Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PERTANDINGAN MENGHIAS BANGUNAN DAN JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN PERAYAAN KEMERDEKAAN KE 53 MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

JALAN PEJABAT KERAJAAN 1, 86000 KLUANG, JOHOR 07-7771401 / 07-7771472

1. Tujuan Kertas kerja ini dibentang untuk mengadakan Pertandingan Menghias Bangunan dan Jalur Gemilang, Majlis Perbandaran Kluang besempena dengan Sambutan Bulan Perayaan Kemerdekaan ke 53 Tahun 2010. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan penyertaan awam dalam menghayati bulan kemerdekaan. Menerusi pendekatan ini, diharap dapat melibatkan ramai penyertaan awam dalam menghayati dan menghargai Bulan Kemerdekaan sekaligus meningkatkan mutu menghias agar lebih berkualiti. 2. Ketegori Pertandingan a. b. c. d. e. Rumah Persendirian Bangunan Kerajaan Sekolah Menengah Sekolah Rendah Bangunan Swasta

3. Jangkamasa Pertandingan Corak pertandingan lebih kepada kesedaran orang ramai terhadap sambutan bulan perayaan kemerdekaan. Borang penyertaan boleh didapati di Majlis Perbandaran Kluang dan tempoh menghias ialah sepanjang sambutan bulan Perayaan kemerdekaan iaitu bermula Kempen Pengibaran Jalur Gemilang 16 Ogos 16 September 2010. Penyampaian hadiah akan diadakan pada Penutup Sambutan Hari Kebangsaan ke 53 peringkat Daerah Kluang. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah pada 27 Ogos 2010.

4. Tarikh Penghakiman Sepanjang Bulan Perayaan Kemerdekaan. 5. Kriteria pemarkahan Ciri-ciri yang akan dinilai adalah kreativiti menghias Jalur Gemilang di bangunan, keceriaan landskap kawasan sekitar serta aspek pencahayaan pada waktu malam.

You might also like