Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Francais

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu bentuk perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998. Sistem Francais Sistem Francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Laman-laman berkenaan Francais adalah: Malaysian Franchise Association Malaysia Franchises for Sale Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perbadanan Nasional Berhad Franchise.Org Franchise.Com Franchise Opportunities British Franchise Association Franchise Direct Canadian Franchise Association Franchise Council of Australia Entrepreneur.Com Franchise Times Akta Francais 1998 Pemakaian 1. Akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi penjualan apa-apa francais di dalam Malaysia. 2. Akta ini mula berkuatkuasa pada 8 Oktober, 1999. 3. Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:-

a. suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais:i. dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia; atau ii. dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia; dan b. perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia. Tafsiran 1. 'francais' ertinya kontrak atau perjanjian, sama ada secara nyata atau tersirat, sama ada secara lisan atau bertulis, antara dua orang atau lebih yang dengannya :a. pemberi francais memberi pemegang francais hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh pemberi francais selama tempoh yang ditentukan oleh pemberi francais; b. pemberi francais memberi pemegang francais hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh pemberi francais atau berhubungan dengan pemberi francais, dan termasuk keadaan apabila pemberi francais, yang merupakan pengguna berdaftar, atau dilesenkan oleh orang lain untuk menggunakan, apa-apa harta intelektual, memberikan apa-apa hak yang dimilikinya untuk membenarkan pemegang francais menggunakan harta intelektual itu; c. pemberi francais memiliki hak untuk melaksanakan kawalan berterusan sepanjang tempoh francais terhadap pengendalian perniagaan pemegang francais mengikut sistem francais; d. pemberi francais mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada pemegang francais untuk mengendalikan perniagaannya termasuklah apa-apa bantuan seperti peruntukan atau pembekalan bahan dan perkhidmatan, latihan, pemasaran, dan bantuan perniagaan atau teknik; e. sebagai balasan kepada pemberian hak-hak itu, pemegang francais dikehendaki membayar fi atau bentuk balasan yang lain; dan f. pemegang francais mengendalikan perniagaan secara berasingan daripada pemberi francais, dan hubungan pemegang francais dengan pemberi francais tidak boleh pada bila-bila masa dianggap sebagai suatu perkongsian, kontrak perkhidmatan atau agensi. 2. 'pemberi francais' ertinya orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais,melainkan jika dinyatakan

selainnya dalam Akta ini. 3. 'pemegang francais' ertinya orang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini:a. pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemberi francais; dan b. pemegang subfrancais berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang francais induk. 4. 'pemegang francais induk' ertinya seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu. 5. 'broker francais' ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk manamana pengarah, pegawai atau pekerja pemberi francais atau pemegang francais. Tatacara Pendaftaran PENDAFTARAN PEMBERI FRANCAIS / PEMEGANG FRANCAIS INDUK / PEMEGANG FRANCAIS PEMBERI FRANCAIS ASING 1. Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi tiap-tiap satu salinan perkara berikut:a. dokumen penzahiran (Borang BAF1) b. borang permohonan pendaftaran(Borang BAF2) c. perjanjian francais d. manual operasi e. manual latihan f. sijil perbadanan, (borang 8 atau 9) g. borang 24 dan 49 h. borang penyata tahunan syarikat yang mempunyai modal syer (menurut seksyen 165 Akta Syarikat 1965) i. kunci kira-kira teraudit dan akaun untung rugi yang terbaru j. carta organisasi syarikat beserta nama-nama kakitangan yang memegang jawatan-jawatan penting k. brosur perniagaan syarikat 2. Suatu salinan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya disertakan bersama borang yang ditetapkan hendaklah ditentusahkan melalui perakuan berkanun yang mengisytiharkan bahawa salinan itu telah dibandingkan dengan dokumen asal dan bahawa salinan itu ialah salinan benar bagi dokumen asal itu.

3. Borang Permohonan (borang BAF 2) dan Sampel Dokumen Penzahiran (borang BAF 1) boleh didapati di Kementerian Pembangunan Usahawan secara percuma. Pendaftaran Broker Francais 1. Broker francais terbahagi kepada 2 kategori iaitu :a. Syarikat b. Perseorangan Syarikat Kelayakan 1. Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 2. Mempunyai kakitangan utama dengan kelayakan seperti ditetapkan untuk orang perseorangan Perseorangan Kelayakan 1. Warganegara Malaysia 2. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan francais atau bidang yang berkaitan dengan pengurusan francais:a. ijazah - pengalaman tidak kurang daripada 3 tahun b. diploma - pengalaman tidak kurang daripada 5 tahun c. tiada kelayakan akademik - pengalaman tidak kurang daripada 10 tahun

Syarikat Kelayakan Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang BAF 5 dan disertakan dengan maklumat-maklumat berikut:i. Profail Syarikat/perkhidmatan ii.Borang 49 & 24 iii. Latarbelakang Lembaga Pengarah dan Eksekutif Utama (kelulusan tertinggi, pengalaman di bidang francais dan lainlain maklumat) iv. Suatu salinan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya disertakan bersama borang yang ditetapkan hendaklah ditentusahkan melalui perakuan berkanun yang mengisytiharkan bahawa salinan itu telah dibandingkan dengan dokumen asal dan bahawa

Perseorangan Kelayakan Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang BAF 5 dan disertakan dengan maklumatmaklumat berikut:i. Salinan Kad Pengenalan ii. Salinan sijil-sijil akademik iii. Surat perakuan majikan iv. Suatu salinan bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya disertakan bersama borang yang ditetapkan hendaklah ditentusahkan melalui perakuan berkanun yang mengisytiharkan bahawa salinan itu telah dibandingkan dengan dokumen asal dan bahawa salinan itu ialah salinan benar bagi dokumen asal itu.

salinan itu ialah salinan benar bagi dokumen asal itu. Bayaran 1. Bayaran-bayaran yang dikenakan bagi urusan-urusan membuat pendaftaran dan meminda dokumen adalah seperti berikut:Bil Perkara i. Permohonan mendaftarkan perniagaan francais (sekali pendaftaran) ii. Bayaran proses permohonan pendaftaran iii. Permohonan meminda dokumen (setiap kali pindaan) * Nota: Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. 2. Semua bayaran hendaklah menggunakan Wang Kiriman Pos atau Money Order atas nama Pendaftar Francais (bayaran secara tunai atau cek tidak diterima). Tempoh Kuatkuasa Permohonan Pendaftaran bagi pemberi francais, pemegang francais induk dan pemegang francais pemberi francais asing adalah terus berkuatkuasa melainkan Pendaftar mengeluarkan sesuatu perintah penggantungan, penamatan atau penolakan pendaftaran. Tempoh kuatkuasa pendaftaran bagi broker francais ialah 1 tahun dari tarikh kelulusan pendaftaran. Permohonan untuk memperbaharui pendaftaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran. Keperluan Untuk Mendapatkan Kelulusan Di Bawah Seksyen 53 dan 54 'Seksyen 53' - Pemberi francais yang bercadang untuk menjual suatu francais kepada seseorang yang bukan warganegara Malaysia hendaklah memperoleh kelulusan, dan tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Pendaftar. 'Seksyen 54' - Orang asing yang bercadang menjual francaisnya di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar. Tatacara Permohonan

Bayaran (RM) 1,000.00* 50.00* 50.00*

Nama Syarikat

Jenis perniagaan Bilangan outlet semasa Syarikat yang akan membeli francais (sekiranya telah dikenalpasti)

Iklan 'Iklan' - ertinya apa-apa bentuk penerbitan, pekeliling, notis, atau apa-apa komunikasi lisan atau bertulis, sama ada disiarkan melalui media elektronik, atau apa-apa media penyiaran yang lain, atau apa-apa bentuk alat komunikasi elektronik kepada orang ramai bagi maksud menawarkan penjualan francais atau mempromosi penjualan francais. 1 salinan iklan yang menawarkan untuk menjual atau membeli francais hendaklah difailkan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya 5 hari sebelum penerbitan, pengedaran atau penggunaan pertama iklan tersebut. Pendaftar boleh melarang penggunaan apa-apa iklan jika disifatkan ianya palsu, mengelirukan atau memperdayakan. Laporan Tahunan Laporan tahunan adalah maklumat-maklumat yang wajib dikemukakan oleh syarikat pemberi francais/pemegang francais induk dan pemegang francais pemberi francais asing kepada Pendaftar Francais 30 hari selepas ulang tahun pendaftaran. Ianya hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang BAF 6. Pertanyaan dan Alamat Semua pertanyaan berhubung dengan pendaftaran francais bolehlah dibuat melalui surat atau datang sendiri ke pejabat Pendaftar di alamat seperti berikut:Pendaftar Francais, d/a Bahagian Francais & Vendor, ARAS 4, BLOK MENARA, NO. 18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA No. Tel: 03-88805608/07 No. Fax: 03-88805617

Francaisor, Francaisi, Francais Induk Francaisor

Francaisor adalah orang yang memberikan hak francais kepada francaisi. Francaisor juga berhak mengawal secara berterusan akan perniagaan francaisi semasa tempoh francais. Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dengan menggunakan Borang Permohonan Francaisor. Syarat-syarat penyertaan sebagai francaisor Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mempunyai : 1. Produk yang telah kukuh dan diterima ramai. 2. Dokumen sokongan yang lengkap dan komprehensif. 3. Buku panduan atau manual operasi yang terperinci dan lengkap. 4. Program latihan yang lengkap dan berterusan. 5. Sistem perakaunan yang seragam. 6. Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian lokasi. 7. Khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk dan perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam. 8. Perancangan perniagaan yang menyeluruh. Francaisi Francaisi adalah orang yang diberikan hak francais. Untuk memohon menjadi francaisi, anda perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dengan menggunakan Borang Profail Francaisi. Syarat-syarat penyertaan sebagai francaisi: 1. Bumiputera. 2. Individu (Permohonan daripada syarikat boleh dipertimbangkan dengan syarat sekurang-kurangnya 70% ekuiti syarikat hendaklah dipegang oleh pemohon). 3. Sekurang-kurangnya 30% daripada kos projek dibiayai oleh pemohon tanpa melibatkan pinjaman kewangan.

4. Perniagaan akan dijalankan di premis atau lokasi yang sesuai dan strategik. 5. Pemohon mempunyai perancangan perniagaan bagi tempoh sekurangkurangnya 3 tahun. Francaisi Induk Francaisi induk ialah pihak yang diberikan hak oleh francaisor untuk memberikan sub-francais kepada pihak lain. Syarat-syarat penyertaan sebagai francaisi induk : 1. Badan korporat Bumiputera atau syarikat bertaraf Bumiputera atau individu Bumiputera. 2. Berkeupayaan menyediakan modal yang diperlukan. 3. Mematuhi peraturan dan cara pengurusan yang ditetapkan oleh Francaisor. 4. Bersedia membimbing bakal-bakal Francaisi di masa hadapan. 5. Lain-lain syarat yang ditetapkan di bawah syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi.

Program Pembangunan Francais Program Pembangunan Francais (PPF) yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1992 merupakan salah satu strategi Kerajaan untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Bagi mencapai matlamat tersebut, terdapat tujuh aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan iaitu : 1. Promosi Aktiviti promosi dijalankan adalah bertujuan memperkenalkan PPF dan memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan dalam bidang francais. Aktiviti ini melibatkan peringkat nasional iaitu Pameran & Persidangan Antarabangsa Franchise International Malaysia, peringkat negeri dan antarabangsa iaitu menyertai Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa di Dubai, New Delhi, Beijing dan London. Di samping itu, promosi menerusi Direktori Francaisor dan pengiklanan luar seperti billboard dan bunting turut diadakan. 2. Program Khas Berpakej Program ini direka bagi meningkatkan bilangan usahawan francais yang berkualiti dan berdaya saing dengan mensasarkan kepada kumpulan sasaran tertentu

seperti siswazah dan wanita. Program ini dilaksanakan secara berpakej yang melibatkan latihan dan bimbingan, pembiayaan, premis dan khidmat runding cara. 3. Latihan Program latihan francais ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dalam memberi pendedahan dan bimbingan mengenai francais untuk melahirkan usahawan francais yang berkualiti dan berdaya saing. Latihan ini mensasarkan kepada bakal francaisi dan francaisor, francaisi dan francaisor sedia ada dan pihak berkaitan. 4. Pembiayaan Terdapat dua skim telah diwujudkan bagi membiayai usahawan francais dalam menjalankan perniagaan mereka. Skim Bantuan Pembangunan Francais adalah geran insentif ke atas usaha yang dijalankan oleh francaisor dalam membangunkan sistem francais. Manakala, Skim Pembiayaan Francais adalah kemudahan pinjaman sehingga 70 peratus daripada kos projek kepada francaisor dan francaisi untuk membeli peralatan, ubahsuai ruang niaga dan modal pusingan dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kadar faedah pasaran semasa. 5. Pembangunan Produk Pembangunan produk dijalankan dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad dengan memberi tumpuan dalam membangunkan produk francais tempatan diperingkat negeri, pembangunan produk berpotensi secara conversion dan co-branding; dan menerusi pembelian hak produk berpotensi dalam dan luar negara. 6. Jaringan Aktiviti jaringan ini dijalankan adalah bagi memantau pelaksanaan PPF dan meningkatkan perhubungan di antara Kementerian dan penggiat francais yang terdiri daripada francaisi, francaisor, persatuan dan dewan perniagaan, juruperunding francais, ahli akademik dan pakar industri. 7. Kajian Kajian diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan PPF. Hasil kajian akan dijadikan panduan dalam meningkatkan startegi pelaksanaan PPF. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Bahagian Pembangunan Francais Aras 4 (Blok Menara), No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62652 Putrajaya Tel : 603 - 8880 5596 / 5597

Faks : 603 8880 5617

Program Latihan Francais Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia akan menganjurkan program-program latihan di bawah Program Pembangunan Francais. Program latihan yang telah dirangka adalah seperti berikut: A. Program Untuk Francaisi 1. Kursus Asas Perniagaan Francais Program ini memberi pendedahan mengenai aspek-aspek asas di dalam sistem perniagaan francais dan kaedah-kaedah penilaian daya maju sebagai persediaan mereka untuk menceburi bidang francais. 2. Kursus Susulan dan Bimbingan Bagi Bakal Francaisi Sebagai sebahagian dari Program Match-Making, kursus ini terbuka kepada peserta yang telah menyertai Kursus Asas Perniagaan Francais. Objektif kursus ini adalah untuk membantu bakal-bakal francaisi dalam proses mendapatkan hak francais seperti pembangunan rancangan perniagaan, permohonan untuk menjadi francaisi dan panduan dalam membantu mendapatkan pembiayaan. 3. Program Latihan Bagi Francaisi Program ini disediakan bagi para francaisi yang sedia ada di mana objektif program ini adalah untuk memberi motivasi dan bantuan kepada usahawan dalam meningkatkan operasi perniagaan harian mengikut jadual, keutamaan dan teknik pengurusan secara am. B. Program Untuk Francaisor 1. Kursus Pembangunan Bakal Francaisor Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan para usahawan dengan konsep perniagaan francais dan memperkembangkan peluang perniagaan. Ia juga memberi kemahiran kepada bakal francaisor mengenai persediaan, kaedah dan prosedur pembangunan perniagaan francais. 2. Kursus Pemantapan Francaisor Program ini dibentuk berdasarkan keperluan dan kehendak francaisor. Ia sebagai persediaan kepada francaisor dalam mewujudkan satu persekitaran pengurusan, perhubungan dan komunikasi yang sihat melalui perkongsian pengalaman di dalam dan di luar negara di antara francaisi, pengguna dan persekitaran lain.

C. Program-Program Lain 1. Kursus Pembangunan Perunding Francais Bertujuan melahirkan perunding perniagaan serta broker francais yang berwibawa untuk memberi bimbingan dari segi menyediakan kertas cadangan, merangka konsep, dan membentuk sistem bagi membangunkan sesebuah perniagaan francais di Malaysia. 2. Seminar Akta Francais 1998 Objektif utama program ini adalah memberi pengetahuan kepada orang awam & para pekerja mahir dalam francais mengenai pentingnya Akta Francais 1998. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai implikasi penguatkuasaan serta kandungan akta terhadap perniagaan. 3. Program Bincang Francais Sebagai forum perbincangan, pertukaran dan pengumpulan maklumat dan pengalaman dikalangan ahli. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Malaysian Franchise Association, No. 2, Tingkat 5, Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1 Off Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur , Malaysia. Tel : 603-26971557,

Faks : 603-26971559, E-mail : secrtmfa@tm.net.my Alamat email ini telah dilindungi daripada spam bots, anda
memerlukan Javascript untuk melihat paparan tersebut

Laman Web : www.mfa.org.my Skim Pembiayaan Francais Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MECD) dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN FRANCAIS ( SPF ), khusus untuk menbantu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang menganbil bahagian dalam skim ini. Bank-Bank Perdagangan Yang Terlibat Malayan Banking Berhad Bumiputera Commerce Bank Berhad Modus Operandi Peminjam hendaklah berdaftar dengan MECD di bawah Program Pembangunan Francais setelah mendapat pengesahan dari MECD, permohonan pinjaman

boleh dihantar ke institusi Kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Pihak CGC akan mengeluarkan surat Jaminan untuk permohonan yang lulus. Syarat-Syarat Kelayakan

Perniagaan milik warganegara Malaysia atau dikawal oleh warganegara Malaysia Perniagaan berdaftar di bawah Pendaftara Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa tempatan. Nilai aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM 1.5 juta. Jumlah pinjaman yang sedia ada tidak melebihi RM 7.5 juta. Pinjaman hendaklah tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana- mana institusi kewangan atau agensi kerajaan. Peminjam hendaklah terlibat secara langsung dan menjalankan perniagaan sepenuh masa. Mempunyai lokasi perniagaan yang khusus dan permit / lessen yang sah.

Jumlah Pinjaman Jumlah pinjaman maksimun adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan. Kemudahan Kredit Pembelian Aset

Pinjaman Berjangka

Modal Pusingan

Obedraf Pembiayaan Perdagangan

Lain- lain kemudahan ditentukan oleh CGC dan semasa ke semasa. Kadar Faedah Tidak melebihi 1.5% atas Pinjaman Asas (KPA) institusi pemberi pinjaman. Kos pembiayaan sebenar yang ditanggung oleh peminjam akan dikurangkan sebayak 2% - 6% di mana MECD, melalui CGC akan membayar perbezaan kadar faedah pinjaman tersebut. Yuran Jaminan Antara 0.5% hingga 1.0% setiap tahun.

Lindungan Jaminan Sehingga 80% bagi pinjaman tanpa cagaran dan 90% bagi pinjaman bercagar. Tempah Jaminan Sehingga 8 tahun Cara Memohon Permohonan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan francais boleh dibuat dengan mengambil 4 langkah berikut : 1. Francaisor / Francaisi Induk hendaklah berdaftar dengan Program Pembangunan Francais. 2. Penuhi syarat- syarat yang ditetapkan dan permohonan anda akan ditapis untuk dihantar ke CGC dan institusi kewangan terbabit. 3. CGC dan institusi kewangan terlibat akan meneliti dan memproses permohonan. 4. Pembiayaan akan dikeluarkan selepas Surat Jaminan CGC diterima oleh institusi kewangan.

Skim Bantuan Pembangunan Francais Tujuan Skim Skim Bantuan Pembangunan Francais bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar negara di Malaysia. Kerajaan tidak memberi bantuan secara penuh kepada pengusaha. Pihak pengusaha perlu juga mengeluarkan modal sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan mereka. Ini boleh dilihat sebagai satu pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan dan menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha dijalankan. Bentuk dan Kelayakan Bantuan Bantuan adalah dalam bentuk geran persamaan berdasarkan formula di jadual kelayakan bantuan atau 90% dari jumlah kos di mana yang lebih rendah dengan had maksima sebanyak RM100,000.00 setiap perniagaan atau produk francais. Jadual Kelayakan Bantuan Status Syarikat Syarikat Syarikat Usahasama Syarikat Bukan

Fasa Fasa I : Penapisan Fasa II : Kajian Konsep Fasa III : Penyelidikan Outlet Contoh Fasa IV : Penyelidikan Pakej Francais Fasa V : Pelancaran Francais JUMLAH

Bumiputra RM 5, 000 RM 30, 000 RM 5, 000

Majoriti Majoriti Bukan Bumiputra Bumiputra Bumiputra RM 3, 250 RM 2, 500 RM 2, 500 RM 19, 500 RM 3, 250 RM 15, 000 RM 2, 500 RM 15, 000 RM 2, 500

RM 50, 000

RM 32, 000

RM 25, 000

RM 25, 000

RM 10, 000

RM 6, 500

RM 5, 000

RM 5, 000

RM 100, 000

RM 65, 000

RM 50, 000

RM 50, 000

Cara Pengeluaran Bantuan Pengeluaran bantuan akan dibuat mengikut fasa-fasa pembangunan dan mengikut kelayakan seperti yang ditunjukkan di jadual kelayakan bantuan berdasarkan pembayaran semula (reimbursement). Semua tuntutan bagi pembayaran semula hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan yang disahkan. Kelayakan Permohonan Mereka yang layak memohon bantuan ialah: Syarat Kelulusan

Syarikat yang telah diberi bantuan sehingga Fasa III (iaitu setelah membuka outlet contoh) tetapi akhirnya tidak memfrancais perniagaannya walaupun ianya berdaya maju hendaklah membayar balik segala perbelanjaan yang telah diterima daripada Kerajaan. Syarikat hendaklah mengambil tindakan untuk melaksanakan Fasa III secepat mungkin dan tidak melebihi tempoh 6 bulan daripada tarikh fasa sebelumnya selesai dijalankan. Syarikat hendaklah mengambil francaisi Bumiputera terutama yang memohon menjadi francaisi melalui Program Pembangunan Francais sebanyak 50% pada permulaan dan meningkat 75% atau lebih daripada jumlah keseluruhan francaisi.

Setiap syarikat yang bersetuju menerima skim bantuan hendaklah memeterai satu memorandum persefahaman dan kemudiannya perjanjian sebelum sebarang bantuan diberikan. Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika ingin mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan. Keputusan permohonan dan jumlah kelayakan bantuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Syarikat yang memfrancais produk/perniagaan tempatan atau untuk menjadi francaisi induk (master franchisee); Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais Kementerian Pembangunan Usahawan. Syarikat hendaklah mendaftar di bawah Akta Francais1998. Bentuk perniagaan francais yang boleh mendapat bantuan ini hanyalah bagi "business format franchisee". Syarikat yang mula difrancaiskan di dalam tahun 1996 dan seterusnya sahaja. Syarikat yang mendaftar dengan ROB atau ROC. Melantik syarikat juruperunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. Syarikat yang tidak melantik juruperunding boleh juga memohon tetapi bantuan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan. Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan yang ditetapkan.

Perbelanjaan yang layak Perbelanjaan akan diberi kepada tuntutan bayaran perkhidmatan perunding dan bayaran lain yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan. Keputusan adalah muktamad.

You might also like