Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PIHAK PENGURUSAN AKAUNTAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MEMBERI NASIHAT SERTA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN DASAR DASAR SEPERTI SISTM BELANJAWAN, KAWALAN AKAUN , DAN PERAKAUNAN LAIN. MENYEDIAKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN UNTUK DIBENTANGKAN KEPADA PIHAK PNGURUSAN, PEMEGANG SAHAM, BADAN BERKANUN,DAN BADAN-BADAN LAIN. MENGURUS PELAPORAN KEWANGAN SUPAYA BERJALAN LANCAR. MENYEDIA AKAUN BULANAN DAN AKAUN TAHUNAN SYARIKAT SERTA MENYEDIAKAN LAPORAN KEPADA PIHAK ATASAN. MENYELENGGARAKAN REKOD LENGKAP KESEMUA TRANSAKSI KEWANGAN SESEBUAH PERNIAGAAN DENGAN BIMBINGAN AKAUNTAN . MENGSAHKAN KETEPATAN DOKUMEN DAN REKOD YANG BERKAITAN DENGAN PEMBAYARAN, PENERIMAAN, DAN TRANSAKSI KEWANGAN YANG LAIN.

PENGURUSAN KEWANGAN

PENGURUS AKAUN

KEPENTINGAN PENYATA KEWANGAN PENGGUNA DALAMAN Mengetahui prestasi perniagaan Merancang dan membuat keputusan perniagaan PENGGUNA LUARAN Menilai kemampuan perniagaan untuk membayar hutang Mentaksir cukai pendapatan perniagaan Mengetahui prestasi perniagaan bagi membuat keputusan pelaburan

SEJARAH PERAKAUNAN Permulaan Penyimpanan Rekod secara Sistematik


Usaha menyimpan rekod bermula sejak tamadun purba. Catatan yang tertua merujuk kepada pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M. Ketika itu ,kepingan tanah liat digunakan untuk mencatat dan mnyimpan rekod. Kaedah tersebut diperbaiki dengan penemuan kertas yang dibuat daripada papirus dan calamus ,iaitu sejenis pen di Mesir pada tahun 400 S.M. Pada abad ke-5 dan ke-6,wang telah digunakan dengan meluas sebagai alat perantaraan pertukaran lalu menyebabkan rekod perakaunan mula dicatat dengan nilai mata wang .Pada tahun 850 M pula ,system angka Hindu Arab yang diciptakan oleh orang India mula digunakan untuk menggantikan sistem angka Roman.

PERMULAAN SISTEM CATATAN BERGU


Kaedah penyimpanan rekod yang lebih terurus dan sempurna bermula sekitar abad ke-13 hingga abad ke-15 hasil daripada perkembangan pesat aktiviti perdagangan

di Itali. Ketika itulah ,iaitu pada tahun 1494, LUCA PACIOLI memperkenalkan system catatan bergu ,suatu kaedah penyimpanan rekod yang lengkap dan sistematik . Beliau yang diiktiraf sebagai Bapa Perakaunan telah menerbitkan sebuah buku matematik berjudul Summa de arithmetica ,geometrica , proportioni et proportionalita. Ada satu bahagian dalam kepada perakaunan. Bahan cetak tentang perakaunan ini adalah yang pertama kali pernah diterbitkan. Dalam bab tersebut, luca pacioli buku ini, iaitu Particularis de computis et scripturis yang khusus merujuk kepada perakaunan. Bahan cetak tentang perakaunan ini adalah yang pertama kali pernah diterbitkan. Dalam bab tersebut, Luca Pacioli menjelaskan konsep simpan kira berasaskan sistem catatan bergu yang dikenal sebagai Kaedah Venice. Kaedah ini dianggap sebagai asas kepada rekod perakaunan untuk semua bentuk organisasi perniagaan hingga hari ini. Luca Pacioli turut juga mengesyorkan penggunaan buku memorandum,jurnal dan lejar, serta sistem debit dan kredit.

Perkembangan Sistem Perakaunan


Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-17 dan abad ke-18 telah mempercepat perkembangan sistem perakaunan. Pengeluaran hasil industri secara besarbesaran menyebabkan perakaunan kos diperkenalkan bagi menganalisis kos yang terlibat.

Kemajuan dalam simpan kira diperkembang dengan kepesatan pembentukan syarikat pada abad ke-18 dan ke-19. Pihak pengurusan syarikat perlu membentangkan laporan kewangan kepada pemegang saham yang merupakan pemilik syarikat. Laporan kewangan dalam bentuk penyata Kewangan Tahunan perlu disediakan berdasarkan piawaian perakaunan yang minimum. Dengan ini, wujudlah perakaunan kewangan. Pada akhir abad ke-20,perkembangan pesat dalam organisasi perniagaan mewujudkan perakaunan pengurusan. Maklumat-maklumat perakaunan menjadi rujukan penting pihak pengurusan syarikat untuk membuat keputusan perniagaan .Seterusnya,seiring dengan perkembangan arus moden, muncullah pelbagai keperluan perniagaan dan kewangan yang mendorong kepada tertubuhnya badan-badan perakaunan professional. Tujuannya adalah untuk membuat suatu ketetapan yang standard tentang taraf minimum bagi kelayakan professional serta mewujudkan kod etika yang wajib dipatuhi oleh setiap akauntan.

Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional


Falsafah Perakaunan Islam
Perakaunan dalam bahasa Arab disebut sebagai alMuhasabah atau al-hisab yang bermaksud mengira atau menyukat. Islam menegaskan bahawa ilmu perakaunan ialah pergerakan dua bahagian , iaitu pergerakan keluar

dan pergerakan masuk wang atau harta. Pergerakan keluar dan masuk ini menjadi sempurna apabila keduaduanya dicatat dengan teliti di dalam daftar dan disusun rapi. Falsafah perakaunan Islam sememangnya berbeza daripada falsafah perakaunan tradisional. Prinsip asas perakaunan Islam diambil daripada al-Quran dan asSunnah serta menitikberatkan faktor halal dan haram. Oleh itu, prinsip asas dan hukumnya tidak boleh diubah atau ditambah , kecualicara perakaunannya melalui ijtihad. Ijtihad bermaksud usaha untuk menetapkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber Al-Quran dan Hadis. Ringkasnya, perakaunan dari sudut Islam merujuk kepada suatu pengiraan hasil-hasil kerja yang halal menurut kaedah syarak yang dilaksanakan dengan berdasarkan pembandingan pendapatan dengan kos. Dalam pada itu, perakaunan Islam turut mengambil berat faktor muamalat atau hal ehwal masyarakat. Keperluan masyarakat tidak diketepikan dalam menentukan sesuatu matlamat ekonomi supaya tidak timbul kesan moral yang memudaratkan. Malah, perakaunan Islam menolak amalan piawai perakaunan yang dibentuk berdasarkan kepentingan diri pengurus semata-mata. Seseorang akauntan pula disarankan supaya beriltizam dengan hukum syarak dan dianggap bertanggungjawab kepada umat Islam serta anggota masyarakat seluruhnya.

Falsafah Perakaunan Konvensional


Dari sudut konvensional, American Accounting Association (AAA) berpandangan bahawa perakaunan dapat didefinisikan sebagai suatu proses mengenal pasti, mengukur, dan menyampaikan maklumatmaklumat ekonomi.Tujuannya supaya penggunapengguna maklumat itu mempunyai pengetahuan yang dapat membantunya membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Menurut konsep perakaunan konvensional, hanya urus niaga atau peristiwa ekonomi yang dapat diukur dengan nilai kewangan sahaja yang boleh diambil kira untuk dimuatkan dalam pelaporan kewangan sebagai maklumat untuk pengguna tertentu. Sebagai contoh, seseorang pengurus biasanya akan membuat pilihan bermotifkan keuntungan. Oleh itu, nilai kewangan dalam urus niaga amat diambil berat oleh seseorang pengurus ketika membuat sesuatu keputusan perniagaan. Dalam perakaunan konvensional, prestasi syarikat dikaitkan dengan keuntungan yang diperoleh. Lebih tinggi keuntungan, maka lebih baiklah dikatakan prestasi kerja pengurusannya. Oleh itu, pengurus akan berlumbalumba untuk melaporkan keuntungan yang tinggi kepada pemegang saham dengan harapan mendapat ganjaran lumayan. Hal ini akan lebih giat dilakukan jika ganjaran dan prestasi kerja diukur dengan berdasarkan petunjuk kewangan dalam laporan kewangan tahunan.

Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan (Disclosure vs Discovery)


Konsep pendedahan menekankan bahawa semua maklumat penting perlu didedahkan tanpa ada yang disembunyikan. Kesemua nilai yang dilaporkan dalam laporan kewangan perlulah tepat dan telah benar-benar berlaku. Hal ini merujuk kepada kejujuran penyedia laporan kewangan ketika membentangkan kedudukan kewangan perniagaan. Segala maklumat tambahan yang relevan kepada perniagaan tetapi tidak dapat dibentangkan dalam laporan kewangan, perlulah dinyatakan sebagai nota dalam penyata kewangan. Contohnya ialah kaedahkaedah perakaunan yang digunakan dalam pengiraan susut nilai dan penilaian inventori. Pendedahan maklumat tentang kedudukan kewangan perniagaan membolehkan pengguna penyata kewangan menjadikannya sebagai rujukan asas semasa membuat keputusan dan perancangan perniagaan tersebut.

Perkembangan Perakaunan Islam Urusan keluar masuk wang direkodkan. Kementerian khusus untuk perakaunan. Prinsip catatan bergu dipraktikkan. Penggunaan wang dinar dan dirham mengelakkan riba. Dunia Islam menjadi rujukan ilmu. Baitulmal faktor perkembangan perakaunan.

You might also like