Fasal 48

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Fasal 48 : Perakuan Muktamad

Perakuan Muktamad merupakan satu perakuan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada kontraktor yang menyatakan jumlah baki terakhir yang masih belum dibayar kepada kontraktor.

Sub fasal(a) Mengemukan Dokumen Tuntutan Kontraktor mestilah membuat apa-apa tuntutan kepada kerajaan tidak lewat daripada 3 bulan selepas penyiapan kerja yang praktikal. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor mengemukakan semua butir-butiran maklumat mengenai semua tuntutan yang perlu dibuat secara bertulis.

Sub fasal(b) Perakuan Muktamad Pegawai Penguasa hendaklah mengeluarkan Perakuan Muktamad dalam tempoh; y y 3 bulan selepas tamatnya Liabiliti Kecacatan. ATAU 3 bulan selepas dikeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (dimana diambil dari tarikh yang terkemudian)

Sub fasal(c) Jumlah Wang Yang Hendak Diperakui Dalam Perakuan Muktamad Jumlah wang yang hendak diperakui dalam perakuan muktamad hendaklah mengambil kira semua pelarasan jumlah harga kontrak untuk perubahan, tuntutan kontraktor dan lain-lain pelarasan (contohnya disebabkan oleh susut nilai) dan juga bayaran yang telah dibayar kepada kontraktor dan sub kontraktor/pembekal dinamakan dan lain-lain yang berkaitan dengan kontrak.

Sub fasal(d) Syarat-syarat Mengeluarkan Perakuan Muktamad Syarat-syarat untuk mengeluarkan Perakuan Muktamad ini hendaklah dipatuhi oleh Pegawai Penguasa dan syarat-syarat ini ialah: y Akuan Statutori/Surat Sumpah melalui Pesuruhjaya Sumpah oleh atau bagi pihak kontraktor. y Surat Perakuan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Buruh.

Akuan ini dikeluarkan bertujuan untuk menunjukkan bahawa pekerja yang diambil bekerja oleh kontraktor dan termasuk dengan pekerja sub kontraktor telah menerima upah atau lain-lain bayaran semasa perlaksanaan ini hingga tamat projek.

Fasal 51: Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

Secara amnya, sesuatu kerja hendaklah berjalan dengan lancar dan tidak boleh diberhentikan tanpa sebarang sebab yang munasabah walaupun ada lanjutan masa. Apabila terbukti dengan nyata yang kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja atau telah menyatakan keengganannya untuk menyiapkan kerja maka kerja kontraktor perlu ditamatkan. Sebelum perakuan penamatan kerja kontraktor, satu notis niat perlu dikeluarkan kepada kontraktor terlebih dahulu.

Sub fasal (a) Perkara yang menyebabkan Pegawai Penguasa mengambil tindakan: Kes Kemungkiran Jika kontraktor melakukan kemungkiran mengenai mana-mana satu atau lebih daripada perkara berikut: y Jika tanpa sebab yang munasabah ia menggantungkan perjalanan seluruh atau mana-mana bahagian kerja sebelum siapnya kerja. y y Jika ia gagal meneruskan kerja dengan mengikut aturannya. Jika ia gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak dan cuai menunaikan obligasinya. y Jika ia mungkir dan berulangkali cuai mematuhi sesuatu notis bertulis dari Pegawai Penguasa untuk mengganti atau menukar apa-apa kerja yang cacat aatau bahan/barang yang tak sesuai. y Jika ia tidak mematuhi peruntukkan Fasal 27 (a),(c) dan (d) mengenai sub sewa dan penyerahak.

Notis niat hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu dimana kontraktor diberi tempoh 14 hari untuk meremedikan.Jika masih berterusan barulah notis penamatan di hantar secara pos berdaftar atau serah hantaran yang direkodkan yang menyatakan kemungkiran.

Sub fasal (b) Kes Kebangkrapan Jika kontraktor melakukan kebangkrapan mengenai: y y Melakukan sesuatu perbuatan kebangkrapan. Menjadi tak solven atau membuat penyelesaian dengan pemiutangpemiutangnya dan membuat perkiraan dengan mereka itu. y Sebagai satu syarikat yang menghadapi perintah mahkamah (perintah penggulungan) y Mempunyai seorang likuidator, penerima atau pengurus sementara bagi urusan atau pengusahaannya yang dilantik dengan wajar atau menyerahkan pemilikan supaya diambil oleh atau bagi pihak pemiutang-pemiutangnya dengan gadaian terapung akan apa-apa harta yang terkandung dalam gadaian terapung atau tertakluk padanya. Pihak kerajaan tidak perlu hantar notis niat tetapi terus sahaja menghantar notis penamatan kerja. Pertimbangan yang perlu diambil kira untuk memutuskan penamatan pengambilan kerja kontraktor: y Dimana kontraktor menyebabkan dirinya berterusan tidak berupaya untuk meneruskan dan menyiapkan kerja, perkara mudah yang perlu dilakukan oleh kontraktor ialah menamatkan kerja kontraktor. y Dimana kontraktor ingkar atau gagal menunaikan obligasinya terutamanya kontraktor gagal meneruskan kerja dengan tekun, keputusan pengambilan kontraktor harus ditamatkan. y Didalam memutuskan samada pengambilan kontraktor perlu ditamatkan pertimbangan dibuat berdasarkan kepentingan majikan, pentadbiran serta implikasinya dari segi social dan politik. Walau bagaimanapin yujuan utamaadalah untuk memastikan kerja tersebut disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Prosedur sebelum kontrak dimansuhkan: 1. Kerajaan memberi amaran sebelum kerja tamat kepada kontraktor atas kemungkiran dalam tempoh 14 hari supaya kontraktor dapat mengambil langkah sewajarnya.

2. Selepas 14 hari 3. Jika tidak ada tindakan atau langkah-langkah positif dari kontraktor, Pegawai Penguasa hantar notis niat untuk tamat kontrak secara pos berdaftar 4. Selepas 14 hari 5. Jika masih lagi tiada tindakan dari kontraktor, notis penamatan kerja dihantar secara pos berdaftar dan kontrak akan dimansuhkan .

Tindakan seterusnya: y y Kontraktor baru akan dilantik oleh kerajaan. Penilaian serta kos kerugian dituntut daripada kontraktor lama tidak lewat dari 3 bulan. y Kerajaan keluarkan Perakuan Muktamad sebagai kontrak yang ditamatkan pengambilan kerja kontraktor. y Sekiranya kontraktor gagal mematuhi tuntutan tersebut walaupun telah diberi peringatan, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya merujuk kepada penasihat undang-undang Kementrian Kerja Raya.

Sub fasal(c) Kesan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor Sub fasal (c)(i) Tindakan segera Pegawai Penguasa: y y y Majikan akan mengambil alih tapakbina dengan serta merta. Kontraktor hendaklah memberhentikan aktiviti dengan serta-merta. Kontraktor hendaklah meninggalkan segala bangunan sementara termasuk bahan/barang tak pasang ditapakbina kecuali sekiranya diarahkan secara bertulis daripada Pegawai Penguasa untuk dipindahkan dalam masa tertentu. y Memindahkan semua kakitangan dan pekerja dari tapakbina.

Sub fasal (c)(ii), (iii) & (iv) Tindakan selanjutnya oleh kerajaan: y y Kerajaan boleh menyiapkan kerja itu sendiri atau disiapkan oleh orang lain. Kontraktor hendaklah menyerahkan hak atau kuasa kepada kerajaan atau majikan keatas semua urusan perjanjian mengenai pembekalan barang @ bahan @ perlaksanaan kerja @ projek sebagaimana dinyatakan dalam projek. y Menyenaraikan dan mengarahkan kontraktor untuk dipindahkan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam sub fasal c (iv). y Kontraktor hendaklah membayar apa-apa kerosakan @ kerugian kepada kerajaan/majikan jika Pegawai Penguasa telah mengeluarkan satu Perakuan Muktamad mengenai amaun yang kena dibayar selepas kontraktor yang baru dilantik. y Menyediakan perkiraan akan kos-kos yang perlu dituntut bagi menyiapkan kerja yang telah ditamatkan.(contohnya Kos panggil semula tawaran) y Mengenakan tindakan disiplin kepada kontraktor (contonhya Disenarai hitam kontraktor tersebut).

Sub fasal(c)(v) & (vi) Apabila kontraktor yang baru dilantik kerajaan akan membuat penilaian terhadap kos dan/atau kerosakan dan satu tuntutan akan dibuat kepada kontraktor asal dimana tuntutan akan dibuat tidak lewat daripada 9 bulan daripada tarikh penamatan pengambilan kerjanya yang mana kerajaan akan mengeluarkan satu perakuan yang disebut Perakuan Muktamad sebagai kontrak yang ditamatkan pengambilan kerja kontraktor. Sekiranya kontraktor gagal untuk memenuhi tuntutan tersebut walaupun telah diberi beberapa perinngatan, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang dengan merujuk kepada penasihat undang-undang Kementrian Kerja Raya.

Perkara yang terdapat dalam Perakuan Muktamad: (a) Kos Penyiapan: y y Jumlah bayaran interim yang telah dibayar kepada kontraktor asal. Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada sub k0ntraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan dan lain-lain. y Jumlah Harga Kontrak (J.H.K) yang baru iaitu bayaran yang kena dibayar kepada kontraktor lain untuk menyiapkan kerja. y Jumlah kos kerugian kepada kerajaan akibat projek tidak dapat disiapkan termasuk kos pengawasan ke atas kerja atau projek yang perlu disiapkan dimana kos ini dikira dari tarikh pengambilan kerja kontraktor ditamatkan sehingga Tarikh Siap Kerja oleh kontraktor yang baru. y Caj On Cost akan dikenakan keatas kontraktor asal bagi maksud membayar balik kos pentadbiran yang ditanggung oleh majikan kerana memanggil semula tender. Nilai caj ini biasanya telah dipersetujui (10 % daripada Jumlah Harga Kontrak yang baru atau jumlah kos yang dibayar kepada kontraktor baru atau orang lain yang menyiapkan kerja yang terbengkalai).

(b) Harga Kontrak Asal Terlaras: y y y Jumlah Harga Kontrak asal Nilai Bersih pelarasan Jumlah Harga Kontrak asal. Potongan gantirugi tertentu dan ditetapkan yang dikenakan terhadap kontrak asal. y Potongan lain yang boleh dikenakan oleh kerajaan dibawah kontrak (contohnya Memperbaharui insuran iaitu bayaran premium).

Fasal 54 : Timbangtara Timbangtara bolehlah didefinasikan sebagai satu proses penyelesaian masalah atau pertikaian yang berlaku selepas Pegawai Penguasa tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul yang dibuat diluar mahkamah yang mana dirujuk kepada penimbangtara. Proses timbangtara tidak terhad kepada kes-kes dalam pembinaan sahaja tetapi boleh juga untuk kes-kes yang lain.

Sub fasal (a) Perkara-perkara yang boleh dirujuk kepada Penimbantara: y y Perselisihan/pertikaian yang berbangkit dari penafsiran kontrak. Perselisihan/pertikaian yang berbangkit dari apa-apa hal atau perkara dalam apa jua bentuk yang timbul dibawah kontrak. y Perselisihan/pertikaian yang berbangkit dari penahanan oleh Pegawai Penguasa sesuatu perakuan yang didakwa oleh kontraktor yang beliau berhak untuk mendapatkannya.

Sub fasal (b) Keputusan Pegawai Penguasa mengenai salah satu pertelingkahan diatas hendaklah mengikat kedua-dua pihak hingga siap kerja. Samada kontraktor berpuashati atau tidak mengenai keputusan Pegawai Penguasa, dia mestilah meneruskan kerja sehingga siap. Setelah siap kerja barulah perkara tersebut boleh dirujuk kepada penimbangtara.

Sub fasal (c) Aturcara bagi merujuk kepada proses timbangtara: y Semua pertikaian hendaklah dibawa kepada Pegawai Penguasa terlebih dahulu. y Keputusan Pegawai Penguasa mestilah dibuat secara bertulis dalam tempoh 45 hari selepas tarikh notis dari kontraktor. Jika tiada keputusan dari Pegawai Penguasa atau kontraktor tidak berpuashati, kontraktor hendaklah merujuk kes tersebut kepada penimbangtara untuk menyelesaikannya.

Contoh aliran proses Timbangtara:

Tarikh surat Kontraktor 15/5/2001

45 hari untuk P.P membuat keputusan

Tiada keputusan 30/6/2001

Ada keputusan

45 hari

Kontraktor setuju

tak setuju Kontraktor boleh membawa Kes kepada Timbangtara Untuk didaftarkan

Kes selesai 45 hari untuk bincang dengan Pegawai Penguasa

Sub fasal (d) Rujukan kepada timbangtara tidak boleh dimulakan sehingga selepas penyiapan Kerja Rujukan itu, kecuali perselisihan atau pertikaian dibawah Fasal 52 tidak boleh dimulakan, melainkan dengan persetujuan bertulis Kerajaan dan Kontraktor.

Sub fasal (e), (f) & (g) Kuasa Penimbangtara, Budibicara Penimbangtara berkenaan kos dan award dan award peimbangtara adalah muktamad

Penimbangtara berhak mengkaji atau menyemak perakuan, pendapat, notisnotis, permintaan-permintaan atau keputusan yang telah dibuat.

Penimbangtara berhak menentukan semua perkara-perkara yang menjadi pertikaian diserah kepadanya jika dikehendakinya.

y y

Penimbangtara berhak menentukan kos perkhidmatan. Penimbangtara berhak menentukan siapa, kepada siapa dan bagaimana kos perkhidmatan hendak dibayar.

Keputusan yang hendak dibuat adalah muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.

Sub fasal (h) Pelantik Penimbangtara Jika Penimbangtara mati atau tidak sanggup atau tidak berupaya bertindak, kerajaan atau kontraktor , dengan persetujuan bersama melantik orang lain sebagai penimbangtara. Jika Kerajaan dan Kontraktor tidak mencapai persetujuan dalam perlantikan penimbangtara berkenaan, seorang lain yang dinamakan dalam lampiran syarat-syarat ini hendaklah dilantik.

You might also like