Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

MANUAL PENGGUNAAN

SISTEM KEAHLIAN
KOMUNITI UKJ
(VER 2.1)

DISEDIAKAN OLEH
ZAINAL ABIDIN MOHD YUSOF
HIKMAHWORK

UNTUK
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
KANDUNGAN
1. PENGENALAN SISTEM……………………………………………………………………………. 3

2. MENGENALI SISTEM………………….………………………………………………………….. 4
a. Akses, Login dan Layout sistem ………………………………………………………. 4
b. Pengurusan Akaun Peribadi…………………………………………………………….. 5
c. Kotak Arahan…………………………………………………………………………………. 5
d. Logout sistem………………………………………………………………………………… 5

3. PENGGUNAAN SISTEM………………………………………………………………………….. 6
a. Pengurusan Ahli
i. Dashboard - Ringkasan Pengurusan Ahli………………………………… 6
ii. Mendaftar Ahli Baru…………………………………………………………….. 6
iii. Memapar Senarai Ahli………………………………………………………….. 6
iv. Carian Ahli………………………………………………………………………….. 6
v. Eksport Data Ahli ke Excel……………………………………………………. 7
vi. Memapar Profil Ahli……………………………………………………………… 8
vii. Meminda Maklumat Ahli……………………………………………………….. 8
viii. Mencetak Profil Ahli………………………………………………………….….. 8

b. Pengurusan Sistem
i. Papar dan Cetak Statistik…………………………………………………….. 9
ii. Papar Log………………………………………………………………………….. 10
iii. Papar Pengumuman……………………………………………………………. 10
iv. Pengurusan Akaun Administrator………………….……..………………. 10
v. Kawalan Sistem (System Administrator)………………..……………… 10

c. Tetapan
i. Tetapan Bagi Ahli…………………………………………..…..……………….. 11
ii. Tetapan Bagi Admin………………………………………....…………………. 11
iii. Tetapan Sistem………………………………………………..………………….. 11
iv. Tetapan Akaun Peribadi……………………………………….………………. 12

4. PENUTUP…………………………………………………………………………….…………………. 13

2
PENGENALAN SISTEM
Pendahuluan
Sistem Maklumat Keahlian Komuniti UKJ yang diperkenalkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat adalah satu sistem
yang dibina bagi membantu dalam melicinkan proses pengurusan ahli pemuda PAS dan proses komunikasi
antara pusat, negeri dan kawasan sehingga maklumat dan gerak kerja dapat dijana dalam masa yang singkat
melalui maklumat terkini dan tepat.

Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi web terkini bagi memudahkan capaian ke sistem. Ia
dapat dicapai melalui internet dan proses kemasukan data dilakukan secara berpusat bagi mengelakkan
pertindihan data dan menjimatkan masa dalam pengurusan pengkalan data. Sistem ini dapat dicapai dimana-
mana tanpa perlu dipasang apa-apa aplikasi pada komputer klien.

Objektif Sistem
1. Memudahkan proses pendaftaran ahli dan menjimatkan kos serta masa dalam proses penyimpanan dan
pencarian data ahli berbanding kaedah manual.
2. Memanfaatkan penggunaan IT dan teknologi terkini dalam melicinkan kerja-kerja jamaah
3. Mewujudkan sistem dua-hala antara pihak pengurusan pusat dan negeri serta kawasan dalam
melaksanakan gerak kerja parti.
4. Mempercepatkan proses analisa dan status terkini kekuatan parti.

Keperluan Sistem
Untuk menggunakan sistem ini, anda dan komputer anda mestilah memenuhi syarat-syarat minimum dibawah:
1. Mempunyai komputer / laptop dan pengetahuan menggunakan sistem operasi (Windows atau Linux)
dan internet secara ringkas.
2. Mempunyai capaian internet.
3. Mempunyai Internet Browser (Internet Explorer / Mozilla Firefox).
4. Javascript enable.

3
MENGENALI SISTEM
a. Akses, Login dan Layout Sistem
Untuk mengakses sistem ini, anda hendaklah membuka browser pada Untuk membuka browser pada
komputer anda, sila klik pada
komputer anda.
Start -> All Programs ->
Taipkan alamat sistem ini pada Address di browser anda: Internet Explorer.
www.komunitiukj.com.my

Tekan butang Enter pada papan kekunci anda dan muka Login akan
terpapar. Masukkan Login ID dan Katalaluan anda untuk akses sistem

Sila masukkan Login ID dan


Katalaluan dengan betul.
Penggunaan huruf besar dan
kecil yang betul adalah wajib!

Jika berjaya, muka Dashboard akan terpapar.

Sila perhatikan layout sistem.


Layout terbahagi kepada
beberapa bahagian.

Jika anda perhatikan pada layout sistem, sistem terbahagi kepada 3


bahagian utama:
1. Ahli – Kategori pengurusan ahli di mana terdapat borang
pendaftaran ahli, pilihan untuk memapar ahli, carian dan paparan
profil ahli.
2. Admin – Kategori pengurusan admininistrator dan sistem di mana
anda boleh memapar statistik, log, pengumuman dan lain-lain lagi.

4
3. Tetapan – Tetapan bagi kategori ahli, admin, sistem dan akaun
peribadi anda.

b. Pengurusan Akaun Peribadi


Anda boleh menetapkan maklumat diri dan akaun anda seperti maklumat
diri, menukar katalaluan dan lain-lain lagi di muka Tetapan Akaun Peribadi. Untuk ke Tetapan Akaun
Masukkan maklumat yang wajib diisi dan maklumat pilihan kemudian tekan Peribadi, pada Menu Utama klik
Tetapan -> Akaun Peribadi.
butang Serah untuk meminda maklumat akaun anda.

c. Kotak Arahan
Untuk memudahkan proses penggunaan sistem, anda akan dapati terdapat
kotak-kotak arahan yang akan terhasil dari tindakan yang anda buat semasa
menggunakan sistem. Kotak-kotak arahan ini mempunyai fungsi-fungsi yang
berbeza mengikut arahan dan dibezakan mengikut warna. Antara kotak-
kotak arahan adalah:

1. Kotak Amaran – (Merah: Terhasil apabila anda melakukan kesilapan


semasa mengisi borang atau memasuki kawasan yang dilarang bagi
level anda)

2. Kotak Notis – (Kuning: Terhasil untuk memberi penerangan atau


notis tentang sesuatu paparan)

3. Kotak Tindakan – (Biru: Terhasil untuk memberi tindakan


selanjutnya kepada anda bagi paparan tertentu)

d. Logout Sistem
Untuk keluar daripada Sistem Keahlian Komuniti UKJ, klik pada Logout pada
Menu Utama. Anda digalakkan untuk Logout daripada sistem terutamanya
jika anda menggunakan komputer awam. Proses ini penting bagi
mengelakkan sistem diceroboh oleh pihak yang tidak dibenarkan akses
sistem ini.

5
PENGGUNAAN SISTEM
a. Pengurusan Ahli
Kategori Pengurusan Ahli terbahagi kepada beberapa sub kategori. Tajuk dibawah hanya
membincangkan Pengurusan
Antaranya Dashboard, Borang Keahlian, Senarai Ahli, Carian Ahli dan Profil
Ahli. Sila rujuk Kategori Ahli
Ahli. pada Menu Utama.

i. Dashboard – Ringkasan Pengurusan Ahli


Dashboard adalah papan pemuka utama yang akan memaparkan status
terkini dan maklumat ringkas tentang sistem. Anda boleh memilih kotak
paparan yang akan dipapar pada dashboard.

ii. Mendaftar Ahli Baru


Pastikan Javascipt Control pada
komputer anda adalah enable
(enable by default). Jika status
Javascript pada komputer anda
adalah disable atau anda
berada di dalam lingkungan
firewall yang menghalang
Javascript, anda akan
menghadapi masalah dalam
mengisi ruang DPPN, DPPK dan
JPC.

Proses serahan borang


pendaftaran akan mengambil
sedikit masa (10-20 saat) bagi
proses kemaskini maklumat
daftar pemilih ahli.

Untuk mendaftar ahli baru, klik pada Borang Keahlian. Anda dikehendaki
mengisi semua maklumat ahli yang bertanda (*). Pada ruang DPPN, DPPK
dan JPC, kotak pilihan akan memaparkan senarai kawasan dan cawangan
secara automatik apabila anda membuat pilihan negeri.

iii. Memapar Senarai Ahli


Untuk memaparkan senarai keseluruhan ahli, klik pada link Senarai Ahli
pada sub menu di sebelah kiri. Paparan akan menunjukkan bilangan dan
senarai semua ahli. Senarai ahli akan dipecahkan kepada beberapa muka
berlainan.

iv. Carian Ahli


Carian ahli boleh dibuat dalam dua pilihan iaitu Carian Ringkas dan Carian
Terperinci. Untuk mencari ahli tertentu, pilih Carian Ringkas dan masukkan
Nama atau No IC Baru ahli. Jika anda ingin membuat carian ahli dan ingin
menapis keputusan mengikut kawasan dan lokasi ahli, pilih tab Carian
Terperinci.

6
v. Eksport Data Ahli ke Excel
Jika anda ingin mengurus senarai ahli bagi kawasan anda untuk tujuan
lain, anda boleh mengeksport data atau senarai ahli ke format Excel (xls).
Untuk berbuat demikian, anda harus membuat Carian Terperinci dan pilih
lokasi ahli anda. Apabila senarai ahli terpapar, kotak arahan eksport akan
terdapat di bahagian bawah senarai ahli.

Langkah-langkah untuk eksport:


1. Klik pada Simpan Data Ahli ke Excel. Maklumat Negeri, Kawasan &
2. Kemudian klik 'Save' pada kotak 'File Download' yg keluar. Cawangan Ahli disimpan dlm
3. Pada kotak Save As: Pilih destinasi file (contoh: Desktop) -> Taip bentuk kod. Anda terpaksa
eksport data kod kawasan dan
nama file (jika ingin ditukar) -> klik butang Save. cawangan sebagai panduan
4. Pada kotak Download Complete: Klik 'Open' untuk buka file atau untuk membezakan ahli
'Close' untuk tutup. mengikut kawasan & cawangan
di lokasi anda.
Panduan Edit data yang dieksport:
1. Buka file yg dieksport / download.
2. Betulkan saiz column tajuk (Nama, No_KP...) dgn menarik column
A,B,C...
3. Betulkan format No_KP: Pilih field No_KP (cth: B2 hingga B30 (jika
row 30 adalah row terakhir)) -> Klik kanan -> Format cell ->

7
Tab:Number, Category:Special, Type: Social Security Number ->
Klik OK.
4. No Tel Bimbit: Spt kaedah No.3 diatas, hanya pilih Type: Phone
Number.

vi. Memapar Profil Ahli


Jika anda ingin memapar profil ahli, anda boleh klik pada nama ahli
semasa anda membuat carian ahli atau pada paparan senarai ahli. Muka
Profil Ahli akan memaparkan maklumat terperinci tentang Maklumat Diri,
Maklumat Parti, Maklumat Daftar Pemilih, Maklumat Takaful dan Maklumat
Sistem SMS.

Contoh profil ahli:

vii. Meminda Maklumat Ahli


Untuk meminda maklumat ahli, klik pada Edit Maklumat Ahli dalam Kotak Anda hanya boleh membuat
pindaan pada ahli di kawasan
Tindakan. Anda akan dipaparkan borang pendaftaran beserta maklumat
atau negeri anda sahaja
ahli yang anda pilih. Buat pindaan pada maklumat ahli dan tekan butang (bergantung pada level anda).
Serah.

viii. Mencetak Profil Ahli


Untuk mencetak profil ahli, klik pada Cetak Maklumat Ahli dalam Kotak Untuk melakukan proses
cetakan, klik File -> Print ->
Tindakan. Sistem akan mencetak profil ahli yang dipilih dan bahagian
Print pada browser anda.
Menu Utama dan Sub Menu akan dibuang secara automatik.

8
b. Pengurusan Sistem
Kategori Pengurusan Sistem terbahagi kepada beberapa sub kategori. Tajuk dibawah hanya
membincangkan Pengurusan
Antaranya Statistik, Log, Pengumuman, Administrator dan Sistem.
Sistem. Sila rujuk Kategori
Admin pada Menu Utama.

i. Papar dan Cetak Statistik

Statistik adalah sangat penting untuk menilai prestasi semasa ahli dan
gerak kerja parti. Terdapat beberapa statistik yang anda boleh pilih
daripada Tetapan.
Terdapat 2 jenis carta: Carta Bar dan Carta Pai. Jika anda ingin mencetak
statistik jenis Carta Bar, sila ikut langkah berikut:
Jika anda menggunakan Internet Explorer (IE):
1. Buka muka yang ingin dicetak, contohnya muka Statistik Ahli
Mengikut Jumlah Keseluruhan
2. Pada IE browser menu (File, Edit, View, Favorites....), pilih Tools.
3. Kemudian Internet Options...
4. Pilih tab Advanced
5. Pada menu Settings, pergi ke Printing
6. Pastikan kotak Print background color and images ditanda.
7. Klik Apply. Jika anda ingin mencetak selain
8. Untuk cetak, pergi ke File -> Print -> Print. daripada paparan Sistem
Keahlian Komuniti UKJ,
Jika anda menggunakan Mozilla Firefox: pastikan uncheck kembali kotak
bagi setting disebelah. Jika
1. Buka muka yang ingin dicetak, contohnya muka Statistik Ahli kotak itu ditanda, semua
Mengikut Jumlah Keseluruhan background akan dicetak yang
2. Pada Mozilla browser menu (File, Edit, View, Go, Favorites....), mana akan menggunakan
pilih File. dakwat yang banyak. Sistem
Keahlian Komuniti UKJ sudah
3. Kemudian Page Setup. disetkan supaya jika operasi
4. Pada tab Format & Options, pastikan option Print Background cetakan dijalankan, paparan
(colors & images) ditanda. latarbelakang / background
5. Klik OK. akan menjadi putih secara
automatik.
6. Untuk cetak, Pilih File -> Print -> Ok.

9
ii. Papar Log
Muka senarai Log adalah senarai bagi masa login dan logout anda serta IP
di mana anda berada. Sistem ini adalah salah satu daripada ciri-ciri
keselamatan untuk merekodkan proses login / logout anda. Anda boleh
memadamkan senarai log anda jika terlalu banyak. Walaubagaimanapun
sistem akan auto delete log lama anda jika log anda melebihi kuota.

iii. Papar Pengumuman


Sistem pengumuman adalah sistem tambahan (add-on) bagi Sistem
Keahlian Komuniti UKJ dimana pihak DPPP boleh menyiarkan
pengumuman terkini kepada administrator bagi memudahkan
penyampaian maklumat. Sistem ini berbentuk dua hala dimana setiap
administrator boleh memberi sebarang idea atau komen terhadap
pengumuman yang diberikan.
Sistem ini masih lagi dalam peringkat ujian dan lebih banyak ciri-ciri
tambahan akan dibuat pada masa akan datang.

iv. Pengurusan Akaun Administrator


Pengurusan Akaun Administrator akan memaparkan senarai pemegang
akaun administrator dan status administrator tersebut. Klik pada nama DPPN hanya boleh menambah
administrator dan anda boleh melihat maklumat lanjut tentang administrator baru untuk level
DPPK sahaja. Manakala DPPP
administrator tersebut. boleh menambah administrator
Untuk menambah akaun administrator, klik pada Cipta Administrator Baru bagi level DPPP, DPPN dan
pada Kotak Tindakan. Isikan maklumat administrator baru dan tekan DPPK. Level DPPK tidak boleh
butang Serah Borang mencipta akaun administrator .

iiv. Kawalan Sistem (System Administrator)


Kawalan Sistem adalah pusat kawalan bagi keseluruhan tetapan sistem
dan data. Ia menjalankan fungsi-fungsi penyelenggaraan sistem, data,
backup, database dan sebagainya. Buat masa ini, hanya level System
Administrator yang boleh akses bahagian ini.

10
c. Tetapan
Tetapan adalah pusat penetapan paparan bagi keseluruhan sistem. Anda Tajuk dibawah hanya
membincangkan tetapan bagi
boleh menetapkan bilangan senarai keputusan bagi sesuatu muka, senarai
Sistem Keahlian Komuniti UKJ.
kotak paparan pada dashboard dan sebagainya. Tetapan terbahagi kepada Sila rujuk Kategori Tetapan
Tetapan Ahli, Tetapan Admin, Tetapan Sistem dan Tetapan Akaun Peribadi. pada Menu Utama.

i. Tetapan Kategori Ahli

Jangan lupa untuk menekan


butang Serah selepas anda
membuat perubahan pada
tetapan. Jika terdapat masalah
pada paparan Kotak Heret
(Kotak A dan B seperti rajah di
sebelah), sila refresh browser
anda.

Tetapan ahli memberi pilihan kepada anda untuk menetapkan apakah


kotak paparan yang akan anda papar pada dashboard serta bilangan ahli Memaparkan terlalu banyak
yang akan dipaparkan per muka. kotak atau bilangan senarai ahli
pada sesuatu muka akan
Untuk memaparkan kotak paparan “Pengumuman Terkini” misalnya, anda menambahkan masa loading
hanya perlu mengheret kotak “Pengumuman Terkini” dari Kotak A ke muka.
Kotak B. Anda juga boleh menyusun kotak-kotak yang ingin dipapar.
Kotak-kotak paparan ini akan ditambah dan dikemaskini oleh System
Administrator dari masa ke semasa.

ii. Tetapan Kategori Admin


Tetapan admin memberi pilihan kepada anda untuk menetapkan apakah
kotak paparan statistik yang akan anda papar pada muka Statistik,
bilangan log serta pengumuman yang akan dipaparkan per muka.
Untuk memaparkan kotak paparan statistic, sila ikuti langkah seperti
memaparkan kotak paparan pada Dashboard di atas. Senarai kotak-kotak
paparan statistik akan ditambah dan dikemaskini oleh System
Administrator dari masa ke semasa.

iii. Tetapan Sistem


Tetapan Sistem akan membenarkan anda menukar tema Sistem Keahlian
Komuniti UKJ serta pilihan bahasa.

11
iv. Tetapan Akaun Peribadi

Tetapan Akaun Peribadi adalah tetapan maklumat akaun anda. Tetapan ini
membenarkan anda memasukkan dan meminda maklumat diri anda. Anda
juga boleh memuat naik foto anda. Maklumat ini boleh ditatap oleh
administrator lain di muka profil administrator.
Tetapan ini juga membenarkan anda menukar katalaluan anda. Sila
masukkan katalaluan sekarang dan katalaluan baru untuk menukar
katalaluan anda. Biarkan kosong jika anda tidak berhajat untuk berbuat
demikian.

12
PENUTUP
Diharapkan dengan penggunaan sistem ini secara maksima dapat membantu melicinkan kerja-kerja anda
dalam pengurusan ahli dan merangka gerak kerja jamaah.
Sistem ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, sebarang komen, idea, kemusykilan
dan sebagainya boleh e-mailkan kepada saya : zainal.yusof@gmail.com. Akhir kata saya ucapkan terima kasih
buat semua dan selamat bekerja. Semoga setiap amalan kita diberkati Allah.

13

You might also like