Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TATABAHASA DEWAN SIRI 1: VARIASI BAHASA DAN BAHASA BAKU

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. (Tajuk akan datang: Ragam Bahasa)

TATABAHASA DEWAN SIRI 2: RAGAM BAHASA

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai variasi dan ragam. Secara umumya ia dapat dibahagikan kepada empat, iaitu: (i) Ragam bahasa Melayu lisan; (ii) Ragam bahasa Melayu tulisan; (iii) Bahasa-bahasa daerah; dan (iv) Laras-laras bahasa Melayu Moden. Ragam Bahasa Melayu Lisan Bahasa Melayu lisan ialah ragam bahasa yang digunakan ketika bercakap sesama sendiri. Terdapat dua jenis ragam ini, iaitu jenis cakap mulut, yang digunakan antara orang-orang Melayu, dan bahasa pasar, ragam yang digunakan antara orang-orang Melayu dengan kaum atau bangsa lain atau antara kaum-kaum dan bangsa lain. Susunan gaya bahasa cakap mulut itu mudah, dengan ayat-ayat yang ringkas dan perkataan-perkataan yang terpotong-potong atau tertinggal, misalnya tak untuk tidak, nak untuk hendak, dah untuk sudah, kak untuk kakak dan sebagainya. Kadang-kadang terdapat penggunaan perkataan yang tidak pernah digunakan dalam bahasa surat, misalnya kok dan dek, pulak dan jugak. Bahasa pasar disebut juga bahasa kacukan kerana sememangnya satu sifat ragam bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam hal ini banyak terdapat unsur bahasa-bahasa asing yang digunakan. Bahasa pasar ini ialah bahasa yang terdiri daripada perkataan-perkataan bahasa Melayu tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasabahasa lain, seperti bahasa Cina, bahasa Tamil, dan sebagainya. Contoh bahasa pasar:
Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja. (Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)

Setengah-setengah daripada bentuk dan susunan ragam yang bukan bahasa Melayu ini telah begitu sebati dalam penggunaannya sehingga orang Melayu sendiri tidak sedar lagi akan keasingannya dan menyangka bahawa betuk-bentuk itu ialah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen, misalnya apa mahu, boleh bikin, kasi tahu, banyak

mahal, sedikit masa, jagan bilang sama dia, itu macam, saya punya adik, dan sebagainya. (Tajuk akan datang: Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat)

TATABAHASA DEWAN SIRI 3: Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat)

Ragam bahasa Melayu tulisan ialah variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam konteks tulisan. Susunan variasi ini lebih lengkap, tersusun, tinggi, dan halus sifatnya, dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-jarang digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Demikian juga beberapa bunyi dilafazkan berbeza sedikit daripada variasi lisan, misalnya bunyi r. Variasi bertulis ini menggunakan juga

sistem imbuhan yang lengkap dan sempurna, dan jarang-jarang perkataan dipotong-potong seperti yang berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. Datang dari mana? Dan Anda tinggal di mana? tidak pernah mejadi Datang mana? Dan Tinggal mana?, misalnya. Bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam konteks menulis dan dalam situasi-situasi formal. Jika bentuk ini dibawa dalam perbualan biasa, kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa. Mengikut Zaba, jika ia orang Melayu dihitungkan dia mengada-ngada dan jika ia bukan orang Melayu maka dihitungkan dia orang yang tidak biasa bercampur dengan orang-orang Melayu. Bahasa-Bahasa Daerah Yang dikatakan bahasa-bahasa daerah atau loghat atau dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini. Antara ciri-ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza daripada yang lain termasuklah kepelatan bunyi sebutan, gaya lagu sewaktu menuturkannya, dan perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu. (Tajuk akan datang: Laras Bahasa Melayu Moden)

TATABAHASA DEWAN SIRI 4: Laras Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu dapat memperkatakan apa sahaja bidang ilmu dan kegiatan selaras dengan kemajuan dunia masa kini. Pada peringkat universiti hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu, daripada bidang sastera, ekonomi, undang-undang, dan pertanian hingga kepada bidang kejuruteraan, fizik, perubatan, dan psikologi. Demikian juga dalam konteks mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi lain; semuanya dapat diperkatakan dalam bahasa Melayu. Dalam bidang perhubungan sehari-hari, bahasa Melayu digunakan dengan luasnya untuk memperkatakan apa sahaja hal dan keadaan

yang perlu diperkatakan, daripada yang sebiasa-biasanya kepada yang tinggi-tinggi dan rumit sifatnya. Bahasa Melayu luas juga digunakan sebagai bahasa surat-menyurat rasmi, dalam perbincangan di Parlimen, dan sedang diusahakan untuk digunakan dengan luasnya di mahkamah-mahkamah dan sektor swasta. Kesimpulannya, bahasa Melayu pada masa ini ialah satu bahasa yang berpotensi tinggi, yang benar-benar menjadi alat perhubungan penutur-penuturnya, alat untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Dalam menjalankan tugas-tugas ini, bahasa Melayu telah banyak mengalami perubahan, membuat penyesuaian dari segi bentuk dan gaya, selaras dengan perkara yang diperkatakan dan suasana tatkala memperkatakan benda atau hal-hal tertentu. Perkataanperkataan yang digunakan berbeza, bergantung pada benda yang diperkatakan, sama ada tentang proses fizik, penyakit tertentu, falsafah, seni bina atau perlawanan badminton. Kalau kita membaca sesuatu petikan dan bertemu dengan perkataanperkataan seperti separuh masa pertama, jaringan gol kedua, dan tendangan yang kuat, maka jelas perkara yang diperkatakan itu ialah sukan, khasnya bola sepak. Dan jika terdapat perkataan-perkataan seperti saham, indeks perusahaan, dan pelabur, maka jelas bahasa ini merupakan bahasa Melayu yang sedang menghuraikan satu aspek bidang ekonomi, iaitu pasaran saham. (Tajuk akan datang: Morfologi) TATABAHASA DEWAN SIRI 5: MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa

yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembetukan perkataan melibatkan pengimbuhan. (Tajuk akan datang: Imbuhan)

TATABAHASA DEWAN SIRI 6: IMBUHAN

Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut: awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Bentuk Imbuha n Awalan Akhiran Pengertian Imbuhan yang ditambah berpada bahagian hadapan terkata dasar -an Contoh berjalan terambil lautan

Sisipan

Imbuhan yang -kan ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar Imbuhan yang diselitkan di -emantara unsur-unsur kata dasar Imbuhan yang ke-...-an ditambahkan serentak pe-...-an pada hadapan dan pada belakang kata dasar

panjangkan

g + em + uruh (kata dasar guruh) kedudukan pedalaman

Apitan

Catatan: Penjelasan lebih lanjut berhubung imbuhan ini akan dihuraikan dalam bab Kata Kerja, insya Allah. (Tajuk akan datang: PERKATAAN )

TATABAHASA DEWAN SIRI 7: PERKATAAN

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dijeniskan sebagai berikut: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Contohnya: itu bakal

Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama, kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. Misalnya: (i) Itu? (ii) Bakal! (iii) Saya. Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk-bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas: (i) di mana? (ii) untuk siapa? (iii) ke Johor Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contohnya: (i) MARAMajlis Amanah Rakyat (ii) pawagam panggung wayang gambar Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Misalnya: mendukung(men + dukung) dipukul (di + pukul) makanan (makan + an) biarkan (biar + kan) mengakui (meng + aku + i) pertunjukan (per + tunjuk + an) gemuruh (g + em + uruh) Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Misalnya: air mata meja makan kerani kanan bedahari kehormat sudut tepat

Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Misalnya: kanak-kanak lelaki bertubi-tubi membohong-bohongi memperkecil-kecil (Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA)

TATABAHASA DEWAN SIRI 8: PEMBENTUKAN KATA (a. Kata Tunggal)

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk bersifat tunggal, ada yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Bentuk Kata Bentuk Kata Tunggal Jenis/Keterangan (i) Satu suku kata amat terhad antaranya pinjaman daripada bahasabahasa asing Dua suku kata banyak dalam bahasa Melayu Contoh yu, ru, am, cat, wang, bah, tin, bin, lap, sen, roh, jong, dan, stor, pruf, dril, gred, skel, brek, krim, trak, draf, dram. aku, uda, apa, itu, ela, esa, iri, ubi, ibu, aib, air, aur, ais, adik, emas, ubat, alas, ikan, izin, orang, usang, ulat, ekor, undi, abdi, ambil, embun, dua, jua, jauh, liar, jala, beta, kapal, jarum, lampu, janji, bangsal, sunting. cuaca, tiada, biawak, siamang, usia, semua, deria, tempua, keruan, sekian, mengkuang,

(ii)

(iii)

Tiga suku kata agak kecil pola-pola susunan konsonan-vokalnya

(iv)

agak banyak bankuet, utara, aroma, banyak daripadanya ijazah, angkasa, menteri, ilmiah, akaun, belalang, kata pinjaman tempurung, belanja, sempurna, kelongsong. Empat suku kata dan biduanda, sederhana, lebih laksamana, sentiasa, bidadari, salasilah, kebanyakannya sentimeter, singgahsana, kata pinjaman mesyuarat, universiti, kosmopolitan, maharajalela.

Selain kata-kata seperti di atas, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara: (i) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. (ii) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. (iii) Jika akronim yang
Bernama (Berita Nasional Malaysia) Gapena (Gabungan Penulis Nasional) Mara (Majlis Amanah Rakyat) ubahsuai (ubah sesuai) kugiran (kumpulan gitar rancak)

TH (Tabung Haji) ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

tabika (taman bimbingan kanak-kanak) ubahsuai (ubah sesuai) kugiran - (kumpulan gitar rancak) purata - (pukul rata) Bernama (Berita Nasional

terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Malaysia) Gapena (Gabungan Penulis Nasional) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional) Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Petronas - (Petroleum Nasional) Proton - (Perusahaan Automobil Nasional)

(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (b. Kata Terbitan)) TATABAHASA DEWAN SIRI 9: Bentuk Kata Bentuk Kata Terbitan PEMBENTUKAN KATA (b. Kata Terbitan) Jenis/Keterangan Contoh

Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis: (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar; (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar; (iii) apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar; (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar. 1. Kata terbitan berawalan awalan kata nama pe- (pelari, perakus) pem- (pembawa, pembuat) pen- (pendatang, pendua) peng- (penggali, penggubal) penge- (pengebom, pengetin) pel- (pelajar)

awalan kata kerja

awalan kata adjektif

per- (perasap, perbara) pe- (pesara, pesakit) ke- (ketua, kelipat) juru- (juruukur, juruwang) maha- (mahasiswa, mahaguru) tata- (tatabuku, tatabahasa) pra- (prasejarah, prakata) sub- (subkelas, subsistem) supra- (suprakelas, supranasional) eka- (ekabahasa, ekawarna) dwi- (dwibahasa, dwifungsi) me- (melawan, merasa) mem- (membawa, membilang) men- (mendaki, mendakwa) meng- (menggali, menggiling) menge- (mengecat, mengekod) memper- (memperisteri, memperhamba) ber- (berjalan, berganti) be- (beraja, berasa) bel- (belajar, belunjur) ter- (terjebak, terbentuk) di- (diatur, ditimbang) diper- (diperisteri, dipercepat) ter- (terbesar, terputih) te- (teruncing, terendah) se- (secantik, secerah) -an (pakaian, jahitan) -wan (sasterawan, angkasawan) -man (budiman, seniman) -wati (seniwati) -isme (nasionalisme, sosialisme)

2. Kata terbitan berakhiran akhiran kata nama

akhiran kata kerja

-in (hadirin, muslimin) -at (hadirat, muslimat) -ah (sultanah, ustazah) -kan (buatkan, gunakan) -i (turuti, duduki) pe-...-an (pelaksanaan, perasaan) pem-...-an (pembuatan, pembinaan) pen-...-an (pentakrifan, pendapatan) peng-...-an (penggunaan, pengguguran) penge-...-an (pengehadan, pengesahan) per-...-an (persalinan, perkuburan) pel-...-an (pelajaran) ke-...-an (kelainan, kelebihan) me-...-kan (memainkan, melukakan) men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan) mem-...-kan (membaharukan, membaikkan) meng-...-kan (menggunakan, menggandakan) menge-...-kan (mengepinkan, mengecamkan) ber-...-kan (beralaskan, berlaukkan) di-...-kan (dibiarkan, digunakan) me-...-i (melalui, memasuki) men-...-i (mencurigai, mendendami) mem-...-i (membaharui, membohongi)

3. Kata terbitan berapitan apitan kata nama

apitan kata kerja

apitan kata adjektif 4. Kata terbitan bersisipan sisipan kata nama

meng-...-i (menganggotai, menggauli) di-...-i (didekati, dimulai) diper-...-kan (diperdengarkan, diperlihatkan) diper-...-i (diperingati) memper-...-kan (memperdengarkan, memperjuangkan) memper-...-i (memperingati) ke-...-an (kehausan, kepanasan) ke-...-an (keinggerisan, kearaban)

sisipan kata adjektif

-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut) -er- (keruping, seruling, serabut) -el- (kelebak, selerak, gelembung) -er- (serabut, gerigi) -em- (gemilang, semerbak, gemerlap) -in- (sinambung)

(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (c. Kata Majmuk))

TATABAHASA DEWAN SIRI 10: Bentuk Kata Bentuk Kata Majmuk PEMBENTUKAN KATA (c. Kata Majmuk) Jenis/Keterangan Berdasarkan jenisnya, ia dipisahkan kepada tiga kelompok: (iv) terdiri daripada rangkaian kata bebas Contoh

(v) berbentuk istilah khusus

(vi) mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa) 1. Bentuk yang telah mantap: mantap sebagai satu perkataan yang utuh; dieja sebagai satu perkataan

gambar rajah biru laut tengah hari kuning langsat Perdana Menteri Duta Besar Naib Canselor Ketua Setiausaha Negara model linear garis pusat pita suara kertas kerja batu kapur kaki ayam buah hati bulan madu tumbuk rusuk makan angin antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara

pesuruhjaya Terdapat sejumlah perkataan dalam golongan kata tertentu yang secara lazim dieja bercantum: kata nama

kata adjektif kata sendi nama kata hubung

kata tanya 2. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja

peribadi peribahasa hulubalang dinihari perikemanusiaan sukacita dukacita kepada daripada apabila manakala padahal darihal barangkali kadangkala apakala walhal bagaimana

Satu kecualian: yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur 3. Pengimbuhan kata majmuk (i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap

alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata jirim-jirim organik Naib-Naib Canselor Ketua-Ketua Menteri pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasajawatankuasa setiausaha-setiausaha

campur aduk bercampur aduk litar selari berlitar selari ambil alih mengambil alih temu bual ditemu bual

terpisah (ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum

daya serap daya serapan


campur aduk mencampuradukkan

daya serap kedayaserapan garis pusat menggarispusatkan satu padu menyatupadukan urus niaga diurusniagakan

Peringatan: Kata majmuk tidak menggunakan sempang (-), kecuali ketika penggandaan pada kata ganda. (Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (d. Kata Ganda))

TATABAHASA DEWAN SIRI 11: Bentuk Kata Bentuk PEMBENTUKAN KATA (d. Kata Ganda) Jenis/Keterangan Terdapat tiga jenis Contoh

Kata Ganda

penggandaan: 1. Penggandaan penuh menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu termasuk imbuhan sekali menggandakan sebahagian kata dasar sahaja kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan penggandaan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar
laki lalaki lelaki jari jajari jejari siku sisiku sesiku rambut rarambut rerambut langit lalangit lelangit

pulau-pulau buku-buku cantik-cantik minum-minum mata-mata pemimpin-pemimpin pelatih-pelatih persatuan-persatuan kehendak-kehendak

2. Penggandaan separa

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar

di belakang kata dasar: berlari-lari mencari-cari berturut-turut

utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali. berlaku terhadap golongan kata kerja dan kata adjektif boleh terletak di belakang atau di hadapan kata dasar untuk kata kerja tertentu

terdiri-diri sepandai-pandai di hadapan kata dasar: kasih-mengasihi cinta-mencintai kejar-mengejar tolong-menolong bantu-membantu

3. Penggandaan berentak menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu seluruh kata dasar digandakan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis: (i) penggandaan berentak sayur-mayur pengulangan vokal kuih-muih (penggandaan yang selok-belok mempunyai ciri-ciri lauk-pauk persamaan pada bunyi-bunyi gotong-royong vokal tertentu, iaitu terdapat cerai-berai ciri-ciri keharmonian vokal) (ii) penggandaan berentak gunung-ganang pengulangan konsonan bukit-bukau (penggandaan yang mandi-manda mempuyai ciri-ciri batu-batan persamaan pada bunyi-bunyi bolak-balik konsonan tertentu) (iii) penggandaan berentak bebas (penggandaan yang
tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan)

anak-pinak saudara-mara lintang-pukang titik-bengik

Peringatan: Kata ganda menggunakan sempang (-), berbeza dengan kata majmuk yang tidak menggunakannya. (Tajuk akan datang: GOLONGAN KATA)

You might also like