Professional Documents
Culture Documents
Ayat Tunggal
Ayat Tunggal
satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.
Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini?
Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
Frasa
Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Contohnya: Buku tebal itu / sudah hilang.
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FS) Frasa Nama Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:
Inti + Penerang Inti + Penerang Nama Contoh: askarMelayu, budakperempuan, gelang kaki, bilik mesyuarat
Inti + Penerang Bukan Nama Contoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di kampung
Inti + Inti Contoh: datuk nenek, kampung halaman, pinggan mangkuk, teruna dara
Frasa Kerja Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek).
Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama). Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).
FK Tanpa Objek FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan) Contoh: Datuk sedang mandi (di sungai itu) Emak sudah pergi (ke pasar)
FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan) Contoh: Ali berada di dalam rumahnya Sarimah menjadi penyanyi
FK Dengan Objek FK dengan satu objek Contoh: Saya menjawab surat itu Penumpang itu menaiki feri
FK dengan dua objek Contoh: Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya Kakak memasak makanan untuk kami
FA sebagai predikat Contoh: Suara penyanyi itu merdu Warna bajunya kemerah-merahan
FA sebagai unsur keterangan (KK) Contoh: Mereka pulang segera Kereta bergerak terlalu laju
FA sebagai penerang KN dalam predikat Contoh: Nasi lemak masakan popular Usman Awanag Pensyair Agung Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
Penguat Hadapan : paling, terlalu Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising
Penguat Belakang : sekali, benar, nian Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
Penguat Bebas : amat, sungguh Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani sungguh
Frasa Sendi Nama Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS:
Sendi Nama + Frasa Nama Contoh: ke sekolah rendah daripada kayu jati
Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama Contoh: ke luar jendela dari dalam hatinya
Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara
Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan
Nota Tambahan Frasa Nama Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama. Contoh: Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa.
Rumus Frasa Nama (FN) Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal. Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut: Frasa Nama Penerang Perdana Tuan Timbalan Inti Menteri Ahmad Menteri Pelancongan Nota Penerang nama jawatan Penerang gelaran/panggilan Penerang nama jawatan
Bilangan
inti
Nota
bilah ekor
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan Penerang kata bilangan Kata bilangan dan penjodoh bilangan
Selain susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang. Contoh: Inti Kereta Penerang Adjektif berkilat Penerang Kata Nama/Frasa Nama ayah Penentu belakang itu
Frasa Kerja (FK) 1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. 3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. 4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah: Frasa kerja Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif Frasa kerja tak transitif Frasa kerja tak tanpa pelengkap transitif berpelengap (i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) Tanda kurungan menunjukkan ( kata bantu) + kata kerja unsur yang boleh ada atau + pelengkap + tiada (penerang) + keterangan
( i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) (ii) (kata bantu) + kata kerja + tanda kurung (penerang) + (keterangan) menunjukkan unrus yang Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. boleh ada atau tiada Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Subjek Frasa Nama Lelaki itu Cikgu bayi itu Jamal Khatib Kata bantu sedang masih sedang akan sedang Predikat Frasa kerja Kata kerja makan menulis merangkak datang berkhutbah
Nota Keterangan di atas meja. di papan hitam. dengan laju. esok di surau
Predikat Frasa kerja Frasa nama Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang Mereka Ahmad Saya akan ingin pulang menjadi tinggal ke rumah penyanyi di Klang secepat mungkin
Subjek
pelengkap frasa sendi nama pelengkap kata yang terkenal di negara ini nama Pelengkap frasa sendi nama
Frasa Adjektif Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Contoh: Subjek Ahli Gusti itu Ali Awak Predikat Kata Adjektif handal pandai hebat Nota
Penguat Belakang
betul
Frasa sendi nama Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama. Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama. Contoh: Predikat
dari akan ke di
arah selatan
depan
Klausa
Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat. Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas. Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut: Klausa Ayat Subjek Predikat Subjek Predikat budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu mereka ke pantai Mereka ke pantai
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya : Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada:
frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama (FS) . POLA-POLA AYAT DASAR 1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. 2. Dapat menjadi ayat dasar pada ayat-ayat lain. 3. Daripada pola-pola ayat dasar itu terbit ayat lain iaitu: AYAT TUNGGAL /AYAT MAJMUK /AYAT AKTIF/AYAT PASIF 4 pola ayat dasar ~Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) ~Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) ~Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) ~Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) FN + FN = Abangsayadoktor. FN + FK =Pelajar-pelajar berhimpun di dewan besar FN + FA = Ibu saya rajin. FN + FS = Saya bersekolah di SMK Bandar Tasik Kesuma