Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Kenapa PAS Pilihan Saya

1. Islam sebagai dasar perjuangan. Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas, Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Maruf wa al-Nahyu anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara) Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat. 2. PAS dipelopori oleh gerakan Ulama 3. Pas mementingkan dakwah dan tarbiah. Ia bukan semata-mata parti politik bergerak musim pilihanraya sahaja. 4. Pas mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan Pas di Kelantan dan Kedah sudah teruji 5. Kepimpinan yang menggabungkan ulama, profesional dan aktivis 6. PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam, bukan perkauman. 7. PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan Melayu minoriti. 8. Pas juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan 9. Pas memperjuangkan bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Kebangsaan 10. Memimpin PAS satu amanah bukan kebanggaan. 11. Pas mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagih kepada rakyat yang memerlukan. 13. Pas mengambil berat kepada pembentukan akhlak kerana ia adalah kekuatan tamaddun sebuah negara. 14. Pas berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama 15. Perjuangan Pas menegakkan keadilan dan menentang kezaliman

Diterbitkan oleh Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat Kuala Lumpur.

You might also like