DR Abdul Hamid Ghazali - Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 331

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

1
Perkara Asas
Dalam Agenda
Kebangkitan
Ummah
.,= ,--' -',-'-
-+-' -` -`-`
( '--' -= -,+-' '-` - )





Dr Abdul Hamid Al-Ghazali
'' -,-=' --= ,--'

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
2
KANDUNGAN

PRAKATA 10

MUKADIMAH 13

Bahagian I: Mengapa tajuk ini ditulis semula? 14
Bahagian II: Method kajian 21

BAB 1: METHODOLOGI SEBUAH AGENDA KEBANGKITAN

Fasal 1: Asas Methodologi Agenda Kebangkitan 24

Mukadimah: Sekitar asas-asas rangka kerja dalam agenda
kebangkitan 25
Bahagian I: Mengenalpasti cabaran yang dihadapi ummah 27
Bahagian II: Kajian terhadap sejarah dan situasi semasa 29
Bahagian III: Rumusan kajian 30
Bahagian IV: Tindakan susulan daripada hasil kajian 31

Fasal 2: Kajian Sejarah 32

Mukadimah: Kepentingan kajian sejarah 33
Bahagian I: Kajian sejarah Islam 34
Fasa I: Pengisytiharan kelahiran dakwah yang bersifat
sejagat 37
Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama 38
Fasa III: Permulaan kejatuhan negara Islam 39
Fasa IV: Pertembungan dan ancaman kepada aspek politik 41
Fasa V: Pertembungan dan ancaman kepada aspek sosial 43
Fasa VI: Kejayaan agenda Barat dan penguasaan terhadap
tamadun Islam 47
Fasa VII: Fasa kesedaran dan kebangkitan Islam serta
lahirnya seruan untuk bangkit dan menyelamat 48
Bahagian II: Kajian sejarah kebangkitan sesebuah negara 50
Bahagian III: Kajian sejarah terhadap gerakan kebangkitan
dan perubahan 51

Fasal 3: Kajian Realiti Semasa 53

Mukadimah: Keperluan kajian realiti semasa 54
Bahagian I: Analisa deskriptif 55
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
3
Bahagian II: Analisa statistik 58

Fasal 4: Keupayaan untuk Bangkit Semula 60

Mukadimah: Bersedia untuk bangkit 61
Bahagian I: Keupayaan untuk bangkit semula 62
Bahagian II: Tanda-tanda kebangkitan 64

Fasal 5: Pengalaman Sejarah 69

Bahagian I: Teori kebangkitan 70
1. Gagasan yang satu 71
2. Teori kuasa pendorong 71
3. Teori perubahan dalaman 76
4. Teori titik permulaan 77
5. Teori kejayaan minda 78
6. Teori penjanaan rijal 78
7. Teori tuntutan kebangkitan 79
8. Teori ukuran kerja dakwah 80
9. Teori pertembungan manusia 81
10. Teori menanti dan merebut peluang 82
11. Teori pertukaran tamadun 83
12. Teori tujuh tunjang kebangkitan 85
Bahagian II: Kaedah berinteraksi dengan teori-teori ini 92

BAB 2: SERUAN UNTUK MEREALISASIKAN AGENDA KEBANGKITAN

Mukadimah: Mengembalikan Usaha Menjana dan Menyelamat 95

Fasal 6: Asas dan Ciri Dakwah 97

Bahagian I: Asas dakwah (Islam) 98
Bahagian II: Ciri-ciri dakwah 101
Bahagian III: Kesahihan berlandaskan sejarah 109
Fasal I: Jalan dakwah yang pertama 109
Fasal II: Mengembalikan gagasan Islam 109
Bahagian IV: Kesinambungan tamadun 113
Fasal I: Tamadun warisan 113
Fasal II: Melahirkan tamadun 114

Fasal 7: Sumber Rujukan Agenda Kebangkitan 117

Mukadimah 118
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
4
Rujukan dan neraca 118
Asas-asas kefahaman 119
Bahagian I: Asas aqidah (asas memahami aqidah) 121
1. Asas mengenai kesyumulan Islam 121
2. Asas dalam memahami ayat sifat 121
3. Asas mengenai larangan mengkafir 121
4. Asas mengenai amalan tawassul dan berdoa 122
5. Asas mengenai tilikan dan berita ghaib 122
6. Asas mengenai bidah yang tidak berasas 122
7. Asas mengenai amalan bidah di kubur dan
jenazah 122
8. Asas mengenai wali, karamah dan aqidah yang
betul 123
Bahagian II: Asas pengkaedahan (asas memahami usul fiqh) 124
1. Asas mengenai sumber 124
2. Asas mengenai menolak kekebalan pendapat
ulama 124
3. Asas mengenai dalil yang tidak diiktiraf 125
4. Asas mengenai ijtihad dan taklid 125
Bahagian III: Asas perundangan (asas memahami fiqh) 126
1. Asas mengenai perbezaan darjat amalan 126
2. Asas mengenai perlaksanaan pendapat pemerintah 126
3. Asas mengenai larangan menimbulkan perpecahan
agama 126
4. Asas mengenai larangan membabitkan diri dalam
perkara yang tidak berfaedah 127
5. Asas mengenai bidah yang tiada bersumber 127
Bahagian IV: Asas am 128
1. Asas mengenai adat yang salah dan permainan
bahasa 128
2. Asas mengenai hubungan antara teori syarak dan
teori akal 128
3. Asas mengenai sempadan kemampuan akal 128

Fasal 8: Matlamat Dakwah 132

Bahagian I: Matlamat utama dakwah 133
Bahagian II: Wawasan dakwah 136
1. Membebaskan ummah daripada sebarang sekatan
politik dan membangun semula ummah 136
2. Menegakkan kuasa Islam yang bersepadu 136
3. Berhadapan dengan cabaran kebendaan 137
4. Memimpin dan membimbing seluruh manusia 137
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
5
Bahagian III: Objektif dakwah 139
1. Matlamat jangka pendek: memberi sumbangan
untuk kebaikan umum dan khidmat masyarakat 140
2. Matlamat jangka panjang: pemulihan yang
bersepadu dan merubah keadaan yang sedia ada 141

Fasal 9: Elemen Dakwah 149

Bahagian I: Fasa dakwah 150
1. Fasa dakwah dan pengenalan 152
2. Fasa penyediaan dan pembentukan 152
3. Fasa bekerja dan melaksanakan 153
4. Fasa negara atau rantau 153
5. Fasa awal ke arah pembentukan khilafah (sebuah
masyarakat Islam yang satu) 153
6. Fasa mengembalikan kewujudan sebuah negara
yang satu di peringkat antarabangsa ataupun
dinamakan sebagai khilafah 154
7. Fasa sebagai pemimpin dunia dengan kejayaan
mengemukakan suatu contoh masyarakat manusia
yang mempraktikkan sistem nilai ummah ini 154
Bahagian II: Wasilah 156
1. Wasilah atau wahana menurut pandangan Ustaz
al-Banna 156
2. Wahana (wasilah) haraki 156

Bahagian III: Polisi 165
1. Maksud polisi 165
2. Faktor penentu polisi 165
3. Polisi am dalam dakwah 166

Fasal 10: Pembinaan melalui Tarbiyah dalam Dakwah 169

Mukadimah 170
Bahagian I: Cabaran 171
1. Cabaran yang dijangka 171
2. Pengalaman dan ujian 171
3. Sepuluh langkah ketika berhadapan dengan ujian
dan cabaran 172
Bahagian II: Pembinaan melalui tarbiyah 174
1. Pra-tarbiyah 175
2. Proses tarbiyah 176
3. Produk tarbiyah 178
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
6

BAB 3: PEMBENTUKAN NEGARA CONTOH

Mukadimah: Asas Pembentukan Sebuah Negara dan Pelan Tindakan 185

Fasal 11: Pemikiran Politik 189

Mukadimah 190
Takrif politik 190
Takrif negara 190
Bahagian I: Landasan 191
1. Kesyumulan Islam bererti gerak kerja politik
adalah wajib 191
2. Negara adalah simbol suatu gagasan 192
3. Seseorang Muslim tidak boleh mengabaikan aspek
pelaksanaan 192
4. Ummah bertanggungjawab menuntut pemerintah
memenuhi hak-hak mereka yang diberikan
oleh Islam 192
5. Memberi kefahaman, menyebarkan dakwah dan
perjuangan berlandaskan perlembagaan adalah
cara yang paling selamat untuk masyarakat 193
6. Kerajaan adalah salah satu rukun Islam 193
Bahagian II: Konsep 198
1. Arab 198
2. Patriotik 199
3. Nasionalisme 201
4. Kesejagatan 205

Fasal 12: Gerakerja Politik 208

Bahagian I: Sasaran politik dalam dakwah 209
1. Membebaskan bumi Islam 209
2. Penyatuan bumi Islam 209
3. Pembentukan sebuah negara Islam 209
4. Mewujudkan penyatuan Arab 210
5. Mewujudkan penyatuan bangsa Islam 210
Bahagian II: Kaedah penglibatan politik 212
Bahagian III: Fasa penglibatan politik 213
1. Fasa penerangan (takrif) 213
2. Fasa pembentukan (takwin) 213
3. Fasa pelaksanaan (tanfiz) 213
Bahagian IV: Pendirian politik dalam dakwah 215
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
7
1. Pemerintahan 215
2. Perlembagaan 218
3. Undang-undang 219
4. Parti politik 222
5. Minoriti dan bangsa asing 226
6. Penglibatan wanita dalam kegiatan politik 229
7. Demokrasi 231
8. Perpaduan 233
9. Hak asasi manusia 236

Fasal 13: Program Politik 238

Mukadimah: Takrif program 239
Bahagian I: Pemulihan aspek sosial 240
1. Mewujudkan sifat ketuhanan dan keagamaan dalam
masyarakat 240
2. Memelihara tatasusila masyarakat dan
mengukuhkan institusi masyarakat 240
3. Pemeliharaan institusi keluarga (wanita, pemuda
dan kanak-kanak) 242
4. Menghapuskan jenayah dan penyelewengan 243
5. Mewujudkan sistem pemantauan (hisbah) 244
6. Mewujudkan keadilan sosial serta menyediakan
peluang kerja 244
7. Memulihkan sistem pendidikan 244
8. Menjaga kesihatan masyarakat 246
9. Mengawal pihak media dan kegiatan seni 247
10. Memantau kegiatan pelancongan 248
Bahagian II: Pemulihan aspek ekonomi 249
1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang
kehidupan. Harta ini perlu diusahakan 250
2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya
bekerja dan mencari rezeki 251
3. Meneroka dan memanfaatkan sumber semulajadi 251
4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak
bersih 252
5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat
sehingga tidak wujud golongan yang terlalu kaya
dan golongan yang terlalu miskin 252
6. Mengiktiraf hak milik peribadi 252
7. Mengatur urusan kewangan dan mewujudkan
kawalan matawang yang ketat 253
8. Bantuan sosial 253
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
8
9. Meletakkan negara sebagai pihak yang
bertanggungjawab memelihara sistem ekonomi ini 254
10. Menghalang penyalahgunaan kuasa Di mana anda
perolehi harta ini? 254
Polisi dan pengurusan ekonomi 255
Bahagian III: Program pemulihan politik 257
1. Teras sistem politik 258
2. Kuasa-kuasa utama dalam negara 258
3. Pemulihan pentadbiran jabatan kerajaan 260
4. Pertahanan dan keselamatan 260

Fasal 14: Polisi Negara 262

Mukadimah: Negara menurut Islam 263
1. Kedudukan negara 263
2. Kepentingan sebuah negara (menjaga gagasan) 263
3. Struktur negara 264
4. Ciri, tanggungjawab dan hak negara 265
Bahagian I: Dasar dalam negara 267
1. Definisi dasar dalam negara 267
2. Struktur sistem politik 267
3. Struktur sistem ekonomi 273
4. Struktur sistem sosial 275
5. Struktur sistem jihad 276
Bahagian II: Dasar luar 279

Fasal 15: Nilai Peradaban Sebuah Negara 292

Mukadimah: Definisi peradaban 293
Bahagian IA: Mengembalikan penampilan umat Islam di persada
dunia (kewujudan khalifah) 297
1. Syarat-syarat 297
2. Definisi khalifah 297
3. Proses ke arah mengembalikan khalifah 298
Bahagian IB: Orde baru dunia 299
1. Gagasan dunia merupakan kemuncak agenda 299
2. Sembilan perkara asas yang merujuk kepada nilai
sedunia atau orde dunia 299
3. Fahaman Barat tentang konsep sejagat dan orde
baru dunia 305
4. Kita mahukan orde baru dunia berteraskan
keadilan 305
Bahagian II: Merealisasikan ketuanan dan anjakan peradaban 307
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
9
1. Mewujudkan ketuanan dunia 307
2. Persediaan untuk melakukan anjakan tamadun 308

PENUTUP

Ucapan Imam Syahid Hassan al-Banna 313
Menyorot Kembali Dakwah Pertama 314
Jauhnya Kita dari Ajaran Islam 315
Gelombang Budaya Barat 316
Peranan Kita 318
Persiapan Kita 322
Antara Khayalan dan Realiti 325
Apakah yang Berlaku Seterusnya? 326
Jika Kerajaan Milik Kita 328
Ciri Gagasan Pemikiran Kita 329


































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
10
PRAKATA

Kajian ini merupakan titik tolak untuk mendalami beberapa perkara asas yang
menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan
Imam asy-Syahid Hasan al-Banna (Imam al-Banna). Dengan sebab itu kajian ini diberi
tajuk, Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah.

Walaupun usaha ini bertujuan mengetengahkan gambaran menyeluruh tentang
perkara asas dalam agenda ini, namun pastinya gambaran yang benar-benar lengkap
mengenai wawasan Imam asy-Syahid berhubung agenda kebangkitan ini hanya akan
dapat diperolehi dengan cara menyelidik, mengkaji dan menganalisa secara mendalam
dan menyeluruh keseluruhan teks ucapan dan tulisan Imam al-Banna yang telah
menyentuh segala isu yang dihadapinya secara komprehensif dan jelas, melalui tulisan,
catatan, pengajian, pendirian dan tindakannya.

Kajian ini akan diperkukuhkan lagi dengan mengambil kira segala senario yang
ditangani oleh Imam al-Banna ketika itu, seperti tokoh, isu dan latar belakangnya.
Semua langkah ini bertujuan mengenal pasti, membuat garis panduan, dan memahami
istilah, fahaman dan cara fikir yang membabitkan kerangka agenda ini. Termasuklah
juga aspek-aspek lain seperti objektif, pendekatan, dasar, pelaksanaan, dakwah,
proses yang digunakan untuk menganalisa, memantau dan menilai. Langkah ini
seterusnya akan mampu memberikan nafas baru kepada kelangsungan dan
kesinambungan usaha serta mengenepikan segala halangan dalam rangka mengejar
kebangkitan yang dicitakan.

Kajian ini akan dilakukan dengan hanya berdasarkan fakta yang ringkas dan
padat. Ia boleh dikatakan sebagai kajian yang mendalam terhadap beberapa tulisan
Imam al-Banna, khususnya risalah; Antara Semalam dan Hari Ini, Ucapan Dasar
Muktamar Kelima, Ucapan Dasar Mukdamar Keenam dan Menuju Sinar Cahaya. Risalah-
risalah ini mengupas secara mendalam dan menyeluruh minda Imam al-Banna mengenai
proses kebangkitan. Sementara risalah lain seperti Dakwah Kita, Halatuju Dakwah
Kita, Ikhwan Di Bawah Naungan al-Quran dan Risalah Taalim pula mengemukakan
kerangka utama dalam proses kebangkitan ini. Risalah seperti Adakah Kita Golongan
yang Bekerja dan Masalah Kita Menurut Perspektif Islam membentangkan pula contoh
praktikal ke arah kebangkitan semula.

Gagasan Imam al-Banna dalam agenda kebangkitan ummah ini telah dikemukakan
secara terbuka dan dengan bahasa yang mudah. Ia juga disertakan dengan dalil syarak.
Secara umumnya tumpuan diberikan kepada pembinaan rijal (mereka yang bercirikan
kelelakian). Keutamaan diberikan kepada aspek praktikal, berperingkat dalam aspek
pelaksanaan, tidak melibatkan diri dalam perkara yang menjadi pertikaian, keyakinan
yang tinggi bahawa Islam memiliki segala elemen perubah untuk sepanjang zaman.
Meyakini bahawa Islam adalah gagasan dan akidah, sistem dan manhaj. Islam tidak
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
11
pernah terhad hanya untuk kawasan atau bangsa tertentu. Islam tidak pernah
dibataskan dengan sempadan geografi. Malah proses ini akan hanya berakhir setelah
Allah mengambil semula bumi dan segala isinya. Inilah sistem yang ditetapkan oleh
Allah dan inilah pendekatan yang digunakan oleh utusan Allah.

Kajian mengenai gagasan Imam al-Banna ini turut menggariskan matlamat yang
ingin dicapai berserta method yang diguna pakai dalam kajian ini. Ia akan diikuti
dengan tiga tajuk utama serta penutup yang akan menggariskan secara mendalam
perkara asas dalam agenda kebangkitan ummah ini. Tajuk pertama akan
membentangkan halatuju kebangkitan ummah. Tajuk kedua pula akan menggariskan
elemen utama dalam dakwah yang mendokong agenda kebangkitan ummah. Tajuk ketiga
dan terakhir akan memberikan tumpuan soal pembinaan sebuah negara unggul menurut
perspektif agenda kebangkitan ummah ini. Sebagai penutup, saya merasakan risalah
Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran amat sesuai untuk diketengahkan di
sini. Ia membuktikan kepada masyarakat bahawa undang-undang al-Quran adalah
undang-undang yang paling adil.

-,. < _ _.> < -,.

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah
sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan
kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah?... Al-Baqarah: 138

Ia turut membuktikan bahawa seluruh dunia amat memerlukan dakwah ini.
Segala isi dunia ini akan memberikan laluan kepada kehadirannya. Keagungan sistem al-
Quran telah dikukuhkan lagi dengan dalil-dalil nas dan fakta sejarah. Namun apa yang
penting ialah pengiktirafan Allah Taala:

!l ls .>l !,. >l `_: > :, _,l`.ll _

dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan
menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang
mengembirakan, bagi orang-orang Islam. An-Nahl: 89

Sudah tentu firman Allah itu benar.

Kajian ini akan memetik secara langsung gagasan Imam al-Banna. Petikan ini pula
akan disusun mengikut kerangka yang terkandung dalam agenda kebangkitan ummah.
Tiada sebarang ulasan, analisa atau tokok tambah akan dilakukan kecuali sedikit
komentar sekadar menggabungjalinkan pandangan yang ada dan melengkapkan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
12
kerangka agenda ini. Langkah ini diharapkan mampu memberikan gambaran yang
lengkap dan menyeluruh tentang perkara asas dalam agenda kebangkitan ummah
menurut pemikiran Imam al-Banna. Seterusnya mampu mengemukakan pemahaman yang
lengkap dan bernas ke arah memahami dengan lebih jelas agenda ini. Ia juga
diharapkan dapat membuka jalan ke arah tindakan yang proaktif dan bersepadu bagi
mencapai kebangkitan semula ummah. Segala usaha ini hanyalah untuk Allah Taala.
Hanya Dia sahaja yang memberikan bimbingan ke arah jalan yang benar.

Abdul Hamid al-Ghazali
Zamalek, Kaherah.
1420H - 1999M
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
13

















Bahagian I: Mengapa tajuk ini ditulis semula?

Bahagian II: Method kajian






















MUKADIMAH
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
14
Bahagian I
MENGAPA TAJUK INI DITULIS SEMULA?


Faktor yang mendorong penulisan semula topik ini adalah untuk mencapai empat
matlamat berikut:

Matlamat I: Memberikan gambaran menyeluruh dan lengkap mengenai gagasan
Imam al-Banna dalam agenda kebangkitan ummah.

Matlamat II: Menjelaskan aspek-aspek yang perlu diperbaharu, diperkembang
dan diperlengkap dalam agenda kebangkitan ummah.

Matlamat III: Mengemukakan bahan ilmiah untuk mereka yang mengkaji dan
membicarakan tentang agenda Imam al-Banna.

Matlamat IV: Memantapkan lagi kefahaman tentang konsep agenda ini di
kalangan orang-orang yang meyakini kebangkitan semula ummah.

Matlamat I: Memberikan Gambaran Menyeluruh dan Lengkap Mengenai
Gagasan Imam al-Banna dalam Agenda Kebangkitan Ummah

Masa memainkan peranan yang penting dalam semua gerakan dakwah. Gerakan
dan pendokong dakwah ini juga tidak terkecuali daripada terkesan dengan peredaran
masa. Kesan yang paling membimbangkan ialah lenyapnya keseluruhan gambaran atau
neraca tentang agenda kebangkitan ummah daripada fikiran sebahagian besar mereka
yang meyakini fikrah ini. Sebaliknya fahaman mereka hanya tertumpu kepada beberapa
aspek dan elemen yang tiada kaitan dan tidak diselaraskan secara sistematik. Keadaan
ini hanya akan menimbulkan pelbagai ijtihad. Ia seterusnya menjadi ancaman kepada
semua yang bekerja ke arah kebangkitan ummah kerana ia menghancurkan asas-asas
penyatuan dan kerjasama antara mereka. Keadaan ini pasti akan berlaku sekiranya
tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula gambaran
menyeluruh tentang agenda kebangkitan ummah dalam fahaman mereka. Ustaz al-
Banna pernah menyentuh mengenai masalah ini, katanya: Dakwah ini hanya layak untuk
orang yang menguasai keseluruhan aspeknya. Penguasaan mengenai dakwah ini serta
wujudnya suatu tasawur yang menyeluruh dalam fikiran penggiat dakwah merupakan
suatu keperluan bagi menjamin kejayaan agenda ini. Dalam memperkatakan perkara ini,
kami sedar bahawa gerakan dakwah ini mewakili sebahagian besar para pendokong
agenda kebangkitan semula ummah. Desakan supaya dakwah ini kembali kepada
pendekatan sederhana yang menjadi landasan dalam fikiran pengasasnya inilah yang
membawa kepada usaha mewujudkan budaya saling tegur-menegur di kalangan mereka
yang peka dengan agenda kebangkitan sesuai dengan sifat Islam yang bertoleransi.
Ketiadaan budaya tegur-menegur merupakan suatu ancaman besar. Hakikat ini pernah
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
15
disentuh oleh Ustaz al-Banna ketika merumuskan pengalaman yang pernah dilalui oleh
pelbagai gerakan kebangkitan:

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan
memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-
kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa
yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu:

i. Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan.
(Kemahuan)

ii. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.
(Kesetiaan)

iii. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. (Pengorbanan)

iv. Memahami prinsip, meyakininya dan menghormatinya dengan: (Memahami)

a. Tidak melakukan kesilapan.
b. Tidak terseleweng.
c. Tidak berkompromi.
d. Tidak terpengaruh dengan prinsip lain.

Hanya dengan memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani serta kekuatan
rohani yang agung inilah akan tertegak sebuah prinsip. Terbentuklah sebuah
bangsa yang mampu bangkit; bangsa yang bersemangat waja. Dengan ini akan
bermulalah kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak
merasainya.

Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini (Kemahuan tinggi,
Kesetiaan sejati, Pengorbanan agung dan Memahami prinsip) ataupun pemimpin
dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah
bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai
sebarang kejayaan. Mereka tidak akan dapat merealisasikan sebarang impian.
Mereka hanya hidup dalam dunia sangkaan; khayalan dan impian.

| _Ll _.-` _ _>' !:

(padahal) Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak
menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad) Yunus: 36

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
16
Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk alam ini
dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini.

| < ,-` ! 1, _.> ,-` ! .!,

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri Ar-Rad: 11

(RISALAH HALA TUJU DAKWAH KITA)

Memahami sesuatu prinsip secara menyeluruh dan bersepadu adalah amat
penting dan asas. Kefahaman yang betul akan menghalang berlakunya pertelagahan
ketika berada di persimpangan jalan atau ketika wujud pelbagai ijtihad yang
bercanggah dengan pendekatan sebenar. Kefahaman ini juga akan menghalang
berlakunya masalah kemurungan, kekeliruan dan masalah mudah terpengaruh dengan
setiap cadangan baru. Masalah akan timbul sekiranya tidak wujud neraca yang tepat
yang boleh digunakan oleh para pendokong kebangkitan ini untuk menilai segala
gerakan yang ada. Ustaz al-Banna menegaskan bahawa perkara ini amat-amat penting.
Jelas beliau, tanpa fahaman yang mendalam mengenai agenda ini bermakna kegagalan
adalah suatu yang pasti. Oleh itu saya yakin segala usaha yang saya lakukan untuk
menjelaskan gambaran sebenar mengenai agenda ini kepada mereka yang citakan
kebangkitan semula adalah suatu keperluan asas. Ia bukan keperluan biasa dan bukan
sekadar pelengkap. Atas dorongan inilah timbulnya usaha yang kerdil ini untuk
mengetengahkan semula kefahaman menyeluruh mengenai agenda yang dilontarkan
oleh Ustaz al-Banna melalui tulisan dan risalah beliau. Walau bagaimanapun saya tidak
mendakwa apa yang dikemukakan di sini telah sempurna. Namun saya berharap ia
mampu menjadi noktah penting untuk memahami dengan lebih mendalam agenda
raksasa ini.

Merujuk kepada perkara yang sama, Ustaz al-Banna pernah mengingatkan
betapa pentingnya proses semak semula yang berterusan dan menyeluruh dijalankan.
Proses ini diikuti pula dengan proses pembentangan semula gambaran tentang agenda
ini. Peringatan ini pernah dinyatakan di awal ucapan beliau ketika di Muktamar Ikhwan
aI-Muslimin Kelima:

Wahai Ikhwan, Saya sentiasa berharap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak
perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang
menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi Ikhwan. Saya suka jika
langkah-langkah kamu yang mendatang berkesinambungan dengan langkah-
langkah kamu yang lalu dengan penuh tenang dan lancar, tanpa memerlukan
program seperti ini; Program yang akan membentangkan jihad sepanjang 10
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
17
tahun yang lalu untuk kita mulakan suatu era baru jihad yang berterusan dalam
usaha merealisasikan gagasan kita yang mulia ini.

Namun saudara mahukan program seperti ini. Saudara mahu saya merasa
gembira dengan adanya perhimpunan agung ini. Terima kasih kepada saudara
sekalian. Tidak salah untuk mengambil kesempatan yang berharga ini untuk:

1. Kita bentangkan segala program kita.

2. Kita semak semula segala tindakan kita yang telah lalu.

3. Kita perkemaskan setiap fasa jalan kita.

4. Kita tetapkan matlamat dan gerak kerja kita.

5. Dengan itu kita memahami mana-mana fahaman yang masih kabur.

6. Kita perbetulkan mana-mana teori yang silap.

7. Kita kaji mana-mana strategi yang masih tidak kita kenal pasti.

8. Kita tambah mana-mana aspek yang masih tercicir.

9. Masyarakat mengenali dakwah Ikhwan al-Muslimin dengan betul tanpa ada
aspek yang meragukan dan mengelirukan.

Tidak salah dengan apa yang kita lakukan ini. Tidak salah jika ada sesiapa yang
telah menerima dakwah ini atau pernah mendengar atau membaca mengenai
dakwah ini untuk mengemukakan apa jua pandangannya tentang matlamat kita,
cara kerja kita dan strategi kita. Mudah-mudahan kita dapat ambil mana-mana
pandangannya yang baik. Mudah-mudahan kita tetap berada di landasan yang
benar hasil pandangannya. Sesungguhnya agama ini adalah nasihat demi Allah,
rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para pemimpin dan umat Islam amnya.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Matlamat II: Menjelaskan Aspek-aspek yang Perlu Diperbaharu,
Diperkembang dan Diperlengkap dalam Agenda Kebangkitan

Memperbaharui istilah dan pemahaman

Ustaz al-Banna pernah menegaskan betapa pentingnya teknik-teknik dakwah
diperbaharui sesuai dengan cara fikir dan gaya hidup masyarakat. Teknik ini perlu
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
18
diperbaharui supaya sesuai dengan keperluan persekitaran dan memungkinkan
matlamat dakwah dicapai dengan cara yang praktikal. Beliau pernah menyebut:

Setiap zaman ada kaedah penulisan sendiri yang sesuai dengan tahap
kefahaman dan cara mereka mengkaji. Perubahan ini pasti berlaku mengikut
sejauhmana perubahan tahap pemikiran manusia dan perubahan yang berlaku
pada kaedah pengkajian, pemikiran dan penilaian mereka Bagi menjelaskan
tentang kaedah perubahan bukan cukup dengan hanya bergantung kepada:

1. Cakap-cakap kosong.

2. Pidato yang membangkitkan semangat.

3. Atau ungkapan yang merangsang emosi.

4. Sebaliknya para pendokong dakwah perlu berkemampuan mengemukakan
suatu gambaran yang jelas dan rasional.

5. Berpandukan suatu kajian ilmiah.

6. Di samping mampu mengemukakan suatu pelan tindakan yang efisien dirangka
khusus untuk mencapai apa yang dicitakan.

7. Serta mampu mengatasi segala rintangan yang pasti akan dihadapi di
sepanjang jalan ini.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Berkembang dan berkesinambungan

Ustaz al-Banna turut menegaskan betapa pentingnya manhaj dan matlamat
digariskan dengan sejelas-jelasnya. Demikian juga betapa pentingnya, apa yang ada
ditambah dan apa yang sedang berjalan diteruskan. Langkah ini perlu bagi mengelak
timbulnya masalah berulangnya perkara yang sama atau mensia-siakan keupayaan yang
ada. Beliau berkata:

Anda pasti akan dapati setiap mereka yang menjadi pendokong sebuah
kebangkitan yang berjaya pasti mempunyai:

a. Pendekatan tertentu yang mereka laksanakan.

b. Matlamat tertentu yang mereka sasarkan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
19
c. Pendekatan dan matlamat ini disusun oleh penggerak kebangkitan ini. Mereka
berusaha mencapainya

d. Usaha mereka ini akan disambung pula oleh generasi seterusnya.
i. Generasi baru ini akan menyambung agenda mereka.

ii. Generasi baru ini akan bermula di mana generasi awal mereka
berhenti.

iii. Mereka tidak menghentikan apa yang telah dicapai. Mereka tidak akan
meruntuhkan apa yang telah dibina.

iv. Mereka tidak akan memusnahkan apa yang telah diasaskan. Mereka
memperkukuh bukannya meruntuhkan apa yang telah dibangunkan.

v. Apa yang mereka lakukan ialah sama ada memperbaiki apa yang telah
dilakukan oleh generasi awal.

vi. Atau memantapkan lagi kesannya.

vii. Ataupun meneruskan jejak langkah generasi awal mereka.

viii. Dengan ini mereka melangkah setapak lagi dan mereka membawa
bangsa mereka selangkah ke arah matlamat.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ini bermakna, menyambung usaha memperkembangkan agenda kebangkitan dan
mengorak langkah ke hadapan merupakan suatu yang amat-amat penting untuk
menjamin kejayaan umat ini tiba ke matlamat. Langkah ini wajib dilaksanakan oleh
mereka yang peka dengan kebangkitan umat. Malahan ia wajib dilakukan oleh setiap
individu.

Matlamat III: Mengemukakan Bahan Ilmiah untuk Mereka yang Mengkaji dan
Membicarakan tentang Agenda Imam al-Banna

Matlamat ini juga penting. Usaha ini sebenarnya mengetengahkan bahan ilmiah
yang menggariskan gagasan Ustaz al-Banna tentang agenda kebangkitan. Dalam
mengorak langkah mendekati berjuta-juta manusia, dakwah ini menerima sambutan
yang semakin meningkat daripada mereka yang mahu mengkaji mahupun mengkritiknya.
Kebanyakan mereka sukar untuk memahami saranan-saranan Ustaz al-Banna. Namun
mungkin ada sebahagian mereka yang diberikan petunjuk oleh Allah mampu
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
20
memberikan nasihat berguna yang diperlukan oleh agenda raksasa ini. Ustaz al-Banna
menyebut:

Tidak salah jika ada sesiapa yang telah menerima dakwah ini atau pernah
mendengar atau membaca mengenai dakwah ini untuk mengemukakan apa jua
pandangannya tentang matlamat kita, cara kerja kita dan strategi kita. Mudah-
mudahan kita dapat ambil mana-mana pandangannya yang baik. Mudah-mudahan
kita tetap berada di landasan yang benar hasil pandangannya. Sesungguhnya
agama ini adalah nasihat demi Allah, rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para
pemimpin dan umat Islam amnya.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Atas dasar ini, para pendokong agenda kebangkitan perlu peka untuk
mengemukakan pelan kebangkitan mereka. Mereka perlu menyediakan bahan ilmiah
berdasarkan bahan-bahan rujukan Islam yang dapat menggambarkan agenda masakini
kebangkitan semula ummah. Agenda ini mestilah merangkumi isu-isu semasa yang paling
kritikal dan sensasi yang menjadi tumpuan semua lapisan masyarakat. Contohnya, isu
kebebasan hak asasi manusia, masyarakat madani, syura atau demokrasi, rangka
pentadbiran sebuah negara Islam, kaedah praktikal sistem syura, isu etnik minoriti
dan pelbagai lagi isu yang membabitkan soal politik, ekonomi dan sosial yang menyentuh
kepentingan masyarakat. Faktor inilah yang mendorong usaha yang kerdil ini. Usaha ini
cuba meletakkan fokus keseluruhan tertumpu kepada pemikiran Ustaz al-Banna.
Harapan saya semoga Allah menjadikan segala usaha ini ke arah membangun dan
melangkah ke peringkat seterusnya yang lebih teratur, terkini dan bersepadu.

Matlamat IV: Memantapkan lagi Kefahaman tentang Konsep Agenda ini di
Kalangan Mereka yang Meyakini Kebangkitan Semula Ummah

Setelah memiliki segala potensi yang mampu menjana sebuah kebangkitan iaitu
manusia, sumber, masa dan akidah yang hidup, maka tugas terpenting bagi pendakwah
ialah mewujudkan gambaran menyeluruh tentang agenda kebangkitan yang mendatang
serta kaedah penjanaannya. Dengan wujudnya gambaran inilah segala elemen yang ada
iaitu manusia, sumber dan masa akan dapat digembleng. Setelah itu akidah akan dapat
memainkan peranan bagi menganjak segala potensi ini ke tahap maksimum. Pengetahuan
tentang agenda ini perlu dimiliki oleh semua individu dalam ummah ini. Apatah lagi para
aktivis dalam arena dakwah kerana mereka adalah pemimpin dan peneraju gelombang
ini.





PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
21
Bahagian II
METHOD KAJIAN


1. Kandungan Kajian

Kajian ini bersifat deskripsi tertumpu kepada agenda yang dikemukakan oleh
Ustaz al-Banna ke arah kebangkitan semula ummah. Kajian ini berdasarkan rangkuman
beberapa saranan dan ucapan beliau tentang beberapa isu yang disentuh dalam tulisan,
kenyataan, pengajaran serta tindakan beliau.

2. Objektif Kajian

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam mukadimah, kajian ini cuba mencapai
objektif berikut:

i. Memberikan gambaran yang menyeluruh dan bersepadu mengenai gagasan Imam
al-Banna dalam agenda kebangkitan ummah.

ii. Menjelaskan aspek-aspek yang perlu diperbaharu, diperkembang dan
diperlengkap dalam agenda kebangkitan ummah.

iii. Mengemukakan bahan ilmiah untuk mereka yang mengkaji dan membicarakan
tentang agenda Imam al-Banna.

iv. Memantapkan lagi kefahaman tentang konsep agenda ini di kalangan mereka
yang meyakini kebangkitan semula ummah.

3. Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada subjek yang dikemukakan oleh Ustaz al-Banna
sahaja, berdasarkan saranan beliau yang berbentuk buah fikiran, harakah dan siasah
tanpa merujuk kepada mana-mana tafsiran pihak kedua. Namun demikian kajian ini juga
menyelitkan beberapa pendirian Ikhwan dalam beberapa isu semasa. Ia bertujuan
menghubung kaitkan dan menjelaskan berhubung beberapa perkara tertentu.

4. Bahan Kajian

Kajian ini bergantung sepenuhnya kepada tulisan-tulisan serta temu bual dengan
beberapa individu yang sezaman dengan Ustaz al-Banna. Termasuk beberapa
pemerhatian dan pengajaran yang diambil sepanjang perjalanan dakwah.

5. Kajian Literasi
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
22

Kajian ini hanya berpandukan hasil tulisan Ustaz al-Banna semata-mata. Namun
bagi tujuan memahami tulisan-tulisan yang begitu padat ini, sudah tentu ia perlu
merujuk kepada kajian-kajian lain membabitkan ilmu syarak, sejarah, politik, ekonomi,
pentadbiran, pendidikan, undang-undang, psikologi, sosiologi dan falsafah. Kebanyakan
tulisan-tulisan ini perlu difahami berdasarkan latar belakang pelbagai ilmu sosiologi
kerana mengkaji pemikiran Ustaz al-Banna r.h. membawa kita
berhadapan dengan suatu pemikiran yang komprehensif.

6. Rangka Kajian

Kajian ini mengandungi mukadimah, tiga tajuk utama dan penutup. Bab pertama
membincangkan kaedah yang digunakan oleh Ustaz al-Banna dalam menggariskan
agenda kebangkitan ataupun ruang lingkup kebangkitan ini. Bab kedua pula
membincangkan tentang gerakan dakwah baru yang menjadi asas kepada agenda
tersebut iaitu dakwah penjana dan penyelamat dari segi teori dan praktikal,
sepertimana yang dinyatakan oleh tulisan-tulisan Ustaz al-Banna. Bab ketiga pula
membentangkan bentuk negara atau kiyan siasi sebagai jelmaan kepada gagasan ini
atau dengan kata lain sampel sebuah negara menurut perspektif agenda ini. Kajian ini
diakhiri dengan menggariskan elemen-elemen yang diperlukan dalam agenda ke arah
kebangkitan ummah menurut Ustaz al-Banna seperti yang dinyatakan oleh risalah
Ikhwan Di Bawah Naungan Al-Quran.





















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
23











METHODOLOGI SEBUAH AGENDA KEBANGKITAN





Fasal 1: Asas Methodologi Agenda Kebangkitan

Fasal 2: Kajian Sejarah

Fasal 3: Kajian Realiti Semasa

Fasal 4: Keupayaan untuk Bangkit Semula

Fasal 5: Pengalaman Sejarah

















Bab 1
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
24
Fasal 1
ASAS METHODOLOGI AGENDA KEBANGKITAN


Bahagian I: Mengenalpasti Cabaran yang Dihadapi Ummah

Bahagian II: Kajian Terhadap Sejarah dan Situasi Semasa

Bahagian III: Rumusan Kajian

Bahagian IV: Tindakan Susulan daripada Hasil Kajian
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
25
Mukadimah
SEKITAR ASAS-ASAS RANGKA KERJA DALAM AGENDA KEBANGKITAN


Setiap aktivis di medan dakwah, setiap orang yang mencari peluang untuk
menyumbang secara aktif ke arah membina dan melaksana agenda kebangkitan, setiap
individu yang mendokong inspirasi ummah, mereka yang benar-benar berusaha untuk
mengembalikan semula cara hidup Islam, semua mereka ini kini amat perlu memahami
landasan yang menjadi asas kepada agenda kebangkitan yang digambarkan oleh Ustaz
al-Banna, Mereka perlu menurut jejak yang telah digunakan oleh beliau dalam
merangka wawasan dakwah untuk menjayakan agenda ini. Mereka juga perlu memahami
sejauhmana keberkesanan cara ini untuk menjana dan menggerak ke arah memenuhi
syarat-syarat yang menjayakan agenda ini. Seterusnya mereka perlu bekerja
menyambung usaha yang telah dijalankan oleh Imam al-Syahid, meletakkan agenda ini
ke tahap pelaksanaan dengan memindahkan agenda ini daripada alam imaginasi ke alam
nyata.

Dengan memahami landasan ini, perkara-perkara berikut akan dapat dicapai:

1. Memahami cara berfikir secara ilmiah yang diperlukan oleh agenda kebangkitan
ini.

2. Mengenalpasti sejauhmana kelemahan aspek teori yang wujud dalam kerja-kerja
tarbiyah.

3. Mengawal gerakan agenda kebangkitan ini supaya selari dengan rumusan yang
telah dicapai oleh Ustaz al-Banna.

4. Menghubungkan fikrah dengan sumber asli seterusnya menghalang penyusupan
aliran pemikiran asing.

5. Memantapkan keyakinan terhadap rangka agenda kebangkitan ini dan
memastikan keserasiannya dari aspek pelaksanaan.

6. Meningkatkan tahap kesetiaan terhadap agenda kebangkitan ini daripada
kesetiaan dalam bentuk emosi kepada kesetiaan dalam bentuk keyakinan dan
kemestiannya menurut syarak.

7. Membina landasan bersama untuk semua individu yang peka dengan gerak kerja
ke arah merealisasikan agenda ini dan menjadi landasan untuk menyatukan
segala keputusan mereka dalam apa jua lapangan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
26
Secara ringkasnya, rangka kerja Ustaz al-Banna dalam agenda kebangkitan ini
boleh digariskan seperti berikut:

Bahagian I: Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh ummah.

Bahagian II: Kajian terhadap sejarah silam dan moden.

Bahagian III: Rumusan kajian.

Bahagian IV: Tindakan susulan daripada hasil kajian.

































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
27
Bahagian I
MENGENALPASTI CABARAN YANG DIHADAPI UMMAH


Ustaz al-Banna dapat merasakan wujudnya cabaran besar yang sedang dihadapi
oleh umat Islam daripada luar. Keadaan ini mendorong beliau berfikir secara mendalam
dan memberikan tindak balas. Dalam usaha mencari jawapan dan mengkaji penawar
yang sesuai untuk menyelesaikan segala krisis ini, beliau ungkapkan:

Pelbagai peristiwa yang berlaku di Mesir dan beberapa negara Islam lain amat
menyedihkan dan menyayatkan hati saya. Saya menyedari perlunya ada
kesungguhan dan tindakan. Saya perlu mengorak langkah daripada hanya
memberi kesedaran kepada membina, daripada hanya mengajar kepada
mengasaskan sesuatu

Saya mula mengorak langkah dengan bertemu ramai pemimpin masyarakat. Saya
kemukakan kepada mereka betapa perlunya kita bangkit, berusaha dan
mengorak langkah seeara bersungguh dan efektif. Saya mendapat pelbagai
sambutan; ada yang keberatan, ada yang memberangsangkan dan ada yang
meminta masa. Malangnya saya tidak temui apa yang saya inginkan iaitu
keinginan untuk menggabungkan segala tenaga secara berkesan.

Selepas itu saya alihkan pandangan saya kepada teman-teman dan sahabat yang
bersama-sama saya ketika menuntut serta berkongsi perasaan kasih sayang dan
semangat untuk memikul tanggungjawab ini. Saya menerima sambutan yang
baik

Kami telah berjanji dan berikrar supaya setiap kami berusaha mencapai
matlamat ini. Sehingga budaya ummah ini berubah ke arah budaya Islam yang
baik.

Hanya Allah sahaja yang tahu berapa malam kami telah habiskan untuk meneliti
nasib dan ancaman yang menimpa ummah ini dalam segenap aspek kehidupan
mereka. Kami analisa setiap punca dan penyakitnya. Kami fikirkan cara untuk
mengenalpasti dan merawat penyakitnya. Hasil yang kami perolehi menyebabkan
kami menangis

Kami amat terkejut dengan sikap mereka ini dan sikap kebanyakan golongan
cendiakawan. Sedangkan mereka adalah orang yang lebih layak memikul
tanggungjawab ini. Ketika itu salah seorang di antara kami berkata: Bukankah ini
salah satu penyakit umat ini. Malah ia mungkin penyakit yang paling merbahaya,
iaitu apabila manusia tidak berfikir tentang penyakitnya sendiri dan tidak
berusaha merawat dirinya sendiri.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
28

Didorong oleh masalah ini dan masalah-masalah yang seumpama inilah kami mula
mengorak langkah berusaha. Demi memperbetulkan segala kepincangan ini kami
telah wakafkan diri kami. Kami bersabar dan kami bersyukur kepada Allah
kerana menjadikan kami orang-orang yang mengajak manusia ke arah-Nya dan
bekerja demi agama-Nya.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Situasi yang sedang dihadapi oleh ummah ini sebagaimana yang digambarkan
oleh Ustaz al-Banna memerlukan kepada tindakan seperti berikut:

i. Kerja keras untuk mengenal pasti situasi umat Islam secara menyeluruh dari
segala aspek.

ii. Mengenal pasti punca.

iii. Mengenal pasti jalan penyelesaian.

























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
29
Bahagian II
KAJIAN TERHADAP SEJARAH DAN SITUASI SEMASA


Sejarah manusia dahulu dan sekarang merupakan faktor kedua yang perlu dikaji
oleh mereka yang terlibat mengkaji faktor sebuah kebangkitan. Atas dasar ini, Ustaz
al-Banna mengatur langkah untuk mengkaji khazanah sejarah manusia. Sejarah manusia
merupakan suatu khazanah yang menyimpan segala pengalaman yang pernah dilalui oleh
manusia yang berjaya dan juga gagal. Oleh itu, sesiapa sahaja yang merancang untuk
melakukan perubahan dalam sistem masyarakat perlu mengetahui sejarah manusia
supaya mereka tidak menempuh jalan mati. Sejarah merupakan institusi pertama untuk
mempelajari ilmu kemanusiaan. Dari sinilah para pemikir membentuk teori dan fahaman
mereka tentang perjalanan hidup manusia. Dari rentetan sejarah inilah mereka
mengambil pengajaran. Atas dasar ini, Ustaz al-Banna memberikan perhatian serius
untuk mengkaji secara mendalam aspek sejarah. Hakikat ini telah dinyatakan oleh
beliau dalam banyak tulisan beliau. Saya akan khususkan perbincangan mengenai
perkara ini dalam Bab 2.

Secara ringkasnya di sini saya kemukakan suatu analisis sejarah yang menarik
yang pernah dikupas oleh Ustaz al-Banna dalam risalahnya, Halatuju Dakwah Kita:

Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia
dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah
membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan
membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak
berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa
sangka Semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering
kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan seterusnya dengan kuasa
rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di dunia.
Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua manusia
menentangnya dan semua penolongnya kebingungan masih mampu mengerah
sebelas angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para
penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap
pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka
yang enggan membayar zakat

(HALATUJU DAKWAH KITA)






PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
30
Bahagian III
RUMUSAN KAJIAN


Perbincangan tentang rumusan sejarah berdasarkan pemikiran dan tulisan Ustaz
al-Banna merupakan suatu yang perlu dibincangkan dalam tajuk yang khusus. Namun
fokus saya di sini hanyalah dari aspek methodologi. Cukup saya nyatakan di sini bahawa
Ustaz al-Banna membaca sejarah menurut kaca mata seorang pemimpin yang sedang
mencari sesuatu yang boleh membantu menjayakan agendanya. Saya akan kemukakan
beberapa analisa Ustaz al-Banna mengenai perkara ini. Namun rasanya cukup saya
nyatakan di sini secara ringkas ucapan beliau yang mengupas tentang perjalanan
sebuah agenda kebangkitan. Beliau ungkapkan pandangan beliau ini setelah
mengemukakan beberapa analisa sejarah yang dicatat dalam risalah beliau, Adakah
Kita Golongan Yang Bekerja:

Saudara yang dihormati, saya yakin setiap revolusi yang berlaku dalam sejarah
manusia semuanya menurut teori ini. Termasuklah kebangkitan agama yang
dipimpin oleh para nabi dan para rasul, selawat Allah untuk mereka

Dalam membincangkan perkara ini saya merasakan para pembaca terbahagi
kepada dua kumpulan. Satu kumpulan telah mengkaji sejarah manusi dan zaman-
zaman kebangkitan mereka. Kumpulan ini pasti yakin dengan apa yang
dibincangkan ini. Satu kumpulan lagi belum berpeluang lagi untuk mengkaji.
Terserahlah, anda boleh mengkaji supaya anda tahu apa yang saya katakan ini
semuanya benar ataupun anda boleh percaya pada saya sepenuhnya. Tujuan saya
hanya mahu membawa kebaikan sekadar kemampuan saya.

Itulah yang berlaku dalam sebuah kebangkitan yang berjaya. Adakah
kebangkitan kita akan berjalan selari dengan teori alam dan teori sosial ini?

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Kajian sejarah, gagasan kebangkitan dan undang-undang alam, inilah kata
kunci yang dicatatkan oleh Ustaz al-Banna untuk fasa ini.









PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
31
Bahagian IV
TINDAKAN SUSULAN DARIPADA HASIL KAJIAN


Syarat pertama berinteraksi bersama undang-undang Ilahi dan undang-undang
alam ialah cuba memahaminya. Malah kita perlu menghayati seluruh undang-undang
atau ilmu ini sepenuhnya dengan penuh matang. Bagaimanakah kita boleh bekerja dalam
ruang lingkup undang-undang Ilahi atau apa yang kita namakan sebagai teori hukum
alam atau fiqhus sunan? Berbekalkan pengetahuan kita tentang teori inilah kita
lahirkan teori-teori kemasyarakatan dan ketamadunan. Ustaz al-Banna ada menyentuh
mengenai perkara ini dalam ucapan Muktamar Kelima:

Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa.
Namun kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala
elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu
perolehi tidak lama lagi.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Atas landasan inilah lahirnya agenda kebangkitan Ustaz al-Banna. Dengan
berpandukan kajian terhadap keadaan ummah, sejarah ummah, sejarah dunia, kajian
terhadap teori setiap gerakan sepanjang sejarah, dengan berpandukan pendirian yang
dicipta untuk berinteraksi dengan segala teori ini, maka lahirlah gerakan kebangkitan
masakini.

Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa sesuatu cabaran yang lahir akibat
sebuah kemunduran secara langsung akan melahirkan suatu tindak balas. Tindak balas
ini dijelmakan dalam bentuk agenda kebangkitan dan pelan tindakan yang akan menjadi
satu-satunya jalan keluar daripada kemunduran yang sedang dialami oleh ummah.














PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
32
Fasal 2
KAJIAN SEJARAH


Bahagian I: Kajian Sejarah Islam

Bahagian II: Kajian Sejarah Kebangkitan Sesebuah Bangsa

Bahagian III: Kajian Sejarah Gerakan Kebangkitan dan Perubahan


































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
33
Mukadimah
KEPENTINGAN KAJIAN SEJARAH


Sejarah manusia adalah khazanah yang menyimpan pengalaman manusia yang
berjaya dan yang gagal. Oleh itu, sesiapa sahaja yang merancang untuk melakukan
perubahan dalam sistem masyarakat perlu mengetahui sejarah manusia supaya mereka
tidak menempuh jalan mati. Sejarah merupakan institusi pertama untuk mempelajari
ilmu kemanusiaan. Dari sinilah para pemikir membentuk teori dan gambaran mereka
tentang perjalanan hidup manusia. Dari rentetan sejarah inilah mereka mengambil
pengajaran. Atas dasar ini, Ustaz al-Banna memberikan perhatian yang serius untuk
mengkaji secara mendalam aspek sejarah. Hakikat ini telah dinyatakan dalam banyak
tulisan beliau. Sebagai contohnya, beliau pernah berkata:

Jika anda mengkaji sejarah kebangkitan sesebuah bangsa baik di timur
mahupun di barat, pada zaman silam mahupun pada zaman moden, anda pasti
akan dapati setiap mereka yang menjadi pendokong sebuah kebangkitan yang
berjaya pasti mempunyai pendekatan tertentu yang mereka laksanakan

Sila kaji sejarah perkembangan semua organisasi dan bangsa. Anda pasti akan
setuju bahawa apa yang saya katakan ini benar. Faktor kejayaan bagi semua
kebangkitan

Jika anda ingat kembali sejarah puak-puak Islam dan zaman sebelum dan
semasa pembentukan negara Abbasiah di timur kemudian kebangkitan negara-
negara baru di Eropah seperti Perancis, Itali, Rusia dan Turki sama ada pada
zaman awal iaitu zaman penyatuan dan pembentukan kerajaan atau pada zaman
ini iaitu zaman pembentukan prinsip dan ideologi, anda akan lihat semua
perubahan ini mengikut suatu pendekatan atau manhaj yang tersusun yang akan
membawa hasil yang dicitakan oleh sesebuah bangsa.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Dengan ini bahagian ini akan membincangkan tiga tajuk berikut:

1. Kajian sejarah Islam

2. Kajian sejarah kebangkitan sesebuah bangsa

3. Kajian sejarah gerakan kebangkitan dan perubahan



PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
34
Bahagian I
KAJIAN SEJARAH ISLAM


Dalam risalah Antara Semalam dan Hari Ini, Ustaz al-Banna menghuraikan
perkembangan sejarah dan matlamat gagasan Islam. Tulisan ini ditulis sebelum
tercetusnya Perang Dunia II. Dalam buku ini, beliau gariskan secara terperinci fasa-
fasa yang telah dilalui oleh umat Islam. Semenjak dari perutusan Rasulullah s.a.w. al-
Amin hinggalah kepada kejatuhan terakhir kuasa politik umat Islam dengan jatuhnya
kerajaan Othmaniyah. Kajian terhadap sejarah umat Islam ini yang disertakan dengan
kajian tentang pertembungan dengan agenda Barat serta faktor kemenangan agenda
Barat, tidak mungkin sekadar menjadi catatan sejarah umat Islam begitu sahaja.
Malah sebaliknya sesiapa sahaja yang memahami latar belakang di sebalik penulisan
risalah ini akan memahami bahawa risalah ini secara tidak langsung mengandungi
pesanan Ustaz al-Banna. Dengan memaparkan segala peristiwa bersejarah dengan
berlatar belakangkan dakwah kebangkitan ini, beliau mahukan supaya para aktivis
dakwah dapat melihat sejarah ini secara menyeluruh. Langkah ini penting untuk
memperolehi gambaran yang sebenar tentang fasa yang bakal dilalui oleh dakwah.
Termasuklah ancaman yang boleh menyebabkan dakwah menyimpang daripada landasan
sebenar akibat tiadanya gambaran yang betul dalam proses mencapai matlamat.

Kajian secara mendalam terhadap risalah, Antara Semalam dan Hari Ini akan
membolehkan kita memahami secara menyeluruh segala elemen utama dalam agenda
yang dikemukakan oleh Ustaz al-Banna ke arah membangunkan semula umat Islam. Di
samping itu kita dapat memahami secara mendalam nilai-nilai sejarah yang telah
membentuk sesuatu teori dan tindakan. Secara ringkasnya risalah ini memaparkan
beberapa fakta penting yang boleh dirumuskan seperti berikut:

1. Paparan secara jelas tentang peristiwa bersejarah dan fasa yang dilalui oleh
umat Islam.

2. Bentuk pertembungan dakwah Islam dengan agenda asing.

3. Rumusan penting tentang agenda Islam.

4. Ciri-ciri penting sebuah negara Islam termasuk sistem social dan ekonominya.

5. Peranan yang perlu dimainkan oleh gerakan dakwah berdasarkan paparan
sejarah.

6. Mengenal pasti aspek kekuatan dan kelemahan, ancaman dan peluang, kejayaan
dan kegagalan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
35
Dakwah atau saya sebutkan sebagai gagasan Islam ini menurut gambaran
Ustaz al-Banna telah melalui tujuh fasa seperti berikut:

Fasa I: Perisytiharan kelahiran dakwah yang bersifat sejagat.

Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama.

Fasa III: Permulaan kejatuhan negara Islam.

Fasa IV: Pertembungan dan ancaman kepada aspek politik.

Fasa V: Pertembungan dan ancaman kepada aspek sosial.

Fasa VI: Kejayaan agenda Barat dan penguasaan terhadap tamadun Islam.

Fasa VII: Fasa kesedaran dan kebangkitan Islam serta lahirnya seruan untuk
bangkit dan menyelamat

Gambarajah di bawah menjelaskan secara ringkas fasa-fasa tersebut:
























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
36

D
a
k
w
a
h

s
e
j
a
g
a
t

P
e
m
b
e
n
t
u
k
a
n

n
e
g
a
r
a

K
e
j
a
t
u
h
a
n

k
u
a
s
a

K
e
j
a
y
a
a
n

a
g
e
n
d
a

B
a
r
a
t

D
a
k
w
a
h

p
e
n
j
a
n
a

d
a
n

p
e
n
y
e
l
a
m
a
t

P
e
r
t
e
m
b
u
n
g
a
n

s
o
s
i
a
l

P
e
r
t
e
m
b
u
n
g
a
n

p
o
l
i
t
i
k

E
n
a
m

f
a
s
a

p
e
r
t
e
m
b
u
-
n
g
a
n

p
o
l
i
t
i
k

A
s
a
s

p
e
m
b
i
n
a
a
n

m
a
s
y
a
r
a
k
a
t

L
a
p
a
n

f
a
k
t
o
r

k
e
j
a
t
u
h
a
n

n
e
g
a
r
a

K
e
s
e
d
a
r
a
n

d
a
n

k
e
b
a
n
g
k
i
t
a
n

m
o
d
e
n

T
i
g
a

f
a
s
a

p
e
r
t
e
m
b
u
-
n
g
a
n

s
o
s
i
a
l

I
s
y
t
i
h
a
r

k
e
h
a
d
i
r
a
n

b
a
r
u

P
e
n
a
k
l
u
k
a
n
,

p
e
n
j
a
j
a
h
a
n

d
a
n

p
e
n
g
e
p
u
n
g
a
n

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
37
Fasa I: Pengisytiharan Kelahiran Dakwah yang Bersifat Sejagat (dakwah)

Semenjak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah seorang nabi yang
buta huruf berseru di tengah kota Mekah di puncak bukit Safa:

!! Z!l | ` < l| !- - %! l l` ,.l _ l| |
.`>` ` `! <!, &! _,l %! ` <!, ..l `-,.
l-l ..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku
adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai
langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; yang
menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan
RasulNya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya
(Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk. Al-
Araf: 158

Seruan yang begitu padu ini adalah garis pemisah untuk seluruh alam ini; antara
zaman silam yang gelap gelita dengan masa hadapan yang cerah bersinar,
masakini yang harmoni dan bahagia. Satu pengisytiharan yang dengan jelas
mengemukakan suatu sistem baru yang digubal oleh Allah, Tuhan yang Maha
Mengetahui. UtusanNya ialah Muhammad seorang manusia pembawa peringatan.
KitabNya ialah al-Quran sebagai penunjuk dan penyuluh. Tentera-Nya ialah
generasi awal Muhajirin dan Ansar serta generasi berikutnya yang mengikut
jejak mereka dengan baik. Sistem ini bukan rekaan manusia tetapi adalah hasil
ciptaan Allah. Apakah ada ciptaan manusia yang lebih baik daripada ciptaan
Allah?

! . ! .>l _ _>l l-> ., _ '!: _ !!,s ,|
.l || 1. 1.`. 1. < %! l ! ,.l ! _ || <
,.. '`

Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah
Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi
Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya
sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. dan sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
38
jalan yang lurus, Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala
urusan. Ash-Shura: 52-53

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Secara ringkasnya, fasa ini melalui proses berikut:

1. Pengisytiharan sebuah kelahiran dakwah sejagat yang bakal meletakkan
sempadan pemisah untuk seluruh alam ini.

2. Pengisytiharan terbuka mengenai suatu orde baru dunia yang bakal memiliki
neraca dan identiti yang tersendiri.

3. Pembentukan garis panduan dalam bentuk teori dan praktikal ke arah
pengislahan dan perubahan masyarakat secara bersepadu.

Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama (negara)

Berdasarkan prinsip-prinsip sistem kemasyarakatan al-Quran yang mulia ini,
tertegaklah sebuah negara Islam pertama yang mengimani Islam yang sebenar,
melaksanakan Islam seeara menyeluruh dan menyebarkan Islam ke seluruh
alam

Segala elemen perpaduan dan penghayatannya wujud dalam diri ummah yang
baru lahir ini. Perpaduan masyarakat begitu menyeluruh kerana semuanya
disatukan di bawah sistem al-Quran dan bahasa al-Quran. Perpaduan politik pula
wujud kerana semuanya disatukan di bawah naungan Amirul Mukminin, di bawah
panji khalifah yang berada di ibu kota. Perpaduan ini tidak akan dapat dihalang
walaupun wujud desentralisasi dalam ketenteraan, urusan kewangan Baitul Mal
dan tindakan para gabenor. Ini kerana semua pihak bekerja dengan satu akidah
dan satu arahan.

Prinsip al-Quran ini telah berjaya menyingkir amalan penyembahan berhala
menyingkir bangsa yahudi yang jelek mencabar agama Kristian. Dengan
perubahan ini kuasa rohani dan politik negara Islam mula mengambil alih dua
benua terbesar tersebut.

Prinsip ini seterusnya mengorak langkah untuk menembusi benua ketiga dan
menyerang Kota Constantinople dari arah timur seterusnya mengepung kota
tersebut sehingga mereka terpaksa menanggung kesengsaraan akibat kepungan
tersebut. Eropah juga diserang dari arah barat, apabila Andalus berjaya
ditembusi dan tentera Islam yang gagah perkasa berjaya mara sehingga ke
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
39
tengah Perancis serta di bahagian utara dan selatan Itali. Di sebelah barat
Eropah, berdiri megah sebuah negara yang tersergam indah dengan
kegemilangan cahaya ilmu. Akhirnya Kota Constantinople jatuh dan Kristian kini
dipinggirkan ke suatu ceruk di tengah Eropah. Armada Islam membelah
gelombang dua lautan; Laut Merah dan Laut Putih (Laut Mediterranean) yang
kini disenaraikan sebagai lautan Islam. Dengan ini juga bermakna angkatan
tentera negara Islam berjaya menguasai pintu laut timur dan barat serta
menguasai sepenuhnya lautan dan daratan.

Bangsa-bangsa Islam mula berhubung dengan bangsa-bangsa lain dan berjaya
mengaut pelbagai teknologi. Walaupun demikian kekuatan iman dan keutuhan
system Islam tetap berjaya menguasai bangsa-bangsa ini hingga mampu
mengubah bangsa-bangsa ini menjadi bangsa Arab atau hampir menjadi Arab.
Bangsa-bangsa ini berjaya dicorak dan dikuasai oleh bahasa Arab dan agama
Islam yang indah, bertenaga dan menarik ini. Malah umat Islam bebas mencedok
elemen yang baik dalam teknologi ini tanpa sedikitpun memberi kesan kepada
perpaduan masyarakat dan politik mereka.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Ini bermakna, fasa ini akan melalui proses berikut:

1. Pembentukan sebuah negara yang berlandaskan sistem sosial yang berteraskan
al-Quran.

2. Pembinaan perpaduan masyarakat yang mantap di bawah naungan pemerintahan
Islam.

3. Pembinaan perpaduan politik yang mantap di bawah naungan khalifah Islam.

4. Pengusiran sebarang ancaman kuasa musuh seperti penyembah berhala, Yahudi
dan Kristian.

5. Pengutusan angkatan tentera Islam ke timur, barat, utara dan selatan.

6. Penguasaan ke atas seluruh aspek hidup manusia di darat dan lautan.

7. Pertemuan antara tamadun bangsa manusia dan perpindahan teknologi yang
berguna.

Fasa III: Permulaan kejatuhan negara Islam (kejatuhan)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
40
Walaupun memiliki kekuatan yang kukuh dan kuasa yang luas namun beberapa
faktor perosak mula menyusup masuk ke dalam struktur umat al-Quran ini. Faktor-
faktor ini semakin bertapak kukuh dan merebak sedikit demi sedikit hingga berjaya
merobek dan menggoncang pusat negara Islam pada kurun ke-6 Hijrah ketika diserang
oleh Tartar dan sekali lagi pada kurun ke-14 Hijrah. Melalui kedua-dua serangan ini
umat Islam mula bertaburan dan berpecah kepada negara-negara kecil yang tercari-
cari langkah untuk bersatu dan bangkit semula.

Faktor-faktor perosak yang utama ialah:

a. Percakaran politik dan sikap fanatik
selain perebutan kuasa dan pangkat .
Dan janganlah kamu berbantah-bantahan;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah.
Al-Anfal: 46
b. Perselisihan dalam soal asas agama dan
mazhab serta salah faham yang timbul
tentang agama.
Sesebuah bangsa tidak akan sesat
setelah mereka menerima hidayah yang
mereka amalkan melainkan apabila mereka
mula berdebat. Hadis
c. Tenggelam dalam pelbagai bentuk
kesenangan dan kemewahan.
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak
membinasakan penduduk sesebuah negeri;
Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-
orang yang melampau dengan kemewahan
di antara mereka (supaya taat). Al-Israa:
16
d. Kepimpinan yang bersikap buruk dan
kuasa diberikan kepada mereka yang tidak
mampu.
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil orang-orang
yang bukan dari kalangan kamu menjadi
orang dalam (yang dipercayai) Ali
Imran: 118
e. Mengabaikan ilmu-ilmu yang berbentuk
praktikal dan ilmu-ilmu dunia.
Katakanlah (wahai Muhammad):
Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di
langit dan di bumi Yunus: 101
f. Kelekaan para pemerintah dengan kuasa
yang dimiliki, terpedaya dengan kuasa
yang ada serta lupa melihat perkembangan
masyarakat lain.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk
neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia. Al-Araf: 179
g. Tertipu dengan helah musuh yang bijak
membujuk. Terpesona dengan hasil-hasil
pihak musuh.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika
kamu taat akan sesuatu puak dari orang-
orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan
Kitab itu, nescaya mereka akan
mengembalikan kamu menjadi orang-orang
kafir sesudah kamu beriman. Ali Imran:
100
h. Kelemahan faktor akidah yang Wahai orang-orang yang beriman! Jika
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
41
membawa kepada kepincangan akhlak yang
teruk.
kamu taatkan orang-orang yang kafir
nescaya mereka akan menolak kamu
kembali kepada kekufuan, lalu menjadilah
kamu orang-orang yang rugi. Ali Imran:
149

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Setiap satu fakta ini memerlukan kepada kajian yang lebih terperinci. Namun
rasanya cukup sekadar saya nyatakan di sini sejauhmana pentingnya semua faktor ini
dalam menggugat kebangkitan umat Islam. Sehingga kini faktor-faktor ini masih
memberi kesan sama ada secara umum atau khusus.

Fasa IV: Pertembungan dan Ancaman kepada Aspek Politik

Sepanjang beberapa kurun, pertembungan dan ancaman ini wujud dalam
beberapa peringkat, seperti berikut:

Peringkat pertama: Usaha menghapuskan umat Islam

1. Serangan Tartar dan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad pada tahun
656 Hijrah.

2. Sembilan siri Perang Salib dan kejayaan mewujudkan negara Salib di Baitul
Maqdis.

Peringkat kedua: Kemenangan berturut-turut oleh umat Islam

1. Penaklukan semula Baitul Maqdis dalam Perang Hittin.

2. Pengusiran tentera Tartar daripada Mesir dalam Perang Ain Jalut.

3. Kelahiran semula Khilafah Islam di bawah kuasa Dinasti Othman (Negara Turki
Othmaniyah).

4. Penaklukan Konstantinopal dan peluasan kuasa ke tengah Eropah.

Peringkat ketiga: Kebangkitan kuasa Eropah

1. Eropah mula membentuk kekuatan dan perpaduan di bawah pengaruh bangsa
Frank di Portugal.

2. Pembentukan negara Sepanyol setelah kejatuhan kerajaan Andalus.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
42

3. Penekanan kepada proses pembelajaran, penerokaan ilmu dan penjelajahan
seperti penerokaan Amerika dan laluan Laut Hindi.

4. Kemunculan gerakan reformasi, semangat perkauman dan negara baru yang kuat.

5. Kewujudan perjanjian suci di kalangan negara-negara Eropah yang baru untuk
menghancurkan Empayar Islam.

Peringkat keempat: Serangan baru Eropah terhadap negara-negara Islam

1. Pembentukan beberapa perencanaan untuk menghancurkan negara Islam.

2. Pengagihan warisan orang sakit (kerajaan Othmaniyah) dan menggembar-
gemburkan krisis di Timur.

3. Memencilkan beberapa rantau daripada pengaruh khilafah Islam dan
mencengkam rantau ini di bawah kuasa Eropah.

4. Kekalahan Turki dan sekutu dalam Perang Dunia I (1914-1918).

5. Pengagihan warisan negara Othmaniyah menggunakan nama penjajahan,
penaklukan dan menjaga kepentingan.

6. Kejayaan Eropah dalam pertembungan politik serta kejayaannya menghancurkan
empayar Islam dan menghapuskan kuasa politiknya.

Peringkat kelima: Pembentukan kuasa baru dan kemunculan gerakan
kemerdekaan

1. Kejayaan beberapa buah negara Islam memperolehi semula hak dan
kemerdekaan mereka.

2. Kelahiran semangat nasionalisme sempit di setiap negara dan rantau Islam.

3. Tindakan pendokong kebangkitan ini yang sengaja mengenepikan nilai perpaduan.

Peringkat keenam: Perang dunia II dan perjanjian berat sebelah

1. Tercetusnya Perang Dunia II dan kesannya.

2. Peningkatan budaya tindas-menindas di kalangan Eropah.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
43
3. Kemunculan fahaman baru dan fahaman fasis sebagai tanda pertembungan baru
dan peperangan yang bakal tercetus.

4. Peluang terbuka untuk bangsa Islam bersatu padu dan mengembalikan semula
negara dan kesatuan mereka.

Ini adalah kronologi sejarah yang dikenal pasti oleh Ustaz al-Banna. Ini juga
bermakna kita perlu sambungkan kronologi ini ke peringkat seterusnya untuk kita
memahami sejauhmana perkembangan yang berlaku antara Perang Dunia II sehingga
kini. Namun usaha ini memerlukan suatu kajian khusus. Dalam kesempatan ini saya akan
hanya bentangkan kaedah yang digunakan oleh Ustaz al-Banna.

Fasa V: Pertembungan dan Ancaman kepada Aspek Sosial

Pertembungan dan ancaman ini wujud dalam peringkat sepanjang beberapa
kurun, seperti berikut:

Peringkat pertama: Kelahiran tamadun baru

Bangsa-bangsa Eropah yang berpeluang menjalinkan hubungan dengan Islam dan
bangsa Islam; di Timur melalui peperangan salib dan di Barat melalui pergaulan
dengan Arab Andalus, bukan sahaja berjaya memperolehi semangat yang tinggi
atau kesatuan politik malah lebih daripada itu. Mereka juga berpeluang
memperolehi kesedaran fikiran dan mental yang tinggi, di samping berpeluang
memperolehi ilmu yang luas.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Fenomena utama peringkat ini telah digariskan oleh Ustaz al-Banna iaitu:

1. Kemunculan pembaharuan di sudut budaya dan ilmu yang menyeluruh di Eropah.

2. Wujud pertembungan sengit antara gerakan pembaharuan ini dengan pihak
gereja yang berakhir dengan kemenangan golongan pembaharuan.

3. Muncul revolusi industri sebagai kesan langsung pembaharuan ilmu moden.

4. Perluasan pengaruh Eropah di kebanyakan negara dan rantau di dunia.

5. Muncul budaya dan tamadun Eropah yang berteraskan teori memisahkan agama
daripada negara, mahkamah dan sekolah.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
44
6. Dominasi teori kebendaan hingga menjadi kayu ukur dalam semua perkara.
Demikian juga tersebarnya fahaman baru seperti fahaman menolak kewujudan
tuhan, hidup bebas, individualistik dan amalan riba.

Peringkat kedua: Serangan terhadap negara Islam dan penyebaran faham
kebendaan

Eropah giat berusaha mengembangkan arus materialisme ini bersama budaya
dan kuman perosaknya ke seluruh negara Islam yang berada dalam genggaman
mereka dan setiap bumi Islam yang jatuh ke dalam kuasa mereka. Dalam masa
yang sama mereka berusaha memastikan segala elemen kuasa seperti ilmu
pengetahuan, kepakaran dan sistem yang baik disekat daripada umat Islam.
Mereka merencana segala serangan sosial ini dengan amat bijak menggunakan
segala kelicikan politik dan kuasa ketenteraan mereka. Sehingga mereka
berjaya mencapai apa yang mereka inginkan.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Fenomena utama peringkat ini telah digariskan oleh Ustaz al-Banna iaitu:

1. Menguasai golongan pemerintah dengan memberi mereka hutang dan berurus
niaga bersama mereka.

2. Mendapatkan hak campurtangan ekonomi. Melambakkan ekonomi negara Islam
dengan modal, bank dan syarikat mereka. Mentadbir urusan ekonomi menurut
kehendak mereka.

3. Mengubah dasar pemerintahan, pengadilan dan pembelajaran. Menentukan corak
pentadbiran dan perundangan.

4. Merangsang wanita, arak, pentas, tempat tarian, hiburan, sastera dan budaya
yang tidak senonoh.

5. Menghalalkan beberapa jenayah dan mewujudkan budaya hidup berfoya-foya.

6. Mewujudkan sekolah, institusi pengajian Barat di negara Islam bertujuan
menimbulkan salah faham dan menyemai budaya Barat.

7. Mendidik umat Islam supaya menghina agama dan negara mereka sendiri
sebaliknya memuja segala produk Barat.

8. Kajian dilakukan secara berterusan untuk melengkapkan proses serangan
pemikiran dan sosial yang terancang.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
45

Peringkat ketiga: Usaha memperdaya sarjana Islam

Namun demikian arus ini begitu cepat tersebar hingga akhirnya berjaya
mempengaruhi semua lapisan masyarakat dan budaya, Musuh-musuh Islam telah
Berjaya memperdaya para cendikiawan Islam serta mengaburi pandangan umat
Islam yang lain. Mereka menggambarkan seolah-olah Islam hanyalah
membabitkan beberapa amalan akidah, ibadat dan akhlak. Selain itu Islam
digambarkan hanya merupakan beberapa upacara, amalan karut dan penampilan
yang kosong. Muslihat mereka ini dibantu oleh kejahilan umat Islam yang tidak
memahami agama mereka yang sebenar. Fenomena ini menyebabkan sebahagian
besar umat Islam merasa selesa dan setuju dengan gambaran seperti ini.
Seterusnya apabila masa berlalu, agak sukar untuk kita menerangkan kepada
mereka bahawa Islam adalah suatu sistem sosial yang lengkap mencakupi
seluruh aspek hidup manusia.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Gambarajah di bawah menjelaskan rancangan serangan tersebut:
























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
46

Strategi Perang
Penjajahan
Kuasa
Ketenteraan
Kepintaran
Politik
Kepincangan
Akhlak
Pendidikan
Barat
Korupsi
Politik
Penguasaan
Ekonomi
Tatasusila Sekolah Polisi Hutang
Kesenian Penghantar-
an Pelajar
Sistem Baru Hak
Campurta-
ngan
Teater Universiti Dasar
Perundang-
an
Monopoli
Tarian Kurikulum Perlembaga
-an Dan
Akta
Manipulasi
Krisis
Krisis
Ekonomi
Krisis Politik
(Penguasaan
Dan
Eksploitasi)
Krisis Identiti,
Minda Dan
Teladan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
47
Fasa VI: Kejayaan Agenda Barat dan Penguasaan Terhadap Tamadun Islam

Dengan ini, kita terpaksa akui bahawa tamadun Barat yang bertunjangkan
fahaman materialisme telah berjaya menguasai pertembungan sosial ini
menentang tamadun Islam yang bertunjangkan fahaman yang menggabungkan
antara roh dan jasad. Mereka telah berjaya di bumi Islam sendiri. Mereka
berjaya dalam pertembungan di lapangan yang sebenar iaitu jiwa, rohani, akidah
dan akal manusia. Mereka juga telah berjaya di lapangan politik dan
ketenteraan. Semua ini tidak menghairankan kerana hidup ini sebenarnya satu;
sesuatu kekuatan tetap berperanan sebagai suatu kekuatan dalam semua aspek
hidup, dan suatu kelemahan tetap berperanan sebagai suatu kelemahan dalam
semua aspek hidup.


,l. `! !l _, , _!l

dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa
kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia Ali
Imran: 140

Walaubagaimanapun dasar dan ajaran Islam masih tetap kukuh sebagaimana
asalnya, masih segar dan bernyawa, masih mampu menarik perhatian melalui
kehebatan dan keindahannya. Islam tetap segar kerana Islam adalah agama yang
benar. Malah hayat insan tidak akan sempurna tanpa Islam. Juga adalah kerana
Islam adalah ciptaan Allah dan dijaga oleh-Nya.

!| _> !l %! !| l L>' _

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya. Al-Hijr: 9

! < | .` l `>l

Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya,
sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). At-Taubah: 32

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Atas dasar ini, Ustaz al-Banna tegaskan bahawa dalam fasa ini tamadun Barat
telah berjaya menguasai jiwa umat Islam setelah menguasai sudut politik dan
ketenteraan. Namun dalam masa yang sama beliau tegaskan bahawa Islam mempunyai
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
48
kekuatan dari segi prinsip dan ajarannya yang mampu membekalkan kehidupan yang
lengkap dan mulia kepada seluruh manusia.

Fasa VII: Fasa Kesedaran dan Kebangkitan Islam serta Lahirnya Seruan untuk
Bangkit dan Menyelamat

Sepertimana ancaman politik mampu membangkitkan sentiment perkauman,
ancaman sosial juga telah menghidupkan semula gagasan Islam. Hasilnya,
pelbagai suara bangkit menuntut supaya umat Islam kembali kepada Islam;
Kembali kepada memahami dan melaksanakan hukum serta sistem Islam. Sudah
pasti tidak lama lagi akan tiba masanya tamadun materialisme ini jatuh
tersembam di atas batu jemala pendokong dan penganutnya. Ketika itu mereka
merasa betapa hati dan rohani mereka begitu dahaga. Namun di sana hanya ada
satu sumber sahaja yang mampu memberikan santapan dan rawatan umtuk
mereka iaitu Kitab Allah:

!! '_!l >.!> Ls _ , "!: !l .l - _,ll
., < ..-, ,l, `>l , > ! `->

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah
semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi
kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang
lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala
benda dan perkara yang tidak kekal). Yunus: 57-58

Wahai Ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. Allah
mahu supaya sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini.
Allah melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimah-Nya, mendokong syariat-
Nya dan menegakkan semula negara-Nya.

.l < _ . | < 1l s

dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya
(agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Al-Hajj: 40

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
49

Di sini Ustaz al-Banna tegaskan betapa perlunya umat Islam kembali berpegang
kepada kebenaran dan mencari cahaya baru. Kembali prihatin dengan Islam yang agung
dan kitab Allah yang suci.

Walaupun kronologi sejarah ini dinyatakan oleh Ustaz al-Banna dengan ringkas
namun jika dikaji secara serius ia telah menggariskan beberapa noktah penting yang
boleh diperolehi hasil kajian secara mendalam dalam aspek ini, seperti:

1. Identiti dan suri teladan.

2. Dasar pengislahan masyarakat menurut perspektif Islam.

3. Gambaran ringkas tentang bentuk negara Islam pertama dalam sejarah.

4. Faktor kelemahan umat Islam dan kaedah mengatasinya.

5. Kajian strategi perjalanan sejarah sepanjang kurun ke-12 hingga ke-15.

6. Kajian yang sama di Eropah serta kajian terhadap faktor kebangkitan dan
kekuatan.

7. Kajian terhadap zaman kebangkitan di Eropah secara analitikal.

8. Kajian strategi terhadap gerakan kemerdekaan.

9. Kajian terhadap asas teori Barat dan pergaruhnya kepada sistem politik moden.

10. Kajian terhadap kaedah penjajahan dan pelaksanaan masakini.

Tanpa kajian yang serius terhadap kronologi yang kompleks ini serta dilakukan
oleh mereka yang memiliki pengetahuan ilmu syarak dan perkembangan semasa,
disertakan pula dengan kepekaan ilmu dan tindakan, ditambah dengan keupayaan
merumuskan isi-isi penting selain kemahiran mengarang, bagi saya tanpa semua
kemahiran ini ia pasti menjadikan ilmu yang kita perlukan untuk mendokong
kebangkitan ini akan hanya berhadapan dengan masalah antara teori dan praktikal.
Akhirnya semua teori ini tidak akan dapat digunakan untuk mengatasi segala
permasalahan semasa.





PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
50
Bahagian II
KAJIAN SEJARAH KEBANGKITAN SESEBUAH BANGSA


Kajian Ustaz al-Banna turut merangkumi seluruh pengalaman yang dilalui oleh
sebuah kebangkitan. Ini kerana beliau meyakini sepenuhnya bahawa mana-mana
gerakan yang nekad untuk membawa perubahan dan mendokong kebangkitan semula
perlu melakukan kajian secara mendalam terhadap sejarah bangsa-bangsa sebelumnya.
Oleh itu menurut beliau:

Jika anda ingat kembali sejarah puak-puak Islam dan zaman sebelum dan
semasa pembentukan negara Abbasiah di timur kemudian kebangkitan negara-
negara baru di Eropah seperti Perancis, Itali, Rusia dan Turki sama ada pada
zaman awal iaitu zaman penyatuan dan pembentukan kerajaan atau pada zaman
ini iaitu zaman pembentukan prinsip dan ideologi, anda akan lihat semua
perubahan ini mengikut suatu pendekatan atau manhaj yang tersusun yang akan
membawa hasil yang dicitakan oleh sesebuah bangsa.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Sila perhatikan betul-betul ungkapan beliau:

Kebangkitan negara-negara baru di Eropah Suatu pendekatan atau manhaj
yang tersusun

Kajian secara mendalam terhadap semua gerakan pembaharuan moden serta
fatwa yang dilalui sehingga ke tahap boleh merumuskan suatu teori tentang sebuah
kebangkitan dan gerakan merupakan suatu kajian yang amat penting. Namun persoalan
yang penting di sini ialah sejauhmanakah kajian seperti ini telah dilakukan dan
pengetahuannya telah dimiliki oleh para aktivis yang mendokong agenda kebangkitan
Islam? Sudah pasti tumpuan dalam aspek ini sangat penting dan relevan dengan
masakini dan masa depan agenda ini.











PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
51
Bahagian III
KAJIAN SEJARAH TERHADAP GERAKAN KEBANGKITAN DAN PERUBAHAN


Suatu tindakan yang perlu dilakukan oleh gerakan kebangkitan kini ialah
mengkaji, menganalisa dan mengkritik pengalaman gerakan-gerakan kebangkitan silam
dan masakini. Semua pengalaman ini sudah tentu akan memberikan pengajaran yang
tersendiri. Atas dasar inilah Allah Taala sering mengingatkan di dalam al-Quran
betapa pentingnya budaya merenung dan berfikir tentang nasib bangsa-bangsa silam.
Bagaimana Allah memberikan mereka kemenangan atau kekalahan? Faktor inilah yang
ditekankan oleh Ustaz al-Banna apabila beliau berkata:

Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia
dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah
membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan
membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak
berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa
sangka Semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering
kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan seterusnya dengan kuasa
rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di dunia.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Khilafah al-Rashidah

Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua manusia
menentangnya dan semua penolongnya kebingungan namun masih mampu
mengerah 11 angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para
penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap
pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka
yang enggan membayar zakat.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Kerajaan Abbasiyah

Siapa sangka sekumpuan Bani Ali dan Abbas yang kecil serta berselindung
mampu menumbangkan kerajaan yang begitu kuat dan luas. Sedangkan sepanjang
masa mereka sentiasa terdedah kepada pembunuhan, penindasan, pengusiran
dan ugutan.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
52
Kerajaan Ayubiyah

Siapa sangka Solahuddin al-Ayubi walaupun terpaksa mengharungi tempoh yang
lama namun akhimya berjaya mengusir raja-raja Eropah yang mempunyai
angkatan tentera dan kekuatan yang besar. Malah 25 raja ternama mereka
bergabung menentangnya.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Kerajaan Suudiyah

Itu contoh sejarah silam. Sejarah moden juga memberikan contoh yang amat
menarik. Siapa sangka Raja Abdul Aziz Al-Said yang telah diusir dan hartanya
dirampas mampu mengembalikan semula kuasanya dengan bantuan tidak sampai
30 orang.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Kerajaan Jerman

Siapa sangka seorang agen Jerman, Hitler berjaya memperolehi kuasa dan
mencapai matlamatnya.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Walau betapa penting sekalipun kajian secara mendalam terhadap sejarah ini
namun ia tidak sepatutnya terhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya kajian yang
menyeluruh perlu dilakukan. Atas dasar ini, contoh-contoh sejarah dari dahulu hingga
sekarang merupakan skop kajian yang perlu diletakkan dalam pertimbangan. Tindakan
paling bahaya yang boleh nnenyempitkan fikiran kita ialah menghadkan kajian sejarah
hanya pada sejarah umat Islam dengan membelakangkan pengajaran daripada
pengalaman manusia seluruhnya.











PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
53
Fasal 3
KAJIAN REALITI SEMASA


Bahagian I: Analisa Deskriptif

Bahagian II: Analisa Statistik




































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
54
Mukadimah
KEPERLUAN KAJIAN REALITI SEMASA


Mereka yang mahu mengetengahkan isu masyarakat dan bangsa, serta cuba
membina sebuah masyarakat yang mendokong nilai-nilai keadilan, kesaksamaan,
persaudaraan manusia yang sejati, sesiapa sahaja yang mahu memainkan peranan
sedemikian perlu mengkaji realiti dan persekitaran tempatan, rantau dan
antarabangsa. Kajian ini perlu dilakukan secara mendalam bagi mengenal pasti apa jua
bentuk kekuatan dan kelemahan yang ada. Selain itu ia perlu bagi mengenal pasti
sejauhmana ancaman dan cabaran yang dihadapi dari dalam dan luar. Segala peluang
yang mendatang perlu sentiasa dikenal pasti. Segala faktor kejayaan dan kegagalan
perlu dikenal pasti. Secara ringkasnya, boleh dikatakan mereka perlu memahami
sepenuhnya persekitaran mereka. Inilah yang saya sebutkan sebagai fiqhul waqie atau
ilmu memahami persekitaran. Perlu ditegaskan di sini bahawa para aktivis gerakan yang
memperjuangkan kebangkitan semula perlu memahami dengan jelas hakikat ini. Perkara
ini perlu diterapkan ke dalam program pentarbiyahan dan strategi masa depan mereka.
Ini dapat dilakukan melalui program-program yang tersusun dan bersepadu dengan
berpandukan analisa dan kajian ilmiah..

Topik ini akan dibincangkan menurut perspektif berikut:

1. Analisa deskriptif

2. Analisa statistik


















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
55
Bahagian I
ANALISA DESKRIPTIF


Isu Penting yang Bakal Dihadapi Arus Kebangkitan

Ustaz al-Banna secara terperinci telah menggariskan krisis umat Islam.
Menurut beliau:

Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini
wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut hayat mereka.

i. Dalam sudut politik, bangsa ini telah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang
sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan
berpecah.

ii. Dalam sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat asing
menguasai sumber kekayaan mereka.

iii. Dalam sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak
tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik
dalam diri masyarakat mereka.

iv. Dalam sudut sosial pula, wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak
serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi
daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular
dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan
mencemar kesucian hidup mereka.

v. Begitu juga dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu
menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu
mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-
undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang sudah digubal
oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik jiwa
manusia.

vi. Begitu juga wujud kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan
hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan
masa depan daripada menerima bimbingan yang betul.

vii. Dalam sudut kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas,
pengecut, rendah diri, bacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang
menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
56
tanpa mampu memberikan sebarang pengorbanan. Akhirnya bangsa ini terpinggir
daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan
berhibur.

Apakah yang boleh diharapkan daripada sebuah bangsa yang memilih segala
faktor kelemahan ini malah mereka berada di tahap maksimum:

1. Dijajah dan berpuak.

2. Mengamalkan riba dan dikuasai syarikat asing.

3. Anti agama.

4. Berfoya-foya.

5. Kepincangan sistem pendidikan.

6. Kepincangan perundangan.

7. Tidak bersemangat, tamak, bacul dan pengecut.

8. Kagum dengan musuh sendiri hingga bersedia mengikut apa sahaja yang
dilakukan oleh musuh.

Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup untuk membunuh sebuah
bangsa. Apatah lagi jika semua penyakit ini ada pada mereka. Jika tidak kerana
kekebalan, keutuhan dan kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Timur yang diheret
oleh musuh dan semenjak sekian lama cuba disuntik dengan kuman wabak hingga
kuman-kuman ini membiak, jika tidak kerana kekebalan ini sudah tentu bangsa
ini tidak lagi wujud. Namun Allah dan orang-orang yang beriman tidak akan
merelakannya.

Saudara, ini adalah penyakit ummah yang telah dikenal pasti oleh Ikhwan. Inilah
yang sedang diusahakan oleh mereka iaitu untuk menyembuh dan mengembalikan
semula kesihatan dan semangat mudanya yang telah hilang.

(DAKWAH KITA)

Dengan ini bermakna terdapat di sana:

Isu penjajah.

Isu ekonomi dan monopoli bangsa asing.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
57

Isu masyarakat.

Isu pendidikan.

Isu perundangan.

Isu psikologi.

Semua ini perlu menjadi fokus utama gerakan dakwah masakini yang prihatin
dengan agenda kebangkitan.
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
58
Bahagian II
ANALISA STATISTIK


Ustaz al-Banna turut menggunakan kaedah analisa statistik ataupun apa yang
dinamakan sebagai analisis kuantitatif dalam mengkaji realiti umat Islam sebagai satu
lagi kaedah yang digunakan untuk mengkaji aspek persekitaran. Ini kerana tindakan ini
memberikan kesan yang besar kepada strategi, dasar dan pendirian sebuah gerakan.
Dengan ini, para pendokong arus kebangkitan perlu menerapkan kaedah ini dalam
kaedah pentarbiyahan dan pembelajaran mereka. Mereka perlu mewujudkan pusat-
pusat kajian dan penyelidikan yang boleh membekalkan mereka maklumat supaya
mereka dapat memahami kedudukan mereka. Perkara ini pernah disentuh oleh Ustaz
al-Banna:

Wahai Ikhwan, sedarlah bahawa 60% rakyat Mesir hidup lebih rendah daripada
taraf haiwan. Mereka terpaksa bersusah payah untuk mendapat sesuap nasi.
Mesir juga diancam kebuluran dan berhadapan dengan pelbagai kegawatan
ekonomi yang hanya Allah sahaja tahu kesudahannya. Di Mesir juga terdapat
320 buah syarikat asing yang memonopoli kesemua kemudahan dan kepentingan
awam di seluruh pelusuk Mesir. Aliran urusniaga, industri dan sektor ekonomi
semuanya berada di tangan orang asing yang mengamalkan riba. Hartanah
berpindah dengan begitu pantas daripada rakyat tempatan kepada rakyat asing.
Mesir merupakan negara moden di dunia yang paling teruk dilanda wabak dan
penyakit. Lebih 90% rakyat Mesir dijangka berhadapan dengan ketidak upayaan
fizikal, kecacatan pancaindera serta pelbagai kecacatan dan penyakit. Mesir
sehingga kini masih dibelenggu kejahilan apabila tidak sampai 1/5 (satu per lima)
sahaja yang mendapat pendidikan. Dengan jumlah itu hanya seratus ribu orang
sahaja yang mendapat pendidikan melebihi tahap sekolah rendah. Kejadian
jenayah bertambah berlipat ganda.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Saudara, di sini ada beberapa statistik yang menunjukkan ancaman sosial yang
amat hebat yang sedang kita hadapi. Jika tidak kerana rahmat Allah sudah
tentu kesannya terlalu berat untuk kita terima.

Petani

Buruh

Syarikat monopoli

Klinik kerajaan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
59

Buta huruf

Jenayah
1


Saudara sekalian, inilah yang dinyatakan oleh statistic. Apa yang ditunjukkan ini
hanya sedikit daripada segala gejala buruk yang melanda Mesir. Apakah punca
semua fenomena ini? Siapakah yang bertanggungjawab? Bagaimana kita boleh
selesaikan semua masalah ini? Apakah cara penyelesaiaannya?

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Dengan statistik yang ada ini kita mampu membuat perbandingan yang sesuai
dengan program ke arah kebangkitan. Ini juga bermakna kita perlu kumpulkan semua
statistik yang dapat memberikan kita maklumat tentang taraf hidup masyarakat Islam
hari ini. Dengan itu kita dapat membuat penilaian, rumusan dan analisa. Dengan
maklumat ini juga kita dapat gariskan kaedah yang praktikal untuk mengatasi segala
isu kemiskinan dan kemelaratan. Kitajuga dapat gariskan langkah yang sesuai untuk
membangunkan sebuah agenda ke arah kebangkitan semula ini serta program
pembangunan yang berkesinambungan.




















1
Dalam risalah ucapan dasar muktamar keenam tahun 1941, Imam Hasan al-Banna mengemukakan statistik yang jelas
tidak dipertikaikan lagi. Sememangnya apa yang berlaku pada hari inl jauh lebih buruk daripada apa yang dinyatakan
oleh statistik tersebut.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
60
Fasal 4
KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT SEMULA


Bahagian I: Keupayaan untuk Bangkit Semula

Bahagian II: Tanda-tanda Kebangkitan




































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
61
Mukadimah
BERSEDIA UNTUK BANGKIT


Setelah melakukan kajian sejarah dan realiti semasa secara mendalam dan
terperinci serta mengenal pasti penyakit yang wujud, tindakan seterusnya ialah
bekerja untuk menghadapi realiti ini. Usaha perlu dilakukan untuk menyelamatkan
ummah yang dilanda krisis ini serta mengenal pasti penawar yang mujarab. Faktor
inilah yang menyebabkan Ustaz al-Banna berkeyakinan bahawa perlu wujud persediaan
untuk membawa ummah kembali bangkit semula. Dengarlah apa yang beliau katakan:

Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dengan semua situasi ini. Ia
meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yang sedang diancam
bahaya.

Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah
bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah
bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini,
bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau
bergantung hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu
rnempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.
Pertembungan yang hebat antara hak dan batil, antara yang berguna dan yang
tidak, antara pemilik dan perampas, antara orang yang mengikut arus dan yang
menongkah arus, antara orang yang ikhlas dan orang yang khianat. Bangsa ini
perlu mernahami bahawa jihad bererti bersusah payah, dan bersusah bererti
berpenat lelah. Jihad bererti berakhir masa untuk berehat kecuali setelah
selesai perjuangan ini. Pada pagi esoknya barulah mereka boleh bergembira.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Kenyataan yang berlaku dalam dunia Islam telahpun diterangkan melalui isu-isu
serta statistik yang disebutkan sebelum ini. Namun terdapat beberapa perkara
penting yang akan dibincangkan secara ringkas di sini:

1. Keupayaan untuk bangkit semula.

2. Tanda-tanda kebangkitan.






PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
62
Bahagian I
KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT SEMULA


Dengan penuh rasa yakin dan bangga sebagai seorang Muslim dan mukmin, Ustaz
al-Banna menyentuh perkara ini:

Peranan kita ialah memimpin dan membimbing dunia serta manusia agar
semuanya tunduk di bawah sistem dan ajaran Islam yang menjadi satu-satunya
jalan yang boleh membawa manusia ke arah kebahagiaan.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Beliau sekali lagi menegaskan hakikat ini apabila berkata:

Dunia ketika ini sedang kebingungan dan kehilangan arah. Apa sahaja sistem
yang ada di dunia ini kini telah gagal menyelesaikan masalahnya dan hanya satu
sahaja ubat yang masih ada iaitu Islam. Oleh itu, marilah dengan nama Allah
untuk menyelamatkan dunia ini. Seluruh manusia sedang menanti-nanti orang
yang bakal menyelamatkan mereka. Hanya risalah Islam sahaja sebagai
penyelamat dan kamulah pemegang obornya.

(BUAT PEMUDA)

Ustaz al-Banna menjelaskan bagaimana era peralihan yang berlaku dalam hayat
sebuah bangsa daripada keadaan lemah dan tidak bermaya kepada keadaan kuat dan
mampu bangkit semula. Beliau berkata:

Era terpenting bag:i sesebuah bangsa jika dilihat secara mendalam ialah zaman
peralihannya dari satu zaman ke satu zaman. Ketika inilah segala program diatur
bagi berhadapan dengan era baru. Segala perancangan dan polisi disusun bagi
menjadi landasan kepada pembinaan sebuah bangsa dan akan menjadi pegangan
kepada bangsa itu. Jika semua perancangan, polisi dan program ini tersusun
dengan kemas dan baik, ia adalah petanda hayat bangsa ini akan kekal lama dan
bakal mencapai kegemilangannya. Semua ini juga menjadi petanda pemimpinnya
bakal beroleh kejayaan dan kemenangan. Pemimpin ini akan memperolehi
ganjaran besar, disanjungi selamanya, dikenang dalam sejarah dan dipuji.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Akhirnya Ustaz al-Banna menekankan keupayaan ummah untuk bangkit dan
menjelaskan jalan yang betul ke arah kebangkitan ini. Beliau berkata:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
63
Saya mengajak bangsa saya supaya mereka membuat pilihan. Ataupun dalam
perkataan yang lebih tepat ialah supaya mereka menunaikan ikrar mereka
dengan Allah dan dengan diri mereka sendiri. Mereka perlu melentur seluruh
sudut kehidupan masyarakat menurut landasan Islam yang suci. Dengan ini,
masyarakat akan terselamat daripada sebarang kekacauan, ketidak stabilan dan
perpecahan yang kini wujud dalam setiap aspek. Keadaan ini menghalang kita
untuk terus mara. Keadaan ini menghalang kita untuk memahami jalan
penyelesaian sebenar yang dapat menyelesaikan segala krisis yang melanda kita
di dalam dan di luar. Di sini saya tegaskan bahawa tiada jalan lain yang dapat
menyelamatkan kita melainkan kita perlu melalui jalan ini dengan penuh yakin.
Kita perlu lakukan apa sahaja yang kita mampu. Kita perlu lakukan dengan tekun
dan pantas.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAM)





























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
64
Bahagian II
TANDA-TANDA KEBANGKITAN


Ustaz al-Banna pernah mengemukakan empat petanda kebangkitan sebuah
bangsa iaitu:

Tanda Pertama: Aspek Sosial

Tanda kebangkitan ini telah diungkapkan oleh Ustaz al-Banna:

Para pakar sosiologi berkata, kenyataan hari ini adalah impian semalam dan
impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Teori ini disokong oleh realiti dan
dikuatkan oleh bukti. Adalah ia menjadi asas kepada kemajuan manusia dan
proses menuju kesejahteraan. Siapa sangka terdapat ahli sains yang telah
menemui hasil ciptaannya beberapa tahun sebelum ia benar-benar dicipta. Malah
pakar sains sendiri menolaknya pada peringkat awal sehinggalah ia dibuktikan
oleh realiti dan disokong oleh bukti. Terdapat banyak contoh yang berlaku
namun perkara ini sudahpun jelas dan nyata, tidak perlu saya bincangkan secara
lebih mendalam.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Tanda Kedua: Aspek Sejarah

Aspek ini disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia
dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah
membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan
membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak
berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa
sangka Semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering
kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan. Seterusnya dengan
kuasa rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di
dunia. Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua
manusia menentangnya dan semua penolongnya kebingungan masih mampu
mengerah 11 angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para
penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap
pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka
yang enggan membayar zakat. Siapa sangka Solahuddin al-Ayubi walaupun
terpaksa mengharungi tempoh yang lama namun akhirnya berjaya mengusir raja-
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
65
raja Eropah yang mempunyai angkatan tentera dan kekuatan yang besar. Malah
25 raja ternama mereka bergabung menentangnya.

Itu contoh sejarah silam. Sejarah moden juga memberikan contoh yang amat
menarik. Siapa sangka Raja Abdul Aziz Al-Saud yang telah diusir dan hartanya
dirampas mampu mengembalikan semula kuasanya dengan bantuan tidak sampai
30 orang. Malah kemudiannya menjadi harapan dunia Islam untuk mengembalikan
keagungan dunia Islam. Siapa sangka seorang agen Jerman, Hitler berjaya
memperolehi kuasa dan mencapai matlamatnya.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Semua ini boleh dibandingkan dengan kebangkitan Jepun, China, India dan
semua bentuk kebangkitan moden yang menjadi bukti kepada suatu kenyataan yang
mudah ini.

Tanda Ketiga: Aspek Rasional

Tanda ini diutarakan oleh Ustaz al-Banna dengan jelas:

Selain perspektif tadi, wujud perspektif daripada sudut yang lain tetapi turut
membawa hasil yang sama dan memberikan dorongan yang kuat kepada hati
supaya bersemangat untuk bekerja.

Pertama: Walaupun jalan ini jauh namun tiada di sana jalan lain untuk membina
suatu kebangkitan sebenar. Sejarah dan pengalaman membuktikan perspektif ini
betul.

Kedua: Pendokong perlu berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka
terlebih dahulu, diikuti keinginan memperolehi ganjaran akhirat dan ketiga
barulah untuk memperolehi hasilnya di dunia. Dengan beramal, sudah cukup
untuk melaksanakan kewajipannya dan tidak syak lagi akan memperolehi
ganjaran Allah, dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Seterusnya soal keuntungan dunia terserah kepada Allah untuk
menganugerahkannya. Adakalanya tanpa disangka-sangka usaha yang
diusahakannya memberikan hasil yang jauh lebih diberkati sedangkan jika dia
tidak berusaha dia terpaksa menanggung dosa kecuaiannya. Malah dia kehilangan
ganjaran jihad dan sudah tentu tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Jadi
siapakah yang lebih beruntung? Al-Quran al-Karim dengan jelas menyentuh
perkara ini dalam ayat:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
66
l L-. ! < >l` ',-` !,s : l! - || `>, `l-l 1.
!l . ! ` ., !> _%! . _s .l !> _%! lL _,-, __,
!, l 1.

Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau
mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang
memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari
bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa. Maka ketika
mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada
mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat
itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat
berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). Al-Araf: 164-165

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Tanda Keempat: Aspek Agama

Segala nas, janji dan jaminan al-Quran memadamkan segala keraguan terhadap
keupayaan untuk bangkit semula. Ustaz al-Banna telah mengemukakan banyak contoh.
Di sini saya akan kemukakan sebahagian contoh ini yang diungkapkan melalui kisah Nabi
Musa a.s.. Paparan yang dilakukan oleh Ustaz al-Banna ketika mengemukakan kisah al-
Quran ini menampakkan kebolehan beliau mengetengahkan hakikat ini dengan begitu
mudah. Beliau menyentuh tentang fasa-fasa pertembungan:

1. Fasa lemah dan dipandang rendah:

Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa
dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui
batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di
antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup
anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang
membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan
kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka
pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang
mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi
mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu Al-Qasas: 3-6

2. Fasa penonjolan pemimpin yang berwibawa:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
67
Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya:
sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu
membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami. Firaun menjawab: Bukankah kami
telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru
lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari
umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang
telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak
mengenang budi? Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian
sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku
melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian
Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama, dan menjadikan daku
seorang Rasul-Nya. Ash-Shuara: 16-21

3. Fasa pertembungan:

Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai
Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya melahukan kerosakan di bumi
(Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun
menjawab: Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-
anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka.
(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata hepada kaumnya:
Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini
kepunyaan Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa yang dikehendahi-Nya dari
hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa. Al-A'raf: 127-128

4. Fasa menampilkan keyakinan dan cabaran:

Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana
sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam hehidupan dunia ini
sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya
diampunkan-Nya kesalahan-hesalahan hami, dan dosa-dosa sihir yang engkau
paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal
balasan pahala-Nya. Taha: 72-73

5. Fasa mengecap kemenangan dan kejayaan:

Setelah kita melihat semua fasa di atas sudah tentu kita akan dapat lihat
hasilnya di fasa kelima. Apakah kesudahannya? Kemenangan, kejayaan, kemenangan
mula dikecapi oleh yang lemah, impian mula tercapai dan suara kebenaran mula
berkumandang di ufuk langit:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
68
Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamathan kamu dari musuh kamu.
Taha: 80

Atas dasar ini:

Tanda-tanda sosial, sejarah, rasional dan agama menyokong keupayaan manusia
untuk bangkit semula.

Persoalan yang timbul selepas ini ialah sekiranya kebangkitan ini boleh dilakukan,
apakah hukum atau dasar yang merealisasikan kebangkitan ini? Inilah persoalan yang
akan dibincangkan selepas ini.
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
69
Fasal 5
PENGALAMAN SEJARAH


Bahagian I: Teori Kebangkitan

Bahagian II: Kaedah Berinteraksi dengan Teori Ini




































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
70
Bahagian I
TEORI KEBANGKITAN


Pelbagai tanda dan bukti berdasarkan aspek sosiologi, sejarah yang sentiasa
berulang, aspek rasional dan nas al-Quran telah membuktikan bahawa kebangkitan
semula boleh dilakukan. Di sini kita perlu ketengahkan apakah hukum yang menentukan
proses kebangkitan ini.

Setelah menyelami gagasan Ustaz al-Banna ini, jelas bahawa beliau yang telah
mengkaji secara mendalam perjalanan sejarah, memahami sepenuhnya perkembangan
semasa dan memiliki wawasan masa depan, di tambah pula dengan pengetahuan beliau
yang tinggi dalam ilmu syarak dan kemanusiaan, semua pengetahuan ini membolehkan
beliau menggariskan beberapa hukum alam serta ilmu sejarah dan sosiologi yang
berfungsi mengikut hukum Allah. Berdasarkan penelitian saya kepada pemikiran beliau,
saya dapati di sana wujud beberapa hukum alam yang tidak boleh diabaikan sama sekali
dalam usaha kita untuk bangkit semula bersama ummah ini. Hukum-hukum tersebut
adalah seperti berikut:

1. Gagasan yang satu.

2. Teori kuasa pendorong.

3. Teori perubahan dalaman.

4. Teori titik permulaan.

5. Teori kejayaan minda.

6. Teori penjanaan rijal (mereka yang bercirikan kelelakian).

7. Teori tuntutan kebangkitan.

8. Teori ukuran kerja dakwah.

9. Teori pertembungan manusia.

10. Teori menanti dan merebut peluang.

11. Teori pertukaran tamadun.

12. Teori tujuh tunjang kebangkitan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
71
Kita akan bincangkan kesemua teori ini secara mendalam berdasarkan pemikiran
Ustaz al-Banna.

1. Gagasan yang Satu (berpusat)

Ustaz al-Banna menyebut:

Ikhwan al-Muslimin meyakini ketika Alah Taala menurunkan al-Quran dan
memerintahkan hamba-Nya mengikut jejak Muhammad s.a.w:, ketika Allah redha
Islam sebagai agama, Allah telah gariskan segala asas yang perlu untuk
kehidupan, kebangkitan dan kesejahteraan sesebuah bangsa. Ini bertepatan
dengan firman Allah:

_%! `-,. l _,l _ %! > !,.> s 1.l >
``! `-l!, 8. _s l > `l ,Ll `> `l . ,l _. s
.| l. _.l l `l.

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi,
yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan
Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang
baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan
ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada
mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-
beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka Al-Araf: 157

(HALATUJU DAKWAH KITA)

2. Teori Kuasa Pendorong (tenaga dalaman)

Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz al-Banna:

Pada kebiasaannya manusia akan melihat hanya kepada penampilan kerja dan
gaya sesuatu aliran. Mereka biasanya mengabaikan aspek dorongan psikologi dan
rohani yang sebenarnya menjadi sumber dan penjana aliran tersebut. Kedua-dua
aspek inilah sebenarnya yang menentukan pertumbuhan dan kejayaan aliran
tersebut. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Hanya mereka yang
tidak mengkaji dan mengenali selok-belok aliran-aliran ini akan menafikannya.
Sebenarnya di sebalik segala penampilan semua aliran ini ada roh yang menjana
dan ada kekuatan dalaman yang menggerakkan dan menguasainya. Mustahil suatu
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
72
bangsa akan bangkit jika mereka tidak memiliki kesedaran ini dalam jiwa, roh
dan sentimen mereka.

| < ,-` ! 1, _.> ,-` ! .!,

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri Ar-Rad: 11

Jadi di sini dapat saya katakan: Perkara pertama yang perlu kita tumpu dalam
dakwah kita, perkara paling utama yang perlu kita berikan perhatian sepanjang
pertumbuhan, penonjolan dan perkembangannya ialah kesedaran rohani yang
spontan. Kesedaran rohani pertama yang kita inginkan ialah hati yang hidup,
kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar. Tumpuan kita dalam
membicarakan tentang sudut praktikal dalam melakukan perubahan dengan
dakwah kita ini tidak setinggi tumpuan kita dalam menerapkan fikrah ini ke
dalam jiwa manusia.

Kita mahukan jiwa yang hidup, kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang
menyala. Kita mahukan perasaan yang bergejolak membara. Kita mahukan roh
yang bercita-cita tinggi. Kita mahukan jiwa yang dapat membayangkan betapa
tingginya impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya.
Memang benar matlamat dan impian ini perlu dijelaskan. Segala perasaan dan
sentimen ini perlu dikawal. Perlu adanya tumpuan supaya akidah ini tidak lagi
dipertikaikan dan tidak lagi diragui. Tanpa kejelasan dan tumpuan ini
kebangkitan ini ibarat obor yang tidak bernyala di tengah kegelapan malam. Ia
tidak dapat menyuluh dan tidak dapat memberikan kehangatan. Apakah
kemuncak matlamat-matlamat ini?

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Mungkin kita perlu merenung sejenak bersama guru yang pertama, pemimpin
para pendidik dan para rasul yang membawa hidayah iaitu Rasulullah s.a.w. supaya kita
dapat mengutip pedoman daripada Baginda dalam era membawa perubalaan ini. Mudah-
mudahan kita boleh pelajari semula beberapa kaedah dakwah. Nabi s.a.w. telah
menyemai jiwa para sahabatnya dengan tiga nilai penting yang berjaya menonjolkan
mereka. Ketiga-tiga nilai ini ialah:

Pertama: Menyakini kemuliaan risalah yang dibawa

Nabi s.a.w. melimpahkan ke dalam hati mereka bahawa apa yang Baginda bawa
adalah benar dan selainnya adalala salah. Baginda tanamkan bahawa risalah Baginda
adalah risalah terbaik. Pendekatan Baginda adalah pendekatan terbaik. Syariat
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
73
Baginda adalah syariat yang paling lengkap yang mampu membawa kebahagiaan kepada
seluruh manusia. Baginda bacakan pula kepada mereka ayat al-Quran yang
memperkuatkan lagi hakikat ini dalam jiwa mereka.

,..`! %!!, _- ,l| ,| ls 1. 1.`. | "%! ,l ,1l
l`..

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah
diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang
lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan
kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak
(tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan). Az-Zukhruf: 43-44

. ls < | ls _>l _,,l _

Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas
kebenaran yang jelas nyata. An-Naml: 79

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka
turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Al-Jathiyah: 18

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang
timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka
sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima
keputusan itu dengan sepenuhnya. An-Nisa: 65

Kedua: Perasaan berbangga kerana menganutinya

Nabi s.a.w. melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka di pihak
yang benar dan selagimana mereka adalah pendokong risalah cahaya ini dan yang lain
tenggelam dalam kegelapan, selagimana di hadapan mereka masih ada hidayah langit
untuk memimpin bumi ini, selagi itulah mereka perlu menjadi guru kepada seluruh
manusia dan mendidik orang lain umpama seorang guru mendidik anak muridnya.
Seorang guru akan menyayangi anak muridnya dan akan membimbing, memperbetul dan
memimpin mereka ke arah kebaikan dan jalan yang betul.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
74

Al-Quran turut menyokong nilai ini dan memperjelaskannya lagi. Dengan ini para
sahabat telah menerima wahyu langit daripada nabi mereka.

. ,> >> _!ll '!. `-l!, . _s l `. <!,

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) Ali Imran: 110

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya
kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia
(tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan
menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. Al-Baqarah: 143

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia
tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam
perkara agama. Al-Hajj: 78

Ketiga: Perasaan mengharap bantuan Allah

Nabi melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka mengimani
kebenaran ini dan merasa bangga kerana turut bersamanya, Allah sentiasa bersama
mereka untuk membantu, membimbing, menolong, menyokong dan menghulurkan segala
pertolongan ketika orang lain menjauhkan diri daripada mereka. Allah akan
menyelamatkan mereka di kala mereka amat-amat memerlukan pertolongan. Allah
bersama mereka di mana jua mereka berada. Jika Allah tidak utuskan bantuan tentera
dari bumi nescaya Allah akan turunkan tentera dari langit. Para sahabat sering
membaca nilai-nilai ini dengan jelas dalam Kitab Allah.

| _ < !.` _ '!: _ .!,s ,1-l _,1.ll

Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa. Al-Araf: 128

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
75
1l !,. ,l _ -, %! _ !. !,s >l.l

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami
turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan
diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh. Al-Anbiya: 105

.l < _ . | < 1l s

dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya
(agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Al-Hajj: 40

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap
mengalahkan (golongan yang menentang). Al-Mujadilah: 21

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya,
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Yusuf: 21

(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang
yang beriman. Al-Anfal: 12

Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang
yang beriman. Ar-Rum: 47

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang
tertindas di negeri itu. Al-Qasas: 5

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Penjajaran sistem dalaman dan mewujudkan nilai sensitiviti merupakan suatu
elemen strategi. Kita perlu bertanya bagaimana sejak 10 kurun yang lalu Barat Berjaya
membina sistem ini dalam diri bangsa mereka yang lemah?

Bagaimana bangsa Jepun, Jerman dan India berjaya melakukannya. Bagaimana
sistem dalaman bangsa kita terhakis sedangkan pernah mendahului bangsa-bangsa lain
sehingga pertengahan abad ke-16? Segala persoalan ini penting untuk diketengahkan.
Saya kemukakan persoalan ini untuk difikirkan oleh mereka yang peka dengan proses
kebangkitan ini dan mereka yang terpedaya dengan Barat hari ini.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
76
Walau bagaimanapun saya ulangi semula dan tegaskan sekali lagi bahawa syarat
atau hukum (peraturan) yang terpenting untuk melahirkan sebuah kebangkitan yang
berkekalan sudah tentu bergantung kepada kekuatan pendorong atau sistem dalaman
yang telah digariskan dengan jelas oleh Ustaz al-Banna.

3. Teori Perubahan Dalaman

Sesungguhnya Allah tidah mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (maksud Ar-Rad: 11). Faktor
ini telah dikemukakan oleh Ustaz al-Banna:

Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk alam ini
dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini.

| < ,-` ! 1, _.> ,-` ! .!,

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri Ar-Rad: 11

Undang-undang ini juga telah disentuh oleh Nabi s.a.w. dalam sepotong hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

Hampir-hampir bangsa-bangsa lain mengerumuni kamu sepertimana manusia
mengerumuni makanan mereka. Seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami
sedikit waktu itu? Baginda menjawab: Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu
umpama buih seperti buih banjir. Allah akan mencabut perasaan gerun pihak
musuh terhadap kamu dan Allah akan mencampakkan al-Wahn ke dalam hati
kamu. Bertanya seseorang: Wahai Rasulullah, apakah al-Wahn itu? Baginda
menjawab: Cintakan dunia dan bencikan mati.

Anda dapat saksikan bagaimana Nabi s.a.w. menjelaskan punca kelemahan dan
kehinaan sesebuah bangsa. Ia berlaku apabila jiwa mereka lemah, hati mereka
tidak berdaya, dan sanubari mereka tidak memiliki akhlak mulia dan sifat
kejantanan sebenar. Walaupun jumlah mereka ramai dan kekayaan mereka
melimpah ruah.

Bangsa yang tenggelam dengan kesenangan, leka dengan kemewahan, hanyut
dengan keseronokan benda, asyik dengan kehidupan dunia, lupa untuk
menanggung kesusahan, tidak mahu berdepan dengan masalah dan berjuang demi
kebenaran, katakanlah selamat jalan kepada harga diri dan impian bangsa ini.

(HALATUJU DAKWAH KITA)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
77

Apa yang diperlukan ialah wujudnya perubahan positif dalam sudut pemikiran,
nilai, sistem dan perhubungan dalam jiwa manusia supaya berlaku perubahan di alam
nyata. Inilah kenyataan yang ketiga.

4. Teori Titik Permulaan

Ustaz al-Banna telah menggariskan beberapa keperluan yang perlu dipenuhi bagi
mencapai agenda yang mendokong sebuah kebangkitan. Beliau menyebut:

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan
memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-
kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa
yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu:

i. Kemahuan tinggi yang tidak marnpu digugat oleh kelemahan.

ii. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.

iii. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut.

iv. Memahami prinsip, meyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan,
tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip
lain.

Dengan hanya memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan
memiliki kekuatan rohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan
mampu membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa
yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka
yang telah sekian lama tidak merasainya.

Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini ataupun pemimpin
dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah
bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai
kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan impian mereka. Mereka akan
hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian. Sesungguhnya sangkaan
itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran
(iktiqad). (Maksud Yunus: 36).

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Di sinilah bermulanya titik permulaan yang betul berlandaskan tahap psikologi
yang sebenar. Mana-mana bangsa yang telah kalah dari sudut psikologi, sebenarnya
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
78
telah menempah kehinaan dan hilang harga diri. Usaha kita yang utama mestilah
ditumpukan kepada membangkitkan sudut psikologi dan nilai diri. Mana-mana bangsa
yang yakin dengan diri sendiri dan keupayaan mereka serta mengetahui jalan ke arah
kejayaan sudah tentu kejayaan mereka tidak akan disangkal oleh hukum Allah yang
adil.

5. Teori Kejayaan Minda (pemuda)

Demi mencapai kejayaan, Ustaz al-Banna benar-benar memberikan tumpuannya
kepada tulang belakang yang mampu mendokong kebangkitan ini iaitu para pemuda.
Beliau menekankan empat ciri penting yang wujud dalam diri pemuda dan berpotensi
untuk melahirkan suatu kebangkitan yang ampuh. Beliau menyebut:

Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan
yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang
sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk
merealisasikannya. Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat
dan usaha adalah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan
ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah
keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini
hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa, para pemuda
menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia
kekuatannya yang tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panjinya.

| . ` `,, `

Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan
mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Al-Kahfi: 13

(BUAT PEMUDA)

Atas dasar ini, sebuah bangsa yang mahu bangkit mestilah memberikan tumpuan
mereka ke arah menyemai gagasan untuk bangkit di dalam jiwa para pemuda. Para
pemuda adalah kelompok utama dalam masyarakat yang memiliki kesemua sifat ini.

6. Teori Penjanaan Rijal (mereka yang bercirikan kelelakian)

Bangsa yang sedang berjuang amat memerlukan kepada pembinaan jiwa,
pembentukan akhlak dan penjanaan sifat kelelakian (ketokohan) yang betul dalam diri
anak bangsa. Supaya mereka boleh mengharungi segala halangan dan mengatasi segala
rintangan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
79
Ustaz al-Banna menyebut tentang ukuran sebenar sebuah kebangkitan dan
petunjuk utama bagi menilai kekuatan sesebuah bangsa:

Kelelakian (rijal) adalah rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor
utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya
adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki berkelelakian (rijal) yang berketrampilan
dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi. Kekuatan atau kelemahan
sesebuah bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki
yang memiliki sifat-sifat kelelakian yang sebenar.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ini bermakna persoalan tarbiyah menjadi teras dalam proses kebangkitan ini. Ia
kini bukan sahaja bersifat sampingan malah menjadi penentu kepada kewujudan
masyarakat dan ummah.

7. Teori Tuntutan Kebangkitan

Ustaz al-Banna menyebut:

Jika anda mengkaji sejarah kebangkitan sesebuah bangsa baik di timur
mahupun di barat, pada zaman silam mahupun pada zaman moden, anda pasti
akan dapati setiap mereka yang menjadi pendokong sebuah kebangkitan yang
berjaya pasti mempunyai pendekatan tertentu yang mereka laksanakan dan
matlamat tertentu yang mereka sasarkan. Pendekatan dan matlamat ini disusun
oleh penggerak kebangkitan ini. Mereka berusaha mencapainya selagi mereka
hidup dan selagi mereka boleh bekerja. Apabila usaha mereka terhalang,
ataupun tiba ajal mereka yang telah ditentukan dalam hidup ini, usaha mereka
ini akan disambung pula oleh generasi seterusnya yang akan menyambung agenda
mereka. Generasi baru ini akan bermula di mana generasi awal mereka berhenti.
Mereka tidak menghentikan apa yang telah dicapai. Mereka tidak akan
meruntuhkan apa yang telah dibina. Mereka tidak akan memusnahkan apa yang
telah diasaskan. Mereka memperkukuh bukannya meruntuhkan apa yang telah
dibangunkan. Apa yang mereka lakukan ialah sama ada memperbaiki apa yang
telah dilakukan oleh generasi awal ataupun meneruskan jejak langkah generasi
awal mereka. Dengan ini mereka melangkah setapak lagi dan mereka membawa
bangsa mereka melangkah ke arah matlamat. Mungkin suatu ketika nanti mereka
akan tiba ke destinasi atau mungkin mereka terpaksa berundur atau terpaksa
menyerahkan tugas ini kepada generasi berikutnya pula. Beginilah proses ini
berjalan sehingga apa yang mereka cita dan impikan tercapai. Akhirnya
kebangkitan ini mencapai kejayaan dan perjuangan mereka membuahkan hasil.
Bangsa ini akhirnya berjaya mencapai apa yang mereka sasar dan usahakan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
80
_ - !1. >

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)! Az-Zalzalah: 7

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ini bermakna, tuntutan sebuah kebangkitan ialah:

i. Matlamat yang satu.

ii. Pendekatan yang satu untuk mencapai matlamat yang dirangka.

iii. Penggerak yang berusaha melaksanakan pendekatan tadi.

iv. Penyokong yang bekerja mengikut pendekatan tadi dan meneruskan usaha
pembinaan.

Dari sini, Ustaz al-Banna memberikan tumpuan kepada isu utama yang perlu
difahami dengan betul ketika melangkah melaksanakan agenda kebangkitan ini dan
dihayati sepanjang proses pelaksanaan. Isu tersebut ialah matlamat, pendekatan dan
menggabungkan tenaga para penggerak yang mendokong kebangkitan ini. Seterusnya
proses ini disambung pula oleh generasi seterusnya. Ia adalah proses penerusan dan
bukan bermula pada titik sifar setiap kali berlakunya kebangkitan. Kerana ia hanya
akan membuang tenaga dan potensi serta menambah beban untuk menjayakan agenda
ini.

8. Teori Ukuran Kerja Dakwah

Ustaz al-Banna telah merumuskan suatu teori yang dapat menjadi ukuran dan
petunjuk yang baik sejauhmana hasil usaha dan kerja yang dicurahkan oleh penggerak
arus kebangkitan ini:

Matlamat akhir atau hasil keseluruhan hanya akan dapat dirasai apabila:

i. Penerangan telah cukup meluas (pandangan umum).

ii. Pendokong telah bertambah ramai (rangkaian hubungan).

iii. Pembinaan telah mantap (pembentukan institusi).

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
81

Ini bermakna, arus kebangkitan memerlukan seluruh lapisan ummah untuk turut
serta dalam agenda yang menentukan hidup dan matinya ini. Ia bergantung sepenuhnya
kepada sejauhmana penyebaran dakwah ini, kewujudan rangkaian dan pembinaan
institusi.

9. Teori Pertembungan Manusia

l _ < _!l .-, _-,, _. _, ,l. >. `` !, `` <
,:

dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang
pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat
pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang
(kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut
nama Allah banyak-banyak padanya Al-Hajj: 40

l _ < _!l .-, _-,, ,.l

dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka)
dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah
bumi ini; Al-Baqarah: 251

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan
yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang,
manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di
bumi. Al-Rad: 17

Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Dia
menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyu-Nya dan keputusan-Nya.
AshShura: 24

Bahawa Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia
menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah ia. Al-Anbiya: 18

Ustaz al-Banna menyebut:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
82
Kita ditakdirkan lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai
bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup.
Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.

Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang
sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang bertanggungjawab
memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-
anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan
kita serta menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.

Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dengan semua situasi ini. Ia
meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yang sedang diancam
bahaya.

Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah
bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah
bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini,
bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau
bergantung hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu
mempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.
Pertembungan yang hebat antara hak dan batil, antara yang berguna dan yang
tidak, antara pemilik dan perampas, antara orang yang mengikut arus dan yang
menongkah arus, antara orang yang ikhlas dan orang yang khianat. Bangsa ini
perlu memahami bahawa jihad bererti bersusah payah dan bersusah bererti
berpenat lelah. Jihad bererti berakhirnya masa untuk berehat kecuali setelah
selesai perjuangan ini. Pada pagi esoknya barulah mereka boleh bergembira.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Tiada satupun perubahan atau kebangkitan yang tidak memerlukan sebarang
tindakan atau berhadapan dengan tentangan, pertembungan dan perjuangan serta
jihad. Kenyataan ini telah disokong oleh sejarah silam dan moden. Apabila sesebuah
bangsa mengambil keputusan untuk bangkit, mereka tiada pilihan lain selain
menggabungkan segala kekuatan yang dimiliki untuk menghadapi pertembungan. Inilah
hakikat kedua yang diketengahkan oleh Ustaz al-Banna.

10. Teori Menanti dan Merebut Peluang

Ustaz al-Banna mengungkapkan:

Masa mencipta pelbagai peristiwa penting. Peluang akan tiba untuk melakukan
sesuatu yang besar. Dunia sedang menanti dakwah kamu iaitu dakwah yang
memimpin, membawa kejayaan dan kesejahteraan untuk membebaskan mereka
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
83
daripada segala kepahitan yang mereka alami selama ini. Kini tiba giliran kamu
untuk memimpin bangsa manusia.

Itulah hari-hari yang Kami silih gantikan antara manusia. (Maksud al-Quran).

Kamu mengharapkan Allah dan mereka tidak. (Maksud al-Quran).

Bersedialah dan mulalah beramal hari ini kerana mungkin esok kamu tidak lagi
berupaya.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Inilah teori yang menentukan proses sesebuah kebangkitan menurut pemikiran
Ustaz al-Banna. Dengan bantuan dan petunjuk Allah, ia menggariskan ciri-ciri kejayaan
sesebuah agenda kebangkitan. Seterusnya ia akan membawa kepada pembentukan
sebuah masyarakat membangun yang mengecapi kehidupan yang sejahtera dan mulia.
Sebuah masyarakat yang menikmati kemajuan dan pembangunan yang berpanjangan.

11. Teori Pertukaran Tamadun Menurut Ustaz al-Banna:

Ketahuilah dan kajilah bahawa kekuatan atau kelemahan, tua atau muda, sihat
atau sakit sesebuah bangsa tidak ubah seperti seorang manusia Jalan
penyelesaiannya hanya melalui tiga cara; mengetahui punca penyakit, sabar
menerima rawatan dan wujudnya seorang doktor pakar yang menjalankan
rawatan ini.

(DAKWAH KITA)

Hakikat ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian
berdasarkan) hukum-hukum alam yang ditetapkan oleh Allah; oleh itu
mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat
orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (Al-Quran) ini ialah penerangan
kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang
yang (hendak) bertaqwa. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan
mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita
(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang
tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-
orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud)
mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang
mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama
(dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
84
dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia
antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya),
dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang
mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidah suka kepada orang-orang yang zalim. Dan
juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa
mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Ali Imran: 137-141

Saya tegaskan di sini bahawa hukum pertukaran ini berlaku kepada semua
bangsa. Sesiapa yang ketinggalan tren hari ini perlu bersiap sedia untuk menaiki tren
esok hari kerana ia pasti akan tiba. Semua ini bergantung kepada persediaan dan usaha
manusia, kemudian memanfaatkan segala faktor, seterusnya berserah kepada Allah
Taala.

Al-Quran al-Karim telah mengungkapkan lipatan sejarah ini dengan pedoman
yang penuh bermakna. Perkataan yang digunakan melambangkan pokok persoalan
sebenar seperti sunan (hukum alam yang ditetapkan oleh Allah), penggiliran dan
pembersihan. Ia adalah kaedah asasi dalam membentuk pendirian al-Quran terhadap
sesebuah negara, pengalaman manusia dan peradaban. Sejak mula lagi al-Quran
tegaskan bahawa keadaan ini tidak akan kekal termasuklah kedudukan Islam dan umat
Islam. Dalam ayat di atas Allah menyebut, antara sesama manusia yang bermaksud
hukum dan sunnah ini merangkumi semua bangsa manusia tanpa ada yang terkecuali.
Semuanya berjalan mengikut sebab dan faktor yang berkaitan dengan usaha dan
tindak tanduk manusia sendiri. Penggiliran ini menggambarkan wujudnya gerakan yang
berterusan, arus pembaharuan dan impian manusia yang tidak kenal jemu. Ia sentiasa
ingin ke hadapan melakukan tindakan yang positif ke arah mengembalikan tamadunnya.

Islam mengakui wujud fenomena kejatuhan sesebuah negara atau peradaban
apabila terlalu banyak penyakit yang disebabkan oleh kemajuan. Perkara ini diungkap
oleh al-Quran sebagai, penggantian atau perlantikan. Kenyataan ini bertepatan dengan
firman Allah Taala:

| l.. ,.`. ! ,s . > />l:

dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan
menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu. Muhammad: 38

. >l-> l> _ _ -, Ll l-.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
85
Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi
menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula
corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. Yunus: 14

Ummah ini sedang berada di persimpangan, sekiranya mereka peka dengan
hukum ini, apa yang perlu dilakukan hanyalah membuat persiapan dan menyusun segala
dokumen untuk mereka menerima giliran mereka.

12. Teori Tujuh Tunjang Kebangkitan

Ustaz al-Banna menyebut:

Tiada satu sistem pun di dunia ini yang mampu membekalkan segala sistem,
dasar, emosi dan sentimen seperti yang mampu dilakukan oleh Islam. Al-Quran
al-Karim sarat dengan ayat yang khusus menggambarkan aspek ini. Al-Quran
juga memaparkan beberapa contoh yang adakalanya secara ringkas dan
adakalanya secara terperinci. Islam menyelesaikan semua aspek hingga ke akar
umbi dan memimpin sesebuah bangsa hingga mereka mencapai apa yang mereka
ingini.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Islam sudah cukup untuk menjadi bekalan buat sebuah bangsa yang ingin
membangun, inilah yang dirumuskan oleh Ustaz al-Banna tetapi mestilah dicapai dengan
elemen kekuatan seperti berikut:

i. Cita-cita yang tinggi.

ii. Bangga dengan keagungan bangsa dan sejarah sendiri.

iii. Kekuatan, persediaan dan kesatriaan.

iv. Ilmu yang tinggi (ilmu dunia dan agama).

v. Akhlak mulia yang mantap dan sebati serta jiwa yang bersemangat waja.

vi. Harta dan ekonomi.

vii. Memiliki sistem yang mengatur individu, keluarga, masyarakat, bangsa, kerajaan
dan antarabangsa.

Ustaz al-Banna telah menghuraikan kesemua elemen ini secara mendalam dalam
risalah, Menuju Sinar Cahaya. Saya kemukakan di sini secara ringkas:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
86

i. Cita-cita yang tinggi (cita-cita).

Menurut Ustaz al-Banna, sebuah bangsa yang ingin bangkit mestilah memiliki
cita-cita yang tinggi. Al-Quran sendiri telah membekalkan cita-cita ini kepada
bangsanya (bangsa yang diturunkan al-Quran) sehingga mampu mengubah bangsa
tersebut yang mati kepada kembali bernyawa, bersemangat, bercita-cita dan
mempunyai tekad. Malah al-Quran meletakkan perasaan putus asa sebagai sifat orang
kafir dan sebagai tanda kesesatan. Silalah perhatikan firman Allah Taala:

_ ls _%! -..` _ l-> `l-> _,.l
_> _

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang
tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin,
serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki
oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang
kukuh di negeri itu Al-Qasas: 5-6

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan
menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh
dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh)
berirnan. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka
sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga
dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah
keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau
kekalahan), kami gilirkan ia antara sesama manusia. Ali Imran:139-140

Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari
kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak
memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa
mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang
kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat
menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka
Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas
dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam
hati rnereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan
mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
87
mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah
pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik
mata hatinya. Al-Hasyr: 2

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar
dan berpegang teguh kepada agama Allah). Al-Baqarah: 214

ii. Bangga dengan keagungan bangsa dan sejarah sendiri (kebanggaan).

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa sesebuah bangsa yang ingin bangkit
mestilah merasa bangga dengan bangsa mereka sendiri sebagai sebuah bangsa agung
yang memiliki keistimewaan dan sejarah yang gemilang. Malah perasaan ini perlu
tersemat dalam diri anak bangsa hingga melahirkan rasa bangga dengan diri sendiri.
Perasaan ini akan melahirkan kesediaan untuk bekerja demi kepentingan dan
kesejahteraan tanahair mereka. Sila hayati firman Allah Taala:

. ,> >> _!ll

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia Ali Imran: 110

,l >l-> !L .l ls _!l > `l >l. :

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu Al-Baqarah:
143

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta
bagi orang-orang yang beriman. Al-Munafiqun: 8

iii. Kekuatan, persediaan dan kesatriaan (kekuatan)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
88

Ustaz al-Banna menekankan betapa perlunya sebuah bangsa yang ingin bangkit
memiliki kekuatan. Di mana anak bangsa disemai dengan budaya ketenteraan. Apatah
lagi pada zaman ini, keamanan hanya dapat dijamin dengan kesediaan untuk berperang.
Sehingga seluruh anak bangsa berpegang kepada slogan: Kekuatan adalah cara terbaik
untuk menegakkan kebenaran.

Perhatikan firman Allah Taala:

s l ! .-L.` _ 1!, l ,. ., s < s

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu Al-Anfal: 60

. `l. `!.1l >l _.s >. !: ,> l _.s ,>.
!: . >l

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang
peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada
sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu Al-Baqarah: 216

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan ahhirat
daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan
Allah (untuk membela Islam). An-Nisa: 74

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan yang tersusun kukuh. As-Saff: 4

iv. Ilmu yang tinggi (ilmu dunia dan agama)

Ustaz al-Banna amat meyakini bahawa sejauhmana sesebuah bangsa memerlukan
kepada kekuatan maka sejauh itu jugalah ia memerlukan kepada ilmu. Agar dengan itu
kekuatan dapat diimbang dan diarahkan kepada jalan yang terbaik. Malah ilmu ini akan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
89
membekalkan segala hasil rekaan dan ciptaan yang diperlukan oleh kekuatan ini.
Perhatikanlah firman Allah Taala:

`!, ,, %! _l> _l> _. _ _ls ,, ` %! l.
l1l!, l. _. ! `l -

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al-Alaq: 1-5

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna. Az-Zumar: 9

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit. Lalu Kami
keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya.
Dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-
lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga
yang hitam legam. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang
yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan
warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)
Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.
Faatir: 27-28

v. Akhlak mulia yang mantap dan sebati serta jiwa yang bersemangat waja
(akhlak)

Ustaz al-Banna tegaskan suatu hakikat, bahawa sesebuah bangsa yang ingin
bangkit mestilah memiliki akhlak yang mulia dan mantap serta jiwa yang bersemangat
waja. Ini kerana bangsa ini akan berhadapan dengan tuntutan era baru iaitu era
kebangkitan. Kebangkitan ini hanya akan dapat dicapai apabila mereka memiliki akhlak
yang mantap dan jujur yang lahir daripada keyakinan yang mendalam, kecekalan yang
teguh, pengorbanan yang besar dan keupayaan memikul beban yang berat.
Perhatikanlah firman Allah Taala:

_l _ !8 _ ,l> _ !9
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
90

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan
sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu
susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Ash-
Shams: 9-10

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar-Rad: 11

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan
apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam);
maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu
gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula
tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun, (Berlakunya yang
demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran
mereka. Al-Ahzab: 23-24

vi. Harta dan ekonomi (harta)

Ustaz al-Banna turut mengetengahkan betapa pentingnya aspek harta dan
ekonomi dalam proses kebangkitan sesebuah bangsa. Menurut beliau, bangsa yang ingin
bangkit amat memerlukan pengurusan ekonomi yang tersusun rapi. Aspek ini adalah
elemen yang terpenting pada zaman ini. Perhatikanlah firman Allah Taala:

.. !.l `>l _.l -> < />l !

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum
sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta)
yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan
kehidupan kamu; An-Nisa: 5

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w. ini:

_''-' .='' _''-' .'-' -

Alangkah baiknya harta yang baik berada di tangan lelaki yang baik. [Hadis]

vii. Memiliki sistem yang mengatur individu, keluarga, masyarakat, bangsa,
kerajaan dan antarabangsa (sistem)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
91
Akhir sekali, Ustaz al-Banna menekankan bahawa di samping memiliki segala
elemen yang diperlukan dalam proses kebangkitan sesebuah bangsa Islam seperti yang
disebutkan di atas, beliau turut menegaskan kepentingan sistem yang sesuai dengan
semua lapisan individu hingga ke peringkat antarabangsa untuk membina sebuah
masyarakat yang harmoni dan maju, Ustaz al-Banna menyebut:

Apa yang disebutkan di atas hanyalah salah satu sudut yang menarik daripada
sebahagian sistem yang wujud dalam Islam, iaitu sistem yang ada kaitan secara
langsung dengan pembangunan ummah. Dengan andaian kita sedang berada di era
kebangkitan ummah. Bagi membincangkan aspek yang menarik dalam keseluruhan
sistem Islam, ia memerlukan perbincangan yang panjang lebar dan perlu
menyentuh seluruh aspek. Namun secara ringkas ingin saya nyatakan di sini,
sistem Islan yang berhubung dengan individu atau keluarga atau bangsa, baik
yang berhubung dengan kerajaan mahupun rakyat, atau yang berhubung dengan
bangsa lain, sistem Islam dalam aspek ini cukup luas, sangat terperinci dan
sentiasa mengutamakan kepentingan manusia, sistem ini adalah yang terlengkap
dan terbaik yang pernah dikenali oleh manusia semenjak dahulu hingga ke hari
ini. Kenyataan ini disokong oleh fakta sejarah dan kajian yang mendalam
terhadap perkembangan sesebuah bangsa.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Setiap satu kata kunci ini memerlukan kepada kajian dan analisa yang mendalam.
Ustaz al-Banna telah meletakkan tiga elemen asasi iaitu akhlak yang mulia, ilmu yang
tinggi dan kekuatan yang ampuh sebagai tunggak kepada kesemua tujuh elemen dan
menjadi penjana utama dalam proses kebangkitan. Setiap pendokong arus kebangkitan
mestilah benar-benar memahami apa yang ingin dimaksudkan dengan akhlak yang mulia,
ilmu yang tinggi dan apa yang dimaksudkan dengan kekuatan yang ampuh, tidak kira di
mana mereka berada baik di peringkat kumpulan kecil atau pertubuhan yang besar atau
di peringkat masyarakat atau ummah.













PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
92
Bahagian II
KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN TEORI- TEORI INI


Syarat pertama untuk berinteraksi mengikut cara yang betul dengan sunnah
Ilahi atau hukum alam yang telah diatur untuk bangsa manusia ialah kita benar-benar
memahami secara menyeluruh dan sedar seluruh hukum alam ini.

Bagaimana anda akan berinteraksi dalam lingkungan sunnah Ilahi atau apa yang
saya ungkapkan sebagai fiqhus sunnah? Bagaimana kita rumuskan beberapa teori
kemasyarakatan dan peradaban berdasarkan kefahaman kita tadi?

Ustaz al-Banna pernah menyentuh mengenai kaedah berinteraksi dengan sunnah
Ilahi:

Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa.
Namun kuasailah ia, gunakanlah, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala
elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu
perolehi tidak lama lagi.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ini bermakna, Ustaz aI-Banna merasakan bahawa kaedah berinteraksi dengan
sunnah Ilahi memerlukan kepada beberapa perkara seperti berikut:

1. Mengelak pertembungan.

2. Mengatasinya.

3. Memperguna.

4. Mengalih arah.

5. Memanfaatkan kesemuanya.

6. Menanti saat kemenangan.

Setelah membentangkan kajian sejarah, kajian semasa dan pelbagai panduan
yang berguna serta persiapan yang perlu untuk membawa ummah ini bangkit semula,
Ustaz al-Banna menegaskan bahawa semua pengetahuan dan kajian ini bukan untuk
dijadikan khazanah ilmu. Sebaliknya ia perlu menjadi penjana dan penggerak untuk
melancarkan agenda kebangkitan yang dicitakan. Perhatikanlah apa yang dikatakan oleh
beliau:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
93

Jadikanlah segala asas yang kukuh ini sebagai landasan kebangkitan kamu,
perbaiki diri kamu, pusatkan dakwah kamu dan pimpinlah umat ini ke arah
kebaikan. Allah akan bersama kamu dan Allah tidak akan mensia-siakan amalan
kamu.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Atas dasar ini, usaha untuk menyelamat ummah memerlukan agar agenda ini
dihidupkan semula supaya setanding dengan kapasiti krisis silam yang pernah dilaluinya.
Malah setaraf dengan tugas agung yang telah diperintahkan oleh Allah untuk
dilaksanakan kerana kedudukan mereka sebagai ummah yang terbaik apabila mereka
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, ummah yang dijadikan sebagai pendokong
risalah terakhir, ummah yang dijanjikan ketuanan bumi, ummah yang dijanjikan
kekuasaan, ummah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah
ini, ummah yang bertanggungjawab sebagai saksi untuk mendakwa manusia.

Menurut pandangan saya, agenda ini bertunjangkan dua perkara asas iaitu:

1. Dakwah (penyusunan tenaga penggerak).

2. Negara (kewujudan politik).

Perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dalam tajuk berikut dengan izin
Allah.


















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
94











SERUAN UNTUK MEREALISASIKAN AGENDA KEBANGKITAN





Mukadimah: Mengembalikan Usaha Menjana dan Menyelamat

Fasal 6: Asas dan Ciri Dakwah

Fasal 7: Sumber Rujukan Agenda Kebangkitan

Fasal 8: Matlamat Dakwah

Fasal 9: Elemen-elemen Dakwah

Fasal 10: Pembinaan Berunsur Tarbiyah dalam Dakwah















Bab 2
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
95
Mukadimah
MENGEMBALIKAN USAHA MENJANA DAN MENYELAMAT


Dalam tulisan beliau, Antara Semalam Dan Hari Ini, ketika mengupas perjalanan
dakwah yang menyeru ke arah kebangkitan semula, Ustaz al-Banna menyebut:

Dengan ini, kita terpaksa akui bahawa tamadun Barat yang bertunjangkan
fahaman materialisme telah berjaya menguasai pertembungan sosial ini
menentang tamadun Islam yang bertunjangkan fahaman yang menggabungkan
antara roh dan jasad. Mereka telah berjaya di bumi Islam sendiri. Mereka
berjaya dalam pertembungan di lapangan yang sebenar iaitu jiwa, rohani, akidah
dan akal manusia. Mereka juga telah berjaya di lapangan politik dan
ketenteraan. Semua ini tidak menghairankan kerana hidup ini sebenarnya satu;
sesuatu kekuatan tetap berperanan sebagai suatu kekuatan dalam semua aspek
hidup, dan suatu kelemahan tetap berperanan sebagai suatu kelemahan dalam
semua aspek hidup.

,l. `! !l _,, _!l

dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa
kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia Ali
Imran: 140

Sepertimana ancaman politik yang mampu membangkitkan sentimen perkauman,
ancaman sosial juga telah menghidupkan semula gagasan Islam. Hasilnya,
pelbagai suara bangkit menuntut supaya umat Islam kembali kepada Islam;
Kembali kepada memahami dan melaksanakan hukum serta sistem Islam. Sudah
pasti tidak lama lagi akan tiba masanya tamadun materialisme ini jatuh
tersembam di atas batu jemala pendokong dan penganutnya. Ketika itu mereka
merasa betapa hati dan roh mereka begitu dahaga. Namun di sana hanya ada
satu suara sahaja yang mampu memberikan santapan dan rawatan untuk mereka
iaitu Kitab Allah:

!! '_!l >.!> Ls _ , "!: !l .l - _,ll
., < ..-, ,l, `>l , > ! `->

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
96
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah
semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi
kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang
lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala
benda dan perkara yang tidak kekal). Yunus: 57-58

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Berdasarkan pengalaman pahit yang menimpa ummah ini, ustaz al-Banna telah
mengemukakan dalam kaedah beliau dalam usaha untuk mengetengahkan agenda
kebangkitan Islam. Usaha ini dilakukan untuk memimpin dan menyelamatkan ummah ini
supaya keluar dari krisis yang dialami. Berdasarkan kepada pengalaman sejarah, beliau
amat memahami semenjak awal lagi betapa sukarnya tugas ini dan sejauhmana
pentingnya tugas ini. Oleh kerana itu beliau menyeru anggota Ikhwan supaya tabah
dalam memikul apa yang diyakini sebagai peranan yang dipikul oleh gerakan Ikhwan:

Wahai Ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. Allah
mahu supaya sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini.
Allah melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimah-Nya, mendokong syariat-
Nya dan menegakkan semula negara-Nya.

.l < _ . | < 1l s

dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya
(agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Al-Hajj: 40

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)














PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
97
Fasal 6
ASAS DAN CIRI DAKWAH


Bahagian I: Asas Dakwah

Bahagian II: Ciri-ciri Dakwah

Bahagian III: Kesahihan Berlandaskan Sejarah

Bahagian IV: Kesinambungan Tamadun
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
98
Bahagian I
ASAS DAKWAH (ISLAM)


Semenjak hari pertama lagi Ustaz al-Banna telah menegaskan bahawa sumber
utama kepada dakwah beliau ialah Islam:

Wahai Ikhwan, di samping semua rintangan yang ada ini, kita perlu ingat kita
kini sedang membawa dakwah Allah, dakwah yang paling mulia. Kita kini sedang
melaungkan gagasan Islam, gagasan yang paling ampuh. Kita kini sedang
mengemukakan kepada manusia undang-undang al-Quran, undang-undang yang
paling adil.

-,. < _ _.> < -,.

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah
sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan
kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah?... Al-Baqarah: 138

Dunia sebenarnya menaruh harapan pada dakwah ini malah segala usaha ke arah
ini.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Jelas beliau lagi:

Kita mempunyai keimanan dan keyakinan yang tidak baleh dipertikai dan
disangsi. Kita juga mempunyai akidah yang begitu kukuh lebih kukuh daripada
gunung-ganang dan lebih mendalam daripada rahsia hati. Kita imani dan kita
yakini bahawa di sana hanya ada satu gagasan yang dapat menyelamatkan dunia
yang sedang sengsara ini, memimpin manusia yang sedang kebingungan dan
membimbing mereka ke arah jalan yang sebenar. Gagasan inilah yang sepatutnya
diperjuangkan dan dijadikan harapan. Manusia perlu dipimpin supaya tunduk di
bawah naungannya dengan mengorbankan jiwa dan harta serta segala yang
dimilikinya. Gagasan yang dimaksudkan ini ialah Islam yang suci, agama yang
tiada cacat cela, tiada keburukan dan tidak akan menyesatkan siapa sahaja yang
menganutnya.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
99
: < l| | >ll l` l-l !! 1`.1l!, l| | '-l
`l

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta
orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. Ali Imran: 18

l l >l > . >l. _.- . `>l l` !

pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu Al-Maidah: 3

Jadi dengan ini gagasan kita adalah gagasan Islam. Gagasan ini membangun atas
landasan Islam. Gagasan ini menjadikan Islam sebagai satu-satunya rujukan.
Gagasan ini berjuang demi untuk Islam. Gagasan ini bekerja demi
memartabatkan kalimah Islam. Gagasan ini tidak akan menggantikan Islam
dengan sistem lain. Gagasan ini akan hanya menerima Islam sebagai pemimpin
dan tidak akan tunduk kepada mana-mana hukum selain hukum Islam.

_ _., ,s l` ! _l ,1`

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya Ali Imran: 85

(BUAT PEMUDA)

Ustaz al-Banna menekankan suatu hakikat keimanan bahawa setiap perkara asas
yang diperlukan oleh kehidupan, kebangkitan dan kebahagiaan manusia telahpun
digariskan oleh Allah Taala di dalam agama ini. Perhatikanlah kata-kata beliau:

Ikhwan al-Muslimin meyakini ketika Allah Taala menurunkan al-Quran dan
memerintahkan hamba-Nya mengikut jejak Muhammad s.a.w., dan ketika Allah
redha Islam sebagai agama, Allah telah gariskan segala asas yang perlu untuk
kehidupan, kebangkitan dan kesejahteraan sesebuah bangsa. Ini bertepatan
dengan firman Allah Taala:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
100
_%! `-,. l _,l _ %! > !,.> s 1.l >
``! `-l!, 8. _s l > `l ,Ll `> `l . ,l _. s
.| l. _.l l `l.

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi,
yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan
Injil yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang
baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan
ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada
mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-
beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka Al-Araf: 157

(HALATUJU DAKWAH KITA)



























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
101
Bahagian II
CIRI-CIRI DAKWAH


Dakwah ini mengandungi beberapa ciri yang telah membezakannya dengan
gerakan yang lain. Ciri-ciri ini bukan sekadar hiasan, sebaliknya merupakan teras yang
menjadi asas kepada agenda yang mendokong kebangkitan semula ummah. Oleh itu,
setiap ciri ini memainkan peranan yang tersendiri dalam segenap lapangan hidup
masyarakat baik politik, ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya. Terdapat sembilan
ciri yang telah dikemukakan oleh Ustaz al-Banna dalam risalah-risalah beliau. Saya
ringkaskan seperti carta di bawah:



Kita akan bincangkan semua ciri ini berpandukan risalah-risalah Ustaz al-Banna:

1. Rabbani (ketuhanan)

Mengenai perkara ini Ustaz al-Banna menyebut:

Dakwah ini bersifat rabbani kerana asas yang menjadi fokus keseluruhan
matlamat kita ialah mengajak manusia supaya mengenali tuhan mereka. Agar
melalui hubungan ini mereka memperolehi nilai kerohanian murni yang akan
Ciri
Dakwah
Kita
Tersendiri
Syumul Praktikal
Rasional
Berilmu Berkecuali
Rabbani
Sejagat Sederhana
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
102
memartabatkan jiwa mereka daripada kekangan materialistik kepada jiwa
seorang manusia yang suci dan murni. Dalam lubuk hati kita para Ikhwan al-
Muslimin, kita sentiasa laungkan, Allah matlamat kami. Jadi matlamat pertama
dakwah ini ialah mengajak manusia mengingati semula hubungan mereka dengan
Allah Taala. Sekiranya mereka melupakan hubungan ini, Allah akan menjadikan
mereka melupakan diri mereka sendiri:

!! '_!l ,s `>, %! >1l> _%! _ >l, >l-l 1..

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Al-Baqarah: 21

Pada hakikatnya, inilah kunci kepada seluruh masalah manusia yang sekian lama
dikongkong oleh sifat jumud dan materialistik. Manusia tidak akan mampu
menyelesaikan seluruh masalah ini dan tidak akan mampu membawa perubahan
tanpa terlebih dahulu memiliki kunci ini.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

2. Sejagat

Ciri ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Dakwah ini bersifat sejagat kerana dakwah ini ditujukan kepada seluruh
manusia atas dasar semua manusia adalah saudara. Mereka berasal dari asal-
usul yang sama, bapa mereka sama dan keturunan mereka sama. Kemuliaan
mereka hanya berdasarkan kepada ketakwaan serta amal kebajikan yang mereka
sumbangkan kepada bangsa manusia.

!! '_!l 1. `>, %! />1l> _ _ > _l> !. !> , !. l> ,.
!. 1. < %! l!.. ., l> | < l >l. !,

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. An-Nisa: 1
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
103

Kita tidak menerima semangat perkauman dan kita juga tidak akan meniupkan
semangat perkauman berteraskan kaum dan warna kulit. Sebaliknya kita akan
mengajak manusia ke arah semangat persaudaraan yang sejati sesama seluruh
bangsa manusia.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

3. Tersendiri

Dalam ucapan dasar beliau di Muktamar kelima, Ustaz al-Banna telah
mengemukakan ciri ini:

Tuan-tuan, izinkan saya menggunakan istilah ini (Islam Ikhwan al-Muslimin).
Saya tidak bermaksud Ikhwan al-Muslimin mempunyai Islam baru bukan Islam
yang dibawa oleh junjungan kita, Muhammad s.a.w. daripada tuhannya. Apa yang
saya maksudkan ialah kebanyakan umat Islam di sepanjang sejarah telah
meletakkan pelbagai ciri, sifat, sempadan dan gambaran sendiri tentang Islam.
Mereka menggunakan keanjalan dan keterbukaan Islam dengan cara yang salah.
Sedangkan segala keanjalan dan keterbukaan ini sebenarnya untuk suatu tujuan
yang murni. Mereka tidak pernah sependapat tentang makna Islam. Akibatnya
Islam dilihat dengan pelbagai cara oleh umat Islam sendiri. Ada yang hampir,
ada yang jauh dan ada yang bertepatan dengan Islam pertama yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

Demikianlah bagaimana hubungan Ikhwan dengan Kitab Allah. Bagi mereka al-
Quran adalah sumber inspirasi dan bimbingan. Dengan itu mereka yakin bahawa
Islam sebenarnya mencakupi seluruh elemen ini. Islam sudah pasti menyentuh
seluruh aspek hidup malah mencorak seluruh aspek ini. Islam juga meletakkan
seluruh aspek ini di bawah landasan hukumnya, selari dengan dasar dan
ajarannya. Seluruh aspek hidup umat mestilah bersumberkan ajaran Islam jika
umat ini mahu menjadi umat Islam yang berpegang kepada Islam yang sebenar.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

4. Syumul

Ustaz al-Banna telah menjelaskan maksud ciri ini dengan berkata:

Kesan daripada kefahaman yang lengkap dan menyeluruh tentang Islam ini
menyebabkan gagasan Ikhwan al-Muslimin mencakupi seluruh sudut perubahan
yang diperlukan oleh umat Islam. Segala elemen perubahan yang wujud pada
yang lain juga wujud pada Ikhwan. Dengan ini setiap orang yang mahukan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
104
perubahan, ikhlas dan bersemangat tinggi pasti akan mendapat apa yang
diharapkannya di sini. Bersama Ikhwan, semua pencinta perubahan yang
mengenal dan memahami matlamat Ikhwan akan menemui apa yang diimpikan.
Tidak salah jika anda katakan bahawa Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah salafi,
tarikat sunni, hakikat sufi, parti politik, pasukan sukan, ikatan intelektual,
syarikat ekonomi dan agensi sosial.

Demikianlah bagaimana kita melihat kesyumulan Islam. Kenyataan ini
menjadikan fikrah atau gagasan kita menyeluruh merangkumi semua sudut
perubahan. Kesyumulan ini mengarah aktiviti Ikhwan ke seluruh sudut ini. Pada
ketika orang lain hanya tertumpu kepada sesuatu sudut, Ikhwan memberikan
tumpuannya ke arah semua sudut. Mereka sedar Islam menuntut mereka supaya
memberikan tumpuan kepada semua sudut ini.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ustaz al-Banna rumuskan ciri ini seperti berikut:

Islam adalah satu sistern yang bersepadu mencakupi seluruh aspeh kehidupan.
Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak
dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-
undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan
dan kekayaan. lslam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain
itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

(RISALAH TAALIM)

Untuk menekankan lagi ciri ini dalam bentuk teori dan praktikal kepada seluruh
manusia sehingga tiba masanya Allah mewarisi bumi dan segala isinya ini, beliau
menyebut:

Namun wahai sekalian manusia, kami adalah satu fahaman dan satu akidah, satu
sistem dan satu manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa
tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan terhenti pada batas
tertentu kecuali setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah kerana
sistem ini adalah sistem Tuhan sekalian alam dan manhaj rasul-Nya al-amin.

(IKHWAN AL-MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

5. Berilmu

Untuk menekankan kepentingan ilmu dalam proses kebangkitan, Ustaz al-Banna
menyebut:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
105

Bangsa yang membangun selain memerlukan kekuatan, ia juga memerlukan ilmu
yang akan memperkukuh kekuatan tadi dan mampu memandu kekuatan yang ada
secara maksimum. Ilmu akan menyediakan segala rekaan dan penerokaan yang
diperlukan oleh sesebuah bangsa. Islam tidak pernah menolak ilmu malah Islam
meletakkan ilmu sebagai suatu tuntutan sama seperti kekuatan

Allah menilai dakwat pena para ulamak sama dengan darah para syuhada. Malah
al-Quran menghubung kaitkan ilmu dan kekuatan dalam dua ayat.

! l `l `l ! l _ . !L 1.l _$!
'`l ` | `-> ,l| `l-l '> !! _%! ` l. _%!
>l !l >l > Ll. l. < _ _,1.l

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di
antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara
mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat
mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali
kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan
larangan Allah). Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang
kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap
kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan
pertolonganNya). At-Taubah: 122-123

Al-Quran tidak pernah membezakan antara ilmu dunia dengan ilmu agama.
Malah Islam mewajibkan kedua-dua ilmu ini dipelajari. Al-Quran menggabungkan
semua ilmu alam ini dalam satu rangkaikata ayat. Al-Quran menggalakkan supaya
ilmu-ilmu ini dipelajari dan meletakkan ilmu sebagai perantaraan untuk merasa
takut dan mengenali Allah. Ini dinyatakan oleh firman Allah Taala:

`l . < _ !.l ! !>>! ., , . !l. !l _ !,>l `> "_,
"`> l. !l ,s _!l U$! - l. l
l !| _: < _ !,s l`-l

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
106
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami
keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya;
dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-
lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga
yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang
yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan
warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)
Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu
Fatir: 27-28

(MENUJU SINAR CAHAYA)

6. Rasional

Ciri ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan
kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan
bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu
secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang
yang tergantung di awang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana
hukum alam ini begitu berkuasa. Namun kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah
haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik
kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

7. Berkecuali

Ustaz al-Banna telah menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ciri ini
ialah:

Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang
yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan
hidup bersamanya. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab ini
akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-
orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan
menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendokong dakwah ini.

'! ls _,l s ls _>l > , < ! l ,l
`. < .` _ '!: < _ 'l.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
107

mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan
berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan
orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; Al-Maidah: 54

(DAKWAH KITA)

8. Praktikal

Sebab utama ciri ini telah dinyatakan oleh Ustaz al-Banna:

Ikhwan memilih untuk mengutamakan aspek praktikal berbanding aspek diayah
dan propaganda. Ikhwan meletakkan keutamaan ini dalam pendekatan mereka
kerana beberapa perkara:

- Antaranya ialah kerana mengambil kira saranan Islam dalam aspek ini di samping
rasa bimbang apabila segala amalan dicemari sifat riak. Sifat riak ini akan
menyebabkan segala-galanya menjadi sia-sia. Dasar ini juga bagi mengambil jalan
tengah antara sikap menunjuk-nunjuk (riak) dengan saranan Islam sendiri yang
menggalakkan usaha menghebohkan amalan yang baik, menyuruh manusia
melakukannya dan segera menzahirkan kebaikan supaya dirasai oleh orang lain.
Kesemua aspek ini pada zahirnya tidak jauh berbeza. Jarang sekali yang berjaya
membezakannya kecuali dengan taufik Allah.

- Antara sebabnya lagi ialah Ikhwan pada dasarnya tidak mahu manusia
bergantung hanya kepada propaganda palsu dan provokasi yang tidak diiringi
dengan amalan. Semua cara ini sebenarnya hanya menimbulkan pelbagai
keburukan, penyelewengan dan kepincangan yang besar kepada umat ini.

- Antaranya lagi ialah Ikhwan bimbang cara ini akan menyebabkan dakwah
terpaksa berhadapan dengan tindakan keras musuh atau muslihat sahabat.
Kedua-dua ancaman ini boleh menghalang atau membantutkan segala usaha ke
arah mencapai matlamat.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

9. Sederhana

Ustaz al-Banna telah menyentuh kepentingan ciri ini dalam proses kebangkitan:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
108
Islam ini memiliki nilai-nilai yang sederhana dan adil Umat Islam amat
memerlukan ciri ini kerana ia membolehkan mereka mengetengahkan fahaman
dan agenda Islam sebagai sebuah tamadun alternatif kepada seluruh manusia
yang akan menjadi saksi kepada tamadun ini. Ini bertepatan dengan firman
Allah:

,l >l-> !L .l ls _!l > `l >l. :

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu Al-Baqarah:
143

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Berdasarkan perbincangan ringkas mengenai asas dakwah dan kandungan
pemikirannya, jelas kepada kita bahawa asas kepada dakwah kita secara amnya, atau
agenda kebangkitan kita secara khususnya serta kandungan pemikiran yang menjadi
landasannya, keseluruhannya sebagaimana menurut pemikiran Ustaz al-Banna adalah
Islam itu sendiri sebagai satu agama dan suatu sistem hidup yang lengkap dan
menyeluruh.



















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
109
Bahagian III
KESAHIHAN BERLANDASKAN SEJARAH


Perkara ini saya akan bincangkan dalam dua fasal:

Fasal I: Jalan Dakwah yang Pertama

Kesahihan agenda kebangkitan ini adalah berdasarkan ajaran dan dasar Islam.
Kesahihannya juga berpandukan pengalaman dakwah pertama. Ini bermakna, agenda
kebangkitan merupakan kesinambungan kepada kebangkitan generasi pertama. Ia perlu
mengambil panduan daripada pimpinan dan sejarahnya. Segala pengajaran daripada
pengalaman dan jejak yang telah dilaluinya perlu diambil kira. Perkara ini telah
disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Kita mahu memastikan dakwah kita ini menurut landasan dakwah yang pertama.
Kita akan berusaha supaya dakwah yang baru ini akan menjadi penyambung
kepada dakwah terdahulu yang dilaungkan oleh Rasulullah s.a.w. di lembah Mekah
1,300 tahun yang lalu. Memang sepatutnya kita bawa fikiran kita menyelusuri
zaman yang penuh gemilang dengan cahaya nubuwwah ini. Zaman yang disinari
wahyu yang agung. Agar kita dapat bersama tuan guru yang pertama iaitu
pemimpin para pembimbing dan kebanggaan para rasul yang membawa petunjuk.
Ini dilakukan agar kita dapat mempelajari semula agen perubahan dan kita dapat
pelajari semula langkah-langkah yang perlu dilalui sepanjang dakwah ini.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Ustaz al-Banna menyorot secara mendalam dakwah pertama:

Seruan yang begitu padu ini adalah garis pemisah untuk seluruh alam ini; antara
zaman silam yang gelap gelita dengan masa hadapan yang cerah bersinar,
masakini yang harmoni dan bahagia. Suatu pengisytiharan yang dengan jelas
mengemukakan sistem-sistem baru yang digubal oleh Allah, Tuhan yang Maha
Mengetahui. UtusanNya ialah Muhammad seorang manusia pembawa peringatan.
KitabNya ialah al-Quran sebagai penunjuk dan penyuluh. Tentera-Nya ialah
generasi awal Muhajirin dan Ansar serta generasi berikutnya yang mengikut
jejak mereka dengan baik. Sistem ini bukan rekaan manusia tetapi adalah hasil
ciptaan Allah. Apakah ada ciptaan manusia yang lebih baik daripada ciptaan
Allah?

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Fasa II: Mengembalikan Gagasan Islam
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
110

Walaupun perkara ini telahpun kita bincangkan secara terperinci dalam Bab I,
namun elok juga jika saya kemukakan semula di sini fasa sejarah yang pernah dilalui
oleh umat Islam (secara ringkas) supaya perjalanan sejarah yang dilalui oleh dakwah
ini dapat dilihat dengan jelas dan kita dapat memahami asal-usul dan juga kronologinya.
Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:

Fasa I: Pengisytiharan kelahiran dakwah yang bersifat sejagat (dakwah).

Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama (negara).

Fasa III: Permulaan kelemahan negara Islam (kelemahan).

Fasa IV: Pertembungan dan ancaman kepada aspek politik (ancaman politik).

Fasa V: Pertembungan dan ancaman kepada aspek sosial (ancaman sosial).

Fasa VI: Kejayaan agenda Barat dan penguasaan terhadap tamadun Islam
(penguasaan Barat).

Fasa VII: Kemunculan semula gerakan penjana dan penyelamat (kebangkitan
semula).

Ustaz al-Banna telah menggariskan fasa kebangkitan semula gagasan Islam
selepas umat Islam melalui serangan politik. Beliau berkata:

Sepertimana ancaman politik yang mampu membangkitkan sentimen perkauman,
ancaman sosial juga telah menghidupkan semula gagasan Islam. Hasilnya,
pelbagai suara bangkit menuntut supaya umat Islam kembali kepada Islam;
Kembali kepada memahami dan melaksanakan hukum serta sistem Islam. Sudah
pasti tidak lama lagi akan tiba masanya tamadun materialistik ini jatuh
tersembam di atas batu jemala pendokong dan penganutnya. Ketika itu mereka
merasa betapa hati dan rohani mereka begitu dahaga. Namun di sana hanya ada
satu sumber sahaja yang mampu memberikan santapan dan rawatan untuk
mereka iaitu Kitab Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang
menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kami, dan yang menjadi penawar
bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi
hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang
yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah
semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi
kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
111
lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala
benda dan perkara yang tidak kekal. (Maksud Yunus: 57-58)

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Beliau menjelaskan bahawa amanat yang diwarisi oleh Ikhwan amat berat.
Menurut beliau:

Wahai Ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. Allah
mahu supaya sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini.
Allah melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimah-Nya, mendokong syariat-
Nya dan menegakkan semula negara-Nya.

Dan sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang menolong agama-Nya (agama
Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (maksud Al-Hajj: 40)

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Akhirnya, Ustaz al-Banna mengungkapkan dengan jelas ciri dakwah baru ini yang
bertindak membawa keamanan dan keselamatan. Beliau juga mengingatkan rijal
(mereka yang bercirikan kelelakian) yang ingin membantu dakwah ini. Beliau menyebut:

Saya mahu kamu memahami dengan jelas kedudukan kamu di celah-celah
masyarakat dunia hari ini. Apakah perbezaan dakwah kamu dengan dakwah yang
lain? Apakah jamaah kamu ini? Apakah tujuan Allah menggabungkan kamu dan
menyatukan hati kamu? Kenapa Allah mengenengahkan gagasan kamu di saat
dunia begitu mengharapkan keamanan dan kesejahteraan.

Saudara, ingatlah baik-baik! Kamu adalah orang asing yang mengajak ke arah
kebaikan ketika nilai kemanusiaan sedang hancur luluh. Kamu adalah pemikiran
baru. Allah mahu dengan kewujudan kamu ini, kamu akan dapat memisahkan
manusia kepada dua pihak; pihak yang benar dan pihak yang salah. Ketika ini
manusia sedang bergelumang dengan kebenaran dan kepalsuan. Kamu mengajak
manusia ke arah Islam, kamu mendokong al-Quran, kamu menghubungkan bumi
dengan langit, kamu adalah pewaris Muhammad s.a.w. dan kamu adalah pengganti
para sahabat selepas ketiadaan Baginda. Dengan ini, dakwah kamu lebih mulia
berbanding gerakan yang lain. Matlamat kamu lebih tinggi berbanding gerakan
yang lain. Kamu bersandar kepada landasan yang kukuh. Kamu berpegang kepada
tali yang kukuh dan tidak akan terputus. Kamu dilimpahi cahaya yang terang
benderang tatkala seluruh manusia sedang tersasar daripada jalan yang
sebenar.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
112
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya.
(maksud Yusuf: 21)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Atas dasar ini, sebagai gerakan yang bertindak sebagai pembangkit dan
penyelamat setelah umat Islam dilanda serangan politik, dakwah baru yang mengajak
kepada kebangkitan semula ini perlu mempelajari jalan dakwah pertama. Walau betapa
besar sekalipun tanggungjawab dan beban yang dipikul akibat sekian lama berada pada
zaman kemunduran, dakwah yang baru tetap berperanan membawa semula ummah ini
keluar dari zaman kegelapan yang dialami akibat membelakangkan Islam kepada zaman
sinar cahaya dengan menampilkan dan melaksanakan syariat Allah di tangan rijal yang
mahu membantu dakwah ini; Mereka yang mahu bekerja untuk dakwah ini. Mereka yang
hanya bergantung harapan kepada Allah. Mereka yang hanya mengharapkan bantuan
daripada Allah. Mereka yang hanya mengharapkan ganjaran dan keredhaan Allah.




























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
113
Bahagian IV
KESINAMBUNGAN TAMADUN


Ciri ini terkandung dalam dua fasal berikut:

Fasal I: Tamadun Warisan

Masalah sebenar ummah hari ini bukan terletak di atas muka bumi kerana
masalah di bumi sentiasa datang dan pergi. Sebaliknya ia adalah soal tamadun,
kewujudan dan ketrampilan. Aspek ekonomi, sosial atau politik mungkin adakalanya
terlalu menonjol namun punca pertembungan sebenar ialah kewujudan sebuah bangsa
yang bertamadun. Atas dasar inilah Ustaz al-Banna menekankan betapa pentingnya
manusia melihat sesuatu pertembungan menurut kaca tamadun. Ummah ini telah
mencapai tahap kegemilangannya. Semenjak berkurun lamanya ummah ini menjadi
cahaya yang menyinari hidup manusia. Ummah ini telah menganugerahkan kepada
bangsa manusia contoh-contoh teragung dalam sudut keadilan, kesaksamaan,
kebebasan, penjagaan hak-hak asasi manusia di sudut berfikir, politik, sosial dan
ekonomi. Ummah ini telah mengangkat darjat ilmu dan ilmuwan serta meletakkan
mereka sebaris dengan para nabi. Ummah ini telah mengangkat darjat wanita dan
meletakkan mereka sebagai ratu yang dihormati dalam keluarganya. Ummah ini telah
memberikan sumbangan yang amat besar kepada bidang seni bina dan pembangunan
bandar yang termaju dari sudut perancangan, pemeliharaan dan pembinaan. Hakikat ini
dinyatakan oleh Ustaz al-Banna dalam tulisan-tulisan beliau:

Kita adalah pewaris tamadun yang gilang gemilang

Kita adalah sebuah ummah agung dan gemilang yang pernah mendokong sebuah
mercu tanda yang terhebat dan terulung dalam sejarah manusia.

Kita telahpun mewarisi Islam yang suci ini dan kita telah membina diri kita
menurut acuannya dengan begitu mantap dan kukuh. Islam telah meresap masuk
ke dalam jiwa dan perasaan kita dan tersemai kukuh di dalam sanubari kita

Islam dalam bentuk akidah, sistem, bahasa dan tamadun menjadi warisan yang
amat berharga buat Mesir Jiwa kita juga begitu peka dengan apa yang berlaku
kepada Islam atau apa sahaja yang ada kaitan dengan Islam. Ini adalah
kenyataan. Namun malangnya tamadun Barat telah melancarkan serangan hebat
mereka menggunakan segala ilmu dan wang, kuasa politik dan kekayaan,
kesenangan, keseronokan serta pelbagai cara hidup yang mempesonakan,
melalaikan dan mengasyikkan yang tidak pernah kita alami sebelum ini.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
114

Kita adalah orang bertamadun yang berpegang kepada prinsip yang mulia
dan akhlak yang penuh rahmat dan keadilan

Dengan ketiga-tiga nilai ini iaitu keimanan dan keyakinan yang tinggi dengan
risalah Islam ini, rasa bangga kerana memilikinya, dan harapan yang tinggi untuk
menerima bantuan Allah, dengan izin Allah ketiga-tiga nilai ini telah berjaya
ditanam oleh pemimpin pertama iaitu Nabi s.a.w. ke dalam hati para sahabat
yang beriman. Baginda menggariskan matlamat hidup mereka. Oleh itu mereka
mengorak langkah membawa bersama risalah mereka yang tersimpan di dalam
dada dan juga di lembaran mereka, bertapak teguh bersama akhlak dan amalan
mereka, mengharapkan limpah kurnia Allah dan yakin Allah akan membantu dan
menolong mereka. Dengan semangat ini seluruh bumi tunduk kepada mereka.
Mereka berjaya menegakkan sebuah tamadun yang penuh dengan prinsip mulia
serta peradaban akhlak yang berlandaskan semangat kasih sayang dan adil di
dunia ini. Mereka mengubah hidup di dunia ini yang penuh dengan nilai kebendaan
pasif yang keji kepada nilai rabbani dinamik yang terpuji. Allah tidak akan redha
kecuali setelah cahayanya sempurna.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Fasal II: Melahirkan Tamadun

Di sini Ustaz al-Banna menegaskan suatu hakikat bahawa kita berada di tempat
kelahiran segala tamadun dan Timur Islam adalah tempat kemunculan segala rasul.
Menurut beliau:

Kita adalah tempat kelahiran tamadun

Dari sudut lain, Timur yang diletakkan sebagai perosak ini sebenarnya adalah
sumber kepada segala tamadun dan tempat turunnya para rasul. Timur inilah
yang melimpahkan segala tamadun kepada Barat. Hakikat ini tidak mungkin
dapat dinafikan kecuali oleh orang yang benar-benar angkuh. Segala dakwaan
yang tidak benar seperti ini sebenarnya hasil daripada jiwa manusia yang
tertipu. Jiwa seperti ini tidak mungkin mampu menjadi asas kepada apa jua
pembangunan atau peradaban. Selagimana manusia mempunyai perasaan seperti
ini terhadap saudara semanusianya, selagi itulah tidak akan wujud keimanan,
keharmonian dan ketenteraman. Kecuali apabila manusia kembali ke alam
persaudaraan dan berteduh di bawah naungannya yang rendang dan
mententeramkan. Hanya ada satu sahaja jalan yang baleh membawa manusia ke
arah itu iaitu jalan Islam seperti yang dinyatakan oleh kitab sucinya:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
115
!! '_!l !| />1l> _ _. >l-> !,`-: !, !-.l | /> s <
>91.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) Al-
Hujurat: 13

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah. Bukan dari
kalangan kita orang yang mati di dalam asobiyyah.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Kelahiran semula tamadun Islam adalah wajib dan suatu keperluan

Kita ditakdirkan lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai
bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup.
Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.

Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang
sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang bertanggungjawab
memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-
anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan
kita serta menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Arus tamadun tidak akan terhenti

Pada suatu ketika dahulu kepimpinan dunia ini berada di tangan bangsa Timur.
Selepas itu kuasa ini beralih pula ke Yunani dan Rom di Barat. Selepas itu,
risalah Musa, Isa dan Muhammad memindahkan kuasa ini ke Timur semula.
Namun sekali lagi, Timur terlena dan Barat kembali bangkit. Inilah undang-
undang Allah yang pasti tidak akan luput. Barat kembali menguasai pentas
kepimpinan dunia. Namun lihatlah Barat kini bertindak kejam, zalim, menindas,
hilang pedoman dan goyah. Dunia menanti huluran tangan bangsa Timur yang
dinaungi lembayung Allah dan mengibarkan panji al-Quran melalui tentera iman
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
116
yang kuat dan teguh. Seluruh dunia gembira menyambutnya dan seluruh manusia
bersorak:

>' < %! !1 l ! ! ..l l !1 <

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk
(mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh
petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); Al-Araf: 43

Ini bukanlah suatu khayalan kerana ia telah dibuktikan oleh sejarah. Jika tidak
tercapai

Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan
mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-
orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka
tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah
kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. (Maksud
Al-Maidah: 54)

Namun sudah tentu kita sentiasa berusaha supaya kita diberi peluang menerima
keistimewaan ini dan dicatat dalam senarai penerima anugerah ini.

, _l ! '!: '!.

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga
yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan
dan kemuliaan); Al-Qasas: 68

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Atas dasar ini kita perlu berusaha sedaya upaya dengan berpandukan
perlembagaan kita iaitu al-Quran dan pedoman kita iaitu sunnah serta contoh
pelaksanaan yang betul iaitu amalan salafussoleh, untuk mengembalikan semula
tamadun Islam dan meneruskan arus ketamadunan Islam.






PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
117
Fasal 7
SUMBER RUJUKAN AGENDA KEBANGKITAN


Bahagian I: Asas Aqidah

Bahagian II: Asas Pengkaedahan

Bahagian III: Asas Perundangan

Bahagian IV: Asas Am
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
118
MUKADIMAH


Pintu Islam ini terbuka luas. Semenjak dahulu hingga kini ia mampu menerima
pelbagai lapisan manusia untuk bernaung di bawah nama Islam. Para ulamak dan
cendiakawan Islam begitu biasa mengucapkan ungkapan-ungkapan seperti kesemua
kelompok umat ini sependapat tentang Walaupun kelompok ini mungkin sependapat
dan mungkin berbeza pendapat. Mereka mungkin betul dan mungkin silap. Namun Islam
tetap mampu menaungi mereka.

Walau bagaimanapun dalam beberapa isu, perbezaan pendapat di kalangan umat
ini telah membawa penyakit dalam pemikiran mereka dan menimbulkan fahaman yang
mengelirukan sehingga menggoncang perpaduan mereka. Malah keadaan ini mengancam
keupayaan untuk menjana tamadun dan bangkit semula daripada kemunduran yang
telah sekian lama ini.

Ustaz al-Banna sudah tentu tidak boleh mengenepikan hakikat ini atau
mengabaikan isu penting ini pada awal kebangkitan atau pada ketika memulakan
langkahnya. Oleh kerana itu Ustaz al-Banna telah mengemukakan agenda besar ini
kepada al-Azhar ash-Sharif. Beliau menyentuh isu-isu syarak yang membabitkan
pelbagai lapisan dalam masyarakat Islam. Langkah ini beliau lakukan dalam usaha
mewujudkan tapak yang sesuai untuk melancarkan agenda kebangkitan Islam yang akan
menyambung kejayaan masa silam dengan kegemilangan masa depan yang dicitakan.

Rujukan dan Neraca

Di sini saya kemukakan perkara yang telah dicapai dalam beberapa perbincangan
ketika membahaskan tentang rujukan utama agenda kebangkitan. Ustaz al-Banna
menegaskan bahawa rujukan ini mestilah dipersetujui oleh semua pihak dan sudah
tentu apa yang dimaksudkan dengan rujukan yang dipersetujui di sini ialah Islam itu
sendiri serta al-Quran kitab suci yang abadi. Menentukan rujukan yang akan diterima
pakai adalah perlu. Ia bertindak sebagai sumber yang akan dirujuk untuk mengupas
sesuatu hukum, pendapat, pendirian dan prinsip. Sumber ini akan menjadi neraca.
Dengan ini semua pihak akan memulakan langkah dengan fahaman dan pandangan yang
sama. Skopnya ialah sempadan atau ajaran Islam yang menjadi landasan gerakan
dakwah ini. Ustaz al-Banna menegaskan bahawa neraca yang menjadi kayu ukur ialah
al-Quran al-Karim. Beliau menyebut:

Saya ingin gariskan ukuran yang saya gunakan dalam menentukan kejelasan ini.
Saya akan cuba memastikan bahasa saya cukup mudah dan ringkas sehingga
tiada sebab untuk anda tidak memahaminya, jika sidang pembaca benar-benar
ingin memanfaatkannya. Saya yakin tiada siapapun di kalangan umat Islam yang
akan menolak apabila saya letakkan ukuran tersebut ialah Kitab Allah. Kita
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
119
cedok dan kita garap limpahan lautannya yang luas serta kita rujuk segala
hukumnya.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Untuk memperjelaskan lagi kefahaman tentang sumber rujukan dan neraca
kepada dakwah ini, Ustaz al-Banna telah menggariskan dua puluh asas.

Asas-asas Kefahaman

Melalui apa yang disebut sebagai Dua puluh perkara asas (Usul Isyriin) Ustaz
al-Banna mengajak masyarakat Islam supaya mempunyai satu pegangan yang
berlandaskan asas-asas ini. Asas-asas ini sehingga kini telah berjaya mewujudkan
tapak ke arah kebangkitan Islam.

Dalam buku beliau, Memahami al-Quran al-Karim yang merupakan tulisan
pertama menyentuh perkara asas ini, Ustaz al-Banna menyebut:

Saudara, saya telah berfikir panjang mengenai perselisihan pendapat ini yang
boleh kita katakan sebagai perbezaan pendapat berbentuk ilmiah di kalangan
gerakan Islam di Mesir khasnya dan di seluruh dunia Islam amnya. Saya telah
berusaha sekian lama untuk mempertautkan hati-hati mereka di bawah suatu
matlamat yang lebih besar di mana jiwa-jiwa yang beriman ini akan bersatu dan
bekerja untuk mencapainya. Mudah-mudahan dengan ini terbinalah sebuah
kebangkitan yang kita idamkan

Sememangnya saya ingin kemukakan seluruh doktrin ini untuk ditatapi oleh
seluruh pemikir Islam yang mana saya yakin ia mampu merapatkan jurang
perbezaan pendapat semua pihak Malah dengan izin Allah ia amat bertepatan
dengan kebenaran. Mudah-mudahan mereka akan merenung sedalam-dalamnya
apabila mereka merasakan ia sesuai untuk menyatukan jiwa manusia kita akan
jadikan ia sebagai asas

Ini bermakna, dua puluh perkara asas telah dikemukakan secara jelas dengan
disokong fakta yang jitu. Malah tidak dapat dinafikan ia berjaya meletakkan batu asas
ke arah mewujudkan kerjasama rantau Islam.

Menurut Ustaz al-Banna:

1. Asas ini merapatkan jurang perbezaan.

2. Dari aspek praktikal, asas ini bertepatan dengan realiti.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
120
Ustaz al-Banna seterusnya meminta agar para cendikiawan mengkaji asas ini dan
menjadikan asas ini sebagai suatu rangka ke arah menyatukan fahaman umat Islam.
Malah beliau juga mewajibkan para pengikut dan anak muridnya supaya menjadikan
asas ini sebagai ikrar mereka dengan beliau. Mereka perlu berusaha untuk memahami
segala asas ini sebaik-baiknya dan mengajak seluruh umat Islam supaya memahaminya.

Saya akan cuba bincangkan kesemua asas ini mengikut beberapa kategori supaya
lebih mudah difahami:

i. Asas aqidah (asas memahami akidah).

ii. Asas pengkaedahan (asas memahami usul fikah).

iii. Asas perundangan (asas memahami fikah).

iv. Asas am (asas memahami perkara-perkara lain).



























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
121
Bahagian I
ASAS AQIDAH
(ASAS MEMAHAMI AKIDAH)


1. Asas mengenai Kesyumulan Islam

Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan.
Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak
dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-
undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan
dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain
itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

(ASAS PERTAMA; RISALAH TAALIM)

2. Asas dalam Memahami Ayat-ayat Sifat

Mengenali, mengesakan dan mensucikan Allah Taala adalah akidah Islam yang
paling suci. Semua ayat dan hadis sahih yang menyebut tentang sifat Allah dan
apa sahaja yang berkenaan dengannya kita yakini seperti mana yang disebutkan
itu tanpa kita tafsirkan mengikut kehendak kita atau kita tolak sama sekali. Kita
tidak akan libatkan diri kita dalam perselisihan pendapat di kalangan ulama. Kita
sepatutnya meniru sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat Baginda.

`l l-l l1 ! ., _ s !,

dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam
ilmu-ilmu ugama, berkata: Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya
dari sisi Tuhan kami Ali Imran: 7

(ASAS KESEPULUH; RISALAH TAALIM)

3. Asas mengenai Larangan Mengkafir

Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah
dan masih mengamalkan tuntutannya serta menunaikan amalan fardhu - Kita
tidak mengkufurkannya disebabkan pendapatnya atau maksiat yang dilakukan -
Kecuali jika dia mengeluarkan ucapan kufur dan mengakuinya, atau mengingkari
perkara-perkara agama yang sememangnya diketahui atau tidak mempercayai
kenyataan al-Quran yang jelas, atau mentafsir al-Quran menurut cara yang
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
122
tidak bertepatan sama sekali dengan gaya bahasa Arab, atau melakukan sesuatu
yang tidak boleh diandaikan kecuali sebagai kufur.

(ASAS KEDUA PULUH; RISALAH TAALIM)

4. Asas mengenai Amalan Tawassul dan Berdoa

Doa yang dikaitkan dengan tawasul kepada Allah menggunakan perantaraan
salah satu makhluk-Nya adalah perkara yang melibatkan perselisihan pendapat
yang bersifat cabang. Masalah ini lebih kepada masalah dalam kaedah berdoa
dan bukan masalah akidah.

(ASAS KELIMA BELAS; RISALAH TAALIM)

5. Asas mengenai Tilikan dan Berita Ghaib

Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara
melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara
ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang
menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang mathur.

(ASAS KEEMPAT; RISALAH TAALIM)

6. Asas mengenai Bidah yang Tidak Berasas

Setiap amalan bidah yang dimasukkan ke dalam agama Allah dan tidak ada asas
(diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada mereka
menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat dan perlu diperangi serta
dihapuskan dengan cara yang terbaik dan tidak membawa kepada keadaan yang
lebih buruk.

(ASAS KESEBELAS; RISALAH TAALIM)

7. Asas Mengenai Amalan Bidah di Kubur dan Jenazah

Menziarahi kubur adalah sunnah dan disyaratkan dengan cara yang dinyatakan
oleh sunmh. Walau bagaimanapun meminta bantuan ahli kubur walau siapapun
mereka atau menyeru nama mereka atau meminta sesuatu hajat daripada
mereka dari dekat atau jauh, atau bernazar untuk mereka atau membuat binaan
atas kubur atau menyelimutkan kubur atau memasang lampu di kubur atau
menyentuh dan mengucup kubur itu atau bersumpah dengan nama yang lain
daripada nama Allah atau apa sahaja bidah yang berkenaan dengannya adalah
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
123
dosa besar yang perlu diperangi. Kita tidak akan bertolak ansur dengan semua
amalan ini agar tidak timbul perkara yang lebih buruk.

(ASAS KEEMPAT BELAS; RISALAH TAALIM)

8. Asas mengenai Wali, Karamah dan Akidah yang Betul

Mengasihi, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan baik
yang mereka lakukan adalah suatu amalan mendekatkan diri dengan Allah Taala.
Apa yang dimaksudkan dengan wali ialah mereka yang disebutkan oleh firman
Allah:

_%! ` l 1.

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa
bertaqwa. Yunus: 63

Karamah berlaku pada mereka dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh
syarak. Namun perlu diyakini mereka yang diredhai oleh Allah ini tidak mampu
mendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan untuk diri mereka sendiri ketika
hayat mereka dan juga setelah kematian mereka, apatah lagi untuk
melakukannya kepada orang lain.

(ASAS KETIGA BELAS; RISALAH TAALIM)


















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
124
Bahagian II
ASAS PENGKAEDAHAN
(ASAS MEMAHAMI USUL FIKAH)


Terdapat beberapa masalah yang dilalui oleh ummah untuk berinteraksi dengan
pengkaedahan fikah. Masalah ini perlu diberikan perhatian. Di samping itu perkara-
perkara yang boleh menggugat dan mewujudkan suasana yang tidak harmoni untuk
kebangkitan semula ummah ini perlu turut dikenal pasti. Ilmu usul fikah adalah ilmu
yang khusus membincangkan tentang kaedah menerbitkan hukum syarak.

Takrif usul di sini ialah sejumlah dasar dan hasil kajian yang digunakan untuk
menerbitkan hukum-hukum syarak yang berbentuk tindakan (hukum fikah). Para ulama
membahagikan sumber rujukan untuk asas ini kepada:

i. Sumber yang diiktiraf iaitu al-Quran, sunnah, ijmak dan qias. Termasuk juga
sumber yang tidak disepakati seperti pendapat sahabat, syariat sebelum syariat
Muhammad s.a.w., amalan penduduk Madinah, adat, istishab, istihsan dan
sebagainya.

ii. Sumber yang tidak diiktiraf iaitu sumber yang digunakan oleh ahli tasauf
seperti kasyaf, mimpi, ilham dan bisikan hati.

1. Asas mengenai Sumber

Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk
memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah
bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula
perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.

(ASAS KEDUA; RISALAH TAALIM)

2. Asas mengenai Menolak Kekebalan Pendapat Ulama

Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata manusia
yang maksum iaitu Nabi s.a.w.. Segala yang datang daripada generasi silam yang
diredhai Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah, kita akan terima. Jika
tidak, kitab Allah dan sunnah rasul-Nya lebih utama untuk diikut. Walau
bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana individu
yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka. Mereka telahpun
menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan.

(ASAS KEENAM; RISALAH TAALIM)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
125

3. Asas mengenai Dalil yang Tidak Diiktiraf

Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan
kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki.
Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan
tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-
nas agama.

(ASAS KETIGA; RISALAH TAALIM)

4. Asas mengenai Ijtihad dan Taklid

Setiap orang Islam yang masih belum mencapai tahap ahli nadzar, iaitu dapat
mengkaji dalil-dalil hukum dalam masalah furu hendaklah mengikut salah satu
imam dalam agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain mengikut, dia
berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga perlu
menerima segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah dipastikan
orang yang menunjuk ajar itu adalah orang yang berkebolehan dan berkelayakan.
Jika dia memang ahli ilmu, dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang
ilmu supaya mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji.

(ASAS KETUJUH; RISALAH TAALIM)




















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
126
Bahagian III
ASAS PERUNDANGAN
(ASAS MEMAHAMI FIKAH)


Kefahaman Islam kita dalam aspek ini merupakan yang terpenting dan banyak
mempengaruhi setiap langkab kita ke arah kebangkitan semula. Ustaz al-Banna
telahpun membentangkan beberapa asas penting yang perlu diambil kira dalam soal
fikah. Langkah ini perlu supaya fikah mampu berperanan memberikan kemudahan,
membawa rahmat dan menyatukan ummah. Bukan sebaliknya iaitu bersengketa dan
berpecah. Fikah ialah ilmu yang menghimpunkan hukum-hukum syarak. Sepertimana
yang sedia maklum, terdapat dua aliran fikah yang timbul kesan peristiwa sembahyang
di Bani Quraizah iaitu aliran nas/suratan (apa yang diucapkan) dan aliran maqasid
(sebab/siratan) (kenapa ia diucapkan).

1. Asas mengenai Perbezaan Darjat Amalan

Akidah adalah landasan kepada amalan. Amalan hati lebih penting daripada
amalan anggota badan. Melakukan yang terbaik dalam kedua-dua amalan ini
adalah tuntutan syarak walaupun wujud perbezaan pada sejauhmana ia dituntut.

(ASAS KETUJUH BELAS; RISALAH TAALIM)

2. Asas mengenai Pelaksanaan Pendapat Pemerintah

Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas
tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah
(kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas
syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat.

Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian (taabbud) tanpa perlu melihat kepada
maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah
dan maksud.

(ASAS KELIMA; RISALAH TAALIM)

3. Asas mengenai Larangan Menimbulkan Perpecahan Agama

Perbezaan pendapat fikah dalam soal yang kecil tidak sepatutnya menjadi
sebab untuk berpecah. Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya menimbulkan
permusuhan dan persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat
pahalanya. Namun tidak salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalah-
masalah yang dipertikaikan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
127
kemesraan dan saling bekerjasama untuk meneari kebenaran. Dengan syarat ia
tidak menimbulkan perselisihan yang tidak diingini dan budaya taksub.

(ASAS KELAPAN; RISALAH TAALIM)

4. Asas mengenai Larangan Membabitkan Diri dalam Perkara yang Tidak
Berfaedah

Setiap masalah yang tidak membuahkan amalan tidak perlu dibincangkan secara
mendalam kerana tindakan itu dianggap membebankan diri yang dilarang oleh
syarak. Ini termasuklah tindakan menambah hukum-hakam yang masih belum
berlaku, mengkaji maksud ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh
sains, berbincang mengenai kemuliaan seorang sahabat berbanding sahabat yang
lain dan persengketaan yang berlaku di kalangan mereka. Setiap sahabat ada
kelebihan mereka sebagai seorang sahabat nabi dan mereka akan mendapat
pahala bergantung kepada niat mereka. Begitu juga dengan takwil yang
dibenarkan.

(ASAS KESEMBILAN; RISALAH TAALIM)

5. Asas mengenai Bidah yang Tiada Bersumber

Bidah yang dilakukan dengan cara menambah ataupun meninggalkan atau
beriltizam dalam mengamalkan sesuatu ibadat merupakan masalah perbezaan
pendapat dari sudut fikah. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri.
Namun tidak salah untuk mencari kebenaran dengan berpandukan dalil dan
bukti.

(ASAS KEDUA BELAS; RISALAH TAALIM)














PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
128
Bahagian IV
ASAS AM


Terdapat beberapa asas yang tertakluk kepada asas-asas sebelum ini terutama
asas pengkaedahan. Namun demikian asas-asas ini turut dilihat meliputi asas-asas yang
lain. Oleh itu saya letakkan asas-asas ini sebagai asas-asas am.

6. Asas mengenai Adat yang Salah dan Permainan Bahasa

Adat sumbang yang diamalkan tidak boleh mengubah hakikat lafaz-lafaz
syarak. Malah apa yang dimaksudkan oleh istilah syarak ini perlu dikenal pasti
ruang lingkupnya dan dilaksanakan mcnurut erti istilah tersebut. Di samping itu
budaya mempermainkan istilah perlu dielak dalam seluruh aspek dunia dan
agama. Perkara yang diambil kira bukannya nama, sebaliknya apa yang
dimaksudkan oleh nama tersebut.

(ASAS KEENAM BELAS; RISALAH TAALIM)

7. Asas mengenai Hubungan antara Teori Syarak dan Teori Akal

Ada pandangan syarak yang tidak bertepatan dengan pandangan akal namun
akal dan syarak tidak akan bertembung dalam soal yang pasti. Penemuan sains
yang sah tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Bagi perkara
yang tidak dipastikan oleh akal atau oleh syarak, ia perlu disesuaikan supaya
bertepatan dengan apa yang pasti. Bagi perkara yang tidak dapat dipastikan
oleh syarak dan oleh akal, pandangan syarak perlu diutamakan sehingga akal
dapat membuktikan kebenarannya atau sebaliknya.

(ASAS KESEMBILAN BELAS; RISALAH TAALIM)

8. Asas mengenai Sempadan Kemampuan Akal

Islam membebaskan akal dan menggalakkan manusia memerhatikan alam
semesta. Islam mengangkat darjat ilmu dan ulama. Islam juga mengalu-alukan
segala perkara yang baik dan bermanfaat.

Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia
menemuinya, dia adalah orang yang paling berhak memilikinya.

(ASAS KELAPAN BELAS; RISALAH TAALIM)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
129
Terdapat beberapa kata-kata Ustaz al-Banna dalam beberapa tulisan beliau
yang menghuraikan asas yang terakhir ini. Ada eloknya, huraian ini dibentangkan di sini
supaya boleh dimanfaatkan dengan izin Allah.

i. Akal adalah faktor yang menentukan tanggungjawab

Asas bagi semua akidah Islam (sama seperti hukum-hukum syarak) ialah Kitab
Allah Taala dan sunnah rasul-Nya. Namun anda juga perlu tahu bahawa semua
keyakinan ini turut disokong oleh akal dan dikuatkan oleh fikiran yang sahih.
Oleh kerana itu Allah mengajukan setiap perintah-Nya kepada akal sebagai
suatu penghormatan dan Allah menjadikan akal sebagai asas pertanggung
jawaban. Allah menggalakkan akal supaya mengkaji, merenung dan memikir.
Malah Allah meminta supaya pihak lawan mengemukakan dalil dan bukti walaupun
dalam perkara yang telah jelas salah. Semua ini kerana menghormati dan
mengutamakan amalan pembuktian dan penghujahan. Dengan ini kita menyedari
Islam tidak pernah menghalang manusia berfikir atau mengongkong fikiran.
Cuma Islam membimbing akal ini supaya beriltizam dengan sempadannya,
mengajarnya akan kecetekan ilmunya dan menggalakkan ia supaya sentiasa
menambah pengetahuannya.

ii. Kepelbagaian cara berfikir untuk mendalami ilmu

Budaya ilmu Islam telah menimbulkan budaya perbahasan ilmu. Di mana
perbahasan melibatkan perkara seperti sumber, asal-usulnya, hubungannya dengan akal
dan hubungannya dengan perkara ghaib. Namun semua pengetahuan ini diletakkan di
bawah suatu garis panduan yang tersendiri dan saling berkaitan. Garis panduan ini
telah menyelesaikan kecelaruan yang berlaku pada fikiran manusia. Malah garis
panduan ini telah menggariskan kaedah berfikir yang betul. Ustaz al-Banna menyentuh
mengenai perkara ini:

Semenjak manusia wujud di atas muka bumi ini hinggalah ke hari ini, pemikiran
manusia telah berkembang (secara keseluruhannya kecuali yang menerima
hidayah Allah) dalam tiga zaman yang berbeza atau boleh kita katakan ia
terbahagi kepada tiga aliran pemikiran.

1. Zaman yang penuh khurafat, tertutup dan tunduk sepenuhnya kepada alam ghaib
dan kuasa yang tidak dapat dilihat dan dirasa.

2. Zaman pasif, materialistik, menafikan alam ghaib dan menolak kuasa yang tidak
dapat dirasa serta apa juga yang berkaitan dengannya.

3. Gabungan di antara pemikiran alam ghaib dan pemikiran sains.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
130
Aliran pemikiran yang pertama dan kedua jelas silap dan keterlaluan, ia
menunjukkan kejahilan manusia sendiri tentang perkara yang ada dalam
persekitaran mereka. Islam yang suci ini telah menjelaskan masalah ini dengan
begitu mendalam dan betul. Islam mengakui kewujudan alam roh. Islam
menjelaskan hubungan antara manusia dengan Allah, Tuhan kepada segala
hidupan. Islam juga menjelaskan tentang kehidupan di hari akhirat selepas
kehidupan di dunia ini. Islam meletakkan keyakinan kepada Allah adalah asas
kepada baik buruk jiwa manusia yang merupakan sebahagian alam roh. Hanya
keyakinan ini sahaja satu-satunya jalan untuk memperbaiki jiwa manusia. Islam
menggambarkan alam ghaib tersebut sehingga ia mudah diterima oleh fikiran
manusia dan tidak bercanggah dengan rasional akal. Namun demikian Islam tetap
mengakui kelebihan alam material ini dan mengakui ia mampu membawa kepada
kesejahteraan hidup manusia jika dibangunkan dengan cara yang betul dan
digunakan dengan cara yang baik. Islam turut mengajak manusia melihat langit
dan bumi dengan cara yang betul. Malah Islam meletakkan pemerhatian ini boleh
membawa manusia mengenali Allah Taala.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Apabila seorang akh muslim memahami agamanya melalui asas-asas ini, barulah
dia memahami apa yang dimaksudkan setiap kali dia melaungkan:

Allah matlamat kami,

Al-Quran perlembagaan kami,

Rasul pimpinan kami.

Saya akhiri tajuk ini dengan mengemukakan kata-kata Ustaz al-Banna yang
ditujukan kepada mereka yang bekerja bersamanya. Beliau menegaskan nikmat kerana
memahami Islam yang betul. Beliau menyebut:

Saudara, ingatlah baik-baik! Kerana nikmat Allah, kamu telah memahami Islam
ini dengan fahaman yang sebenar dan sejati. Kamu memahami bahawa Islam itu
mudah, menyeluruh dan lengkap. Islam seiringan dengan zaman dan mampu
memenuhi kehendak seluruh manusia, seterusnya mampu memberikan
kebahagiaan kepada manusia. Islam tidak jumud seperti yang dimahukan oleh
golongan yang jumud namun Islam itu tidaklah terlalu bebas seperti golongan
yang terlalu bebas. Islam tidaklah rumit seperti yang difahami oleh ahli
falsafah. Islam bersifat sederhana; tidak terlalu ketat dan tidak terlalu
longgar. Ia bersumberkan kitab Allah, sunnah rasul-Nya dan cara hidup para
generasi silam yang soleh. Kamu kutip sumber ini dengan penuh rasional dan
sedar, dengan hati yang yakin dan percaya, dengan akal yang cerdas dan tajam.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
131
Kamu mengenali Islam yang sebenar iaitu Islam yang mencakupi akidah dan
ibadah, negara dan bangsa, akhlak dan material, toleransi dan kuasa, ilmu dan
undang-undang. Kamu yakini Islam dengan ertikata yang sebenar iaitu Islam
yang mencakupi agama dan negara, kerajaan dan rakyat, mushaf dan pedang.
Kamu yakin Allah telah melantik umat Islam sebagai khalifah kepada seluruh
manusia di muka bumi ini.

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (maksud Al-
Baqarah: 143)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)




























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
132
Fasal 8
MATLAMAT DAKWAH


Bahagian I: Matlamat Utama Dakwah

Bahagian II: Wawasan Dakwah

Bahagian III: Objektif Dakwah


































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
133
Bahagian I
MATLAMAT UTAMA DAKWAH


Matlamat bermaksud sasaran iaitu tuntutan asasi manusia dan tiada tuntutan
lain yang lebih besar daripada itu. Matlamat hidup manusia ialah mencapai tujuan
ciptaannya. Tujuan ciptaan manusia ialah pengabdian iaitu pengabdian kepada Pencipta
yang Maha Suci bersesuaian dengan firman Allah Taala:

! 1l> _>' _ | ,-l

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. Az-Zariyat: 56

Di sini Ustaz al-Banna menyebut:

Al-Quran telah menetapkan matlamat dan sasaran hidup manusia. Al-Quran
juga menjelaskan bahawa ada manusia yang tumpuan hidup mereka:

1. Makan dan berseronok. Allah berfirman:

_%! ` `-.. l! ! `!. `- '!l .

dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta
mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum,
sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. Muhammad: 12

2. Hiasan dan kesenangan hidup yang akan fana. Allah berfirman:

_` _!ll `> ,:l !.l _,,l ,L1l L1l %! .l
l .l - ,>l l _. >l !l < s `.`> ,!l


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda
yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda
yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang
bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
134
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi
Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). Ali Imran: 14

3. Mewujudkan huru-hara, mencetus suasana yang tidak selamat dan tidak aman.
Mereka ini disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya:

_ _!l _ ,,>-` `&! >l !l :` < ls ! .,l $! !.l
| |. _- _ .`l ! ,l` , >l `.l < > !.l

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan
dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah
dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam
hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi,
untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan
keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada
bencana kerosakan. Al-Baqarah: 204-205

Inilah antara matlamat manusia dalam hidup ini. Semoga Allah menjauhkan orang
yang beriman daripada matlamat seperti ini dan menyerahkan kepada mereka
peranan yang lebih besar. Sememangnya Allah telah serahkan di bahu mereka
tanggungjawab yang jauh lebih mulia:

4. Memimpin manusia ke arah jalan yang benar, membimbing manusia ke arah jalan
yang baik dan melancarkan cahaya Islam ke seluruh dunia. Ini dinyatakan oleh
firman Allah:

!! _%! ` `- >` ,s >, l- ,l l-l >l. N
> < _> .!> >8,.> ! -> />l. _l _ _> '# >,
,| `>9 _,l`.l _ `, >l `l : />l. >.
ls _!l ! l.l . l ..s <!, `>9l - |l - ,.l


Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan
sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya),
serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
135
akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-
benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan
Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-
orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah
(Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan
supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada
umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah!
Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja
sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. Al-Hajj: 77-78

Demi Allah! wahai saudaraku yang dihormati, adakah umat Islam hari ini
memahami pengertian ini daripada kitab Tuhan rnereka? Dengan itu jiwa dan
roh mereka merdeka daripada kehambaan dunia. Bersih daripada segala
kongkongan syahwat dan hawa nafsu. Tidak terlibat dengan soal yang remeh-
temeh dan matlamat yang terlalu remeh. Mereka kerahkan seluruh jiwa mereka
untuk Allah yang telah mencipta langit dan bumi dengan penuh ikhlas serta mahu
memartabatkan kalimah Allah dan berjuang di jalan-Nya. Mereka berusaha
mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya. Ataupun pada
hakikatnya mereka adalah tawanan dan hamba kepada syahwat dan hawa nafsu
mereka sendiri. Apa yang menjadi tumpuan mereka hanyalah sesuap nasi,
kenderaan, hiasan, tidur yang nyenyak, wanita yang cantik, imej yang palsu dan
gelaran yang kosong.

Penyair menyebut:

Mereka leka dengan impian lantas mempertaruhkan nasib mereka. Mereka
dakwa telah harungi lautan gelora namun sebenarnya mereka belum diuji.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.:

Celakalah hamba dinar; hamba dirham, hamba qatifah.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Dengan ini juga bermakna matlamat ini menjadi matlamat utama dakwah kita.
Inilah matlamat utama agenda kebangkitan kita. Matlamat kita ialah mengabdikan diri
kepada Pencipta yang Maha Suci dengan membimbing manusia ke jalan yang benar, ke
arah kebaikan manusia dan menyinari dunia dengan cahaya Islam.



PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
136
Bahagian II
WAWASAN DAKWAH


Wawasan ialah suatu watikah yang menjelaskan prospek masa depan sesebuah
jamaah. Wawasan menjelaskan peranan yang bakal dimainkan bagi merealisasikan
prospek ini melalui beberapa lapangan atau pelan tindakan tertentu, mengambil kira
sempadan dan tempoh tertentu serta sasaran yang dimaksudkan. Wawasan
menjelaskan matlamat utama sesebuah jamaah. Peranan atau wawasan dakwah ini boleh
disimpulkan kepada empat doktrin yang dinyatakan oleh Ustaz al-Banna seperti
berikut:

i. Membebaskan ummah daripada sebarang sekatan politik dan membangun semula
ummah.

ii. Menegakkan kuasa Islam yang bersepadu.

iii. Berhadapan dengan cabaran kebendaan.

iv. Memimpin dan membimbing seluruh manusia.

Kita akan bincangkan setiap doktrin ini secara mendalam berdasarkan gagasan
Ustaz al-Banna.

1. Membebaskan Ummah daripada Sebarang Sekatan Politik dan Membangun
Semula Ummah

Ustaz al-Banna menyebut:

Di sana ada tanggungjawab serampang dua mata:

1. Membebaskan bangsa ini daripada kongkongan politik supaya bangsa ini
memperolehi kemerdekaannya dan kembali menikmati kemerdekaan serta
kedaulatannya yang telah hilang.

2. Membina semula bangsa ini supaya mampu berjalan seiringan dengan bangsa-
bangsa lain. Malah mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain menikmati taraf
hidup yang sempurna.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

2. Menegakkan Kuasa Islam yang Bersepadu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
137
Ustaz al-Banna menggariskan doktrin ini dengan menyebut:

Namun untuk huraian lebih terperinci, tugas ini bermula:
Sistem politik
Sistem hubungan antarabangsa
Pelaksanaan sistem kehakiman
Sistem ekonomi
Sistem pendidikan dan pelajaran
Sistem keluarga dan rumah tangga
Sistem yang berhubung dengan tingkah laku individu
Malah semua budaya yang diamalkan oleh individu dalam negara sama ada oleh
pemerintah atau rakyat

(IKHWAN MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

3. Berhadapan dengan Cabaran Kebendaan

Ketika menjelaskan doktrin ini Ustaz al-Banna menyebut:

Peranan kita secara ringkasnya: Kita perlu sekat arus deras yang berupa
tamadun kebendaan dan peradaban yang penuh dengan hiburan dan pesona ini
yang kini sedang melanda umat Islam. Arus ini menyebabkan umat Islam hanyut
terpinggir daripada pimpinan Nabi s.a.w. dan petunjuk al-Quran.

(IKHWAN MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

4. Memimpin dan Membimbing Seluruh Manusia

Di sini Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa wawasan Islam ini dipetik daripada
Islam itu sendiri yang menjadi pembimbing dan cahaya kepada seluruh bangsa manusia.
Beliau berkata:

Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh lkhwan al-Muslimin kepada seluruh
manusia supaya umat Islam benar-benar memahaminya. Malah supaya mereka
bersedia melaksanakannya dengan penuh keazaman dan ketabahan. Mesej ini
bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya
mesej ini lelas dinyatakan oleh ayat-ayat al-Quran al-Karim. Mesej ini dengan
jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mulia. Malah turut
ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan
contoh teladan terbaik dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam. Jika
umat Islam mahu menerima mesej ini, ia menjadi tanda keimanan dan keislaman
mereka yang sebenar. Jika mereka keberatan atau masih sangsi, di hadapan kita
ada Kitab Allah. Hukumnya adil dan keputusannya muktamad. Ia akan menjadi
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
138
hakim antara kita dan saudara-saudara kita ini. Kitab Allah yang menentukan
sama ada kita di pihak yang benar atau salah.

!, _. !, _,, ! _>l!, ,> _,>.l _

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran
(keadilan), kerana engkau jualah sebaik-baik hakim. Al-Araf: 89

(HALATUJU DAKWAH KITA)

































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
139
Bahagian III
OBJEKTIF DAKWAH


Ustaz al-Banna telah menyentuh mengenai objektif dakwah dalam pelbagai
tulisan beliau dengan menggunakan beberapa istilah seperti matlamat kita atau apakah
yang kita mahukan atau sasaran kita. Saya akan cuba kemukakan kerangka objektif ini
mengikut kacamata Ustaz al-Banna.

Untuk memahami objektif yang ditetapkan oleh Ustaz al-Banna kita perlu
menyorot semula peranan seorang muslim menurut pandangan al-Banna. Beliau
menyebut:

Tanggungjawab muslim yang sebenar telah digariskan oleh Allah Taala dalam
sepotong ayat dan kemudian diulangi beberapa kali pada ayat-ayat yang lain
dalam al-Quran. Ayat yang menggariskan peranan umat Islam dalam kehidupan
ini ialah firman Allah Taala:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan
sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya),
serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-
benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan
ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam
perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang
Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah
(Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan
supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada
umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah!
Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja
sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. (maksud Al-Hajj:
77-78)

Ungkapan yang cukup jelas, tiada kekeliruan dan tiada kekaburan.

i. Allah memerintahkan umat Islam mendirikan sembahyang yang merupakan induk
ibadah, tiang agama Islam dan imej Islam yang paling ketara. Allah
memerintahkan mereka agar menyembah Allah dan tidak menyekutukan Allah
dengan yang lain. Dan mereka hendaklah melakukan kebaikan menurut
kemampuan mereka Inilah tanggungjawab individu bagi segenap muslim yang
perlu dilakukannya.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
140
ii. Setelah itu Allah perintahkan mereka supaya berjuang di jalan Allah dengan
bersungguh-sungguh demi mengembangkan dakwah ini kepada seluruh manusia
dengan hujah yang mantap.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Ustaz al-Banna seterusnya menggariskan tugas seorang muslim dengan berkata:

Wahai umat Islam, mengabdikan diri kepada tuhan kamu dan berjihad demi
memartabatkan agama dan syariat kamu adalah tanggungjawab kamu dalam
hidup ini.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Dengan ini wujud dua tugas besar seorang muslim iaitu:

i. Pengabdian dan melakukan perkara yang baik.

ii. Jihad demi memantapkan syariat.

Sebelum saya gariskan objektif ini dengan lebih tersusun, marilah kita sama-
sama lihat bagaimana Ustaz al-Banna membahagikan objektif ini dalam ucapannya di
Muktamar Keenam. Beliau bahagikan objektif ini kepada matlamat jangka pendek dan
matlamat jangka panjang. Ustaz al-Banna menyebut:

Ikhwan al-Muslimin bekerja bagi mencapai dua matlamat. Pertama, matlamat
jangka pendek yang boleh difahami dan dirasai kesannya pada hari pertama
seseorang itu terlibat dalam jamaah ini ataupun matlamat ini boleh dilihat
melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh beberapa orang Ikhwan di lapangan
umum. Kedua, matlamat jangka panjang yang memerlukan Ikhwan menanti
peluang, menunggu masa yang sesuai, melakukan persediaan yang baik dan
melalui pembinaan insan.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

1. Matlamat Jangka Pendek: Memberi Sumbangan Untuk Kebaikan Umum dan
Khidmat Masyarakat

Matlamat yang pertama ialah melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan
umum walau apapun bentuknya dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila
peluang tersedia. Apabila seorang saudara berhubung dengan Ikhwan, dia
dituntut:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
141
a. Membersihkan jiwanya, memperbaiki akhlaknya, mempersiapkan roh, akal dan
jasmaninya untuk mengharungi jihad yang lama yang akan ditempuhinya suatu
masa nanti.

b. Setelah itu dia diminta pula untuk mengembangkan semangat itu kepada ahli
keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang di sekelilingnya. Seorang akh
akan hanya menjadi seorang muslim yang sebenar jika dia melaksanakan hukum
dan akhlak Islam. Dia juga perlu berpegang kuat dengan segala perintah dan
larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya.

_ ! !1 !! !>' !11. _l _ !8 _ ,l> _
!9

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal)
jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada
bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang
sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih
- itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Ash-Shams: 7-10

Adakah ini sahaja yang Ikhwan al-Muslimin mahukan dan adakah kerana ini
mereka membuat persiapan diri?

Tidak saudara, bukan ini sahaja yang kita inginkan. Ini hanyalah sebahagian
kecil yang kita lakukan kerana rnencari keredhaan Allah. Ini adalah matlamat
jangka pendek kita. Kita memenuhi masa dengan melakukan amalan-amalan
kebajikan sehingga tiba masa dan suasana yang sesuai untuk kita melakukan
perubahan yang menyeluruh seperti yang kita impikan.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

2. Matlamat Jangka Panjang: Pemulihan yang Bersepadu dan Merubah Keadaan
yang Sedia Ada

Tentang matlamat utama lkhwan Tentang matlamat agung Ikhwan Tentang
perubahan yang diinginkan oleh Ikhwan. Di mana mereka membuat persediaan
untuk perubahan ini Perubahan yang Ikhwan mahukan ialah perubahan yang
menyeluruh dan bersepadu yang dibantu oleh seluruh potensi ummah yang
melangkah ke satu arah mengganti dan menukar keadaan yang sedia ada.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
142

Ikhwan al-Muslimin bekerja supaya sistem ini disokong oleh pemerintah, supaya
sebuah negara Islam yang baru akan muncul, supaya segala hukum-hakam Islam
ini dilaksanakan sepenuhnya, supaya muncul sebuah kerajaan Islam di tengah
masyarakat yang akan didokong oleh umat Islam; kehidupan masyarakat ini akan
diatur menurut syariat Islam sepertimana perintah Allah yang disampaikan
kepada Nabi s.a.w. di dalam kitab-Nya. Firman Allah:

. ,l-> ls -. _ !-,.! _,.. _%! l- | _l `-`
s _ < !: | _,lLl .-, '!l _-, < | _,1.l _

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka
turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang
tidak mengetahui (perkara yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali
akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau
menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya
menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang
salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang
yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya). Al-Jathiyah: 18-19

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Setelah Ustaz al-Banna menjelaskan matlamat jangka pendeknya dan keadaan
yang akan dilalui untuk mencapainya, kemudian beliau menjelaskan pula matlamat
jangka panjang yang menjadi landasan kepada gerakan kebangkitan ini, beliau telah
menggariskan pendekatan Ikhwan al-Muslimin dan jalan yang perlu dilalui oleh ummah
ini, sila perhatikan ucapan beliau kepada para pemuda:

Manhaj Ikhwan al-Muslimin mengandungi beberapa peringkat dan langkah
dengan teratur dan jelas. Kami amat-amat memahami apa yang kami mahukan
dan kami tahu cara untuk merealisasikan segala kemahuan ini.

1. Pertama-tamanya kami mahukan lelaki yang Islam

2. Selepas itu kami mahukan keluarga yang Islam

3. Selepas itu kami mahukan sebuah masyarakat yang Islam

4. Selepas itu kami mahukan sebuah kerajaan Islam

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
143
5. Selepas itu kami mahu satukan semua negara-negara Islam

6. Selepas itu kami mahu panji Allah kembali berkibar megah di kawasan itu

7. Selepas itu malah serentak dengan itu kami mahu mengisytiharkan dakwah kami
ke seluruh dunia dan kami sampaikan dakwah ini kepada seluruh manusia. Kami
akan kemukakan dakwah ini ke segenap pelusuk bumi.

(BUAT PEMUDA)

Dalam tulisan terakhir beliau, Antara semalam Dan Hari ini yang ditulis ketika
beliau merasakan akan wujud halangan yang dikenakan terhadap beliau dan jamaah
yang diasaskannya, beliau telah menulis objektif penting yang perlu diberikan
perhatian dengan jelas oleh jamaah ini. Beliau berkata:

Namun ingatlah sentiasa bahawa kamu mempunyai dua matlamat besar:

1. Membebaskan dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing

2. Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini

Kita mahu kedua-dua matlamat ini tercapai di lembah Nil ini, di negara-negara
Arab dan di seluruh muka bumi yang Allah berikan anugerah untuk mengencapi
nikmat Islam sebagai suatu agama, suatu identiti, dan suatu akidah

(ANTAR SEMALAM DAN HARI INI)

Melalui penyusunan semula setiap ucapan Ustaz al-Banna yang menyentuh
objektif dakwah dan hubung kait setiap objektif yang dinyatakan dalam beberapa
tulisan beliau terutama dalam Risalah at-Taalim; sebuah tulisan terbaik yang pernah
dihasilkan oleh Ustaz al-Banna rha.a., yang menjelaskan rukun baiah yang ketiga iaitu
amal dan peringkat amal yang perlu dilakukan. Melalui penyusunan tersebut saya dapat
simpulkan bahawa dua matlamat yang dinyatakan sebelum ini turut mengandungi
objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang. Objektif ini boleh dikemukakan
seperti berikut:

Bahagian pertama: Melaksanakan pengabdian dan melakukan perkara yang baik

Matlamat jangka pendek ialah:

1. Memulihkan individu.

2. Membina keluarga.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
144

3. Membimbing masyarakat.

Bahagian kedua: Jihad demi memantapkan syariat

Matlamat jangka panjang ialah:

1. Memulihkan kerajaan.

2. Mengembalikan khilafah.

3. Membina kekuasaan.

4. Kuasa dunia (ustaziah).

Secara lebih mendalam semua objektif menurut pemikiran Ustaz al-Banna ini
boleh dijelaskan seperti berikut:

Matlamat Jangka Pendek

1. Memulihkan individu (Pembentukan rijal). Bagi menjelaskan objektif ini, Ustaz
al-Banna menyebut:

Namun suatu bangsa yang sedang berjuang ke arah kebangkitan semula dan
berhadapan landasan yang mantap; Masa depan yang menjamin kesejahteraan
dan keselesaan buat generasi baru. Bangsa yang mahu menuntut hak dan harga
diri mereka yang telah dirampas, bangsa ini sebenarnya memerlukan
pembangunan yang berbeza.

Bangsa ini sebenarnya rnemerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak.
Anak bangsanya perlu dididik agar memiliki sifat kelelakian yang sebenar. Agar
mereka mampu menghadapi segala rintangan di sepanjang jalan serta sedia
menanggung segala kesulitan.

Lelaki adalah rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang
menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah
kelahiran lelaki-lelaki yang berketrampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan
yang tinggi. Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana
bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki yang memiliki sifat-sifat kelelakian
yang sebenar. Saya yakin dan sejarah membuktikan bahawa seorang lelaki
mampu membina sebuah bangsa jika dia memiliki sifat kelelakian yang
sebenarnya. Dalam masa yang sama dia juga mampu menghancurkan bangsa ini
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
145
jika sifat kelelakiannya dihalakan ke arah kehancuran bukan ke arah
pembangunan bangsanya.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ustaz al-Banna juga telah menggariskan ciri-ciri seorang anggota Ikhwan yang
sebenar:

Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang
mantap, berilmu, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul,
bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan
berguna kepada orang lain. Semua itu wajib bagi saudara semua.

(RISALAH TAALIM)

2. Membina keluarga. Ustaz al-Banna seterusnya menjelaskan pula peringkat
membina keluarga Islam, beliau berkata:

Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati
gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup
berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan
tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka
berdasarkan prinsip Islam. Ia juga wajib bagi saudara semua.

(RISALAH TAALIM)

3. Membimbing masyarakat. Setelah itu beliau menggariskan pula objektif untuk
meningkatkan tahap masyarakat, beliau berkata:

Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam
masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping
menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang
baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat
supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya
masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara
semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.

(RISALAH TAALIM)

Matlamat Jangka Panjang

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
146
4. Mememulihkan kerajaan. Berkenaan dengan matlamat jangka panjang, Ustaz al-
Banna telah membincangkan objektif ini secara mendalam berdasarkan tahap
serantau. Beliau berkata:

Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu
kerajaan ini akan menjadikan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau
orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam ialah
kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu
Islam dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan ini
sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam.

Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan
nasib rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat
ketika menggunakannya.

Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, melaksanakan undang-
undang, memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan negara,
menjaga mutu kesihatan, memelihara kepentingan rakyat, membangunkan
sumber negara, menjaga keselamatan sumber negara, memantapkan akhlak
rakyat dan mengembangkan dakwah.

Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu
memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa
dan harta.

Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihati dan ditunjuk ajar. Jika tidak, ia perlu
dipecat dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai
Allah.

(RISALAH TAALIM)

5. Mengembalikan khilafah (simbol perpaduan umat Islam). Di peringkat ummah
Ustaz al-Banna menekankan aspek perpaduan. Beliau berkata:

Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat lslam dengan cara
memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah
kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara
mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan
lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan Menjadi tonggak dunia
(ustaziatul alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.

! < | .`
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
147

sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya At-
Taubah: 32

(RISALAH TAALIM)

Ustaz al-Banna menjelaskan lagi objektif utama ini:

Ikhwan meyakini bahawa khilafah adalah simbol perpaduan lslam dan lambang
wujudnya ikatan antara semua bangsa Islam. Khilafah adalah syiar Islam yang
perlu difikir dan ditekankan oleh umat Islam. Khilafah menjadi penentu kepada
pelaksanaan banyak hukum dalam agama Allah. Oleh itu para sahabat yang
diredhai Allah menekankan aspek ini lebih daripada persiapan dan pengebumian
jenazah Nabi s.a.w.. Mereka memastikan masalah ini selesai terlebih dahulu.

Atas dasar ini Ikhwan al-Muslimin meletakkan khilafah dan usaha ke arah
mengembalikan khilafah sebagai agenda utama mereka. Namun demikian Ikhwan
yakin semua itu memerlukan kepada pelbagai langkah awal.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

6. Membina kekuasaan. Bagi mencapai objektif ini Ustaz al-Banna menekankan
keperluan kepada kemerdekaan umat Islam. Beliau menyebut:

Namun ingatlah sentiasa bahawa kamu mempunyai dua matlamat besar:

1. Membebaskan Dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing

2. Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini.

Kita mahu kedua-dua matlamat ini tercapai di lembah Nil ini, di negara-negara
Arab dan di seluruh muka bumi yang Allah berikan anugerah untuk mengecapi
nikmat Islam sebagai suatu agama, suatu identiti, dan suatu akidah

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

7. Kuasa Dunia (ustaziah). Menyentuh mengenai penyebaran sinar Islam dan
membimbing manusia ke arah jalan yang benar dan bermanfaat, Ustaz al-Banna
menyebut:

Menjadi tonggak dunia (ustaziatul alam) dengan cara menyebarkan Islam ke
seluruh pelusuk dunia.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
148
! < | .`

sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya At-
Taubah: 32

(RISALAH TAALIM)

Dengan segala penjelasan ini Ustaz al-Banna telah berjaya menggariskan
objektif yang menyeluruh untuk dakwah ini. Setiap individu dan seluruh umat Islam
perlu bekerja untuk mencapai matlamat ini bagi memenuhi matlamat pengabdian
kepada Maha Pencipta dan bagi merealisasikan agenda kebangkitan.































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
149
Fasal 9
ELEMEN DAKWAH


Bahagian I: Fasa Dakwah

Bahagian II: Wasilah

Bahagian III: Polisi


































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
150
Bahagian I
FASA DAKWAH


Dakwah ini bermula dalam bentuk bisikan hati atau usaha individu yang mahu
menyelamatkan manusia. Sila perhatikan ungkapan Ustaz al-Banna mengenai perkara
ini:

1. Fasa bisikan hati di mana Ustaz al-Banna menyebut:

Semua wawasan ini sentiasa menjadi monolog dan munajat dalam diri saya.
Malah saya turut luahkan buah fikiran ini kepada kebanyakan mereka yang ada
di sekeliling saya. Mungkin secara individu atau ketika ceramah dan pengajian di
masjid. Saya akan kemukakan idea ini setiap kali ada peluang. Adakalanya saya
merangsang beberapa rakan saya di kalangan ulamak supaya mereka mengorak
langkah dan menggandakan usaha menyelamatkan manusia dan membimbing
masyarakat agar menikmati keindahan Islam.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

2. Fasa berhimpun di bawah satu gagasan dan kemudian berorganisasi. Bermula
dengan fasa bisikan hati dan usaha individu ia beralih kepada fasa
menghimpunkan tenaga yang mempunyai satu gagasan dan kemudian beralih
kepada fasa berorganisasi. Fasa ini dijelaskan oleh Ustaz al-Banna:

Saya mula mengorak langkah dengan bertemu ramai pemimpin masyarakat. Saya
kemukakan kepada mereka betapa perlunya kita bangkit, berusaha dan
mengorak langkah secara bersungguh dan efektif. Saya mendapat pelbagai
sambutan; ada yang keberatan, ada yang memberangsangkan dan ada yang
meminta masa. Malangnya saya tidak temui apa yang saya inginkan iaitu
keinginan untuk menggabungkan segala tenaga secara berkesan

Saudara, di Ismailiyah saya telah meletakkan batu asas pertama untuk fikrah
atau gagasan ini. Inilah kali pertama lahirnya sebuah pertubuhan yang kecil di
mana kami akan bekerja dan kami akan dokong panjinya. Kami berjanji dengan
Allah untuk menjadi tentera sepenuhnya di jalan Allah di bawah nama al-Ikhwan
al-Muslimun. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zul Kaedah, 1347 Hijrah.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

3. Berperingkat Fasa-fasa. Gagasan ini seterusnya berkembang kepada beberapa
fasa secara berperingkat, sama ada serentak atau seiring mengikut peredaran
masa. Beliau menyebut:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
151

Berperingkat, menekankan aspek tarbiyah, di samping memahami dengan jelas
setiap langkah yang dilalui oleh Ikhwan al-Muslimin. Semua ini diambil kerana
Ikhwan meyakini bahawa mana-mana gerakan perlu melalui tiga fasa (marhalah)
iaitu fasa penerangan, menyebarkan fikrah dan menyampaikannya kepada
segenap lapisan masyarakat. Fasa seterusnya adalah fasa pembinaan, memilih
pendokong, membentuk kader dan menggabungkan mereka yang diseru tadi.
Fasa berikutnya adalah fasa pelaksanaan, beramal dan mengeluarkan hasil. Pada
kebiasaannya ketiga-tiga fasa ini berjalan serentak bergantung kepada
keutuhan dakwah dan kekuatan hubungan sesama pendokong dakwah. Ini
bermakna seorang pendakwah akan berdakwah, dalam masa yang sama dia akan
memilih dan mendidik, dalam masa yang sama juga dia akan bekerja dan
melaksana.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan ini bermakna menurut Ustaz al-Banna dari segi teori, fasa dakwah ini
berperingkat. Namun dari segi praktikal, kesemua fasa ini berjalan seiringan dan
serentak. Namun demikian tumpuan kepada sesuatu peringkat kerana berdasarkan
perkembangan sesuatu amal boleh digunakan untuk menetapkan status sesuatu
peringkat. Namun ia tidak menafikan perjalanan peringkat yang lain. Ia hanya menjadi
petunjuk kepada peratus tumpuan yang diberikan.

Secara Ringkas Pandangan Ustaz al-Banna tentang Fasa Dakwah

Berdasarkan pemikiran Ustaz al-Banna kita boleh gariskan fasa yang dilalui oleh
dakwah selepas melalui fasa bisikan hati dan berhimpun seperti berikut:

1. Fasa dakwah dan pengenalan.

2. Fasa penyediaan dan pembentukan.

3. Fasa bekerja dan melaksanakan.

4. Fasa negara atau rantau (negara-negara yang mempunyai sumber dan sistem
nilai yang sama).

5. Fasa awal ke arah pembentukan khilafah.

6. Fasa mengembalikan kewujudan di peringkat antarabangsa.

7. Fasa sebagai pemimpin dunia.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
152
Ustaz al-Banna telah menjelaskan pandangan beliau berkenaan kesemua fasa ini
dalam tulisan beliau:

1. Fasa dakwah dan pengenalan

Ustaz al-Banna telah menghuraikan skop, ciri dan pendekatan di peringkat ini:

Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat.
Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja
untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya
dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina
prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang
praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa
dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan
oleh risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat
umum.

Dalam fasa ini, sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja
jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah boleh
berhubung dengan jamaah.

(RISALAH TAALIM)

Dengan ini kita dapat gariskan ciri-ciri fasa ini seperti berikut:

i. Sistem mengikut organisasi-organisasi yang tersusun.

ii. Memainkan peranan untuk kebajikan umum.

iii. Wahana yang digunakan ialah nasihat dan bimbingan.

iv. Mewujudkan prasarana awam yang berguna.

v. Seruan untuk semua.

vi. Sesiapa yang terlibat mestilah menghormati prinsip dan turut sama memberi
sumbangan.

2. Fasa penyediaan dan pembentukan

Fasa ini merupakan fasa memilih penyokong, menyediakan rekrut dan
membentuk pasukan.. Aspek terpenting dalam fasa ini ialah soal pemilihan anasir yang
sesuai. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Ustaz al-Banna:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
153

Memilih individu-individu yang sesuai

Menurut pandangan Ustaz al-Banna, fasa ini dilakukan melalui tiga cara.
Pertama, pembentukan katibah untuk mengukuh anggota melalui suai kenal. Kedua,
penubuhan pasukan-pasukan penjelajah, pengembara dan sukan untuk memantapkan
anggota dari segi fizikal dan melatih aspek ketaatan, berdisiplin dan ciri-ciri
kecergasan yang baik. Ketiga, pengajian melalui katibah atau pusat Ikhwan al-Muslimin
untuk memantapkan pengetahuan anggota dengan mempelajari ilmu-ilmu agama dan
dunia yang perlu diketahui oleh setiap anggota.

3. Fasa bekerja dan melaksanakan

Menurut Ustaz al-Banna fasa ini merupakan peringkat praktikal di mana hasil
kerja dakwah dapat dilihat. Beliau berkata:

Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke
arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan
sabar oleh mereka yang jujur.

(RISALAH TAALIM)

4. Fasa negara atau rantau

Menurut Ustaz al-Banna negara Islam merupakan tiang asas dalam agenda
kebangkitan ini.

Negara adalah suatu asas yang amat penting dalam agenda ini. Ini dapat dilihat
dengan jelas apabila tajuk ini dibincangkan secara lebih mendalam dalam Bab 3. Apa
yang ingin saya sentuh di sini ialah berdasarkan tulisan-tulisan Ustaz al-Banna jelas
beliau tidak terlalu mementingkan soal istilah. Sebaliknya tumpuan yang diberikan
adalah soal kandungannya. Menurut Ustaz al-Banna, sebuah negara mestilah dinilai
berdasarkan sumber rujukannya. Bagi negara Islam, sumber rujukannya ialah Islam. Di
peringkat ini beliau tegaskan soal menterjemah nilai-nilai Islam ke alam realiti. Tidak
mungkin peralihan seterusnya ke fasa awal pembentukan sebuah khilafah akan berjaya
melainkan setelah wujudnya segugus negara-negara Islam yang mempunyai sistem nilai
yang sama serta doktrin yang hampir sama.

5. Fasa awal ke arah pembentukan khilafah (sebuah masyarakat Islam yang
satu)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
154
Menurut Ustaz al-Banna, mengembalikan kewujudan khilafah perlu dimulakan
dengan proses memerdekakan negara-negara Islam, merapatkan jurang budaya dan
mewujudkan perpaduan. Perkara ini disentuh oleh beliau:

Perlu wujud persefahaman penuh dalam soal ilmu pengetahuan, sosial dan
ekonomi di kalangan seluruh bangsa Islam. Ini diikuti dengan wujudnya
perjanjian-perjanjian, perjumpaaan-perjumpaan dan persidangan-persidangan
antara kesemua negara Islam. Persidangan parlimen Islam berhubung isu
Palestin dan kehadiran wakil-wakil kerajaan Islam ke London untuk menuntut
hak-hak orang Arab di tanah suci Palestin merupakan dua contoh dan langkah
yang baik serta berkesan ke arah ini. Langkah ini diikuti pula dengan
pembentukan sebuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Islam. Apabila ini berlaku umat
Islam akan dapat melahirkan seorang pemerintah (imam) yang akan menjadi
perantara kepada ikatan tersebut, penyatu kepada segala kekuatan, penghubung
hati dan naungan Allah di muka bumi.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

6. Fasa mengembalikan kewujudan sebuah negara yang satu di peringkat
antarabangsa ataupun dinamakan sebagai khilafah

Dengan tercapainya fasa tadi maka wujudlah khilafah Islam. Ini dinyatakan oleh
Ustaz al-Banna:

Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara
memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah
kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara
mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan
lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.

(RISALAH TAALIM)

7. Fasa sebagai pemimpin dunia dengan kejayaan mengemukakan suatu contoh
masyarakat manusia yang mempraktikkan sistem nilai ummah ini.

Dalam peringkat ini Ustaz al-Banna menekankan Islam sebagai sebuah model
lengkap yang bakal menjadi asas kepada kebangkitan sebenar. Malah menjadi landasan
untuk mengembangkan kebenaran dan kesejahteraan ke seluruh pelusuk bumi.
Menurut beliau:

Menjadi tonggak dunia (ustaziatul alam) dengan cara menyebarkan Islam ke
seluruh pelusuk dunia.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
155
(RISALAH TAALIM)

Demikianlah tujuh fasa dalam gerakerja dakwah yang telah digariskan oleh
Ustaz al-Banna dengan jelas dan mendalam. Semua ini akan merealisasikan matlamat
agenda kebangkitan yang dirangka iaitu dengan terbentuknya sebuah negara Islam
hakiki. Sementara kuasa dunia atau ustaziatul alam pula bertindak sebagai pelancar
untuk menyebarkan kebenaran dan kesejahteraan ke seluruh pelusuk dunia.




































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
156
Bahagian II
WASILAH


1. Wasilah atau Wahana Menurut Pandangan Ustaz al-Banna

Wasilah utama: Ustaz al-Banna telah menggariskan tiga wasilah utama iaitu:

Berkenaan wasilah yang telah saya janjikan tadi untuk saya bincangkan, ada
tiga asas yang menjadi landasan kepada fikrah atau gagasan Ikhwan.

1. Manhaj yang sahih (pendekatan yang betul)
2. Beramal dan beriman
3. Pimpinan yang mantap dan diyakini

(DAKWAH KITA)

Menurut beliau lagi:

Selain itu kekuatan persenjataan juga bukanlah pendekatan yang digunakan
kerana gerakan yang benar akan berinteraksi dengan jiwa manusia dan akan
membuka pintu hati manusia. Gerakan ini tidak mungkin akan bertapak kukuh
dengan menggunakan cemeti atau mata pedang. Namun pendekatan yang
digunakan dalam merintis dan memantapkan sesebuah gerakan boleh diketahui
dan difahami oleh sesiapa sahaja yang meneliti sejarah sesebuah gerakan.
Pendekatan yang digunakan ini secara ringkasnya boleh diringkaskan dalam dua
elemen iaitu iman dan amal, kasih sayang dan persaudaraan.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Beliau seterusnya merumuskan:

Wahana (wasilah) yang perlu digunakan oleh semua gerakan ini tidak lain dan
tidak bukan adalah tiga perkara berikut:

1. Iman yang mantap.
2. Pembentukan yang kemas.
3. Usaha yang berterusan.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

2. Wahana (wasilah) Haraki

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
157
Berdasarkan pelbagai tulisan Ustaz al-Banna tentang wasilah, di samping melihat
sejarah dan latarbelakang yang dilalui oleh gerakan Islam pada zaman beliau serta
pengetahuan beliau dalam bidang syarak, kemasyarakatan dan politik dengan
mengambil kira wasilah utama yang disebutkan tadi, kita dapat rumuskan wasilah yang
beliau gunakan. Mungkin sumber terbaik yang menggariskan wasilah Ustaz al-Banna
ialah teks ucapan beliau dalam Muktamar Keenam:

Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai,
sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun supaya seluruh masyarakat
memahami dan menegakkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan. Selepas
itu, kita saring anasir-anasir yang baik untuk dijadikan tonggak yang kukuh bagi
mendokong gagasan perubahan ini. Seterusnya kita melangkah ke medan
perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini dapat
diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan dibantu dan
didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai,
calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada
rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu
kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredhaan
Allah.

.l < _ . | < 1l s

dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya
(agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Al-Hajj: 40

Cara lain selain yang dikemukakan ini akan hanya kita guna jika terpaksa. Kita
tidak akan guna cara-cara lain kecuali jika terdesak. Ketika itu kita akan tampil
ke hadapan dengan penuh yakin. Kita akan nyatakan pendirian kita dengan tegas,
tanpa berselindung dan bermuka-muka. Ketika itu kita bersedia menanggung
walau apa sekalipun akibat tindakan kita. Kita tidak akan menunding jari ke arah
orang lain dan kita tidak akan mencari kesalahan orang lain. Kita memahami
bahawa apa yang ada pada Allah lebih baik dan lebih kekal abadi. Berkorban
demi menegakkan kebenaran adalah jalan menuju hidup yang abadi. Dakwah
menuntut perjuangan dan perjuangan bererti terdedah kepada penyeksaan. Pada
ketika itu, saat kemenangan sudah hampir tiba. Itulah saat kejayaan.
Terlaksanalah firman Allah yang pasti benar:

_.> | _.` `l L , !> !`. _>` _ '!: ` !!,
_s 1l _,>l

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
158
(orang-orang yang mendustakan agama Allah itu telah diberi tempoh yang
lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa
terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan
oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami
kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. dan (ingatlah
bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa
kaum yang berdosa. Yusuf: 110

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Berdasarkan teks ini wasilah yang digunakan oleh gerakan Islam boleh disusun
menurut gambarajah berikut:






































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
159


Wasilah

Dakwah dan
penerangan

Pendidikan

Perjuangan
melalui
undang-
undang

Jihad
Demi
menegakkan
hujah
Demi
memulihkan
kerajaan
Demi
membina
masyarakat
Demi
memerdeka-
kan negara


Matlamat Dan Sasaran
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
160
Huraian lebih mendalam mengenai wasilah turut dijelaskan oleh Ustaz al-Banna
seperti berikut:

Wasilah 1: Dakwah dan penerangan (Nasihat dan bimbingan)

Dakwah adalah kaedah utama yang digunakan oleh para nabi dan rasul. Wasilah
ini akan terus digunakan hingga ke hari kiamat. Al-Quran al-Karim dan sunnah
menggalakkan kita menggunakannya. Kaedah ini wajib dilaksanakan oleh setiap orang
muslim. Ustaz al-Banna menggambarkan wasilah seperti berikut:

Melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan umum walau apapun bentuknya
dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila peluang tersedia kemudian
mengorak langkah mendidik orang-orang yang buta huruf dan mengajar orang
ramai hukum-hukum agama. Jamaah ini menyampaikan nasihat dan bimbingan,
meleraikan perkelahian, memberikan bantuan kepada yang memerlukan,
mendirikan infrastruktur yang diperlukan seperti sekolah, institusi, hospital dan
masjid menurut keupayaan dan keperluan semasa

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Secara lebih jelas, pendekatan yang digunakan dalam wasilah dakwah ini boleh
digariskan seperti berikut:

1. Memberi sumbangan kepada kebajikan awam dan khidmat sosial.

2. Mengajar golongan buta huruf dan memberi didikan agama kepada masyarakat.

3. Nasihat dan bimbingan.

4. Mendamaikan pihak yang bertelagah dan memberi sedekah kepada pihak yang
memerlukan.

5. Membina prasarana awam yang diperlukan.

6. Membentuk pandangan umum dan memperbetulkan fahaman orang Islam tentang
agama Islam.

7. Menggunakan sebaran, penerangan, persidangan dan perutusan untuk
menyampaikan dakwah.

8. Mengemukakan program berbentuk amali yang sesuai untuk meningkatkan
kehidupan masyarakat.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
161
9. Menghapuskan kejahilan, penyakit, kemiskinan dan kemelaratan.

Wasilah 2: Tarbiyah (Latihan dan pembentukan)

Ustaz al-Banna mengambil berat wasilah ini kerana ia merupakan kilang
pengeluaran rijal. Beliau berkata:

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul,
latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras,
tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah segala kehendak dan adat
kebiasaannya.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Bagi menekankan lagi wasilah ini, Ustaz al-Banna menegaskan:

Matlamat utama Ikhwan al-Muslimin ialah mendidik keperibadian, memulihkan
rohani, memantapkan akhlak dan membina sifat kelelakian yang sebenar dalam
diri umat Islam. Ikhwan meyakini bahawa ini adalah asas utama yang menjadi
landasan kepada kemajuan sesebuah bangsa.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ustaz al-Banna telah menjelaskan dalam beberapa tulisan beliau tentang wasilah
yang digunakan untuk melatih, membentuk dan melengkapkan para pendokong dakwah.
Beliau menyebut:

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul,
latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras,
tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah segala kehendak dan adat
kebiasaannya.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna pendekatan tarbiyah seperti melatih,
memilih, membentuk dan melengkapkan boleh dirumuskan seperti berikut:

i. Usrah (pusat membina hubungan persaudaraan)

ii. Katibah (pusat latihan kerohanian)

iii. Rehlah (pusat membina hubungan kemasyarakatan)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
162
iv. Daurah atau kursus (pusat membina kemahiran)

v. Mukhayyam atau perkhemahan (pusat latihan fizikal)

vi. Muktamar atau persidangan (pusat latihan teori dan praktikal)

Wasilah 3: Gerakan politik (perjuangan berlandaskan perlembagaan)

Usaha awal ke arah membina sebuah negara Islam mestilah melalui gerakan
politik. Gerakan ini akan melalui pelbagai situasi secara berperingkat. Setiap peringkat
akan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut senario politik. Aktiviti politik
itu sendiri memainkan peranan sebagai dakwah untuk menarik orang ramai kepada
jamaah. Ia juga berperanan melatih kemahiran individu dan membantu memberi
kesedaran kepada masyarakat dengan membangun kesedaran Islam dan menampilkan
kesyumulan Islam. Pelbagai pendekatan boleh digunakan selagimana ia bertepatan
dengan syarak dan tidak bercanggah dengan dad syariah. Dalam hal ini Ustaz al-Banna
menyebut:

Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai,
sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun supaya seluruh masyarakat
memahami dan menegakkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan. Selepas
itu, kita saring anasir-anasir yang baik untuk dijadikan tonggak yang kukuh bagi
mendokong gagasan perubahan ini. Seterusnya kita melangkah ke medan
perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini dapat
diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan dibantu dan
didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai,
calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada
rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu
kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredhaan
Allah.

.l < _ . | < 1l s

dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya
(agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Al-Hajj: 40

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Wasilah 4: Jihad (difardhukan selamanya)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
163
Jihad dengan kepelbagaian pelaksanaannya merupakan suatu wasilah utama yang
digunakan (sila rujuk tulisan Adakah Kami Golongan Yang Bekerja fasal Jihad
Kebanggaan Kami). Perkara ini disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Jihad yang saya maksudkan ialah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan
sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh
sabda Rasulullah s.a.w.:

Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat
untuk berperang, dia mati dalam keadaan jahiliyah.

Tahap pertama jihad ialah mengengkari dengan hati dan tahap yang paling
tinggi ialah perang di jalan Allah. Di antara dua tahap tadi ialah jihad dengan
lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang
kejam. Dakwah ini tidak akan bererti tanpa jihad. Sehebat mana dan seluas
mana dakwah ini, sehebat itulah juga jihad yang diperlukan dan sebesar itu
jugalah pengorbanan yang diperlukan untuk menyokong dakwah ini. Namun
ganjarannya juga besar untuk mereka yang terusaha.

> < _> .!>

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
Al-Hajj: 78

Dengan ini barulah anda faham apakah yang dimaksudkan setiap kali anda
melaungkan: Jihad adalah jalan kami.

(RISALAH TAALIM)

Ustaz al-Banna telah menjelaskan tentang senario jihad, aspek siapsiaga serta
kaedah penggunaan kekerasan. Beliau telah mengemukakan konsep ini berpandukan al-
Quran dan sunnah.

Beliau kemudiannya menggariskan pula kaedah penggunaannya seperti berikut:

i. Islam dan konsep siapsiaga

Firman Allah Taala:

s l ! .-L.` _ 1!, l ,. ., s < s

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
164
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu Al-Anfal: 60

Sabda Nabi s.a.w.:

Orang mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah.

ii. Masa siapsiaga

Ustaz al-Banna mengingatkan agar kekerasan tidak digunakan sekiranya tidak
memenuhi syarat-syarat tertentu. Menurut beliau:

Peringkat pertama kekuatan ialah kekuatan akidah dan iman. Diikuti dengan
kekuatan perpaduan kemudian kekuatan tangan dan senjata. Sesebuah jamaah
akan hanya dianggap kuat apabila memiliki segala elemen ini. Jika sebuah jamaah
menggunakan kekuatan tangan dan senjata, sedangkan akar umbinya goyah dan
rangkaiannya tidak stabil atau akidahnya lemah dan imannya tidak membara,
jamaah ini akan diakhiri dengan porak peranda.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Kaedah dan syarat

Beliau turut mengemukakan syarat penggunaan kekerasan ini. Beliau berkata:

Namun Ikhwan al-Muslimin berfikiran lebih luas dan lebih jauh daripada
sekadar bertindak atau berfikiran singkat. Ikhwan akan menyelami segala
perkara hingga ke dasarnya, menimbangkan segala kesan serta yang tersirat di
sebalik segala perkara

Walaupun kekuatan menjadi simbol Islam namun adakah Islam memerintahkan
agar umat Islam menggunakan kekuatan dalam semua keadaan? Ataupun
sebaliknya Islam telah menggariskan panduan, meletakkan syarat-syarat
tertentu dan memerintahkan agar kekuatan diarahkan kepada tujuan tertentu?

Perkara ketiga, adakah kekuatan menjadi jalan penyelesaian pertama ataupun
jalan penyelesaian terakhir? Adakah manusia wajib mempertimbangkan antara
kesan baik dan kesan buruk penggunaan kekuatan serta kesan-kesan
sampingannya. Ataupun manusia wajib menggunakan kekuatan tanpa
mempedulikan apa sahaja yang akan berlaku seterusnya?
(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
165
Bahagian III
POLISI


1. Maksud Polisi

Polisi ialah prinsip yang diamalkan ketika bekerja serta kaedah yang berkaitan
untuk menghuraikan setiap saranan dan arahan kepada ungkapan yang boleh dijadikan
panduan mengarah gerakan ke arah matlamat yang ditetapkan. Polisi ini begitu penting
kerana ia menjadi kayu ukur kepada pelaksanaan dan kejayaannya. Polisi ini juga
menjadi panduan kepada pelaksana dalam menentukan sesuatu keutamaan, matlamat
yang ingin dicapai, sumber yang boleh diperolehi, keistimewaan yang diberikan dan
keperluan yang perlu ditunaikan. Polisi juga menjadi panduan untuk membuat sesuatu
keputusan dan penilaian, memberi tindak balas, membuat hubungan, menjadi panduan
untuk bekerja dan kaedah untuk menentukan tindakan yang perlu untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan.

2. Faktor Penentu Polisi

Kajian yang dilakukan terhadap ucapan Ustaz al-Banna yang membabitkan aspek
polisi mendapati beliau telah menyentuh aspek ini di kebanyakan tulisan beliau dalam
pelbagai tajuk. Beliau telah menentukan sesuatu polisi setelah mengkaji secara
mendalam latar belakang masyarakat pada zamannya. Dengan ini, semua polisi ini
bersesuaian dengan agenda kebangkitan yang diajukannya kepada umat Islam.

Inilah yang dinyatakan oleh beliau ketika menyebut tentang faktor-faktor yang
diambil kira dalam menentukan polisi beliau:

Barangkali Allah telah takdirkan dakwah Ikhwan ini tumbuh di Ismailiah. Ia
muncul akibat perselisihan fikah antara dua kumpulan penduduk. Mereka
berpecah selama bertahun-tahun kerana beberapa masalah kecil. Malangnya
perpecahan ini dihangatkan lagi oleh mereka yang berkepentingan. Secara
kebetulan juga dakwah Ikhwan muncul pada zaman berlakunya pertembungan
sengit antara bangsa asing yang ekstrimis dengan pejuang patriotik. Segala
keadaan ini menyebabkan dakwah ini memiliki beberapa ciri yang tidak dimiliki
oleh gerakan-gerakan lain yang sezaman dengannya.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ijtihad Ustaz al-Banna dilihat sesuai dengan latar belakang masyarakat ini.
Perkara ini akan dapat kita lihat secara lebih jelas apabila kita bincangkan polisi am
gerakan Islam pada zaman beliau.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
166
3. Polisi Am dalam Dakwah

Dengan mengambil kira latar belakang pada zaman beliau, Ustaz al-Banna telah
berijtihad menentukan polisi dakwah seperti berikut:

i. Mengelak perselisihan masalah fikah.

ii. Mengelak pengaruh golongan pembesar dan tokoh.

iii. Mengelak hubungan dengan pertubuhan dan parti politik ada peringkat awal.

iv. Berperingkat dalam setiap tindakan dan mengambil kira perkembangan semasa.

v. Lebih mengutamakan tindakan daripada propaganda.

vi. Tumpuan kepada pemuda kerana mereka adalah tonggak kebangkitan manusia.

vii. Memberikan perhatian yang sama kepada masyarakat kampung dan bandar.

viii. Keseimbangan antara rasional dan emosional, antara kenyataan dan khayalan.

ix. Tidak mensia-siakan usaha sebaliknya mengutamakan usaha yang bermanfaat
dan produktif.

x. Tidak memburukkan pertubuhan dan individu (mengelak tindakan memburukkan
peribadi)

xi. Tidak terlibat dengan pertelingkahan kecil sama ada yang membabitkan syarak
atau parti.

xii. Berpegang kepada dasar kesatuan kefahaman (Dua puluh perkara asas usul
isyrin)

Ada baiknya kita gariskan kesemua elemen penting ini dengan berpandukan
kepada ungkapan Ustaz al-Banna sendiri:

i. Mengelak perselisihan masalah fikah

a. Perselisihan dalam masalah yang kecil adalah suatu perkara yang pasti berlaku.

b. Kesilapan adalah pada sikap taksub serta membelakangkan rasional dan
pandangan orang lain.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
167
ii. Mengelak pengaruh golongan pembesar dan tokoh

a. Bertujuan mengambil langkah berwaspada dan mengelak sangka buruk
masyarakat (sad az-zariah).

b. Agar tindakan ini tidak mencemar kesucian dakwah (tersendiri).

c. Agar tiada sesiapa yang mengambil kesempatan atau cuba mempengaruhi
(bebas).

iii. Mengelak hubungan dengan pertubuhan dan parti politik pada peringkat awal

a. Pengasingan diri dilakukan pada peringkat awal dan ketika lemah.

b. Berpuak dan bertelagah tidak bertepatan dengan semangat persaudaraan Islam.

c. Lebih baik menghindarkan diri dan bersabar menghadapi kekurangan.

d. Berbincang ketika sokongan pendokong kukuh.

iv. Berperingkat dalam setiap tindakan dan mengambil kira perkembangan
semasa

a. Sebaran yang meluas.

b. Pendokong bertambah ramai.

c. Kemantapan pembinaan anggota.

v. Mengutamakan tindakan daripada propaganda

a. Bimbang amalan dicemari unsur riak.

b. Keseimbangan antara kebimbangan di atas dengan nas yang menggalakkan
membuat kebajikan.

c. Ikhwan tidak mahu mempengaruhi masyarakat menggunakan propaganda palsu.

d. Ikhwan bimbang dakwah terpaksa berhadapan dengan permusuhan sengit atau
persahabatan yang palsu.

vi. Tumpuan kepada pemuda kerana mereka adalah tonggak kebangkitan
manusia
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
168

a. Pemuda adalah tanah yang subur untuk semua gerakan.

b. Melipat gandakan usaha untuk menarik sokongan dan tenaga pemuda kepada
dakwah Ikhwan.

vii. Kesimbangan antara rasional dan emosional, antara kenyataan dan khayalan

a. Keseimbangan antara akal dan emosi.

b. Keseimbangan antara kenyataan dan khayalan.

c. Keserasian dengan hukum alam.

d. Menguasai, mengguna dan menyesuaikan diri dengan sunnah Ilahi.

e. Menanti saat kemenangan.

Inilah polisi utama yang digariskan oleh Ustaz al-Banna untuk gerakan Ikhwan.
Inilah seruan beliau dalam usaha mencapai agenda kebangkitan dan menegakkan negara
contoh.






















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
169
Fasal 10
PEMBINAAN MELALUI TARBIYAH DALAM DAKWAH


Bahagian I: Cabaran dalam Jalan Dakwah

Bahagian II: Pembinaan melalui Tarbiyah dalam Dakwah




































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
170
MUKADIMAH


Suatu perkara yang sering dilalui oleh semua gerakan ialah masalah dan cabaran.
Semakin hebat dakwah, semakin suci matlamatnya dan semakin ia cuba menepati
syarak, semakin hebatlah masalah dan cabarannya. Atas dasar itulah penting wujudnya
pembinaan insan melalui tarbiyah yang melahirkan lelaki akidah, lelaki yang mampu
menanggung cubaan dan lelaki yang bersedia berkorban demi Allah. Dengan ini tajuk ini
akan membincangkan dua perkara berikut iaitu:

1. Cabaran.

2. Pembinaan melalui tarbiyah.






























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
171
Bahagian I
CABARAN


1. Cabaran yang Dijangka

Dengan kebijakan, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, Ustaz al-Banna telah
menjelaskan tentang senario, punca segala cabaran yang dijangka serta pendirian
Ikhwan mengenainya. Menurut beliau:

Saya ingin jelaskan kepada kamu bahawa dakwah kamu ini masih belum dikenali
ramai. Apabila tiba masanya ketika mereka mengenali dan memahami tujuan dan
matlamat dakwah ini, dakwah ini akan ditentang dan dimusuhi dengan hebat.
Kami akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran. Pelbagai rintangan akan
menghalang jalan kamu. Pada ketika itu barulah kamu melalui jalan para
pendokong dakwah. Kini kamu masih belum dikenali. Kamu baru melangkah ke
arah dakwah. Kamu masih mempersiapkan diri untuk sedia berjuang dan
berjihad.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Dalam risalah yang sama, Ustaz al-Banna menyenaraikan beberapa cabaran
utama:

i. Kejahilan masyarakat.

ii. Penyisihan oleh ahli agama dan ulama tradisi.

iii. Kejahatan golongan pembesar, pemimpin dan pihak berkuasa.

iv. Kekangan oleh kerajaan terhadap aktiviti kamu.

v. Tindakan oleh pihak yang berkepentingan bagi menghalang kegiatan dan dakwah
kamu.

` L` < `!, ! < | .` l `>l

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka,
sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya,
sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). At-Taubah: 32

2. Pengalaman dan Ujian (risiko perjuangan melalui perlembagaan)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
172

Dalam risalah yang sama, beliau secara terbuka menjelaskan ujian yang bakal
dilalui oleh Ikhwan.

i. Kamu akan dipenjara dan ditangkap.

ii. Kamu akan dihalau dan diusir.

iii. Segala harta kamu akan dirampas dan kamu akan dipecat.

iv. Rumah kamu akan digeledah. Mungkin ujian ini akan berlaku dalam tempoh yang
lama.

.> '_!l .` l1 ! `.`

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Al-Ankabut: 2

3. Sepuluh Langkah Ketika Berhadapan dengan Ujian dan Cabaran

Akhirnya Ustaz al-Banna menggariskan kewajipan ataupun faktor kejayaan
untuk mengatasi segala ujian dan cabaran ini:

i. Beriman dengan Allah, berbangga kerana mengenali-Nya serta pasrah kepada-
Nya.

ii. Hanya takutkan Allah Taala.

iii. Tunaikan kewajipan dan jauhi larangan.

iv. Berakhlak mulia dan berpegang dengan nilai yang tinggi.

v. Menatap dan mengkaji al-Quran dan sirah.

vi. Tumpuan kepada aspek praktikal dan jauhi amalan berdebat.

vii. Berusaha mempertautkan ikatan persaudaraan.

viii. Berpegang kepada prinsip.

ix. Dengar dan taat kepada pemimpin.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
173

x. Menanti bantuan serta pertolongan Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela
dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian
itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya). (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan
memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam
syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang
kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa
berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-
orang yang beriman. Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu
pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong)
Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:
Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan
menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama)
Allah! (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum
Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan
kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka
menjadilah mereka orang-orang yang menang. (maksud As-Saff: 10-14)

Semoga Allah memberi taufik kepada saya dan saudara sekalian supaya kita
dapat melakukan apa yang disukai dan diredai-Nya. Semoga Allah memimpin saya
dan saudara sekalian ke arah jalan orang-orang yang baik dan mendapat
petunjuk. Semoga Allah anugerahkan kita hidup yang mulia dan bahagia. Semoga
Allah menggolongkan kita sebagai seorang pejuang dan syahid. Sesungguhnya
Allah adalah Pelindung dan Penolong yang terbaik.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)











PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
174
Bahagian II
PEMBINAAN MELALUI TARBIYAH


Secara amnya, prosedur tarbiyah boleh dirumuskan (dengan sedikit ubahsuai)
seperti carta berikut:


Falsafah Tarbiyah




Insan yang soleh
(mengikut sumber rujukan)


Pemilihan yang berkesan dalam organisasi
(mengikut tahap didikan)

Tahap Teori
Tahap Praktikal








Budaya Dan
Masyarakat

Manusia/Sumber
Cara

Pendekatan

Spesifikasi

Pengurusan

Individu yang baik dan
membawa kebaikan
Input
Perosedur
Output
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
175
1. Pra-Tarbiyah

Ustaz al-Banna telah membahagikan beberapa kumpulan manusia yang wujud di
dalam persekitaran dakwah. Beliau juga telah rnenjelaskan pendirian beliau terhadap
mereka:

i. Kumpulan manusia

Ustaz al-Banna membahagikan manusia menurut perspektif dakwah kepada
empat kumpulan:

Apa yang kita harapkan, di hadapan kita manusia terbahagi kepada empat
golongan berikut:

1. Orang yang yakin: (Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja
bersama kita)

2. Orang yang sangsi: (Orang ini akan kira biarkan bersama kesangsiannya. Namun
kita nasihatkan agar dia terus berhubung dengan kita)

3. Orang yang berkepentingan: (Adalah sebenarnya tidak memerlukan orang yang
tidak memberikan keutamaan kepada Allah dalam dirinya sendiri, hartanya)

4. Orang yang berprasangka: (Kita akan tetap mengasihi orang ini. Kita berharap
semoga suatu masa nanti dia akan bersama kita serta yakin dengan dakwah
kita)

(DAKWAH KITA)

ii. Kaedah penyaringan dan pemilihan:

Seterusnya Ustaz al-Banna menggariskan sifat orang yang layak untuk bersama
dakwah, beliau berkata:

Di sini ingin saya tegaskan kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam yang
bersemangat tinggi, mana-mana jamaah Islam pada zaman ini amat-amat
memerlukan individu-individu yang mahu bekerja dan berfikir Mereka
memerlukan orang-orang yang berani dan produktif. Oleh itu, diharamkan
kepada sesiapa sahaja yang memahami hakikat ini untuk melewatkan diri
menyahut seruan ini walaupun sesaat.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
176
i. Cergas: Seorang yang giat bekerja dan cergas.

ii. Pemikir: Seorang yang bijak menggunakan akal fikirannya.

iii. Berani: Seorang yang berketrampilan, berani dan sedia berkorban.

iv. Produktif: Seorang yang mampu mencapai kejayaan.

2. Proses Tarbiyah

i. Pendidik yang aktif (pendakwah)

Ustaz al-Banna menegaskan peranan penting yang dimainkan oleh para pendidik
dalam proses pentarbiyahan dengan menekankan beberapa sifat asas yang perlu
dimiliki oleh mereka. Menurut beliau:

Pendokong ideologi hari ini tidak sama seperti pendokong dahulu kerana mereka
hari ini berpendidikan, terlatih dan berkepakaran (terutama di negara Barat).
Kini setiap ideologi mempunyai pasukan terlatih yang mampu menghurai segala
kerumitan. Masing-masing mampu menonjolkan kelebihan ideologi masing-masing
dengan bantuan pelbagai kaedah penyiaran dan propaganda. Dengan ini mereka
mampu mempengaruhi masyarakat dengan cara yang paling mudah dan paling
meyakinkan.

(DAKWAH KITA)

Ustaz al-Banna juga menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada pendidik,
beliau berkata:

Dakwah ini hanya untuk orang yang melaksanakan segala aspek dakwah ini.
Orang yang menyerahkan segala kemampuan yang dimilikinya termasuk jiwa,
harta, masa dan tenaganya.

| l !, !, >>| />`> `>.,:s !.. > :
!!. _>. !.. > l| < .&! !> .&#, .,. _.>
.! < .!, < 1l _,1.l

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
177
bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah
dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah
tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). At-
Taubah: 24

Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang yang
menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup
bersamanya.

(DAKWAH KITA)

Berdasarkan kenyataan di atas, kita boleh simpulkan beberapa sifat asas yang
perlu dimiliki oleh para pendidik (daie) menurut pandangan Ustaz al-Banna:

i. Berpengetahuan tinggi (ilmu syarak, kemanusiaan dan organisasi)

ii. Bersedia (dari segi kejiwaan, mental dan fizikal)

iii. Terlatih (terlatih dengan kemahiran hidup dan menggunakan kemahiran dengan
baik)

iv. Profesional (Ikhtisas dalam bidang tertentu)

ii. Wasilah tarbiyah

Ustaz al-Banna telah membicarakan tentang cara yang digunakannya untuk
mentarbiyah, membentuk dan melengkapkan para pendokong dalam beberapa tulisan
beliau. Dalam Muktamar Kelima, beliau telah menggariskan cara yang digunakan ini:

Kita telah kemukakan dakwah ini kepada umat Islam melalui pelbagai siri
pengajian, melalui lawatan-lawatan dari semasa ke semasa, melalui pelbagai
bahan cetakan, melalui keramaian terbuka mahupun tertutup, melalui akhbar
Ikhwan al-Muslimin yang pertama kemudian diikuti dengan majalah mingguan al-
Nazir Pada tahap ini, saya merasakan kita telah tiba ke satu tahap di mana
kita merasa yakin bahawa kita telah melakukan segala-galanya. Hasilnya setiap
orang yang beriltizam dengan tanggungjawab yang telah kita gariskan kini boleh
melangkah ke fasa kedua iaitu fasa memilih, membina dan mengerah tenaga.

Kita melangkah ke fasa kedua melalui beberapa cara:
i. Usrah (pusat pembentukan hubungan persaudaraan)
ii. Katibah (pusat pembentukan rohani)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
178
iii. Rehlah (pusat pembentukan hubungan kemasyarakatan)
iv. Seminar (pusat latihan kemahiran)
v. Perkhemahan (pusat pendidikan fizikal)
vi. Persidangan (pusat latihan ilmu dan intelektual)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

3. Produk tarbiyah

Matlamat utama pentarbiyahan ialah membentuk, melengkap dan menyediakan
individu lelaki yang mampu mendokong tanggungjawab menyebar dan mengembangkan
sesebuah gagasan. Di samping itu ia juga bertujuan memantapkan agenda kebangkitan
ummah ini supaya kehidupan baru yang gemilang dapat dibina di atas landasan Islam.
Hasil tarbiyah yang terpenting dan kita harapkan ialah lahirnya individu yang mampu
menampilkan nilai-nilai yang dihayati dan diperjuangkan. Berdasarkan tulisan Ustaz al-
Banna, beliau telah menjelaskan sistem nilai yang merangkumi beberapa ciri penting
yang perlu dimiliki oleh manusia pada diri dan jamaah mereka. Gambarajah di bawah
menjelaskan sistem nilai tersebut.


























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
179


Sistem Nilai
Rukun Baiah
Ikhlas
Amal
Jihad
Berkorban
Taat
Tabah
Tajarrud
Bersaudara
Percaya
Faham
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
180
Jadual berikut pula menjelaskan tahap yang perlu dicapai oleh individu pada diri
dan jamaahnya. Termasuklah beberapa cara atau amalan yang perlu dilakukan untuk
mencapai tahap tersebut, dengan berpandukan sistem nilai yang dinyatakan tadi.

Jadual Pemulihan Peribadi

Matlamat Kaedah (Kewajipan)
i. Pemeriksaan kesihatan, rawatan dan
pencegahan fizikal.
ii. Menjauhi pil perangsang dan rokok.
iii. Menjaga kebersihan.
iv. Menjauhi arak, minuman memabukkan
dan pil khayal.
1. Tubuh yang kuat (Menunaikan
tanggungjawab menjaga kesihatan diri)
v. Bersukan dan berlatih.
i. Bercakap benar dan tidak pernah
berbohong.
ii. Jujur dengan ikrar, kata-kata dan janji.
iii. Berani menuntut kebenaran dan
mengakui kesalahan.
iv. Bersopan, tekun dan bergurau secara
berpada.
v. Malu, peka dan merendah diri.
vi. Bersifat adil, sederhana dan menahan
marah.
vii. Mengutamakan khidmat masyarakat.
2. Akhlak yang mantap (Menjaga
tanggungjawab membentuk akhlak)
viii. Bersifat belas, hormat, bertoleransi
dan simpati.
i. Wirid harian, membaca, tadabbur serta
mendengar al-Quran.
ii. Mempelajari sirah dan sejarah generasi
silam.
iii. Meneliti hadis dan menghafal hadis 40
an-Nawawi.
iv. Mempelajari buku-buku akidah dan
masalah fikah.
3. Berilmu (Menunaikan tanggungjawab
ilmu)
v. Membina perpustakaan peribadi yang
membantu anda menguasai pengetahuan
am.
i. Mempunyai pekerjaan tetap.
ii. Tidak mengharapkan jawatan di sektor
kerajaan.
4. Mampu berdikari (Menunaikan
tanggungjawab bekerja dan mencari
pendapatan)
iii. Bekerja dengan tekun dan tidak
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
181
menipu.
iv. Bekerja dengan baik dan tunaikan
tanggungjawab orang lain.
v. Menjauhi pendapatan yang haram.
vi. Menjauhi amalan riba dalam segala
urusan.
vii. Gunakan kekayaan umat dan bangunkan
ekonomi negara.
viii. Menyumbang harta peribadi untuk
dakwah.
ix. Membuat simpanan untuk kecemasan
dan menjauhi kemewahan.
i. Memahami Islam sebagai agama yang
meliputi seluruh aspek hidup.
ii. Meyakini ayat-ayat tentang sifat Allah
dan menjauhi perbuatan mentakwil dan
menafikannya.
iii. Tidak mengkafirkan orang Islam yang
mengucapkan dua kalimah syahadah.
iv. Cara memanjatkan doa kepada Allah
bukan masalah akidah.
v. Menolak dan menghapuskan amalan
menilik perkara ghaib.
vi. Ziarah kubur adalah sunnah yang telah
dinyatakan kaedahnya.
vii. Mengasihi orang soleh dan wali Allah
adalah mendekatkan diri dengan Allah.
5. Akidah yang sejahtera (Menunaikan
tanggungjawab akidah)
viii. Menghapuskan bidah yang tidak
berlandaskan agama Allah.
i. Sentiasa mendekati Allah Taala.
ii. Bersuci dan berwuduk dengan baik.
iii. Menunaikan sembahyang tepat pada
masanya.
iv. Puasa di bulan Ramadan dan menunaikan
haji.
v. Sentiasa berazam untuk berjihad.
vi. Mengulangi taubah dan memohon
keampunan.
6. Ibadah yang betul (Menunaikan
tanggungjawab ibadah)
vii. Melawan hawa nafsu dan keinginan.
i. Mendekati Allah dengan mentaatiNya.
ii. Menjauhi dosa.
7. Bermujahadah melawan diri
iii. Melakukan perkara- perkara yang baik
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
182
sebagai balasan kepada perkara tidak baik
yang dilakukan.
iv. Banyak melakukan amalan baik dan amal
kebajikan.
i. Menggunakan masa untuk perkara yang
membawa kebaikan.
ii. Memahami konsep keutamaan.
8. Menjaga masa (Menunaikan
tanggungjawab penggunaan masa)
iii. Mahir menguruskan masa.
i. Menyusun kerja, tempat bekerja dan
dokumen dengan baik.
ii. Mengatur hubungan sesama ahli
keluarga dan masyarakat.
9. Segala urusannya tersusun (Menunaikan
tanggungjawab pengurusan)
iii. Menyusun pertemuan dan
tanggungjawab dengan baik.
i. Melaksanakan hak-hak saudara seperti
kasih sayang, hormat menghormati, bantu-
membantu dan mengutamakan orang lain.
ii. Memberi sumbangan kepada
pembangunan ekonomi Islam dengan
memberi galakan kepada kegiatan ekonomi
Islam.
10. Berguna kepada orang lain
(Menunaikan tanggungjawab kebajikan)
iii. Melatih diri memberi khidmat kepada
orang lain.

Di akhir matlamat dan kewajipan ini Ustaz al-Banna menyebut:

Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan
anda. Anda boleh simpulkan keseluruhan asas ini di dalam lima ayat:

Allah adalah matlamat kami.
Rasul adalah ikutan kami.
Al-Quran adalah panduan kami.
Jihad adalah jalan kami.
Mati syahid adalah cita-cita kami.

Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:

Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.

Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh.
Jika tidak, ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak
berpendirian sentiasa terbuka luas.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
183
Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai
impian serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan
kesenangan serta keredhaan di akhirat.

(RISALAH TAALIM)













































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
184











PEMBENTUKAN NEGARA CONTOH





Mukadimah: Asas Pembentukan Sebuah Negara dan Pelan Tindakan

Fasal 11: Pemikiran Politik

Fasal 12: Gerakerja Politik

Fasal 13: Program Politik

Fasal 14: Polisi Sebuah Negara

Fasal 15: Nilai Peradaban Sebuah Negara















Bab 3
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
185
Mukadimah
ASAS PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA DAN PELAN TINDAKAN


Dalam mengemukakan landasan kepada pembinaan sebuah negara menurut
agenda Ustaz al-Banna, beliau telah menggariskan beberapa asas dalam pembinaan
sebuah negara Islam dan juga teras kepada pemulihan masyarakat yang bersepadu
berlandaskan al-Quran dan sunnah. Beliau turut menjelaskan tanggungjawab yang perlu
dipikul oleh individu dan masyarakat Islam untuk melaksana dan mengukuhkan asas ini
secara lebih berkesan. Di sini saya akan kemukakan secara terperinci pandangan Ustaz
al-Banna tentang dua elemen yang perlu untuk pembinaan sebuah negara Islam.

1. Asas Pembinaan

Ustaz al-Banna menegaskan suatu hakikat bahawa al-Quran merupakan garis
panduan lengkap yang menggariskan seluruh asas ke arah pemulihan masyarakat.
Dengan itu sudah tentu, al-Quran menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara
Islam. Beliau menjelaskan asas ini dengan menegaskan bahawa asas ini boleh
dirumuskan seperti berikut:

a. Ketuhanan (rabbani).

b. Mengangkat martabat manusia.

c. Mengesahkan wujudnya hari pembalasan.

d. Melaungkan ikatan persaudaraan seluruh manusia.

e. Mengajak kaum lelaki dan wanita supaya bangkit bersama. Mengisytiharkan
kerjasama dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita serta menggariskan
peranan masing-masing secara terperinci.

f. Menjamin kestabilan masyarakat dengan cara memperakui hak untuk hidup,
hak memiliki harta, hak bekerja, hak kesihatan tubuh badan, hak kebebasan,
hak berilmu, hak keselamatan setiap individu dan hak menentukan sumber
pendapatan.

g. Mengawal dua naluri manusia iaitu naluri menjaga keselamatan nyawa dan
naluri menjaga kesinambungan zuriat, di samping mengatur keperluan mulut
dan seks.

h. Tegas dalam memerangi jenayah yang sebenar.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
186
i. Memelihara perpaduan umat Islam dan menghapuskan segala bentuk dan
punca yang membawa perpecahan.

j. Mewajibkan umat Islam melaksanakan jihad demi menegakkan prinsip
kebenaran yang diketengahkan oleh sistem ini.

k. Meletakkan negara sebagai wakil kepada gagasan (fikrah) ini dan bertindak
sebagai penjaga gagasan ini. Negara ini juga bertanggungjawab mencapai
matlamat gagasan ini dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan
gagasan ini kepada seluruh manusia.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

2. Rangka Tindakan

Di sini, Ustaz al-Banna menjelaskan tanggungjawab yang dipikul oleh individu
dan masyarakat dalam usaha melaksana dan mengukuhkan asas yang perlu dalam
pembinaan sebuah negara Islam. Menurut beliau:

Sistem al-Quran berbeza dengan sistem-sistem ciptaan manusia atau falsafah
teoritikal yang lain kerana segala prinsip dan ajaran al-Quran yang berbentuk
teori bukan hanya bertempat dalam jiwa atau sekadar pandangan yang tertera
dalam buku atau ungkapan yang diucap di mulut atau bibir sahaja. Sebaliknya
demi memantap, mengukuh dan merealisasikan kesan serta hasilnya, Islam
meletakkan beberapa bentuk tindakan. Islam juga mewajibkan umat yang
mengimani dan menganutinya supaya berusaha bersungguh-sungguh
mengamalkannya. Malah meletakkan amalan-amalan ini sebagai suatu kewajipan
yang tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan. Islam juga memberi ganjaran
kepada mereka yang mengamalkannya dan menghukum sesiapa yang cuai hingga
ke tahap menyingkirkannya daripada masyarakat ini dan mencampakkannya ke
tempat yang menyeksakan.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Ustaz al-Banna turut menggariskan beberapa tanggungjawab atau kewajipan
yang dijadikan oleh sistem Islam sebagai teras kepada prinsipnya:

a. Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dan sebagainya.

b. Puasa, bersederhana dan berwaspada dengan kemewahan.

c. Zakat, sedekah dan memberi sumbangan untuk kebajikan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
187
d. Haji, pelancongan, lawatan, penerokaan dan melihat alam ciptaan Allah.

e. Mencari rezeki, bekerja dan mengharamkan amalan mengemis.

f. Jihad, berperang, mempersiapkan angkatan tentera, menjaga keluarga para
pejuang dan kepentingan mereka semasa ketiadaan mereka.

g. Menyuruh perkara yang baik dan memberikan nasihat.

h. Mencegah perkara yang tidak baik serta memulaukan tempat dan pelakunya.

i. Membekalkan setiap lelaki dan wanita Islam dengan ilmu dan pelbagai kemahiran
hidup yang sesuai dengan fitrah masing-masing.

j. Bergaul dengan baik dan memiliki sepenuhnya akhlak yang baik.

k. Menjaga kesihatan badan dan pancaindera.

l. Tanggungjawab sosial antara pemerintah dan rakyat, iaitu antara tanggungjawab
memelihara rakyat dan kewajipan mentaati pemerintah.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Ustaz al-Banna menegaskan betapa pentingnya segala kewajipan ini
dilaksanakan, menurut beliau:

Setiap orang Islam dituntut melaksanakan segala kewajipan ini dan memastikan
perlaksanaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Mereka juga tidak
boleh mengabaikan mana-mana kewajipan ini. Semua kewajipan ini telah
dinyatakan dalam al-Quran al-Karim. Malah telah dijelaskan dengan cukup
terperinci melalui amalan Nabi s.a.w., para sahabat dan generasi berikutnya
dengan cara yang amat mudah dan jelas. Setiap satu atau beberapa amalan
tersebut di atas berperanan bagi memantap dan mengukuhkan satu-satu prinsip
atau beberapa prinsip yang telah dinyatakan oleh teori sebelum ini yang hendak
dicapai oleh Islam dan membolehkan manusia merasai hasil serta kesannya.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Asas kepada pembinaan sebuah negara Islam dan tindakan yang wajib dilakukan
bagi menyokong pembinaan ini boleh dirumuskan dalam gambarajah berikut:




PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
188


Asas Pembinaan
Negara Islam


Pelan tindakan ke arah pembinaan sebuah negara


1. Ibadah.
2. Harga diri dan menjaga panca indera.
3. Berkorban dan menyumbang demi kebaikan.
4. Haji, melancong dan meneroka.
5. Berusaha dan bekerja.
6. Jihad dan menjaga kepentingan para mujahid.
7. Menggalakkan kebaikan dan mencegah kejahatan.
8. Mengembang ilmu pengetahuan.
9. Hubungan yang baik.
10. Perpaduan masyarakat antara pemerintah dan
rakyat.

1. Kekuatan dalaman (Akidah Islam)
2. Persediaan mental
(Mempertingkatkan diri dan mengawal
naluri)



3. Menghapuskan fanatik
perkauman (Persaudaraan,
kerjasama, persamaan lelaki
dan wanita)
4. Persediaan individu (Nilai, ilmu dan
kemahiran)
5. Menghormati hak-hak manusia
(Fizikal dan emosi)
6. Menjaga perpaduan negara
(Menyekat perpecahan dan tegas
menghapuskan jenayah)



7. Mengawal sempadan negara
(Tanggungjawab jihad)
8. Tanggungjawab masakini
(Mengembangkan prinsip-prinsip
keadilan yang dipelopor Islam)




















































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
189
Fasal 11
PEMIKIRAN POLITIK


Bahagian I: Landasan

Bahagian II: Konsep












































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
190
MUKADIMAH


Terlebih dahulu sebelum saya menjelaskan pemikiran politik yang akan
menentukan halatuju agenda kebangkitan dan proses pembinaan sebuah negara
berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, elok saya kemukakan di sini apa yang
dimaksudkan dengan politik dan juga negara secara ringkas.

Takrif Politik

Politik mengandungi beberapa maksud antaranya, kaedah untuk memerintah dan
mentadbir sebuah negara. Politik juga ialah kuasa atau keupayaan untuk memperolehi
apa yang dikehendaki. Politik juga merujuk kepada kaedah berdiplomasi dan mencapai
kata sepakat.

Dalam buku al-Siyasah al-Hakimah, Ibnu Qayyim mentakrifkan politik sebagai
tindakan yang membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan jauh daripada
kebinasaan, walaupun tindakan tersebut tidak dinyatakan oleh rasul dan tidak disebut
oleh wahyu. Apa sahaja cara yang boleh mewujudkan keadilan, ia termasuk dalam
agama ini.

Takrif Negara

Negara adalah pihak yang memiliki kedaulatan untuk menggunakan kekerasan
atau kuasa. Negara juga ialah suatu badan politik yang bebas untuk mentadbir
kehidupan manusia dalam sebuah kawasan tertentu melalui beberapa institusi yang
kekal. Pemerintah pula ialah kuasa yang sah.

Seterusnya, dalam dua tajuk berikut saya akan kemukakan secara ringkas
beberapa landasan dan konsep menurut pemikiran politik Ustaz al-Banna yang
memberikan gambaran menyeluruh tentang agenda kebangkitan ummah dan pembinaan
sebuah negara.














PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
191
Bahagian I
LANDASAN


Ustaz al-Banna telah menggariskan beberapa landasan yang membentuk
pemikiran politik dalam agenda kebangkitan ummah ini. Contohnya beliau menegaskan
bahawa seorang muslim mestilah berpolitik berlandaskan Islam yang menjadi
anutannya. Menurut beliau:

Seorang muslim tidak akan memilih Islam yang sempurna kecuali apabila dia
menjadi seorang ahli politik; apabila dia meninjau segala masalah umatnya;
apabila dia mengambil berat tentang nasib mereka dan peka dengan segala
masalah mereka. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa segala batasan dan
pemisahan yang wujud ini adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh Islam.
Setiap pertubuhan Islam perlu meletakkan aspek politik umat Islam sebagai
agenda utama mereka. Jika tidak mereka perlu menilai semula fahaman mereka
tentang Islam.

(BUAT MAHASISWA)

1. Kesyumulan Islam Bererti Gerakerja Politik adalah Wajib.

Bagi menegaskan hakikat ini, beliau menekankan bahawa kesyumulan Islam yang
merangkumi agama dan sistem hidup sudah tentu merangkumi aspek politik. Beliau
menyebut:

Kesan daripada kefahaman yang lengkap dan menyeluruh tentang Islam ini
menyebabkan gagasan Ikhwan al-Muslimin mencakupi seluruh sudut perubahan
yang diperlukan oleh umat Islam. Segala elemen perubahan yang wujud pada
yang lain juga wujud pada Ikhwan. Dengan ini setiap orang yang mahukan
perubahan, ikhlas dan bersemangat tinggi pasti akan mendapat apa yang
diharapkannya di sini. Bersama Ikhwan, semua pencinta perubahan yang
mengenali dan memahami matlamat Ikhwan akan menemui apa yang diimpikan.
Tidak salah jika anda katakan bahawa Ikhwan al-Muslimin ialah:

Parti politik, kerana mereka menuntut supaya wujudnya pengislahan kepada
sistem pemerintahan negara. Mereka turut menuntut supaya dikaji semula
hubungan antara umat Islam dengan bangsa-bangsa lain di luar negara Islam.
Mereka menuntut supaya masyarakat Islam dididik agar memiliki harga diri dan
memelihara semangat perkauman Islam semaksimum mungkin.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
192
2. Negara adalah Simbol Suatu Gagasan.

Beliau menegaskan bahawa melaksanakan Islam sebagai suatu cara hidup yang
bersepadu akan hanya dapat dicapai melalui sebuah negara Islam. Beliau berkata:

Meletakkan negara sebagai wakil kepada gagasan (fikrah) ini dan bertindak
sebagai penjaga gagasan ini. Negara ini juga bertanggungjawab mencapai
matlamat gagasan ini dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan
gagasan ini ke seluruh manusia

Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu
melaksanakan hukum-hukum dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat
menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara
bijaksana kepada semua manusia

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

3. Seseorang Muslim Tidak Boleh Mengabaikan Aspek Pelaksanaan.

Di bawah tajuk Kami dan politik, Ustaz al-Banna menegaskan politik harakah
adalah seperti memahami Islam yang sahih, melaksanakan ajaran Islam, memulihkan
aspek pelaksanaan dan membina negara Islam. Menurut beliau:

Jika kami dikatakan sebagai pertubuhan politik atas dasar kami mengambil
berat soal umat Islam ini, atau kerana kami berfahaman bahawa kuasa eksekutif
dan maruah bangsa adalah sebahagian rukun atau fardhu Islam, atau kerana
kami bekerja dengan penuh gigih untuk memperolehi kemerdekaan mutlak dan
memulihkan badan pentadbiran, maka memang benar itulah kami.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

4. Ummah Bertanggungjawab Menuntut Pemerintah Memenuhi Hak-hak mereka
yang Diberikan oleh Islam

Ustaz al-Banna menggalakkan umat Islam supaya menuntut hak-hak mereka yang
diberikan oleh Islam termasuklah hak berpolitik. Beliau berkata:

Suatu perkara yang perlu saya katakan di sini ialah Ikhwan al-Muslimin tidak
pernah merasakan mana-mana kerajaan yang ada pada zaman ini baik kerajaan
yang sedia ada atau kerajaan sebelumnya atau mana-mana kerajaan sekalipun,
telah memikul tanggungjawab ini atau menunjukkan kesediaan yang sebenar
untuk mendokong gagasan Islam. Semoga umat Islam menyedari hakikat ini.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
193
Semoga mereka menuntut supaya kerajaan mereka melaksanakan hak-hak Islam.
Dalam pada itu Ikhwan akan terus berusaha dan bekerja.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

5. Memberi Kefahaman, Menyebarkan Dakwah dan Perjuangan Berlandaskan
Perlembagaan adalah Cara yang Paling Selamat untuk Masyarakat.

Ustaz al-Banna telah menetapkan bahawa matlamat ini boleh dicapai dengan
menyebarkan dakwah dengan cara yang terbaik dan nasihat yang berguna serta
mengambil peranan yang proaktif dalam lapangan politik. Menurut beliau:

Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai,
sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun Seterusnya kita melangkah ke
medan perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini
dapat diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan
dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa
yang sesuai, calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi
wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah
akan membantu kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya
demi keredhaan Allah.

.l < _ . | < 1l s

Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama
Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Al-Hajj: 40

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

6. Kerajaan adalah Salah Satu Rukun Islam.

Akhir sekali, Ustaz al-Banna secara tegas menyatakan pendirian Ikhwan tentang
kerajaan. Menurut beliau kerajaan adalah salah satu rukun dalam struktur sistem
Islam. Beliau berkata:

Islam yang diimani oleh Ikhwan al-Muslimin ini ialah Islam yang meletakkan
kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada
pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu
khalifah ketiga pernah berkata:

Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al-
Quran.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
194

Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam
buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan
asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan
pelaksanaan

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa semua hakikat ini lahir dari prinsip iaitu
politik tidak boleh dipisahkan dengan Islam dan sistem sosial dalam Islam. Hakikat ini
dapat dilihat dengan jelas dalam tulisan-tulisan beliau. Contohnya seperti berikut:

Islam telah meletakkan suasana politik yang dapat memberikan kebahagiaan di
dunia dan keuntungan di akhirat. Ustaz al-Banna telah menjelaskan matlamat politik
dalam Islam. Menurut beliau:

Wahai bangsa kami, janganlah istilah-istilah ini menutup mata kamu daripada
menilai kenyataan. Janganlah nama-nama yang digunakan ini menutup semua
kebenaran. Janganlah luaran itu menutup segala kebenaran. Islam sememangnya
mempunyai dasar politik untuk membawa kebahagiaan di dunia dan kejayaan di
akhirat. Inilah politik kami dan kami tidak ada pilihan lain. Oleh itu
ketengahkanlah politik ini dan ajaklah orang lain berlandaskan politik ini nescaya
kamu akan beroleh kemuliaan di akhirat. Kamu pasti akan memahaminya apabila
sampai masanya.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Islam tidak memisahkan agama dengan politik. Ustaz al-Banna juga menegaskan
salah satu nilai Islam yang tidak akan berubah ialah tidak memisahkan agama dengan
politik. Beliau menyebut:

Jarang sekali anda bertemu dengan seseorang yang tidak memisahkan antara
politik dan Islam apabila dia memperkatakannya. Kedua-dua perkara akan
diletakkan di tempat yang berasingan. Bagi sesetengah masyarakat, kedua-dua
perkara ini tidak boleh bersama. Oleh kerana itu dinamakan sesebuah
pertubuhan sebagai pertubuhan Islam dan bukannya pertubuhan politik atau
perhimpunan ini satu perhimpunan agama bukannya perhimpunan politik. Anda
juga boleh lihat perlembagaan pertubuhan-pertubuhan Islam ada mencatatkan:

Pertubuhan ini tidak terlibat dengan soal politik.

Saudara, katakan kepada saya, jika Islam ini bukan politik, bukan sosial, bukan
ekonomi dan bukan ilmu pengetahuan, jadi Islam ini apa? Adakah Islam ini hanya
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
195
rakaat-rakaat yang dilakukan dengan hati yang kosong atau hanya sekadar lafaz
umpama kata-kata Rabiah al-Adawiyah: Istighfar yang memerlukan kepada
istighfar. Saudara adakah hanya kerana ini al-Quran perlu turun membawa
suatu sistem yang lengkap.

!,. >l `_: > :, _,l`.ll _

menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa
rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. An-Nahl: 89

(BUAT MAHASISWA)

Politik dan pemerintahan adalah di antara perkara khusus dalam syariat Islam
dan tidak akan terpisah daripada asas yang lain. Ustaz al-Banna menjelaskan
kedudukan politik sebagai sebahagian daripada perkara asas dalam syariat:

Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem
sosial Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil. Islam
juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin

>> ', !, < _,.. > `. _s _-, ! <
,l|

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu Al-Maidah: 49

Sesiapa yang mendakwa agama ini (atau lebih tepat Islam) tidak menyentuh
aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya
telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak katakan dia
menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah
silap dan cacat celanya.

Negara Islam mestilah dibina di atas asas dakwah supaya Negara ini mempunyai
wawasan tersendiri, bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran dan kerajaan
yang beku dan kaku tanpa sebarang roh. Demikian juga dakwah mestilah
diletakkan di bawah penjaga yang akan menjaga, menyebar, menyampai dan
memantapkannya.

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
196

Mengabaikan aspek pemerintahan adalah jenayah sementara menuntut
kewujudannya adalah wajib dalam Islam. Seterusnya Ustaz al-Banna mengingatkan
tentang jenayah akibat mengabaikan pelaksanaan syariat Allah. Beliau menggesa para
penggerak Islam agar berusaha mencapai matlamat ini:

Islam yang diimani oleh Ikwan al-Muslimin ini ialah Islam yang meletakkan
kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada
pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu
khalifah ketiga pernah berkata:

Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al-
Quran.

Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam
buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan
asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan
pelaksanaan

Mungkin kita boleh faham jika para reformis Islam merasa selesa dengan hanya
berperanan sebagai penasihat dan pembimbing ketika mereka mendapati ada
ahli politik dan pemerintah yang patuh kepada perintah Allah dan melaksanakan
segala hukum-Nya, menyampaikan segala ayat-ayat dan hadis-hadis Nabi s.a.w.
Namun hakikatnya seperti yang kita lihat, perlembagaan Islam berada di suatu
tempat dan perlembagaan yang diguna pakai berada di tempat yang lain. Sikap
para reformis Islam yang berpeluk tubuh tidak mahu menuntut supaya hukum
Islam dijalankan merupakan suatu jenayah menurut Islam; Jenayah yang tidak
akan dimaafkan kecuali dengan cara bangkit dan mengambil semula kuasa
eksekutif daripada genggaman pihak yang tidak meyakini undang-undang Islam
yang suci.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Kesederhanaan dan rasional ketika berhadapan dengan masalah pemerintahan.
Akhirnya, secara terbuka beliau menjelaskan bahawa matlamat Ikhwan al-Muslimin
bukanlah untuk mendapat kuasa pemerintahan sebaliknya matlamat mereka ialah
melaksanakan syariat Allah. Tegas beliau:

Atas dasar ini, Ikhwan al-Muslimin tidak pernah menuntut kuasa untuk
kepentingan diri sendiri. Jika Ikhwan merasakan ada di kalangan umat ini yang
bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini serta bersedia memimpin
masyarakat berlandaskan ajaran Islam dan al-Quran maka Ikhwan akan menjadi
jentera, pembantu dan pendokongnya. Jika tiada maka kuasa pemerintahan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
197
adalah sebahagian pendekatan Ikhwan. Mereka akan berusaha mengambil semula
kuasa daripada genggaman setiap kerajaan yang tidak melaksanakan perintah
Allah.

Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak
menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap
sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan
mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik
bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan
peribadi.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan landasan yang jelas dan nyata ini Ustaz al-Banna telah mengemukakan
suatu pemikiran politik yang berlandaskan fahaman yang tepat tentang Islam. Agama
yang merupakan panduan hidup yang lengkap dan bersepadu. Ia sekaligus menggariskan
dasar dalam gerakan Ikhwan al-Muslimin. Dasar ini seterusnya mencorak agenda
kebangkitan ummah dan proses pembinaan sebuah negara Islam yang unggul.

























PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
198
Bahagian II
KONSEP


Ustaz al-Banna telah mengemukakan beberapa konsep asas yang menjadi teras
kepada agenda kebangkitan ummah. Konsep-konsep tersebut adalah seperti berikut:

1. Arab

i. Maksud Arab

Ustaz al-Banna menjelaskan maksud ini apabila berkata:

Ikhwan al-Muslimin mentakrif Arab mengikut takrif Nabi s.a.w. yang
dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Kathir daripada Muaz bin
Jabal r.a.:

Ketahuilah Arab itu adalah lisan, ketahuilah Arab itu adalah lisan (bahasa).

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Kedudukan Arab

Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan menjadi bangsa pilihan. Tepat
sekali sabda Rasul s.a.w.:

Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah.

Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan
dibangunkan. Setiap inci bumi Arab ini kita anggap sama seperti bumi dan
tanahair kita sendiri. Sempadan geografi dan pecahan politik yang ada kini tidak
mampu memisahkan kita selama-lamanya dengan kesatuan Arab Islam

Islam yang suci ini lahir dalam budaya Arab dan sampai ke bangsa-bangsa lain
melalui orang Arab. Kitab suci Islam juga berbahasa Arab. Seluruh bangsa
bersatu di bawah nama Islam

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Dengan ini, konsep ini mengandungi beberapa elemen berikut:

i. Sesiapa sahaja yang berbahasa Arab dia adalah orang Arab.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
199
ii. Apabila lemah Arab lemahlah Islam.

iii. Arab adalah bangsa Islam yang awal dan bangsa yang terpilih.

iv. Kebanggaan dengan Arab bukan bertitik tolak daripada semangat taksub,
takbur dan memusuhi bangsa lain.

2. Patriotik

i. Maksud patriotik.

Bagi menjelaskan maksud ini Ustaz al-Banna membentangkannya mengikut
beberapa sudut:

a. Cintakan negara

Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah
cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini
sememangnya sedia tertanam dalam fitrah rnanusia dan bertepatan dengan
perintah Islam.

(DAKWAH KITA)

b. Negara yang merdeka dan bermaruah

Jika apa yang mereka maksudkan ialah kewajipan berusaha sedaya upaya untuk
membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu
ke arah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri dan
semangat kemerdekaan dalam jiwa anak bangsa, jika ini yang mereka maksudkan
ia bermakna kita turut sama bersama mereka.

(DAKWAH KITA)

c. Masyarakat yang bersatu

Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah mengukuhkan
hubungan antara masyarakat dalam rantau yang sama dan memimpin mereka
menggunakan hubungan ini untuk kepentingan mereka, jika ini yang mereka
maksudkan kita turut bersetuju dengan mereka.

(DAKWAH KITA)

ii. Landasan patriotisme kita.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
200

Seterusnya Ustaz al-Banna menggariskan asas kepada semangat patriotik:

Mereka yang menyangka Ikhwan al-Muslimin membelakangkan negara dan tidak
bersemangat patriotik sebenarnya silap. Orang Islam adalah orang yang paling
setia dengan negara mereka. Mereka sedia berkorban demi negara dan mereka
menghormati orang yang setia berjuang demi negara. Anda sendiri dapat lihat
sejauhmana semangat patriotisme umat Islam dan sejauhmana mereka
perjuangkan maruah bangsa mereka. Namun umat Islam berbeza dengan para
pejuang patriotik tulen kerana landasan patriotisme umat Islam ialah akidah
lslam.

Sedarlah, semangat patriotisme yang ada pada Ikhwan al-Muslimin
menyebabkan mereka amat-amat meyakini bahawa mengabaikan mana-mana bumi
yang didiami oleh seorang Muslim adalah suatu jenayah yang tidak dapat
diampunkan kecuali jika mereka mengembalikannya semula atau mereka
terkorban dalam usaha untuk mengembalikannya. Mereka tidak akan selamat
daripada kemurkaan Allah kecuali mereka perlu berusaha melakukannya.

(BUAT PEMUDA)

iii. Sempadan patriotisme kita.

Ustaz al-Banna turut menjelaskan sempadan semangat patriotik dalam Islam.
Beliau berkata:

Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita melelakkan sempadan
patriotisme kita ialah akidah. Sementara mereka meletakkan sempadan
patriotisme mereka ialah sempadan geografi Ini berbeza dengan pejuang
patriotisme. Mereka hanya mengambil perhatian kepada sebidang tanah yang
kecil dan sempit. Perbezaan ini lebih ketara apabila mereka berusaha
memperkukuhkan kekuatan mereka dengan menindas bangsa lain. Kita tidak rela
melakukannya jika ia menyebabkan penindasan kepada mana-mana bumi Islam.

Kita hanya menuntut perkara yang membawa kekuatan kepada semua. Bagi
pejuang patriotisme, mereka tidak melihat ini sebagai suatu masalah. Oleh itu
berlakulah keretakan dalam hubungan antara negara Islam, kekuatan negara
Islam semakin lemah dan peperangan tercetus sesama sendiri akibat percaturan
pihak musuh.

(DAKWAH KITA)

iv. Matlamat patriotik kita.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
201

Akhir sekali, Ustaz al-Banna menjelaskan matlamat patriotisme dalam Islam.

Mana-mana pejuang patriotisme sudah tentu meletakkan kemerdekaan negara
mereka sebagai matlamat utama mereka. Malangnya apabila mereka berusaha
memajukan negara ini, mereka arahkan tumpuan mereka hanya kepada aspek
kebendaan sama seperti yang dilakukan oleh masyarakat Eropah sekarang.
Berbeza dengan kita kerana kita meyakini sebagai seorang muslim kita memikul
suatu amanah dan untuk itu kita perlu mengorbankan nyawa, darah dan harta
dalam usaha melaksanakan amanah itu. Iaitu memimpin manusia dengan cahaya
Islam dan mengibarkan panji Islam ke seluruh pelusuk bumi.

(DAKWAH KITA)

Dengan ini menurut pandangan Ustaz al-Banna konsep patriotisme ini
mengandungi beberapa elemen seperti berikut:

i. Kecintaan kepada negara lahir daripada fitrah dan agama.

ii. Membebaskan negara dan memelihara kemerdekaannya adalah wajib dalam
Islam.

iii. Ikatan patriotik antara anggota masyarakat merupakan suatu prinsip Islam.

iv. Asas semangat patriotisme kita adalah akidah Islam.

v. Sempadan semangat patriotisme kita adalah akidah dan bukan sempadan
geografi.

vi. Semangat patriotisme kita mengandungi mesej untuk seluruh dunia.

3. Nasionalisme

i. Maksud nasionalisme.

Bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme Ustaz al-Banna
telah mengemukakan nilai-nilai berikut:

a. Nasionalisme dan kegemilangan silam

Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan
semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
202
silam dalam membina hidup gemilang ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami
sokong dan kami galakkan

Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik pada zaman jahiliyyah adalah
orang yang terbaik pada zaman Islam, jika mereka memahami. (maksud hadis)

(DAKWAH KITA)

b. Nasionalisme dan ummah

Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang
yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama
dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar Jika
nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan
berjihad, maka menjadi kewajipan setiap pihak untuk berusaha mencapai
matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah
pengagihan tugas yang terbaik Semua nilai nasionalisme ini dan yang
seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam.
Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati
semua nilai ini malah kita sokong.

(DAKWAH KITA)

c. Nasionalisme jahiliyyah

Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali
budaya Jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah
lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh.
Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat
nasionalisme dan semangat kebangsaan maka nasionalisme seperti ini tidak
betul dan membawa kesan yang amat buruk

Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga
dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada
tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan
ketakwaan. (maksud hadis)

(DAKWAH KITA)

ii. Teras Semangat Nasionalisme Kita.

Akhir sekali Ustaz al-Banna menjelaskan teras kepada semangat nasionalisme
dalam Islam. Beliau berkata:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
203

Teras kepada semangat nasionalisme kita ialah kepatuhan kepada Allah, rasul
dan orang-orang beriman: Marilah saudara, marilah kita dengar firman Allah
Taala:

< | _%! ` `>` _ lLl || l

Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. ia
mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) Al-
Baqarah: 257

, < 8l , > _.l

(janganlah kamu taatkan mereka!) bahkan (taatlah kepada) Allah pelindung
kamu, dan Dialah sebaik-baik penolong. Ali Imran: 150

!| `>l < `&! _%! ` _%! 1` l.l .` l `-

Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang
yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang
mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Al-Maidah: 55

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran),
dan Dialah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat
kebaikan. (maksud Al-Araf: 196)

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu
pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kamui. Dialah pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah
hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (maksud At- Taubah: 51)

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dan sesuatu
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa
bertaqwa. (maksud surah Yunus: 62-63)

Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi pelindung orang-
orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir tiada sesiapapun
yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka. (maksud Muhammad: 11)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
204

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta
bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (maksud Al-Munafiqun: 8)

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis Qudsi:

Allah Taala berfirman pada hari kiamat: Wahai anak-anak Adam, Aku tetapkan
satu nasab dan kamu tetapkan nasab kamu sendiri. Dengan itu kamu berkata
fulan anak fulan dan Aku pula berfirman: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah lebih taqwanya di antara kamu. Pada hari ini Aku angkat nasab-Ku
dan Aku ketepikan nasab kamu. (maksud hadis Qudsi)

Saudara yang dihormati, manusia berbangga dengan nasab keturunan apabila
mereka mahu berkongsi keagungan dan kehebatan datuk nenek, atau kerana
mahu meniupkan semangat dan maruah diri pada generasi anak-anak mereka.
Namun kedua-dua tujuan ini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.
Sebaliknya tidakkah anda rasakan hubungan anda dengan Allah lebih
memberikan anda kehebatan dan kemuliaan.

| -l < !-- _

kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah,
(diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). An-Nisaa: 139

Hubungan ini akan lebih membawa anda ke martabat yang tinggi. Hubungan ini
akan meniupkan semangat kepada mereka yang beramal untuk bangkit. Apakah
ada yang lebih besar dan lebih mulia apabila anda melihat diri anda ada
hubungan dengan Allah. Anda dihubungkan dengan Allah kerana sesuatu sebab,
Allah berfirman:

_>l _, !, `. l-. .>l !, `. '. _

Tetapi (sepatutnya ia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang
Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang
sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana
kamu selalu mempelajarinya. Ali Imran: 79

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Dengan ini, nilai nasionalisme menurut pandangan Islam dari kacamata Ustaz al-
Banna boleh dirumuskan seperti berikut:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
205

i. Rasa bangga dengan bangsa dan warisan sejarah, serta hubungan antara
generasi baru dan lama.

ii. Keutamaan kepada bangsa dan hak mereka mendapat layanan yang baik.

iii. Tidak mengiktiraf rasa bangga dengan keturunan dan tradisi jahiliyah.

iv. Teras semangat nasionalisme kita ialah kepatuhan mutlak kepada Allah, rasul
dan orang-orang beriman.

4. Kesejagatan

i. Maksud kesejagatan

Konsep ini dijelaskan oleh Ustaz al-Banna:

Dakwah ini bersifat sejagat kerana dakwah ini ditujukan kepada seluruh
rnanusia atas dasar semua manusia adalah saudara. Mereka berasal daripada
asal-usul yang sama, bapa mereka sama dan keturunan mereka sama. Kemuliaan
mereka hanya berdasarkan kepada ketakwaan serta amal kebajikan yang mereka
sumbangkan kepada bangsa manusia.

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut
nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesunggahnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (maksud An-Nisaa:
1)

Kita tidak menerima semangat perkauman dan kita juga tidak akan meniupkan
semangat perkauman berteraskan kaum dan warna kulit. Sebaliknya kita akan
mengajak manusia ke arah semangat persaudaraan yang sejati sesama seluruh
bangsa manusia.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kama berbagai bangsa dan bersaku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesunggahnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). (maksud
Al-Hujarat: 13)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
206

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah. Bukan dari
kalangan kita orang yang mati dalam asobiyyah. (maksud hadis)

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad daripada Jabir bin Mutim r.a.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

ii. Fasa sejagat adalah fasa terakhir dalam agenda kita.

Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa matlamat akhir kita ialah kuasa dunia.

Semangat sejagat atau kemanusiaan pula adalah matlamat kita yang paling
utama dan menjadi kemuncak usaha pengislahan ini. Tidal syak lagi, dunia kini
sedang menuju ke arah ini. Penyatuan pelbagai bangsa, permuafakatan antara
pelbagai ras dan bangsa, bangsa-bangsa yang lemah bersatu untuk mewujudkan
kuasa baru, bangsa-bangsa yang selama ini berpecah mula bersatu untuk
mengecapi nikmat perpaduan, semua ini membuka langkah untuk idea
kesejagatan ini bertapak malah bakal mengambil alih fahaman kebangsaan dan
perkauman yang dianuti oleh masyarakat manusia sebelum ini. Memang tidak
dinafikan mereka perlu menganut fahaman perkauman ini supaya unit-unit kecil
ini dapat bersatu, kemudian mereka perlu mengenepikannya supaya mereka
boleh membentuk kelompok yang lebih besar. Dengan ini barulah mereka dapat
membina perpaduan mutlak. Walaupun pelaksanaannya agak lambat namun segala
perubahan ini pasti akan berlaku. Oleh itu kita perlu jadikan perubahan ini
sebagai suatu matlamat dan fokus utama kita. Kita akan turut sama menyumbang
batu-bata bagi membina binaan kemanusiaan ini. Walau bagaimanapun tidak
semesinya kita yang akan sempurnakan binaan ini kecuali setiap orang telah
ditetapkan ajalnya.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Dengan ini, konsep kesejagatan menurut pandangan Ustaz al-Banna boleh
dirumuskan kepada beberapa elemen seperti berikut:

i. Seruan untuk mewujudkan persaudaraan seluruh manusia dan perpaduan
sejagat.

ii. Menghapuskan sikap fanatik berteraskan bangsa dan puak.

iii. Seruan untuk mewujudkan sistem baru dunia yang berteraskan keadilan.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
207

iv. Hormat kepada undang-undang antarabangsa dengan syarat ia dilaksanakan
dengan adil dan saksama.

v. Yakin dengan hasil tamadun dan menerima tamadun yang baik daripada bangsa
lain.

Akhirnya, dengan penuh keyakinan kita boleh katakan di sini bahawa konsep asas
yang menjadi teras kepada agenda kebangkitan ummah seperti patriotisrne, semangat
Arab, nasionalisme dan semangat sejagat tidak terhad kepada sempadan geografi.
Sebaliknya semua konsep ini berlandaskan nilai akidah. Ia menolak fahaman fanatik
sebaliknya menyeru manusia kepada Allah. Dengan ini bermakna matlamat tertinggi
konsep-konsep ini ialah dunia dan seluruh manusia. Ia bermaksud membimbing seluruh
manusia berpandukan cahaya Islam.



































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
208
Fasal 12
GERAKERJA POLITIK


Bahagian I: Sasaran Politik dalam Dakwah

Bahagian II: Kaedah Penglibatan Politik.

Bahagian III: Fasa Penglibatan Politik.

Bahagian IV: Pendirian Politik dalam Dakwah.
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
209
Bahagian I
SASARAN POLITIK DALAM DAKWAH


1. Membebaskan Bumi Islam

Sudah tentu matlamat pertama dakwah ini ialah membebaskan bumi Islam.
Perkara ini disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Membebaskan dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing yang
sememangnya merupakan hak semulajadi semua manusia. Hanya orang yang
bersikap kejam dan diktator sahaja yang akan menafikannya.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

2. Penyatuan Bumi Islam

Ustaz al-Banna turut menegaskan perlunya bumi Islam disatukan. Beliau
berkata:

Selepas itu kami mahu satukan semua negara-negara Islam yang telah
dipisahkan oleh dasar Barat dan mengembalikan semula perpaduan negara-
negara ini yang telah dimamah oleh kerakusan Eropah. Ini bermakna kami tidak
akan mengiktiraf pemisahan politik. Kami tidak akan tunduk kepada perjanjian
antarabangsa yang telah dimeterai yang hanya menyebabkan negara Islam
bertukar menjadi negara-negara kecil yang lemah dan berpecah hingga mudah
ditelan oleh kolonialisme. Kami tidak akan berdiam diri terhadap segala
pencabulan yang dilakukan terhadap kemerdekaan bangsa-hangsa ini. Demikian
juga dengan manipulasi bangsa lain terhadap bangsa-bangsa ini. Mesir, Syria,
Iraq, Hijaz, Yaman, Tripoli, Tunisia, Algeria, Maghribi dan setiap inci muka bumi
yang ada mengucap kalimah syahadah, Tiada tuhan melainkan Allah, setiap
muka bumi ini adalah negara kami yang akan kami bebaskan dan selamatkan.
Seterusnya kami akan satukan kesemua negara ini.

(BUAT PEMUDA)

3. Pembentukan Sebuah Negara Islam

Setelah dibebaskan dan disatukan, matlamat ketiga ialah membentuk sebuah
negara Islam. Hakikat ini disebut oleh beliau:

Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu
melaksanakan hukum-hukum dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
210
menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara
bijaksana kepada semua manusia. Selagi negara ini tidak wujud, selagi itulah
seluruh umat Islam berdosa. Umat Islam akan dipertanggjawabkan di hadapan
Allah kerana mereka dianggap cuai dan tidak berusaha mewujudkannya. Adalah
suatu pencabulan kepada hak-hak kemanusiaan terutama dalam keadaan yang
tidak menentu ini apabila wujudnya sebuah Negara yang melaungkan dasar-dasar
yang kejam dan menyebarkan fahaman-fahaman yang sesat. Namun tidak wujud
sesiapapun yang berusaha menegakkan sebuah negara yang berpegang kepada
kebenaran, keadilan dan keharmonian.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

4. Mewujudkan Penyatuan Arab

Ustaz al-Banna menekankan penyatuan bangsa Arab sebagai asas kepada
penyatuan bangsa Islam.

Dengan ini penyatuan bangsa Arab adalah perlu bagi mengembalikan
kegemilangan Islam, bagi menegakkan negara Islam dan mengukuhkan kuasa
Islam. Dengan ini juga setiap orang Islam perlu berusaha mengembalikan
perpaduan Arab, berusaha membantu serta menyokong perpaduan ini. Ini adalah
pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung perpaduan Arab.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

5. Mewujudkan Penyatuan Bangsa Islam

Seterusnya, beliau mengemukakan matlamat akhir iaitu penyatuan seluruh umat
Islam. Tegasnya:

Dengan hakikat ini, Islam tidak menerima persempadanan geografi dan tidak
menerima diskriminasi berasaskan bangsa dan keturunan. Islam beranggapan
seluruh umat Islam sebagai satu bangsa dan bumi Islam sebagai satu negara,
walau sejauhmana sekalipun kedudukan dan sempadannya. Ikhwan al-Muslimin
menghormati perpaduan ini dan mengimani penyatuan ini. Ikhwan akan sentiasa
bekerja untuk menyatukan umat Islam dan memantapkan persaudaraan Islam.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Akhirnya Ustaz al-Banna merumuskan seluruh matlamat tadi. Menurut beliau,
matlamat politik yang paling utama dalam agenda kebangkitan ummah ialah:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
211
Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara
memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah
kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara
mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan
lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.

(RISALAH TAALIM)




































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
212
Bahagian II
KAEDAH PENGLIBATAN POLITIK


Ustaz al-Banna melihat langkah awal ke arah pembentukan sebuah negara Islam
akan hanya dapat dicapai dengan penglibatan politik. Penglibatan ini sudah tentu boleh
dilakukan dengan pelbagai cara melalui pelbagai peringkat. Setiap peringkat
memerlukan kaedah yang berbeza untuk mewujudkan aktiviti politik. Apa sahaja cara
boleh digunakan selagimana ia bertepatan dengan syarak dan tidak bercanggah dengan
asas yang ditetapkan oleh syarak serta mampu memberikan kebaikan yang pasti.
Dakwah ini secara praktikalnya telah menggunakan beberapa kaedah, sebagai contoh:

1. Aktiviti penerangan yang giat.

2. Mengutus memorandum kepada pihak berkuasa.

3. Mewujudkan badan yang mengkaji perlembagaan dan mengemukakan beberapa
usul.

4. Menyediakan beberapa saranan pemulihan yang disalurkan kepada pihak yang
bertanggungjawab.

5. Mengeluarkan kenyataan politik yang menyatakan pendirian jamaah.

6. Menyertai Majlis Perwakilan Rakyat, mewujudkan atau menyertai parti politik.

7. Menyatakan tuntutan politik secara terus-terang.

8. Mengadakan persefahaman politik.














PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
213
Bahagian III
FASA PENGLIBATAN POLITIK


Dalam ucapan di Muktamar Kelima, Ustaz al-Banna berpandangan bahawa
berdasarkan kajian tentang semua gerakan sepanjang sejarah, beliau meletakkan kita
dalam tiga fasa utama yang perlu dilalui oleh dakwah:

1. Fasa Penerangan (takrif)

Fasa ini memberikan penerangan tentang kandungan gagasan ini kepada
masyarakat. Ciri-ciri fasa ini telah dinyatakan oleh Ustaz al-Banna:

i. Menjelaskan pemikiran yang betul kepada masyarakat.

ii. Penerangan yang giat berkenaan dengan jamaah.

iii. Merangsang peranan ulama dalam politik.

iv. Meletakkan beberapa polisi yang mengawal segala kegiatan dalam fasa ini.

2. Fasa Pembentukan (takwin)

Dalam fasa ini berlaku proses pemilihan anggota yang aktif dan penubuhan
beberapa institusi. Ciri-ciri fasa ini menurut pandangan Ustaz al-Banna ialah:

i. Menubuhkan unit-unit yang memberi tumpuan kepada aspek perlembagaan.

ii. Menubuhkan unit-unit yang memberi tumpuan kepada aspek undang-undang.

iii. Menyediakan program-program pemulihan (pengislahan) yang bersepadu.

iv. Mengemukakan kritikan yang bernas kepada isu semasa.

3. Fasa Pelaksanaan (tanfiz)

Fasa ini ialah di mana dakwah berjuang untuk meletakkan agendanya dalam
bentuk pelaksanaan. Ciri-ciri fasa ini menurut pandangan Ustaz al-Banna ialah:

i. Penglibatan dalam Majlis Perwakilan Rakyat.

ii. Gerakan massa.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
214
iii. Desakan dipertingkat.










































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
215
Bahagian IV
PENDIRIAN POLITIK DALAM DAKWAH


Berdasarkan matiamat, kaedah dan fasa dalam penglibatan politik, Ustaz al-
Banna telah menggariskan pendiriannya dengan jelas. Boleh dikatakan pendirian ini
adalah pendirian politik dakwah ini. Pendirian ini menyentuh pelbagai aspek dalam
agenda kebangkitan ummah seperti:

1. Pemerintahan.

2. Perlembagaan.

3. Undang-undang.

4. Parti politik.

5. Minoriti dan bangsa asing.

6. Penglibatan wanita dalam kegiatan politik.

7. Demokrasi.

8. Perpaduan.

9. Hak asasi manusia.

1. Pemerintahan

i. Pemerintahan menjadi sebahagian daripada pendekatan

Ustaz al-Banna melihat pemerintahan adalah sebahagian daripada proses agenda
kebangkitan ummah. Beliau menyebut:

Segolongan lain pula bertanya: Adakah termasuk dalam pendekatan Ikhwan al-
Muslimin untuk membentuk sebuah kerajaan dan memerintah? Apakah cara
mereka untuk mencapai tujuan itu?

Saya tidak akan membiarkan mereka yang bertanya dalam kebingungan. Saya
dengan penuh berbesar hati akan menjawab:

Islam yang diimani oleh Ikhwan al-Musliminin ialah Islam yang meletakkan
kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
216
pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu
khalifah ketiga pernah berkata:

Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al-
Quran.

Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam
buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan
asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan
pelaksanaan selain sebagai perlembagaan dan pendidikan, selain sebagai undang-
undang dan kehakiman

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Seorang muslim tidak boleh mengiktiraf sistem yang tidak
berlandaskan Islam

Corak pemerintahan yang kita inginkan telah dinyatakan dengan jelas oleh Ustaz
al-Banna:

Kami tidak akan mengiktiraf mana-mana kerajaan yang tidak berlandaskan
Islam. Kami juga tidak akan mengiktiraf mana-mana parti politik dan apa juga
tradisi yang dipaksa oleh pihak kafir dan musuh Islam untuk kami amalkan. Kami
akan bekerja untuk menghidupkan kembali segala aspek sistem pemerintahan
Islam. Kita juga akan membentuk sebuah kerajaan Islam berlandaskan sistem
ini.

(BUAT PEMUDA)

iii. Usaha mendaulatkan syariat Islam adalah wajib dan berdiam diri
adalah dosa

Beliau seterusnya menegaskan perlunya usaha mendaulatkan syariat Islam:

Sikap para reformis Islam yang berpeluk tubuh tidak mahu menuntut supaya
hukum Islam dijalankan merupakan suatu jenayah menurut Islam; Jenayah yang
tidak akan dimaafkan kecuali dengan cara bangkit dan mengambil semula kuasa
eksekutif daripada genggaman pihak yang tidak meyakini undang-undang Islam
yang suci.

Ikhwan al-Muslimin tidak pernah menuntut kuasa untuk kepentingan diri
sendiri. Jika Ikhwan merasakan ada di kalangan umat ini yang bersedia memikul
tanggungjawab dan amanah ini serta bersedia memimpin masyarakat
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
217
berlandaskan ajaran Islam dan al-Quran, maka Ikhwan akan menjadi jentera,
pembantu dan pendokongnya. Jika tiada, maka kuasa pemerintahan adalah
sebahagian pendekatan Ikhwan. Mereka akan berusaha mengambil semula kuasa
daripada genggaman setiap kerajaan yang tidak melaksanakan perintah Allah.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iv. Matlamat Ikhwan ialah mendaulatkan syariat bukan memperolehi
kuasa

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan telah menggariskan matlamat
sebenar mereka:

Ikhwan al-Muslimin meletakkan diri mereka para duat yang mengajak manusia
kepada Allah dengan cara yang penuh bijaksana dan nasihat yang baik. Dakwah
yang mereka lakukan bertujuan melaksanakan syariat Allah sepertimana yang
telah diperintahkan oleh Allah. Matlamat ini akan dicapai melalui cara-cara yang
boleh dilakukan secara aman dan melalui institusi-institusi yang sah dari segi
undang-undang. Ikhwan tidak akan menuntut atau mengharapkan kuasa
sepertimana yang sering dilakukan pada hari ini. Namun demikian sekiranya
wujud peluang melalui peti-peti undi yang bebas dan bersih mereka tidak akan
mengenepikannya berasaskan dasar bahawa mereka memiliki agenda perubahan
yang berteraskan Islam.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

v. Perjuangan melalui perlembagaan adalah alternatif terbaik

Ustaz al-Banna telah menjelaskan kaedah yang digunakan untuk mencapai
matlamat ini:

Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah Seterusnya kita melangkah ke
medan perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini
dapat diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan
dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa
yang sesuai, calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi
wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah
akan membantu kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya
demi keredhaan Allah.

Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama
Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (maksud al-Hajj: 40)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
218
(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

vi. Perlu wujud landasan yang menunjangi kuasa politik Islam

Ustaz al-Banna menjelaskan tentang kepentingan proses pendidikan yang betul
untuk mencapai matlamat Ikhwan melaksanakan syariat Allah:

Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak
menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap
sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan
mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik
bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan
peribadi.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

2. Perlembagaan

i. Perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang

Ustaz al-Banna memisahkan antara perlembagaan dengan undang-undang,
menurut beliau:

Dalam pada itu ada sesetengah pihak yang bertanya, apakah sikap Ikhwan al-
Muslimin terhadap perlembagaan?

Namun sebelum itu saya ingin jelaskan perbezaan antara perlembagaan dengan
undang-undang. Perlembagaan ialah sistem pemerintahan am yang mengatur
bidang kuasa dan tanggungjawab pemerintah serta sejauhmana hubungan
mereka dengan rakyat. Sementara undang-undang pula ialah sistem yang
mengatur hubungan antara individu, memelihara hak-hak emosi dan fizikal
mereka serta hukuman yang dikenakan ke atas setiap tingkah laku mereka.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Prinsip pemerintahan menurut perlembagaan

Bagi menjelaskan pendiriannya tentang pemerintahan berdasarkan
perlembagaan, Ustaz al-Banna menyebut:

Wahai Ikhwan, bagi orang yang mengkaji perkara ini, prinsip pemerintahan
berperlembagaan yang mengandungi prinsip-prinsip memelihara segala bentuk
kebebasan individu, prinsip syura dan kuasa rakyat iaitu prinsip pemerintah
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
219
bertanggungjawab kepada rakyat dan rakyat boleh mengadili setiap tindakan
mereka, menggariskan kuasa setiap pemerintah, kesemua prinsip ini bagi sesiapa
sahaja yang mengkaji jelas menunjukkan ia bertepatan dengan ajaran serta
sistem dan dasar Islam dalam aspek pcmerintahan.

Dengan ini Ikhwan al-Muslimin meyakini sistem pemerintahan berperlembagaan
adalah sistem pemerintahan sedia ada yang paling hampir dengan Islam. Oleh itu
Ikhwan tidak akan mengubah sistem ini kepada sistem yang lain.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Perkara asas dalam perlembagaan

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan telah rnenggariskan beberapa
aspek yang perlu terkandung dalam perlembagaan ummah:

Walaupun kita menerima hukum-hakam al-Quran al-Karim dan sunnah
mutahharah merupakan perlembagaan tertinggi (Mana-mana undang-undang yang
bercanggah dengannya tidak boleh diterima pakai), namun ummah ini perlu
mempunyai sebuah perlembagaan bertulis yang bersumberkan nas-nas syariat.
Demikian juga dengan maksud, objektif dan dasar-dasar amnya. Perlembagaan
ini juga berhak mengatur soal-soal yang dibenarkan. Perlembagaan ini mestilah
menyelaras pelbagai badan yang mentadbir hal-ehwal negara. Langkah ini
bertujuan menghalang mana-mana badan daripada melampaui bidang kuasa atau
bertindak sesuka hati.

Perlembagaan ini juga mestilah rnengandungi dasar-dasar atau undang-undang
yang memelihara hak-hak kebebasan am dan khusus rakyat sama ada Islam atau
bukan Islam. Perlembagaan ini akan meletakkan pemerintahan berlandaskan
mesyuarat (syura) yang mengambil kira pandangan rakyat. Perlembagaan ini juga
menggariskan tanggungiawab pemerintah terhadap rakyat, kaedah menegur dan
memperbetul sebarang penyelewengan mereka dengan cara yang baik dan
berkesan sekiranya mereka cuai atau menggugurkan mereka sekiranya tindakan
tersebut perlu. Perkara ini diputuskan oleh sebuah majlis perwakilan yang
memiliki kuasa menggubal undang-undang dan kuasa pemantauan yang berkesan.
Kehendak rakyat akan diwakili melalui pilihanraya yang bebas dan bersih. Di
mana segala keputusannya adalah wajib dipatuhi.

(INILAH DAKWAH KITA)

3. Undang-undang

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
220
i. Islam mengemukakan asas perundangan dan undang-undang secara
terperinci

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa Islam telah mengemukakan asas-asas
perundangan:

Islam datang bersama undang-undang. Malah Islam telah menghuraikan
kebanyakan dasar-dasar perundangan dan undang-undang secara terperinci;
Sama ada undang-undang yang berkaitan dengan benda atau jenayah atau
urusniaga atau hal ehwal antarabangsa. Al-Quran dan hadis mengandungi
kesemua elemen ini. Buku-buku fikah juga cukup kaya dengan segala aspek ini.
Malah bangsa asing juga turut mengakui hakikat ini dan mengesahkannya di
hadapan Konvensyen Antarabangsa di The Hague di hadapan pakar-pakar
undang-undang seluruh dunia.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Kita menolak undang-undang yang bercanggah dengan Islam

Beliau seterusnya menegaskan bahawa agenda kebangkitan ummah tidak boleh
menerima mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Islam:

Tidak mungkin dan tidak logik jika undang-undang yang diamalkan di kalangan
umat Islam bercanggah sama sekali dengan ajaran agama mereka, hukum-hakam
al-Quran dan sunnah nabi mereka; bertentangan sama sekali dengan ajaran yang
dibawa oleh Allah dan rasul-Nya. Allah sendiri pernah mengingatkan nabi-Nya
mengenai perkara ini. Firman Allah Taala:

>> ', !, < _,.. > `. _s _-, ! <
,l| | l. l.! ! ` < ,.` _-,, , | ,. _ _!l 1.l _
>> l>l -, _ _.> _ < !>`> 1l ``

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka
berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya
Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka;
dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang
fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
221
jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada
sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Al-Maidah:
49-50

Ayat ini dinyatakan setelah Allah mengingatkan:

_ `l >> !, < ,l`! ` `>l

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. Al-
Maidah: 44

_ `l > !, < ,l`! ` lLl

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah,
maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Maidah: 45

_ `l > !, < ,l`! ` 1.l

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. Al-Maidah: 47

Bagaimana agaknya sikap seorang muslim yang beriman dengan Allah serta
kalimah-Nya apabila mendengar ayat-ayat dan hadis-hadis ini kemudian
menyedari dia dihukum berdasarkan undang-undang yang bercanggah dengan
kenyataan ini. Apabila dia menuntut perubahan, mereka menjawab, bangsa asing
tidak dapat menerima perubahan ini dan tidak akan mempersetujuinya. Namun
dalam masa yang sama mereka boleh mengatakan rakyat Mesir adalah rakyat
yang merdeka sedangkan mereka sendiri belum mempunyai hak menentukan
kebebasan beragama. Bukankah kebebasan agama adalah hak kebebasan yang
paling suci?

Tambahan pula selain bercanggah dengan agama, undang-undang ciptaan
manusia ini juga bercanggah dengan perlembagaan ciptaan manusia itu sendiri
yang mengakui bahawa agama negara adalah agama Islam. Jadi bagaimana kita
dapat gabungkan kedua-dua hakikat ini, wahai orang-orang yang bijaksana?

Allah dan rasul-Nya telah mengharamkan zina, menghalang riba, menyekat arak
dan memerangi judi. Namun undang-undang manusia melindungi penzina,
mewajibkan riba, membolehkan arak dan menyusun aktiviti perjudian. Bagaimana
sikap seorang Islam dalam masalah ini? Adakah dia akan mentaati Allah dan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
222
rasul-Nya sedangkan itu bermakna dia menderhakai kerajaan dan undang-undang
kerajaan? Allah lebih baik dan lebih kekal. Ataupun dia akan menderhakai Allah
dan rasul-Nya, serta mentaati kerajaan sedangkan itu bermakna dia akan
menerima padahnya di akhirat dan di dunia?

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Undang-undang mestilah dipinda supaya bertepatan dengan syariat Islam

Ikhwan al-Muslimin tidak pernah bersetuju dengan undang-undang ini. Mereka
akan berusaha supaya undang-undang ini digantikan dengan undang-undang Islam
yang adil dan mulia. Walau bagaimanapun saya tidak berhasrat menjawab semua
kekeliruan atau halangan yang timbul dalam masalah ini. Dalam kesempatan ini
kita hanya mahu jelaskan pendirian yang kita ambil dan yang akan kita usahakan.
Kita akan tempuh segala rintangan untuk mencapai hasrat ini. Kita alan jelaskan
segala kekeliruan. Mudah-mudahan tidak timbul lagi sebarang masalah dan
segala ketundukan hanya kepada Allah.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAT KELIMA)

4. Parti politik

i. Politik kepartian dari segi prinsip

Beliau mempunyai pandangan tersendiri mengenai politik kepartian, tegas beliau:

Saya ada pandangan tersendiri berhubung politik kepartian ini. Saya tidak suka
memaksa sesiapa menerimanya kerana ini adalah pandangan saya semata-mata.
Walau bagaimanapun saya tidak mahu sembunyikan pandangan saya ini daripada
orang ramai Sebaliknya saya akan sentuh secara dasar dan saya akan
kemukakan kesan kewujudan parti-parti ini. Kemudian saya serahkan segala-
galanya kepada sejarah dan pandangan umum untuk menilai parti-parti ini.

Saya yakin walaupun politik kepartian sesuai untuk sesetengah keadaan dan di
sesetengah negara namun amalan ini tidak semestinya sesuai dalam semua
keadaan Kita sedang membina sebuah masyarakat baru yang utuh dan
memerlukan penggemblengan semua tenaga, kekuatan dan kebolehan. Pada
zaman kita perlukan kestabilan dan tumpuan sepenuhnya ke arah pemulihan,
terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk proses pemulihan dalaman ini.
Untuk itu kita perlu tumpukan segala tenaga kita ke arah merealisasikannya bagi
menyelamatkan bangsa Bangsa ini hanya ketiadaan kepimpinan yang baik dan
betul

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
223
(BUAT MAHASISWA)

ii. Kepartian tidak boleh diterima

Oleh kerana wujud budaya yang negatif dalam politik kepartian pada zaman
beliau, Ustaz al-Banna menegaskan:

Islam sebagai agama yang menganjurkan perpaduan dalanm segala keadaan,
agama yang berlandaskan keterbukaan, hati yang tulus, persaudaraan dalam
ertikata sebenar, kerjasama yang jujur antara semua manusia apatah lagi antara
ummah yang sama dan bangsa yang sama, sudah tentu agama ini tidak menerima
dan bersetuju dengan amalan kepartian. Al-Quran al-Karim menyebut:

..s ,> < !-> .

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai; Ali Imran: 103

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:

****ms: 173
Adakah kamu mahu saya tunjukkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada
sembahyang dan puasa? Para sahabat menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah.
Baginda bersabda: Pelbaiki hubungan yang retak kerana hubungan yang retak itu
ibarat pencukur. Saya tidak katakana ia mencukur rambut tetapi ia mencukur
agama.

(BUAT MAHASISWA)

iii. Perkembangan dan objektif parti politik

Beliau menganalisa pengalaman parti politik pada zamannya:

Ikhwan al-Muslimin berpendapat kesemua parti-parti politik di Mesir ini muncul
kerana sebab-sebab tertentu dan kerana faktor-faktor yang kebanyakannya
didorong oleh matlamat peribadi bukan untuk kepentingan umum

Mereka juga bersetuju dengan satu perkara lagi iaitu bermati-matian untuk
memperolehi kuasa dengan menggunakan segala bentuk propaganda parti dan
segala cara yang berakhlak atau tidak berakhlak untuk mencapai tujuan mereka.
Mereka akan memburuk-burukkan mana-mana musuh politik yang cuba
menghalang agenda mereka.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
224

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iv. Kesan negatif amalan kepartian

Ustaz al-Banna turut menyenaraikan kesan negatif amalan kepartian pada zaman
tersebut:

Ikhwan juga meyakini bahawa amalan kepartian ini telah merosakkan semua
aspek hidup masyarakat. Malah telah mencemarkan nilai-nilai murni yang ada
pada mereka, akhlak mereka dan memecah belahkan hubungan sesama
masyarakat. Amalan kepartian ini mempunyai kesan yang amat buruk kepada
budaya individu dan juga masyarakat.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

v. Sistem berdasarkan perwakilan dan sistem berdasarkan parti politik

Beliau seterusnya berpendapat majlis perwakilan ataupun parlimen tidak
memerlukan kepada parti-parti politik sebagaimana yang wujud pada zaman tersebut:

Ikhwan juga meyakini sistem perwakilan rakyat malah sistem parlimen itu
sendiri sebenarnya tidak semestinya berlandaskan amalan kepelbagaian parti
seperti yang diamalkan di Mesir hari ini. Jika tidak kenapa wujud kerajaan hasil
gabungan pelbagai parti dalam sebuah negara demokrasi. Alasan yang
mengatakan sistem parlimen hanya wujud apabila adanya pelbagai parti
sebenarnya adalah alasan yang tidak kukuh. Banyak negara yang mengamalkan
sistem parlimen berperlembagaan mengamalkan sistem satu parti. Ini bermakna
ia boleh dilakukan.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

vi. Perbezaan amalan kepartian dengan kebebasan bersuara

Beliau membezakan antara amalan kepartian dengan kebebasan bersuara,
menurut beliau:

Saudara, bezakan antara amalan kepartian yang budayanya ialah berpecah dan
berbeza pendapat dalam semua keadaan dengan kebebasan bersuara yang bukan
sahaja dibenarkan malah digalakkan oleh Islam. Bezakan amalan kepartian ini
dengan amalan mengkaji sesuatu perkara dan berbeza pendapat untuk mencari
kebenaran. Apabila jelas kebenaran dan keputusan dibuat, semua pihak akur
dengan keputusan tersebut. Keputusan dibuat sama ada secara majoriti ataupun
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
225
sebulat suara. Dengan ini umat ini akan dilihat sentiasa bersatu dan para
pemimpin akan dilihat sentiasa sependapat.

(BUAT MAHASISWA)

vii. Pakatan parti-parti politik

Beliau juga berpendapat pakatan antara parti politik tidak diperlukan pada
zaman tersebut:

Ikhwan al-Muslimin yakin idea persefahaman antara parti-parti tidak
mendatangkan apa-apa kebaikan. Ikhwan yakin cara ini hanyalah bersifat
sementara bukannya penyelesai masalah yang sebenar. Lambat laun parti-parti
yang menjalin persefahaman ini akan berpecah semula. Malah persengketaan
mereka akan bertambah sengit lebih buruk daripada sebelum persefahaman
diwujudkan. Penyelesaian yang sebenar ialah dengan membubarkan kesemua
parti ini dengan cara yang baik kerana peranan mereka sudah tamat dan situasi
sekarang sudah berbeza. Seperti kata orang: Setiap zaman ada negara dan
tokoh-tokohnya yang tersendiri.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

viii. Amalan kepartian yang boleh diterima

Walaupun pada peringkat awal beliau menolak teori kepelbagaian parti kerana
pandangan peribadinya. Namun beliau akhirnya menerima teori ini tetapi dengan syarat
setelah wujudnya proses pemantapan dan pentarbiyahan:

Mungkin boleh diterima jika ada beberapa negara yang telah menerima
kemerdekaan sepenuhnya dan sudah lengkap membina negara mereka, mereka
kini berselisih dan berpuak dalam beberapa isu. Namun bagi negara yang masih
baru, perpecahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Perhatikan, krisis dunia
yang berlaku hari ini menyebabkan semua negara di dunia mengenepikan amalan
kepartian mereka sama sekali atau mereka hanya mengekalkan amalan kepartian
tradisi pada zahir sahaja tetapi pada hakikatnya mereka bersatu dalam semua
perkara.

(BUAT MAHASISWA)

ix. Amalan kepartian yang bersih

Mengenai keyakinan Ustaz al-Banna dengan kepelbagaian parti dan amalan
kepartian yang betul, beliau berkata:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
226

Kita adalah seruan al-Quran yang benar, syumul dan bersepadu: tarikat sufi
yang suci, badan kebajikan yang efisien, agensi sosial yang giat, parti politik
yang bersih, mampu menyatukan masyarakat, tidak berkepentingan, mempunyai
objektif yang teratur, mampu memimpin dan membimbing dengan baik.

(UCAPAN KEPADA PEMIMPIN KAWASAN DAN MARKAS JIHAD)

x. Ijtihad ibu pejabat Ikhwan (Maktab al-Irshad)

Mengambil kira perubahan senario masyarakat dengan wujudnya sistem satu
kuasa yang menghakis kebebasan dan mewujudkan pemerintahan diktator, selain
wujudnya kesedaran politik pada tahap yang baik setelah sekian lama mengecapi
kemerdekaan, Ibu Pejabat berpendapat, menerima amalan kepelbagaian parti sebagai
suatu langkah perlu untuk menghalang amalan kediktatoran.

5. Minoriti dan Bangsa Asing

i. Dasar mengenai isu minoriti

Ustaz al-Banna telah mengemukakan pendirian Islam dalam isu minoriti.
Menurut beliau:

Ramai yang menyangka dengan berpegang teguh kepada Islam dan meletakkan
Islam sebagai landasan sistem hidup akan menafikan hak golongan minoriti
bukan Islam dalam ummah ini. Islam juga akan menolak perpaduan yang wujud
antara kaum-kaum yang ada sedangkan perpaduan merupakan asas penting dalam
pembangunan zaman ini. Namun itu bukanlah hakikat sebenar kerana Islam yang
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala yang
berlaku pada sesebuah bangsa semenjak dahulu, hari ini dan akan datang,
telahpun rnenyelesaikan segala masalah ini. Perlembagaan agama ini yang lengkap
telah merangkumi hak-hak asasi golongan minoriti ini melalui nas yang cukup
jelas dan terang. Adakah mereka memerlukan nas yang lebih jelas daripada nas
berikut:

'/>8 < _s _%! l l.1` _l `l /`> _ ` . L.1. ,l|
| < > _,L.1l

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
227
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil. Al-Mumtahanah: 8

(MENUJU SINAR CAHAYA)

ii. Menyanjung tinggi perpaduan seluruh manusia dan perpaduan agama

Ustaz al-Banna mengutuk secara terbuka sikap taksub dan perpecahan.
Sebaliknya beliau menggesa supaya diwujudkan perpaduan seluruh manusia dan
perpaduan agama. Tegas beliau:

Islam amat menghormati perpaduan seluruh manusia. Ini dinyatakan oleh
firman Allah Taala:

!! '_!l !| />1l> _ _. >l-> !,`-: !, !-.l

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain) Al-Hujurat: 13

Islam juga menyanjung tinggi perpaduan berlandaskan agama secara umum.
Kerana itu Islam menolak sikap taksub dan mewajibkan penganutnya agar
menerima seluruh risalah langit. Ini dinyatakan dalam firman Allah:

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah, dan
kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang
diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi
Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi
Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-
nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari
mereka (sebagaimana yang kamu Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya);
dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-
mata. Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-
kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh
petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-
benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal dalam perbalahan dan
permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai
Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan
mereka; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar; lagi Maha Mengetahui.
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah
sebati dengannya ialah); celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
228
kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah? (maksud Al-Baqarah: 136-138

Islam yang memiliki nilai-nilai yang sederhana dan adil tidak mungkin akan
menyebabkan penganutnya menjadi punca kepada perpecahan. Sebaliknya Islam
telah berjaya meletakkan perpaduan ini sebagai suatu yang dianggap suci bukan
sekadar termaktub dalam perlembagaan sahaja.

Islam telah menyenaraikan secara terperinci orang-orang yang boleh disingkir
dan dipulau. Ini dinyatakan oleh firman Allah selepas ayat yang dinyatakan
sebelum ini:

!| `>9. < _s _%! l. _l `>> _ `L ls >>>|
l. _ . l`! ` lLl _

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat
orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan
kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir
kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Mumtahanah: 9

(MENUJU SINAR CAHAYA)

iii. Pendirian terhadap Kristian

Berpandukan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan telah menjelaskan pendirian
Islam terhadap penganut Kristian:

Pendirian kita terhadap saudara kita yang beragama Kristian di dunia Arab
adalah jelas dan telah sedia maklum. Mereka mempunyai hak sama seperti kita
dan mempunyai tanggungjawab sama seperti kita. Mereka berkongsi satu negara
dan saudara kita dalam mempertahankan negara sejak sekian lama. Mereka
mempunyai segala hak sebagai warganegara, sama ada dalam bentuk fizikal atau
sentimental, sosial atau politik. Melayan mereka dengan baik dan bekerjasama
dengan mereka untuk tujuan kebaikan adalah diwajibkan oleh Islam. Seorang
Muslim tidak boleh mengabaikannya atau cuai melaksanakan tanggungjawab ini.
Apa sahaja pandangan yang lain selain daripada pandangan ini atau tindakan yang
lain selain daripada tindakan ini, ia bukanlah pandangan atau tindakan kita.

(RISALAH YANG DITERBITKAN KEPADA ORANG RAMAI)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
229
iv. Pendirian terhadap bangsa asing

Ustaz al-Banna turut menjelaskan pendiriannya terhadap bangsa asing:

Islam juga berpendirian, rakyat asing perlu dilayan dengan baik selagi mereka
berkelakuan baik dan jujur. Namun apabila mereka mempunyai niat jahat dan
sering melakukan jenayah, al-Quran telahpun menentukan pendirian kita
terhadap mereka:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang
bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak
akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka
sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka
pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih
besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-
keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! Kamu ini adalah orang-
orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan)
mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. (maksud Ali Imran: 118-119)

(MENUJU SINAR CAHAYA)

v. Pendapat kita tentang kewarganegaraan

Akhir sekali, Ikhwan menerangkan secara jelas apa yang dimaksudkan dengan
kewarganegaraan berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna:

Ikhwan berpendapat penganugerahan taraf kewarganegaraan yang diberikan
oleh negara kepada rakyat menepati maksud ahl zimmah. Status
kewarganegaraan ini pada dasarnya ialah perkongsian dan persamaan dari segi
hak dan tanggungjawab. Namun demikian soal-soal kekeluargaan seperti
perkahwinan, perceraian dan pusaka masih mengikut agama yang dianuti oleh
rakyat. Berdasarkan status warganegara ini selain supaya negara tidak
mengenepikan kemampuan individu, Ikhwan berpendapat selain jawatan ketua
negara, rakyat yang menganut Kristian berhak dilantik ke semua jawatan lain
seperti senator, pegawai dan menteri. Rakyat yang beragama Kristian dan Islam
merupakan suatu jalinan sosial, budaya dan tamadun yang satu. Kesemuanya
saling bertemu dan bersatu.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

6. Penglibatan Wanita dalam Kegiatan Politik

Prinsip am
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
230

a. Fikah Islam, menunjukkan bahawa persamaan yang wujud antara lelaki dan
wanita adalah berdasarkan kepada hakikat mereka berasal daripada asal-usul
yang satu.

b. Satu hakikat lagi yang diakui ialah wanita dicipta untuk memainkan peranan
khusus yang tidak boleh dilakukan oleh lelaki.

Atas dasar ini, Ustaz al-Banna berpendapat:

Perbezaan persediaan menunjukkan perbezaan peranan. Dengan ini bermakna
wanita wajib menyediakan asas untuk menunaikan peranan mereka dalam
menjaga keluarga dan mendidik anak-anak. Kerja-kerja di luar rumah hanya
boleh dilakukan sekiranya terdesak. Pendapatnya ini dapat disimpulkan melalui
kata-katanya:

Hakikat ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Islam telah mengangkat darjat
wanita dan meletakkan wanita sebagai saudara dan rakan kongsi dalam hidup
lelaki. Wanita bergantung pada lelaki dan lelaki bergantung pada wanita
(Sesetengah kamu adalah daripada sesetengah yang lain - maksud al-Quran).

Islam mengiktiraf sepenuhnya hak-hak asasi wanita, hak-hak mereka dalam
aspek kemasyarakatan dan politik. Islam melayan wanita sebagai manusia yang
sempurna, manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab. Jika tanggungjawab
ini ditunaikan mereka akan diberikan penghargaan sekaligus mereka berhak
menerima hak mereka. Banyak nas al-Quran dan hadis yang menyokong dan
menjelaskan nilai ini.

(WANITA ISLAMI)

Ijtihad Maktab Irshad (lbu Pejabat)

Hak wanita untuk terlibat dalam kegiatan politik dan mendidik mereka supaya
turut serta dalam kegiatan masyarakat adalah wajib selagimana ia memelihara
peraturan syarak yang sah. Secara ringkasnya, fatwa Ibu Pejabat Ikhwan adalah
seperti berikut:

Pada dasarnya taraf wanita bukanlah lebih rendah daripada kaum lelaki. Kami
telah kemukakan dalil-dalil yang menunjukkan pendapat fikah yang kami pilih di
mana wanita sama seperti lelaki berhak menyertai pilihanraya parlimen,
peringkat negeri dan juga persatuan. Wanita juga berhak dilantik sebagai
anggota majlis tersebut dan juga dilantik di peringkat pimpinan kecuali
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
231
kedudukan sebagai pemerintah tertinggi dan yang berkenaan dengannya.
Berkenaan dengan kedudukan sebagai hakim, pintu ijtihad masih terbuka.

(SEBARAN: INILAH DAKWAH KITA)

7. Demokrasi

i. Beriltizam dengan asas-asas demokrasi

Kerana yakin dengan sistem syura, Ikhwan telah menjelmakan iltizam mereka
dengan konsep demokrasi mengikut pandangan Ustaz al-Banna, menurut Ikhwan:

Ikhwan al-Muslimin berpendapat perubahan melalui politik merupakan jalan
penyelesaian sebenar dan utama berbanding semua bentuk perubahan yang lain.
Pendeknya perubahan ini bermakna perlunya pilihanraya yang sah dijalankan
secara bebas dan bersih. Proses pilihanraya ini mestilah dipantau oleh badan
kehakiman sepenuhnya. Bermula dengan menyediakan senarai pengundi yang
baru. Seterusnya setiap pengundi menandatangani borang undi. Akhir sekali
terlibat dalam proses mengira dan mengisytiharkan pemenang. Ikhwan telah
bersedia dan mengisytiharkan kesediaan untuk patuh kepada asas-asas
demokrasi. Walaupun tiada halangan dari segi perlembagaan dan undang-undang
untuk Ikhwan menubuhkan parti politik atau mengetengahkan kewujudan mereka
melalui perlembagaan dan undang-undang, namun pihak lain termasuk pemerintah
masih tidak mahu membuka ruang kepada Ikhwan untuk menjejakkan kaki ke
dalam kancah demokrasi.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

ii. Prinsip demokrasi kita

Ikhwan telah menjelaskan prinsip demokrasi yang menjadi pegangan mereka
dengan berpandukan pemikiran Ustaz al-Banna, menurut mereka:

Ikhwan al-Muslimin telah menggariskan beberapa prinsip demokrasi yang dipatuhinya
dan meminta agar parti-parti dan kuasa politik yang lain menyokong prinsip ini sebagai
suatu ikrar negara. Prinsip-prinsip ini dirumuskan dalam 15 prinsip berikut:

i. Berikrar bahawa rakyat adalah sumber kepada semua kuasa. Ini bermakna tiada
individu atau parti atau kumpulan atau badan boleh mendakwa berhak menduduki
kuasa pemerintahan atau memegang kuasa ini secara berterusan. Tindakan
tersebut adalah bercanggah dengan kehendak rakyat yang bebas dan sah.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
232
ii. Patuh dan hormat kepada prinsip peralihan kuasa melalui pilihanraya umum yang
bebas dan bersih.

iii. Menjamin hak individu untuk memilih agama.

iv. Menjamin hak untuk mengadakan upacara agama kepada semua agama langit
yang diiktiraf.

v. Menjamin hak bersuara dan kempen yang dilakukan secara aman untuk menuntut
hak tersebut dengan mematuhi undang-undang, tatasusila dan etika masyarakat.
Mengiktiraf bahawa hak memiliki dan menggunakan pelbagai media massa
merupakan langkah perlu untuk memenuhi hak ini.

vi. Menjamin hak menubuhkan parti-parti politik dan tidak ada pihak yang berhak
campur tangan bagi tujuan menghalang atau menyekat hak ini. Kuasa kehakiman
yang bebas mestilah menjadi tempat rujukan sebarang perselisihan yang timbul
dalam menentukan undang-undang, tatasusila atau etika masyarakat, atau dalam
menentukan tindakan yang bertentangan dengan aspek keamanan, tidak
menggunakan kekerasan atau mengugut untuk menggunakan kekerasan.

vii. Menjamin hak berhimpun, mengadakan kempen untuk perhimpunan dan turut
serta dalam perhimpunan selagimana ia menjaga aspek keamanan masyarakat
dan tidak mengganggu keselamatan rakyat, atau menggunakan atau mengancam
untuk menggunakan keganasan atau membawa senjata.

viii. Menjamin hak untuk menunjuk perasaan secara aman.

ix. Menjamin hak mewakili rakyat di majlis perwakilan rakyat yang dilantik melalui
pilihanraya bebas untuk tempoh tertentu sehingga pilihanraya berikutnya. Di
samping itu akta pilihanraya yang digubal mestilah mengandungi jaminan bahawa
ia akan dilakukan secara bebas dan bersih. Dan pihak yang mengendalikan proses
pilihanraya tersebut juga mestilah berkecuali.

x. Menjamin hak semua rakyat untuk terlibat dalam proses pilihanraya selagimana
mereka memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang.

xi. Menjamin hak setiap lelaki dan wanita untuk menganggotai majlis parlimen
sekiranya memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang.

xii. Menjamin kebebasan badan kehakiman di semua peringkat dan proses. Syarat-
syarat perlu diletakkan bagi memastikan badan ini jauh daripada pengaruh dan
kepentingan pihak tertentu. Setiap individu mestilah diadili oleh hakim melalui
proses biasa. Segala bentuk mahkamah darurat mestilah dimansuhkan.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
233
Mahkamah tentera mestilah dihadkan hanya mengendalikan kes-kes yang
melibatkan anggota tentera sahaja.

xiii. Jabatan pendakwaraya dan Jabatan penyiasatan mestilah dipisahkan. Badan
kehakiman mestilah bebas dan bukan diletakkan di bawah kuasa kementerian
kehakiman. Individu yang ditahan tanpa bicara berhak mengemukakan bantahan
di mahkamah.

xiv. Pihak tentera mestilah dipisahkan daripada politik dan hanya terlibat dalam
mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman luar. Pihak pemerintah
tidak dibenarkan meminta bantuan pihak tentera sama ada secara langsung atau
tidak langsung bagi tujuan mengukuhkan kehendak dan kuasanya, atau bagi
tujuan ugutan kepada kebebasan rakyat. Menteri pertahanan mestilah terdiri
daripada kalangan rakyat biasa dan ahli politik sepertimana menteri-menteri
yang lain.

xv. Pihak polis dan agensi keselamatan dalam negara mestilah memikul tugas
menjaga keselamatan rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh perlembagaan.
Peranan mereka mestilah dinyatakan dengan jelas bagi menjaga keselamatan
negara dan seluruh rakyat. Mereka tidak dibenarkan sama sekali diperguna
untuk menjaga kepentingan kerajaan yang memerintah atau bagi tujuan
menindas pihak pembangkang. Suatu akta perlu digubal bagi mengawal peranan
mereka serta peranan pegawai-pegawal atasan. Lebih tepat lagi, akta ini perlu
menghalang mereka campur tangan dalam hal ehwal rakyat dan pilihanraya
umum.

(SEBARAN: INILAH DAKWAH KITA)

8. Perpaduan

Wujud beberapa persoalan tentang nilai perpaduan. Ustaz al-Banna telah
mengemukakan beberapa persoalan tentang nilai-nilai perpaduan ini. Menurut beliau:

Biasanya pemikiran masyarakat akan berlegar sekitar ketiga-tiga aspek ini iaitu
perpaduan negara, perpaduan Arab dan perpaduan umat Islam. Ada juga yang
menambah satu lagi aspek iaitu perpaduan timur. Masyarakat kemudiannya akan
berbicara dan berfikir untuk mempertimbangkannya; Sama ada kesemua aspek
ini boleh dicapai atau sukar dicapai, atau sejauhmana positif dan negatifnya,
atau mungkin mereka hanya mahu memikirkan satu aspek sahaja.

Apakah pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung segala aspek dan idea ini?
Tambahan pula ramai yang mencurigai semangat patriotik Ikhwan al-Muslimin.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
234
Ramai yang merasakan pegangan Ikhwan kepada gagasan Islam akan menghalang
mereka untuk bersikap jujur dan setia kepada nilai patriotik.

Jawapan bagi perkara ini ialah kita tidak akan beralih daripada kaedah yang
kita jadikan sebagai landasan kepada gagasan pemikiran kita iaitu mengorak
langkah menurut hidayah Islam dan ajaran Islam yang agung. Apakah
sebenarnya pendirian Islam berhubung segala aspek ini?

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

i. Perpaduan negara

Beliau telah menerangkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan perpaduan
negara:

Islam telah menggariskan perkara-perkara yang wajib dilaksanakan. Setiap
manusia perlu bertindak demi kebaikan tanahairnya dan bersedia berkorban
untuk tujuan itu. Manusia perlu mencurahkan sebaik mungkin apa yang boleh
untuk bangsa yang mendiami negara itu. Manusia perlu mengutamakan orang
yang paling hampir dengannya sama ada dari segi hubungan darah dan hubungan
kejiranan. Hingga ke tahap kutipan zakat tidak boleh dipindahkan ke kawasan
yang melebihi jarak qasar sembahyang (kecuali jika terdesak) semata-mata
kerana mengutamakan apa yang baik untuk orang yang paling dekat. Setiap orang
Islam perlu menjaga keselamatan kawasannya dan bersedia berkhidmat untuk
negara tanah tumpah darahnya. Ini bermakna orang Islam adalah orang yang
paling patriotik. Orang Islam adalah orang yang paling berjasa kepada tanahair
mereka kerana ia adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Tuhan sekalian alam.

Oleh itu Ikhwan adalah orang yang paling gigih berusaha demi kebaikan negara
mereka dan sedia berkorban demi bangsa mereka. Mereka sentiasa mendoakan
kegemilangan dan keagungan serta kemajuan negara yang mulia ini. Mereka
sentiasa mendoakan kejayaan negara ini

Ikhwan al-Muslimin mencintai tanahair mereka. Dengan semangat yang sama
mereka akan menjaga keutuhan bangsa mereka. Bagi mereka tidak salah untuk
meletakkan kesetiaan mereka kepada tanahair mereka dan berkorban demi
kesejahteraan bangsa mereka. Tidak salah untuk melihat tanahairnya mencapai
kegemilangan dan keagungan. Hakikat ini hanya merujuk kepada perpaduan
bangsa dan negara yang didiami.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Perpaduan Arab
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
235

Seterusnya beliau mengemukakan alasan sebenar di sebalik perlunya perpaduan
Arab. Beliau menyebut:

Dengan ini penyatuan bangsa Arab adalab perlu bagi mengembalikan
kegemilangan Islam, bagi menegakkan negara Islam dan mengukuhkan kuasa
Islam. Dengan ini juga setiap orang Islam perlu berusaha untuk mengembalikan
perpaduan Arab, berusaha membantu serta menyokong perpaduan ini. Ini adalah
pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung perpaduan Arab.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Perpaduan negara-negara Islam

Beliau turut menjelaskan konsep kenegaraan atau perpaduan Islam. Tegas
beliau:

Pada hakikatnya selain sebagai suatu akidah, Islam juga menghapuskan jurang
keturunan sesama manusia. Allah Taala berfirman:

!| `l >|

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara Al-Hujurat: 10

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain.

Orang-orang Islam akan sentiasa memelihara darah umat Islam yang lain. Umat
Islam akan sentiasa menjaga keselamatan umat Islam yang lain. Mereka akan
sentiasa saling bantu-membantu.

Dengan hakikat ini, Islam tidak menerima persempadanan geografi dan tidak
menerima diskriminasi berasaskan bangsa dan keturunan. Islam beranggapan
seluruh umat Islam sebagai satu bangsa dan bumi Islam sebagai satu negara,
walau sejauhmana sekalipun kedudukan dan sempadannya. Ikhwan al-Muslimin
menghormati perpaduan ini dan mengimani penyatuan ini. Ikhwan akan sentiasa
bekerja untuk menyatukan umat Islam dan memantapkan persaudaraan Islam.
Ikhwan al-Muslimin melaungkan bahawa negara mereka adalah setiap inci muka
bumi ini yang ada seorang muslim yang mengucapkan, tiada tuhan melainkan
Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Alangkah indahnya ungkapan yang
diilhamkan oleh seorang penyair Ikhwan:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
236

Setahuku hanya Islamlah tanahairku
Syam dan lembah Nil adalah satu

Setiap kali nama Allah disebut
Akan kukira negeri itu sebahagian tanahairku

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iv. Perpaduan sedunia

Akhir sekali, Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa Islam adalah cahaya dan
pembimbing untuk seluruh manusia.

Boleh saya katakan di sini bahawa Ikhwan mahukan kebaikan untuk seluruh
manusia. Ikhwan menyeru kepada perpaduan seluruh dunia kerana itu adalah
objektif dan matlamat Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah
Taala:

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam. (maksud al-Anbiya: 107)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

9. Hak Asasi Manusia

i. Hak asasi manusia adalah kewajipan agama

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan berpendapat dalam Islam hak-
hak asasi manusia merupakan suatu kewajipan agama. Menurut Ikhwan:

Islam sememangnya dan selamanya akan menjadi satu-satunya contoh sebuah
agama yang enghormati manusia dan nilai kemanusiaan secara teori dan
praktikalnya. Penghormatan yang diberikan ini mampu mengatasi segala
perbalahan disebabkan bahasa dan bangsa. Semenjak awal kemunculannya lagi,
Islam telah berjaya menghentikan pertumpahan darah, pencabulan hak, harta
dan kehormatan. Malah Islam menjadikan segala hak ini sebagai suatu yang
perlu dihormati. Memelihara hak ini diletakkan sebagai tanggungjawab agama
dan juga syiar Islam. Tiada seorang pun orang Islam yang berhak mencabul hak
ini walaupun orang lain mengabaikannya. Firman Allah Taala:

> `!: ls l-. ls , 1.ll
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
237

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong
kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa Al-Maidah: 8

(SEBARAN: INILAH PENJELASAN KEPADA UMUM)

ii. Menghormati hak asasi manusia dituntut oleh seluruh manusia

Ikhwan turut menggesa hak-hak ini dihormati.

Kami adalah golongan yang terkehadapan dalam menuntut agar hak-hak manusia
dihormati dan menjamin hak-hak ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Kami juga menuntut agar kebebasan ini boleh dipraktik dengan mudah
selagimana ia bertepatan dengan etika akhlak dan undang-undang. Ini kerana
kami yakin bahawa kebebasan akan membawa kepada kebaikan, kemajuan dan
membina kreativiti.

Kezaliman paling dahsyat yang pernah berlaku pada zaman ini sebenarnya
dilakukan terhadap umat Islam dan bukan dilakukan oleh orang Islam. Dengan ini
golongan cerdik pandai dan umat Islam perlu bersuara menuntut agar wujud hak
yang sama rata dalam menikmati kebebasan dan hak-hak manusia yang lain.
Kesaksamaan ini merupakan jalan sebenar ke arah wujudnya keharmonian hidup
masyarakat tempatan dan antarabangsa. Seterusnya mewujudkan orde dunia
baru yang menentang segala kezaliman dan penindasan.

(SEBARAN: INILAH PENJELASAN KEPADA UMUM)

Dengan penjelasan ini, pendirian Ikhwan dalam agenda kebangkitan ummah boleh
dilihat daripada pelbagai perspektif. Semuanya bertepatan dengan matlamat, kaedah
dan fasa kegiatan politik dalam dakwah berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna.















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
238
Fasal 13
PROGRAM POLITIK


Mukadimah: Takrif Program

Bahagian I: Pemulihan Aspek Sosial

Bahagian II: Pemulihan Aspek Ekonomi

Bahagian III: Pemulihan Aspek Politik







































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
239
Mukadimah
TAKRIF PROGRAM


Program amali merupakan cermin kepada nilai budaya yang dibawa oleh sesebuah
jamaah, landasan yang menjadi sumber rujukannya, penampilan sebenar kepada
peranan yang dimainkannya, pelaksanaan sebenar kepada manhaj yang diguna pakai.
Oleh itu, dalam tajuk ini saya akan cuba kemukakan analisa program pengislahan yang
dikemukakan oleh Ustaz al-Banna untuk umat Islam. Program ini telah dikemukakan
melalui pelbagai medium seperti tulisan dan ucapan, sama ada ia ditujukan kepada
pemerintah, rakyat atau kepada parti politik yang memerintah, anggota jamaah atau
dalam kempen pilihanraya ketika cuba menyertai parlimen dalam rangka meneruskan
perjuangan melalui perlembagaan atas nama jamaah. Saya dapati dalam usaha untuk
membentangkan agenda kebangkitan ummah menurut Ustaz al-Banna ini, saya perlu
kemukakan ciri-ciri penting agenda ini supaya: pertama ia boleh menjadi panduan, dan
kedua untuk membina, melengkap dan memperbaharui yang mana perlu. Petikan
seterusnya adalah rumusan apa yang dimaksudkan oleh Ustaz al-Banna rha. yang ditulis
dalam surat beliau, risalah Menuju Sinar Cahaya.

Selepas saya bentangkan aspek kerohanian yang perlu dimiliki oleh bangsa kita
untuk bangkit di era baru ini, di sini ingin saya bentangkan pula beberapa hasil
atau kesan dalam bentuk praktikal yang sepatutnya lahir daripada aspek
kerohanian ini. Saya akan sebutkan beberapa isi penting sahaja di sini kerana
saya tahu semua isi ini memerlukan perbincangan yang mendalam dan
penggemblengan tenaga pakar dalam bidang ini. Saya juga menyedari saya tidak
menggariskan semua perkara yang diperlukan oleh ummah ini. Saya juga
meyakini semua ini tidak dapat dicapai dengan mudah dan singkat. Malah saya
juga menyedari kebanyakan aspek ini mempunyai pelbagai halangan yang perlu
ditempuh dengan penuh kesabaran, kebijaksanaan dan keazaman yang tinggi.
Semua ini saya sedari dan saya akui. Namun saya juga sedar jika niat kita betul
jalan akan terbentang luas. Sebuah bangsa yang mempunyai kemahuan yang kuat
ketika ia mula melangkah akan sampai ke destinasi yang dikehendakinya dengan
izin Allah. Oleh itu, maralah ke hadapan nescaya Allah akan bersama kamu.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Tajuk ini saya kemukakan dengan memberi tumpuan kepada beberapa contoh.
Tujuannya ialah sebagai penjelasan dan pengenalan. Namun banyak lagi program-
program yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian suasana negara dan masyarakat.
Berikut adalah cadangan al-Banna pada zaman beliau.



PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
240
Bahagian I
PEMULIHAN ASPEK SOSIAL


Program pemulihan masyarakat menurut Islam berdasarkan pandangan Ustaz al-
Banna adalah berlandaskan 10 asas berikut:

1. Mewujudkan sifat ketuhanan dan keagamaan dalam masyarakat.

2. Memelihara tatasusila masyarakat dan mengukuhkan institusi masyarakat.

3. Pemeliharaan institusi keluarga (wanita, pemuda dan kanak-kanak).

4. Menghapuskan jenayah dan penyelewengan.

5. Mewujudkan sistem pemantauan (hisbah).

6. Mewujudkan keadilan sosial serta menyediakan peluang pekerjaan.

7. Memulihkan sistem pendidikan.

8. Menjaga kesihatan masyarakat.

9. Mengawal pihak media dan kegiatan seni.

10. Memantau kegiatan pelancongan.

Kesemua asas ini akan dibincangkan secara lebih mendalam, berdasarkan
pandangan Ustaz al-Banna.

1. Mewujudkan Sifat Ketuhanan dan Keagamaan dalam Masyarakat

Menurut Ustaz al-Banna, asas ini merangkumi:

a. Memelihara semua kegiatan yang membangun nilai kemanusiaan.

b. Mengukuhkan ciri masyarakat bertamadun.

2. Memelihara Tatasusila Masyarakat dan Mengukuhkan Institusi Masyarakat

Asas ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna, beliau berkata:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
241
Bangsa yang sedang membangun amat perlu memiliki akhlak; akhlak yang murni,
teguh dan sehati serta perlu berjiwa besar dan bersemangat tinggi. Sebabnya,
mereka perlu berhadapan dengan tuntutan zaman moden yang tidak akan mampu
ditempuh oleh kecuali jika mereka mempunyai akhlak yang mantap, jujur dan
lahir daripada keimanan yang mendalam, kecekalan yang tinggi, kesediaan
berkorban segala-galanya dan mampu menanggung segala cabaran. Pada
hakikatnya hanya Islam sahaja yang dapat membentuk jiwa seperti ini. Allah
telah menetapkan kemurniaan dan kesucian jiwa sebagai faktor kejayaan.
Firman Allah:

_l _ !8 _ ,l> _ !9

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan
sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu
susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Ash-
Shams: 9-10

Islam meletakkan perubahan keadaan sesuatu bangsa bergantung kepada
perubahan pada akhlak dan kemurnian jiwa mereka. Firman Allah:

| < ,-` ! 1, _.> ,-` ! .!,

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri Ar-Rad: 11

Tiada satupun sistem yang dapat menandingi Islam yang mempunyai segala
faktor yang dapat menyentuh hati, menghidupkan jiwa dan mewujudkan
pengawal dalaman yang merupakan pengawal terbaik. Tidak ada satupun undang-
undang selain Islam yang dapat mengatur hidup manusia hingga ke sudut yang
dianggap rahsia dan sulit.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Berdasarkan beberapa tulisan Ustaz al-Banna, merealisasikan asas ini
memerlukan kepada beberapa tindakan:

a. Mendidik masyarakat supaya menghormati tatasusila.

b. Banteras semua tradisi yang memudaratkan ekonomi, akhlak dan sebagainya.
Ubah kebiasaan masyarakat kepada amalan yang bermanfaat atau didik mereka
dengan perkara yang membawa kebaikan seperti adat majlis perkahwinan,
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
242
kematian, menyambut kelahiran, kunjungan, sempena, perayaan dan sebagainya.
Kerajaan perlu menjadi contoh yang baik untuk tujuan ini.

c. Hapuskan pengaruh asing yang meresap ke dalam masyarakat seperti bahasa,
adat, cara berpakaian, pengasuh, jururawat dan sebagainya. Pulihkan semula
semua budaya ini terutama di kalangan masyarakat kelas atasan.

d. Meletakkan negara sebagai wakil kepada gagasan (fikrah) ini dan bertindak
sebagai penjaga gagasan ini. Negara juga bertanggungjawab mencapai matlamat
gagasan dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan gagasan ini ke
seluruh manusia.

e. Memelihara perpaduan umat Islam dan menghapuskan segala bentuk dan punca
yang membawa perpecahan.

f. Melaungkan ikatan persaudaraan seluruh manusia.

g. Bergaul dengan baik dan memiliki sepenuhnya akhlak yang baik.

h. Mewujud, memelihara dan merangsang institusi-institusi atau agensi-agensi
sosial yang membantu mengukuhkan perpaduan masyarakat serta semangat
tolong-menolong. Membantu agar institusi ini beroperasi dengan baik dan lancar.
Menghimpunkan anggota institusi ini yang boleh berhadapan dengan segala
ancaman dan melaksanakan tugas mereka dengan baik.

3. Pemeliharaan Institusi Keluarga (wanita, pemuda dan kanak-kanak)

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, bagi merealisasikan asas ini beberapa
tindakan perlu dilakukan:

a. Kendalikan isu wanita dengan cara yang dapat memajukan mereka di samping
dapat memelihara mereka berlandaskan ajaran Islam. Agar dengan ini isu wanita
yang dianggap isu sosial terpenting tidak diambil kesempatan oleh mereka yang
berniat jahat. Di samping tidak terikut-ikut dengan pandangan sumbang yang
dilahirkan oleh mereka yang terlalu ketat atau terlalu longgar.

b. Galakkan perkahwinan dan kelahiran dengan apa sahaja cara yang boleh
mencapainya. Gubal undang-undang bagi melindungi institusi keluarga,
menggalakkan kewujudan keluarga dan menyelesaikan masalah rumahtangga.

c. Mengajak kaum lelaki dan wanita supaya bangkit bersama. Mengisytiharkan
kerjasama dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita serta menggariskan
peranan masing-masing secara terperinci.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
243

d. Memantau para pemuda, menyediakan program yang tertumpu kepada menjaga
dan memenuhi keperluan asasi mereka. Membimbing mereka untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan menyumbang ke arah program pembangunan bersepadu.

e. Memberi tumpuan kepada kanak-kanak, menjaga hal ehwal mereka dan
membesarkan mereka dengan baik. Memelihara kaum ibu dan mewujudkan
suasana keibuan yang sebenar.

4. Menghapuskan Jenayah dan Penyelewengan

Perkara ini disebut oleh Ustaz al-Banna:

Setiap bangsa mempunyai budaya yang dikawal oleh kerajaan, diatur oleh
undang-undang dan dipelihara oleh pihak berkuasa. Setiap bangsa Timur Islam
perlu berusaha supaya budaya ini bertepatan dengan adab yang digariskan oleh
agama dan selari dengan undang-undang Islam Menghapuskan segala kegiatan
pelacuran Kedai-kedai arak

Budaya bebas yang sungguh mengasyikkan, keseronokan yang mempesona dan
hiburan yang terdapat di mana-mana, di jalanan, di majlis, di kawasan percutian
dan di kebun bunga

Umat Islam perlu berusaha menghapuskan segala budaya ini atau apa sahaja
yang seumpama dengannya menggunakan segala kuasa dan peruntukan undang-
undang yang ada. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Bagi merealisasikan asas ini beberapa tindakan perlu dilakukan:

a. Hapuskan pelacuran.

b. Hapuskan segala bentuk judi.

c. Perangi arak sama seperti dadah.

d. Banteras gejala bersolek dan mendedah aurat. Di samping itu kaum wanita perlu
dididik supaya berkelakuan sopan.

e. Mengawal dua naluri manusia iaitu naluri menjaga keselamatan nyawa dan naluri
menjaga kesinambungan zuriat, di samping mengatur keperluan mulut dan seks.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
244
f. Tegas dalam memerangi jenayah yang sebenar dan menjamin keselamatan awam.

5. Mewujudkan Sistem Pemantauan (hisbah)

Bagi mencapai asas ini, menurut Ustaz al-Banna beberapa perkara perlu
dilakukan:

a. Kemaskini usaha penguatkuasaan syarak dan hukum orang yang sabit melakukan
sesuatu yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti tidak berpuasa di bulan
Ramadan, tidak sembahyang dengan sengaja atau menghina agama atau
seumpamanya.

b. Menyuruh perkara yang baik dan memberikan nasihat.

c. Mencegah perkara yang tidak baik serta memulaukan tempat dan pelakunya.

6. Mewujudkan Keadilan Sosial serta Menyediakan Peluang Kerja

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, beberapa tindakan perlu dilakukan bagi
merealisasikan asas ini:

a. Mencari rezeki, bekerja dan mengharamkan amalan mengemis.

b. Menjamin kestabilan masyarakat dengan cara memperakui hak untuk hidup, hak
memiliki harta, hak bekerja dan hak menentukan sumber pendapatan.

c. Menjamin kehidupan yang selesa dan memperbetulkan salah faham tentang
zuhud.

d. Selesaikan masalah kewangan, kemiskinan dan agihan kekayaan.

e. Hapuskan sistem kasta dan cengkaman kapitalis yang kejam.

f. Tanggungjawab sosial antara pemerintah dan rakyat, iaitu antara tanggungjawab
memelihara rakyat dan kewajipan mentaati pemerintah.

g. Menanam dan menyuburkan sikap prihatin di kalangan rakyat dan meletakkan
sikap ini sebagai tanggungjawab bersama antara individu, masyarakat dan
negara.

7. Memulihkan Sistem Pendidikan

Asas ini telah disebut oleh Ustaz al-Banna:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
245

Bangsa yang membangun selain memerlukan kekuatan, ia juga memerlukan ilmu
yang akan memperkukuh kekuatan tadi dan mampu memandu kekuatan yang ada
secara maksimum. Ilmu akan menyediakan segala rekaan dan penerokaan yang
diperlukan oleh sesebuah bangsa. Islam tidak pernah menolak ilmu malah Islam
meletakkan ilmu sebagai suatu tuntutan sama seperti kekuatan. Perhatikan, ayat
pertama yang turun dalam Kitab Allah:

`!, ,, %! _l> _l> _. _ _ls ,, ` %! l.
l1l!, l. _. ! `l -

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al-Alaq: 1-5

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, merealisasikan asas ini memerlukan
tindakan-tindakan berikut:

a. Gariskan dasar pendidikan yang bersepadu. Dasar ini akan membangun dan
meningkatkan taraf pendidikan, menggabungkan berbagai aliran tetapi masih
mempunyai tujuan dan sasaran yang satu. Rapatkan jurang antara pelbagai
budaya dalam masyarakat. Jadikan peringkat awal pendidikan sebagai proses
untuk menyemai semangat patriotik yang luhur dan akhlak yang baik.

b. Galakkan hafalan al-Quran di semua pusat pengajian.

c. Tekankan bahasa Arab dalam semua peringkat persekolahan. Jadikan bahasa
Arab sebagai satu-satunya bahasa yang dipelajari di peringkat awal
persekolahan.

d. Tekankan aspek sejarah Islam, sejarah negara, aspek pendidikan kenegaraan
dan sejarah tamadun Islam.

e. Wajibkan pelajaran agama sebagai mata pelajaran utama di semua sekolah tanpa
mengira alirannya bergantung kepada keperluan termasuk di universiti.

f. Gabungkan sekolah-sekolah wajib di kampung dan di masjid. Letakkan sekolah-
sekolah ini dalam senarai yang perlukan peningkatan termasuk aspek
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
246
pentadbiran, kebersihan dan penjagaan. Dengan ini diharapkan anak-anak kecil
dapat dididik dengan sembahyang dan orang-orang dewasa dapat dididik dengan
ilmu.

g. Tingkatkan bidang pendidikan dalam pelbagai aspek seperti pengurusan
pendidikan, sukatan, kelayakan guru, pendidikan seni kemahiran, menghapuskan
buta huruf, pendidikan dewasa, pendidikan universiti dan pengajian tinggi serta
kajian sains dalam pelbagai bidang.

8. Menjaga Kesihatan Masyarakat

Bagi mencapai asas ini, Ustaz al-Banna menyebut:

Bangsa yang membangun sememangnya memerlukan etika ketenteraan yang
murni ini. Namun keperluan asas tentera ini ialah kesihatan badan dan tubuh
yang kuat. Al-Quran menyentuh aspek ini ketika menceritakan kisah sebuah
bangsa yang berjuang melalui jerit perih perjuangan demi mencapai
kemerdekaan dan demi membentuk sebuah bangsa. Allah melantik seorang ketua
yang mempunyai fikiran yang tajam dan tubuh yang gagah perkasa. Allah telah
meletakkan syarat untuk dia mampu memikul bebanan ini iaitu kekuatan
tubuhnya. Ini dinyatakan oleh al-Quran ketika menceritakan kisah Bani Israel
sebagai suatu pengiktirafan kepada ketua mereka, Talut. Firman Allah Taala:

| < 8L. l . L`., l-l `.>l

Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah
mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan
tubuh badan Al-Baqarah: 247

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Ustaz al-Banna telah mengemukakan kepentingan menjaga kesihatan dan
kekuatan badan menurut hadis dan tindakan Rasulullah s.a.w.:

- Orang beriman yang kuat lebih baik daripada orang beriman yang lemah.

- Tubuhmu ada hak yang perlu engkau tunaikan.

- Kita adalah orang yang tidak makan kecuali ketika lapar dan apabila makan kita tidak
akan kenyang.

- Baginda juga melarang kencing dan membuang air besar di tempat air bertakung.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
247

- Baginda juga pernah mengisytiharkan kuarantin ke atas kawasan dan penduduk yang
dijangkiti wabak taun. Penduduk di situ tidak boleh meninggalkan kawasan tersebut
dan tiada siapa dibenarkan datang ke situ.

- Baginda juga pernah memberi amaran tentang jangkitan penyakit dan Baginda pernah
meminta supaya umat Islam menjauhi orang yang menghidap sakit kusta.

- Sesiapa yang mengetahui cara memanah atau melontar kemudian melupakannya dia
bukan di kalangan kami.

- Baginda s.a.w. melarang keras amalan membujang, bertapa, menyeksa dan
melemahkan diri semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Allah.

- Baginda membimbing supaya umat Baginda bersikap sederhana dalam semua aspek.

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, beberapa tindakan pedu dilakukan bagi
merealisasikan asas ini:

a. Prihatin soal kesihatan masyarakat dengan cara menyebarkan maklumat-
maklumat kesihatan menggunakan semua cara. Bina lebih banyak hospital,
tambah doktor, klinik bergerak dan baiki kaedah rawatan.

b. Prihatin aspek pentadbiran, kebersihan, rawatan dan kebersihan air di kampung-
kampung.

c. Menjaga kesihatan badan dan pancaindera.

9. Mengawal Pihak Media dan Kegiatan Seni

Menyentuh mengenai perkara ini, Ustaz al-Banna berpendapat pengawalan ini
bertujuan:

Memantap dan merangsang nilai positif selain mewujudkan budaya yang menolak
dan memerangi nilai-nilai yang tidak baik dan rosak. Beliau menegaskan:

Islam ialah cara yang mulia dan bermaruah, cara yang benar dan kuat, cara
yang diberkati dan istiqamah, cara yang teguh, baik dan terhormat. Laluilah
cara ini bersama ummah nescaya Allah akan memberi petunjuk

(MENUJU SINAR CAHAYA)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
248
Berdasarkan kepada pandangan Ustaz al-Banna, merealisasikan asas ini
memerlukan tindakan-tindakan berikut:

a. Tutup dewan dan tempat tarian bogel. Haramkan tarian dan apa juga yang
berkaitan dengannya.

b. Kawal pawagam dan filem. Ketatkan penapisan filem.

c. Tapis, pilih dan kawal semua lagu-lagu. Ketatkan penguatkuasaannya.

d. Tapis ceramah, lagu dan perbincangan yang disiarkan kepada ummah. Gunakan
stesen radio sebagai alat pendidikan Negara yang berakhlak mulia.

e. Haramkan novel-novel lucah, buku-buku yang membawa fahaman salah dan
akhbar yang cuba menyemai nilai-nilai tidak baik serta cuba menyebarkan
maksiat.

f. Bimbing akhbar ke arah yang betul dan galakkan golongan penulis supaya menulis
menurut etika Islam.

10. Memantau Kegiatan Pelancongan

Bagi mencapai perkara ini, Ustaz al-Banna berpendapat tindakan-tindakan
seperti berikut perlu dilaksanakan:

a. Kendali tempat-tempat peranginan supaya dapat menghapuskan salah laku dan
budaya bebas yang mencemar matlamat utama tempat-tempat peranginan ini.

b. Tetapkan masa buka dan tutup kedai kopi. Awasi apa yang dilakukan oleh
pengunjung di samping didik mereka supaya menyedari apa yang baik untuk
mereka. Jangan benarkan tempat-tempat ini dibuka dalam tempoh yang lama.

c. Gunakan kedai-kedai kopi sebagai tempat mengajar membaca dan menulis untuk
mereka yang buta huruf. Gunakan khidmat anak-anak muda di kalangan pelajar
dan mahasiswa yang bersemangat.










PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
249
Bahagian II
PEMULIHAN ASPEK EKONOMI


Sepertimana yang sedia maklum, harta adalah tunjang hidup ini sementara
ekonomi merupakan sebahagian elemen utama bagi sebuah negara. Amat sukar
untuk sektor ekonomi memainkan peranannya secara berkesan dalam proses
kebangkitan dan pembangunan yang bersepadu sekiranya teori-teori ekonomi
yang dipraktikkan begitu asing dengan identiti dan budaya masyarakat. Dengan
ini bermakna, segala program ekonomi mestilah berlandaskan prinsip dan nilai-
nilai Islam, mampu mengerah keupayaan rohani dan sosial ummah, malah mampu
membentuk dasar-dasar ekonomi yang tepat dan berani sesuai dengan realiti
semasa. Keadaan ini akan membawa kepada keseimbangan antara produktiviti
dan penggunaan, antara pelaburan dan simpanan, antara ekspot dan impot,
dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam sudut sosial dan
ekonomi. Demikian juga dengan segala peluang yang wujud bagi melakukan
perubahan yang dicitakan, keharmonian masyarakat, kekayaan dan kestabilan
politik.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Setelah menjelaskan tentang beberapa sistem ekonomi ciptaan manusia seperti
kapitalisme dan sosialisme, Ustaz al-Banna menegaskan tentang betapa pentingnya
sistem ekonomi Islam dipraktikkan. Menurut beliau:

Namun demikian saya amat-amat yakin, tiada satupun di antara teori-teori
tersebut yang mampu membawa kebaikan kepada kita. Setiap teori tersebut ada
kelemahan yang ketara dan kelebihan yang tersendiri. Semua teori ini lahir
bukan dalam Negara kita. Ia lahir untuk budaya asing yang berbeza dengan
budaya kita. Apatah lagi kita sendiri sebenarnya telahpun memiliki sistem yang
lengkap dan mampu membuat perubahan yang menyeluruh iaitu sistem Islam.
Islam telah menggariskan beberapa asas ekonomi yang menyeluruh dan asasi.
Jika asas-asas ini kita pelajari dan kita laksanakan dengan betul, segala masalah
kita akan selesai. Malah lebih dari itu kita mampu menggarap pula segala
kelebihan yang ada dalam teori lain. Di samping itu kita juga dapat mengelak
segala kelemahan yang ada dalam teori-teori tersebut. Seterusnya kita akan
dapat mengetahui bagaimana cara meningkatkan taraf hidup rakyat. Kita juga
akan mampu memperbaiki keadaan hidup setiap lapisan masyarakat. Tidak syak
lagi kita akan menemui cara yang terbaik untuk memperolehi kehidupan yang
selesa.

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
250
Menurut pandangan Ustaz al-Banna, sistem ekonomi Islam berteraskan sepuluh
perkara asas berikut:

1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu
diusahakan.

2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.

3. Meneroka dan memanfaatkan sumber semulajadi.

4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.

5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan
yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin.

6. Mengiktiraf hak milik peribadi.

7. Mengatur urusan kewangan dan mewujudkan kawalan matawang yang ketat.

8. Bantuan sosial.

9. Meletakkan negara sebagai pihak yang bertanggungjawab memelihara sistem
ekonomi ini.

10. Menghalang penyalahgunaan kuasa Di mana anda memperolehi harta ini?

Setiap perkara ini akan dibincangkan dengan berpandukan pandangan Ustaz al-
Banna:

1. Meletakkan Harta yang Baik Sebagai Tunjang Kehidupan. Harta ini Perlu
Diusahakan.

Dalil yang menyentuh perkara ini banyak dan sedia dimaklumi:

- Alangkah eloknya, harta yang baik yang dimiliki oleh lelaki yang baik. (maksud
hadis)

- Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum
sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta)
yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan
kehidupan kamu. (maksud An-Nisa: 5)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
251
- Allah melarang kamu kata mengata, banyak bertanya dan mensia-siakan
harta. (maksud hadis)

- Orang yang mati kerana mempertahankan maruahnya adalah syahid dan orang
yang mati kerana mempertahankan hartanya adalah syahid (maksud hadis)

2. Mewajibkan Mereka yang Berkemampuan supaya Bekerja dan Mencari
Rezeki

Dalil-dalil yang menyentuh mengenai perkara ini, banyak dan diketahui umum:

- Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang
diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (maksud At-Taubah:
105)

- Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha
tangan sendiri. (maksud hadis)

- Seorang lelaki yang selalu meminta-minta daripada manusia akan datang pada
hari kiamat nanti dalam keadaan mukanya tiada berdaging. (maksud hadis)

- Jangan berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula: Ya Allah, berilah
aku rezeki. Kamupun tahu langit tidak menurunkan emas dan perak. (kata-kata
Umar r.a.)

3. Meneroka dan Memanfaatkan Sumber Semulajadi

Dalil-dalil mengenai perkara ini ialah:

- Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk
kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?
(maksud Luqman: 20)

- Dan Dia memudahkan untuh (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya;
sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan
kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
(maksud Al-Jathiyah: 13)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
252
4. Mengharamkan Sumber Pendapatan yang Tidak Bersih

Menyentuh mengenai perkara ini, Ustaz al-Banna menyebut:

Salah satu perkara yang wujud dalam ajaran Islam ini ialah mengharamkan
sumber pendapatan yang tidak bersih. Sumber pendapatan yang tidak bersih
ialah pendapatan yang diperolehi tanpa sebarang usaha seperti riba, judi, loteri
dan sebagainya. Ataupun pendapatan yang diperolehi dengan cara yang tidak
betul seperti merompak, mencuri, menipu dan sebagainya. Termasuklah
pendapatan yang diperolehi daripada hasil yang tidak baik seperti hasil jualan
arak, khinzir, dadah dan sebagainya. Semua hasil pendapatan ini tidak
dibenarkan dan tidak diiktiraf oleh Islam.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

5. Merapatkan Jurang antara Lapisan Masyarakat sehingga Tidak Wujud
Golongan yang Terlalu Kaya dan Golongan yang Terlalu Miskin

Perkara ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Islam telah berusaha merapatkan jurang antara semua lapisan masyarakat
dengan cara mengharamkan tindakan mengumpulkan harta simpanan dan orang
kaya tidak dibenarkan menunjuk-nunjukkan kemewahan mereka. Islam
menggalakkan supaya taraf hidup orang miskin ditingkatkan. Islam juga
menetapkan hak fakir miskin dalam harta negara dan harta golongan kaya. Islam
juga telah menggariskan langkah-langkah praktikal bagi mencapai tujuan itu.

Islam sentiasa menggalakkan supaya manusia memberi sumbangan untuk tujuan
kebajikan. Dalam masa yang sama Islam mengecam sikap bakhil, riak dan
mengungkit-ungkit. Islam mewujudkan hubungan tolong-menolong dan budaya
memberi pinjaman sebagai cara untuk memperolehi keredhaan Allah dan
mengharapkan ganjaran-Nya.

!-. ls l 1.l !-. ls . `-l

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Al-Maidah: 2

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

6. Mengiktiraf Hak Milik Peribadi
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
253

Mengenai perkara ini Ustaz al-Banna menyebut:

Islam menjamin keselamatan harta dan menghormati hak milik peribadi
selagimana tidak bercanggah dengan kepentingan awam.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF: SISTEM EKONOMI)

Dalil-dalil yang menunjukkan harta awam dan peribadi perlu dihormati begitu
banyak dan diketahui umum, contohnya:

- Darah, maruah dan harta setiap muslim adalah diharamkan ke atas muslim
lain. (maksud hadis)

- Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tiada pemudaratan. (maksud hadis)

7. Mengatur Urusan Kewangan dan Mewujudkan Kawalan Matawang yang Ketat

Ustaz al-Banna telah menyentuh perkara ini:

Islam mentadbir urusan kewangan dengan mengambil kira beberapa perkara
iaitu memelihara kepentingan individu dan masyarakat, menghormati perjanjian
dan peraturan serta mengawal ketat soal kewangan. Malah perundangan Islam
mengkhususkan masalah ini dalam beberapa bab dan mengharamkan amalan
spekulasi matawang seperti yang boleh berlaku dalam masalah tukaran
matawang dan sebagainya. Di sini jelas wujudnya hikmah di sebalik pengharaman
penggunaan emas dan perak kerana kedua-duanya adalah aset matawang dunia.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Di sini Ustaz al-Banna menjelaskan perbezaan teknikal di antara penggunaan
kedua-dua logam iaitu sebagai barangan jualan yang telah diharamkan dan
penggunaannya sebagai matawang yang diwajibkan. Cara penggunaan yang pertama
diharamkan bertujuan memudahkan cara penggunaan yang kedua. Dengan langkah ini,
urusniaga akan berjalan dengan lancar dan wujud kestabilan dalam kegiatan ekonomi.

8. Bantuan Sosial

Mengenai perkara ini, Ustaz al-Banna menyebut:

Islam mewujudkan bantuan sosial dan menjamin keselesaan setiap rakyat
selagimana mereka melaksanakan tangungjawab mereka atau apabila mereka
tidak berupaya untuk menunaikan tanggungjawab kerana sebab-sebab yang di
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
254
luar kemampuan mereka. Suatu ketika Umar ra, terserempak dengan seorang
Yahudi yang sedang meminta-minta bantuan orang ramai, lalu Umar menegurnya
dan bertanya sebab dia meminta-minta sedekah, apabila diketahui
ketidakupayaan Yahudi ini mencari rezeki, Umar mengkritik dirinya sendiri dan
berkata kepada Yahudi tadi: Alangkah tidak adil kami kepada engkau. Kami ambil
jizyah ketika engkau kuat dan kami abaikan engkau ketika lemah, berikanlah
kepadanya sumbangan Baitul Mal secukupnya.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Peristiwa ini berlaku ketika masih wujud suasana kemesraan dan keharmonian di
kalangan anggota masyarakat.

9. Meletakkan Negara Sebagai Pihak yang Bertanggungjawab Memelihara
Sistem Ekonomi ini

Bagi mencapai maksud ini, Ustaz menegaskan sistem Islam:

Islam menegaskan bahawa negara perlu bertanggungjawab memelihara sistem
ini dan cermat membelanjakan harta rakyat. Negara perlu mengambil harta ini
dengan betul dan membelanjakannya dengan betul. Pengagihan hendaklah
dilakukan dengan adil. Umar r.a. pernah berkata: Harta ini adalah harta Allah
dan kamu adalah hamba-hamba-Nya. Seorang penggembala yang berhak
menerima harta ini pasti akan menerima bahagiannya walaupun dia sedang
mengembala kambing di hujung dunia. Sesiapa yang menyeleweng dia akan
dibakar di dalam neraka kelak.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

10. Menghalang Penyalahgunaan Kuasa Di mana anda perolehi harta ini?

Perkara ini pernah disebut oleh Ustaz al-Banna:

Selain mengharamkan penyalahgunaan kuasa, Islam juga mengecam pemberi,
penerima dan orang yang terlibat dengan rasuah, Islam mengharamkan
pemberian hadiah kepada mana-mana pemerintah dan pegawai kerajaan. Pada
zaman Umar dahulu, beliau akan menyoal siasat mana-mana pegawainya yang
memiliki harta yang berlebihan. Beliau akan berkata kepada mereka: Dari mana
kamu perolehi semua ini? Adakah kamu mahu menghimpunkan bala dan
melakukan perkara yang memalukan? Pemerintah pula hanya berhak
memperolehi peruntukan yang mencukupi untuk sara hidupnya.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
255

Setelah membentangkan kesemua perkara ini, Ustaz al-Banna mengakhiri tulisan
beliau yang amat bermakna ini dengan berkata:

Itulah nilai yang ada dalam sistem ekonomi Islam. Asas-asas sistem ini telah
saya bentangkan secara ringkas. Setiap satu asas ini memerlukan huraian yang
panjang. Jika kita benar-benar menggunakan panduan ini, sudah tentu kita akan
perolehi pelbagai manfaat.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)


POLISI DAN PENGURUSAN EKONOMI

Bagi melaksanakan kesemua asas ini, Ustaz al-Banna telah mengemukakan
beberapa tindakan seperti berikut:

1. Matawang yang bebas. Matawang ini mestilah berdasarkan aset yang kukuh
dalam simpanan kita sendiri bukan bergantung kepada Bank Antarabangsa.

2. Memiliknegara syarikat-syarikat asing serta menukar modal asing kepada modal
tempatan jika boleh. Di samping itu, usaha perlu dijalankan bagi mengambil alih
prasarana awam (keperluan asasi rakyat) daripada bangsa asing. Projek ekonomi
perlu dirangsang dan diperbanyakkan. Rakyat yang menganggur mestilah
disediakan pekerjaan. Aset milik rakyat asing mestilah dikembalikan kepada
negara sepenuhnya. Rakyat perlu dipelihara daripada cengkaman monopoli
syarikat asing. Syarikat ini perlu dikawal dan dimanfaatkan untuk kepentingan
rakyat.

3. Memanfaatkan hasil kekayaan semulajadi dengan pantas dan produktif serta
memelihara projek mega nasional.

4. Beralih kepada negara industri.

5. Membuat nilaian semula tentang sistem hak milik. Kita kurangkan hak milik
mana-mana individu yang memiliki harta yang banyak dengan memberikan
mereka pampasan yang setimpal dengan hak mereka. Dalam masa yang sama kita
galakkan pemilikan harta secara kecil-kecilan bagi menambah jumlah pemilik dan
seterusnya menambah nilai kesetiaan kepada negara.

6. Mengemas kini sistem cukai sosial dengan berdasarkan sistem percukaian
progresif iaitu berdasarkan kepada seluruh pendapatan bukan berdasarkan
keuntungan sahaja. Sudah tentu sistem ini tidak dikenakan kepada fakir miskin,
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
256
terutamanya sistem zakat. Memerangi amalan menimbun harta dan menghalang
harta daripada mengalir. Harta ini perlu digunakan untuk membantu projek
ekonomi dan juga program kebajikan yang perlu seperti menyediakan
perlindungan untuk golongan yang lemah dan miskin, anak yatim serta
mengukuhkan aspek ketenteraan.

7. Mengharam dan menghapuskan semua urusniaga yang berlandaskan riba. Bank-
bank perlu dikemaskini untuk mencapai hasrat ini. Contoh yang perlu dilakukan
oleh kerajaan ialah dengan menghapuskan faedah dalam semua projeknya.

8. Menggalakkan perusahaan kraftangan di rumah. Langkah ini merupakan peralihan
kepada budaya industri.

9. Rakyat perlu dididik supaya tidak terlalu bermewah sebaliknya mereka perlu
hidup berpada. Golongan dewasa perlu menjadi contoh kepada golongan muda
dalam mengamalkan budaya ini. Pelaksanaan projek yang bermanfaat diberikan
keutamaan berbanding projek mewah.

10. Membantu golongan pekerja bawahan dengan cara menaikkan gaji dan elaun
mereka sementara gaji golongan pekerja atasan perlu dikurangkan.

11. Mengurangkan jawatan terutama yang terlalu banyak dan hanya mewujudkan
jawatan yang perlu sahaja. Pengagihan tugas perlu dijalankan secara adil dan
dilakukan dengan rapi.

12. Menjaga kebajikan pekerja-pekerja teknikal dan sosial. Taraf hidup mereka
perlu ditingkatkan di semua sudut.

13. Meningkatkan sektor pertanian dan perindustrian. Tumpuan perlu diberikan
untuk meningkatkan hasil pengeluaran peladang dan pengusaha.

Di akhir tulisan beliau mengenai program politik dalam agenda kebangkitan
ummah ini, Ustaz al-Banna menegaskan perlunya usaha yang bersungguh-sungguh untuk
mengatasi segala kepincangan secara menyeluruh dan pantas. Menurut beliau:

Perkara ini serius dan tidak boleh dipandang ringan. Masalah ini telah sampai ke
kemuncak. Ia perlu diatasi dengan tegas dan pantas. Seperti yang saya katakan
tadi, penyelesai kepada masalah ini hanyalah Islam.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)




PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
257
Bahagian III
PROGRAM PEMULIHAN POLITIK


Firman Allah Taala:

>> ', !, < _,.. > `. _s _-, ! <
,l|

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu Al-Maidah: 49

Imam al-Ghazali r.a. pernah berkata:

Ketahuilah bahawa syariat itu adalah teras, kerajaan itu adalah penjaga.
Sesuatu yang tidak mempunyai teras pasti akan binasa. Sesuatu yang tidak mempunyai
penjaga pasti akan hilang.

Menurut Ustaz al-Banna:

Negara Islam mestilah dibina berlandaskan dakwah supaya negara ini
mempunyai wawasan tersendiri bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran.
Kerajaan bukanlah suatu struktur yang beku dan kaku tanpa sebarang roh.
Demikian juga dakwah mestilah diletakkan di bawah suatu pengawasan yang akan
menjaga, menyebar, menyampai dan memantapkannya.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Berpandukan pandangan Ustaz al-Banna, sasaran Ikhwan dalam pemulihan politik
ialah:

Mewujudkan sistem politik yang mampu melaksanakan prinsip, menghormati hak
manusia yang diberikan oleh Allah. Di samping menjaga hak dan kebebasan
manusia. Memusatkan segala usaha untuk membangunkan institusi-institusi
kerajaan yang membolehkan kerajaan bertindak secara betul dan berkesan.
Menjamin wujudnya kebebasan tanpa penipuan dalam proses pilihanraya. Pihak
kerajaan juga perlu diawasi sepanjang tempoh pemerintahan mereka supaya
selaras dengan perlembagaan. Mengawal dasar kerajaan, memastikan tiada
penyelewengan, memantapkan pentadbiran, memastikan perubahan dan peralihan
kuasa berjalan dengan baik.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
258

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Perbincangan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Teras sistem politik.

2. Kuasa-kuasa utama dalam negara.

3. Pentadbiran jabatan kerajaan.

4. Pertahanan dan keselamatan.

5. Dasar luar.

Di sini saya akan bincangkan empat perkara pertama dan perkara kelima akan
dibincangkan di tajuk seterusnya.

1. Teras Sistem Politik

Bagi mengukuhkan lagi pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan berpandangan
perlunya tiga kuasa utama dalam Negara dipisahkan. Analisa mereka dinyatakan
seperti berikut:

Menggabung dan menumpukan seluruh kuasa negara kepada seseorang atau satu
pihak akan mengundang bahaya dan membuka peluang lebih besar kepada
kediktatoran yang mampu menggugat seterusnya melemahkan kekuatan dan
teras negara dan juga masyarakat. Oleh itu langkah memisahkan kuasa negara
kepada tiga pihak iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman adalah perlu bagi
membentuk sistem pemerintahan yang baik serta menghalang kediktatoran dan
mewujudkan keadilan.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

2. Kuasa-kuasa Utama dalam Negara

Ustaz al-Banna telah menjelaskan kuasa-kuasa dalam negara ini secara
mendalam seperti berikut:

i. Kuasa Perundangan (perlembagaan)

Ustaz al-Banna berpendapat kuasa perundangan mestilah melaksanakan
tanggungjawab seperti berikut:
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
259

i. Pilihanraya berkala yang bebas dan memulihkan keseluruhan akta pilihanraya.

ii. Melaksanakan tanggungjawab menyelia dan mewujudkan undang-undang.

iii. Menilai perjalanan pentadbiran kerajaan.

iv. Mewujudkan agensi yang menguruskan aspek teknikal, pentadbiran dan
maklumat yang boleh dipercayai.

v. Mewujudkan hubungan yang rapat antara wakil rakyat dan rakyat.

vi. Memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi syura.

vii. Meneruskan pewartaan undang-undang syariah.

ii. Kuasa Eksekutif (pentadbiran, kementerian atau kerajaan)

Ustaz al-Banna berpendapat kuasa eksekutif mestilah melaksanakan
tanggungjawab mereka seperti berikut:

a. Memilih ketua negara mengikut kriteria tertentu.

b. Menggariskan hubungan antara ketiga-tiga kuasa.

c. Membentuk kerajaan mengikut asas perlembagaan.

d. Mengawal penggunaan harta kerajaan.

e. Menyusun struktur pentadbiran yang kemas.

iii. Kuasa Kehakiman (undang-undang)

Ustaz al-Banna berpendapat kuasa kehakiman mestilah melaksanakan
tanggungjawab berikut:

a. Menanam prinsip kebebasan jabatan kehakiman.

b. Kebebasan kuasa kehakiman.

c. Menyusun prosedur melantik ketua majlis kehakiman, ketua mahkamah tinggi
dan ketua hakim.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
260
d. Meluaskan kuasa hakim.

e. Menyusun agensi penguatkuasaan.

f. Menjauhkan proses kehakiman daripada pengaruh parti politik.

g. Mewujudkan mahkamah agung.

h. Mewujudkan mahkamah-mahkamah rendah.

i. Pemilihan hakim berdasarkan keupayaan dan kelayakan.

j. Menjamin keselamatan hakim.

3. Pemulihan Pentadbiran Jabatan Kerajaan

Ustaz al-Banna berpendapat bagi memulihkan jabatan kerajaan beberapa prinsip
berikut perlu diterapkan:

a. Bangkitkan semangat Islam di jabatan-jabatan kerajaan supaya setiap pegawai
kerajaan merasakan mereka mempunyai tanggungjawab melaksanakan ajaran
Islam.

b. Kemaskini waktu bekerja di jabatan kerajaan mengikut musim sejuk dan panas
supaya memudahkan mereka menunaikan amalan fardhu dan menghentikan
amalan berjaga hingga larut malam.

c. Hapuskan rasuah dan sogokan serta tanamkan sikap hanya berpada dan
menerima apa yang dibenarkan oleh undang-undang sahaja.

d. Nilai semua urusan kerajaan menurut hukum dan ajaran Islam. Dengan ini semua
dasar berkenaan keraian, jemputan, majlis rasmi, penjara dan hospital tidak
bercanggah dengan ajaran Islam. Dengan ini juga jadual waktu bekerja tidak
bertembung dengan waktu sembahyang.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

4. Pertahanan dan Keselamatan

Langkah untuk menjaga kestabilan negara, keharmonian individu dan
masyarakat, menjaga jabatan kerajaan, memantapkan proses syura demokrasi,
memelihara proses peralihan kuasa yang aman, menjaga kuasa negara dan
mengekalkan nilai masyarakat madani merupakan langkah-langkah yang perlu
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
261
untuk mencapai pembangunan yang bersepadu dan agenda pembangunan Islam.
Namun demikian semua ini tidak mungkin tercapai atau diterapkan ke alam
realiti selagimana sektor ketenteraan dan keselamatan tidak dibangunkan atas
semangat keimanan dan patriotik yang akan memelihara sektor ini daripada
dicemar kelemahan peribadi dan faham perkauman yang sempit.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Mengenai aspek pertahanan dan keselamatan, Ustaz al-Banna telah kemukakan
kenyataan yang jelas dan bernas menjelaskan keperihatinannya kepada sektor ini.

Tiada satu sistem pun sejak dahulu hingga sekarang, baik berbentuk agama
mahupun sosial yang memberi perhatian penuh kepada soal jihad, ketenteraan,
kerahan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan rakyat untuk
mempertahankan kebenaran sebagaimana yang ada dalam agama dan ajaran
Islam. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang agung
mengandungi segala nilai yang mulia ini. Nilai ini dinyatakan dengan jelas dan
terang ke arah mengajak manusia berjihad, berperang, menerapkan nilai
ketenteraan, memperkukuh teknologi pertahanan dan peperangan dalam semua
cabang, darat dan laut serta dalam semua keadaan.

Wahai Ikhwan, umat yang dapat mencipta kematiannya dengan baik, dan
mereka memahami bagaimana untuk mati dengan cara yang terhormat, Allah
akan kurniakan mereka kehidupan yang mulia di dunia dan nikmat yang abadi di
akhirat. Krisis yang melanda kita ini tidak lain hanya kerana kita cintakan dunia
dan takutkan mati.

(BINGKISAN JIHAD)

Seperti yang saya nyatakan tadi, kita akan bincangkan tajuk hubungan
antarabangsa dalam tajuk selepas ini.















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
262
Fasal 14
POLISI NEGARA


Mukadimah: Negara Menurut Islam

Bahagian I: Dasar dalam Negara (pentadbiran hal ehwal negara)

Bahagian II: Dasar Luar (hubungan luar negara)









































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
263
Mukadimah
NEGARA MENURUT ISLAM


1. Kedudukan Negara

Bagi menjelaskan kedudukan sebuah negara, Ustaz al-Banna menyebut:

Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem
sosial Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil. Islam
juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin. Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu
beredar meninggalkannya.

Ketika yang lain Baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seorang mengetuai kamu.

Aangkah indah sekali kata-kata Imam al-Ghazali r.a.: Sedarlah! Syariat itu
adalah dasar dan kuasa itu adalah penjaganya. Perkara yang tiada dasar akan
roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap.

Negara Islam mestilah dibina berlandaskan dakwah supaya negara ini mempunyai
wawasan tersendiri bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran. Kerajaan
bukanlah suatu struktur yang beku dan kaku tanpa sebarang roh. Demikian juga
dakwah mestilah diletakkan di bawah suatu pengawasan yang akan menjaga,
menyebar, menyampai dan memantapkannya.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

2. Kepentingan Sebuah Negara (menjaga gagasan)

Ustaz al-Banna melihat sistem Islam bukan sahaja memberikan kesejahteraan
kepada umat Islam sahaja, malah kepada seluruh manusia. Menurut beliau:

Jika kita memiliki sebuah kerajaan Islam yang berpegang dengan Islam yang
sebenar, keimanan yang tulen, mempunyai kebebasan dalam merencana dan
melaksana, benar-benar memahami khazanah agung yang dimilikinya, memahami
kehebatan sistem Islam yang diwarisinya, meyakini Islam sebagai penawar buat
bangsanya dan petunjuk untuk seluruh manusia Nescaya kita akan menuntut
supaya kerajaan ini menerajui dunia ini dengan nama Islam. Kita mahu supaya
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
264
kerajaan ini menuntut supaya kerajaan-kerajaan lain mengkaji dan meneliti
Islam ini. Kita mahu kerajaan ini membimbing kerajaan-kerajaan lain dengan
cara dakwah yang berterusan, meyakinkan, bukti yang kukuh serta penghantaran
wakil yang berkala atau gunakan apa sahaja cara untuk berdakwah dan
menyampaikan. Kita mahu supaya kerajaan ini menjadi pusat kerohanian, politik
dan amali di kalangan kerajaan-kerajaan lain. Kita mahu kerajaan ini mampu
memberi nafas baru untuk bangsa ini. Meneraju bangsa ini ke arah kegemilangan
dan sinar cahaya. Mampu merangsang bangsa ini supaya bersemangat, gigih
berusaha dan bekerja.

Agak hairan, bagaimana ideologi komunis mempunyai sebuah negara yang
melaungkan slogan komunis Demikian juga dengan fahaman Fasis dan Nazi yang
memiliki pendokong tersendiri yang mengagungkannya Seluruh aliran
masyarakat dan politik menjadi pendokong kuat fahaman ini. Mereka
menyerahkan segala jiwa, fikiran, tulisan, harta, akhbar dan tenaga mereka.
Malah mereka sedia hidup dan mati untuk fahaman ini.

Malangnya dalam masa yang sama kita tidak pula jumpa mana-mana kerajaan
Islam yang bersedia mengambil tanggungjawab mengembangkan Islam.
Sedangkan Islam adalah agama yang menggabungkan segala elemen positif yang
ada dalam semua fahaman tadi ialah Islam menapis semua elemen negatif yang
ada dalam kesemua fahaman tadi. Kita tidak temui sebuah kerajaan yang dapat
mengenengahkan Islam ini kepada bangsa-bangsa lain sebagai sebuah sistem
yang bersifat global dan mampu mengemukakan penyelesaian yang betul, tepat
dan memuaskan untuk semua masalah manusia. Sedangkan Islam telah
meletakkan usaha dakwah ini sebagai fardhu dan perlu dilakukan. Dakwah ini
telah diwajibkan ke atas semua umat Islam sama ada sebagai sebuah bangsa
atau sebagai sebuah kumpulan, sebelum semua fahaman tadi tercipta dan
sebelum wujudnya semua propaganda tadi.

_>.l > `s || ,' ``! `- RQ!, _s >l ,l` `
>ll

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Ali Imran: 104

(IKHWAN AL-MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

3. Struktur Negara
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
265

Perkara ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Sistem Islam tidak mementingkan struktur atau istilah selagi mana dasar-
dasar utama yang perlu bagi mewujudkan politik yang baik ini wujud; Selagimana
ia dilaksanakan secara seimbang tidak hanya mementingkan satu-satu sudut
sahaja. Namun sudah tentu keseimbangan ini tidak dapat dipertahankan tanpa
wujudnya penghayatan sebenar kepada kesucian ajaran Islam ini. Apabila dasar-
dasar ini mampu dipertahankan, ia akan membawa kepada kejayaan di dunia dan
akhirat. Dalam dunia moden hari ini perkara ini disebut sebagai kesedaran
nasional atau kematangan politik atau pendidikan patriotik atau sebagainya.
Namun sebenarnya kesemua istilah ini hanya merujuk kepada satu maksud
sahaja iaitu keyakinan kepada keberkesanan sistem yang ada dan merasakan
sistem ini perlu dipertahankan. Sebabnya, teks sahaja tidak akan mampu
membangkitkan sebuah bangsa. Tidak ubah seperti undang-undang kerana
undang-undang tidak akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil
dan bersih.

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAM: SISTEM POLITIK)

4. Ciri, Tanggungjawab dan Hak Negara

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, ciri, tanggungjawab dan hak negara
boleh digariskan seperti berikut:

Ciri

i. Bertanggungjawab.

ii. Ehsan kepada rakyat.

iii. Adil kepada semua manusia.

iv. Menjaga harta kerajaan.

v. Berjimat.

Tanggungjawab

i. Menjaga keselamatan.

ii. Melaksanakan undang-undang.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
266
iii. Memberikan pendidikan.

iv. Mengukuhkan kekuatan.

v. Menjaga kesihatan.

vi. Menjaga kepentingan awam.

vii. Membangun dan memelihara sumber kekayaan.

viii. Memantapkan akhlak dan menyebar dakwah.

Hak

i. Kesetiaan dan ketaatan.

ii. Dibantu dengan nyawa dan harta.
































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
267
Bahagian I
DASAR DALAM NEGARA
(PENTADBIRAN HAL EHWAL NEGARA)


1. Definisi Dasar dalam Negara

Ustaz al-Banna telah menjelaskan definisi dasar dalam negara, menurut beliau:

Saudara, izinkan saya huraikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini. Pada
saya, jika yang dimaksudkan dengan politik ialah mengendalikan urusan kerajaan,
memperjelaskan peranan, hak dan tanggungjawab kerajaan, memerhatikan
setiap tindakan pemerintah agar apabila mereka melakukan yang baik mereka
boleh ditaati dan apabila mereka melakukan kesilapan mereka boleh dikritik,
maka Islam memberi tumpuan kepada perkara ini dan Islam telah menggariskan
beberapa dasar dan asas dalam masalah ini. Islam menjelaskan hak-hak
pemerintah dan rakyat. Islam menjelaskan kedudukan orang yang zalim dan yang
dizalimi. Islam menggariskan sempadan untuk setiap perkara agar ia tidak
dicerobohi.

Perlembagaan, undang-undang sivil, undang-undang jenayah dan segala perkara
yang telah disentuh oleh Islam. Islam adalah sumber rujukan utama dan unggul
dalam perkara ini. Islam bertindak menggariskan asas, kaedah am dan objektif
kepada undang-undang ini. Seterusnya Islam mewajibkan manusia supaya
melaksanakannya. Namun Islam telah menyerahkan segala aspek perincian dan
huraian undang-undang ini kepada manusia supaya mereka dapat melaksana-
kannya menurut kesesuaian zaman dan keadaan mereka. Mereka boleh
berijtihad menentukan apa yang baik menurut ijtihad mereka.

Oleh itu, ajaran al-Quran tidak dapat dipisahkan dengan kuasa. Atas dasar ini
juga politik dan kerajaan adalah sebahagian daripada agama. Orang Islam
diwajibkan memberikan tumpuan kepada aspek kerajaan sama seperti tumpuan
yang diberikan kepada aspek rohani.

Inilah pendirian Islam tentang politik dalam negara.

(BUAT MAHASISWA)

2. Struktur Sistem Politik

Bagi menjelaskan maksud sistem politik, Ustaz al-Banna menyebut:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
268
Kerajaan dalam Islam tertegak berlandaskan asas-asas yang telah diketahui
dan diakui umum. Kerajaan adalah elemen utama kepada sistem politik Islam.
Kerajaan ini mestilah berlandaskan kepada asas-asas iaitu tanggungjawab
pemerintah, perpaduan umat dan menghormati aspirasi rakyat. Tanpa mengira
walau apapun istilah atau struktur yang digunakan.

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAM: SISTEM POLITIK)

Dengan ini bermakna sistem politik Islam mestilah berlandaskan tiga asas
berikut:

i. Tanggungjawab Pemerintah.

ii. Perpaduan umat.

iii. Hormati aspirasi rakyat.

Di sini dibincangkan secara ringkas ketiga-tiga asas ini mengikut pandangan
Ustaz al-Banna:

i. Tanggungjawab pemerintah (kontrak sosial)

Menurut Ustaz al-Banna:

Pemerintah adalah orang yang bertanggungjawab di hadapan Allah dan rakyat.
Pemerintah adalah orang suruhan dan khadam kepada rakyat. Rasulullah sendiri
pernah bersabda:

Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinan
kamu.

Ketika Abu Bakar r.a. ditabalkan sebagai khalifah dan naik ke mimbar, beliau
berucap: Wahai sekalian manusia, dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan
saya mencari makan minum mereka. Namun sekarang saya bekerja untuk kamu
maka tetapkanlah bahagian saya daripada perbendaharaan kamu.

Melalui ucapan ini, beliau telah mengemukakan tafsiran yang terbaik dan adil
berhubung teori kontrak sosial. Malah beliau adalah orang pertama yang
meletakkan batu asasnya. Kontrak ini ialah perjanjian antara rakyat dan
pemerintah bertujuan memelihara kepentingan umum. Jika pemerintah
melakukannya dengan baik, dia akan mendapat ganjarannya dan jika tidak dia
akan menerima akibatnya.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
269
(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Ustaz al-Banna menjelaskan lagi tentang tanggungjawab pemerintah dengan
menyebut:

Berhubung dengan pemerintah yang bertanggungjawab, perkara yang menjadi
asas dalam sistem Islam ialah orang yang bertanggungjawab ialah ketua negara
itu sendiri. Ketua negara ini boleh bertindak tetapi perlu mengemukakan segala
tindakannya kepada rakyat. Jika baik, rakyat akan membantunya dan jika tidak,
rakyat akan membetulkannya. Dalam Islam tidak salah jika ketua negara
melantik seorang wakil untuk menjalankan kuasa ini atau memikul tanggungjawab
sesuatu tugas. Pada zaman Islam perkara ini dikenali sebagai wizarah tafwid.
Para ulamak Islam membenarkan perkara ini selagimana ada keperluan. Perkara
seumpama ini berlandaskan konsep memelihara kepentingan umum. Menurut al-
Mawardi dalam bukunya, al-Ahkam al-Sultaniyyah: Wizarah (kementerian)
terbahagi kepada dua iaitu wizarah tafwid dan wizarah tanjiz.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Prinsip yang menjadi landasan dalam tanggungjawab pemerintah boleh
dirumuskan seperti berikut:

a. Pemerintah adalah khadam rakyat berdasarkan hak dan tanggungjawab yang
diberikan oleh perlembagaan dan undang-undang.

b. Kerajaan ialah suatu kontrak sosial antara rakyat dan pemerintah untuk
menjaga kepentingan rakyat.

c. Kesetiaan antara rakyat dan kerajaan bersifat sementara.

d. Kerajaan mestilah melaksanakan konsep memisahkan tiga cabang kuasa.

e. Pemerintah berhak memilih kaedah yang sesuai untuk melaksanakan
tanggungjawabnya. Sama ada secara wakil atau secara langsung atau mengikut
apa yang dinyatakan oleh perlembagaan.

f. Pemerintah mestilah melaksanakan kuasa dan tanggungjawabnya mengikut
undang-undang.

ii. Perpaduan umat (perpaduan negara)

Mengenai asas ini Ustaz al-Banna menyebut:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
270
Umat Islam adalah umat yang satu. Kerana persaudaraan yang menyatukan
hati-hati manusia atas nama Islam adalah salah satu asas iman. Iman ini tidak
lengkap tanpa persaudaraan dan persaudaraan tidak akan dicapai tanpa
kewujudan iman. Namun ini tidak bermakna tidak wujudnya kebebasan bersuara
atau memberi nasihat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau
daripada pihak atasan kepada pihak bawahan. Inilah yang dikenali dalam budaya
Islam sebagai memberi nasihat dan amar makruf nahi mungkar.

Tidak wujud perpecahan di kalangan umat Islam dalam soal-soal asasi kerana
sistem sosial yang diamalkan oleh umat ini hanya satu iaitu Islam. Islam
diiktiraf oleh semua anggota umat ini. Tiada masalah jika wujud perbezaan
pendapat dalam soal-soal kecil. Perbezaan pendapat tidak semestinya
menimbulkan ketegangan atau permusuhan atau amalan berpuak selagimana ia
hanya membabitkan masalah cabang. Sebaliknya masalah ini boleh dibahas,
dikaji dan dibincang dalam budaya nasihat menasihati.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

iii. Menghormati aspirasi rakyat

Mengenai asas ini, Ustaz al-Banna melihat wujud keserasian pada dasarnya
antara sistem Islam dengan sistem parlimen. Kita boleh lihat dalam tajuk Krisis
Dalaman Menurut Perspektif Islam:

Para ahli perlembagaan menyebut bahawa sistem parlimen mestilah
berlandaskan kepada asas pemerintah yang bertanggungjawab, kuasa rakyat dan
hormat kepada aspirasi rakyat. Jadi tidak sepatutnya wujud dalam sistem ini
perkara yang boleh menghalang perpaduan rakyat. Perpecahan dan
persengketaan sebenarnya bukan syarat sistem ini. Atas dasar ini tidak wujud
sebarang perkara dalam sistem parlimen yang bercanggah dengan dasar yang
ditetapkan oleh Islam untuk sistem politik. Ini bermakna sistem parlimen tidak
jauh berbeza dengan sistem Islam.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Dengan ini, langkah terbaik untuk menghormati inspirasi ummah ialah dengan
memantapkan institusi parlimen. Institusi parlimen ini mestilah berlandaskan kepada
lima prinsip berikut:

a. Prinsip keluhuran undang-undang.

b. Prinsip syura.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
271
c. Prinsip pilihanraya bebas.

d. Prinsip permuafakatan.

e. Prinsip peralihan kuasa secara aman.

Kita akan bincangkan prinsip ini secara lebih mendalam.

a. Prinsip keluhuran undang-undang

Prinsip ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Undang-undang adalah hasil ijtihad yang anjal bagi tujuan rnengawal tingkah
laku undang-undang ini akan hanya dihormati dan disanjung sekiranya
kandungannya bertepatan dengan dasar atau kaedah yang tertera dalam
undang-undang tertinggi dalam masyarakat iaitu perlembagaan. Dengan ini
undang-undang ini selaras dan secocok dengan jiwa dan perasaan rakyat.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

b. Prinsip syura

Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah. Rakyat
perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik.
Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak
mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh
rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara
ini sebagai amalannya:

!:

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-
hal keduniaan) itu Ali Imran: 159

Allah turut memuji orang-orang beriman kerana amalan baik mereka ini:

` : ',

Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; Ash-
Shura: 38

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
272
Amalan ini tercatat dalam sunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan para khalifah al-
rashidin selepas Baginda. Apabila berlaku sesuatu perkara, mereka akan
menghimpunkan para cendikiawan di kalangan umat Islam. Mereka akan
bermesyuarat dan akur dengan pendapat yang betul. Malah mereka akan
melantik atau menggalakkan mereka untuk turut serta dalam mesyuarat
tersebut. Abu Bakar r.a. pernah berkata: Jika kamu lihat saya di pihak yang
benar, bantulah saya dan jika kamu lihat saya di pihak yang salah,
perbetulkanlah saya.

Umar bin al-Khattab pernah berkata: Sesiapa yang melihat ada kepincangan
pada diri saya, perbetulkanlah saya.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

c. Prinsip pilihanraya yang bebas

Mengenai prinsip ini, Ustaz al-Banna telah meletakkan syarat kejayaan bagi
sebuah pilihanraya yang bebas. Menurut beliau:

Sistem parlimen hari ini telah menggariskan kaedah untuk memilih ahl al-hal wa
al-aqd. Ia dilakukan melalui pilihanraya atau pelbagai cara yang digariskan oleh
para pakar perlembagaan. Islam tidak menolak kaedah ini selagimana kaedah ini
membantu pemilihan ahl al-hal wa al-aqd. Malah ia boleh dilakukan jika wujud
dalam sesebuah sistem itu ciri-ciri ahl al-hal wa al-aqd yang ditetapkan. Hanya
mereka yang memenuhi ciri-ciri ini sahaja yang dibenarkan untuk mewakili
rakyat.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Dengan ini bagi membolehkan pilihanraya dijalankan dengan bebas beberapa
perkara perlu diwujudkan:

i. Garis panduan bagi memilih calon-calon yang layak bertanding dalam pllihanraya.

ii. Garis panduan bagi kempen pilihanraya.

iii. Proses pilihanraya perlu dibaiki.

iv. Hukuman yang berat kepada apa jua bentuk penipuan termasuk amalan rasuah.

v. Bebaskan wakil rakyat daripada tekanan pengundi dan kepentingan umum lebih
diutamakan daripada kepentingan peribadi.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
273
(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

d. Prinsip permuafakatan bersama

Bagi menjejaskan sifat ahl al-hal wa al-aqd, Ustaz al-Banna menyebut:

Berhubung soal menghormati aspirasi rakyat di samping perlunya perkongsian
kuasa dengan cara yang betul bersama rakyat, Islam tidak mewajibkan
pandangan setiap rakyat diambil dalam semua perkara. Dalam istilah moden
masalah ini dinamakan pungutan suara. Bagi sesuatu situasi yang biasa, memadai
dengan mengambil kira pandangan ahl al-hal wa al-aqd. Namun tidak pula
ditentukan siapa nama atau bagaimana peribadi mereka. Berpandukan kepada
pendapat ulamak dan sifat-sifat yang diberikan, sifat yang dinyatakan itu wujud
pada tiga golongan:

1. Para ulamak mujtahid yang mana fatwa dan terbitan hukum mereka diguna pakai.

2. Golongan yang pakar dalam pelbagai bidang.

3. Golongan yang memiliki kuasa sebagai pemimpin atau ketua seperti ketua rumah,
ketua keluarga, ketua kabilah dan ketua kumpulan.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

e. Prinsip peralihan kuasa secara aman.

Akhir sekali berdasarkan pemikiran Ustaz al-Banna, Ikhwan berpandangan:

Peralihan kuasa secara aman merupakan teras kepada syura dan demokrasi.
Malah ia adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah perebutan
kuasa di pelbagai peringkat. Sistem politik masih tidak memenuhi kehendak
syura dan demokrasi selagimana ia tidak memiliki sistem yang membolehkan
pihak yang mendapat sokongan majoriti rakyat untuk memerintah melaksanakan
program-program yang dirancang. Ia boleh dilakukan melalui undi secara
berkala. Dengan ini rakyat yang akan menentukan sesuatu halatuju.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

3. Struktur Sistem Ekonomi

Mengenai aspek ini yang menjadi sebahagian struktur negara dalam agenda
kebangkitan ummah, Ustaz al-Banna menyebut:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
274
Kali ini saya ingin menyentuh aspek ekonomi kita. Saya berharap tulisan yang
ikhlas ini akan mendapat perhatian, menyentuh hati, memberi kesedaran dan
seterusnya berbuat sesuatu untuk mengatasinya; Sebelum penyakit ini merebak
dan tidak lagi dapat dirawat; Sebelum jurang ini semakin meluas. Tiada perkara
yang menyentuh hati dan perasaan selain masalah ekonomi. Masalah ini akan
menjerut masyarakat sehingga mereka tidak lagi mampu memperolehi keperluan
hidup. Apatah lagi untuk memperolehi lebih daripada itu. Ketika itu tidak ada
krisis yang lebih besar daripada krisis roti. Tiada kesengsaraan yang lebih
dahsyat danpada sengsara kebuluran. Tiada keperluan yang lebih penting
daripada keperluan mendapatkan makanan asasi. Orang yang mencari sesuap
makanan tidak akan dipersalahkan. Seorang hamba wanita menemui Muhammad
bin al-Hasan asy-Syaibani, sahabat Abu Hanifah seraya berkata: Tuan, tepung
sudah habis. Muhammad membalas: Kamu ni! Kamu telah menghilangkan 40
masalah agama dalam kepalaku.

Ada beberapa fakta yang tidak dapat dinafikan atau ditolak oleh sesiapa, iaitu:
Kekayaan hasil bumi, monopoli asing, jurang antara kekayaan dan kemiskinan,
ketidak tentuan ekonomi antara teori-teori ekonomi.

Namun demikian saya amat-amat yakin, tiada satupun di antara teori-teori
tersebut yang mampu membawa kebaikan kepada kita. Setiap teori tersebut ada
kelemahan yang ketara dan kelebihan yang tersendiri. Semua teori ini lahir
bukan dalam negara kita. Ia lahir untuk budaya asing yang berbeza dengan
budaya kita. Apatah lagi kita sendiri sebenarnya telahpun memiliki sistem yang
lengkap dan mampu membuat perubahan yang menyeluruh iaitu sistem Islam.
Islam telah menggariskan beberapa asas ekonomi yang menyeluruh dan asasi.
Jika asas-asas ini kita pelajari dan kita laksanakan dengan betul, segala masalah
kita akan selesai. Malah lebih dari itu kita mampu menggarap pula segala
kelebihan yang ada dalam teori lain. Di samping itu kita juga dapat mengelak
segala kelemahan yang ada dalam teori-teori tersebut. Seterusnya kita akan
dapat mengetahui bagaimana cara meningkatkan taraf hidup rakyat. Kita juga
akan mampu memperbaiki keadaan hidup setiap lapisan masyarakat. Tidak syak
lagi kita akan menemui cara yang terbaik untuk memperolehi kehidupan yang
selesa.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, sistem ekonomi Islam mestilah
berlandaskan 10 perkara asas berikut:

1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu
diusahakan.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
275
2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.

3. Meneroka dan memanfaatkan sumber semulajadi.

4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.

5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan
yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin.

6. Mengiktiraf hak milik peribadi.

7. Mengatur urusan kewangan dan mewujudkan kawalan matawang yang ketat.

8. Bantuan sosial.

9. Meletakkan negara sebagai pihak yang bertanggungjawab memelihara sistem
ekonomi.

10. Menghalang penyalahgunaan kuasa Di mana anda memperolehi harta ini?

Semua perkara ini telahpun dibincangkan secara mendalam ketika membicarakan
tentang program politik negara dalam agenda kebangkitan ummah.

4. Struktur Sistem Sosial

Ustaz al-Banna telah menyentuh mengenai aspek penting ini dalam struktur
negara, menurut beliau:

Al-Quran mengandungi segala kaedah ke arah perubahan masyarakat yang
menyeluruh. Al-Quran telah turun sedikit demi sedikit kepada Nabi s.a.w. dan
dibentangkan kepada orang-orang yang beriman dari semasa ke semasa
mengikut keperluan, keadaan dan peristiwa tertentu.

,l ,:`l ., l. .. ,.! :, | ,> _>l!, _.>
,..

...Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak
menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya
kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamu
sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
276
kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis
segala yang mereka katakan itu). Al-Furqan: 32-33

Akhirnya sempurnalah penurunan wahyu dan kini ia terpelihara dalam dada dan
lembaran dalam tempoh lebih 22 tahun. Dalam kitab ini Allah muatkan segala
keterangan yang diperlukan untuk umat ini.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Dengan ini, menurut Islam program pemulihan masyarakat seperti yang
dinyatakan sebelum ini mestilah berlandaskan 10 perkara asas berikut:

1. Mewujudkan sifat ketuhanan dan keagamaan dalam masyarakat.

2. Memelihara tatasusila masyarakat dan mengukuhkan institusi dalam sistem
masyarakat.

3. Pemeliharaan institusi keluarga (wanita, pemuda dan kanak-kanak).

4. Menghapuskan jenayah dan penyelewengan.

5. Mewujudkan sistem pemantauan (hisbah).

6. Mewujudkan keadilan sosial serta menyediakan peluang kerja.

7. Memulihkan sistem pendidikan.

8. Menjaga kesihatan masyarakat.

9. Mengawal pihak media dan kegiatan seni.

10. Memantau kegiatan pelancongan.

Semua perkara asas ini telah dibincangkan secara mendalam tetika kita
membicarakan tentang program politik dalam negara nenurut agenda kebangkitan
ummah.

5. Struktur Sistem Jihad

Ustaz al-Banna telah mengariskan elemen penting ini dalam struktur negara,
menurut beliau:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
277
Tiada satu sistem pun sejak dahulu hingga sekarang, baik berbentuk agama
mahupun sosial yang memberi perhatian penuh kepada soal jihad, ketenteraan,
kerahan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan rakyat untuk
mempertahankan kebenaran sebagaimana yang ada dalam agama dan ajaran
Islam. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang agung
mengandungi segala nilai yang mulia ini. Nilai ini dinyatakan dengan jelas dan
terang ke arah mengajak manusia berjihad, berperang, menerapkan nilai
ketenteraan, memperkukuh teknologi pertahanan dan peperangan dalam semua
cabang; darat, laut dan lain-lain dalam semua keadaan.

Wahai Ikhwan, umat yang dapat mencipta kematiannya dengan baik dan
memahami bagaimana untuk mati dengan cara yang terhormat, Allah akan
kurniakan mereka kehidupan yang mulia di dunia dan nikmat yang abadi di
akhirat. Krisis yang melanda kita ini tidak lain hanya kerana kita cintakan dunia
dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk tugas yang besar dan bercita-
citalah untuk mati nescaya kamu akan diberikan kehidupan.

Sedarlah bahawa mati pasti akan tiba dan ia hanya sekali. Jika kamu jadikan
kematian kamu di jalan Allah, kamu akan beroleh keuntungan di dunia dan pahala
di akhirat. Segala yang berlaku pada kamu telah ditentukan oleh Allah.
Perhatikan baik-baik firman Allah yang bermaksud:

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah
menurunkan kepadu kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang
meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang
segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap
Allah dengan sangkaan yang tidak benar; seperti sangkaan orang-orang jahiliyah.
Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari potongan kemenangan
yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara
(yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang
berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkan-Nya). Mereka
sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu.
Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari
potongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di
tempat ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu
sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah)
akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di
medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam
dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan
(ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam
dada. (maksud Ali Imran: 154)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
278
Sedarlah jika kamu mati dengan cara yang terhormat kamu akan beroleh
kebahagiaan mutlak. Semoga Allah mengurniakan kita semua penghormatan
untuk mati syahid di jalan-Nya.

(BINGKISAN JIHAD)

Dengan ini menurut Ustaz al-Banna dasar dalam sebuah negara mestilah
merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial dan jihad sebagai sistem utama yang
membentuk struktur sebuah negara yang unggul, sesuai dengan agenda kebangkitan
ummah.








































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
279
Bahagian II
DASAR LUAR (HUBUNGAN LUAR NEGARA)


1. Definisi Dasar Luar

Selari dengan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan berpendapat:

Hubungan dua hala di peringkat antarabangsa mendapat tumpuan penting pada
zaman ini. Pada hari ini tidak mungkin mana-mana bangsa dapat hidup dengan
meminggirkan diri daripada negara jirannya. Zaman ini adalah zaman
perdagangan dua hala antarabangsa menjadi keperluan hidup. Malah hubungan ini
banyak mencorak sudut budaya, ekonomi, politik dan ilmu. Pihak Jamaah
merasakan negara-negara Arab dan Islam perlu berusaha lebih keras untuk
meningkatkan lagi tahap persefahaman dan kerjasama yang jujur melalui
hubungan politik, ekonomi, budaya dan sosial demi memacu kestabilan,
pembangunan dan memelihara kepentingan bersama. Langkah ini juga demi
menyahut kehendak dan inspirasi masyarakat Arab dan Islam dengan mengambil
pengajaran yang pernah dilalui oleh rantau lain di dunia.

Nilai-nilai kemakmuran akan lahir dalam dunia yang diliputi suasana kerjasama
antara negara-negara di dunia yang seterusnya akan menjadi landasan kepada
wujudnya suasana kasih-sayang dan harmoni. Keadaan ini akan membina sebuah
masyarakat antarabangsa yang bertoleransi dan menghayati nilai-nilai
persaudaraan sejagat, saling tolong-menolong, bekerjasama dan sayang-
menyayangi antara satu sama lain. Hubungan antarabangsa akan wujud
berlandaskan semangat keadilan, memelihara kepentingan bersama,
menghormati perbezaan tamadun dan budaya, dan jujur dengan perjanjian
peringkat antarabangsa.

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan dasar luar, Ustaz al-Banna
menyebut:

Jika apa yang dimaksudkan dengan politik luar negara ialah menjaga
kemerdekaan dan kebebasan rakyat, menanamkan rasa harga diri, mengorak
langkah ke arah mencapai matlamat agung yang akan menempatkan rakyat
negara ini setanding dengan bangsa-bangsa lain atau negara-negara lain,
membebaskan rakyat daripada penjajahan dan campur tangan asing, menentukan
hubungan negara ini dengan negara lain serta hak-hak yang dimiliki oleh mereka,
membawa negara-negara di dunia ke arah kesejahteraan sejagat yang mereka
namakan sebagai undang-undang antarabangsa, maka semua ini telah diberikan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
280
perhatian sepenuhnya oleh Islam dan semuanya telah dihuraikan dengan sejelas-
jelasnya oleh Islam. Islam mewajibkan umat Islam supaya berpegang dengan
segala hukum-hakam yang ada hubungan dengan keamanan dan peperangan.
Mereka yang cuai dan mengabaikannya adalah orang yang jahil tentang Islam
atau terkeluar daripada Islam.

(BUAT MAHASISWA)

Jelas Ustaz al-Banna lagi:

Islam menegaskan kedudukan umat Islam sebagai pemimpin dan tonggak kepada
manusia dalam pelbagai ayat dalam al-Quran. Antaranya firman Allah Taala:

. ,> >> _!ll '!. `-l!, . _s l `. <!,

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) Ali Imran: 110

,l >l-> !L .l ls _!l

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) Al-Baqarah: 143

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi rasul-Nya serta
bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (maksud Al-Munafiqun: 8)

Al-Quran juga menegaskan kewibawaan umat ini dan menunjuk ajar mereka
cara memelihara umat ini agar mereka sentiasa berwaspada dengan ancaman
campur tangan asing dalam hal ehwal mereka. Firman Allah:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
281
!! _%! ` .. !L, _ > >l! !,> ! .s ,, '!.-,l
_ ! . '. !, `>l | . l1-. .! `
,> >,>

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang
bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak
akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka
sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka
pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih
besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-
keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! Kamu ini adalah
orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan
percayakan mereka), sedang mereka tidak suka kepada kamu Ali Imran: 118-
119

Al-Quran juga mengingatkan keburukan penjajahan dan kesan buruk terhadap
rakyat yang dijajah. Firman Allah Taala:

| ll | l> !. l-> s !l '! ,l l-

Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka
merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan
sedemikian itulah mereka akan lakukan. An-Naml: 34

(BUAT MAHASISWA)

Beliau menegaskan perlunya ketuanan ummah ini dipelihara dan menggariskan
syarat yang perlu dipenuhi:

Islam mewajibkan umat ini menjaga kepimpinan umat. Islam memerintahkan
mereka membuat persiapan dan melengkapkan kekuatan agar kebenaran dapat
dipelihara dengan kuasa, bukan hanya dengan cahaya hidayah.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan Al-Anfal: 60

Di samping itu, Islam juga tidak lupa untuk mengingatkan umatnya seperti yang
dinyatakan oleh surah an-Nasr dan sikap bongkak yang akan menyebabkan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
282
mereka mengenepikan keadilan dan hak-hak manusia. Oleh itu Islam
mengingatkan umatnya supaya tidak melakukan apa jua pencabulan, firman Allah:

> `!: ls l-. ls , 1.ll

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong
kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa Al-Maidah: 8

Dan juga mengingatkan mereka dengan firman Allah:

_%! | > _ `! l.l '. l ` `- l!, _s >l
< ,1s `

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan
segala urusan. Al-Hajj: 41

(BUAT MAHASISWA)

Seterusnya beliau menjelaskan haluan jihad dan syarat-syarat yang perlu
dimiliki oleh para pejuang. Menurut beliau:

Saudara, atas dasar ini kita dapat lihat generasi silam yang diredhai Allah sama
ada ahli-ahli masjid dan ibadat, penghafal kitab Allah malah ahli-ahli ribat dan
sufi tidak hanya berpada dengan kemerdekaan negara mereka atau kemegahan
bangsa mereka, sebaliknya mereka bertebaran ke seluruh muka bumi menakluk
negara dan menyebarkan ajaran Islam. Mereka akan memerdekakan bangsa-
bangsa lain supaya bangsa-bangsa ini juga merdeka seperti mereka. Mereka
memimpin bangsa-bangsa ini ke arah cahaya Allah yang telah memimpin mereka
selama ini. Mereka membawa bangsa-bangsa ini ke arah kesejahteraan di dunia
dan akhirat. Mereka tidak bertindak kejam atau khianat. Mereka tidak bersikap
biadap dan tidak memperhambakan manusia. Kerana sebagai manusia, mereka
dilahirkan oleh ibu mereka sebagai orang yang merdeka.

(BUAT MAHASISWA)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
283
Akhir sekali beliau memaparkan suatu contoh daripada seorang pejuang silam
yang gemilang:

Atas dasar ini, kita dapat lihat Uqbah bin Nafi yang mencecah lautan Atlantik
dengan kaki kudanya, berkata: Ya Allah, jikalau saya tahu di sebalik lautan ini
wujud daratan lain, saya akan ke sana untuk berjuang di jalan-Mu.

Ketika yang sama kita lihat anak-anak al-Abbas, anak pertama dikebumikan di
Taif berdekatan dengan Mekah, anak kedua dikebumikan di bumi Turki di Timur
Jauh, anak ketiga dikebumikan di Afrika di Barat Jauh. Semuanya berjihad di
jalan Allah mencari keredhaan-Nya. Inilah yang difahami oleh para sahabat dan
tabiin, bahawa politik luar negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam
sebenar.

(BUAT MAHASISWA)

Dengan ini, dasar luar dakwah (hubungan luar) mestilah berpandukan kepada
prinsip-prinsip berikut:

i. Memelihara kemerdekaan dan ketuanan ummah.

ii. Mengembalikan kedudukan ummah di tengah masyarakat dunia.

iii. Membebaskan ummah daripada cengkaman dan campurtangan asing.

iv. Menggariskan hubungan ummah dengan bangsa lain dengan menjelaskan hak-hak
ummah.

v. Memelihara hak-hak bukan Islam, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun
hak-hak dalam negara bagi minority bukan Islam.

(BUAT MAHASISWA DAN MENUJU SINAR CAHAYA)

2. Hubungan Luar

Kita akan bincangkan tajuk ini melalui tiga fasa berikut:

i. Hubungan antara negara-negara Arab (kesatuan Arab)

a. Asas hubungan

Ustaz al-Banna telah menjelaskan asas hubungan kita dengan pihak lain:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
284
Setelah anda memahami hakikat ini (moga anda diberikan kekuatan oleh Allah),
Ikhwan al-Muslimin melihat manusia terbahagi kepada dua golongan. Satu
golongan ialah golongan yang mempunyai keyakinan yang sama seperti mereka
iaitu meyakini agama Allah, kitab Allah dan meyakini utusan-Nya serta risalah
yang dibawa. Golongan ini mempunyai ikatan yang amat suci dengan kita iaitu
ikatan akidah yang kita anggap sebagai ikatan yang lebih suci daripada ikatan
darah dan bumi. Mereka adalah bangsa kita dan orang yang paling dekat dengan
kita. Kita merasa simpati dengan nasib mereka. Kita bekerja untuk kepentingan
mereka. Kita pertahankan mereka. Kita korbankan nyawa dan harta kita untuk
mereka walau di mana sahaja mereka berada dan apa sahaja asal-usul mereka.

Satu golongan lagi berbeza sama sekali. Kita tiada ikatan seperti ikatan ini
dengan mereka. Kita berdamai dengan mereka jika mereka berdamai dengan
kita. Kita juga berbaik dengan mereka jika mereka tidak bermusuh dengan kita.
Kita yakin hubungan di antara kita dengan mereka ialah hubungan dakwah.
Menjadi tanggungjawab kita menyeru mereka supaya bersama kita kerana apa
yang kita miliki ini adalah baik untuk seluruh bangsa manusia

!| `l >| >l.! _,, />>

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; Al-Hujurat:
10

'/>8 < _s _%! l l.1` _l `l /`> _ ` . L.1. ,l|
| < > _,L.1l !| `>9. < _s _%! l. _l `>> _
`L ls >>>| l.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu
daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana
agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta
membantu (orang lain) untuk mengusir kamu Al-Mumtahanah: 8-9

(DAKWAH KITA)

b. Kesatuan Arab
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
285

Seterusnya beliau menjelaskan fasa pertama dalam hubungan kita iaitu fasa
negara-negara Arab.

Di sini saya ingin ingatkan bahawa Ikhwan al-Muslimin mentakrif Arab
mengikut takrif Nabi s.a.w. yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Ibnu Kathir daripada Muaz bin Jabal r.a.:

Ketahuilah Arab itu adalah lisan, ketahuilah Arab itu adalah lisan (bahasa).

Dengan ini penyatuan bangsa Arab adalah perlu bagi mengembalikan
kegemilangan Islam, bagi menegakkan negara Islam dan mengukuhkan kuasa
Islam. Dengan ini juga setiap orang Islam perlu berusaha untuk mengembalikan
perpaduan Arab, berusaha membantu serta menyokong perpaduan ini. Ini adalah
pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung perpaduan Arab.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Beliau menjelaskan tentang kelebihan Arab dalam dakwah ini:

Nasionalisme Arab atau Liga Arab, istilah ini juga ada hubungan yang amat
ketara dengan dakwah kita. Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan
menjadi bangsa pilihan. Tepat sekali sabda Nabi s.a.w.:

Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah.

Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan
dibangunkan.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

ii. Hubungan antara negara-negara Islam (kesatuan Islam)

Ustaz al-Banna ketika menjelaskan hubungan antara negara-negara Islam
menyebut:

Kini saya perlu jelaskan pula pendirian kita tentang perpaduan umat Islam. Pada
hakikatnya selain sebagai suatu akidah, Islam juga menghapuskan jurang
keturunan sesama manusia. Allah Taala berfirman:

!| `l >| >l.! _,, />>

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
286
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara Al-Hujurat: 10

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain.

Orang-orang Islam akan sentiasa memelihara darah umat Islam yang lain. Umat
Islam akan sentiasa menjaga keselamatan umat Islam yang lain. Mereka akan
sentiasa saling bantu-membantu.

Dengan hakikat ini, Islam tidak menerima persempadanan geografi dan tidak
menerima diskriminasi berasaskan bangsa dan keturunan. Islam beranggapan
seluruh umat Islam sebagai satu bangsa dan bumi Islam sebagai satu negara,
walau sejauhmana sekalipun kedudukan dan sempadannya. Ikhwan al-Muslimin
menghormati perpaduan ini dan mengimani penyatuan ini. Ikhwan akan sentiasa
bekerja untuk menyatukan umat Islam dan memantapkan persaudaraan Islam.
Ikhwan al-Muslimin melaungkan bahawa negara mereka adalah setiap inci muka
bumi ini yang ada seorang muslim yang mengucapkan, tiada tuhan melainkan
Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.

Ada sesetengah pihak yang berkata fahaman ini bertentangan dengan arus
perdana dunia kini iaitu fahaman fanatik perkauman dan warna kulit. Dunia hari
ini dilanda arus perkauman. Bagaimana kamu akan melawan arus ini? Bagaimana
kamu akan menolak perkara yang telah diiktiraf oleh semua manusia ini?

Jawapannya, masyarakat dunia membuat kesilapan dan kesan kesilapan ini dapat
dirasakan apabila keharmonian bangsa manusia tergugat dan jiwa manusia
terseksa. Hakikat ini tidak perlu dinafikan lagi. Tugas doktor bukanlah melayan
pesakit tetapi sebaliknya merawat dan menunjukkan jalan yang betul. Inilah
tugas Islam dan tugas orang yang menghubungkan dakwah mereka dengan Islam.

Ada pula pihak yang berkata perkara ini mustahil. Segala usaha ke arah itu
adalah sia-sia dan tidak berhasil. Bagi mereka ini yang mahu bekerja untuk
perpaduan seluruh manusia, adalah lebih baik mereka bekerja untuk kepentingan
bangsanya dan berkhidmat untuk negaranya sahaja.

Jawapannya, kata-kata seperti ini adalah kata-kata orang yang lemah dan putus
asa. Kesemua bangsa ini sebelum ini memang ketinggalan dalam semua perkara;
dalam soal agama, bahasa, perasaan, harapan dan dukacita. Lalu Islam
menyatukan kesemua mereka. Islam menyatukan hati-hati manusia di bawah
satu kalimah. Kini Islam ini masih dalam keadaan asalnya, masih menurut garis
sempadannya. Jika ada di kalangan penganut Islam ini yang bangkit memikul
tanggungjawab dakwah ini dan menghidupkan Islam di dalam jiwa umat ini, sudah
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
287
tentu dia akan dapat menyatukan semula seluruh bangsa ini sepertimana yang
berlaku suatu ketika dahulu. Mengembalikan sesuatu lebih mudah daripada
memulakannya. Sejarah menjadi bukti paling kukuh menyokong hakikat ini.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Berdasarkan ucapan al-Banna ini jelas menggambarkan sejauhmana keyakinan
dan kepercayaan beliau terhadap gagasan penyatuan negara-negara Islam. Apatah lagi
penyatuan ini lebih mudah dicapai pada zaman ini berbanding pada zaman silam.

iii. Hubungan antarabangsa (kesatuan sedunia)

Di sini, Ustaz al-Banna menegaskan suatu hakikat iaitu hubungan antarabangsa
adalah matlamat teragung dakwah ini.

Semangat sejagat atau kemanusiaan pula adalah matlamat kita yang paling
utama dan menjadi kemuncak usaha pengislahan ini. Tidak syak lagi, dunia kini
sedang menuju ke arah ini. Penyatuan pelbagai bangsa, permuafakatan antara
pelagai ras dan bangsa, bangsa-bangsa yang lemah bersatu untuk mewujudkan
kuasa baru, bangsa-bangsa yang selama ini berpecah mula bersatu untuk
mengecapi nikmat perpaduan, semua ini membuka langkah untuk idea
kesejagatan ini bertapak malah bakal mengambil alih fahaman kebangsaan dan
perkauman yang dianuti oleh masyarakat manusia sebelum ini. Memang tidak
dinafikan mereka perlu menganut fahaman perkauman ini supaya unit-unit kecil
ini dapat bersatu, kemudian mereka perlu mengenepikannya supaya rnereka
boleh membentuk kelompok yang lebih besar. Dengan ini barulah mereka dapat
membina perpaduan mutlak.

Walaupun pelaksanaannya agak lambat namun segala perubahan ini pasti akan
berlaku. Oleh itu kita perlu jadikan perubahan ini sebagai matlamat dan fokus
utama kita. Kita akan turut sama menyumbang bata-bata bagi membina binaan
kemanusiaan ini. Walau bagaimanapun tidak semestinya kita yang akan
sempurnakan binaan ini kerana setiap orang telah ditetapkan ajalnya.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Beliau seterusnya menjelaskan pula kesan negatif akibat wujudnya fahaman
perkauman. Fahaman ini cuba dirawat oleh Islam dengan menggantikannya dengan
semangat kerjasama dan persaudaraan.

Walaupun hari ini dunia dipenuhi dengan pelbagai aliran dan sistem;
kebanyakannya berasaskan semangat fanatik perkauman yang sememangnya
mampu menarik perhatian dan simpati manusia. Namun pengalaman perit yang
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
288
telah dilalui oleh dunia akibat kuasa fanatik ini sudah cukup untuk membawa
manusia kembali ke pangkal jalan; kembali kepada semangat kerjasama dan
persaudaraan.

Islam telahpun menggariskan langkah-langkah ke arah ini untuk masyarakat
dunia ini. Oleh itu pada peringkat awal, Islam menyatukan akidah kemudian
menyatukan sistem dan tanggungjawab selepas itu. Islam menggemburkan
semangat yang suci dan menakjubkan ini dalam semua sudut kehidupan.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Akhir sekali, beliau menjelaskan perkara yang menjadi asas dalam membina
semangat kerjasama dan persaudaraan Islam di kalangan masyarakat sedunia.

Tuhan manusia ini satu, sumber agama ini satu, semua para nabi dianggap suci
dan dihormati, semua kitab langit dating daripada Allah, dan matlamat sebenar
ialah untuk menyatukan hati-hatu manusia.

_. >l _ _$! ! _. ., l> %! !> ,l| ! !. ., ,| _`
_.s ` _$! ..

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang
ia tetapkan hukumNya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan
yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang
telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa,
iaitu: Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau
berselisihan pada dasarnya Ash-Shura: 13

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

iv. Orde baru dunia

Ustaz al-Banna telah memetik pandangan beberapa pemimpin dunia pada zaman
beliau yang mengemukakan orde baru:

Para pemimpin dunia hari ini sering mengungkapkan istilah Orde Baru. Hitler
mahu membawa masyarakat dunia ke arah Orde Baru. Churchill pernah berkata
bahawa Britain akan memimpin masyarakat dunia berdasarkan Orde Baru.
Roosevelt pernah membayangkan dan mengalu-alukan Orde Baru ini. Semua
pihak bersetuju Orde Baru ini akan menyusun semula Eropah dan akan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
289
mengembalikan semula keamanan dan kesejahteraan Eropah. Namun apakah
nasib Timur dan umat Islam dalam Orde Baru ini?

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Semua pandangan ini tidak memberikan perspektif baru kerana idea sebenar
yang tersirat ialah penjajahan. Oleh kerana itulah semuanya menemui jalan buntu.
Hakikat ini dinyatakan oleh Ustaz al-Banna:

Kita mahu menarik perhatian para pemimpin Barat hakikat bahawa idea
penjajahan yang pernah gagal pada suatu ketika dahulu pasti akan menemui
kegagalan lebih besar pada masa akan datang. Jiwa dan sentimen masyarakat
dunia hari ini amat peka. Dasar memaksa dan menindas semenjak dahulu lagi
hanya membawa kesan negatif. Dasar ini telah gagal menguasai hati masyarakat
dunia hari ini apatah lagi pada masa hadapan.

Kaedah menipu, putar belit, muslihat politik walaupun adakalanya mampu
menenangkan keadaan namun ia tidak akan mampu bertahan selamanya. Jelas
kaedah ini membawa banyak keburukan, masalag dan krisis. Sudah tentu kaedah
yang sama tidak akan dapat merealisasikan segala impian pada masa akan
datang.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ustaz al-Banna seterusnya mengemukakan cadangan yang rasional iaitu perlunya
wujud dasar baru yang efisien untuk menerajui dunia dan membawa kemakmuran.
Menurut beliau:

Jadi kita memerlukan dasar baru iaitu dasar bekerjasama dan berganding bahu
secara jujur berlandaskan semangat persaudaraan, berkongsi kepentingan
material dan moral sebagai satu keluarga antara Timur dan Barat, bukan hanya
sesama negara-negara Eropah sahaja. Hanya dengan mengamalkan dasar ini
sahaja akan dapat menjamin kestabilan Orde Baru Dunia dan akan rnewujudkan
keamanan dan kesejahteraan di seluruh dunia.

Dasar kuku besi dan diktator sudah ketinggalan zaman Kita kemukakan teori
ini untuk perhatian para pimpinan British, Perancis dan negara-negara penjajah
lain sebagai nasihat yang lebih baik untuk kebaikan mereka daripada kebaikan
kita sendiri. Terserahlah jika mereka hendak menerimanya atau tidak. Kita
telahpun bertekad untuk hidup sebagai orang yang merdeka atau mati sebagai
orang yang bermaruah.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
290

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa dasar baru ini mampu mewujudkan semangat
kerjasama dan kemakmuran yang sebenar. Beliau tegaskan sekali lagi bahawa usaha
Barat pasti akan gagal:

Semoga dengan asas-asas yang adil ini dunia akan menikmati kerjasama yang
murni dan kesejahteraan yang berpanjangan. Irama demokrasi dan diktator
akan diubah kepada irama baru selepas peperangan ini. Selepas segala musibah
ini, demokrasi tidak akan wujud lagi di dunia ini sepertimana sekarang. Demikian
juga dengan sistem diktator yang pernah dikenali oleh manusia. Tidak akan
wujud lagi fahaman fasis atau komunis selepas ini. Sebaliknya akan muncul pula
sistem pemerintahan dan tatacara sosial baru yang akan diwujudkan oleh perang
ini dan oleh pemimpin dunia. Mereka sekali lagi akan mencuba sistem tersebut.
Begitulah ketentuan Allah dan sistem masyarakat manusia.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Akhirnya, beliau menganjurkan Islam sebagai penyelesaian yang membebaskan
manusia daripada kesengsaraan yang pernah dilalui

Alangkah baiknya, jika para pemimpin ini dapat menikmati pimpinan Allah.
Semoga tirai fanatik yang ada dalam hati, telinga dan mata mereka tersingkap.
Semoga mereka menerima Islam yang suci ini; agama yang meletakkan asas yang
terbaik sebagai landasan kepada segala dasar politik dan sosialnya. Semoga
dengan ini seluruh hati manusia bersatu dan kesatuan ini akan hanya dapat
dicapai melalui semangat tolak ansur atau toleransi yang dianjurkan oleh Islam.

l> < " '. _,, , < _,. . ,
l.l `>` _ lLl || l .|, ` || 1. 1.`.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad)
dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta
kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya)
Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang
terang-benderang dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan
mereka ke jalan yang lurus. Al-Maidah: 15-16

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
291
Dengan ini Ustaz al-Banna menekankan bahawa hubungan antarabangsa yang
mampu meneraju manusia dan membawa manusia ke arah hidup yang gemilang akan
hanya dapat dicapai dengan meletakkan Islam sebagai landasan kepada sistem politik,
sosial dan ekonomi di semua peringkat rantau Arab, Islam mahupun antarabangsa.















































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
292
Fasal 15
NILAI PERADABAN SEBUAH NEGARA


Mukadimah: Definisi Peradaban

Bahagian I: Mengembalikan Penampilan Umat Islam di Persada Dunia

Bahagian II: Merealisasikan Ketuanan dan Anjakan Peradaban









































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
293
Mukadimah
DEFINISI PERADABAN


Definisi Bahasa

Menurut kamus Lisan al-Arab, perkataan hadhara membawa makna hadir iaitu
kata lawan kepada ghaib. Hadharah pula bermakna kehadiran. Dengan berpandukan
asal-usul bahasa di mana hadhara bermakna hadir iaitu lawan kepada ghaib, saya cuba
mencari maksud perkataan ini menurut al-Quran. Saya dapati perkataan hadhara dalam
al-Quran membawa maksud hadir seperti:

| .> `> ,l

apabila seseorang dari kamu hampir mati Al-Baqarah: 180

| .> `.1l l` 1l .l _,.l

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim
serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu An-
Nisa: 8

_ `> :l

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya) Al-Baqarah: 185

Kesemua ayat ini membawa maksud hadir.

Pengertian Menurut Syarak

Perkataan syahadah dalam al-Quran membawa empat maksud yang saling
berkaitan dan merujuk kepada maksud peradaban atau syahadah dalam pengertian
Islam. Semua pengertian ini adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan kerana
jika dipisahkan ia akan mencacatkan apa yang ingin dimaksudkan. Setiap satu
pengertian ini menjadi sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan peradaban.
Dengan ini, tidak tepat untuk mengatakan setiap satu pengertian sudah cukup untuk
menggambarkan maksud sebuah peradaban. Malah semua pengertian ini perlu
dikemukakan serentak untuk membawa maksud yang satu. Pengertian tersebut ialah:

1. Syahadah bermakna pengesaan dan pengakuan tentang pengabdian kepada Allah.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
294

2. Syahadah bermakna melahirkan ucapan yang benar dan melalui jalan yang betul.

3. Syahadah bermakna pengorbanan dan menebus nyawa untuk Allah.

4. Syahadah bermakna tugas umat ini:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (maksud Al-
Baqarah: 143)

Umat Islam pada zaman awal telah memahami bahawa penampilan di hadapan
manusia bermakna umat ini mestilah memiliki kekuatan bertaraf dunia yang mampu
membebaskan manusia, memerintah dengan adil dan memelihara hak manusia untuk
memilih dan menentukan kehendak mereka membina sebuah masyarakat baru. Sebuah
masyarakat yang akan membebaskan manusia daripada menyembah manusia kepada
hanya menyembah Allah sahaja. Membebaskan manusia daripada kekejaman agama-
agama lain kepada keadilan Islam. Membebaskan manusia daripada kesempitan hidup di
dunia kepada kesenangan di dunia dan akhirat.

Definisi Menurut Istilah

Berpandukan kepada keempat-empat pengertian tadi, peradaban membawa
maksud kehadiran atau penampilan menyeluruh yang akan melahirkan manusia contoh
seterusnya menerap dan meneraju menurut nilai keesaan dan ketuhanan Allah. Ibarat
dimensi tersembunyi yang tertakluk kepada keesaan pencipta, penggubal undang-
undang dan penentu perjalanan alam ini. Dengan ini bermakna manusia merupakan wakil
Pencipta alam untuk memakmurkan bumi, memudahkan kehidupan manusia, mewujudkan
penguasaan mutlak, memanfaatkan kekayaan bumi, menjalin hubungan baik antara
elemen-elemen yang mempengaruhi perjalanan alam ini.

Manusia Contoh (tonggak peradaban)

Kini kita memahami bahawa intipati kepada peradaban dalam Islam ialah
kehadiran dan penampilan. Sudah tentu apa yang dimaksudkan dengan peradaban di sini
ialah kehadiran Islam di alam ini. Namun ini tidak bermakna ia suatu contoh yang
menampilkan keseluruhan pengalaman dan aliran pemikiran lain. Malahan setiap
pengalaman dan aliran ini mempunyai penampilan tersendiri, yang berbeza hanyalah
dekat atau jauhnya dengan penampilan Islam. Berdasarkan konteks ini peradaban
bermaksud penampilan mutlak iaitu tabiat atau bentuk penampilan apa jua pengalaman
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
295
manusia yang berjaya melahirkan manusia contoh yang melengkapi segala aspek. Ia
adalah suatu contoh yang diketengahkan untuk diikuti oleh manusia lain dan bergerak
mengikut sistem atas dasar ia adalah manusia contoh yang paling layak diteladani.

Ini bermakna peringkat penampilan merupakan suatu peringkat ke hadapan bagi
sesebuah masyarakat. Ini kerana kebanyakan masyarakat manusia merasa selesa
sekadar kewujudan mereka dirasai walaupun tanpa penampilan (demikian menurut Malik
bin Nabi). Sesebuah masyarakat (apa jua masyarakat) sudah semestinya memiliki
sistem nilai, kepercayaan, cara fikir dan tatasusila tersendiri (psikologi). Demikian
juga dengan hasil rekaan, perkakasan, institusi, seni bina, seni kemahiran, kaedah
produktiviti dan cara hidup yang tersendiri (material). Kedua-dua identiti ini bermakna
masyarakat tersebut telah mencapai suatu tahap pembangunan iaitu memakmurkan
bumi dan membina manusia contoh. Namun itu tidak bermakna ia memiliki sebuah
peradaban. Dengan hanya memiliki pembangunan, ia sekadar menunjukkan kewujudan
mereka sepertimana yang berlaku pada tamadun China. Ini kerana penampilan
memerlukan lebih sekadar pembangunan, sebaliknya ia merupakan keupayaan
mengemukakan suatu contoh sebagai ikutan kepada bangsa manusia. Dengan kata lain,
ia membina hubungan dengan seluruh bangsa manusia dan alam ciptaan Allah. Ia
merupakan suatu generasi contoh yang akan menjadi ikutan ataupun harapan tanpa
perlu melihat kepada isinya.

Aspek Politik Sebuah Peradaban

Tanpa mengenepikan nilai-nilai baik yamg ada dalam konsep peradaban,
peradaban mungkin dalam ertikata ini membawa implikasi yang tidak baik, memusnah
atau tidak selari dengan kehidupan manusia. Namun demikian tidak salah untuk
meletakkan istilah peradaban untuk tujuan tersebut selagimana ia memiliki kesemua
aspek berikut:

i. Wujud jalinan akidah yang menggariskan bentuk hubungan dengan alam ghaib
dan konsep ketuhanan sama ada positif atau negatif.

ii. Wujud etika akhlak dalam masyarakat yang menjadi kayu ukur kepada nilai-nilai
akhlak dan budaya.

iii. Wujud keupayaan material seperti rekaan, teknologi, institusi, sistem,
infrastruktur, seni dan segala aspek material yang lain.

iv. Wujud garis panduan tentang hubungan dengan alam semesta.

v. Wujud garis panduan, dasar dan kaedah berinteraksi dalam hubungan sesama
bangsa manusia, iaitu komuniti manusia yang lain. Di samping wujud kaedah yang
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
296
digunakan untuk menampilkan sesuatu contoh dan matlamat penampilan
tersebut.

Dengan ini kita dapat mengenalpasti dan menilai sesuatu pengalaman manusia
berdasarkan sejauhmana ia memenuhi konsep peradaban. Dengan kata lain sejauhmana
ia melangkah melebihi tahap kewujudan kepada tahap penampilan. Bagi mengenalpasti
dan menilai peradaban Barat, kita mestilah mengkaji peradaban itu berpandukan
kesemua aspek tadi. Dengan itu barulah kita dapat kenalpasti sejauhmana contoh yang
telah dikemukakan oleh peradaban ini kepada bangsa manusia. Adakah ia layak untuk
menjadi ikutan atau tidak? Aspek ini juga boleh digunakan bagi menilai pengalaman
manusia yang lain. Dengan ini juga jelas kepada kita bahawa pada dasarnya tidak
mungkin wujud sebuah peradaban yang dapat memberikan pelbagai sumbangan
melainkan ia merupakan sebuah peradaban yang terbaik. Dengan itu bangsa-bangsa lain
sedia mengenepikan segala warisan dan imej mereka, sebaliknya mengambil sepenuhnya
peradaban ini. Di samping itu persaingan atau pertembungan antara peradaban
merupakan suatu yang rasional kesan kewujudan manusia itu sendiri kerana
pertembungan adalah sunnah Allah.

_ .. _l> ,.l _ l.> ..l />l

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan
kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu
dan warna kulit kamu Ar-Rum: 22

Dalam masa yang sama kita juga tidak boleh menetapkan bahawa semua
peradaban ini telah merangkumi segala contoh yang agung untuk manusia. Istilah
peradaban sebenarnya bukan mencerminkan baik atau buruk sesuatu perkara.
Sebaliknya istilah ini bergantung mengikut bentuk penampilan yang dikemukakan.

















PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
297
Bahagian I
A. MENGEMBALIKAN PENAMPILAN UMAT ISLAM DI PERSADA DUNIA
(KEWUJUDAN KHALIFAH)


1. Syarat-syarat

Sebagai sebahagian daripada proses pembinaan sebuah negara contoh, Ustaz al-
Banna menegaskan ia akan hanya dicapai setelah negara-negara Islam dibebaskan:

Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara
memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah
kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara
mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan
lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.

Menjadi tonggak dunia (ustaziatul alam) dengan cara menyebarkan Islam ke
seluruh pelusuk dunia.

_.> >. . _$! `&# <

Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu
seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata Al-Anfal: 39

! < | .`

Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya
At-Taubah: 32

(RISALAH TAALIM)

2. Definisi Khalifah

Bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan khalifah dalam Islam, Ustaz al-
Banna menyebut:

Ikhwan meyakini bahawa khilafah adalah simbol perpaduan Islam dan lambang
wujudnya ikatan antara semua bangsa Islam. Khilafah adalah syiar Islam yang
perlu difikir dan ditekankan oleh umat Islam. Khilafah menjadi penentu kepada
pelaksanaan banyak hukum dalam agama Allah. Oleh itu para sahabat yang
diredhai Allah menekankan aspek ini lebih daripada persiapan dan pengebumian
jenazah Nabi s.a.w.. Mereka memastikan masalah ini selesai terlebih dahulu
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
298

Atas dasar ini Ikhwan al-Muslimin meletakkan khilafah dan usaha ke arah
mengembalikan khilafah sebagai agenda utama mereka. Namun demikian Ikhwan
yakin semua itu memerlukan kepada pelbagai langkah awal

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan ini bermakna khalifah menurut Ustaz al-Banna merujuk kepada maksud
berikut:

i. Khalifah adalah simbol perpaduan umat Islam.

ii. Khalifah merupakan perantara antara sesama umat Islam.

iii. Khalifah adalah syiar Islam yang perlu diberikan perhatian.

iv. Khalifah merupakan syarat pelaksanaan pelbagai hukum dalam agama Islam.

3. Proses Ke arah Mengembalikan Khalifah

Ustaz al-Banna melihat beberapa syarat perlu dipenuhi untuk mengembalikan
khalifah:

Perlu wujud persefahaman penuh dalam soal ilmu pengetahuan, sosial dan
ekonomi di kalangan seluruh bangsa Islam. Ini diikuti dengan wujudnya
perjanjian-perjanjian, perjumpaaan-perjumpaan dan persidangan-persidangan
antara kesemua Negara Islam. Persidangan parlimen Islam berhubung isu
Palestin dan kehadiran wakil-wakil kerajaan Islam ke London untuk menuntut
hak-hak orang Arab di tanah suci Palestin merupakan dua contoh dan langkah
yang baik serta berkesan ke arah ini. Langkah ini diikuti pula dengan
pembentukan sebuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Islam. Apabila ini berlaku umat
Islam akan dapat melahirkan seorang pemerintah (imam) yang akan menjadi
perantara kepada ikatan tersebut, penyatu kepada segala kekuatan, penghubung
hati dan naungan Allah di muka bumi.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan ini bermakna menurut pandangan Ustaz al-Banna langkah awal ke arah
mewujudkan khalifah ialah:

i. Kerjasama ilmu.

ii. Kerjasama sosial.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
299

iii. Kerjasama ekonomi.

iv. Perjanjian dan persefahaman.

v. Perhimpunan dan persidangan.

vi. Persidangan parlimen negara-negara Islam.

vii. Pilihanraya memilih khalifah.


B. ORDE BARU DUNIA


1. Gagasan Dunia Merupakan Kemuncak Agenda

Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa dunia atau seluruh manusia merupakan
matlamat akhir bagi mencapai perpaduan mutlak:

Semangat sejagat atau kemanusiaan pula adalah matlamat kita yang paling
utama dan menjadi kemuncak usaha pengislahan ini. Tidak syak lagi, dunia kini
sedang menuju ke arah ini. Penyatuan pelbagai bangsa, permuafakatan antara
pelbagai ras dan bangsa, bangsa-bangsa yang lemah bersatu untuk mewujudkan
kuasa baru, bangsa-bangsa yang selama ini berpecah mula bersatu untuk
mengecapi nikmat perpaduan, semua ini membuka langkah untuk idea
kesejagatan ini bertapak malah bakal mengambil alih fahaman kebangsaan dan
perkauman yang dianuti oleh masyarakat manusia sebelum ini. Memang tidak
dinafikan mereka perlu menganut fahaman perkauman ini supaya unit-unit kecil
ini dapat bersatu, kemudian mereka perlu mengenepikannya supaya mereka
boleh membentuk kelompok yang lebih besar. Dengan ini barulah mereka dapat
membina perpaduan mutlak. Walaupun pelaksanaannya agak lambat, namun
segala perubahan ini pasti akan berlaku. Oleh itu kita perlu jadikan perubahan
ini sebagai suatu matlamat dan fokus utama kita. Kita akan turut sama
menyumbang batu-bata bagi membina binaan kemanusiaan ini. Walau
bagaimanapun tidak semestinya kita yang akan sempurnakan binaan ini kerana
setiap orang telah ditetapkan ajalnya.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

2. Sembilan Perkara Asas yang Merujuk kepada Nilai Sedunia atau Orde Dunia

i. Ciri utama dakwah ialah ia bersifat sejagat.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
300

ii. Mewujudkan semangat persaudaraan sejagat.

iii. Memberi sumbangan terhadap keamanan dunia dan pembentukan semangat
persaudaraan sejagat.

iv. Menghormati undang-undang dunia ketika aman dan perang.

v. Perjanjian bagi menjaga hak-hak antarabangsa (piagam antarabangsa)

vi. Setia dengan perjanjian dan menunaikan tanggungjawab.

vii. Memberi layanan yang baik kepada semua warganegara walaupun berbeza
akidah.

viii. Mengharamkan diskriminasi perkauman dan fanatik kepuakan.

ix. Menjadikan dasar bekerjasama dan persefahaman yang jujur sebagai
landasan.

Saya akan bincangkan setiap asas ini berpandukan pandangan Ustaz al-Banna:

i. Ciri utama dakwah ialah ia bersifat sejagat

Ustaz al-Banna telah menegaskan asas ini, menurut beliau:

Dakwah ini bersifat sejagat kerana dakwah ini ditujukan kepada seluruh
manusia atas dasar semua manusia adalah saudara. Mereka berasal daripada
asal-usul yang sama, bapa mereka sama dan keturunan mereka sama. Kemuliaan
mereka hanya berdasarkan kepada ketakwaan serta amal kebajikan yang mereka
sumbangkan kepada bangsa manusia.

!! '_!l 1. `>, %! />1l> _ _ > _l> !. !> , !. l> ,.
!. 1. < %! l!.. ., l> | < l >l. !,

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
301
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. An-Nisa: 1

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

ii. Mewujudkan semangat persaudaraan sejagat

Ustaz al-Banna menjelaskan perkara ini:

Islam muncul dengan mengemukakan kepada seluruh dunia prinsip-prinsip yang
paling adil, undang-undang tuhan yang paling tepat, mengangkat darjat manusia,
mengagungkan konsep persaudaraan manusia sejagat.

(RISALAH KAWASAN)

iii. Memberi sumbangan terhadap keamanan dunia dan pembentukan semangat
persaudaraan sejagat

Beliau menjelaskan matlamat dakwah di peringkat dunia:

Ikhwan yang dikasihi, menjadi sebahagian sifat gerakan kamu ialah memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dunia, membina sebuah kehidupan baru yang
menonjolkan keindahan agama kamu, keagungan prinsip dan ajaran Islam kepada
manusia. Kamu hulurkan kepada mereka setelah kepahitan yang mereka lalui
akibat hidup di dalam dunia materialistik dan teknologi yang kaku ini.

(RISALAH KAWASAN)

iv. Menghormati undang-undang dunia ketika aman dan perang

Perkara ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

Politik luar negara membawa negara-negara di dunia ke arah kesejahteraan
sejagat yang mereka namakan sebagai undang-undang antarabangsa semua ini
telah diberikan perhatian sepenuhnya oleh Islam dan semuanya telah dihuraikan
dengan sejelas-jelasnya oleh Islam. Islam mewajibkan umat Islam supaya
berpegang dengan segala hukum-hakam yang ada hubungan dengan keamanan dan
peperangan. Mereka yang cuai dan mengabaikannya adalah orang yang jahil
tentang Islam atau terkeluar daripada Islam.

(BUAT MAHASISWA)

v. Perjanjian bagi menjaga hak-hak antarabangsa (piagam antarabangsa)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
302

Mengenai hak-hak manusia, Ustaz al-Banna menyebut:

Politik Islam, dalam dan luar negara menjamin sepenuhnya hak-hak bukan
Islam, baik hak-hak antarabangsa mahupun hak-hak dalam negara seperti hak-
hak minoriti bukan Islam. Ini kerana kejujuran Islam di peringkat hubungan
antarabangsa tidak dapat ditandingi di sepanjang sejarah. Firman Allah:

!| ! _ !> ,! `l| ls | < > _,!'

Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang
mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada
mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang khianat. Al-Anfal: 58

| _%! .s _ _,:l . l .1 !: l `L` >l. > .! l|
`s || :` | < > _,1.l

Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-
orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun,
dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka
sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. At-Taubah: 4

| >> l.ll _>! ! . ls < | _.l `l-l

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau
juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah.
Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Al-Anfal: 61

(BUAT MAHASISWA)

vi. Setia dengan perjanjian dan menunaikan tanggungjawab

Menurut Ustaz al-Banna:

Jadi para pemimpin negara tersebut perlu memahami bahawa penghormatan
Islam kepada masyarakat antarabangsa adalah yang paling suci dalam sejarah
manusia. Dasar-dasar antarabangsa yang telah diletakkan oleh Islam bagi
memelihara kehormatan ini merupakan dasar-dasar yang paling mantap. Islam
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
303
sendiri menegaskan pentingnya soal memelihara perjanjian dan melaksanakan
segala kehendak perjanjian.

-l!, | -l l `.

Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. Al-Israa: 34

| _%! .s _ _,:l . l .1 !: l `L` >l. > .! l|
`s || :` | < > _,1.l

Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-
orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun,
dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka
sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. At-Taubah: 4

! 1.` >l 1.`!

Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku
lurus pula terhadap mereka; At-Taubah: 7

Islam juga menegaskan perlunya memberikan layanan baik kepada pelarian yang
mencari perlindungan.

| > _ _,:l !>.` >! _.> _`. l < . -l, !

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk
memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat
mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian
hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman At-Taubah: 6

(MENUJU SINAR CAHAYA)

vii. Memberi layanan yang baik kepada semua warganegara walaupun berbeza
akidah

Ustaz al-Banna menyebut:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
304
Mereka yang menyangka Ikhwan al-Muslimin membawa kepada perpecahan
etnik sebenarnya silap. Kami memahami Islam amat mengambil berat soal
menghormati hubungan sesama manusia. Ini dinyatakan dalam firman Allah:

!! '_!l !| />1l> _ _. >l-> !,`-: !, !-.l

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain) Al-Hujurat: 13

Islam mengharamkan sebarang bentuk pencabulan walaupun dalam keadaan
marah dan ketika bertelingkah. Firman Allah:

> `!: ls l-. ls , 1.ll

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong
kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa Al-Maidah: 8

Islam mewajibkan wujudnya hubungan baik dan ehsan antara sesama masyarakat
walaupun mereka berlainan akidah dan agama.

'/>8 < _s _%! l l.1` _l `l /`> _ `. L.1. ,l|

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Al-Mumtahanah: 8

(BUAT PEMUDA)

viii. Mengharamkan diskriminasi perkauman dan fanatik kepuakan

Kata Ustaz al-Banna:

Kita tidak menerima semangat perkauman dan kita juga tidak akan meniupkan
semangat perkauman berteraskan kaum dan warna kulit. Sebaliknya kita akan
mengajak manusia ke arah semangat persaudaraan yang sejati sesama seluruh
bangsa manusia.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
305

ix. Menjadikan dasar bekerjasama dan persefahaman yang jujur sebagai
landasan

Kata Ustaz al-Banna:

Jadi kita memerlukan dasar baru iaitu dasar bekerjasama dan berganding bahu
secara jujur berlandaskan semangat persaudaraan

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

3. Fahaman Barat tentang Konsep Sejagat dan Orde Baru Dunia

Ustaz al-Banna pernah menjelaskan apa yang selalu diutarakan oleh pemimpin
pada zaman beliau mengenai orde baru.

Menurut beliau:

Para pemimpin dunia hari ini sering mengungkapkan istilah Orde Baru. Hitler
mahu membawa masyarakat dunia ke arah Orde Baru. Churchill pernah berkata
bahawa Britain akan memimpin masyarakat dunia berdasarkan Orde Baru.
Roosevelt pernah membayangkan dan mengalu-alukan Orde Baru ini. Semua
pihak bersetuju Orde Baru ini akan menyusun semula Eropah dan akan
mengembalikan semula keamanan dan kesejahteraan Eropah. Namun apakah
nasib Timur dan umat Islam dalam Orde Baru ini?

Kita mahu menarik perhatian para pemimpin Barat hakikat bahawa idea
penjajahan yang pernah gagal pada suatu ketika dahulu pasti akan menemui
kegagalan lebih besar pada masa akan datang. Jiwa dan sentimen masyarakat
dunia hari ini amat peka. Dasar memaksa dan menindas semenjak dahulu lagi
hanya membawa kesan negatif. Dasar ini telah gagal menguasai hati masyarakat
dunia hari ini apatah lagi pada masa hadapan.

Kaedah menipu, putar belit, muslihat politik walaupun adakalanya mampu
menenangkan keadaan, namun ia tidak akan mampu bertahan selamanya. Jelas
kaedah ini membawa banyak keburukan, masalah dan krisis. Sudah tentu kaedah
yang sama tidak akan dapat merealisasikan segala impian pada masa akan
datang.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

4. Kita Mahukan Orde Baru Dunia Berteraskan Keadilan

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
306
Akhir sekali beliau menjelaskan perkara asas bagi menjadikan orde baru dunia
ini bersifat adil. Beliau berkata:

Jadi kita memerlukan dasar baru iaitu dasar bekerjasama dan berganding bahu
secara jujur berlandaskan semangat persaudaraan, berkongsi kepentingan
material dan moral sebagai satu keluarga antara Timur dan Barat, bukan hanya
sesama negara-negara Eropah sahaja. Hanya dengan mengamalkan dasar ini
sahaja akan dapat menjamin kestabilan Orde Baru Dunia dan akan mewujudkan
keamanan dan kesejahteraan di seluruh dunia.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)







































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
307
Bahagian II
MEREALISASIKAN KETUANAN DAN ANJAKAN PERADABAN


1. Mewujudkan Ketuanan Dunia

i. Ketuanan adalah sebahagian agenda kita

Ustaz al-Banna telah menjelaskan bahawa ketuanan merupakan sebahagian
daripada agenda kita:

Dalam masa yang sama Islam meletakkan umat Islam sebagai pemegang amanah
risalah Allah di muka bumi ini. Di dunia ini, umat Islam berada pada tahap
ustaziah atau pemimpin (saya tidak katakan sebagai ketua) kerana amanah yang
diberikan ini. Kedudukan ini tidak membenarkan mereka menghina sesiapa atau
memperhambakan sesiapa atau menundukkan diri kepada perampas dan
penceroboh.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAMI)

ii. Membina peradaban dan memelihara identiti

Menyentuh mengenai perlunya menghidupkan semula peradaban, Ustaz al-Banna
menyebut:

Kita ditakdirkan lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai
bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup.
Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.

Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang
sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang bertanggungjawab
memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-
anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan
kita serta menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Bagi menegaskan hakikat ini Ustaz al-Banna menyifatkan pendokong dakwah
sebagai orang asing:

Saya mahu kamu memahami dengan jelas kedudukan kamu di celah-celah
masyarakat dunia hari ini. Apakah perbezaan dakwah kamu dengan dakwah yang
lain? Apakah jamaah kamu ini? Apakah tujuan Allah menggabungkan kamu dan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
308
menyatukan hati kamu? Kenapa Allah mengenengahkan gagasan kamu di saat
dunia begitu mengharapkan keamanan dan kesejahteraan.

Saudara, ingatlah baik-baik! Kamu adalah orang asing yang mengajak ke arah
kebaikan ketika nilai kemanusiaan sedang hancur luluh. Kamu adalah pemikiran
baru. Allah mahu dengan kewujudan kamu ini, kamu akan dapat rnemisahkan
manusia kepada dua pihak; pihak yang benar dan pihak yang salah

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya.
(maksud Yusuf: 21)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Mengenai kedudukan Timur sebagai tempat lahirnya tamadun dan para rasul,
Ustaz al-Banna menyebut:

Timur yang diletakkan sebagai perosak ini sebenarnya adalah sumber kepada
segala tamadun dan tempat turunnya para rasul. Timur inilah yang melimpahkan
segala tamadun kepada Barat. Hakikat ini tidak mungkin dapat dinafikan kecuali
oleh orang yang benar-benar angkuh. Segala dakwaan yang tidak benar seperti
ini sebenarnya hasil daripada jiwa manusia yang tertipu dan jiwa seperti ini
tidak mungkin mampu menjadi asas kepada apa jua pembangunan atau
peradaban.

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Dengan ini Ustaz al-Banna tegaskan bahawa konsep ketuanan umat Islam adalah
berasas. Malah konsep ini berlandaskan Islam yang agung. Dengan ini para penganutnya
secara langsung merupakan pendokong pemikiran baru yang Allah mahu jadikan sebagai
pemisah antara kebenaran dan kepalsuan.

2. Persediaan untuk Melakukan Anjakan Tamadun

i. Anjakan sebagai sunnah alam

Allah berfirman:

l _ < _!l .-, _-,, ,.l

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka)
dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah
bumi ini; Al-Baqarah: 251
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
309

Pertembungan antara pihak yang benar dan salah bermakna terhapusnya salah
satu pihak secara kekerasan ketika perlu. Firman Allah Taala:

l _ < _!l .-, _-,, _. _, ,l. >. `` !, `` <
,:

Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang
pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat
pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang
(kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut
nama Allah banyak-banyak padanya Al-Haj: 40

,l ,. < _>l L,l !! ,l !`> ! ! _ _!l >
_

Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar
dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang,
manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di
bumi Ar-Rad: 17

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka
(mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka mampu. (Al-Baqarah:
217)

Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Dia
menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyu-Nya dan keputusan-Nya.
(Ash-Shura: 24)

Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia
menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. (Al-Anbiya:
18)

Perlu dinyatakan di sini bahawa pertarungan, pertembungan, persilihan atau
pertukaran tamadun merupakan sunnah alam yang telah ditetapkan oleh Allah dan
tidak akan berubah. Malahan ia juga adalah sunnah manusia. Sebagai manusia, tiada
siapa yang terlepas daripada pertarungan dan pertembungan dalaman untuk memilih
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
310
antara kebaikan dan kejahatan. Oleh itu pertarungan dan pertembungan adalah norma
hidup, ia merupakan petanda berlakunya pertumbuhan dan pertambahan, petanda
wujudnya kehidupan dan kelangsungan. Bermula daripada satu sel sehingga lahirnya
suatu kehidupan. Fenomena ini adalah penjana hidup dan penghubung sejarah manusia.
Ia berlaku dalam pelbagai bentuk seperti dialog, bertukar fikiran, bertukar ilmu,
berdebat, berperang, berhadapan, bersaing, berlumba, berlawan. Semua ini adalah
fenomena dan semua ini adalah pertarungan. Ia mungkin dilakukan dengan cara yang
dibenarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang bukan ciptaan manusia.
Ia juga mungkin dilakukan dengan cara yang tidak dibenarkan. Semua ini termasuk
dalam ertikata pertembungan tamadun. Pertarungan antara kebaikan dan kejahatan,
keadilan dan kezaliman, kasih dan hasad, kemaafan dan dendam, sifat pemurah dan
sifat tamak, hak dan batil. Dalam ertikata lain, pertarungan antara kebenaran dan
kejahatan akan hanya berakhir apabila berakhirnya hayat manusia.

Manusia yang memahami budaya pertembungan dan pertarungan dari segala
sudut, dari segi ruang lingkup, senjata dan perjalanannya akan mampu menggunakannya
dengan baik, mampu memahami kesannya serta mampu campur tangan dan memperguna
sesuatu sunnah untuk mengatasi sunnah yang lain, memperguna sesuatu takdir untuk
mengatasi takdir yang lain. Manusia ini akan memiliki keupayaan untuk bergerak dalam
semua keadaan dan mewujud serta mengembangkan segala lapangan.

ii. Kesediaan untuk berjuang dan bertarung

Di sini Ustaz al-Banna menegaskan soal pertembungan ini:

Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah
bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah
bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini,
bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau
bergantung hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu
mempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.
Pertembungan yang hebat antara hak dan batil.

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

iii. Kesan pertembungan

Seterusnya Ustaz al-Banna mengutarakan suatu hakikat Islam dan suatu natijah
iman:

Nabi melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka mengimani
kebenaran ini dan merasa bangga kerana turut bersamanya, Allah sentiasa
bersama mereka untuk membantu, membimbing, menolong, menyokong dan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
311
menghulurkan segala pertolongan ketika orang lain menjauhkan diri daripada
mereka. Allah akan menyelamatkan mereka di kala mereka amat-amat
memerlukan pertolongan. Allah bersama mereka di mana jua mereka berada.
Jika Allah tidak utuskan bantuan tentera dari bumi nescaya Allah akan turunkan
tentera dari langit. Para sahabat sering membaca nilai-nilai ini dengan jelas
dalam Kitab Allah.

| _ < !.` _ '!: _ .!,s ,1-l _,1.ll

Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa. Al-Araf: 128

_ !. !,s >l.l

Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh. Al-
Anbiya: 105

.l < _ . | < 1l s

Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya
(agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Al-Haj: 40

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap
mengalahkan (golongan yang menentang). (Al-Mujadalah: 21)

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya,
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf: 21)

(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
menyertai kamu (membeli pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang
yang beriman. (Al-Anfal: 12)

Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang
yang beriman. (Ar-Rum: 47)

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang
tertindas di negeri itu. (Al-Qasas: 5)

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
312
(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Ustaz al-Banna menegaskan di sini bahawa di sana wujud budaya pertembungan
tamadun dan kemenangan akhirnya akan berpihak kepada pihak yang benar. Allah
menguasai segala urusannya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.














































PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
313
PENUTUP


Sebagai penutup kepada usaha awal ini yang cuba untuk menyelami pemikiran
Ustaz al-Banna berhubung perkara asas yang perlu ada dalam agenda kebangkitan
ummah, walaupun tidak menyeluruh dan terhad kepada beberapa petikan, saya
merasakan adalah lebih baik dan lebih lengkap jika saya muatkan di sini risalah,
Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran.

Ucapan Imam Syahid Hasan al-Banna

Bingkisan silam yang utuh dan membara buat masakini yang muda dan keliru

Persediaan masakini yang marak untuk masa depan yang gemilang

Wahai pemuda wahai pencari sinar kehidupan

Mereka yang rindu untuk membantu agama Allah

Wahai mereka yang menyerahkan jiwa raganya di hadapan Allah

Di sinilah jalan hidayah dan petunjuk

Di sinilah jalan hikmah dan betul

Di sinilah tempat untuk merasai lazatnya sebuah pengorbanan dan jihad

Segeralah bersama angkatan tentera yang melangkah senyap

Marilah beramal di bawah panji pemimpin para nabi

Bergabunglah bersama angkatan Ikhwan al-Muslimin

Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah agama itu seluruhnya bagi Allah
semata-mata.

Al-Ikhwan al-Muslimin

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam untuk pemimpin kita, Muhammad, kaum
keluarganya serta para sahabatnya. Saya ucapkan ucapan Islam yang berkat dan suci
iaitu Assalamualaikum Wa RahmatulLahi Wa Barakatuh.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
314

Wahai Ikhwan al-Muslimin,

Wahai seluruh manusia,

Di tengah riuh rendah dengan diselubungi pelbagai peristiwa yang menyedihkan
pada zaman yang gelap gelita ini, di tengah arus deras yang dibawa oleh pelbagai
ideologi yang berkumandang di seluruh alam, membawa gelombang yang
menenggelamkan seluruh alam, diulit dengan segala impian, janji dan gaya yang
mempesona dan mengasyikkan,

Kami Ikhwan al-Muslimin mengemukakan dakwah kami dengan

Tenang, tetapi amat kencang lebih kencang daripada angina taufan

Merendah diri, tetapi teguh lebih teguh daripada gunung

Terbatas, tetapi luas lebih luas daripada sempadan bumi ini

Tidak berselindung di sebalik imej dan gaya yang palsu sebaliknya diserikan dengan
nada kebenaran, keindahan wahyu dan peliharaan Allah.

Tidak dicemari oleh kerakusan, ketamakan, kepentingan dan impian peribadi.
Sebaliknya dakwah ini menjanjikan orang-orang yang mengimaninya dan jujur beramal
bahawa mereka akan beroleh kekuasaan di dunia ini dan syurga di akhirat kelak.

Menyorot Kembali Dakwah Pertama

Wahai Ikhwan al-Muslimin,

Wahai seluruh manusia,

Dengarlah gema suara yang pernah dikumandangkan oleh pendakwah pertama
suatu ketika dahulu dan masih terdengar sehingga hari ini:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran
(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-
Nya! (Al-Muddaththir: 1-3)

Bersama mengungkapkan suatu formula:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
315
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan
kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan
tentangan kaum kafir musyrik itu. (Al-Hijr: 94)

Laungan ini ditujukan untuk seluruh manusia:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku
adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai
langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang
menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya; Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-
Nya (Kitab-kitab-Nya), dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk.
(Al-Araf: 158)

Jauhnya Kita dari Ajaran Islam

Wahai Ikhwan al-Muslimin,

Wahai seluruh manusia,

Allah telah mengutuskan untuk kamu seorang pemimpin dan Dia gubalkan suatu
sistem untuk kamu. Dia gariskan segala undang-undang dan Dia turunkan sebuah kitab.
Dia halalkan yang halal dan Dia haramkan yang haram. Dia bimbing kamu ke arah yang
baik untuk kamu dan kebahagiaan kamu. Dia pimpin kamu ke arah jalan yang betul.
Namun adakah kamu mengikut pemimpin yang dilantik oleh-Nya? Adakah kamu hormati
sistemNya? Adakah kamu laksanakan undang-undang-Nya? Adakah kamu sanjungi
kitab-Nya? Adakah kamu halalkan apa yang dihalalkan-Nya dan kamu haramkan apa
yang diharamkan-Nya?

Jawablah dengan terus terang dan kamu akan lihat kenyataannya di hadapan
mata kamu. Semua sistem yang kamu guna pakai dalam seluruh urusan hidup kamu
adalah sistem yang diikut secara membuta tuli tanpa ada kaitan langsung dengan Islam.
Tidak bersumberkan Islam dan tidak berpandukan ajaran Islam.

Sistem politik dalam negara.

Sistem hubungan antarabangsa.

Sistem kehakiman.

Sistem pertahanan dan ketenteraan.

Sistem kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh negara dan individu.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
316

Sistem pendidikan dan kebudayaan.

Malah sistem keluarga dan rumah tangga.

Termasuklah sistem yang berkaitan dengan tingkah laku individu.

Keseluruhan budaya yang diamalkan oleh pemerintah dan rakyat hari ini malah
seluruh aspek kehidupan, keseluruhannya menyimpang jauh daripada Islam dan ajaran
Islam.

Apakah yang masih ada?

Apa yang ada hanyalah masjid yang tersergam indah dihuni para fakir miskin dan
yang kurang upaya. Walaupun mereka mendirikan sembahyang namun sembahyang
mereka kontang tanpa sebarang nilai rohani dan rasa takut kepada Allah, kecuali hanya
segelintir di kalangan mereka yang mendapat hidayah Allah.

Hari-hari di mana mereka berpuasa dalam setahun bertukar menjadi musim
untuk bersantai dan berehat, musim untuk makan dan minum, jarang sekali hari-hari ini
dimanfaatkan untuk memperbaharui diri atau membersihkan jiwa

Kecuali orang-orang yang beriman dan berarnal soleh; sedang mereka amatlah
sedikit. (Sad: 24)

Segala penampilan yang sungguh mempesona dengan tasbih, cara berpakaian,
janggut, istiadat, upacara, istilah dan ungkapan yang digunakan

Inikah Islam yang Allah jadikan sebagai rahmat-Nya yang teragung, anugerah-
Nya yang terhebat untuk seluruh alam?

Inikah ajaran Muhammad s.a.w. yang diajar bagi memimpin manusia keluar
daripada zaman kegelapan kepada zaman kegemilangan?

Inikah undang-undang al-Quran yang digunakan bagi menyelesaikan segala
masalah dan krisis manusia, malah disusun dengan begitu terperinci dan mantap bagi
membawa perubahan?

Gelombang Budaya Barat

Wahai Ikhwan al-Muslimin,

Wahai seluruh manusia,
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
317

Suatu hakikat yang perlu kita akui, hari ini wujud arus yang begitu kuat melanda
umat Islam. Kini wujud gelombang besar yang sedang menenggelamkan fikiran dan akal
kita kerana kealpaan kita, kerana umat Islam terlena, juga kerana sebahagian umat
Islam tenggelam dalam kemewahan dan kesenangan Akibatnya lahirlah pelbagai
ideologi dan dakyah, berkembanglah pelbagai sistem dan falsafah. Tumbuhlah pelbagai
tamadun dan peradaban. Semua ini menggugat ajaran Islam yang ada pada umat Islam.
Malah umat Islam diserang sehingga ke akar umbi dari segenap arah.

Fahaman ini menyerang dari segenap sudut. Fahaman ini menyusup masuk hingga
ke daerah, rumah dan tempat tidur mereka. Malah berjaya menguasai hati, fikiran dan
perasaan mereka. Pintu terbuka untuk mereka memperdaya, mempesona dan menguasai
umat Islam sedangkan semua ini tidak mampu dilakukan oleh orang lain sebelum ini.
Seluruh umat Islam dilanda fahaman ini. Negara-negara yang selama ini menjadi teras
kepada negara Islam yang lain juga turut terpedaya. Apatah lagi negara-negara Islam
lain, mereka begitu terpengaruh dengan fahaman ini. Akibatnya lahirlah generasi yang
kehilangan identiti dan lebih cenderung kepada yang lain daripada Islam. Merekalah
seterusnya yang menentukan hala tuju umat ini. Mereka menerajui aspek pemikiran,
kerohanian, politik dan pelaksanaan dasar.

Dengan ini mereka meneraju rakyat yang terlena ke arah yang mereka
kehendaki malah ke arah budaya mereka. Malangnya rakyat sendiri tidak tahu apa
sebenarnya yang mereka kehendaki dan ke mana hala tuju mereka. Lantas suara
pendokongpendokong ideologi sesat ini semakin lantang bersuara, kata mereka:
Bebaskan kami daripada saki-baki Islam dan warisan Islam yang masih ada. Marilah
bersama kami dengan penuh rela hati untuk menikmati semua keperluan hidup,
tanggungjawab, fikiran dan budaya dalam hidup ini. Ketepikan semua fikiran kolot.
Jangan kamu menipu, hipokrit dan berdegil; kamu bertindak seperti orang Barat dan
bercakap seperti orang Islam.

Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya telah begitu jauh daripada ajaran
Islam, jauh daripada asas dan landasan Islam. Islam tidak melarang kita mencedok apa
yang baik atau menerima sesuatu ilmu walau dari mana sekalipun. Apa yang dilarang
keras oleh Islam ialah kita meniru bulat-bulat mereka yang tidak berpegang sedikitpun
kepada agama Allah. Apatah lagi apabila kita menolak ke tepi akidah, kewajipan dan
undang-undang Islam, hanya semata-mata untuk mengikut jejak langkah mereka yang
terpesona dengan dunia dan diperdaya oleh syaitan.

Memang benar ilmu, pengetahuan, dan cara pemikiran semakin maju, harta
semakin bertambah, dunia semakin canggih, kehidupan di bumi semakin indah dan
menarik. Manusia semakin mewah dan senang. Namun apakah semua ini membawa
kebahagiaan kepada manusia? Apakah hidup mereka semakin aman atau jiwa mereka
semakin tenang dan tenteram?
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
318

Adakah tubuh ini dapat merasa tenang berlabuh di atas pembaringan?

Adakah mata ini tidak lagi berlinangan air mata?

Adakah jenayah telah berjaya dihapuskan dan masyarakat terselamat daripada
angkara penjenayah?

Adakah fakir miskin terbela dan berjuta-juta perut yang kebuluran kini
kekenyangan?

Adakah semua tempat hiburan dan menyeronokkan yang tumbuh ibarat
cendawan ini dapat menghilangkan kesedihan?

Adakah semua bangsa dapat menikmati kesejahteraan dan keharmonian serta
selamat daripada ancaman musuh atau mereka yang zalim?

Tidak, tiada apa yang dapat dicapai. Jadi apakah kelebihan tamadun ini
berbanding tamadun yang lain?

Malah bukan setakat itu sahaja.

Kita sendiri dapat lihat bagaimana segala sistem, ajaran dan falsafah termasuk
dari segi sains dan statistik, semuanya saling bercanggah. Akhirnya mereka terpaksa
melihat ke belakang dan menilai semula segala hasil yang sekian lama diusahakan serta
segala pengorbanan yang telah dicurahkan dan terpaksa merasai keperitan akibat
sebuah kegagalan.

Peranan Kita

Jadi, Apakah Peranan Kita, Ikhwan Al-Muslimin?

Secara ringkasnya

Kita perlu sekat arus deras yang berupa tamadun kebendaan dan peradaban
yang penuh dengan hiburan dan pesona ini yang kini sedang melanda umat Islam. Arus
ini menyebabkan umat Islam hanyut terpinggir daripada pimpinan Nabi s.a.w. dan
petunjuk al-Quran. Arus ini menyebabkan dunia ini tersisih daripada cahaya hidayah.
Arus ini juga menyebabkan dunia ini mundur beratus tahun ke belakang. Kita akan
sekat arus ini sehinggalah semua arus ini dapat dijauhkan daripada bumi kita dan
bangsa kita dapat diselamatkan daripada segala bencana ini. Malah kita tidak akan
berhenti setakat itu sahaja kerana kita akan jejaki arus ini hingga ke puncanya dan
kita akan gempur hingga ke lubuknya. Sehingga seluruh alam ini mengumandangkan
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
319
nama Nabi s.a.w, dan seluruh dunia ini yakin dengan ajaran al-Quran serta dinaungi
oleh bayangan Islam. Ketika itu, barulah segala yang dicitakan oleh seorang muslim
akan tercapai. Ketika itu, tiada lagi sebarang ancaman dan agama seluruhnya milik
Allah.

< ` _ `, _ -, _ `l `., < . '!:
'-l `>l

Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya
dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu,
orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi
Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan
Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Ar-Rum: 4-5

Secara lebih terperinci

Demikianlah secara ringkas tugas kita sebagai Ikhwan al-Muslimin. Namun untuk
huraian lebih terperinci, tugas ini bermula di Mesir berdasarkan Mesir antara negara
Islam yang pertama, begitu juga rakyatnya. Kemudian diikuti oleh negara-negara lain.
Peranan dan usaha ini akan membabitkan beberapa aspek seperti:

Sistem politik yang akan merealisasikan firman Allah Taala:

>> ', !, < _,.. > `. _s _-, ! <
,l|

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu
hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu Al-Maidah: 49

Sistem hubungan antarabangsa yang akan merealisasikan firman Allah Taala:

,l >l-> !L .l ls _!l > `l >l. :

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
320
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu Al-Baqarah:
143

Pelaksanaan sistem kehakiman yang berlandaskan ayat al-Quran:

,, `` _.> >>` ! >: `, . > . l>> !
. l. !l`.

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang
timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka
sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima
keputusan itu dengan sepenuhnya. An-Nisa: 65

Sistem pertahanan dan ketenteraan yang merealisasikan matlamat sebenar
kerahan am tentera:

` !!> !1. > l!, >. , <

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada
engan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam) At-Taubah: 41

Sistem ekonomi yang bercorak bebas dalam segala aspek yang membabitkan soal
kekayaan, kewangan, negara dan individu berasaskan firman Allah Taala:

.. !.l `>l _.l -> < />l !

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum
sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta)
yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan
kehidupan kamu An-Nisaa: 5

Sistem pendidikan dan pelajaran yang dapat menghapuskan kejahilan dan
merealisasikan wahyu pertama:

`!, ,, %! _l >
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
321

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Al-Alaq: 1

Sistem keluarga dan rumah tangga yang mampu membesarkan anak-anak, pemudi
serta pemuda Islam dengan merealisasikan firman Allah Taala:

!! _%! ` />. />l ! ! '_!l !>>'

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala) At-Tahrim:
6

Sistem yang berhubung dengan tingkah laku individu yang dapat membawa ke
arah kejayaan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah Taala:

_l _ !8 _

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Ash-Shams: 9

Malah semua budaya yang diamalkan oleh individu dalam negara sama ada oleh
pemerintah atau rakyat, semuanya berlandaskan firman Allah Taala:

_., ! 9. < $! > [. ,,. !l _.> ! _.>
< l| _,. !.l _

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan
kerosakan di muka bumi Al-Qasas: 77

Kita mahukan:

Individu Islam

Rumah tangga Islam

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
322
Masyarakat Islam

Kerajaan Islam

Kita juga mahu sebuah negara yang menerajui kesemua negara-negara Islam,
sebuah negara yang mampu menyatu padukan semua umat Islam serta dapat
mengembalikan kegemilangan umat Islam. Sebuah negara yang dapat mengembalikan
semula semua bumi yang telah dirampas. Seterusnya menjulang panji jihad dan dakwah
Allah sehingga seluruh manusia dapat menikmati ajaran Islam.

Persiapan Kita

Wahai Seluruh Manusia, itulah matlamat dan pendekatan kita

Apakah persiapan kita untuk merealisasikan pendekatan ini?

Persiapan kita sama seperti persiapan generasi silam. Senjata kita adalah
senjata yang sama pernah digunakan oleh pemimpin dan ikutan kita, Muhammad s.a.w.,
utusan Allah bersama para sahabat baginda ketika menggempur dunia ini. Walaupun
kekurangan dari segi bilangan dan sumber serta terpaksa bekerja keras namun senjata
itulah yang akan kita guna untuk menggempur dunia ini sekali lagi. Keyakinan mereka
dengan Allah, dengan janji dan bantuan Allah begitu mendalam, begitu teguh, begitu
suci dan begitu tulus.

| `. < l!s >l

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun
yang akan dapat mengalahkan kamu; Ali Imran: 160

Mereka juga berkeyakinan dengan kepimpinan, dengan kejujuran dan ketokohan
baginda:

1l l >l < ` .>

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik Al-Ahzab: 21

Mereka yakin dengan sumber (manhaj) yang digunakan. Mereka yakin dengan
keistimewaan dan keserasian manhaj ini:

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
323
l> < " '. _,, , < _,. . ,
l.l

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad)
dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan Al-Maidah:
15-16

Mereka yakin dengan persaudaraan Islam. Mereka yakin dengan hak dan
kesucian hubungan ini:

!| `l >|

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara Al-Hujurat: 10

Mereka yakin dengan ganjaran yang bakal diperolehi. Mereka yakin dengan
keagungan Allah:

l `!, `,.` !L '. . , < L !L 1-
!l l! _ s | . l ., s _l. | < _.` >
_,.`>l

Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga,
dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan
Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan
kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita
sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis
bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan
pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. At-Taubah: 120

Mereka juga yakin dengan diri mereka sendiri. Mereka adalah sekumpulan
manusia yang telah dipilih oleh Allah untuk menyelamatkan seluruh manusia. Mereka
telah ditakdirkan untuk menerima keistimewaan ini. Mereka merupakan generasi
terbaik yang dilahirkan untuk manusia ini.

Mereka telah terdengar suara yang menyeru supaya mereka beriman lantas
rnereka beriman. Kita bermohon agar Allah menjadikan keyakinan ini suatu yang kita
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
324
kasihi dan kita semat dalam hati kita sama seperti mereka mengasihinya dan mereka
semat keyakinan ini dalam hati mereka.

Keimanan adalah persiapan pertama kita

Mereka amat memahami bahawa dakwah mereka tidak akan berjaya tanpa jihad,
tanpa pergorbanan, tanpa sumbangan jiwa dan harta. Justeru mereka serahkan segala
jiwa dan nyawa mereka. Mereka berjuang demi Allah dengan bersungguh-sungguh.
Mereka dengar seruan Allah al-Rahman yang ditujukan kepada mereka:

| l !, !, >>| />`> `>.,:s !.. > :
!!. _>. !.. > l| < .&! !> .&#, .,. _.>
.! < .!,

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu
bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah
dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); At-Taubah: 24

Lantas mereka sahut seruan itu. Mereka ketepikan segala-galanya dengan penuh
kerelaan hati. Mereka yakin dengan jual beli yang mereka lakukan dengan Allah.

Ada di antara mereka yang bergelut dengan kematian sambil bersuara: Aku
memacu kudaku kepada Allah tanpa sebarang bekalan.

Seorang lagi menyumbangkan seluruh hartanya sambil berkata: Aku serahkan
nasib keluargaku kepada Allah dan rasul-Nya.

Seorang lagi berbisik ketika mata pedang dihunus di tengkuknya: Aku tidak
peduli selagi aku dibunuh sebagai seorang muslim. Walaupun dalam keadaan apa
sekalipun, kematianku ini adalah kerana Allah.

Begitulah sikap mereka, jujur ketika berjihad, bersedia berkorban dan
memberikan sumbangan yang besar. Dan demikianlah apa yang akan kita lakukan.

Begitu juga jihad, di antara persiapan kita

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
325
Dalam pada itu, kita tetap yakin dengan bantuan Allah.

.l < _ . | < 1l s _%! | > _ `!
l.l '. l ` `-l!, _s >l < ,1s `

Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya
(agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka
(umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi
nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka
menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan
perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala
urusan. Al-Hajj: 40-41

Antara Khayalan dan Realiti

Mereka yang mendengar semua ini akan berkata: Ini hanyalah khayalan dan
imaginasi serta kata-kata kosong sahaja. Bagaimana mereka ini yang hanya memiliki
iman dan semangat jihad mampu berhadapan dengan seluruh kekuatan dan pelbagai
jenis senjata musuh. Bagaimana mereka dapat menegakkan hak mereka sedangkan
mereka berada di mulut singa.

Ramai yang akan berkata sedemikian. Mungkin mereka ada alasan tersendiri dan
mungkin mereka telah berputus asa. Mereka tidak lagi menaruh harapan pada
hubungan mereka dengan Allah yang Maha Berkuasa. Namun bagi kita, kita akan
katakan semua ini adalah suatu kenyataan yang kita yakini dan suatu yang kita akan
laksanakan. Kita sentiasa menatap firman Allah Taala:

`. !-., 1l | >. l!. `| l! ! l!. `>. _ <
! `>

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang
menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka
sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang
kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan
yang baik pada hari akhirat kelak) An-Nisaa: 104

Mereka yang pernah suatu ketika dahulu menakluk seluruh rantau di dunia ini
dan pernah dianugerahkan kuasa di atas muka bumi ini bukanlah memiliki jumlah yang
jauh lebih ramai daripada kita atau mempunyai kelengkapan yang lebih hebat daripada
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
326
kita. Namun mereka adalah orang-orang yang beriman dan berjuang. Kita pada hari ini
akan memperlengkapkan diri kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
ketika baginda bersabda:

Bergembiralah Khubaib, agama ini akan menang hingga suatu masa nanti
seorang penunggang daripada Eden ke Oman akan berjalan tanpa rasa takut
kecuali hanya kepada Allah dan takut kambingnya dimakan serigala.

Sedangkan ketika baginda ungkapkan kata-kata ini mereka masih lagi
berselindung.

Pada ketika baginda berjanji untuk memberikan gelang raja Kisra kepada
Suraqah bin Malik, baginda sedang berhijrah bersama agamanya tanpa bertemankan
sesiapa kecuali Allah dan sahabatnya, Abu Bakar r.a.

Pada suatu ketika baginda berteriak kerana ternampak istana-istana putih Rom,
sedangkan pada ketika itu Madinah sedang dikepung tentera-tentera musyrikin dari
segenap arah.

Suasana ketika itu disifatkan oleh Allah;

| s `., -l, Ul1l >!>l L. <!, !`Ll

Dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah
(kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut),
dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai
sangkaan. Al-Ahzab: 10

Apakah Yang Berlaku Seterusnya?

Zaman berubah apabila seluruh manusia memasang telinga mendengar dakwah
Rasulullah s.a.w.. Seluruh manusia mula menuturkan ayat-ayat al-Quran. Sinar hidayah
yang terpancar daripada hati nurani para sahabat dan pengikut baginda menerangi
segenap pelusuk. Seluruh alam bermandi cahaya. Berkibar panji keamanan ke seluruh
dunia. Manusia mula mengecapi kehidupan yang bahagia dan pemerintahan yang adil.
Rakyat mula merasa aman damai di bawah pimpinan generasi awal ini; generasi anak-
anak murid Muhammad s.a.w.. Istana-istana Rom berjaya ditakluki. Kota-kota Parsi
rebah ke bumi. Seluruh dunia mengalu-alukan kebadiran mereka. Seluruh dunia
mendakap mereka. Seluruh dunia menjulang mereka. Dengan penuh rela manusia akur
menerima hidayah yang telah menyelamatkan mereka sambil dibelai semangat
nubuwwah dan diadun semangat wahyu yang qudus. Dibelai rahmat Allah dari semua
arah.
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
327

< _%! ` L-, `l l! ,> < _,l !.1l l < ! s
_%! `L _ .>l _ .!. `,l sl !1
l.1. .!. !1 >. . !. l !L. l
< ls `_:

Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir
itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana
gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah
selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu.
Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Dan Dia menurunkan
golongan ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari
benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka
dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman);
sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan. Dan Dia
menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda
mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu
menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Ahzab: 25-27

Wahai sekalian manusia, kita akan lengkapkan diri kita dengan persediaan ini.
Kita pasti akan beroleh kemenangan sebagaimana yang diperoleh oleh generasi silam
tidak lama dahulu. Kemenangan adalah anugerah Allah yang Maha Perkasa dan Maha
Bijaksana. Janji Allah pasti akan terlaksana.

_ ls _%! -..` _ l-> `l-> _,.l
_> _

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang
tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin,
serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki
oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang
kukuh di negeri itu Al-Qasas: 5-6

.! | s < Y> .`. _%! ``

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
328
Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar;
dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu
menjadikan engkau resah gelisah. Ar-Rum: 60

Jika Kerajaan Milik Kita

Jika kita memiliki sebuah kerajaan Islam yang berpegang dengan Islam yang
sebenar, keimanan yang tulen, mempunyai kebebasan dalam merencana dan melaksana,
benar-benar memahami khazanah agung yang dimilikinya, memahami kehebatan sistem
Islam yang diwarisinya, meyakini Islam sebagai penawar buat bangsanya dan petunjuk
untuk seluruh manusia Nescaya kita akan menuntut supaya kerajaan ini menerajui
dunia ini dengan nama Islam. Kita mahu supaya kerajaan ini menuntut supaya kerajaan-
kerajaan lain mengkaji dan meneliti Islam ini. Kita mahu kerajaan ini membimbing
kerajaan-kerajaan lain dengan cara dakwah yang berterusan, meyakinkan, bukti yang
kukuh serta penghantaran wakil yang berkala atau gunakan apa sahaja cara untuk
berdakwah dan menyampaikan. Kita mahu supaya kerajaan ini menjadi pusat
kerohanian, politik dan amali di kalangan kerajaan-kerajaan lain. Kita mahu kerajaan ini
mampu memberi nafas baru untuk bangsa ini. Meneraju bangsa ini ke arah
kegemilangan dan sinar cahaya. Mampu merangsang bangsa ini supaya bersemangat,
gigih berusaha dan bekerja.

Agak hairan, bagaimana ideologi komunis mempunyai sebuah negara yang
melaungkan slogan komunis, berkempen untuk komunis, memberi sumbangan untuk
komunis dan mengerah masyarakat mengamalkannya. Demikian juga dengan fahaman
Fasis dan Nazi yang memiliki pendokong tersendiri yang mengagungkannya, sedia
berjuang untuk fahaman ini, rasa bangga kerana menjadi pengikut fahaman ini,
meletakkan seluruh sistem hidup di bawah ajaran fahaman ini. Seluruh aliran
masyarakat dan politik menjadi pendokong kuat fahaman ini. Mereka menyerahkan
segala jiwa, fikiran, tulisan, harta, akhbar dan tenaga mereka. Malah mereka sedia
hidup dan mati untuk fahaman ini.

Malangnya dalam masa yang sama kita tidak pula jumpa mana-mana kerajaan
Islam yang bersedia mengambil tanggungjawab mengembangkan Islam. Sedangkan
Islam adalah agama yang menggabungkan segala elemen positif yang ada dalam semua
fahaman tadi. Malah Islam menapis semua elemen negatif yang ada dalam kesemua
fahaman tadi. Kita tidak temui sebuah kerajaan yang dapat mengenengahkan Islam ini
kepada bangsa-bangsa lain sebagai sebuah sistem yang bersifat global dan mampu
mengemukakan penyelesaian yang betul, tepat dan memuaskan untuk semua masalah
manusia. Sedangkan Islam telah meletakkan usaha dakwah ini sebagai fardhu dan perlu
dilakukan. Dakwah ini telah diwajibkan ke atas semua umat Islam sama ada sebagai
sebuah bangsa atau sebagai sebuah kumpulan, sebelum semua fahaman tadi tercipta
dan sebelum wujudnya semua propaganda tadi.

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
329
_>.l > `s || ,' ``! `- RQ!, _s >l ,l` `
>ll

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Ali Imran: 104

Malangnya, bagaimana dengan kerajaan kita. Mereka telah terdidik di bawah
asuhan orang asing. Mereka akur dengan fahaman orang asing. Mereka berlumba-lumba
mengikut jejak orang asing. Mereka bersaing untuk mendapatkan keredhaan orang
asing. Rasanya, tidak keterlaluan jika kita katakan semangat untuk bebas dalam
menentukan semua urusan tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Apatah lagi
untuk dimasukkan dalam rangka kerja mereka.

Kita telah kerapkali kemukakan harapan ini kepada kerajaan di Mesir dan sudah
tentu segala harapan ini tidak menampakkan sebarang hasil. Bangsa yang hilang nilai
Islam dalam jiwa, rumahtangga dan dalam segala urusan mereka sudah tentu tidak
akan mampu melimpahkannya pula kepada bangsa lain apatah lagi untuk mengajak
bangsa lain kepada Islam. Orang yang tidak memiliki apa-apa pasti tidak akan dapat
memberikan apa-apa.

Wahai Ikhwan, ini bukanlah peranan mereka. Pengalaman telah membuktikan
mereka sama sekali tidak mampu menunaikan tanggungjawab ini. Peranan ini adalah
peranan generasi baru ini. Oleh itu, sampaikan dakwah ini kepada mereka dengan cara
yang baik. Usahalah dengan gigih untuk membentuk mereka. Ajarkan mereka erti
kemerdekaan jiwa dan hati, kemerdekaan fikiran dan akal, kemerdekaan jihad dan
amal. Isilah jiwa mereka yang bergelora itu dengan kehebatan Islam dan keagungan al-
Quran. Rekrutkan mereka di bawah panji Muhammad. Sudah pasti tidak lama lagi kamu
akan berpeluang melihat seorang pemimpin Islam yang bersedia mengorbankan dirinya
dan sentiasa mengutamakan kebahagiaan orang lain.

Ciri Gagasan Pemikiran Kita

Wahai Ikhwan al-Muslimin,

Wahai seluruh manusia,

Kita bukan parti politik walaupun politik yang berlandaskan Islam adalah teras
gagasan kita

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
330
Kita bukan pertubuhan kebajikan walaupun amal kebajikan adalah objektif
utama kita

Kita bukan pasukan sukan walaupun senaman badan dan rohani menjadi antara
kaedah terpenting kita

Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini
hanya untuk tujuan tertentu, untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir
hanya atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan
nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.

Namun wahai sekalian manusia, kami adalah satu fahaman dan satu akidah, satu
sistem dan satu manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa
tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan terhenti pada batas
tertentu kecuali setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah kerana sistem ini
adalah sistem tuhan sekalian alam dan manhaj rasul-Nya al-amin.

Wahai sekalian manusia, kami (tanpa membanggakan diri) adalah seperti para
sahabat Rasulullah s.a.w. dan pendokong panji baginda selepas ketiadaan baginda. Kami
adalah penegak panji baginda sepertimana para sahabat baginda menegakkannya. Kami
adalah pengibar panji baginda sepertimana para sahabat baginda mengibarkannya.
Kami adalah penjaga al-Quran sepertimana para sahabat menjaganya. Kami
mengembangkan dakwah baginda sepertimana para sahabat mengembangkannya. Kami
adalah rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian alam.

_l-.l !, -, __,>

Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara
yang diterangkannya, tidak lama lagi. Sad: 88

Wahai Ikhwan al-Muslimin,

Inilah status kamu. Janganlah kamu perkecilkan diri kamu menyebabkan kamu
merasakan kamu sama seperti orang lain atau kamu menyampaikan dakwah kamu
menggunakan cara yang tidak bertepatan dengan kedudukan kamu sebagai orang-orang
yang beriman. Ataupun kamu menyamakan dakwah kamu yang berbekalkan nur Ilahi dan
bersumberkan sunnah Rasulullah s.a.w. dengan dakyah lain yang hanya lahir kerana
kepentingan tertentu kemudian hilang di telan zaman. Kamu telah berdakwah dan
berjihad. Kamu telah saksikan sendiri bagaimana dengan hasil usaha yang agung ini
lahirlah suara-suara yang meminta kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan penguasaan sistem
al-Quran. Lahir rasa perlunya mereka bangkit berusaha, membulatkan tekad untuk
Allah. Darah pemuda yang suci mengalir demi kerana Allah semata-semata; kerana
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH
331
mahukan kedudukan syahid di jalan Allah. Ini adalah suatu kejayaan yang jauh daripada
apa yang kamu jangkakan. Oleh itu teruskan usaha kamu. Beramallah dan Allah akan
bersama kamu. Allah tidak akan mensia-siakan amalan kamu.

Sesiapa yang bersama kita hari ini akan beroleh kelebihan berada di tempat
awal. Sementara mereka yang ikhlas tetapi masih belum bersama kita, pasti esok akan
bersama kita. Siapa yang menjauhkan diri daripada dakwah kita ini kerana tidak
merasakan ia perlu atau kerana memandang rendah atau memperkecilkannya atau tidak
yakin dengan kejayaannya, hari yang mendatang akan membuktikan kesilapan mereka.
Allah akan membawa kebenaran kita untuk mengalah dan menghancurkan kebatilan,
maka dengan serta-merta hilang lenyaplah segala kebatilan.

Wahai orang yang beriman, yang beramal, yang berjuang dan yang ikhlas,
marilah bersama kami kerana inilah jalan yang sebenar dan jalan yang lurus. Janganlah
kamu biarkan tenaga dan usaha kamu berselerakan.

L. !1.`.` `-,.! `-,.. ,.l . >, _s .&#, >l >8.
., l-l 1..

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan
(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu
dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya
kamu bertaqwa. Al-Anam: 153

Hasan al-Banna
Semoga Allah merahmati beliau.

You might also like