Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SOALAN : Persaingan kepentingan ekonomi antara pedagang-pedagang British dan Amerika telah menyemarakkan semangat revolusi. Bincangkan.

PENGENALAN Amerika Syarikat muncul sebagai Negara Merdeka pada 4 Julai 1776 daripada Great Britain selepas melalui satu revolusi yang besar. Revolusi yang bermula pada 1773 ini juga merupakan satu proses penting pembentukan politik Amerika Syarikat sebagai sebuah Negara demokrasi liberal. Amerika Syarikat menguasai lebih daripada separuh kawasan benua Amerika Utara dan merupakan Negara keempat terbesar di dunia selepas Rusia dengan keluasaan 3.79 batu persegi. Jumlah penduduknya pula telah mencecah 270 juta orang, menjadikan Amerika Syairkat Negara ketiga terbesar selepas China dan India.

Sesuatu yang penting mengenai sejarah mengenai sejarah penduduk Amerika Syarikat adalah sebahagian besar daripada penduduk asalnya adalah terdiri daripada imigran, hanya lebih kurang 2.6 peratus sahaja penduduknya adalah pribumi. Dari segi komposisi penduduk, 72.1 peratus penduduk Amerika Syarikat terdiri daripada kaum kulit putih (Bukan Hispanik), 12.1 peratus kaum kulit hitam, 11.4 peratus pula adalah golongan hispanik (Mexican American), 3.7 peratus penduduk berbangsa Asia dan kepulauan pasifik dan 0.7 peratus keturunan Amerika Indian dan Eskimo.

Kepelbagaian ras dan etnik yang mendiami Amerika Syarikat telah memberikan implikasi yang besar terhadap sifat politik Amerika Syarikat yang disifatkan pelbagai (diversity) dan majmuk (plural). Amerika Syarikat yang terdiri daripada 50 buah negeri dan ratusan daerah bukan sahaja didiami oleh pelbagai ras dan etnik tetapi turut mempunyai berbagai-bagai pertubuhan dan institusi yang berteraskan pelbagai aspek dan bidang. Kepelbagaian bangsa dan etnik, kumpulan dan institusi ini mewujudkan budaya yang disifatkan sebagai pluralisme. , , Bahan bacaan Politik Perbandingan MJ 2123, (PPJJ UKM 2002)
1

Apa yang lebih penting ialah, setiap entiti ini saling bersaing untuk mempengaruhi masyarakat dan dasar awam dalam konteks siapa diri mereka dan apa kepentingan mereka. Dalam erti kata lain, setiap individu, kumpulan etnik, komuniti dan sosial yang wujud di Amerika Syarikat mempunyai kebebasan dan kecenderungan yang tinggi dalam mempengaruhi dan membentuk budaya politik masyarakat Amerika Syarikat.

Seiring dengan aliran liberal yang menekankan elemen kebebasan, Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi pasaran bebas yang meletakkan perindustrian sebagai aktiviti ekonomi. Dalam hal ini, faktor ekonomi turut memainakn peranan yang penting dalam menentukan persekitaran politik yang bersifat pelbagai dan pluralisme. Menurut Berman dan Murphy (1996) untuk mengkaji politik Amerika Syarikat sebagai sebuah Negara demokrasi, terdapat beberapa cirri yang menjadi asas kepada perkembangan demokrasi Negara ini, iaitu :a) Sistem participasi popular b) Kebebasan dan keadilan untuk semua c) Sistem kehakiman yang bebas d) Orang awam mengawal institusi tentera dan polis e) Budaya demokrasi dalam semua pingkat masyarakat

REVOLUSI Revolusi bermaksud perubahan sesebuah kerajaan dalam sistem politik, sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan seperti rusushan dan sebagainya atau perubahan menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi berfikir, bertindak dan sebagainya. Sebenarnya tidak terdapat maksud yang tetap mengenai revolusi ini. Berdasarkan Revolusi Perancis 1789 dan Rusia pada tahun 1917 didapati bahawa Revolusi itu adalah satu cara untuk menggantikan pemerintah yang bersifat menindas samada dalam aspek ekonomi dan politik dan mengubah kepada pemerintahan yang lebih bersesuaian dengan keadaan, kemantapan kerajaan dalam system politik baru. Menerusi David, revolusi adalah replacement of an out of date, repressive regime with social and political order which is generally more open, flexible and adaptable in
2

effect in the interest of progress stability of the political system replaced by instability until some new form of government is set up. Namun begitu yang pastinya revolusi ini sememangnya dirangsangkan oleh factor ekonomi dan digerakkan juga oleh faktor-faktor yang lain antaranya factor social dan politik negara itu sendiri.

REVOLUSI AMERIKA

Revolusi Amerika merujuk kepada pergolakan politik semasa separuh abad terakhir kurun ke-18 di mana tiga belas koloni Amerika Utara menggulingkan pemerintahan Empayar British dan menolak monarki British untuk menjadi sebuah negara Amerika Syarikat yang bebas. Dalam tempoh ini, pihak koloni pada mulanya menolak kekuasaan Parlimen Great Britain untuk mentadbir mereka tanpa perwakilan, dan membentuk negeri-negeri bebas yang mempunyai pentadbiran sendiri. Negeri-negeri ini kemudian bekerjasama menentang British untuk mempertahankan pemerintahan mereka dalam konflik bersenjata dari tahun 1775 hingga 1784 yang dikenali sebagai Perang Revolusi Amerika. Ini melahirkan satu negara yang bersatu, dan berpisah dari empayar pada tahun 1776 dengan Perisytiharan Kemerdekaan yang bukan sahaja menolak pentadbiran Parlimen British tetapi juga kesetiaan kepada monarki British. Selepas perang selama tujuh tahun, kemenangan Amerika di medan perang dicapai pada bulan Oktober 1781, dan Britain memperakui kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1783.

Revolusi Amerika termasuk siri perubahan sosial dan intelek yang berlaku dalam masyarakat awal Amerika seperti prinsip republikan dan demokrasi. Kebanyakan isu mengenai pemerintahan negara tidak selesai sehingga Perlembagaan Amerika Syarikat (1787) termasuk Perakuan Hak Amerika Syarikat (1789) digubal menggantikan Artikel Konfederasi. Perlembagaan ini melindungi hak asasi seperti yang diimpikan oleh golongan revolusi republikan. Nilai demokrasi yang semakin kuat juga menyebabkan pergolakan dalam hierarki

masyarakat tradisional dan mewujudkan etika yang membentuk nilai teras politik rakyat Amerika

FAKTOR- FAKTOR TERCETUSNYA REVOLUSI AMERIKA

Masalah Kewangan yang dihadapi oleh pemerintahan British yang menanggung perbelanjaan yang besar dalam perang tujuh tahun telah mengalih pandangan mereka kepada Amerika bagi menyelesaikan masalah ini. Penduduk Amerika telah dipaksa membayar satu pertiga daripada 360 ribu paun hutang British melalui pembayaran dari pengenalan beberapa akta diantaranya 45 ribu dari akta Gula dan 75 ribu dari Akta Setem. Begitu juga pada akta Townshend dan lain-lain tekanan pada faktor ekonomi ini. Bagi menampung masalah kewangan ini pihak British telah meluluskan Akta Perdagangan dan Pengeluaran pada akhir abad ke 17. Akta Perdagangan melarang jajahan menjual kepada negara lain tembakau, kapas dan kulit kecuali kepada dengan harga yang rendah. Selain itu jajahan juga dipaksa membeli barangan siap dari British yang membolehkan peniaga British mengaut keuntungan yang besar. Manakala Akta Pengeluaran pula mengharamkan jajahan mengeluarkan barangan yang sama dengan British. Akta ini dikuatkuasakan pada tahun 1760. Selepas Perang Tujuh tahun timbul ketidakpuas hati penduduk terhadap akta ini. Apatah lagi dengan adanya akta-akta yang diperkenalkan oleh George Grenville telah menambahkan lagi ketidakpuasan hati koloni kapada pemerintahan British.

AKTA GRENVILLE

Pada tahun 1763, George III melantik seorang penasihat baru iaitu dibawah kepimpinan George Greville. Beliau telah memperkenalkan polisi baru dalam pemerintahan British. Polisi ini berkaitan masalah kewangan negara British menanggung perbelanjaan yang besar dalam
4

peperangan tujuh tahun dengan Perancis. British berpendapat koloni seharusnya membantu mambayar sebahagian hutang tersebut kerana perang tersebut adalah bertujuan melindungi negara Amerika daripada Perancis. Antara lewat 1600 British memperkenalkan Akta Pelayaran yang menghadkan perdagangan koloni hanya kepada British. Akta lain seperti Akta Gula, Akta Setem yang juga diperkenalkan oleh pihak British telah menimbulkan perasaan marah terhadap British.

AKTA GULA

Akta gula telah diperkenalkan pada tahun 1764. Akta ini bertujuan untuk memperolehi lebih banyak kewangan daripada perdagangan koloni iaitu dengan mengenakan cukai ke atas gula, arak dan kopi. Cukai ini menyebabkan banyak kapal melakukan penyeludupan.

AKTA SETEM 1765

Pada tahun 1765, Parlimen British memperkenalkan Akta Setem yang merupakan cukai langsung pertama dikenakan ke atas koloni. Akta ini dianggap sebagai sesuatu yang baru bagi penduduk koloni dan mereka menentang dengan hebat terhadap cukai-cukai yang dikenakan yang todak mendapat persetujuan dan pengesahan mereka dalam Parlimen. Ini dianggap sebagai Taxation without representation bermaksud percukaian tanpa perwakilan dari wakil penduduk koloni. Akta ini menghendaki penduduk koloni membeli setem rasmi dari kerajaan dan dilekatkan pada semua jenis kertas seperti surat khabar, kalendar, risalah dan dokumen rasmi malah daun terup juga diwajibkan meletakkan setem yang berharga satu peni ke $50. Hasi dari pendapatan ini digunakan untuk membayar gaji askar British yang menetap di koloni. Kesemua 13 koloni membantah keras cukai ini dan pemimpin popular seperti Patrick Henry di Virginia dan James Otis di Massachusetts, memimpin protes orang ramai.

Keadaan yang tertekan ini menyebabkan masalah ini diperbincangkan oleh penduduk koloni dan dikenali sebagai Stamp Acts Congress. Kongres ini telah diadakan di New York pada Oktober 1765 yang telah menemukan sembilan bauh negeri koloni baru yang masing-masing menghantar wakil untuk pembantahan Akta Setem ini. Ini secara tidak langsung mewujudkan perpaduan antara koloni-koloni dan juga menyebabkan pedagang-pedangang British di Amerika memboikot barangan daganggan British dengan tidak mengimportnya selagi British tidak membatalkan akta tersebut kerana pengenalan Akta Setem dan Akta Gula telah menyebabkan aktiviti perdagangan mereka di Amerika terjejas. Boikot menampakkan hasil apabila import ke tanah koloni jatuh daripada 2,250,000 pada tahun 1764 kepada 1,944,000 pada tahun 1765. Kongres jug menggariskan satu Deklarasi Hak dan Kesukaran. Dokumen ini menyatakan penduduk koloni di Amerika mempunyai hak seperti orang Inggeris di Britain. Mereka membantah cukai setem yang dikenakan ke atas mereka oleh Parlimen dan menghantar petisyen kepada Raja agar dibatalkan. Bantahan dari pedagang ini akhirnya menyebabkan Akta Setem ini telah dibatalkan pada tahun 1776. Walaupun telah dibatalkan, Parlimen memperkenalkan Akta Deklarasi pada bulan Mac 1766 yang menekankan mereka mempunyai hak untuk membuat undang-undang bagi penduduk koloni termasuk yang berkaitan dengan cukai. Perkara ini menambahkan lagi kemarahan penduduk koloni.

AKTA PERDAGANGAN DAN AKTA PENGELUARAN

British juga mengenalkan akta-akta lain yang berat sebelah ke atas rakyat Amerika menyebabkan mereka bertindak menentang British. Misalnya, Parlimen British telah meluluskan Akta Perdagangan dan kemudiannya Akta Pengeluaran. Akta Perdagangan melarang sebarang jajahan menjual pengeluarannya seperti tembakau, beras, kapas dan kulit kepada mana-mana negara kecuali British. Ini bererti pihak pendatang terpaksa menerima harga yang ditawarkan oleh peniaga British walaupun pihak lain mampu menawarkan harga yang lebih tinggi. Akta Pengeluaran pula mengharamkan jajahan mengeluarkan mana-mana barang yang dikeluarkan di British. Akta ini hanya dikuatkuasakan pada tahun 1760 iaitu selepas Perang Tujuh Tahun. Akta-

akta ini dilihat tidak adil dan menyebabkan pendatang di koloni marah. Ahli politik British bersikap tamak dengan mengenakan cukai kepada pengeluar dan pengimport. Melalui pengenaan cukai ini, British dapat mengumpul wang membayar hutang mereka terutamanya selepas berperang dengan Perancis. Oleh itu, Parlimen memutuskan di sekitar 1763, ia akan menguatkuasakan Undang-Undang Perdagangan dan Pengeluaran dengan ketat. Pada masa itu, Raja British adalah King George III. Walaupun baginda seorang Raja yang rajin tetapi malangnya tidak pandai membuat keputusan dan kurang bijak memilih penasihat dan pegawaipegawai yang berkemampuan. Salah seorang penasihatnya adalah George Grenville yang mengambil langkah-langkah kurang bijak sehingga membuatkan koloni marah. Grenville memutuskan tiga langkah yang harus diambil berhubung dengan negara-negara jajahan di Amerika, antaranya:
y y y

menguatkuasakan Akta Perdagangan dan Pengeluaran menubuhkan kuasa tentera tetap di negara-negara jajahan meningkatkan pendapatan di negara-negara jajahan Amerika melalui Akta Parlimen

AKTA TOWNSHEND 1767

Pada tahun 1767, Parlimen meluluskan Akta Townshend yang mengenakan cukai ke atas barangan penting seperti kertas, kaca dan teh. Cukai ini adalah untuk menampung kewangan British bagi membayar gaji pegawai British diantaranya ialah Hakim, Gabenor di koloni. Penduduk telah bertindak memboikot akta ini dengan memboikot barangab British iaitu tidak mengimport barangan British. Mereka menyuarakan ketidakpuasan hati ini melalui surat petani atau dikenali sebagai farmers letter yang ditulis oleh John Dickson dari Pennsylvania. Beliau mengkritik mengenai British yang melarang koloni membawa keluar barangan yang diperlukan oleh penduduk dan memaksa mereka membeli barangan hanya dari Britain tetapi menekankan cukai kastam. Tulisan ini ditulis pada tahun1767 dan beliau dikenali sebagai Penman of Revolution.

Konflik ini menyebabkan munculnya golongan patriots yang mahukan pembebasan daripada British. Mereka juga dikenali sebagai Sons Of Liberty. Golongan ini berindak dengan memboikot barangan British dan menggangu pegawai-pegawai British di Amerika. Pada malam 5 Mac 1770, orang ramai yang terdiri daripada golongan Sons Of Liberty telah melemparkan snowball ke arah pengawal British manakala tentera bantuan pula telah dilempar dengan ketulketul ais dan kayu. Keadaan ini menyebabkan askar tersebut telah menembak ke arah orang ramai dan mengorbankan tiga orang dan juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa yang lain atas alasan untuk mempertahankan diri mereka daripada tindakan orang ramai. Peristiwa ini telah menambahkan lagi kemarahan penduduk koloni terhadap pemerintah dan terhadap aktaakta cukai yang menekan. Menurut Samuel Adams, salah seorang ketua Patriot tersebut dari Massachusetts menyatkan bahawa Boston Massacre to increase dislike of the British. Dalam

masa yang sama ketua baru di Parlimen telah memaksa membatalkan Akta Townshend ini kecuali ke atas cukai teh. Akta ini dibatalkan tiga tahun kemudianya.

Pada tahun 1773, Parlimen telah memperkenalkan Akta Tea bagi melindungi Syarikat Hindia Timur dari mengalami kerugian kerana syarikat ini pernah memberi keuntungan kepada Empayar British. Oleh itu akta ini telah diluluskan. Akta ini menyebakab keadaan seperti pedagang-pedagang koloni memperolehi hasil pendapatan melalui penyeleudupan . Didapati 17 milion paun teh telah dijual dengan harga yang murah kepada pedagang luar dengan tujuan memonopoli perdagangan di Amerika. Kepada pengimport teh, dikenakan cukai yang tinggi ini dan menyebabkan kemarahan penduduk koloni. Ini membawa kepada peristiwa pada 16 Disember 1773 dimana sekumpulan Boston Son Of Liberty yang berpakaian Mohawk Indians telah membuang beberapa kargo teh daripada tiga buah kapal di pelabuhan Boston. Perkara ini telah menyebakan British untuk mengekan undang-undang tegas kepada penduduk koloni yang dikenali sebagai Intolerable Acts.

INTOLERABLE ACTS Akta ini menyebakan pelabuhan ditutup mengikut tindakan penduduk koloni dan perdagangan di sini digantung sehinggalah penduduk di sini telah membayar gantirugi sebanyak 60 ribu. Selain itu Massachusetts telah letak di bawah kawalan Gabenor dan menyebabkan kebebasan koloni disekat lagi. Disamping itu keadaan politik yang liberal dan akta-akta, cukai yang beban menimbulkan kemarahan dan ketidakpuashati di kalangan peduduk koloni yang menghadkan kebebasan mereka di negra sendiri apatah lagi dengan berkembangnya ideologi liberalisme di Eropah telah banyak mempengaruhi penduduk koloni terutama tokoh-tokoh yang menggerakan revolusi Amerika ini.

FAKTOR- FAKTOR LAIN

Selain daripada faktor-faktor di atas, satu lagi faktor yang mendorong kepada perjuangan pemisahan daripada British adalah ciri unik tersendiri yang wujud dalam diri pendatangpendatang yang berhijrah ke benua Amerika. Mereka meninggalkan negara asal kerana tidak berpuas hati dan juga bagi mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Walaupun majoriti pendatang adalah berbangsa Inggeris tetapi terdapat juga pendatang dari kalangan Scotland, Ireland, Belanda, Jerman, Sweden, Huegonot (Perancis), Itali dan Yahudi dari pelbagai negara Eropah. Walaupun berasal dari negara lain, adat, budaya serta bahasa yang berbeza apa yang menyatukan semangat dan azam mereka adalah usaha mereka meninggalkan negara asal. Mereka ini bersemangat kental, tabah serta kuat dari segi fizikal dan mental yang dibentuk lebih-lebih lagi ketika mengharungi proses penghijrahan. Mereka percaya dengan kebebasan berpolitik serta berpegang kepada ciri-ciri moral yang tinggi yang dikukuhkan oleh keadaan persekitaran mereka. Mereka harus berjuang untuk terus hidup. Contohnya, di New England seorang peneroka harus bekerja kuat kerana keadaan tanah yang keras menyebabkan perlunya bekerja lebih lama. Di selatan pula, walaupun tanah sesuai tetapi iklim pula kurang memuaskan. Masalah-masalah yang mereka hadapi ini telah
9

mematangkan mereka. Kedudukan Britain yang sangat jauh, perjalanan yang bahaya dan mengambil masa yang lama iaitu antara enam minggu hingga tiga bulan menyebabkan mereka merasakan diri mereka telah merdeka apabila sampai ke Dunia Baru ini.

Penduduk koloni banyak dipengaruhi oleh idea liberal seorang ahli falsafah English iaitu John locke pada abad ke 17. Terdapat enam ciri yang terkandung dalam idea liberalisme ini iaitu:
y

INDIVIDUALISME - The idea that societies and polities exist to fulfill the rights of each individual - Ini menunjukkan setiap individu mempunyai hak-hak sendiri dalam hal-hal politik dan sosial.

FREEDOM -.Life, liberty and the pursuit of happiness - penduduk mempunyai kebebasan hidup.

EQUALITY - Setiap penduduk mempunyai persamaan hak dalam negara yang didudukunya.

PRIVATE PROPERTY - Private way individuals define them selves, protect them self and locate their own niche insociety - mereka juga memiliki sepenuhnya harta yang mereka perolehi sendiri.

POPULAR CHOICE - mereka juga boleh memilih pemerintah yang mereka sukai tidak diperintah oleh seorang aristokrat

LIMITED GOVERMENT

mereka juga mahukan kuasa pemerintah adalah terhad dalam pelbagai aspek negara.

10

Idea-idea ini meyebabkan penduduk koloni yang sebelum ini terdiri daripada golongan imigran yang selama ini mencari kebebasan dalam segala aspek ini mula membuka minda mereka untuk hidup bebas di negara sendiri dan memiliki sepenuhnya hak keatas Amerika . Oleh itu pengenalan akta yang membebankan dan kebebasan yang terhad serta memonopoli pihak British dalam segala aspek kehidupan mereka menyebabkan mereka bangun menentang untuk memperoleh kebebasan dan sebagainya ini. Apatahlagi mereka merasakan mereka perlu berdikari dari aspek perdagangan dan ketenteraan. Dari aspek ketenteraaan, mereka merasakan kejayaan dalam perang 7 tahun yang mengalahkan Perancis dengan memperolehi sebahagian Canada menunjukkan mereka mampu dari segi ketenteraan tanpa pemerintahan Britain yang lemah dari aspek ini. Contonya kekalahAn tentera British di Kunbu Louisburg Nova Sodia menunjukkan mereka boleh menjaga keselamatan negeri mereka sendiri.

DEKLARASI KEMERDEKAAN 1776 Ekoran dari masalah-masalah yang timbul ini meyebabkan beberapa tokoh seperti Alexander Hamilton, James Madison, Benjamin Franklin,John Adams dan Thomas Jefferson cuba menyelesaikan masalah ini dengan membuat satu pengisytiharan kemerdekaan atau Deklarasi Kemerdekaan pada 4 Julai 1776. Deklarasi ini telah dibentuk oleh Jefferson yang mengambil idea dari pada sorang ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke yang mempunyai dasar liberal dalam hak-hak individu. Beliau menyatakan bahawa:

"all people are created equal and that all people have certain basic rights which no government can take away..if government did not protect the rights of the people ,then the people could overthrow that government and make new one

Melalui idea inilah Thomas Jefferson menyatakan bahawa hak -hak kebebasan dan bahagia yang harus dinikmati oleh rakyat mesti dilindungi oleh kerajaan .Sekiranya kerajaan gagal melindungi hak ini rakyat berhak memberontak dan menggantikan pemerintahan yang baru. Beliau juga menyenaraikan 27 tuduhan kepada pihak raja diantaranya pemerintah telah memutuskan perdagangan negara mereka dengan negara luar , tidak bersetuju dengan undang11

undang di negara Amerika dan sebagainya. Selain itu beliau telah mengisytiharkan Amerika berhak menjadi sebuah jajahan yang bebas dan merdeka. Deklarasi ini terus dugunakan hingga hari ini sejak ia diutarakan pada 4 Julai 1776.

KESAN REVOLUSI

Revolusi membolehkan Amerika merdeka daripada British dan telah mengubah beberapa keadaan kehidupan penduduk di Amerika. Dari aspek politik dilihat tidak terdapat pegawai British di Amerika lagi. Seramai seratus ribu orang yang setia kepada Britain telah berpindah keluar menuju ke Canada dan India Barat .Sistem pentadbiran masih menggunakan sistem British tetapi telah menghadkan kuasa kepada kerajan pusat sebaliknya memberi hak sepenuhnya kepada negeri masing-masing di bawah kuasa perundangan masing-masing. Sesetengah negeri meletakkan kuasa dibawah kumpulan kecil terdiri daripada orang-orang kaya. Namun begitu wanita dan hamba abdi masih tidak berpeluang dalam hal-hal politik terutama dalam hak mengundi. Dari aspek sosial pula melalui Deklarasi Kemerdekaan yang banyak mengutarakan mengenai hak-hak kemanusiaan telah memberi kesan yang nyata terutama dalam kebajikan para penjenayah dimana keadaan penjara teah dibaikpulih dan membatalkan undangundang hukuman mati ke atas kesalahan kecil.manakala hamba abdi dibenarkan melibatkan diri dalam perkhidmatan ketenteraan seperti seramai 5 ribu orang kulit hitam telah turut serta dalam tentera dan dilatih oleh ketua-ketua koloni antaranya ialah George Washington. Dalam 10 tahun selepas kemerdekaan setiap negeri kecuali Georgia telah mengurangkan dan memberhentikan mengimport hamba abdi. Namun begitu di Amerika masih terdapat perhambaan. Dari aspek ekonomi pula melalui perjanjian perdamain di Paris Ameika telah menjadi satu bangsa terbesar dari timur lautan Atlantik hingga ke barat sungai hingga ke sempadan Great Lakes dan di utara Kanada dan Sepanyol. Amerika juga telah berperanan aktif dalam dunia perdagangan dan telah berkembang ke negara luar yang sebelum ini terhad dengan Britain dan dikawal sepenuhnya oleh British.

12

KESIMPULAN
Didapati bahawa faktor ekonomi adalah factor utama yang paling mendominasikan kepada pembentukan revolusi di Amerika. Namun ia juga dirangsangakn juga oleh faktor-faktor yang lain antaranya

faktor sosial dan politik negara itu sendiri dimana ia banyak menghadkan kebebasan kehidupan
penduduk di Amerika . Ketidakpuasanhati ini membawa kepada penyatuan 13 jajahn di Amerika yang sebelum ini terpisah dari segala aspek pemerintahannya bagi memperoleh satu kebebasan hidup dari terus di belenggu oleh pemerintahan British. Revolusi ini telah membawa kejayaan yang telah digerakkan oleh tokoh-tokoh yang berwibawa seperti George Washington, Thomas Jefferson dan lain-lain. Melalui berbagai persidangan ,pendapat , perjumpaan , pemboikotan dan sebagainya akhirnya British terpaksa memberi kemerdekaan kepada Amerika.

13

RUJUKAN Bahan bacaan Politik Perbandingan MJ 2123, (PPJJ UKM 2002) http://ms.wikipedia.org/wiki/Revolusi_Amerika rupanx.tripod.com/aj3253/kuliah02.htm

y y y

14

You might also like