Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SEJARAH AWAL PENDIDIKAN JASMANI

NAMA AHLI KUMPULAN: 1) TENGKU HARZIANNTI BINTI TENGKU ABDUL HAMID 2) KHUZAIFAH BINTI MAT TAJUDIN 3) LILISSURIYANI BINTI RAJAB

1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)

TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

 Pendidikan awal di Malaysia adalah pendidikan tidak formal seperti kelas-kelas agama, pertukangan dan tiada Pendidikan Jasmani.  Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang Kerja-kerja pertukangan, berkebun dan kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani. Latihan jasmani dipertontonkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.

~ Secara amnya, Pendidikan Jasmani pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktivitiaktiviti:i) Permainan masa lapang ii) Keperwiraan iii) Senaman tradisional

2) ERA PENJAJAHAN
i) Era Kolonial Inggeris Lama
 Walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821 namun, Pendidikan Jasmani masih tiada dalam jadual pembelajaran.  Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.  Sebelum memulakan pelajaran, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.

KRONOLOGI SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah.  1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.  1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.  1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.  1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.

 Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negerinegeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.  Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan.  1940-an : Sukatan pelajaran telah disemak dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

ii) Era Penjajahan Jepun  Latihan jasmani telah diwujudkan bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.  Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanakkanak terpaksa membuat senaman beramairamai setiap pagi selama 30 minit.  Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.  Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.  Di setengah sekolah, latihan berkawad diadakan di sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3) ERA KOLONIAL ( pemerintahan British / sebelum merdeka)  Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.  Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran yang dikekalkan di sekolah.  Senaman diadakan 30minit setiap hari sebelum waktu pembelajaran.  Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.  Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di Maktab untuk menambah bilangan guru senaman.

1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah. 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah. Setiap hari persekolahan, latihan jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas. 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

4) ERA SELEPAS MERDEKA


 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.  1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.  Tujuannya untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kanakkanak di Malaysia.  Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK di Cheras.  Kursus tambahan 1 tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).

Rancangan PJ di sekolah diutamakan kepada aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah. 1958, Kementerian Pelajaran menubuhkan MSSM. PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. 1971, sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan B.Inggeris kerana lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk tarian moden, tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan. Pada awal 1980-an, UPM telah menawarkan Ijazah pertama Pendidikan Jasmani. Seramai 20 orang guru pelatih di tawarkan dalam program tersebut. Tujuannya untuk melengkapkan bakalbakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.

You might also like