Laporan Bentanf

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PENGAJIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) Ambilan Januari 2010

LAPORAN PERBENTANGAN TUTORIAL MINGGU KE 3

PANTANG LARANG KAUM INDIA DAN KAUMKAUM LAIN DI MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH : NOOR SYAZWANNI BINTI ABD AZIZ

PANTANG LARANG KAUM IBAN PANTANG LARANG KETIKA MAKAN Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya, seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan, mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan. Rasionalnya Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin. Manakala selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Selain itu, mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala. PANTANG LARANG KETIKA TIDUR . Manakala pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar

rumah. Contohnya, mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Selain itu, mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.

PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN Penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya. Contohnya, mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan. Rasionalnya kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.

PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUT Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan. Antara contoh-contohnya masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG Tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang. Contohnya mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Selain itu, mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Pantang larang seterusnya Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Sementera itu, mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Selain itu, mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

DISEDIAKAN OLEH : SITI AISHAH BINTI HALIM

TAJUK : LAPORAN PERBENTANGAN KAUM ORANG ASLI

Berdasarkan pembacaan dan penyelidikan saya berkaitan dengan pantang larang kaum orang asli, saya dapati terdapat banyak pantang larang yang mereka amalkan seperti sewaktu kelahiran, dalam perkahwinan masyarakat mereka, kematian dan juga pantang larang dalam perubatan. Antara pantang larang masyarakat orang asli sewaktu kelahiran ialah terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh seorang ibu yang sedang mengandung. Pantang larang ini juga dikenakan kepada si suami. Di antara pantang larang yang dianggap penting ialah si suami misalnya tidak boleh menjala ikan. Suami dan isteri dilarang memakan daging rusa dan kijang. wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan. Bukan itu sahaja, ibu yang sedang mengandung juga dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpahdarah ketika melahirkan bayi. Masyarakat orang asli juga melarang wanita yang mengandung bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiribayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu. Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati Selepas mendapat cahaya mata pula, terdapat pantang larang bagi pasangan yang mendapat cahaya mata ini. Bagi masyarakat orang asli yang baru mendapat cahaya mata, mereka tidak suka jika tetamu datang berkunjung memuji-memuji akan kecantikan tubuh badan si anak yang baru lahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji -puji dengan kata- kata seperti amboi, comelnya bayi ini, maka hantu hantu yang berdekatan akan mendengar dan mengambil bayi itu.

Dari aspek perkahwinan pula, masyarakat orang asli percaya kepada beberapa pantang larang. Dalam hubungan kekeluargaan masyarakat orang asli

terutamannya masyarakat Kensiu, terdapat pantang larang yang masih diamalkan hingga kini di dalam institusi perkahwinan, di mana menantu perempuan tidak boleh bersua muka dengan mertua begitu juga sebaliknya. Menantu lelaki juga tidak dibenarkan berinteraksi dengan ibu mentua dan bersua muka.Mereka menggunakan orang ketiga bagi mewakili diri mereka jika mahu berinteraksi dengan masing-masing. Manakala dari pantang larang masyarakat orang asli dari aspek kematian ialah biasanya apabila diketahui ada kematian di sesebuah kampung kerja kerja seperti berladang, memburu ataupun membuat rumah akan diberhentikan dengan serta merta. Mengikut kepercayaan sesiapa jua yang meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit. Masyarakat orang asli terkenal dengan perubatan tradisional yang melibatkan tumbuhan-tumbuhan hutan dan akar kayu. Namun, terdapat beberapa pantang larang yang harus mereka ikuti sewaktu memasuki hutan bagi mencari tumbuhan dan akar kayu bagi tujuan perubatan. Antara pantang larangnya ialah mereka yang ingin keluar kehutan harus mengelakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan. Mereka juga tidak boleh bercakap sembarangan semasa mencabut pokok herba seperti mengeji, mengata dan bercakap kasar. Sebelum mencabut tumbuhan untuk dijadikan ubat, meraka harus mengenal pasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan pokok lain, ia tidak boleh dicabut. Dilarang juga mengambil herba yang tumbuh berdekatan atau di atas busut. Elakkan mencabut herba pada waktu senja. Sebaik-baiknya jam 9 pagi hingga 5 petang. (Selain sebab keselamatan, mereka percaya senja adalah waktu syaitan berkeliaran). Dilarang juga melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi tawar. Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek, bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur. mentua

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD NASIR BIN AHMAD Pantang Larang Masyarakat Kadazan Pantang larang dalam masyarakat Kadazan semasa proses kelahiran, si suami tidak boleh memotong rambut kerana dikhuatiri rambut anak yang bakal dilahirkan menjadi panjang. Selain itu, bagi masayarakat ini juga, aktiviti mencucuk hidung kerbau atau lembu tidak boleh dilakukan kerana dikhuatiri bibir anak yang dilahirkan akan menjadi sumbing. Begitu juga dengan aktiviti menyiat telinga binatang, perkara ini juga dilarang sama sekali kerana dikhuatiri telinga anak tersebut menjadi tidak sempurna. Sewaktu bersalin pula, si suami tidak boleh berada jauh dari rumah kerana ditakuti ibu dan bayi tersebut akan mendapat gangguan jin dan syaitan. Bahkan, bayi tersebut juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah kerana ditakuti diganggu oleh roh jahat yang dikenali oleh masyarakat tersebut sebagai Rogon Gaiyah.

Pantang Larang Masyarakat Bidayuh Bagi masyarakat Bidayuh pula, semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan beberapa pantang larang. Antaranya, tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin. Tambahan lagi, kedua-duanya turut tidak dibenarkan keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut. Bukan itu sahaja, si isteri dan suami turut tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan. Semasa persediaan menyambut kelahiran pula, bagi masyarakat Bidayuh, si isteri dan suaminya tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing. Bahkan, mereka juga tidak

dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa dilahirkan. Seterusnya, si suami tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah. Akhir sekali, mereka turut tidak dibenarkan untuk melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya. Selain daripada pantang larang semasa mengandung dan persediaan menyambut kelahiran, masyarakat Bidayuh juga mempunyai beberapa bentuk pantang larang yang lain. Contohnya, ahli masyarakat tidak boleh bersiul pada waktu malam kerana dipercayai hantu akan menjelma. Hal ini disebabkan perbuatan bersiul itu seperti memanggil hantu. Selain itu, mereka juga tidak boleh menuding jari ke arah pelangi sewaktu hujan renyai renyai kerana dipercayai bahawa jari akan terputus. Malah, mereka turut tidak dibenarkan untuk menyapu di dalam rumah pada waktu malam kerana dikhuatiri rezeki tidak akan datang. Bukan itu sahaja, ahli masyarakat tidak boleh memotong kuku pada waktu malam kerana dipercayai menyumpah ibu bapa supaya mati awal. Antara pantang larang yang lain pula ialah mereka tidak boleh bercermin pada waktu malam kerana takut akan ternampak hantu di belakang. Malah, sewaktu menggunakan lesung batu, lesung batu itu mestilah dilapik dengan kain supaya bunyi menumbuk dalam lesung tidak terlalu kuat kerana takut nanti ipuk marah dan tuan rumah pendek rezeki. Selain itu juga, semasa mencuci pinggan mangkuk, ahli masyarakat tidak dibenarkan untuk melaga pinggan mangkuk tersebut, kerana dipercayai orang yang makan menggunakan pinggan mangkuk itu akan menghidap penyakit untut kaki atau gaut. Bukan itu sahaja, mereka turut dilarang mengetok senduk pada periuk sewaktu memasak, kerana dikhuatiri orang yang memakan makanan yang dimasak dengan perbuatan tersebut akan menghidap penyakit untut kaki.

Pantang Larang Kaum Etnik Sabah Kaum etnik di Sabah juga mempunyai pelbagai bentuk pantang larang. Antaranya, pantang larang berkaitan dengan tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam. Bagi pantang larang berkaitan dengan rumah pula, kaum etnik ini percaya jikalau hendak membina rumah, pintu depan rumah itu serta dapur hendaklah tidak menghadap ke arah matahari. Hal ini kerana jikalau pintu depan menghadap matahari dipercayai orang dalam umah sering bergaduh, sering sakit, dan tidak bersefahaman manakala jikalau dapur menghadap kearah matahari pula dipercayai duit susah hendak masuk ke dalam rumah. Selain itu, terdapat beberapa pantang larang yang lain dan menjadi pegangan mereka seperti anak dara tidak boleh ketawa kuat-kuat kerana dipercayai puntianak akan datang untuk menghisap darah. Di samping itu, mereka juga dilarang untuk kencing di atas busut atau rumah anai-anai kerana dikhuatiri kemaluan akan bekudis. Tambahan lagi, mereka juga percaya bahawa sekiranya tidak mahu tersesat di dalam hutan, seseorang itu hendaklah memakai baju yang terbalik.

Laporan disediakan oleh:- Nur Balkis Binti Omar (900124-08-5338) Berdasarkan tajuk pembentangan yang telah diberikan berkaitan pantanglarang suku kaum yang terdapat di Malaysia, saya tertarik untuk mencari dan mengetahui pantang-larang suku kaum Bajau dan Melanau. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh daripada laman sesawang banyak membantu saya untuk mendapatkan segala maklumat terperinci berkaian 2 suku kaum ini.

Pelbagai pantang-larang suku kaum Bajau dan Melanau ini yang biasa saya dengar daripada cerita-cerita nenek moyang kita terdahulu. Ada diantaranya yang sama dengan pantang-larang orang melayu. Contohnya, tidak boleh memotong kuku di waktu malam. Rasionalnya kerana dikhuatiri akan terpotong jari kerana waktu malam keadaannya gelap. Seperti mana kebanyakan masyarakat pribumi setempat lainnya, masyarakat Melanau tidak terlepas daripada mewarisi adat istiadat dan kepercayaan yang bercorak animisme. Terutamanya mereka yang masih lagi menganut agama tradisional. Menurut kepercayaan mereka, makhluk halus biasanya menetap di anak sungai, pokok, batu dan sebagainya. Bagi makhluk halus yang lebih tinggi, ia akan tinggal di kawasan yang lebih strategik dan luas seperti muara sungai, laut dan hutan. Ianya dikenali sebagai ipok dan dipuja setiap tahun dalam Perayaan Kaul. Selain itu, dalam masyarakat Melanau, tahyul dan pantang larang merupakan antara asas dalam kepercayaan animisme. Hampir semua kegiatan harian mereka mempunyai larangan dan pantang yang perlu dijauhi. Sebagai contoh; sekiranya seseorang itu hendak pergi menebang dan terserempak dengan tikus di pertengahan jalan, maka dia perlu berpatah balik kerana bagi mereka tikus adalah jelmaan iblis atau amow.

Pantang larang ini juga melibatkan semua peringkat umur seseorang. Bermula daripada ibu mengandung, selepas bersalin, zaman kanak-kanak, cukur rambut, zaman bujang, selepas berkahwin dan mati semuanya dipenuhi dengan pantang larang yang perlu dipatuhi. Sekiranya dilanggar pantang larang tersebut maka tulah akan mengenai orang tersebut. Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan. Secara konklusinya, pantang larang dalam sesuatu suku kaum itu merupakan undang-undang hidup masyarakat tersebut dan ianya dicipta untuk kebaikan bersama. Justeru itu, sebagai generasi muda kita seharusnya mengetahui semua pantang-larang yang dicipta oleh nenek moyang kita agar ianya tidak hilang atau pupus ditenggelami arus permodenan negara.

You might also like