Syarahan 2

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan.

Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku;, menganalisis dan berhujah dengan baik.

syarahan

merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

syarahan dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut :

1. memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut 2. memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semas yang menarik hati 3. memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara. 4. mempengaruhi audien supaya memberi pehatian yang serius terhadap isu yang penting.

Dalam pembinaan atau perancangan teks sesuatu syarahan, terdapat bahagian- bahagaian yang perlu diambil perhatian itu,

Pembuka kata Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.
1.

2. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar.  Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini. 3. Isi atau amanat  Isi syarahan merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.

4. Penutup isi/amanat


Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi.

5. Penutup syarahan  Bahagian ini merupakan bahagian terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.


Dari segi penyampaian, pemidato yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiran memulakan syarahan, melahirkan pendapat, penyampaian yang menarik dan menutup syarahan.

terdiri daripada peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan.

Peringkat Persediaan  Peringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau keberkesanan sesuatu syarahan. Di peringkat ini, pemidato perlu melakukan persediaan seperti yang berikut: 1. Mengetahui tujuan berpidato, iaitu sama ada hendak memberi penerangan, menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk/mempengaruhi para pendengar

2. Menganalisis audien dan majlis dari aspek-aspek seperti


yang berikut: (a) Apakah jenis dan tujuan majlis? (b) Siapakah bakal pendengar atau audien majlis? (c) Berapa ramaikah audien?(saiz audien) (d) Apakah minat mereka? (e) Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan mereka? (f) Bagaimanakah sikap audien terhadap pidato nanti? (g) Jantina audien. (h) Umur audien.

3. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien. 4. Menyusun maklumat dan mengelaskannya kepada tiga kategori iaitu: (a) fakta yang wajib disampaikan untuk mencapapai tujuan pidato (b) fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan pidato (c) fakta yang boleh dimasukkan jika perlu dan masa mengizikan 5. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan pidato yang berkenaan. 6. Meneliti tempat berpidato, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan dan mengenalpasti ada kemudahan yang lain.

Peringkat Permulaan Ucapan Peringkat pemulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien dan pemidato harus memiliki kemahiran-kemahiran seperti berikut: 1. Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis; 2. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis,dif-dif kehormat, jemputan khas, pihat penganjur dan para hadirin mengikut susunan protokol; 3. Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui: (a) pernyataan fakta yang merangsangkan (b) kenyataan yang provokatif (c) soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dikalangan audien. Contohnya, Tahukah anda bahawa. (d) Petikan atau data yang memeranjatkan audien.

4. Menyatakan tajuk syarahan dan memperkenalkan tajuk

keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan nanti agar audien bersedia untuk mengikuti syarahan. Dalam pertandingan syarahan, pemidato biasanya dikehendaki memberi definisi tajuk syarahan dengan jelas dan mantap dalam peringkat permulaan ucapan.

Isi dan susunan syarahan yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek-aspek penting dalam penyampaian syarahan yang berkesan termasuklah kelancaran,nada dan intonasi,kecekapan berbahasa dan gaya. Kelancaran 1. Memulakan pidato/syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada 2. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato. 3. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota.

4. Pause- berhenti seketika pada akhir pemyampaian sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah. 5. kawalan masa, iaitu memulakan pidato/syarahan pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya. 6. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti eh,em, atau ya 7. Menyampaikan pidato/syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya, 1. nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian 2. nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. 3. nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk 4. nada propaganda apabila hendak mempengaruhi 5. nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti berikut :

1. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. 2. Aras bahasa bersesuaian dengan audien.

3. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk


menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. 4. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati. 5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. 6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.

1. Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta. 2. Jangan kaku dan beraksi berlebihan 3. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi 4. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai 5. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius. 6. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis

Pemidato perlu menonjolkan dirinya dahulu sebelum menonjolkan idea-ideanya. Oleh itu, pemidato perlu memperlihatkan perwatakan, sikap dan pandangan yang positif serta penuh dengan keyakinan diri sendiri sebelum berjaya mendapatkan keyakinan audien.

1. Sebelum mengakhiri syarahan, pemidato hendaklah membuat rumusan keseluruhan dan menegaskan pendiriannya terhadap tajuk yang disampaikan untuk meyakinkan para pendengar;

2. Menggunakan nada suara yang lantang serta meyakinkan; 3. Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan majlis seperti

kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri syarahan.

4. Mengakhiri syarahan dengan meninggalkan suatu pesoalan rangsangan kepada para pendengar untuk renungan dan penilaian bersama; 5. Mengatakan harapan agar apa yang telah disampaikan boleh memanfaatkan para pendengar; 6. Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan 7. Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilap kata semasa berpidato.

You might also like