Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 5

Ekonomi Terbuka

TAJUK: KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI TERBUKA

BAHAGIAN A

STPM 2002 (S12)


1. Berikut ialah maklumat tentang suatu ekonomi terbuka.
C = 250 + 0.8Yd
T = 200
G = 350
I = 400
X = 150
M = 50 + 0.02Y
Apakah fungsi bocoran (W) ekonomi tersebut ?
A W = −40 + 0.22Y
B W = −90 + 0.2Y
C W = −260 + 0.22Y
D W = −290+ 0.2Y

STPM 2002 (S13)


2. Apabila ekonomi berada dalam keseimbangan, import lebih besar daripada eksport dan
perbelanjaan kerajaan sama dengan pendapatan cukai, maka
A kerajaan akan menghadapi keadaan lebihan belanjawan
B tingkat penggunaan ke atas barang–barang keluaran dalam negeri akan bertambah
C akan berlakunya lompang deflasi dan kerajaan perlu mengurangkan cukai untuk
mengatasinya
D pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor melebihi pendapatan negara ekonomi empat
sektor

STPM 2004 (S23)


3. Yang berikut ialah maklumat sebuah ekonomi terbuka.
C = 500 + 0.9Yd
T = 200
I = 600
G = 400
X = 300
M = 100 + 0.1Y
Berapakah defisit imbangan perdagangan pada tingkat keseimbangan ?
A 200
B 560
C 650
D 750

© mrmy Ulat KekeK 2012 1


Ekonomi Terbuka

STPM 2005 (S8)


4. Jadual di bawah menunjukkan nisbag eksport dan import dengan Keluaran Negara Kasar (KNK)
bagi sebuah negara
Eksport Import
Tahun
KNK KNK
1990 0.60 0.57
1995 0.59 0.54
2000 0.71 0.69
Jadual di atas menunjukkan bahawa ekonomi negara selepas tahun 1995 semakin
A berkembang pesat
B mantap dan kukuh
C bergantung kepada ekonomi luar
D menuju ke arah amalan ekonomi tertutup

STPM 2006 (S11)


5. Nilai pendapatan negara pada tingkat keseimbangan ekonomi terbuka adalah lebih kecil daripada
tingkat pendapatan ekonomi tiga sektor jika
A import melebihi eksport
B pelaburan melebihi tabungan
C tabungan melebihi pelaburan
D perbelanjaan kerajaan melebihi cukai

STPM 2007 (S8)


6. Dalam ekonomi terbuka, komponen perbelanjaan agregat diberikan sebagai
C = 50 + 0.6Y
I = 150
G = 350
X = 200
M = 100 + 0.1Y
dengan C = perbelanjaan penggunaan, I = pelaburan, G = perbelanjaan kerajaan, X = eksport, M
= import dan Y = pendapatan negara. Semua pemboleh ubah adalah dalam nilai RM juta.
Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan ?
A RM 900 juta
B RM 1 125 juta
C RM 1 300 juta
D RM 1 500 juta

© mrmy Ulat KekeK 2012 2


Ekonomi Terbuka

STPM 2008 (S15)


7. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tertutup
dan ekonomi terbuka.

Suntikan-bocoran S+T+M
S+T
I+G+X
I+G

0 Y1 Y2 Y3 Pendapatan Negara
Perubahan daripada ekonomi tertutup kepada ekonomi terbuka menyebabkan keseimbangan
pendapatan negara
A tetap di Y2
B tetap di Y3
C bertambah dari Y1 ke Y2
D berkurang dari Y2 ke Y3

STPM 2009 (S11)


8. Yang manakah yang bukan komponen perbelanjaan agregat?
A Eksport bersih
B Perbelanjaan kerajaan
C Perbelanjaan penggunaan
D Pendapatan faktor bersih luar negeri

STPM 2011 (S8)


9. Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi suntikan dan bocoran

Suntikan dan
bocoran S+T+M
I+G+X
I+G
I
0
100 150 200 250 Pendapatan negara (RM juta)

Tingkat keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi terbuka ini ialah


A RM 100 juta
B RM 150 juta
C RM 200 juta
D RM 250 juta

© mrmy Ulat KekeK 2012 3


Ekonomi Terbuka

STPM 2011 (S12)


10 Yang berikut ialah data perbelanjaan agregat (RM juta) dalam ekonomi empat sektor sebuah
negara
Perbelanjaan mengurus, C = 250 + 0.8Yd
Pelaburan, I = 400
Perbelanjaan kerajaan, G = 350
Cukai, T = 100
Eksport, X = 300
Import, M = 100 + 0.2Y

Berapakah eksport bersih negara itu ?


A Defisit RM 440 juta
B Defisit RM 360 juta
C Lebihan RM 740 juta
D Lebihan RM 960 juta

BAHAGIAN B DAN C

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi empat sektor?Mengapakah ia di anggap


sebagai sebuah ekonomi terbuka? [3]
b) i Nyatakan dua syarat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor [1]
ii Nyatakan contoh – contoh suntikan dan bocoran di dalam ekonomi empat sektor [3]
iii Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan agregat dalam ekonomi empat
sektor. Berikan contoh-contohnya. [3]

2. Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi eksport [6]

3. Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi import [6]

4. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat – penawaran agregat (AE–AS),


terangkan bagaimana tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor
dicapai [6]

5. Dengan menggunakan rajah suntikan – bocoran, terangkan proses penentuan


keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor [5]

6. Berdasarkan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat – penawaran agregat (AE-AS),


terangkan bagaimana pertambahan eksport akan mempengaruhi tingkat pendapatan negara
keseimbangan. [5]

7. Berdasarkan pendekatan suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan eksport (X) ke


atas tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor [5]

© mrmy Ulat KekeK 2012 4


Ekonomi Terbuka

8. Berdasarkan pendekatan AE-AS, terangkan bagaimana pertambahan import akan


mempengaruhi tingkat pendapatan negara keseimbangan bagi sebuah ekonomi. [5]

9. Berdasarkan pendekatan suntikan - bocoran, terangkan kesan pertambahan import ke atas


tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor. [5]

10. Berdasarkan pendekatan suntikan - bocoran, terangkan bagaimana peningkatan


kecenderungan mengimport sut akan memberikan kesan terhadap tingkat pendapatan
negara keseimbangan. [5]

11 Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana dasar


kerajaan melalui tariff @ kuota akan memberikan kesan terhadap tingkat keseimbangan
pendapatan negara, guna tenaga dan pengangguran [6]

10 Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana peningkatan


eksport bersih pada guna tenaga penuh akan mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi
sesebuah negara [6]

BAHAGIAN D

1. Yang berikut ialah data komponen perbelanjaan dalam sebuah ekonomi terbuka (RM juta).
Fungsi penggunaan (C) = 260 + 0.8Yd, pelaburan (I) = 400, perbelanjaan kerajaan (G) = 300,
eksport (X) = 500, import (M) = 100 + 0.2Y dan cukai sekali gus (T) = 200

Berdasarkan maklumat di atas,


a) hitung pendapatan negara keseimbangan dalam ekonomi tertutup dan ekonomi
terbuka [2]
b) dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran, lakar gambar rajah yang
menunjukkan keseimbangan dalam ekonomi tertutup dan ekonomi terbuka [2]
c) hitung eksport bersih pada tingkat keseimbangan dalam ekonomi terbuka [1]
d) hitung peratusan sumbangan penggunaan isi rumah dan eksport terhadap pendapatan
negara dalam ekonomi terbuka. Tentukan sector yang memberikan sumbangan
tertinggi [2]

© mrmy Ulat KekeK 2012 5

You might also like