Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kes letupan mercun disiasat kerana sebabkan kematian

2010/08/24 KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kes kematian kanak-kanak akibat letupan mercun di Terengganu kelmarin di bawah seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Beliau berkata, kesalahan itu yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan, sudah dianggap berat untuk memberi pengajaran kepada individu terbabit sehingga menyebabkan kematian berlaku. "Cadangan untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian (akibat mercun) ini hanya sia-sia. Hukuman yang diperuntukkan dah ada, polis rasakan ia sudah memadai, buat apa rombak?," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Dalam kejadian 12.30 tengah hari di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga, Kuala Terengganu itu, Khairul Arif Ayob, 6, maut selepas tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter akibat letupan itu. Letupan itu berlaku di sebuah rumah tinggal yang dipercayai dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api. Bapa kanak-kanak terbabit menyerah diri kepada polis dan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes terbabit. Difahamkan, bapa kanak-kanak itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 pada tahun lalu atas kesalahan menjual mercun. Mohd Bakri meminta orang ramai menyalurkan maklumat terhadap sebarang kegiatan penyimpanan dan penjualan mercun dan bunga api bagi membantu polis mengekang kegiatan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian itu. "Orang ramai perlu 'busy body', kalau nampak jiran sebelah rumah simpan stok mercun atau guna apa-apa kepakaran untuk menciptanya (mercun), laporkan kepada polis," katanya. BERNAMA Ruj:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesletupanmercundisiasatkeranasebabkankemat ian/Article

You might also like