Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK 1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. 2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek? Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke taha hasil yang siap. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. 3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?
y

Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai. Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P. Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.

Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isuisu komuniti. Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat. Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

y y

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?
y y

Memberi tugasan mengikut kurikulum. Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Menentukan jadual kerja Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat. Penyediaan JPT (jadual penentu tugasan) dan PMM(Panduan Mmberi Markah) Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

y y y

y y y

y y

Selamat melaksanakan projek

Dihimpun Oleh : Ust Misri Hj Bohari ust.misri@gmail.com 10 Julai 2009

You might also like