Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Huraikan pembaharuan-pembaharuan dalam sistem pentadbiran islam pada zaman saidina umar alkhattab.

Biodata SAIYIDINA UMAR AL-KHATAB ra. Nama sebenar : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin bin Razaah bin 'Adi bin Kaab Nama Ibu Gelaran Keturunan Tarikh lahir Jawatan Tarikh Lantikan Tempoh Jawatan Tarikh M/Dunia Umur : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum. : Al-Faruq : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi) : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi) : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua : 634M : 10 tahun : 23H @ 644M : 63 tahun Qarth

latar belakang saidina umar al-khattab y y y y -terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik -gelaran; al-faruq bermaksud orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan -status dalam masyarakat; berkedudukan yang baik dalam masyarakat jahiliah -Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat. -Perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. -memerintah selama 10 tahun, iaitu dari 13- 23H. wafat; 23 h berusia 63 tahun dimakamkan berhampiran dengan makan rasulullah s.a.w

y y y y

Dasar pentadbiran Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-quran dan al-hadis Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad Khalifah merupakan ketua negara Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah dan rasulnya Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran yang betul dll 1. Menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam; y - tidak membahagikan tanah yg dikuasai tentera dlm peperangan sebagai harta al-Ghanimah - tidak boleh membeli tanah atau dibeli atau dimiliki. tanah dimasukkan sebagai harta negara

2. Tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali apabila diizinkan

Pembaharuan dalam sistem pentadbiran Sistem Syura :


y y y y

Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara. Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat. Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am. Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid.

Perluasan Wilayah Islam :


y y y y

Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa. Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin. Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh, Mekah, Damsyik, dan Kufah. Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam

Perlantikan Pegawai Wilayah :


y y y y y y y y y y

Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera. Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah. Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam. Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan. Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman. Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah. Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi. Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim haji. Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah. Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas.

Pengurusan Tanah :
y y y y y y y

Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh: Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi. Tanah yang tiada waris. Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluk oleh tentera Islam. Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masingmasing. Undang-undanh pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani. Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

Sistem Percukaian Tanah Dan Tanaman :


y y y

Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh: Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham. Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur

Memajukan Sektor Pertanian :


y y y

Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian. Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula. Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina dikenali terusan Amirul-Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa.

Struktur Pentadbiran Ketenteraan :


y y y y y y

Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh-Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kehakiman :
y y y y y

Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat. Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan. Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan.

Kesimpulan :
y

Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas disamping membentuk empayar Islam.

Kesan positive kepimpinan beliau dalam aspek hubungan diplomatik

You might also like