Contoh Surat Niat

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

( NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR

) JKR:UB(S)123/BA/W.11/519 April 2002

Tuan, Projek :

Perkara :

SURAT NIAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia (kemudian ini disebut Kerajaan) berhasrat melantik syarikat tuan secara rundingan terus untuk melaksanakan projek yang tersebut di atas mengikut kaedah TURNKEY. 2. Dokumen Pra-Tawaran sedang disediakan dan akan diserahkan kepada tuan dengan secepat mungkin. Pihak tuan adalah diminta untuk mengemukakan cadangan dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh penyerahan Dokumen Pra-Tawaran kepada:Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta, Bahagian Kewangan dan Akaun, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. 3. Tarikh rundingan terus dengan pihak tuan akan ditetapkan kemudian, dan penerimaan tender tuan adalah tertakluk kepada persetujuan tuan kepada syarat-syarat berikut :i) Rekabentuk yang ditawarkan serta skop kerja projek hendaklah menepati dan bersesuaian dengan Penyataan Kehendak Kerajaan (Governments Need Statement) seperti yang terkandung di dalam Dokumen Pra-Tawaran yang dikemukakan; Tender ini berasaskan Syarat-syarat Kontrak untuk Turnkey (PWD FORM DB/T) seperti yang dilampirkan; 1

ii)

iii)

Tuan dikehendaki menyediakan lukisan-lukisan dan dokumendokumen yang disyaratkan untuk tujuan rundingan. Untuk tujuan ini, tuan hendaklah melantik Juruperunding-juruperunding yang bertauliah yang berkaitan untuk menyediakan lukisan-lukisan, senarai kuantiti yang dihargakan untuk semua tred dan lain-lain dokumen berkaitan. Juruperuding-juruperunding ini hendaklah perunding bebas (independent and not in-house consultants) serta berdaftar dengan Lembaga Professional yang berkenaan dan Kementerian Kewangan Malaysia. Oleh yang demikian, tuan adalah diminta dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini untuk mengemukakan cadangan senarai Juruperundingjuruperunding yang akan dilantik berdasarkan kepada Lampiran I lengkap dengan maklumat syarikat (company profile) kepada:Pengurus, Unit Pengurusan Projek Kerja Bangunan Am 2, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. (u.p )

iv)

Semua cadangan teknikal akan dirundingkan dan dipersetujui bersama dan adalah berdasarkan Penyataan Kehendak Kerajaan (Governments Need Statement) dan syarat-syarat serta keperluan lain yang dinyatakan di dalam Dokumen Pra-Tawaran serta pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan; Tuan juga adalah dikehendaki mengemukakan Cadangan Kewangan (Financial Proposal) bagi keseluruhan projek bermula dari awal perlaksanaan projek sehingga projek disiapkan bersama dengan cadangan tuan; Tempoh Siap Projek adalah Bulan dari Tarikh Milik Tapak, sehubungan dengan itu pihak tuan diminta mengemukakan Perancangan dan Penjadualan Projek bermula dari peringkat rekabentuk, kelulusan dan perlaksanaan projek; Pihak Kerajaan berhak mengenakan syarat-syarat dan terma tambahan termasuk mengubah sebarang Kehandak Kerajaan di dalam Dokumen Pra-Tawaran pada bila-bila masa sebelum Surat Setujuterima dikeluarkan; 2

v)

vi)

vii)

viii)

Selaras dengan Dasar Perolehan Kerajaan Mengenai Barangan Import Dan Penggunaan Perkhidmatan Asing, pihak tuan adalah dengan ini diminta untuk mematuhi sepenuhnya dasar tersebut sebagaimana yang dinyatakan di dalam Peruntukan Kontrak iaitu :a) Fasal 2.9.1 berhubung dengan larangan menggunakan perkhidmatan asing; dan b) Fasal 9 penggunaan dan prosidur mengenai barangan import Bagi mempastikan Dasar tersebut di atas dipatuhi sepenuhnya, pihak tuan dikehendaki menyenaraikan dan menyerahkan kepada Kerajaan untuk kelulusan sebelum Surat Setujuterima dikeluarkan, bahan-bahan, peralatan atau apa-apa barangan yang tiada di pasaran tempatan dan bercadang untuk mengimportkannya.

4. Segala kos yang terlibat dalam menyediakan dan seterusnya mengemukakan cadangan yang lengkap untuk tawaran ini hendaklah ditanggung oleh pihak tuan. 5. Surat ini dihantar kepada tuan dalam dua (2) salinan. Sebagai tanda persetujuan ke atas Syarat-syarat yang dikemukakan ini, sila kembalikan salinan ASAL, yang telah ditandatangani oleh pihak tuan dan disaksikan dengan sempurnanya, diruang yang berkenaan, ke pejabat ini dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh surat ini dan simpan salinannya. 6. Surat ini adalah Surat Niat dan tidak boleh ditafsirkan dalam apa jua keadaan sebagai mengikat Kerajaan ke atasnya. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATO Ir. HJ. ZAINI BIN OMAR) Ketua Pengarah Kerja Raya, Malaysia.
s.k. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Pengurusan Perolehan Malaysia, Jalan Duta, 50592 Kuala Lumpur. (u.p.: En. Abd. Shukor bin Ibrahim) (Surat tuan ruj. S/K.KEW/PK/BN/2300/810100( 4 ) bertarikh 10/5/2000 dan S/K.KEW/PK/BN/2300/810100/7( 6 ) bertarikh 20/7/2000 adalah berkaitan)

Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Wisma Putra, No. 1 Jalan Wisma Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. (u.p.: Bahagian Pembangunan) Pengarah, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pengurus, Unit Pengurusan Projek Kerja Bangunan Am 2, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. (u.p. : Pn. Nur Haizi bt. Abdul Hai) Pengarah, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. (u.p.: En. Nik Zainal Alam bin Hasan) Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pengarah, Cawangan Struktur Dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia. (u.p.: Pn. Norma bt. Norman) Pengarah, Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Malaysia. (u.p.: Ir. Mohd. Hizan b. Kamaruzaman) Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia. (u.p.: Ir. Hj. Fazli Othman)

sj(c:Singapore/fasa 3/surat/surat niat.doc)

Rujukan Tuan : ( Rujukan Kami : Tarikh :

) JKR:UB(S)123/BA/W.11/519 bertarikh

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. (u.p.: Tuan,

Projek :

.
Perkara : SURAT NIAT

Dengan ini yang bertandatangan di bawah mengaku menerima Surat Niat bil. JKR:UB(S)123/BA/W.11/519 bertarikh dan mengesahkan bahawa persetujuan kami kepada semua hal, syarat-syarat dan stipulasi yang terkandung di dalamnya.

2. Seperti yang dikehendaki, salinan ASAL yang telah ditandatangani, bertarikh dan disaksikan, dengan ini dikembalikan kepada tuan dan satu salinannya telah disimpan oleh kami. Kontraktor .... (Tandatangan Pegawai yang ditauliahkan bagi pihak Kontraktor) Nama Penuh: . Atas Sifat : . Yang diberikuasa dengan sempurnanya untuk .... Menandatangani untuk dan bagi pihak : . . (Meteri atau Cop Kontraktor) Tarikh:. .. Tarikh: Saksi (Tandatangan Saksi)

Nama No K/P

Penuh:... :.. :

Alamat

You might also like