Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA ( 2012 ) SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU Tarikh Hari Masa Tempat

Tidak Hadir : 1. En. Abdul Rashid Yacob ( Cuti Sakit ) : 2.1.2012 : Isnin : 9.00 pagi : Bilik Mesyuarat

1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat pada kali ini. 1.2 Pengetua juga mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke STF. Mereka adalah Pn Rohaiza Bokhari, Pn Intan Norinawaty Mohd Nor dan En S Mazlan Hj Sufar.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Cadangan pengesahan : Pn Pengesahan Cadangan : Pn

3.0 KURIKULUM 3.1 STF masih lagi mengekalkan rekod kecemerlangan 100% lulus dengan memperolehi GPS 1.0252 dalam PMR 2011. Seramai 129 orang pelajar telah berjaya memdapat keputusan 8A. Makluman: Semua Guru 3.2 Semua guru dibekalkan dengan Buku Panduan Guru. Namun, terdapat beberapa pembetulan berikutan pergerakan guru bertukar dan berpindah masuk. Makluman dan Tindakan: Semua Guru 3.3 Amanat KPPM/Pengarah SBP/JPNJ/PPD menyebut syarat pemilihan pelajar ke tingkatan 1 berdasarkan keputusan 3A 1B (bagi pelajar miskin) dan 4A 1B (bagi pelajar luar bandar ke SBP terpilih). Makluman : Semua Guru 3.4 Transformasi SBP yang mengandungi 6 fokus akan dilaksanakan mulai tahun 2012. Fokus 1-Transformasi Bilik Darjah akan menggunakan format terbaru dikenali sebagai Spesifikasi Pembelajaran Harian (SPH) bagi menggantikan format rancangan mengajar yang sedia ada. Makluman dan Tindakan : Semua Guru

3.5 Pada hari pertama persekolahan, semua guru perlu memastikan tiada pungutan bayaran dilakukan dan P&P berjalan seperti biasa.Pungutan yang dibenarkan adalah majalah sekolah (setelah mendapat kebenaran Pendaftar Sekolah) dan sumbangan PIBG (kadar telah ditetapkan dalam mesyuarat agung PIBG). Makluman dan Tindakan : Semua Guru 3.6 Peperiksaan setara negeri dan daerah akan dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Makluman dan Tindakan : Semua Guru 3.7 Bagi subjek Sains dan Matematik, bagi tahun 2012-2016 penggunaan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/dwibahasa masih diteruskan melibatkan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Makluman dan Tindakan : Semua Guru 3.8 Fail pengajaran perlulah dihantar sebelum cuti Tahun Baru Cina Makluman dan Tindakan : Semua Guru

4.0 HAL EHWAL PELAJAR 4.1 Semua AJK Pengurusan HEM 2011 dikehendaki menghantar Laporan Aktiviti 2011. Makluman dan Tindakan : AJK Pengurusan HEM 4.2 Buku kedatangan pelajar perlulah diisi, ditanda dan dikemaskini mengikut prosedur yang betul. Makluman dan Tindakan : Guru Kelas

4.3 Bagi pelajar sakit, mereka dibenarkan untuk ke klinik mengikut jadual yang telah ditetapkan iaiatu pada pukul 7.20 pagi dan 2.00 petang sahaja. Makluman : Semua Guru

4.4 Pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1 sesi 2012 akan diadakan pada 4 Januari 2012 bertempat di Dewan Bestari, STF. Makluman : Guru Kelas 4.5 Semua guru telah dibekalkan dengan buku Laporan Pertemuan Sistem Rumah (Mentor Mentee). Tarikh perjumpaan bersama anak-anak jagaan telah dicatatkan dalam buku tersebut. Makluman dan Tindakan: Semua Guru 4.6 Sempena Tahun Baru Cina, pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran sahaja yang dibenarkan pulang ke kampung. Pihak sekolah tidak akan menguruskan pembelian tiket bas, keretapi atau kapal terbang. Makluman : Semua Guru dan Warden

5.0 KOKURIKULUM 5.1 Terdapat pembetulan dalam senarai AJK Kokurikulum 2012 berikutan pergerakan guru bertukar dan berpindah masuk. Makluman : Semua Guru 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Mulai Januari 2012, seramai 3 orang guru telah berpindah ke sekolah lain. Mereka adalah Pn Nor Daliza Daud (SM Sains Muzaffar Syah, Melaka), Pn Khafifah Asri (SM Sains Rembau) dan Pn Norasitin Jaafar (Sekolah Alam Syah). Makluman: Semua Guru 6.2 Pihak pentadbir ingin memastikan semua guru telah menyelesaikan segala urusan berkaitan Skim SBPA yang telah diperkenalkan pada akhir tahun 2011 yang lalu. Makluman dan Tindakan : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari. Disediakan oleh : . (NORASHIKIN JASLAN) Pencatat Minit Mesyuarat Disemak oleh : .. (HJH NORIZAH ABD MANAP) Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah

You might also like