Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK

Frasa kerja (FK) yang mengandungi frasa nama (FN) sebagai objek : - dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai inti. - FN selepas kata kerja itu sebagai objek atau penyambut.

Ayat-ayat yang mengandungi FA sebagai objek boleh dipasifkan.

Contohnya : 1) Kami makan ayam goreng itu. Ayam goreng itu kami makan. 2) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya. Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan senapangnya. 3) Budak itu membaca buku. Buku dibaca oleh budak itu. (*perkataan condong menjadi subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang dipasifkan)

2 jenis FK yang mengandungi FN sebagai objek :

FK yang mengandungi satu objek

FK yang mengandungi dua objek

FK DENGAN 1 OBJEK
 Contoh ayat : 1) 2) 3) 4) 5) Saya menjawab surat itu. Penumpang itu terus menaiki kapal terbang. Dia tidak mengabaikan tugasnya. Ketua pasukan terus menenangkan suasana itu. Ubat itu dapat menyihatkan badan.

 Terdapat perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif.  Perkataan ini boleh menerima kata penguat dan FN selepasnya boleh digugurkan.  Contohnya : 1) Filem itu sungguh menyeramkan (kami). 2) Betulkah pemeriksaan ketat imigresen di negara itu menyulitkan awak? (*FK menerima objek terdiri daripada orang pertama secara pilihan boleh digugurkan) (*objek terdiri daripada orang kedua dan ketiga tidak boleh digugurkan kerana ia mengandaikan objek yang digugurkab itu ialah orang pertama)

FK DENGAN 2 OBJEK
 FK yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai inti mengandungi dua FN yang menjadi objek kepada kata kerja itu.  Objek-objek ini berbeza fungsinya dan boleh disebut sebagi objek tepat dan objek sipi.

Objek tepat : objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.

Objek sipi : tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.

 Contoh ayat : 1) Tipah menghadiahkan buku kepada Ain. 2) Wanita itu membeli baju untuk anaknya.  Ayat di atas boleh diubah menjadi : 1) Tipah menghadiahi Ain buku. 2) Wanita itu membelikan anaknya baju.  FN yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja iaitu Ain dan buku ; anaknya dan baju.  FN yang mengikuti secara langsung kata kerja ialah objek tepat kepada kata kerja iaitu Ain dan anaknya.  FN yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi.

 Apabila ayat itu dipasifkan hanya FN yang menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan iaitu menjadi subjek atau unsur yang diterangkan. 1) Ain dihadiahi buku oleh Tipah. 2) Anaknya dibelikan baju oleh wanita itu.  Ayat-ayat pasif berikut yang menjudulkan objek sipi tidak dianggap gramatis. 1) *Buku dihadiahi Ain oleh Tipah. 2) *Baju dibelikan anaknya oleh wanita itu.

 Contoh ayat yang mengandungi FK dengan 2 objek (bentuk condong;objek tepat) : 1) Dia mencarikan isterinya buah nangka. 2) Tuhan mengurniai makhluknya rahmat. 3) Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan.  Ayat-ayat ini meletakkan objek tepat selepas kata kerja dan objek sipi mengikuti objek tepat.

 Apabila ayat-ayat itu diubah susunannya; objek tepat asal diletak di bahagian belakang ayat dengan didahului kata sendi nama untuk atau kepada dan menjadikannya FSN, maka ayat yang terhasil akan mengandungi satu objek. 1) Dia mencari buah nangka untuk isterinya. 2) Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluknya. 3) Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu.

 FK yang seolah-olah mengandungi dua objek : 1) 2) 3)   Sultan menamai tempat itu Melaka. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya. Saya menamai kucing itu Si Belang. Ayat-ayat ini mengandungi satu objek iaitu FN selepas kata kerja secara langsung. Melaka, anak angkatnya dan Si Belang berfungsi sebagai penerang kepada objek dan bukan objek tepat. Contohnya: Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu. Dia menjadikan anak angkatnya bagi budak itu. Saya menamakan Si Belang untuk kucing itu.

1) 2) 3)

*Perkataan sebagai boleh diletakkan di hadapan unsur-unsur penerang.

You might also like