You are on page 1of 26

SYAIR DANDAN SETIA DAN INTAN TERPILIH

DI UBAH OLEH NUR RIFAH SYAHIRAH FAZIANIE NASYIMAH JOBELL

RANGKAP 1
Dendam Berahi merupakan sebuah negeri yang diperintah oleh Mendam Perasat, seorang raja yang perkasa. Rakyatnya banyak dan mereka hidup gembira dan bahagia pada setiap ketika.

RANGKAP 2
Pada suatu hari, nobat dan nafiri berbunyi dengan riuh-rendah dan kononnya kedua-duanya itu berbunyi sendiri. Hal ini telah menimbulkan kehairanan di hati rakyat jelata.

RANGKAP 3
Keanehan itu disusuli pula oleh air sungai yang pasang sehingga mencecah ke kaki kota. Alat-alat bunyian berbunyi dengan kuat manakala bungabungaan pula mekar kesemuanya.

RANGKAP 4
Tiba-tiba loceng besar yang terletak di Gunung Dendam berbunyi. Hal ini kemudiannya disusuli pula oleh bunyi meriam di padang yang amat kuat sehingga menyebabkan rakyat berasa takjub.

RANGKAP 5
Di istana pula, dalam keadaan kelam kabut itu, permaisuri Lela Mengerna selamat melahirkan bayi yang di kandungnya.

RANGKAP 6
Bayi yang dilahirkan oleh baginda ialah seorang putera yang mempunyai paras rupa yang comel dan berser-seri tetapi tidak sempat disambut oleh bidannya.

BENTUK SYAIR
Syair ini ialah syair romantis.

Terdiri daripada 6 rangkap dan setiap rangkap mengandungi 4 baris.


Kesemua baris dalam setiap rangkap adalah maksud.

Jumlah kata bagi setiap baris adalah antara 3 hingga 5 patah kata.
Jumlah suku kata bagi setiap baris adalah antara 8 hingga 12 suku kata.

Rima akhir setiap rangkap ialah a-a-a-a.


Berbentuk terikat kerana mamatuhi ciri-ciri puisi tradisional Melayu.

TEMA
Mengenai pelbagai keajaiban yang mengiringi kelahiran putera raja. Ianya digambarkan bahawa sebelum kelahiran putera raja, pelbagai kejadian luar biasa telah berlaku. Antara keajaiban itu termasuklah nobat nafiri yang berbunyi dengan sendiri, air pasang hingga sampai ke kaki kota, semua jenis bunga mekar dengan serentak manakala loceng di Gunung Dendam dan meriam di padang berbunyi dengan tiba-tiba.

PERSOALAN
Kekuasan Allah - Allah mempunyai kuasa yang tidak dapat ditandingi apa jua makhluk di dunia ini dan Dia boleh memperlihatkan kekuasaan-Nya kepada sesiapa saja. Dalam hal ini, rakyat negeri Dendam Berahi telah menjadi pilihan-Nya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya itu.

Peranan bunyi-bunyian dalam kehidupan masyarakat silam. - Nobat dan nafiri serta peralatan lain yang menghasilkan bunyi, termasuklah loceng dan meriam merupakan unsur utama untuk mengkhabarkan sesuatu peristiwa penting seperti kelahiran putera puteri, pertabalan raja dan lain-lain.

Peristiwa luar biasa yang berlaku di negeri Dendam Berahi. - Pelbagai peristiwa luar biasa yang berlaku di negeri Dendam Berahi seperti nobat nafiri berbunyi sendiri, air pasang hingga membanjiri kota serta segala bunga mekar berkembang tatkala Permaisuri Lela Mengerna hampir hendak bersalin.

Kehebatan putera raja dapat dikesan sejak kelahirannya. - Putera yang dilahirkan oleh Permaisuri Lela Mengerna digambarkan memiliki rupa paras yang elok dan cahaya wajahnya begitu gilang-gemilang. Malah, bidan sendiri tidak sempat untuk menyambut kelahirannya.

GAYA BAHASA
GAYA BAHASA KLASIK - berketi laksa (berjuta-juta) rangkap 1, baris 3 - peri (hal/keadaan) rangkap 2, baris 4 - menderam (terlampau kuat) rangkap 4, baris 3 PENGGUNAAN BAHASA ARAB - nur (cahaya) rangkap 6, baris 3

PENGGUNAAN KATA GANDA - bersuka-suka rangkap 1, baris 4 - riuh-rendah rangkap 2, baris 1

- bunyi-bunyian
rangkap 3, baris 3 - gegak-gempita rangkap 3, baris 3 - laki-laki

rangkap 6, baris 1
- gilang-gemilang rangkap 6, baris 3

REPETISI (Perulangan) - Berbunyilah genta di Gunung Dendam, Di tempat padang berbunyi meriam.

rangkap 4, baris 1 dan baris 2

EPIFORA (Pengulangan kata tertentu pada akhir baris ayat) - Seorang laki-laki konon khabarnya, Terlalu sekali baik parasnya, Gilang-gemilang nur wajahnya, Tak sempat disambut oleh bidannya. rangkap 6

ASONASI (Perulangan bunyi vokal iaitu a,e, i,o,u) - Segala bunga kembanglah rata rangkap 3, baris 4 ALITERASI (Perulangan bunyi konsonan iaitu selain huruf a,e,i,o,u) - Bersuka-suka setiap masa rangkap 1, baris 4

INVERSI - Dendam Berahi namanya desa (Nama desa itu ialah Dendam Berahi) rangkap 1, baris 1 - Semuanya konon berbunyi sendiri (Konon semuanya berbunyi sendiri)

rangkap 2, baris 2
- Hairan tercengang isi negeri (Isi negeri tercengang dan hairan) rangkap 2, baris 3 - Terlalu sekali baik parasnya (Parasnya terlalu baik sekali) rangkap 6, baris 2

HIPERBOLA - Riuh-rendah nobat nafiri Semuanya konon berbunyi sendiri rangkap 2, baris 1-2

NILAI DAN PENGAJARAN


NILAI KEADILAN. - Setiap manusia, khususnya pemerintah, mestilah adil dan saksama dalam pemerintahan.

PENGAJARAN: Raja Mendam Perasat adil dalam memerintah negerinya sehingga membolehkan rakyatnya bersuka-suka sepanjang masa.

NILAI BERDIKARI - Perbuatan Permaisuri Lela Mengerna yang dapat melahirkan bayinya sendiri tanpa bantuan bidan, hendaklah dicontohi. Ia bertindak demikian semata-mata untuk selamatkan bayi yang dikandungnya. PENGAJARAN: Kita hendaklah berupaya bertindak sendiri tanpa mengharapkan bantuan org lain.

NILAI KASIH SAYANG - Permaisuri Lela Mengerna mempunyai sifat kasih dan sayang akan bayi yang dikandungnya. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk selamatkan nyawa anaknya. PENGAJARAN: Kita hendaklah mempunyai sifat kasih dan sayang akan nyawa seseorang yang hidup.

NILAI KESABARAN - Permaisuri Lela Mengerna sabar mengandungkan anaknya selama 9 bulan setengah sehinggalah bayi yang dikandungnya selamat dilahirkan. PENGAJARAN: Kita hendaklah sentiasa sabar dalam setiap perkara yang ditempuhi atau dilakukan.

NILAI KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL. - Penduduk Dendam Berahi tidak mempunyai fikiran yang buruk dalam apa jua keadaan yang pelik berlaku di negeri mereka. PENGAJARAN: Kita mestilah memiliki pemikiran yang sihat, yakni tidak memikirkan sesuatu yang buruk di sebalik kejadian aneh yang menimpa diri kerana setiap kejadian itu datangnya daripada Allah S.W.T.

TAMAT..
JOE FAZRI PRODUCTION

You might also like