Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK HAJI ZAINUL ABIDIN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN 2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Masa : 2 jam Nama

: __________________________________________ Tingkatan : ________ Penyedia Soalan : Cik Rosnah Bt Yaakup Penyemak Soalan : Pn Wan Aklim Nurazilawati Bt Wan Ahmad Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. Bahagian A (i) [ Masa yang dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ] 1. Bahagian A Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang puncapunca kepupusan haiwan liar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahagian A(ii) Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berikan maksud haiwan eksotik dalam petikan. [2 markah] 2 Berdasarkan petikan, nyatakan empat keistimewaan haiwan eksotik kepada manusia. [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kepupusan haiwan liar? [4 markah]

Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 25 minit ] [ 20 markah ] 2. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, huraikan pendapat anda tentang pentingnya kemudahan awam dijaga dengan baik. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C [ Masa yang dicadangkan : 45 minit ] [ 40 markah ] 3. Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 80 patah perkataan. (a) Kerajaan telah memperbanyak stesen televisyen selaras dengan tuntutan zaman. Langkah ini mendapat sambutan rakyat tetapi ada pihak yang menentangnya juga. Tulis suatu karangan untuk menyatakan kesan-kesan negatif sebagai akibat pertambahan stesen televisyen di Malaysia. (b) Seorang rakan sekolah anda terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia telahpun selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut. Kini, rakan anda sedang berehat di rumah. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menyatakan perkembangan yang berlaku di sekolah semasa tempoh dia bercuti. (c) Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk, Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya. (d) Tulis suatu cerita yang diakhiri dengan ayat yang berikut. berasa sungguh kesal kerana tidak mahu mendengar nasihat kawan. (e) Tulis suatu karangan berdasarkan peribahasa, lembu punya susu, sapi dapat nama.

Bahagian D [ Masa yang dicadangkan : 10 minit ] [ 10 markah ] 4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang berkaitan dengan tema. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

You might also like