Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 70

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

Objektif Organisasi Bahagian Dan Fungsi

Objektif

Objektif

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Fungsi
Mewujudkan Sistem Pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Organisasi

Menteri Pendidikan Malaysia

Tan Sri Dato Musa B. Mohamad

Ketua Setiausaha

Dato Ambrin B. Buang

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Datuk Hj. Abdul Rafie B. Mahat

Timbalan Menteri I

Timbalan Menteri II

Bahagian Dan Fungsi

Perpustakaan Negara
Objektif
Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan; memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Misi Organisasi
Mempastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira status dan dimana jua berada dapat menikmati kemudahan perkhidmatan perpustakaan secara saksama serta berupaya mencapai dan menggunakan ilmu wawasan intelek Malaysia dan ilmu sejagat melalui pasarana ilmu perpustakaan elektronik yang bersepadu seluruh negara.

Perpustakaan Negara
Wawasan
Perpustakaan Negara Malaysia sebagai perpustakaan cemerlang yang terulung di rantau ini yang boleh membekal dan menyalurkan maklumat rujukan dan penyelidikan dalam pelbagai media untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat negara ini.

Dewan Bahasa Dan Pustaka


Matlamat
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain; Membakukan ejaan dan sebutan dan, membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; Menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Dewan Bahasa Dan Pustaka


Misi
Menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu yang berwibawa dalam pembinaan tamadun bangsa. Falsafah Pembinaan negara bangsa melalui bahasa Melayu Wawasan Bahasa Melayu salah satu bahasa ilmu yang berwibawa

Jabatan Pendidikan Tinggi


Fungsi
Menggubal dasar-dasar mengenai pembangunan universiti-universiti yang sedia ada dan juga universiti baru. Menyelaras pembangunan fizikal dan programakademik bagi institusi pendidikan tinggi awam (ipta) Menyedia/menyelaras perancangan, agihan peruntukan, perlaksanan dan pengesanan fizikal dan r & d ipta. Menggubal dan menentukan dasar-dasar serta menyelaras pengendalian sistem kemasukan pelajar ke ipta. Menyelaras pengumpulan dan penyebaran maklumat pendidikan tinggi. Menjadi urus setia kepada majlis pendidikan tinggi negara. Menentukan dasar-dasar bagi penempatan dan kebajikan pelajarpelajar di luar negara.

Bahagian Sekolah
Misi
Pengurusan Pendidikan Dan Kepimpinan Yang Berkesan Ke Arah Pembinaan Insan Kamil Yang Menerima Dan Membawa

Fungsi
1. Merancang dan menyelaras prograrm-program berkaitan hal ehwal sekolah dalam aspek: Pembangunan sekolah masa hadapan Peningkatan tahap kemudahan fizikal sekolah Keperluan penubuhan sekolah 2. Menentukan dasar dan mengurus program-program berkaitan hal ehwal guru dalam aspek: Penempatan Pertukaran dan Kebajikan guru

Bahagian Sekolah
3. Menentukan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus program-program berkaitan hal ehwal pelajar dalam aspek: Disiplin, Masalah sosial, moral dan peribadi, kebajikan pelajar, Lawatan dan pertukaran pelajar dan Integrasi pelajar. 4. Menentukan dasar merancang dan melaksanakan program kokurikulum di Sekolah Rendah dan Menengah: Pengambilan dan penempatan pelajar Kokurikulum mata pelajaran Pasukan beruniform Persatuan dan kelab Nota: Fungsi Bahagian Sekolah tidak melibatkan sekolah teknik, vokasional dan sekolah menengah agama.

Bahagian Sekolah
Objektif
1. 2. Memperluaskan penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%. Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program-program jayadiri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar. Mengurangkan kes disiplin dan salahlaku. Memperluaskan khidmat kaunseling kerjaya dan bimbingan di kalangan pelajar bagi meningkatkan kesejahteraan diri pelajar. Memberi pendedahan dunia luar kepada pelajar melalui program pertukaran pelajar. Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan pelajar dan seluruh warga sekolah.

3. 4.

5. 6.

Bahagian Sekolah
7. Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi: opsyen dan bilangan. 8. Meningkatkan tahap kebajikan guru-guru. 9. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mengwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 10. Menyediakan garis panduan serta kriteria mewujudkan sekolah masa hadapan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. 11. Menentukan keperluan kenubuhan sekolah di kawasan-kawasan yang baru di bangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara. 12. Mewujudkan governan sekolah di semua sekolah rendah dan menengah berdasarkan model yang ditetapkan.

Bahagian Pendidikan Guru


Misi
Melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru dan staf kementerian pendidikan Malaysia sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi kementerian pendidikan malaysia

Visi Sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru


Objektif
Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah rendah dan menengah. 2. Membina insan guru berakhlak mulia, berilmu, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid dengan cekap dan berkesan. 3. Meningkat pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berterusan 4. Mengembangkan institusi perguruan sebagai pusat khidmat rujuk dalam bidang keguruan.

Bahagian Pendidikan Guru


Fungsi
1. Menyediakan dasar pendidikan keguruan dan unjuran pengambilan guru praperkhidmtan; 2. Menguruskan pengambilan dan penempatan pelajar ke maktab perguruan; 3. Menguruskan pendaftaran, kebajikan, disiplin dan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar; 4. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan kurikulum; 5. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Praktikum; 6. Merancang, melaksana dan memantau Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO); 7. Menguruskan perancangan, pengendalian dan menyelia pelaksanaan penilaian dan peperiksaan;

Bahagian Pendidikan Guru


8. Menguruskan perancangan dan pelaksanaan Kursus Dalam Perkhidmatan dan Latihan Kemajuan Staf; 9. Menguruskan perancangan pembanguan, penyenggaraan infrastruktur dan infostruktur; 10. Menguruskan perancangan dan mengendalikan pengurusan perjawatan, perkhidmatan dan kebajikan staf, dan 11. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Pusat Perkembangan Kurikulum


Misi
Membangunkan Kurikulum Yang Koheren dan Relevan Untuk Perkembangan Potensi Individu Sepenuhnya dan Untuk Memenuhi Keperluan Negara

Objektif Umum
1. Membangun dan menggubal kurikulum yang relevan, koheren dan berkualiti di semua peringkat persekolahan. 2. Mempertingkatkan mutu kurikulum secara berterusan selaras dengan keperluan masa kini dan masa depan. 3. Menyelaras pelaksanaan kurikulum dengan berkesan di semua peringkat persekolahan.

Pusat Perkembangan Kurikulum


Objektif Operasi
1. Mentafsir kehendak-kehendak dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, wawasan dan dasar kerajaan dalam menentukan kurikulum. 2. Mengkaji dan menganalisis pelbagai isu semasa yang berkaitan dengan dasar serta pelaksanaan pendidikan. 3. Mengkonsepsi dan merancang kurikulum pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. 4. Menggubal Sukatan Pelajaran bagi mata-mata pelajaran meliputi pra sekolah, sekolah rendah dansekolah menengah. 5. Menyediakan bahan-bahan sokongan seperti Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dan panduan guru. 6. Menyebarkan maklumat tentang pembaharuan dan perkembangan kurikulum kepada pendidik dan masyarakat.

Pusat Perkembangan Kurikulum


7. Menjalankan kursus-kursus kepada Guru Sumber, Guru Besar, Pengetua, Penolong Kanan dan pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan serta Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendedahkan mereka kepada program pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. 8. Membina alat-alat penilaian formatif bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui sistem Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah. 9. Menjalankan pelbagai aktiviti yang berkait dengan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum untuk mempertingkatkan kecekapan dan keihktisasan para pendidik di semua peringkat. 10. Menyelaras aktiviti kurikulum secara berterusan dengan semua bahagian di Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Sekolah.

Pusat Perkembangan Kurikulum


11. Menyediakan bahan-bahan pukal latihan untuk membantu sekolah mengadakan latihan dalaman secara berterusan. 12. Menjalankan pemantauan yang berterusan di sekolah-sekolah untuk menilai keberkesanan setiap progran dan kurikulum. 13. Menjalankan penyelidikan dan penilaian projek-projek mikro untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang aspek-aspek tertentu dalam pelaksanaan dan perkembangan kurikulum. 14. Menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan profesionalisme dan ketrampilan pegawai-pegawai kurikulum. 15. Bekerjasama serta memberi khidmat bantuan dan kepakaran kepada agensi-agensi kerajaan dan badan-badan di dalam dan di luar Kementerian Pendidikan.

Pusat Perkembangan Kurikulum


Fungsi
1. MERANCANG, MENGGUBAL, MENGUJI, MEMURNI dan MENYEDIAKAN bahan-bahan kurikulum sekolah seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, pukal latihan dan perisian kursus pendidikan. 2. MELAKSANA dan MENYEBARKAN kurikulum sekolah melalui kursus orientasi, seminar, mesyuarat dan taklimat kepada guruguru dan pihak-pihak berkenaan. 3. MENGESAN, MEMBIMBING, MENILAI, MENGKAJI dan MENJALANKAN penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan kurikulum pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. 4. MENYELARAS dan MENGURUSKAN mesyuarat-mesyuarat peringkat tinggi mengenai dasar dan pelaksanaan kurikulum di peringkat Kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri/Daerah. 5. MENGKAJI dan MENTAFSIR dasar dan keperluan negara berkaitan dengan kurikulum untuk menentukan tuju hala kurikulum sekolah.

Bahagian Buku Teks


Misi
Memperakukan buku teks berkualiti dan menepati masa ke arah pembangunan insan berpendidikan cemerlang.

Objektif
Bahagian Buku Teks ialah memastikan: 1. Buku Teks yang diperakukan untuk kegunaan di Sekolah berkualiti 2. Buku Teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dibekalkan ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.

Bahagian Buku Teks


Fungsi
1. Mengendalikan penghasilan dan pemerakuan buku teks: 1.1 pemerolehan manuskrip 1.2 pengawalan mutu fizikal buku 1.3 penetapan harga buku 1.4 pemerakuan buku 1.5 penyemakan semula buku

2. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 2.1 pengurusan kontrak dan pesanan buku teks

2.2 pengawalan penggunaan buku teks di sekolah 2.3 pengawasan keperluan buku teks di pasaran terbuka

Bahagian Sukan
Misi
Melahirkan generasi yang sihat dan cergas melalui program pendidikan sukan yang bermutu serta memberi seluas - luas peluang ke arah kecemerlangan

Objektif
1. Merancang, mengubal dan melaksana program pendidikan sukan sekolah untuk membangunkan potensi ke arah melahirkan generasi yang sihat dan cergas. 2. Merancang dan melaksana program sukan yang baru di sekolah untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti sukan. 3. Melaksana program sukan yang sedia ada di sekolah-sekolah serta memantau dan menilai program-program tersebut. 4. Melaksanakan tugas dan fungsi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia berdasarkan perlembagaannya.

Bahagian Sukan
Fungsi
MERANCANG, MELAKSANA dan MENGURUS program pendidikan sukan sekolah-sekolah untuk penyertaan ramai serta membangunkan potensi pelajar dalam bidang sukan.

Jabatan Pendidikan Teknikal


Misi
Membentuk sistem pendidikan teknikal bertaraf dunia yang memenuhi keperluan semasa negara

Objektif
1. Memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi 2. Memperluaskan kebolehan mereka menjadi tenaga kerja yang berteknologi tinggi dan warga-negara yang produktif.. 3. Menawarkan program teknologi yang lebih rigorous bagi membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa professional dalam pebagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Melalui cara ini, negara akan dapat melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi, berketrampilan dan mengamalkan nilai murni.

Jabatan Pendidikan Teknikal


Fungsi
1. Mengkonsepsi dasar dan arah tuju perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional menentukan pelaksanaan dan penyelarasan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Merancang, menggubal dan menilai keberkesanan pendidikan teknikal dan vokasional.

2.

Jabatan Pendidikan Swasta


Misi
Menentukan pengembangan pendidikan swasta bertaraf dunia melalui perundangan, pemudahcaraan serta perkhidmatan cemerlang untuk melahirkan insan yang berilmu dan bernilai murni.

Objektif
1. Memastikan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan; 2. Menentukan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta berkualiti, bertaraf dunia dan relevan dengan keperluan negara; 3. Memastikan semua pengurusan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan.

Jabatan Pendidikan Swasta


4. Menentukan pelaksanaan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan; 5. Memastikan keseluruhan prasarana istitusi pendidikan swasta berkualiti; dan 6. Menjadikan pendidikan sebagai satu industri.

Fungsi
1. Memproses permohonan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta. 2. Memantau dan menguatkuasa pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 3. Merancang aktiviti penyelidikan untuk pengembangan pendidikan sektor swasta 4. Menjalankan aktiviti promosi pendidikan

Jabatan Pendidikan Khas


Misi
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Fungsi
1. Merancang menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar pendidikan negara yang bersesuaian dengan pendidikan khas dari segi: Pendidikan untuk semua, peluang pendidikan yang seimbang dan sesuai mengikut keperluan individu, khidmat bantu dan sokongan dan pendidikan Kemahiran Vokasional 2.Merancang, mengurus dan mengawal semua program pendidikan Khas pada peringkat awal, rendah, menengah dan kemahiran vokasional. 3. Menentukan pelaksanaan program Pendidikan Khas kualiti pada semua peringkat

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


Misi
Menerajui perancangan dan penyelidikan pendidikan ke arah memenuhi matlamat dan aspirasi nrgara

Objektif
1. Merancang dan mengurus aktiviti perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara. 2. Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui aktiviti penyelidikan, intervensi, penilaian dan pengesanan program supaya pelaksanaan aktiviti perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan. 3. Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan aktiviti perancangan pendidikan. 4. Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang stratigik, menmyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pendidikan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


FUNGSI: PERANCANGAN DASAR PENDIDIKAN
1. Menganalisis dan mengesan maklumat, peraturan dan amalan pendidikan bagi membantu penggubal dasar menentapkan keputusan dasar. 2. Mengenal pasti dan mengkaji isu-isu pendidikan dan isu semasa yang mempunyai implikasi pendidikan. 3. Meneliti peraturan-peraturan dalam Akta Pendidikan 1996 untuk membantu mengukuhkan dasar pendidikan. 4. Menguruskan kerja-kerja keurusetiaan bagi pengurusan dasar pendidikan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


FUNGSI: PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
1. Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan negara yang bersesuaian dengan matlamat dan dasar pendidikan. 2. Mengemukakan perancangan projek-projek khas bagi tujuan menyediakan alternatif yang sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara. 3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek di bawah biayaan bantuan luar supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh sistem pendidikan negara. 4. Menyediakan perancangan sumber tenaga manusia dalam sistem persekolahan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


FUNGSI: PENILAIAN AKTIVITI PENDIDIKAN
1. Menilai program dan projek yang sedang berjalan untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan. 2. Mengenal pasti dan menilai keperluan pendidikan bagi menentukan kebolehlaksanaan sesuatu program/projek pendidikan yang akan dilaksanakan 3. Mengesan program/projek intervensi pendidikan yang di laksanakan dan menilai kesesuaian untuk disebarluaskan dan diaplikasikan secara menyeluruh. 4. Menganalisis dan menilai kos bagi program/projek pendidikan yang dijalankan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


FUNGSI: PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
1. Merancang dan mengendalikan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang berorientasikan dasar dan perancangan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti program pendidikan. 2. Menganalisis dan merumuskan implikasi dapatan kajian dari segi dasar dan amalan kependidikan sebagai input untuk proses perancangan, penggubalan dan pengukuhan dasar serta penilaian program pendidikan. 3. Memberi khidmat kepakaran dalam penyelidikan pendidikan untuk dimanfaatkan oleh pengamal pendidikan Meneliti dan memberi keputusan cadangan penyelidikan pendidikan yang dikemukakan oleh pihak penyelidik awam.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


FUNGSI: PENGURUSAN DATA PENDIDIKAN
1. Mengurus pangkalan data Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) melalui rangkaian maklumat BPPDP, JPN, PPD/PPB dan sekolah. 2. Menganalisis maklumat asas pendidikan dan menyediakan `policy brief' untuk pemutus dasar. 3. Merancang, mengumpul dan mengemaskini data pendidikan. 4. Membekalkan maklumat asas pendidikan 5. Menerbitkan buku dan risalah perangkaan pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


FUNGSI: PUSAT DOKUMENTASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
1. Memberi khidmat sumber maklumat kepada pembuat dasar, pegawai profesional serta mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran di Kementerian Pendidikan. 2. Menyediakan, menyebar dan menerbitkan maklumat bagi keperluan perancangan, projek serta aktiviti di Kementerian Pendidikan. 3. Mendokumentasikan bahan-bahan pendidikan. 4. Menyediakan kemudahan khidmat rujukan. 5. Menerbitkan terbitan-terbitan utama BPPDP.

Lembaga Peperiksaan
Misi
1. Merancang, membina dan menghasilkan alat-alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berlandaskan kurikulum dan Falsafah Pendidikan Negara yang telah ditetapkan; 2. 3. Mengendali dan mengurus semua peperiksaan di peringkat pusat dengan cekap, selamat dan sempurna; Memproses serta mengeluarkan keputusan peperiksaan tersebut dengan cepat, tepat dan adil.

4. Mengkaji dan menyelidik supaya dapat menghasilkan alat-alat kaedah penilaian yang lebih sah, boleh dipercayai, selamat da canggih; Memberi khidmat bantuan, khidmat nasihat dan khidmat perundingan tentang pengujian dan pengukuran pendidikan, mempertingkat dan memperluas penggunaan teknologi maklumat untuk pengendalian sistem peperiksaan yang lebih efisien dan jitu

Lembaga Peperiksaan
6. Mengesan dan mengawal semua peperiksaan dalam institusi pendidikan supaya tidak bercanggah dengan sebarang dasar negara demi mengawal kepentingan awam; 7. Mengendalikan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar dan aspirasi negara.

Objektif
1. Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan sekolah, peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara. Memberikan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan kepada sekolah dan pengurusan mana-mana badan tentang pengujian pendidikan.

2.

3.

Lembaga Peperiksaan
Fungsi
1. Penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat kurikulum Penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran. Penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum. Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran. Pengawalan dan pengendalian peperiksaan awam dan luar negeri. Pemprosesan kemasukan calon dan data, pengeluaran keputusan dan sijil dan penganalisisan statistik.

2. 3. 4. 5.

Lembaga Peperiksaan
6. Pengurusan Bank Soalan. 7. Penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesanan "standard" 8. Pengurusan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat perundingan.

Bahagian Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan


Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan PSPN terdiri daripada rancangan TVP, siaran Radio Pendidikan, CD-Rom Interaktif, serta bahan-bahan bercetak seperti buku, modul, dan sebagainya. Bahan-bahan ini disiarkan melalui TV Pendidikan, Radio Pendidikan (Sabah dan Sarawak) dan juga diagihkan terus ke Bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan, Maktab Perguruan, PSPN/BTPN, PKG dan sekolah-sekolah.

Bahagian Teknologi Pendidikan

Institut Aminuddin Baki


Misi
Misi IAB ialah untuk menerap dan meningkatkan kesedaran serta budaya pengurusan pendidikan yang inovarif dan berkesan di kalangan setiap pengurus pendidikan. Ke arah ini, program latihan yang komprehensif merangkumi aspek-aspek falsafah pengurusan pendidikan dan ketrampilan dalam teknik-teknik pengurusan dirancang untuk mencapai perubahan perlakuan dan sistem ke arah yang lebih positif dan cemerlang.

Objektif
Membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan pendidikan serta membangunkan Pendidikan Negara bagi melahirkan satu iklim yang membolehkan berlakunya penghayatan dan amalan peradaban ilmu dan nilai-nilai murni.

Institut Aminuddin Baki


Objektif Khas
1. 2. 3. 4. Membina tubuh ilmu peribumi pengurusan pendidikan. Memberi kemahiran asas pengurusan pendidikan kepada semua pengurus pendidik. Menggunakan segala pendekatan pedagogi/andragogi untuk menatarkan ilmu pengurusan pendidikan kepada klientel. Bertindak menjalankan rundingcara organisasi ke arah menjadikan organisasi pendidikan antara yang paling dinamik dan produktif. Menjalankan usaha-usaha penyelidikan. Menjalankan usaha-usaha pemikiran secara pasukan think tank bagi menangani masalah pengurusan pendidikan. Membina senarai semak alatan dan menghasilkan bahan-bahan lain serta mendokumentasikan penemuan dapatan pendidikan.

5. 6. 7.

Institut Aminuddin Baki


Fungsi
Dalam konteks latihan, IAB bertanggung jawab mewujudkan iklim penghayatan amalan dan peradaban ilmu, budaya ilmu, nilai murni dan mulia menerusi program-program yang bersepadu di peringkat institusi, daerah, negeri, pusat dan antarabangsa. IAB melaksanakan semua melalui fungsi-fungsi seperti berikut: Latihan Penyelidikan Penerbitan Rundingcara Pengurusan Pendidikan Komunit

Institut Terjemahan Negara


Misi
Berusaha mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan bermutu untuk masyarakat yang lebih maju, dinamis, dan beradab. Memperkaya bahasa Melayu sebagai wahana pemikiran budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan.

Objektif
1. Menyediakan perkhidmatan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; Menterjemah bahan pengetahuan terutamanya daripada karya yang bermutu ke dalam bahasa Melayu; Menterjemahkan karya-karya penting tempatan ke bahasa lain untuk kepentingan kemanusiaan dan imej nasional; dan Menyediakan latihan dan bimbingan dalam bidang penterjemahan.

2. 3. 4.

Institut Terjemahan Negara


Fungsi
1. Badan penterjemahan di Malaysia yang merancang, melaksana, mengurus dan menyelaras hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bahasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Badan payung yang membantu menggerak dan mengagih kerja terjemahan serta kerja iringan berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bahasa yang datang dari dalam dan luar negara kepada para penterjemah dan pihak swasta di Malaysia; Pusat pengembangan ilmu yang mengembangkan ilmu sains, teknologi dan seni terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bahasa melalui penterjemahan;

2.

3.

Institut Terjemahan Negara


4. Pusat pengembangan sumber manusia yang melatih dan meningkatkan kepakaran para penterjemah, penyunting, jurubahasa dan kerjaya berkaitan bagi memenuhi keperluan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; 5. Pusat khidmat terjemahan dan adaptasi yang memberi khidmat secara komersil dan sosial bagi buku, dokumen, maklumat, perisian komputer dan bahan bacaan berbilang bahasa terutamanya kedalam bahasa Melayu menggunakan khidmat penterjemah dan penterjemahan berkomputer/bantuan komputer; 6. Pusat khidmat jurubahasa yang memberi khidmat jurubahasa atau interpretasi pelbagai bahasa secara komersil dan sosial kepada pelbagai pihak di dalam dan luar negara;

Institut Terjemahan Negara


7. Pusat penggalakan bidang terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bahasa yang menganjur serta menjalankan pelbagai kegiatan untuk menarik minat, memaklumkan dan menggerakkan perkembangan bidang terjemahan dan kejurubahasaan di Malaysia.

8. Pusat khidmat rujukan mutu yang menetapkan piawaian, dan memberi khidmat pemastian dan pengiktirafan mutu terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bahasa di Malaysia.

Lembaga Akreditasi Negara


Misi
Menjamin kualiti pendidikan, Budaya pendidikan cemerlang, Menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Mewujudkan Sistem Akreditasi yang bebas,

Fungsi
1. 2. Merumuskan dasar mengenai kawalan standard dan kualiti Kursus pengajian; dan Sijil, diploma dan ijazah; Menetapkan, mengawasi, mengkaji semula, menyelia standard dan kualiti pengajian; dan Sijil, diploma dan ijazah bagi tujuan pengakreditan; Menentukan tahap pencapaian bagi Bahasa Kebangsaan dan mata pelajaran wajib yang ditetapkan dalam Akta IPTS (Akta 555) 1996 sebagai pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma dan ijazah; dan

3.

Lembaga Akreditasi Negara


4. Menasihat dan membuat syor kepada Menteri bagi meluluskan kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh sesuatu IPTS mengenai : i. Kesesuaian persediaan kemudahan pendidikan yang relevan dengan kursus pengajian; dan ii. Jaminan standard dan mutu kursus pengajian itu.

Bahagian Kewangan
Misi
Mewujudkan sistem pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan bagi membantu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan memenuhi aspirasi negara untuk pembangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Objektif
1. 2. Menentukan pengurusan kewangan Kementerian Pendidikan dikendalikan ke arah memenuhi misi yang ditetapkan. Menentukan sumber-sumber kewangan diperuntukan dan digunakan secara optimum selaras dengan objektif program dan aktiviti yang ditetapkan.

3. Memastikan segala urusniaga diperakaunan dan dilaporkan secara tepat dalam masa yang ditetapkan. 4. Melaksanakan kuasa-kuasa Pegawai Pengawal yang diperuntukan dalam Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling / Surat Pekeliling yang berkaitan dengan teratur dan sempurna.

Bahagian Kewangan
Fungsi
Belanjawan: Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan serta mengawal pelaksanaan program-program pendidikan melalui laporan bulanan, tindakan pindah peruntukan dan menyelaraskan sebarang permohonan bagi tambahan peruntukan dan kelulusan khas yang diperlukan daripada agensi pusat. Perakaunan: Fungsi perakaunan merangkumi proses terimaan dan bayaran wang tunai, kawalan perbelanjaan bagi semua akaun kerajaan (mengurus, pembangunan dan amanah) dan penyediaan Laporan Kewangan Tahunan. Prosedur perakaunan dan garispanduan baru didedahkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan sekolah-sekolah melalui pekeliling dalaman, kursus, bengkel dan lawatan-lawatan tertentu. Penyata lengkap bagi perbelanjaan sebenar sehingga penghujung tahun 2003 disediakan untuk makluman. :

Bahagian Kewangan
Pentadbiran Kewangan Melibatkan urusan pelaksanaan kuasa-kuasa pegawai pengawal yang terkandung dalam Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling-Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Ini termasuk kuasa-kuasa kemudahan pinjaman kenderaan dan komputer, pendahuluan diri dan elaun-elaun lain bagi pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan. Rekod penyelarasan aset Kementerian dan tindakan hapuskira/pelupusan merupakan sebahagian daripada fungsi yang dijalankan secara berterusan.

Bahagian Audit Sekolah


Misi
Menghasilkan Laporan Audit yang berkualiti dan meningkatkan akauntabiliti awam bagi mencapai kecemerlangan pengurusan kewangan di Sekolah

Objektif
1. Untuk menjalankan pengauditan terhadap akaun-akaun sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi menentukan wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan kewangan. 2. Melaporkan kepada pihak pengurusan perkara-perkara yang tidak mengikuti peraturan, penyelewengan dan pecah amanah.

Bahagian Audit Sekolah


Fungsi
1. Mengaudit penyata akaun sekolah serta mengambil tindakan susulan. 2. Menghasilkan Laporan Audit Tahunan. 3. Membantu pihak sekolah dan PTJ meningkatkan kualiti pengurusan kewangan. 4. Melatih kakitangan.

Bahagian Hubungan Antarabangsa


Misi
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini melalui penglibatan aktif dan berkesan dalam hubungan dua hala dan pelbagai hala di dalam arena pendidikan antarabangsa dan serantau.

Objektif
Untuk membantu Kementerian Pendidikan membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Di samping itu juga Bahagian ini bertindak sebagai Urusetia kepada Surunhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dalam bidang Pendidikan, Kebudayaan, Sains, Sains Sosial dan Komunikasi

Bahagian Hubungan Antarabangsa


Fungsi
Untuk membantu pencapaian misi Kementerian Pendidikan dalam membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan pendidikan melalui penglibatan dalam arena pendidikan antarab

Majlis Peperiksaan Malaysia


Misi
Mewujudkan suatu sistem pengukuran dan penilaian pendidikan yang terbaik dan bermutu berasaskan teras yang berikut: Kejituan, Kebolehpercayaan, Kesahan, Kesaksamaan dan Keadilan.

Visi
Menjadi sebuah badan peperiksaan yang mampu menawarkan suatu sistem pengukuran dan penilaian pendidikan yang unggul.

Majlis Peperiksaan Malaysia


Fungsi
Matlamat penubuhan MPM ialah untuk mengendalikan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET). 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan Mengkaji, mengemaskinikan dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan Menyelaras pendaftaran calon peperiksaan Menyelaras pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan

Majlis Peperiksaan Malaysia


7. 8. 9. Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan Mentafahus rayuan tentang keputusan peperiksaan Melatih kakitangan urus setia dan penjawat MPM

10. Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan

You might also like