Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kata hubung (bahasa Melayu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan: perkataan dengan perkataan; rangkai kata dengan rangkai kata; dan ayat dengan ayat.

  

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: 1. Kata hubung gabungan 2. Kata hubung pancangan

  

Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan keterangan

3. Kata hubung pasangan.

[sunting]Kata

hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya. Contoh ayat: Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya. Dia mengelak, lantas menikam.

  

[sunting]Kata [sunting]Kata

hubung pancangan
hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. Contoh ayat: Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

 

Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

[sunting]Kata

hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat: Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

  

[sunting]Kata

hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya. Contoh ayat: Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat Saya berkawan dengannya semenjak kecil

 

[sunting]Kata

hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun.. Contoh ayat: Kian lama kian banyak orang yang ke sana. Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_hubung_(bahasa_Melayu)#Kata_hubung_pancangan_relatif

You might also like