Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

Tajuk (2b) : Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya (Bahasa, Adat resam, Jantina)

Pensyarah : En. Badrul Hisham b. Ismail Ahli Kumpulan : N. Faiznur Firda bt N. Lukman Dzuki Yazmin bt Mohd Sani

PENGENALAN
KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN DALAM SOSIOBUDAYA

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

Bangsa Kepercayaan Struktur Masyarakat Adat Resam Bahasa

Jantina

BAHASA
Bahasa ialah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi, berhubungan. Tujuannya adalah untuk menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Fungsi bahasa terbahagi kepada :- Fungsi umum - Fungsi khusus

Fungsi umum - alat untuk berkomunikasi dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial. Fungsi khusus - alat untuk mengadakan hubungan dalam pergaulan seharian, mewujudkan seni sastera, mempelajari naskhah lama dan untuk mengeksploitasi ilmu pengetahuan dan teknologi.

Bahasa merupakan faktor penting kerana : - memupuk perpaduan - bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan - bahasa penghantar utama (di institut pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan tetapi menjadi subjek wajib)

Peranan guru dalam mengajar Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu : - mengaplikasikan pedagogi pelbagai yang bersesuaian dalam pengajaran bahasa. - mengaplikasikan bahasa dan budaya yang pelbagai daripada pelajar sendiri sebagai bahan pengajaran. Bagi memastikan proses P&P berkesan, guru perlu mengenal pasti latar belakang pelajar, budaya, kekuatan dan kelemahan, minat dan lain-lain lagi.

JANTINA
Jantina atau gender merupakan perbezaan antara lelaki dan perempuan berdasarkan ciri-ciri fizikal, sosial dan budaya yang diperoleh melalui proses belajar. Jantina = perbezaan berdasarkan biologi Gender = perbezaan hubungan sosial dan budaya Contoh ; sesetengah masyarakat beranggapan lelaki amat diperlukan dan penyambung warisan.

ADAT RESAM
Adat = kebiasaan Resam = lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

Adat resam di Malaysia boleh dilihat berdasarkan masyarakat berikut ; - Masyarakat Melayu - Masyarakat Cina - Masyarakat India - Masyarakat etnik di Sabah - Masyarakat etnik di Sarawak - Masyarakat orang Asli

ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU


Adat melenggang perut (Kirim Perut / Manti Tian) - Pengamal : wanita yang mengandung anak sulung ketika usia kandungan berusia tujuh atau lapan bulan. - Bertujuan untuk membuang kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan.

Adat memotong tali pusat - Bidan akan menyambut bayi yang baru lahir dengan jampi serapah lalu di semburkan dengan daun sirih. - Selepas dibersihkan, tali pusat akan di potong dengan dengan menggunakan sembilu buluh dan di alas sekeping wang perak satu ringgit.

Adat cukur jambul - Dilakukan selepas bayi telah berumur tujuh hari. - Bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam serta di dukung oleh bapa atau datuknya. - Bayi di bawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. - Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa dan di tanam di sekitar halaman.

Adat bersunat - Bayi perempuan : dilakukan ketika masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. - Bayi lelaki : bersunat ketika berumur tujuh hingga dua belas tahun.

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA


Ibu mengandung - Tidak di benarkan membuat kerja-kerja seperti ; memaku kerana dikhuatiri bayi menjadi cacat. memukul binatang kerana ditakuti bayi terkena badi. - Tugas menjaga ibu mengandung adalah tanggungjawab ibu mertua, bukannya suami.

Menamakan bayi - Nama mestilah mengandungi lima unsur iaitu 1) Emas 2) Api 3) Tanah 4) Kayu 5) Air - Nama harus disusun secara seimbang iaitu yin dan yang . - Nama yang kurang baik akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang. (sama ada ditimpa kecelakaan atau kesejahteraan)

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA


Adat Valaikaappu -Dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia ketika tujuh hingga sembilan bulan. -Wanita dipakaikan sebentuk gelang baharu. -Dilakukan ketika hari dan masa yang baik mengikut kalendar india. -Wanita tersebut dimandikan dengan air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.

Adat menamakan bayi - Sewaktu bayi berumur 16 hari dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara berkaitan dewa-dewa. - Nama-nama yang dipilih berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. - Nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih kerana akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

ADAT MASYARAKAT IBAN


Ibu Mengandung -Sewaktu 7 bulan mengandung,wanita iban dan suaminya dilarang menggali parit dikawasan padi. - Mereka juga dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana menghalang pendarahan yang berterusan semasa bersalin. - Suami isteri juga tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau kerana dikhuatiri bayi cacat penglihatan.

ADAT RESAM MASYARAKAT KADAZAN


Bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. - Orang kebanyakan 7 hari - Orang berdarjat 21 hari - Orang berdarjat lebih tinggi 44 hari Suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah hingga tamat tempoh berpantang. Bidan akan kawalan secara mistik kepada ibu dan anak yang baru lahir supaya tidak diganggu makhluk halus. Ibu tidak boleh makan ikan bertulang keras, yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur.

ADAT RESAM MASYARAKAT ORANG ASLI


Melenggang perut - dilakukan oleh bidan untuk mengusir sebarang gangguan. Wanita tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet dikhuatiri muka sama seperti binatang. Wanita tidak boleh bekerja subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi tidak bermaya. Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuhan, ikan atau tempat yang berdekatan dengan bayi lahir.

RUMUSAN
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa, kita sepatutnya memahami kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di negara kita. Hal ini kerana, dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat lain, mereka akan dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama, dan toleransi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

RUJUKAN
Noriati A. Rashid.(2011).Budaya dan Pembelajaran. Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd. http://kheru2006.i8.com/EDU3106/2_SosioBudaya.htm http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/6.html

SEKIAN

You might also like