Isi Tugasan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.0 HASIL PEMBELAJARAN BAGI TAJUK ISIPADU CECAIR 1.0.

1 Matapelajaran Matematik Sekolah Rendah Bagi Tahun 2 Hingga tahun 5

TAHUN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid dibimbing untuk 1.Memahami dan mengguna kan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan isi padu cecair. 2. Mengukur dan membanding

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini murid dapat i. Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan isipadu dalam konteks praktikal.

i. Membandingkan dua jumlah cecair secara perbandingan langsung. ii. Mengukur isipadu cecair yang menggunakan bukan ukuran piawai

TAHUN 2

kan isipadu .cecair secara perbandingan langsung dan dengan menggunakan bukan ukuran piawai 3. Mengukur dan membanding kan isipadu cecair mengguna kan unit piawai. 1. Mengukur dan membanding kan isipadu cecair mengguna kan unit piawai.

i. Mengukur isipadu cecair yang menggunakan unit piawai.

i. membaca skala pembahagian terdekat. ii. Mengukur dan rekod isipadu cecair yang menggunakan unit-unit standard: a. liter; b. mililiter. iii. Bandingkan jumlah kedua-dua cecair dengan menggunakan unit-unit standard:

TAHUN 3

a. liter; b. mililiter. iv. Menganggar isipadu cecair dalam a. liter; b. mililiter. 2. Memahami hubungan di antara unit-unit isipadu cecair. i. Tahu dan menggunakan hubungan antara liter dan mililiter.

i. Menambah unit isipadu cecair dalam: a. liter; b. mililiter ii. Menolak unit isipadu cecair dalam: a. liter; 3. Tambah, tolak, darab dan bahagi unit isi padu cecair. b. mililiter iii. Mendarab unit isipadu cecair dalam: a. liter; b. mililiter iv. Membahagi unit isipadu cecair dalam: a. liter; b. mililiter 4. Menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan isipadu cecair dalam kehidupan sebenar. 1.Mengukur dan membanding kan isipadu cecair mengguna kan unit piawai. i. Membaca alat pengukur isipadu cecair dalam unit liter dan mililiter. ii. Menulis ukuran isipadu cecair kepada skala puluh yang terdekat a. liter, b. mililitre. iii. Mengukur dan merekodkan isi padu cecair TAHUN 4 dalam unit liter dan mililiter. iv. Menganggaran isi padu cecair dalam liter dan mililiter. 2. Memahami hubungan di antara unit-unit isipadu cecair. i. Menukar unit isipadu, dari a. liter kepada mililiter, b. mililiter kepada liter, c. liter dan mililiter kepada liter, d. liter dan mililiter kepada mililliter. i. Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu cecair dalam situasi kehidupan sebenar.

3. Tambah dan tolak unit isipadu.

i. Menambah isipadu cecair yang melibatkan penukaran unit dalam; a. liter, b. mililiter, c. liter dan mililiter. ii. Menolak isipadu cecair yang melibatkan penukaran unit dalam: a. liter, b. mililiter, c. liter dan mililiter.

4. Darab dan bahagi unit isipadu.

i. Mendarab isipadu cecair yang melibatkan penukaran unit dengan: a. nombor satu digit, b. 10, 100, 1000. ii. Membahagi isipadu cecair yang melibatkan penukaran unit dengan: a. nombor satu digit, b. 10, 100, 1000. iii. Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu cecair.

1. Mengukur dan membanding kan isipadu cecair mengguna kan unit piawai.

i. Mengukur dan merekodkan isipadu cecair dalam unit metrik yang lebih kecil ukuran diberikan dalam bentuk pecahan dan / atau perpuluhan dalam unit yang besar ii. Menganggar isipadu cecair melibatkan

TAHUN 5

pecahan dan perpuluhan dalam unit liter dan mililiter. iii. Membandingkan isipadu cecair yang melibatkan pecahan dan perpuluhan menggunakan liter dan mililiter

2. Memahami hubungan di antara unit-unit isipadu cecair.

i. Menukar unit isipadu yang melibatkan pecahan dan perpuluhan dalam unit liter dan sebaliknya. ii. Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu cecair.

3. Tambah dan tolak unit isipadu.

i. Menambah unit isipadu yang melibatkan nombor perpuluhan dalam a. liter, b. mililiter, c. liter dan mililiter. ii. Menolak unit isipadu yang melibatkan nombor perpuluhan dalam a. liter, b. mililiter, c. liter dan mililiter.

4. Darab dan bahagi unit isipadu.

i. Mendarab unit isipadu yang melibatkan nombor bercampur menggunakan: a. Nombor satu digit, b. 10, 100, 1000, yang melibatkan penukaran unit. ii. Membahagikan unit isipadu dengan menggunakan a. sehingga 2 digit nombor, b. 10, 100, 1000, yang melibatkan nombor perpuluhan iii. Membahagikan unit isipadu dengan menggunakan: a. nombor satu digit, b. 10, 100, 1000, yang melibatkan penukaran unit. iv. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan isipadu cecair.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2.0.1 Matematik Tahun Empat

MATA PELAJARAN TAJUK KELAS BIL. MURID MASA

Matematik Isipadu Cecair 4 Sri Jerai 40 Orang 0910 1010 ( 1 Jam )

Murid Dibimbing Untuk:OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1.Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit piawai. Di Akhir Pembelajaran Ini Murid Dapat:iv. Menganggaran isi padu cecair dalam liter dan mililiter. i. Membaca alat pengukur isipadu cecair dalam unit liter dan mililiter. PENGETAHUAN SEDIA ADA ii. Menulis ukuran isipadu cecair kepada skala puluh yang terdekat. iii. Mengukur dan merekodkan isi padu cecair dalam unit liter dan mililiter. Buku teks, kertas A4, kad manila, botol minuman 1.5 , pisau, pita perekat kertas, 5 jenis bekas & botol, minuman tin, gelas kecil, pen marker

HASIL PEMBELAJARAN

ALAT BANTU MENGAJAR

LANGKAH PENGAJARAN LANGKAH ISI KANDUNGAN  Permainan Hangman SET INDUKSI (5 MINIT) AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk permainan teka huruf. 2. Murid diterangkan dengan peraturan permainan dan kumpulan yang dapat meneka perkataan MENGANGGAR akan diberikan hadiah. 3. Murid dibimbing untuk mengaitkan konsep menganggar dalam kehidupan seharian mereka. 5

 Pengenalan konsep menganggar

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan dipamerkan dengan 5 bekas dan botol kosong berlainan bentuk.(dilabel) 3. Setiap kumpulan diminta untuk menganggar

LANGKAH 1 (10 MINIT)

isipada bagi setiap bekas dan botol berlabel. 4. Setiap kumpulan akan menulis anggaran mereka didalam kertas. 5. Guru akan memilih jawapan bagi satu kumpulan secara rawak. 6. Anggaran kumpulan tersebut ditulis ke dalam jadual let estimate  Menganggaran isi padu cecair dalam liter dan mililiter. 1. Setiap kumpulan diterangkan mengenai teknik menganggar yang betul menggunakan penanda aras 200m . 2. Setiap kumpulan akan dibimbing membina penanda aras anggaran menggunakan gelas dan gelung getah. 3. Murid dan guru bersoal jawab mengenai perbandingan saiz dan kapasiti  Menganggaran isi padu cecair dalam liter dan mililiter. 1. Setiap kumpulan akan berganti-ganti mengisi cecair berwarna ke dalam setiap botol & bekas dan membuat anggaran semula dan membandingkan dengan anggaran pertama

LANGKAH 2 (10 MINIT)

 Projek gelas penanda aras 200m .

LANGKAH 3 (10 MINIT)

mereka. 2. Guru akan memilih satu jawapan anggaran kedua murid dan menyalin ke dalam jadual let estimate . 3. Murid dan guru bersama-sama mendapatkan ukuran sebenar dan membandingkan anggaran kedua murid dengan ukuran sebenar.

 Projek membina silinder penyukat dari bahan terbuang.  Lembaran kerja individu LANGKAH 4 (20 MINIT)

1.

Murid akan dibekalkan dengan bahan-bahan projek seperti botol minuman kosong, pita perekat dan pen marker mengikut kumpulan.

2.

Bersama-sama dengan guru, setiap kumpulan akan dibimbing untuk membina silinder penyukat sendiri dari bahan terbuang.

3.

Penggunaan pisau dan gunting tajam akan diselia oleh guru.

4.

Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil rekaan silinder masing-masing.

5.

Murid diedarkan dengan lembaran kerja individu.

6.

Guru akan membimbing murid menjawab lembaran kerja.

 Permainan meneka & menganggar isipadu benda PENUTUP (5 MINIT) tersembunyi.

1.

Murid dibawa untuk mengingat semula aktiviti pengajaran pada hari ini.

2.

Murid dibawa bermain permainan meneka & menganggar isipada benda tersembunyi (minuman tin).

3.

Murid yang berjaya menganggar dengan tepat atau hampir dengan ukuran sebenar akan diberikan hadiah.

DISEDIAKAN OLEH : .. (MOHD YUSUF BIN AHMAD SABARI) PPG UMS Semester 2 CT10210502 Tarikh : 14 November 2011

DISEMAK & DISAHKAN OLEH :

(DR. LING AI YIENG) PENSYARAH KANAN Pendidikan Dengan Sains UMS Tarikh :

3.0 LAPORAN 3.0.1 TRANSKRIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4

SET INDUKSI

1. Murid dibawa untuk bermain permainan yang diberi nama

Hangman . Permainan

meneka huruf yang akan membentuk perkataan. Bahan pengajaran yang digunakan ialah kad manila dan pen marker. 2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 8 orang ahli dan dikehendaki untuk melantik seorang ketua. 3. Permainan dimulakan dengan kumpulan pertama meneka huruf yang tersembunyi. Murid telah diberikan kategori perkataan ialah perbuatan seseorang . Setiap kumpulan meneka satu huruf.

Rujuk pada salinan hardcopy

4. Setiap kumpulan telah meneka beberapa huruf iaitu A, K, Q, M. P, R, E, S, N, I, T, dan G. Permainan dimenangi oleh kumpulan dua dan perkataan yang dicari ialah MENGANGGAR. Guru menerangkan kepada murid konsep menganggar dalam kehidupan seharian murid.

Rujuk pada salinan hardcopy

Rujuk pada salinan hardcopy

5. Menganggar bermaksud menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengirangira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dll) secara kasar. Murid di bawa ke aktiviti pembelajaran seterusnya. 9

LANGKAH PERTAMA

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mengandungi 8 orang ahli dan seorang ketua. Setiap kumpulan dibekalkan dengan lembaran kertas. 2. Semua murid diminta untuk memerhatikan beberapa buah bekas/ botol kosong pelbagai jenis yang dibawa oleh guru. Setiap botol/ bekas dilabelkan dengan A, B, C, D, dan E.

Rujuk pada salinan hardcopy

3. Kemudian, murid ditunjukkan dengan paparan jadual yang telah dilukis oleh guru menggunakan kad manila. Setiap kumpulan diminta untuk meneka/ menganggar isipadu air yang boleh memenuhi ruang pada setiap bekas/ botol yang berlabel A, B, C, D, dan E. Anggaran jawapan perlu ditulis di lembaran kertas yang telah diedarkan. 4. Setiap kumpulan akan menganggar setiap bekas/ botol air yang ditunjukkan dihadapan dan jawapan anggaran adalah dalam unit milliliter (m ). 5. Setelah siap membuat anggaran, guru telah memilih jawapan anggaran kumpulan 4 untuk ditulis dalam jadual Lets estimate yang dipaparkan. 6. BOTOL A = 600m , B EKAS B = 50m , BOTOL C = 500m , BOTOL D = 10m dan BEKAS E = 100m .

10

Rujuk pada salinan hardcopy

Rujuk pada salinan hardcopy

7. Murid diberi penerangan mengenai hasil jawapan kumpulan 4 dan dibawa untuk aktiviti seterusnya bagi menjelaskan kaedah menganggar kuantiti yang disyorkan. 11

LANGKAH KEDUA

1. Masih mengekalkan lima kumpulan pembelajaran, setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiji gelas kecil dan beberapa gelung getah. 2. Setiap kumpulan perlu berbincang dan cuba menanda aras isipada bagi 200m pada gelas masing-masing menggunakan gelung getah. Guru sebagai penunjuk cara.

Rujuk pada salinan hardcopy

3. Setiap kumpulan mempamerkan gelas masing-masing dan guru menerangkan cara yang betul untuk mengukur isipadu bagi 200m . 4. Menggunakan silinder penyukat, murid dibimbing untuk mendapatkan bacaan 200m yang tepat menggunakan air berwarna. Air tersebut dituang ke dalam gelas kecil bagi mendapatkan skala bacaan dan lilitan gelung getah perlu diubah mengikut kepada skala baru. 5. Setiap kumpulan melakukan aktiviti ini dan telah memperbetulkan anggaran 200m pada gelas masing-masing. 6. Beberapa orang murid dipanggil untuk membantu guru mengisi air ke dalam baldi yang dibawa. Setelah diisi dengan air, guru mencampurkan pewarna merah ke dalam baldi bagi mendapatkan cecair berwarna.

12

Rujuk pada salinan hardcopy

7. Murid diberi penerangan mengenai gelas yang ditandakan dengan gelung getah pada isipadu 200m adalah sebagai penanda aras mengukur/ menganggar botol dan bekas berlabel A, B, C, D, dan E. 8. Setiap murid diminta untuk memerhati saiz gelas dan membandingkan dengan setiap bekas dan botol berlabel berlabel A, B, C, D, dan E. 9. Guru akan bertanya secara lisan mengenai perbandingan tersebut; (i) (ii) saiz gelas adalah kecil? betul atau salah . Murid memberi jawapan betul. saiz botol A adalah lebih besar daripada saiz gelas? Betul atau salah . Murid memberi jawapan betul. 10. Murid akan membuat keputusan daripada aktiviti soal jawab dan menyatakan bahawa; a. Botol A mempunyai isipadu lebih dari 200m b. Bekas B mempunyai isipadu lebih dari 200m c. Bekas c mempunyai isipadu lebih banyak dari 200m d. Bekas D mempunyai kurang dari 200m e. Bekas E mempunyai isipadu lebih dari 200m 11. Keputusan awal seperti ini menunjukkan bahawa murid telah melihat secara menyeluruh sebelum membuat anggaran.

13

LANGKAH KETIGA

1. Semua murid diminta untuk memerhatikan demonstrasi mengukur atau menganggar dengan tepat. Bahan yang digunakan ialah gelas bertanda 200m dan kesemua bekas/ botol berlabel. 2. Murid dibimbing untuk membuat anggaran menggunakan air berwarna. Setiapbekas atau botol berlabel perlu diisi dengan air berwarna bagi memdapatkan isipadu ruang botol atau bekas tersebut. 3. Dengan menggunakan gelas yang ditanda 200m . Guru menunjukkan cara mengukur/ menganggar dengan mengisi/ memenuhkan setiap botol atau bekas bermula dengan Botol A sehingga Bekas E.

Rujuk pada salinan hardcopy

14

Rujuk pada salinan hardcopy

15

4. Setiap kumpulan murid akan mengisi jadual anggaran yang kedua bagi memperbaiki anggran pertama mereka semasa demonstrasi dilakukan. 5. Guru memilih jawapan anggaran kumpulan 5 untuk ditulis kedalam ruangan estimation pada paparan kad manila. 2nd

Rujuk pada salinan hardcopy

16

6. Setiap kumpulan akan membentangkan anggaran kedua mereka dan berbincang mengenai rasional anggaran masing-masing berdasarkan pemerhatian terhadap demonstrasi guru. 7. Dengan menggunakan silinder penyukat, guru akan mendapatkan ukuran sebenar setiap isipadu air berwarna bekas/ botol berlabel. 8. Jawapan dan jumlah isipadu sebenar ditulis kedalam jadual untuk dibuat perbandingan. Setiap kumpulan murid diminta untuk menulis isipadu sebenar dan membandingkannya dengan jawapan anggaran setiap bekas dan botol. 9. Murid akan dibimbing untuk mendapatkan perbezaan anggaran dan jawapan sebenar seterusnya berbincang mengenai kemahiran yang telah mereka pelajari.

Rujuk pada salinan hardcopy

10. Murid dapat menilai dan melihat perubahan jawapan anggaran pertama mereka dengan anggaran kedua yang lebih hampir kepada jawapan/ isipadu sebenar. 11. Guru menerangkan sekali lagi mengenai penggunaan penanda aras 200m yang telah dibuat menggunakan gelas kecil yang banyak membantu mengubah anggaran setiap murid. 12. Murid dibawa untuk aktiviti pembelajaran seterusnya iaitu projek silinder penyukat buatan sendiri 17

LANGKAH EMPAT

1. Oleh kerana masa yang tidak mencukupi, murid diminta untuk memerhatikan dengan penuh perhatian tunjuk cara oleh guru. Bahan yang digunakan ialah botol minuman 1500m yang tidak digunakan, pita perekat jenis kertas, gelas bertanda 200m , pisau kecil/ gunting dan pen marker. 2. Guru menunjukkan kepada murid cara-cara membuat silinder penyukat dari botol terpakai dan meminta murid agar mencuba projek ini dirumah bersama ibu atau bapa. 3. Langkah penyediaan: a. Potong bahagian muncung mulut botol minuman dengan menggunakan pisau atau gunting.

Rujuk pada salinan hardcopy

b. Botol yang telah dibuang muncungnya perlu di lekatkan pita perekat jenis kertas bagi memudahkan proses menanda skala bacaan isipadu.

18

Rujuk pada salinan hardcopy

c. Skala ukuran isipadu akan ditanda dengan menggunakan pen marker di bahagian berpita perekat. d. Bagi menentukan skala ukuran, gelas berukuran 200m berwarna bagi memudahkan pembacaan meniskus air. e. Skala bermula dengan 200m bertanda tadi. f. Ulangi langkah sehingga setiap skala telah ditulis dengan menggunakan pen marker. setelah air berwarna dituang menggunakan gelas digunakan. Gunakan air

4. Setiap kumpulan akan memerhati hasil projek silinder penyukat dan bersedia untuk menjawab soalan lembaran kerja seterusnya mengakhiri pembelajaran pada hari ini.

19

Rujuk pada salinan hardcopy

20

PENUTUP

1. Murid dibawa untuk mengingat semula aktiviti pembelajaran pada hari ini dengan sesi soal jawab bersama-sama guru. 2. Murid akan diingatkan mengenai tajuk atau kemahiran yang akan dipelajari seterusnya dalam topik isipadu cecair. 3. Murid akan diberikan soalan kuiz mudah. Meneka atau menganggar isipadu air minuman tin yang disembunyikan oleh guru. Tips-tips mudah diberikan dan setiap murid hanya boleh meneka/ menganggar sekali sahaja. 4. Jawapan betul adalah dari ketua kumpulan 1 yang meneka isipadu benda yang disembunyikan ialah 390m . Jawapan yang paling hamper kepada isipadu sebenar 325m . 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat.

REFLEKSI GURU

a. KEKUATAN

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua murid. Set induksi yang menarik perhatian murid kerana permainan meneka huruf sangat diminati. Penyediaan alat bantu mengajar bagi slot set induksi membantu guru menguasai kelas dengan baik. Disiplin murid dapat dikawal dengan teknik membentuk kumpulan kecil bersama ketua masing-masing. Pembentukan kumpulan bagi setiap langkah pengajaran dan amaran lisan tentang pemotongan markah kumpulan membantu pengawalan tingkahlaku murid. Objektif pembelajaran tercapai dengan hampi keseluruhan murid memahami kaedah sebenar untuk membuat anggaran dan melihat kepada jawapan anggaran setiap kumpulan murid. Teknik penyoalan yang baik dan menyeluruh. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan 50% bahasa melayu dan 50% bahasa inggeris kerana murid tahun 4 masih mengikuti pembelajaran PPSMI. Penekanan kepada istilah-istilah matematik dalam bahasa inggeris dapat membantu murid memahami objektif pembelajaran.

21

b. KELEMAHAN

Kelemahan yang telah dikenalpasti ialah persediaan guru untuk membawa alat-alat dan bahan terlebih awal ke dalam kelas. Alatan dan bahan berselerakan diatas meja dan menyukarkan penerangan guru. Set induksi mengambil masa yang agak lama, sehingga 12 minit. Perkara ini berlaku kerana proses penyediaan kad manila dan proses permainan dijalankan. Aktiviti secara berkumpulan hanya melibatkan segelintir murid sahaja, murid yang lain kelihatan tidak melibatkan diri atau bermain sesama mereka. Penyediaan gelas penanda aras 200m dibuat oleh setiap kumpulan tetapi aktiviti

menuang air berwarna hanya dilakukan oleh guru kerana risiko air tumpah. Perkara ini dilihat tidak melibatkan penglibatan murid itu sendiri untuk merasai/ melakukan aktiviti tuang-menuang. Penyediaan air berwarna tidak dilakukan terlebih dahulu sehingga memerlukan bantuan murid memenuhkan baldi di tandas murid, masa pengajaran terbuang sehingga 10 minit menunggu murid kembali ke dalam kelas. Pengurusan masa yang tidak efektif menyebabkan projek pada langkah 4 terpaksa dibuat oleh guru seorang tanpa melibatkan murid.

c. LANGKAH MENGATASI

Langkah mengatasi atau penambahbaikan yang dikenalpasti ialah (A) penyediaan atau penggunaan power point dalam membuat jadual atau permainan mudah. (B) perlu

diadakan aktiviti atau projek yang melibatkan semua murid. (C) pengurusan masa yang lebih efektif dengan menghadkan langkah-langkah pengajaran yang mengambil masa yang lama. (D) pemberitahuan awal kepada murid agar dapat menyediakan bahan mereka sendiri untuk aktiviti seperti projek dan kerja kumpulan. (D) penyediaan air berwarna yang menyenangkan guru seperti air minuman botol. (E) membuat pengulangan aktiviti menyukat dan menganggar dengan menggunakan bahan lain sebagai penanda aras. (F) melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran diluar kelas bagi mengelak lantai yang dibasahi air dan dapat melibatkan semua murid dalam aktiviti sukat-menyukat. (G) penyediaan manual projek silinder penyukat bagi memastikan murid mencuba untuk membuatnya dirumah bersama ibubapa. (H) perlu menyediakan aktiviti untuk pengayaan dan pemulihan untuk murid.

22

LEMBARAN KERJA (KUMPULAN 5)

KETUA KUMPULAN : AHLI : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. ... . ... . ... . ... .

TARIKH :

ESTIMATION TABLE
JADUAL ANGGARAN ISIPADU

CONTAINER
BEKAS

1ST ESTIMATIONS
ANGGARAN PERTAMA

2ND ESTIMATIONS
ANGGARAN KEDUA

ACTUAL MEASUREMENT
UKURAN SEBENAR

DIFFERENCE
BEZA

BOTTLE A
BOTOL A

CONTAINER B
BEKAS B

BOTTLE C
BOTOL C

BOTTLE D
BOTOL D

CONTAINER E
BEKAS E

23

You might also like