Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Jelaskan jenis-jenis zakat dan kepentingannya dalam menjana ekonomi umat Islam Pengenalan : y y Zakat merupakan rukun Islam

yang ketiga dan perkataan zakat disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran. Zakat berasal daripada perkataan Arab zaka yang bererti penambahan atau kesucian. Dari segi bahasa, zakat membawa makna kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Allah s.w.t telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam.

y Isi :

Jenis-jenis zakat : Zakat terbahagi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta : y zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk. Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang penting dalam ekonomi seperti;

y y

Hasil tanaman dan buah-buahan : y y Jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10 Jika diusahakan sendiri 1/20

Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu : y y y y y Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri. Emas dan perak (bukan perhiasan) Kadar zakat yang dikenakan 2.5% Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau simpanan semasa) kadar 2.5% Barang-barang perniagaan-2.5%

Kepentingan Zakat : y Membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang zakat bagi mereka yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin. Mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan kaya dan miskin. Menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang dikeluarkan mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan agama serta kebajikan rakyat. Memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani menebalkan iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda kekuasaan Allah. Dari segi jasmani pendapatan zakat dapat menaikan taraf hidupnya. Digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur), melabur dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan dan lain-lain.

y y

y y

y y

Menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas. Menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara diredhai Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan Allah dan tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaan-Nya.

Kesimpulan : y Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara Islam. Ia merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negara Islam dan berfungsi kepada pembangunan sesebuah negara.

Bincangkan sumber-sumber pendapatan negara dan kepentingannya kepada masyarakat ada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w Pendahuluan : y Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian AlAqabah 1 dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj. Kedatangan Nabi dan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah. Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama. Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.

y y

Isi : Derma (sedekah) : Sumber : y Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah.

Kepentingan : y Derma dan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin. Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk. Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan masyarakat dan agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk membina masjid Quba.

Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai) : Sumber : Kekalahan musuh dalam sin peperangan dengan tentera Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas, dan kekayaan lain. Kepentingan : Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat Islam.

Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh : Sumber : Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan. Kepentingan : y Hartanah ini membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada kerajaan.

Tebusan Tawanan Perang : y Samber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani al-MustaliqFerlaya mendapat tebusan tawanan perang. Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam. Wang tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera Islam (kelengkapan perang)

Jizyah : y Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima pada tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar 300 dinar untuk setahun. Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan Islam terpaksa meminta perlindungan dari keraj aan Islam. Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.

y Zakat : y

Sumber pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak.. Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang, zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan. Selain daripada kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat bakhil,dan menyucikan harta.

Kesimpulan Apa sahaja yang berkaitan.

You might also like