Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

TEORI, STRATEGI DAN PERKAEDAHAN PENGAJARAN KOMPUTER BAGI KURSUS ADOBE PHOTOSHOP CS4 MENGGUNAKAN PENDEKATAN HIBRID

Nor Syazwani Binti Mat Salleh

ABSTRAK Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang bertujuan untuk meneliti cara pelaksanaan pengajaran komputer bagi kursus Adobe Photoshop CS4 menggunakan pendekatan hibrid. Kajian ini melibatkan 30 orang daripada 60 orang pelajar IPTA yang mengambil subjek multimedia bagi aplikasi Adobe Photoshop serta beberapa orang pensyarah. Kemudiannya penilaian sumatif akan dilakukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan hibrid yang dijalankan ke atas pelajar. Satu set soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Data kajian kuantitatif ini diproses melalui komputer dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 17.0 for Windows bagi mendapatkan frekuensi dan peratusan. Kajian deskriptif ini akan dikaji mengikut kecenderungan memusat iaitu min, mod dan median. Kajian rintis akan dijalankan untuk mendapatkan memastikan kebolehpercayaan instrumen. Hasil kajian pertama yang diperolehi daripada pensyarah adalah mengenai kesesuaian menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hibrid. Mereka menyatakan persetujuan yang tinggi terhadap pendekatan hibrid ini. Implikasi dan perbincangan mengenai kajian ini turut diberikan. ABSTRACT This study is a descriptive survey study aimed to identify ways of teaching computer courses for Adobe Photoshop CS4 uses a hybrid approach. The study involved 30 people from 60 students who took the subject of multimedia universities for Adobe Photoshop and some lecturers. Summative evaluation will be conducted later to see how far the effectiveness of the hybrid approach is carried out on students. A set of questionnaires distributed to respondents to obtain the necessary information and

data. Quantitative survey data was processed by computer using SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 17.0 for Windows to obtain frequencies and percentages. This descriptive study will be reviewed by the central tendency, mean, mode and median. The pilot study will be conducted to obtain reliability of the instrument. The first findings obtained from the lecturers are on the suitability of using the methods of teaching and learning in hybrid. They expressed high approval of this hybrid approach. Implications and discussion of this study were also given.

PENGENALAN Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, seorang pensyarah

mengajar di hadapan dengan hanya bercakap selama 3 jam sesi pembelajaran kuliah tanpa mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini

menyebabkan pelajar cepat berasa bosan untuk meneruskan pembelajaran. Perbezaan di antara individu merupakan satu masalah yang tidak dapat dinafikan dalam pengajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul mengenai pengajaran dan pembelajaran Aplikasi Adobe Photoshop menggunakan pendekatan hibrid. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul mengenai pengajaran dan pembelajaran Aplikasi Adobe Photoshop menggunakan pendekatan hibrid. Antara objektif dalam kajian ini ialah untuk membina dan melaksanakan modul bercetak Adobe Photoshop CS4 yang mengaplikasikan teori-teori pembelajaran beban kognitif dan minimal. Selain daripada itu juga, ia adalah untuk membina dan melaksanakan modul Adobe Photoshop CS4 yang dapat membantu pelajar menggunakan aplikasi secara teori kepada praktikal serta untuk mengenalpasti sama ada pengajaran menggunakan pendekatan hibrid mempengaruhi cara belajar pelajar bagi aplikasi Adobe Photoshop CS4. Pembelajaran kooperatif berasaskan web (CsCl) seperti Internet telah menjadi lebih maju dan umum, pelaksanaan pembelajaran kooperatif (CL) sekarang tidak lagi terhad untuk ruangan kelas tradisional. Walaupun banyak ahli yang menyokong

penggunaan Internet sebagai media untuk CL, hanya sedikit ilmiah didirikan dan dinilai (Misalnya, ujian sebelum dan selepas dan perbandingan kumpulan) konsep elearning yang ada di dalam konteks pendidikan universiti (Keeton, 2004, Stokes, 2000). Tomlinson dan Henderson (1995) menunjukkan bahawa ketika dua, atau lebih dari dua, pelajar menggunakan komputer yang berbeza dengan bantuan suatu sistem aplikasi untuk melakukan maklumat pembahagian dan pertukaran dan mencapai tujuan CL, proses pembelajaran dapat dianggap sebagai CL berasaskan web. Saat ini, CsCl telah menjadi topik panas di kajian persekitaran belajar dan kaedah yang popular dalam desain instruksional (Naidu & Jarvela, 2006; Strijbos, Kirschner, & Martens, 2004; Weinberger & Fischer, 2005)

Delialiouglu dan Yildirim (2007) melihat Arahan dicampur atau pendektan hibrid sebagai kombinasi dari pendekatan dalam kelas dan pendekatan dalam talian di mana pengajar dapat mengajar tujuan-tujuan pedagogis mereka dengan ganjaran pencampuran dua instruksional modaliti. Dalam konteks yang sama, Marsh II et al, (2004) dan Rossett et al.., (2003) mendakwa bahawa pendekatan secara hibrid ataupun blended biasanya menggambarkan kombinasi tatap muka dan arahan dalam talian yang merupakan komponen utama bagi bagi hibrid. Arahan secara Blended meliputi baik secara dalam talian dan kelas komponen instruksional, namun dianggap sebagai format untuk arahan dalam talian (Rossett et al, 2003). Teori beban kognitif merupakan teori yang membincangkan teknik-teknik dalam mengurangkan beban ingatan jangka pendek dan kemudian membantu dalam perubahan ingatan jangka panjang yang berkaitan dengan proses perolehan skema. Teori Beban Kognitif adalah sesuai digunakan dalam bidang reka bentuk bahan pembelajaran terarah seperti modul. Teori ini telah banyak diaplikasikan ke dalam mereka bentuk bahan pembelajaran dan berdasarkan teori ini jika beban kognitif yang muncul semasa proses pembelajaran dapat diminimakan maka proses pembelajaran akan lebih berkesan (Sweller et al., 1998). Manakala teori minimal pula dibina untuk membentuk rangka kerja yang akan membina kaedah penerangan khususnya bahan latihan untuk komputer (Caroll,1998). Teori minimal ini mencadangkan beberapa perkara iaitu semua aspek pembelajaran perlulah bermakna dan di dalam lingkungan sendiri dan perlu ada hubungan yang rapat di antara latihan dan situasi sebenar. Model yang digunakan untuk membangunkan modul pengajaran

dan pembelajaran bertujuan untuk membangunkan modul mengenai pengajaran dan pembelajaran Aplikasi Adobe Photoshop menggunakan pendekatan hibrid ialah model Trigulasi Interaktif yang diadaptasi oleh FADDIM (Rosseni Din, 2010) serta dilakukan sedikit pengubahsuaian iaitu dikenali sebagai model kitar hayat AdobeFASDIM. Kajian ini merupakan kajian menggunakan pendekatan kuantitatif. Rajah 1 menggambarkan kerangka konseptual bagi modul aplikasi Adobe Phoshop CS4 yang diadaptasi oleh kerangka konseptual (Rosseni Din, 2010). Kajian ini akan membincangkan reka bentuk dan pembangunan modul kursus Adobe Photoshop CS4 yang dibangunkan berdasarkan pendekatan hibrid yang merangkumi empat teori pembelajaran seperti Teori Beban Kognitif dan Teori Minimal.

1.1
INPUT

KERANGKA REKA BENTUK KAJIAN


PROSES
FASDIM/ KAPPIP

OUTPUT
Produk & Model yang dicadangkan

Teori Pembelajaran, Strategi, metod

P
TEORI PEMBELAJARA N Cognitive Load Theory ( Sweller, 1988) Minimalist Theory (Caroll ,1998) FASA 1: KAJIAN PERMULAAN -> masalah kajian FASA 2: ANALISIS KEPERLUAN/ PELAJAR -> (spesifikasi sistem) FASA 3: PEMILIHAN REKA BENTUK MEDIA-> (konseptual model, DB, DFD. Blueprints, papan cerita, templates.dll) FASA 4: PEMBANGUNAN MODUL -> (reka bentuk Intruksional bagi Adobe Photoshop, berkaitan dengan instrumen pengujian, pengukuran dan penilaian) FASA 5 : IMPLEMENTASI & PENGLIBATAN PELAJAR 1. Instrumen penilaian pengesahan & kebolehpercayaan 2. Penilaian Kebolehgunaan 1- CE Expert (3) and CE end user (4) 3. Penilaian Kebolehgunaan 2 -Training in Natural Setting for formative evaluation, 20 ICT Trainee ((latihan pengajaran) 3. Training in natural Setting for Summative (latihan pengajaran) FASA 6 : PENYELENGGARAAN & PEMODELAN

E N D E K A T A N

Pembelajaran Kendiri F2F- Rancangan Pengajaran CMC-Rancangan Pengajaran Penilaian Rubrik bagi tugasan yang diberi

P E M B E L A J A
PENGU KURAN BAGI Pembelaj aran secara hibrid

INSTRUMEN Tinjauan PakarBlog Tinjauan Pakar Modul Adobe Photoshop Tinjauan Heuristics - Blog

R A N

STRATEGI PEMBELAJARA N POPeye Problem Based Learning secara Hibrid/blended

B E R H I B R I D
Jurnal/ Artikel Tesis lepas MEDIA INTRUKSIONAL Blog

MODEL INSTRUKSIONA L Reka bentuk intruksional dan pembangunan model berdasarkan kepada pengubahsuaian model Waterfall, Assure dan Hannafin & Peek

M A K N A

Rajah 1: Reka bentuk Kajian

METODOLOGI Reka bentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan. Menurut Kerlinger (1973), reka bentuk kajian adalah berfungsi sebagai panduan untuk mencapai jawapan yang jelas terhadap persoalan kajian. Pengkaji menggunakan kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas lalu melalui sekali kutipan data, selalunya melalui soal selidik. Tinjauan menjadi satu kaedah yang mudah, iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan kemudian maklumat diproses mengikut kaedah analisis yang dirancang oleh penyelidik. Keadah tinjauan digunakan untuk mendapatkan data dari sampel saiz besar kerana proses menggunakan kaedah lain adalah sukar dan kompleks (Mohd Najib, 2003). Menurut Gay (1981), kaedah tinjauan dalam kajian pendidikan deskriptif melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat daripada pelajar, pengajar atau mereka yang terlibat dalam proses pendidikan. Seramai 30 siswazah jurusan Teknologi dan Sains Maklumat dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik. Kajian deskriptif digunakan kerana ia melibatkan proses penerangan, pemerhatian dan analisis seterusnya untuk menerangkan keadaan dan perhubungan antara pembolehubah kajian bagi mengupas permasalahan masa kini (Mohd Najib, 1999). Wiersma (2000) menjelaskan kajian deskriptif juga dapat memberikan gambaran dan maklumat mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping untuk menerangkan perancangan masa akan datang. Sampel kajian dalam penyelidikan ini menggunakan Kaedah Persampelan Bertujuan. Persampelan jenis ini dipilih bersesuaian dengan keadaan sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan Teknologi Maklumat yang mengambil subjek Multimedia terutamanya dalam mempelajari perisian Adobe Photoshop.

REKA BENTUK PENGAJARAN MODEL TRIGULASI INTERAKTIF (INTREACTIVE TRIGULATION MODEL)

Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan modul P&P ini adalah berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran seperti dalam Rajah 3.1. Model ini dibentuk hasil pengubahsuaian Model Assure (Heinrich dan Molenda, 2005), Model Hanafin & Peek (Hanafin dan Peek, 1998), Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1978) dan model Kemp (Jerrold Kemp, 1994). Bagi model Asure ini, ia terdiri daripada enam (6) fasa iaitu, fasa pertama merupakan fasa Analisis pelajar, diteruskan dengan fasa kedua menyatakan objektif, memilih kaedah, media dan bahan, menggunakan media dan bahan, melibatkan pelajar dan fasa terakhir menilai dan mengkaji semula. Ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan media. Ia juga lebih berfokus kepada perancangan mengajar di dalam bilik kuliah atau bilik darjah di mana juga merupakan sebuah formula untuk Kegiatan Belajar Mengajar (KBM).

Bagi model Hannafin dan Peek (1988) pula hanya terdiri daripada tiga (3) fasa sahaja iaitu fasa pertama merupakan fasa pentaksiran keperluan, fasa kedua pembangunan dan implementasi dan terakhir ialah fasa penilaian dan mengkaji semula. Dalam model ini, penilaian dan pengulangan perlu dijalankan dalam setiap fasa. Model pengajaran Dick & Carey ini dipilih kerana antara teori yang mendasari pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick dan Carey. Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan sibjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudiannya maklum balas penilaian. Ke semua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian seperti juga yang dijelaskan dalam model Assure. Manakala bagi model kemp pula yang merupakan contoh model melingkar jika ditunjukkan dalam sebuah diagram. Secara singkat, menurut model ini terdapat bebrapa langkah dalam penyusunan sebuah bahan iaitu antaranya ialah menentukan topik setiap pembelajaran, menganalisis gaya pembelajaran pelajar, menetapkan

tujuan pembelejaran yang ingin dicapai, menentukan isi penagajaran, melakukan penilaian formatif, memilih sumber pembelajaran, melaksanakan rencana

pembelajaran dan penilaian sumatif.

Daripada gabungan keempat-empat model tersebut, pengkaji menganalisis ke semua fasa-fasa tersebut dan menghasilkan satu model baru. Terdapat enam (6) fasa dalam metodologi pembinaan yang digunakan ini iaitu bagi fasa pertama ialah membuat kajian terhadap masalah kajian. Seterusnya fasa kedua adalah keperluan analisis di mana memerlukan spesifikasi sistem. Proses seterusnya, merupakan reka bentuk sistem seperti model konseptual. Selain daripada itu, fasa keempat pula ialah pembangunan sistem yang mana memberi penerangan mengenai arahan sistem bagi kursus Adobe Photoshop CS4. Fasa ini diteruskan dengan fasa kelima iaitu

mengenai fasa implementasi sistem dan membuat pengajaran mengenai kursus Adobe Photoshop. Manakala bagi fasa keenam pula merupakan fasa terakhir

mengenai proses penyelenggaraan dan pemodelan bagi Adobe Photoshop CS4.

MODEL PEMBANGUNAN PENGAJARAN KURSUS ADOBE PHOTOSHOP MELALUI PENDEKATAN HIBRID

Model Pembangunan Pengajaran Kursus Adobe Photoshop melalui pendekatan hibrid ini direka bentuk dan dibangunkan berdasarkan enam fasa iaitu Kajian Permulaan, Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Implementasi dan

Penyelenggaraan serta Pemodelan. Fasa kerja pembangunan ini digelar Model Kitar Hayat Pakej Adobe yang menggabungjalinkan ke semua teori pembelajaran seperti yang dinyatakan sebelum ini. Model ini mengambil kira pelbagai aspek seperti berikut: (i) Analisis kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan PBL. (ii) Reka bentuk hasil pembelajaran yang sesuai dengan model ID (iii) Menyediakan inventori kandungan pengajaran. (iv) Melaksanakan pengujian dan pengubahsuaian sistem berasaskan Model Kitar

Hayat Pakej Adobe

Model Kitar Hayat Pakej Adobe yang digunakan bagi membangunkan pakej multimedia berasaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran hibrid, bagi aplikasi Adobe Photoshop CS4 untuk pelajar yang mengambil jurusan Teknologi dan Sains Maklumat juga meliputi lima peringkat fasa yang piawai dengan kitar hayat pembangunan yang lazim diketahui dan dapat dilihat dalam Rajah 2. Model Kitar Hayat Pakej Adobe mengambil kira beberapa entiti seperti konsep pembelajaran berasaskan PBL secara hibrid; sukatan pelajaran topik Adobe Photoshop CS4; elemen-elemen pembangunan perisian kursus multimedia (Adobe courseware); elemen-elemen pembangunan Lembaran Kerja (Adobe Sheet) dan konstruk yang terlibat dalam proses pengujian kepenggunaan pakej multimedia Aplikasi Adobe Photoshop CS4. Model Kitar Hayat Pakej Adobe ini merangkumi tiga lapisan (L1- L3). Perincian lapisan-lapisan ini adalah seperti berikut: (i) L1: Lapisan pertama merupakan lapisan luaran yang merangkumi persekitaran yang sesuai dengan pendekatan hibrid: Pendekatan

pengajaran dan pembelajaran hibrid, Hasil pembelajaran berasaskan hibrid, Data ataupun maklumat hibrid, strategi pengajaran dan Pembangun serta pengguna hibrid. (ii) L2: Lapisan kedua merupakan lapisan dalaman yang merangkumi keenamenam fasa pembangunan yang piawai seperti kajian permulaan, analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penyelenggaraan serta pemodelan. Keenam-enam proses ini dilaksanakan secara iteratif

sehingga tiada ralat ataupun sehingga memenuhi keperluan pengguna. Lapisan ini adalah lapisan utama dalam proses kitar hayat pembangunan. (iii) L3: Lapisan ketiga merupakan lapisan intradalaman yang merangkumi entiti berkaitan pengkomputeran berpusat manusia. Entiti-entiti tersebut ialah: isi kandungan pelajaran, ciri-ciri dan aktiviti pembelajaran berasaskan hibrid, pembinaan model ID, inventori kandungan pelajaran, pembinaan modul web (blog/ wordpress/ moodle) dan pembinaan Lembaran Kerja (Adobe Sheet), pengubahsuaian berasaskan keperluan manusia, dan pengujian kepenggunaan berasaskan lima konstruk: keberkesanan,

kebolehbelajaran, kemudahgunaan, keanjalan dan sikap pelajar terhadap penggunaan pakej multimedia Aplikasi Adobe Photoshop CS4. Pengujian kepenggunaan ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu bagi pengujian sumatif 1 pada peringkat pembangunan dan pengujian sumatif 2 pada peringkat implementasi.

Pendekatan Hibrid Strategi pengajaran FASA 1: KAJIAN PERMULAAN (i)-Isi kandungan Pelajaran (ii)-ciri-ciri & aktiviti hibrid

FASA 2: ANALISIS (i)-Pengubahsuaian berasaskan keperluan manusia Data/ Maklu mat Hibrid FASA 6: PENYELENGGAR AAN DAN PEMODELAN

FASA 5: IMPLEMENTASI

FASA 3: REKA BENTUK

Penilaian Sumatif 2

L3

Pembinaan: (i)-Model ID (ii)-Modul & submodul Adobe Photoshop (ii)-Inventori kandungan pelajaran Penilaian Sumatif 1

Pendek atan Pengaj aran dan pembel ajaran berasas kan hibrid

L2
FASA 4: PEMBANGUNAN MODUL Pembangun & Pengguna

L1

Hasil Pembelajaran Berasaskan Hibrid

Rajah 2.1 : Model Kitar Hayat Adobe

RESPONDEN/ SAMPEL KAJIAN Persampelan merupakan strategi bila mana pengkaji mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut tersebut. Sebahagian individu yang diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yag dikaji dinamakan sampel. Maklumat yang

didapati daripada sampel boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi yang dikaji. Daripada sampel, penyelidik boleh menganggar parameter populasi seperti min, varians dan sisihan piawai (Mohd.Najid Konting, 2000). Pengkaji hanya memilih seramai 30 orang pelajar daripada 60 orang pelajar sebagai sampel dalam kajian ini untuk menjalani bengkel kursus Adobe Photoshop CS4. Ini kerana pelajar tersebut merupakan pelajar yang terdiri dalam kumpulan makmal yang sama. Bagi tujuan ini, kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd. Najib, 2003). Walau bagaimanapun, kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakili bilangan poplilasi sebenar kerana mereka mempunyai cirriciri yang sama dengan populasi. Ciri-ciri tersebut ialah mereka merupakan pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dan merupakan pelajar yang mengambil mata pelajaran multimedia yang mengandungi topik perisian Adobe Photoshop serta telah lulus mata pelajaran tersebut. Selain daripada itu, seramai 6 orang pelajar dan beberapa orang pensyarah dari jurusan Teknologi Sains Maklumat bagi Universiti Kebangsaan Malaysia dibahagikan soal selidik sebagai kajian permulaan bagi kajian ini seperti di lampiran A. Menerusi kajian ini pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Teknologi Maklumat akan berpeluang menilai dan melahirkan pendapat yang bernas mengenai cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta masalah yang timbul ketika proses P&P bagi subjek multimedia terutamanya dalam aplikasi Adobe Photoshop serta bagaimana cara mengatasinya. Kajian ini dijalankan di UKM kerana, ini

memudahkan pertemuan pengkaji utnuk mengutip data dan memandangkan kajian ini adalah untuk mengkaji cara pembelajaran pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Sains Maklumat , (FTSM).

INSTRUMEN KAJIAN Instrumen ialah alat untuk mengutip data. Pengkaji akan menggunakan soal selidik untuk mengutip data. Dengan menggunakan soal selidik, pengkaji boleh

mendapatkan jawapan menerusi jawapan bertulis. Teknik soal selidik adalah teknik pengutipan data yang popular dengan mengadakan soalan atau item yang memudahkan responden memberikan jawapan (Mohamad Najib, 2003). Oleh yang demikian, dalam kajian ini , pengkaji menggunakan instrument berbentuk soal

selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada responden secara dalam talian. Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik tertutup (close-ended question) yang akan diagihkan kepada pensyarah dan satu lagi soal selidik akan diberikan kepada kepada pelajar (draf sumatif pertama-borang penilaian bengkel).

DAPATAN KAJIAN Data diperolehi melalui pendekatan kuatitatif bagi data soal selidik untuk mengetahui pendapat para pelajar yang pernah melalui pembelajaran aplikasi Adobe Photoshop di dalam kelas begitu juga terhadap pensyarah yang mengajar subjek multimedia. Instrumen kajian ialah set soal selidik menggunakan skala lima mata dan terdiri daripada bahagian A , bahagian B dan bahagian C, bahagian D, bahagian E bahagian F yang diadaptasi daripada soal selidik yang sedia ada (Rosnah Ahmad Zaimi, 2002). Manakal bahagian G dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Kajian rintis dijalankan untuk menganalisis kebolehpercayaan soal selidik. Bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis telah dijalankan. Kajian rintis memberi peluang kepada responden untuk memberikan komen terhadap instrumen kajian khasnya untuk menilai dan membaiki kekurangan, kekeliruan dan kekaburan bahasa instrumen (Wiersma, 2000). Kajian rintis yang dijalankan membolehkan pengkaji mengenalpasti kelemahan dan kekuatan instrumen kajian dan seterusnya memperbaikinya supaya tidak menjejaskan hasil kajian. Seramai 30 orang pelajar dari kursus Sarjana Muda Teknologi dan Sains Maklumat dipilih untuk kajian rintis kajian ini. Instrumen ini telah diperolehi kesahan pakar.

Kajian menggunakan soal selidik ini dibahagikan kepada tujuh bahagian di dalamnya. Soal selidik latar belakang pelajar dan pensyarah ditempatkan di

bahagian A yang terdiri dari empat item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden termasuk soalan mengenai kelulusan akademik, jantina, umur dan bangsa. Responden dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan diri mereka dengan menandakan pada kotak yang disediakan. Ini merupakan soalan-soalan yang berbentuk kategori. Setiap item di bahagian ini

diukur pada tahap nominal dan tiada sebarang pemarkahan diberikan.

Manakala bagi bahagian B pula, item yang ingin dikaji adalah pengalaman dan kemahiran komputer yang menggunakan kaedah soalan kategori atau pemilihan item. Bagi bahagian C item yang ditekankan adalah persepsi responden menggunakan komputer dalam pengajaran. Item yang seterusnya adalah mengenai keperluan

penggunaan komputer dalam pembelajaran yang dimasukkan ke dalam bahagian D. Bahagian E yang menerangkan mengenai pelaksanaan dan penggunaan perisian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti. Manakala bagi bahagian F menerangkan mengenai pelaksanaan dan penggunaan perisian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Adobe Photshop CS4. Ke semua soal selidik ini

diadaptasi oleh pengkaji yang lalu yang telah disahkan kebolehpercayaan dan validitinya oleh pakar (Rosnah Ahmad Zain, 2002). Responden dikehendaki

menjawab ke semua item tersebut. Setiap item akan diberi markah sebagaimana dimaksudkan dalam soal selidik. Borang kaji selidik dibahagi dua iaitu satu untuk pelajar dan satu untuk pensyarah.

Bahagian G merupakan bahagian terakhir bagi soal selidik ini iaitu menerangkan mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P) perisian Adobe Photoshop CS4 berasaskan Web.

Ujian sumatif draf pertama dibina dan diagihkan kepada pensyarah beserta pelajar. Borang soal selidik ini mengandungi empat konstruk dan lima item bagi setiap satu dan juga diadaptasi daripada borang soal selidik (Rosnah Ahmad Zain, 2002). Penggunaan skala Likert yang mempunyai lima mata digunakan dalam soal selidik ini. pembahagian konstruk adalah seperti dalam jadual 1.1.

Borang penilaian sumatif modul pembelajaran kendiri secara bercetak bagi Adobe Photoshop CS4 dibina dan diagihkan kepada pelajar bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan modul dalam proses pembelajaran aplikasi Adobe Photoshop CS4 ini. Manakala borang penilaian sumatif modul pembelajaran kendiri secara bercetak bagi Adobe Photoshop CS4 juga turut diagihkan kepada pensyarah untuk mendapatkan maklum balas mengenai kesesuaian modul P&P mengenai Adobe Photoshop CS4 yang disediakan. Maklum balas yang diterima akan digunakan untuk membuat pembaikan ke atas modul sedia ada bagi menghasilkan modul bercetak yang lebih baik dan efektif untuk digunakan dalam proses P&P. Borang soal selidik ini dibina dalam bentuk skala Likert yang mempunyai lima mata seperti jadual 2.

Jadual 1.1: Pecahan item mengikut konstruk yang dikenalpasti daripada soal selidik terbuka

Bil

Konstruk

Bilangan item

Keterangan

1.

Keberkesanan kandugan kursus

5 item

Mengenalpasti tahap pemahaman pelajar terhadap masalah penguasaan Adobe Photoshop yang diberi berdasarkan kandungan modul yang disediakan pengajar.

2.

Kebolehbelajaran dalam cara penyampaian kursus (teknik dan kaedah)

5 item

Mengenalpasti rancangan pengajaran yang diberikan oleh pengajar untuk menyelesaikan masalah Adobe Photoshop yang diberi serta cara pelajar mereka bentuk cara penyelesaian terhadap penguasaan pengunaan Adobe Photoshop melalui teknik dan kaedah tertentu.

3.

Kemudahgunaankemudahan makmal

5 item

Mengenalpasti kemudahan persekitaran belajar dan pengajar

4.

Keanjalan- kandungan modul

5 item

Mengenalpasti proses penyediaan dokumen penyelesaian yang dibuat oleh pensyarah dapat membantu pelajar menguasai penggunaan Adobe Photoshop

Bagi setiap soalan dalam soal selidik yang dibangunkan, penyelidik telah menggunakan skala likert 5 mata. Jadual 1.2 memaparkan skala pengukuran yang akan digunakan dalam soal selidik tersebut.

Jadual 1.2: Skala pengukuran yang digunakan dalam soal selidik

Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Skala Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Simbol STS TS TP S SS

Nilai Skala 1 2 3 4 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN Kajian permulaan bagi kajian ini ialah dengan mengedarkan soal selidik tertutup kepada pensyarah/ guru yang mengajar subjek multimedia. Untuk borang soal selidik ini keputusan didapati bahawa pensyarah mempunyai tahap kemahiran yang sederhana dalam penggunaan komputer seiring dengan soalan yang diajukan. Selain daripada itu juga, pensyarah berpendapat bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran adalah sesuai untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan komputer dalam pembelajaran juga amat sesuai dijadikan alat untuk membantu pelajar memahami serta menguasai kemahiran belajar. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer iaitu hubungan interaktif, pengulangan dan maklum balas dan pengetahuan. Oleh yang demikian,

pensyarah/guru menyokong pelaksanaan dan penggunaan perisian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti penggunaan Microsoft Words, perisian Adobe Photoshop serta pembelajaran secara maya melalui pembangunan laman web bagi pensyarah/guru. Antara kebaikan pengajaran berasaskan Web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format hipermedia

memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana dapat mereka dapat mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994). Pada

awal kajian ini juga, penyelidik menggunakan hanya empat konstruk dan lima item bagi setiap satu soalan, dan penambahan konstruk akan dibuat setelah modul bagi Adobe Photoshop ini dibangunkan dan pelajar akan menggunakan modul-modul tersebut.

KESIMPULAN Kertas kerja ini telah membincangkan dua teori pembelajaran terpilih iaitu teori beban kognitif dan teori minimal dan strategi pembelajaran PBL secara hibrid serta kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan hibrid iaitu kaedah tatap muka, pembelajaran berasaskan web dan pembangunan modul kendiri secara bercetak. Ke semua teori, strategi dan perkaedahan ini telah diterapkan dan dirujuk dalam mereka bentuk dan membangunkan modul-modul pengajaran dan pembelajaran secara hibrid dalam kursus Adobe Photoshop CS4 ini. Modul pendekatan hibrid ini memberi fokus kepada topik Adobe Photoshop CS4 untuk pelajar serta pensyarah yang mengambil dan mengajar subjek multimedia dalam jurusan Teknologi Sains Maklumat (FTSM) di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Mereka telah dipilih bagi menguji penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara hibrid dalam subjek multimedia. Beberapa instrumen borang soal selidik digunakan untuk menguji kepenggunaan modul kursus Adobe Photoshop CS4 ini. Kesimpulannya, diharapkan responden memberikan maklum balas yang positif dan terbukti modul kursus ini mampu meningkatkan pencapaian dan pemahaman pelajar dalam mempelajari Adobe Photoshop CS4. Kedua-dua teori yang diterapkan ke dalam reka bentuk modul kursus Adobe Photoshop CS4 ini dijangka dapat diaplikasikan ke dalam pembangunan modul Adobe Photoshop CS4 ini.

RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj.Siarap & Hasrina Mustafa. 2006. Penggunaan Komputer dalam pengajaran- pembelajaran dalam kalangan guru Sekolah Menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang (computer usage in teaching and learning among secondary school teachers: A Case Study In Penang). Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006. http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:jMpngEhrzh0J:web.usm.my [ 3 November 2010] Abdul Aziz Bin Ahmad. 2009. Metodologi Pembangunan Perisian Kursus Bacaan Untuk Murid Sindrom Down(MELb-SinD) http://www.slideboom.com/presentations/95094/Tugasan-1.-Abdul-AzizAhmad [3 November 2010] Chen. Y & Cheng.K . (2009). Integrating Computer-Supported Cooperative Learning And Creative Problem Solving a Single teaching Strategy.Society for Personality Research (Inc.), 2009.37(9),1283-1296. http://www.scopus.com.www.ezplib.ukm.my/ [13 Ogos 2010] Delialioglu, O., & Yildirim, Z. (2007). Students perceptions on effective dimensions of interactive learning in a blended learning environment, Educational Technology&Society,10(2),133-146. http://www.scopus.com.www.ezplib.ukm.my/ [13 Ogos 2010] Oh, E., & Park, S. (2009). How are universities involved in blended instruction? Educational Technology & Society, 12 (3), 327- 342. http://www.scopus.com.www.ezplib.ukm.my/ [13 Ogos 2010] Faaizah Shahbodin & Halimah Badioze Zaman. 2009. Penerapan Pendekatan PBL Dalam Pakej Multimedia C2HADAM: Konstruk Keberkesanan. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009): 25 -46.
pkukmweb.ukm.my/~jitm/pdf_text/02%20Faaizah.pdf [28 Oktober 2010]

Heinich, R, Molenda. M.Russell, J.D., & Smaldino, S.E. 1996. Instructional Media and Technologies for Learning (5th Edition). Prentice-Hall Inc., N.J.: Englewood Cliff. Mohd. Najib Abdul Ghafar. 2003 . Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohammad Bilal Ali & Noor Dayana Abd Halim. 2010. Pembelajaran Inkuiri Asid Dan Bes KBSM Melalui Laman Web. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. eprints.utm.my/10270/2/Noor_Dayana_Abd_Halim.pdf [ 3 Oktober 2010]

Nadirah Ibrahim, Nurhafizah Amat & Mohd Faiz Daud. 2009. Tinjauan deskriptif dan analitikal. http://images.miskphy.multiply.multiplycontent.com [23 Oktober 2010]

Penggunaan Model Assure dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan jasmani dan Kesihatan. http://www.docstoc.com/docs/54742316/model-ASSUREdlm-p-n-p [19 Oktober 2010] Rahimi Bin Md.Saad, Zawawi Bin Ismail & Wan Nordin Bin Wan Abdullah. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan web. http://www.docstoc.com/docs/19732439/PENGAJARAN-DANPEMBELAJARAN-BAHASA-ARAB-BERASASKAN-WEB [4 November 2010] Rosnah Ahmad Zain. 2002. Pembinaan Modul Bercetak Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bersepadu Adobe Photoshop Dan Reka bentuk Grafik Asas. Tesis Sarjana, Pendidikan Komputer , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosseni Din. 2010. Development and Validation of an Integrated Meaningful Hybrid e-training (i-met) for Computer Science: Theoretical Empirical Based Design and Development approach. Tesis Dr.Falsaafah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rusyani. 2005. Reka bentuk Pembelajaran. file.upi.edu/ai.php?dir=Direktori/A%20%20FIP/JUR.%20PEND...[ 3 November 2010] Sweller, J., Van Merrienboer, J. J. G., & Paas, F. G. W. C. (1998). Cognitive architecture and instructional design. Educational Psychology Review, 10 (3), 251-296. Sweller, J. (2002). Visualisation and Instructional Design. Australia: University Of New South Wales. 1501-1510 Ting Kung Shiung. 2007. Kajian Mengenai Penggunaan e-Pembelajaran (eLearning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Institut Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia..Microsoft_Word__tingkungshiungmp051137d07ttt.pdf [2 Oktober 2010]

You might also like