Professional Documents
Culture Documents
Group Fikri Kaedah2 Penyelidikan Ilmiah (Kuantitatif & Kualitatif)
Group Fikri Kaedah2 Penyelidikan Ilmiah (Kuantitatif & Kualitatif)
Group Fikri Kaedah2 Penyelidikan Ilmiah (Kuantitatif & Kualitatif)
SOALAN :4 KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH (KUANTITATIF DAN KUALITATIF) KUMPULAN:B 1.0 PENGENALAN Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Selepas menetapkan masalah yang hendak dikaji, barulah difikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan. Adalah salah sekiranya penyelidik menentukan kaedah sebelum ada persoalan. Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Penyelidik boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro selalunya akan menggunakan pendekatan kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif . Pendekatan kuantitatif mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angkaangka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatif pula berasaskan kualiti. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil.
1
2.0 KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH 2.1.1 PENDEKATAN KUALITATIF Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986). Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005). Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Proses pengumpulan data berdasarkan Cresswell (1998) iaitu mengenalpasti tapak atau individu, mendapatkan akses dan membina rekod, persampelan bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu lapangan dan menyimpan data.
2.1.2 PENDEKATAN KUANTITATIF Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan. Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada sampel kajian. Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini untuk
2
ii.
b)Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct observation) dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat). Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut. c)Temu Bual Disamping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara terus dengan pihak yang telah dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual, kita dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Temu bual
5
4.0 PERBINCANGAN Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis, eksperimental, data numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes, data verbal dan triangulasi data. Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan. Sebaliknya kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman, pembentukan fenomena, konteks dan triangulasi.Seterusnya ialah perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan. Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi, kemasyarakatan, linguistic, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah kuantitatif melihat kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku dan menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara verbal. Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan tinjauan. Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah kuantitatif
6
penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau temubual dan