Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH RENDAH AGAMA RANTAU KUALA SAWAH, 71200 RANTAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MALAYSIA JAWATANKUASA

3K JAWATANKUASA BERTINDAK KESELAMATAN LAPORAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN Tarikh Hari Waktu Tempat Laporan : 15-09-2009 : Selasa : 11.00 pagi : Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau, Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. :

Pada 15-09-2009 bersamaan dengan hari Selasa bertempat di Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau, satu sesi latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul 11.00 pagi. Sebelum latihan dimulakan, satu lampiran Peta Laluan Latihan Kecemasan Kebakaran dan Protokol Latihan Kecemasan Kebakaran telah dibekalkan ke setiap kelas dan kepada semua kakitangan sekolah. Taklimat ringkas tentang latihan kecemasan kebakaran telah disampaikan oleh En. Mohd Amirul Aizat bin Mohd Paiz, Guru Penyelaras, Jawatankuasa Bertindak Keselamatan. Setelah dipersetujui oleh Puan Pengetua SMRAR, Pn. Noormaah binti Hj. Mansor dan Pengerusi Jawatankuasa 3K, Pn. Rokhaiza binti Abdul Razali, latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul 11.00 pagi dengan deringan loceng sebanyak 3 kali. Guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajarpelajar telah menunjukkan komitmen yang sangat baik apabila berjaya mengosongkan bangunan hanya dalam masa 2 minit sahaja. Apabila sesi latihan kecemasan kebakaran selesai, pelajar-pelajar dan guru-guru kembali ke kelas masingmasing dan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) telah disambung seperti biasa. Hasil latihan ini dianggap sebagai berjaya kerana dapat dilakukan dalam tempoh bawah 5 minit. Pengetua mencadangakan agar sesi latihan kecemasan kebakaran ini akan dilakukan semula pada masa hadapan supaya pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga. Hal ini penting dalam memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan di sekolah. Laporan disediakan oleh, ........................................................................... (EN. MOHD AMIRUL AIZAT BIN MOHD PAIZ) Guru Penyelaras, Jawatankuasa Bertindak Keselamatan, Jawatankuasa 3K, Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau, Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Disemak oleh, Tarikh : 15-09-2009 Hari : Selasa Waktu : 1.43 petang

................................................................... (PN. ROKHAIZA BINTI ABDUL RAZALI) Pengerusi, Jawatankuasa 3K, Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau, Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Disahkan oleh, ................................................................ (PN. NOORMAAH BINTI HJ. MANSOR) Pengetua, Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau, Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.

You might also like