesies dimusnahkan setiap hari [1m]. seterusnya mengancam sumber perubatan teradisional [1m]. memusnahkan kawasan tadahan air kerana kehilangan tumbuhan untuk menyerap dan menakung air [1m]. tanpa tumbuhan untuk menjalankan proses sejatan peluhan keadaan kemarau berlaku kerana kekurangan pembentukan hujan [1m]. kurang pembentukan awan juga meningkatkan jumlah bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi [1m]

Pengurusan Bijih Timah di Malaysia usaha melombong semula kawasan bekas lombong [1m]. usaha untuk mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan kecekapan pengeluaran [lm].

Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa) dan SEATRAD (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk memperbaiki dan memperluas kegunaan bijih timah [1m]. usaha mencari kawasan bijih timah yang baru seperti sekitar Gopeng dan Papan dekat dengan Ipoh [2m]. kajian geoteknik digunakan untuk membolehkan usaha pemuliharaan bekas lombong bijih timah [1m].

Pemuliharaan di kawasan bekas lombong kawasan bekas lombong ditebus guna untuk kegiatan pertanian, penternakan ikan air tawar sebagai kawasan perumahan atau kawasan perindustrian [2m]. untuk pertanian, kawasan berpasir di bekas lombong dibaja dan ditanami buahbuahan seperti jambu batu, limau, belimbing, dan sayur-sayuran seperii ubi kayu dan kacang tanah [2m]. kawasan bekas lombong juga ditanami rumput untuk tujuan penternakan lembu dan kambing [1m] kolam bekas lombong disuaikan untuk penternakan ikan air tawar seperti jelawat, karp, talapia dan udang [2m] kawasan bekas lombong di lpoh, Taiping, Tapah, Puchong juga dimajukan untuk kawasan perumahan dan perindustrian [2m]. kawasan bekas kolam lombong juga dijadikan tempat rekreasi seperti Tasik Titiwangsa, 'The Mines Wonderland', dan 'Sunway Lagoon' [2m].

Perubahan pandang darat akibat daripada perlombongan petroleum dan gas asli. kelihatan kawasan tangki simpanan minyak dan gas asli seperti di Kerteh, Bintulu, dan Lutong [2m] terminal minyak juga dibina di Kerteh [1m] saluran paip dapat dilihat dari Terengganu hingga ke Singapura melalui Johor [1m] stesen penjanaan kuasa elektrik di Paka telah dibina hasil daripada pengeluaran gas asli di luar pantai Terengganu [1m] perkembangan bandar seperti Miri, Lutong, Bintulu, dan Kerteh berlaku [1m] jaringan jalan raya yang maju didapati di pantai timur semenanjung Malaysia dengan adanya kegiatan perlombongan minyak di luar pantai Terengganu [lm] lapangan terbang juga dibina di kawasan berhampiran seperti Kerteh untuk membawa pelajar ke lapangan minyak [1m]

Kesan-kesan perlombongan bijih timah terhadap Alam Sekitar


cara perlombongan dengan kapal korek telah meninggalka kolam air yang besar dan terbiar [1m] seperti di Puchong, Taiping, Kampar, dan Tapah[2m] permukaan tanih dipecahkan dan dimusnahkan oleh pancutan air yang kuat [lm] tanih menjadi tandus selepas perlombongan kerana terdiri daripada pasir kasar dan halus, tanpa nutrien seperti di Serendah [1m] permukaan tanpa tumbuhan terdedah kepada hakisan tanih [1m] tanih dan kelodak yang dihakis dimendapkan di dasar sungai menjejaskan hidupan ikan dan tumbuhan air [lm] banjir juga berlaku seperti pemendapan kelodak dari Lembah Kinta ke dalam Sungai Perak menyebabkan banjir berlaku di Ipoh [1m] muara Sungai Manik di Perak telah menjadi kawasan paya akibat daripada pemendapan kelodak dari lombong di Tapah [lm] gelongsoran tanah juga berlaku di kawasan perlombongan seperti di Puchong [1m]

Pengurusan sumber hutan di Malaysia


mengadakan Majlis Perhutanan Negara untuk menghadkan luas kawasan dibalak oleh setiap negeri tia-tiap tahun [lm]. kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui Dasar Perhutanan Negara 1978 dalam hal pengurusan pemeliharaan dan pembangunan hutan [1m]. mengadakan Hutan Simpan Kekal untuk mengawal pengeluaran sumber hutan [lm]. pembalakan haram dan pembalakan berlebihan dilarang dalam Hutan Simpan Kekal [lm]. usaha perhutanan semula di kawasan Hutan Simpan Kekal yang telah dibalak [1m]. ladang hutan secara besar-besaran diadakan di Bt. Tinggi (Pahang) dan Kluang (Johor) sejak tahun 1982 [1m]. menanam pokok jenis cepat membesar seperti akasia pain, batai, dan kelampayan [2m]. menanam kayu bermutu tinggi seperti kayu jati di ladang hutan di Perlis dan Kedah (1957) [lm]. luas ladang hutan 36874 hektar pada 1989 ditambah sehingga 188 200 hektar pada 1995 [lm]. menubuhkan Hutan Lipur seperti Teluk Bahang (Pulau Pinang, Kancing (Selangor) dan Sekayu (Terengganu) untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan hutan di kalangan rakyat [lm]. Pusat Latihan Perhutanan Malaysia memberikan latihan untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran pengurusan hutan [1m].

Kesan pembalakan terhadap cuaca tempatan


pembalakan mengurangkan proses sejat peluhan pokok dan menyebabkan udara kering yang mengurangkan jumlah hujan tahunan [1m]. kelembapan bandingan semakin rendah [lm]. udara tidak dapat mencapai takat tepu menyebabkan lapisan awan semakin nipis [1m]. pembalakan membuka kawasan lapang dan menambahkan halaju angin (yang lebih kencang) [lm]. angin kencang memudahkan hakisan layangan dan pencemaran udara [1m]. pembalakan menghapuskan kanopi hutan yang menghalang bahangan matahari sampai ke permukaan bumi, meninggikan suhu [1m]. pembalakan menjejaskan imbangan gas di udara, karbon dioksida meningkat manakala oksigen berkurangan [1m]. proses fotosintesis berkurangan dan kandungan karbon dioksida meningkat menyebabkan kesan 'Rumah Hijau' meningkat [1m].

Pengaruh sungai terhadap kehidupan penduduk di Malaysia


membekalkan air pengairan ke sawah padi supaya membolehkan penanaman dua kali setahun untuk meningkatkan hasil pengeluran [1m] contohnya Sungai Kelantan, Sungai Muda, Sungai Perak, Sungai Pahang, dan Sungai Bernam [2m]. membekalkan air untuk keperluan domestik perniagaan dan perindustrian [1m]. menyediakan dataran mendap yang subur untuk pertanian seperti Dataran Kedah di Sungai Muda, Dataran Kelantan di Sungai Kelantan, dan Dataran Pahang di Sungai Pahang[2m]. banjir yang berlaku boleh memperbarui kesuburan tanah seperti mendapan tanih lanar [1m]. mengangkut barangan pukal dan penumpang di pedalaman [lm] contohnya Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan mengangkut beras,kayu balak, dan penumpang [1m]. empangan yang dibina merentangi sungai boleh menjanakan kuasa hidro elektrik [1m] seperti di Empangan Temenggor,Chenderoh, Bersia, dan Kenering di Sungai Perak, Empangan Kenyir Sungai Terengganu, Empangan Sultan Abu Bakar di Sungai Pahnag, Pergau di Sungai di Kelantan [2m]. sungai juga dijadikan sempadan negeri seperti Sungai Golok antara Malaysia- Thai, Sungai Gemas antara Johor - Negeri Sembilan, Sungai Endau antara Johor - Pahang, dan Sungai Bernam antara Selangor - Perak [2m]. lembah sungai yang rendah juga memudahkan pembinaan jalan raya [1m] seperti jalan raya dibina yang selari dengan Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Pahang,

dan Sungai Padas [2m]. jeram di sepanjang sungai seperti di Sekayu, Kota Tinggi dan Tanah Tinggi Cameron menarik pelancong [2m].

Tindakan manusia yang menyebabkan pencemaran sungai


termasuk aktiviti pertanian, perlombongan, pembalakan,perindustrian, pelancongan, dan perikanan [2m]. pertanian: penggunaan baja kimia racun serangga dan racun rumpai yang mengalir ke sungai mencemarkanya [lm]. najis daripada penternakan khinzir yang disalurkan ke dalam sungai mencemarkan Sungai Juru, Kelang, Sepang, Linggi, dan Merbok [2m]. oksigen yang diperlukan dalam pereputan najis mengurangkan kandungan oksigen dalam air sungai [lm]; menjejaskan tumbuhan dan hidupan dalam air kerana sungai tercemar dan najis juga membawa penyakit [1m]. ladang baru yang dibuka untuk pertanian mendedahkan permukaan tanah kepada hakisan yang akan menambahkan muatan sungai [lm]; kuantiti kelodak meningkat dan dasar sungai menjadi cetek menyebabkan banjir berlaku dan ikan dalam sungai berkurangan [lm]. perlombongan: air sungai dicemarkan oleh kelodak yang banyak yang disalurkan ke sungai dari palung bijih timah seperti Sungai Kinta, Kelang dan Gombak [2m]. pembalakan di cerun bukit mendedahkan kawasan itu kepada hakisan alur yang menambahkan muatan sungai [lm]. perindustrian: kawasan perindustrian di Kuala Lumpur, Petaling Jaya,dan Shah Alam [lm] banyak mengeluarkan bahan pencemar seperti nitrogen ammonia, jumlah pepejal dan pepejal terampai [lm]. juga menghasilkan pencemar logam seperti raksa,plumbum, zink dan kromium [2m]. pelancongan: pembuangan sampah sarap dan sisa makanan ke dalam sungai oleh para pelancong di Sungai Tembeling,Sungai Bertam dan Sungai Johor [2m]. perikanan: penggunaan tuba atau bahan letupan yang beracun untuk menangkap ikan mencemarkan air sungai [lm].

KEPENTINGAN SUMBER MINERAL


Sumber pendapatan negara hasil eksport+ RM? Sumber bahan mentah untuk industri spt mengetin, kraftangan,, besi keluli + (bahan mentah +lokasi) + (jenis industri + lokasi).

Mengurangkan import bahan mentah (mineral) - mengurangkan pengaliran Wang keluar. Menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang carigali ,buruh. Mewujudkan bandar- bandar + cth lokasi. Memajukan sistem pengangkutan spt jalan raya / pelabuhan + cth jalan. Sumber tenaga menggerakkan jentera / tenaga elektrik haba. menggalakkan kemasukan teknologi moden spt dalam carigali. menggalakkan kemasukan / pelaburan modal asing + cth negara. Mewujudkan hubungan dua hala dengan negara pengimpot + cth negara.

MASALAH PENGELUARAN
Kepupusan sumber kerana penerokaan yang berlebihan / tidak terancang. Kos pengeluaran meningkat akibat kenaikan upah buruh / tenaga / harga Jente'ra. Harga di pasaran antarabangsa yang tidak stabil / rendah. Saingan dari negara pengeluar lain + cth negara. Saingan dari bahan lain + cth bahan. Kekurangan modal untuk memperluaskan operasi / beli alat. Penggunaan teknologi yang rendah -hasil rendah. Mineral terletak jauh di pedalaman = sukar untuk dihubungi dengan jalan raya Mineral terletak dilaut dalam (petroleum) / jauh dari pantai = kos meningkat Mutu mineral yang rendah + cth Kekurangan buruh mahir Kerja-kerja melombong berbahaya/ risiko tinggi PERUBAHAN LANDSKAP AKIBAT PENEROKAAN MINERAL Mewujudkan lekukan / tasik dan ditakungi air akibat penggunaan kapal korek+ cth lokasi. Kawasan lekuk yang Iuas tetapi cetek akibat kaedab lombong pam kelikir. Kawasan lekuk yang dalam akibat kaedab lombong dedah, Mendedahkan satu dasar yang berbongkah. Benteng dibina di sekeliling lombong untuk elakkan banjir. Tebing yang berteres. Mewujudkan pandangan semak samun / ditumbuhi lalang. Timbunan / bukit pasir. Kawasan menjadi gondol kerana tiada tumbuhan. Tanah yang tandus/" badland" yang tiada nutrien dan tidak subur. mewujudkan pasir jerlus. Sungai menjadi keruh dan cetek akibat pemendapan pasir / kelodak dan kawasan perlombongan. Wujudnya kawasan petempatan, jalan raya, talian elektrik.

KEPENTINGAN SUMBER AIR


Sumber air untuk kegunaan domestik (mandi , minum , basuh) Mengairi kawasan sawah padi , kebun sayuran + cth sg. Memutar turbin dalam penjanaan KHE. Jalan pcngangkutan untuk mengangkut penumpang , padi , kayu balak +cth sg. Jalan pengangkutan yang murah Membentuk kawasan delta menyuburkan tanah apabila air melempah + cth lokasi. Menggalakkan perdagangan / perdagangan antarabangsa. Membina bandar berhampiran sungai + cth bandar. Kawasan rekreasi / pelancongan dengan adanya jeram dan air terjun +cth lokasi. Kegunaan industri spt industri tekstil (membersih) /besi keluli (rnenyejuk jentera). Sungai sebagai sempadan negeri / antarabangsa +cth sungai. upacara agama spt Sg. Ganges, India. Sumber perikanan air tawar / ternakan air tawar +cth.sungai. Sumber galian spt emas. Menghubungi kawasan terpencil + cth lokasi. KEPENTINGAN SUMBER TANAH Untuk pertanian i.e, pertanian pindah / kontan / pasar + cth lokasi. Tanah pamah yang rata / beralun dan jenis tanih: laterit getah / kelapa sawit + cth lokasi. Aluvium & Lanar Padi /jut + cth lokasi. Gambut nanas + cth lokasi. Cernozem gandum + cth lokasi. Regur , tanah hitam = kapas + cth lokasi. Pasir = kelapa + cth lokasi. Tanah pamah rata untuk petempatan, tapak industri +cth lokasi. Tanah membekalkan kayu (keras / lembut) untuk pembalakan + cth lokasi. Tanah mengandungi bahan mineral spt emas, arang batu, bijih timah dll + cth lokasi. Mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan pertanian / industri /perlombongan. Habitat bagi beberapa jenis haiwan (tikus / arnab) / serangga (semut). Penting bagi agen pengurai yang membekalkan nutrien untuk tumbuhan. Sumber air bawah tanah spt akuifer / telaga artes/ oasis/ mata air. Kawasan rekreasi / tracking spt kawasan pantai / gunung. KESAN ALAM SEKITAR / PERUBAHAN LANDSKAP AKIBAT PEMBINAAN EMPANGAN Kepupusan pokok-pokok berharga kerana ditenggelami air.

Kemusnahan habitat haiwan liar. Kemusnahan rantaian makanan binatang. Banjir mudah berlaku apabila empangan pecah. Proses sungai balik muda berlaku di hulu sungai kerana pemendapan yang banyak. Pemandangan kawasan yang digenangi air / paya. PENEROKAAN SUMBER AIR Kawasan Gurun: Telaga artes dan akuifer + cth lokasi Penyahgaraman air laut +cth lokasi. Empangan di wadi / sungai + cth lokasi. Simpanan air dalam tangki + cth lokasi. Kawasan Lain: Empangan di sungai + cth lokasi. Air dalam tangki + cth lokasi. Telaga + cth lokasi. Diusahakan oleh Syarikat swasta + cth / agensi kerajaan spt. JBA.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKAN PENGELUARAN KUASA ELEKTRIK HIDRO


Hujan lebat melebihi 2030 mm setahun. Hujan lebat sepanjang tahun. Terdapat banyak anak sungai yang menyumbang air +cth sungai. Hutan yang luas = Kawasan tadahan air yang luas + cth hutan. Kawasan hutan yang padat - mengurangkan hakisan dan dapat mengurangkan pemendapan di empangan. Terdapat batuan tidak telap air di kawasan empangan. Kawasan bergunung-ganang yang kurang penduduk. Permintaan yang tinggi dari kawasan perindustrian / petempatan. Modal yang besar dari kerajaan / swasta.. Kemasukan teknologi canggih dari luar negara. Kepakaran / buruk mahir dari dalam / luar negeri.

You might also like