Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah

Universiti Brunei Darussalam

LAPORAN
PELAKSANAAN
PROJEK ANJUNG
BAHASA

PL3232 PENGAJARAN PENULISAN

Oleh
Shuzarina binti Haji Sarbani @ Haji Sharbini
06B0741
Nurhidayatullah binti Muhd. Hanafi
06B0747
B.Ed Primary Education
[Pendidikan Bahasa Melayu]
2008/2009
1.0 Pengenalan

Aktiviti lawatan yang dilaksanakan untuk sesuatu pengajaran penulisan sangat

bermanfaat kepada murid-murid. Mereka bukan sahaja dapat mengalami pengalaman

sebenar yang bermakna malahan juga mendapatkan fakta-fakta atau maklumat yang

mereka inginkan dengan jelas dan terperinci. Apalagi jika tempat yang dipilih untuk

lawatan tersebut sesuai dengan objektif dan tema penulisan.

Penulisan yang dilaksanakan dengan hanya membayangkan atau mendengarkan fakta

yang diberikan oleh guru tidak mampu memberikan kesan yang optima pada zaman ini

kerana kehendak dan keperluan murid-murid berbeza dengan murid-murid dahulu. Oleh

sebab itu, sebagai usaha untuk mendedahkan pelajar-pelajar B.Ed Primary Education

(Pendidikan Bahasa Melayu) yang mengikuti kursus PL 3232 Pengajaran Penulisan

dengan suasana dan kehendak pembelajaran tersebut maka, Projek Anjung Bahasa telah

dilaksanakan. Pelaksanaan Projek Anjung Bahasa adalah seperti di bawah:

Tarikh lawatan : 11 Oktober 2008

Hari : Sabtu

Waktu Lawatan : 7.45-11.00 pagi

Kenderaan yang digunakan : 2 buah mini bas

Guru yang menyertai lawatan : Cikgu Masmuliani binti Hj Muhamad

Cikgu Nurhalizah binti Hj Meluddin

Cikgu Shuzarina binti Hj Sharbini

Cikgu Nurhidayatullah binti Muhd Hanafi

Murid-murid yang terlibat : 15 orang murid darjah 5ABC (sila lihat lampiran 1)
2
2.0 Latar Belakang Tempat Yang dilawati

Ladang Ternakan Lois terletak di Kampong Katimahar, Jalan Tutong. Ladang ini milik

Awang Mohd Lois bin Abdullah. Manager ladang ini ialah anak Awng Lois sendiri iaitu

Awang Mharvin Lois. Ladang ini seluas 38 ekar. Terdapat seramai 37 orang pekerja di

ladang ini. Ladang ini mula dibuka pada

tahun 1992. Ladang ini bukan hanya

menternak binatang malahan juga

menanam buah-buahan seperti buah

pisang, nangka, rambutan dan buah

longan Brazil ataupun buah mentuha.

3.0 Praanjung

Segala aktiviti praanjung yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa perubahan yang berlaku, seperti berikut:

3.1 Tarikh dan waktu pelaksanaan muzakarah

Aktiviti muzakarah telah dilaksanakan dalam masa dua hari iaitu pada 6.10.2008 hari

Isnin dari jam 7.45-8.45 pagi dan 8.10.08 hari Rabu dari jam 8.00-10.00 pagi. Aktiviti

tersebut telah dijalankan dalam bilik perpustakaan.

3
3.2 Agenda dalam muzakarah

A. Peringkat Praanjung

Jika pada peringkat perancangan, aktiviti praanjung adalah seperti di bawah:

Aktiviti Tarikh Masa


pelaksanaan/hari

Muzakarah Dengan Murid


Agenda muzakarah:

• Bacaan Al-fatihah 13 Oktober 2008 (7.30-


9.00pagi)
• Memberikan penerangan mengenai Hari Isnin
Projek Anjung Bahasa.

• Menerangkan mengenai pakaian/


peraturan/ keperluan murid semasa
projek.

• Membincangkan aktiviti semasa projek


dan pascaanjung.

• Menyediakan soalan-soalan untuk Projek


Anjung (guru dan murid).

• Mengadakan latihan penggunaan bahasa


baku (murid-murid yang berbahasa baku
semasa projek dijalankan akan diberikan
ganjaran).

• Penutup – bacaan surah al-asr

Ketika muzakarah dengan murid-murid dilaksanakan, guru-guru pengawas bukan hanya

mengarahkan murid-murid untuk menyediakan soalan-soalan untuk Anjung Bahasa,

malahan murid-murid disuruh untuk:

• memikirkan 2 ekor binatang yang ingin sangat mereka temui.

• Menulis soalan yang ingin disoal kepada orang yang menjaga binatang tersebut.

4
• Menjawab soalan-soalan yang telah dibuat dalam bentuk karangan.

Setelah meneliti jawapan murid-murid, didapati:

• 6/15 orang murid ingin melihat buaya.

• 5/15 orang murid ingin melihat penguin.

• 3/15 orang murid ingin melihat kuda belang.

• 2/15 orang murid ingin melihat burung helang.

• 2/15 orang murid ingin melihat burung unta.

• 2/15 orang murid ingin melihat ular

Manakala tupai, rusa, beruang, harimau, kelawar, singa, biawak, koala, zirafah dan kuda

ingin dilihat oleh seorang murid bagi setiap sejanis binatang.

Ketika diarahkan untuk menjawab soalan mengenai hanya seekor sahaja binatang yang

telah mereka nyatakan, didapati:

• 5/15 menulis tentang burung penguin.

• 2/15 menulis tentang ular.

• 1/15 menulis tentang rusa, singa, harimau, buaya, burung helang, kuda belang,

zirafah dan kuda.

• Hasil kerja sebahagian murid-murid yang menulis tentang binatang yang terdapat

dalam ladang ternakan yang ingin dilawati adalah seperti dalam lampiran 13a-13e.

5
4.0 Perjalanan Projek Anjung Bahasa

Projek Anjung Bahasa telah dilaksanakan seperti di bawah:

4.1 Sebelum perjalanan

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di kawasan sekolah pada jam 7.00 pagi.

Kedatangan murid-murid dicatat untuk

tujuan keselamatan (Lihat lampiran 1).

Seterusnya murid-murid diberikan taklimat

ringkas mengenai displin yang perlu dijaga

dan tugasan yang perlu dilakukan sepanjang

lawatan. Setelah selesai murid-murid

dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri

daripada 7 dan 8 orang murid sekumpulan. Kedua-dua kumpulan diarahkan menaiki mini

bas bersama 2 orang guru pengawas bagi setiap bas pada pukul 7.42 pagi. Pada jam 7.45

pagi bas mula bergerak meninggalkan Sekolah Rendah Dato Basir. Perjalanan menuju

Ladang Ternakan Lois mengambil masa selama 30 minit.

4.2 Semasa Anjung Bahasa

Pada jam 8.15 pagi kedua-dua buah bas

sampai di ladang ternakan tersebut.

Rombongan pelawat telah disambut oleh dua

orang pekerja ladang iaitu Awang Edy dan

Dayang Vina. Kemudian rombongan dibawa

masuk ke pejabat pentadbiran. Ketika berada di dalam pejabat tersebut, guru pengawas
6
telah membahagikan kertas-kertas soalan pada murid-murid dan seterusnya mengaturkan

murid-murid untuk berpecah kepada 3 kumpulan untuk memudahkan mereka

mendapatkan fakta-fakta yang diperlukan.

Ketika murid-murid dibahagikan kepada kumpulan, pemilik ladang (Mohd Lois) masuk

ke pejabat berkenaan. Beliau telah

beramah mesra dengan murid-murid dan

memberi nasihat kepada murid-murid

supaya rajin belajar. Awang Mohd Lois

telah mengarahkan Awang Edy yang

merupakan salah seorang pekerja yang

telah lama berkhidmat dengan Awang Mohd Lois untuk menemani dan memberi

penerangan kepada rombongan pelawat sepanjang lawatan dijalankan. Setelah itu,

Awang Mohd Lois berkesudian untuk bergambar ramai bersama rombongan. Acara

bergambar ramai telah dilakukan di luar pejabat pentadbiran. Salah seorang pemandu bas

telah berkesudian untuk mengambil gambar tersebut.

4.2.1 Kawasan ternakan burung unta, emu dan rhea

Pada mulanya rombongan telah dibawa

melawat ke kawasan penternakan

burung yang terletak di atas bukit.

Terdapat 3 jenis burung yang dipelihara

7
dalam kawasan tersebut. Burung-burung tersebut adalah burung unta, burung emu dan

burung rhea. Menurut Awang Edy ketiga-tiga burung tersebut hampir serupa tetapi

burung unta bersaiz lebih besar dan tinggi serta mempunyai bulu pelepah yang berwarna

hitam, manakala burung emu pula agak rendah dan lebih kecil

serta mempunyai leher yang berwarna biru pula berwarna

putih. Di kawasan ternakan burung itu juga murid-murid telah

dibenarkan memberi makan burng-burung tersebut dengan

rumput. Murid-murid juga sempat menyaksikan burung unta menari. Murid-murid dalam

kumpulan 1 telah menyoal Awang Edy tentang burung unta. Soalan-soalan yang di soal

adalah seperti dalam lampiran 2. Setelah kesemua soalan tersebut dijawab murid-murid

kumpulan 2 telah menyoal Awang Edy tentang burung emu. Soalan-soalan tentang

burung emu adalah seperti lampiran 3.

4.2.3 Kawasan ternakan rusa

Selepas itu, rombongan dibawa ke kawasan ternakan rusa. Kawasan ternakan rusa berada

lebih tinggi daripada kawasan ternakan burung. Terdapat lebih kurang 40 ekor rusa yang

diternak di kawasan itu. Rusa-rusa tersebut adalah baka rusa tempatan. Soalan mengenai

rusa adalah seperti dalam lampiran 4.

8
4.2.3 Kawasan ladang buaya

Kemudian rombongan dibawa turun bukit

untuk melawat kawasan ladang buaya.

Kawasan ladang tersebut dikelilingi pagar.

Hanya guru-guru yang dibenarkan masuk

ke dalam pagar ladang untuk melihat

buaya-buaya tersebut secara dekat

manakala murid-murid hanya dibenarkan

memerhati disekeliling pagar.

Terdapat lebih seribu ekor buaya yang terdapat di ladang itu. Pada mulanya buaya-buaya

tersebut dipelihara sebagai hobi dan untuk penjualan kulit. Namun kerana penjualan kulit

tidak dibenarkan maka buaya-buaya tersebut dipelihara untuk dijual dagingnya. Labi-labi

juga dipelihara bersama buaya-buaya. Daging labi-labi tersebut adalah untuk dijual.

Soalan mengenai buaya adalah seperti yang terdapat dalam lampiran 5.

9
4.2.4 Kawasan kolam ikan

Seterusnya rombongan dibawa melawat ke

beberapa buah kolam ikan. Murid-murid telah

dibenarkan untuk memberi makan ikan-ikan

tersebut. Murid-murid juga bertanya soalan

mengenai kolam ikan dan soalan-soalan

mereka adalah seperti dalam lampiran 6.

10
4.2.5 Sangar burung merpati

Setelah selesai bertanya soalan dan memberi makan ikan, rombongan telah dibawa oleh

Awang Edy untuk melawat sangkar

burung merpati. Mengikut perancangan

awal, rombongan tidak jadualkan untuk

melawat di kawasan sangkar tersebut.

Burung-burung merpati yang dipelihara

adalah untuk dijual dagingnya dan

menurut Awang Edy, harga bagi seekor

burung merpati yang bersih ialah $4.00.

4.2.6 Kawasan akuarium

Lawatan diteruskan di kawasan akuarium. Di kawasan ini murid-murid berkesempatan

melihat seekor ikan arapaima yang berasal dari Sungai Amazon di Brazil. Pada mulanya

ada 6 ekor ikan arapaima yang ada dalam tangki tersebut namun 5 daripadanya telah

mati. Ikan tersebut sangat besar

dan sisik pada bahagian ekornya

agak kemerah-merahan. Di

kawasan itu juga murid-murid

telah menyaksikan ikan-ikan

hiasan yang cantik dalam

11
akuarium, anak-anak buaya, ular tedung putih, anak burung puyuh serta beberapa ekor

kuda yang berada di belakang kawasan akuarium.

Setelah selesai menyaksikan binatang tersebut

rombongan telah diberi kesempatan untuk

makan buah longan Brazil yang telah masak.

Buah yang sudah masak berwarna merah tua,

isinyanya seperti rambutan dan rasanya manis

serta campuran longan dan rambutan.

4.2.7 Penyampaian cenderamata

Setelah itu rombongan masuk ke dalam pejabat pentadbiran dan acara penyerahan

cenderamata kepada ladang tersebut telah

dilakukan. Cikgu Masmuliani telah

menyerahkan cenderamata tersebut sebagai

wakil rombongan manakala Awang Edy telah

menerimanya bagi pihak ladang. Setelah itu

rombongan menikmati minuman ringan dalam

pejabat tersebut. Pada perancangan awal

murid-murid akan diberikan jamuan di sekitar kolam. Walau bagaimanapun,

memandangkan masa tidak mengizinkan bekalan tersebut telah di bawa balik kesekolah.
12
Tepat jam 11.00 semua murid-murid berbaris masuk ke dalam bas dan setelah

mengucapkan terima kasih kepada pekerja di ladang itu, seterusnya rombongan

meninggalkan ladang.

4.3 Selepas perjalanan Anjung Bahasa

Rombongan tiba di SR Dato Basir sekitar jam

11.30 pagi. Setelah turun dari bas murid-murid

diarahkan untuk menyiapkan tugasan yang

diaturkan di rumah dan seterusnya menikmati

makanan yang diberikan.

4.4 Perubahan-Perubahan Dalam Projek Anjung Bahasa

Pada peringkat perancangan, 18 Oktober 2008 (hari Sabtu) telah dipilih sebagai tarikh

dan hari untuk melaksanakan projek Anjung Bahasa. Walau bagaimanapun, tarikh

tersebut telah ditukar kepada 11.10.2008 (hari Sabtu) dan waktu pelaksanaan juga turut

berubah iaitu dari 8.30-11.00 pagi kepada 7.45-11.00 pagi. Perubahan pada tarikh

tersebut kerana memikirkan kesuntukan waktu untuk melaksanakan pascaanjung dan

juga penyiapan laporan. Waktu juga turut diawalkan kerana memikirkan jarak yang agak

jauh dari SR Dato Basir dengan Ladang Ternakan Lois.

13
5.0 Pelaksanaan Pascaanjung

Perjalanan aktiviti pada peringkat pascaanjung juga mengalami perubahan.

Menurut perancangan awal aktiviti pascaanjung akan dilaksanakan seperti di bawah:

20 Oktober 2008 7.15-9.15 pagi a. Memilih gambar dan membuat poskad.


Hari Isnin b. Menyediakan gambar-gambar/ video
untuk pameran.
c. Membuat laporan.(berbentuk diari).

22 Oktober 2008 7.15-9.15 pagi d. Membuat pameran.


Hari Rabu

Walau bagaimanapun kerana masalah yang tidak dapat dielakkan maka tarikh dan waktu

pelaksanaan bagi aktiviti pascaanjung telah berubah. Aktiviti membuat poskad, aktiviti

membuat diari serta pameran gambar semasa Anjung Bahasa telah dilaksanakan serentak

pada hari Jumaat 17.10.2008 dari jam 7.45 hingga 11.15 pagi bertempat di bilik

perpustakaan. Walaupun ibu bapa telah dimaklumkan dengan surat (lihat lampiran 7)

namun hanya 11 orang murid yang hadir berserta Cikgu Masmuliani (Senarai kehadiran

seperti dalam lampiran 8).

5.1 Aktiviti Membuat Poskad

Seramai 9 orang murid telah menulis poskad yang akan ditujukan kepada ibu atau ayah

mereka. Murid-murid diberi masa 1 jam untuk menyiapkan tugasan tersebut (Rujuk

lampiran 9).
14
Langkah-langkah pelaksanaan:

i. Murid-murid memilih binatang yang ingin ditulis dalam poskad berdasarkan

gambar dan fakta yang telah ditulis.

ii. Murid-murid diberikan model poskad.

iii. Murid-murid menuliskan ayat-ayat mereka serta menggunakan fakta yang

telah dikumpulkan semasa aktiviti anjung bahasa.

iv. Setelah selesai, guru menyemak hasil

tulisan mereka dan membetulkan

kesilapan-kesilapan yang mereka

lakukan.

v. Ayat-ayat yang telah dibetulkan telah diarahkan untuk disalin ke dalam

poskad yang hendak dikirim.

vi. Setelah itu murid-murid melekatkan

gambar yang diambil semasa aktiviti

anjung bahasa ke dalam poskad mereka

sesuai dengan binatang yang mereka

ceritakan dalam poskad tersebut.

vii. Setelah selesai aktiviti pembentangan dilakukan.

Sebahagian daripada hasil kerja murid-murid boleh dirujuk dalam lampiran 10.

15
5.2 Aktiviti Membuat Diari

Pada mulanya kesemua murid diarahkan untuk membuat poskad, namun ada dua orang

murid yang berminat membuat diari. Oleh sebab itu kedua-duanya diarahkan bekerja

dalam kumpulan. Mereka diberi masa 1 jam untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Langkah pelaksanaan:

i. Memilih gambar yang mengikut urutan pelaksanaan projek anjung bahasa.

ii. Setelah itu kedua-duanya

memberikan nombor pada gambar

tersebut sesuai urutan.

iii. Gambar dilekatkan pada kertas

berwarna.

iv. Kedua-duanya menulis ayat-ayat di

bahagian bawah gambar tersebut.

v. Setelah selesai kedua-duanya membentangkan hasil tulisan mereka.

Diari yang dibuat oleh murid-murid tersebut telah di laminating dan dibuat dalam bentuk

buku serta diserahkan kepada cikgu Masmulaiani untuk disimpan dalam bilik darjah

sebagai bahan bacaan murid-murid (Lihat lampiran 11)

5.3 Cara pemarkahan

Hasil kerja murid telah diperiksa dan diberikan markah oleh guru penyelaras projek

berdasarkan taburan markah yang diberikan oleh guru bahasa Melayu di sekolah

berkenaan. Taburan markah yang diperolehi murid juga dicatat dalam borang yang

disediakan. (Rujuk lampiran 12a dan 12b)

16
5.4 Aktiviti Membuat Pameran Gambar

Langkah-langkah pelaksanaan:

i. Guru-guru dan murid-murid memilih gambar.

ii. Murid-murid menaip ayat-ayat

yang menceritakan gambar-

gambar tersebut di komputer serta

mencetaknya.

iii. Murid-murid lain menampal

gambar pada manila kad dan

menggunting dan menampalkan

ayat-ayat yang menceritakan

gambar-gambar tersebut.

iv. Setelah selesai gambar tersebut dipamerkan di papan maklumat untuk ibu

bapa.

Ketika guru-guru dan murid-murid selesai

melekatkan gambar-gambar tersebut di papan

maklumat ibu bapa, guru besar tiba di sekolah.

Beliau sempat bergambar di depan pameran tersebut.

17
Ketiga-tiga aktiviti telah selesai dengan jayanya pada jam 11 pagi. Manakala poskad

yang ditulis oleh murid-murid telah dihantar ke pejabat pos. Di pejabat pos, kedua-dua

guru penyelaras Projek Anjung Bahasa telah meminta kebenaran pihak pejabat pos

Sengkurong untuk melekatkan stem dan mencop tarikh penerimaan poskad terlebih

dahulu kerana kedua-dua guru penyelaras projek berhasrat untuk melaminating poskad

tersebut terlebih dahulu. Pihak Pejabat Pos Sengkurong telah memberikan kerjasama

dengan baik. Oleh sebab itu, setelah selesai melaminate 8 poskad tersebut di ‘Qalif Book

Store’ di Sengkurong poskad-poskad

tersebut telah diposkan pada hari Sabtu

18 Oktober 2008 di pejabat Pos

Sengkurong. Manakala 2 lagi poskad

telah diposkan pada 20 Oktober 2008

(Hari Isnin).

5.5 Penyampaian Sijil dan Cenderamata

Penyampaian sijil untuk murid-murid yang terlibat dengan projek Anjung Bahasa telah

dilaksanakan pada hari Sabtu, 25 Oktober 2008. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh

guru besar iaitu cikgu Hjh Dayang Sarimah bte Hj Awang Bakir . Penyampaian sijil-sijil

telah dilaksanakan di dalam bilik perpustakaan. Penyampaian sijil-sjil telah disaksikan

oleh guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan (lihat lampiran 13a untuk sijil).

18
Seorang murid telah diberikan hadiah kerana penglibatannya yang aktif dan berjaya

menggunakan bahasa baku semasa projek Anjung Bahasa. Manakala 3 orang murid telah

diberikan hadiah oleh penyelaras projek kerana cemerlang dalam aktiviti penulisan

pascaanjung. Murid-murid tersebut adalah:

Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri


Penerima hadiah murid aktif dan Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub
dapat menggunakan bahasa baku Penerima hadiah murid cemerlang
semasa Projek Anjung Bahasa dalam penulisan laporan (dairi)
dijalankan

Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin dan


Siti Nur Muizzah bte Muhammad
Penerima hadiah murid cemerlang dalam
penulisan poskad.

19
Setelah itu guru besar menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Masmuliani binti Hj

Muhammad kerana kerjasama yang beliau berikan sepanjang projek Anjung Bahasa ini

dilaksanakan. Sebagai tanda ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada guru

besar, Cikgu Hjh Dayang Sarimah bte Hj

Awang Bakir penyelaras projek telah

menyampaikan cenderamata berupa sebuah

album dan cekera padat yang mengandungi

dokumentasi sepanjang projek Anjung

Bahasa dilaksanakan. Surat penghargaan juga

disertakan bersama di dalam album tersebut (lampiran 14).

Sebelum majlis penyampaian sijil-sijil dan cenderamata dilaksanakan, cikgu

Nurhidayatullah binti Muhd Hanafi telah memberikan sedikit ucapan sebagai wakil

penyelaras projek. Dalam ucapan ringkas tersebut beliau menyatakan rasa terima kasih

atas sambutan dan kerjasama baik yang telah diberikan pihak sekolah baik dari guru

besar, guru-guru darjah V dan murid-murid. Beliau berharap agar kerjasama ini akan

dapat diteruskan pada masa akan datang. Selain itu juga, kedua penyelaras projek juga

diberikan sijil dan cenderamata kenangan dari pihak sekolah. (lihat lampiran 13b).

20
6.0 Faedah Projek

Terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi daripada pelaksanaan projek ini seperti:

i. Projek ini telah dapat membuka minda guru-guru di sekolah yang terlibat, bahawa

pengajaran penulisan tidak semestinya dilaksanakan dalam bentuk tradisional

yang dilaksanakan dalam bilik darjah semata-mata serta membosankan malahan

dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan.

ii. Setiap satu lawatan yang dilakukan dapat digunakan oleh guru-guru untuk

mengajarkan dan menghasilkan pelbagai bentuk penulisan yang dapat diajarkan

dalam beberapa waktu pengajaran penulisan.

iii. Fakta yang didapati daripada setiap lawatan lebih tepat dan dapat dimanfaatkan

oleh murid-murd untuk menghasilkan penulisan yang bermutu.

iv. Masa penyiapan sesuatu penulisan akan dapat dikurangkan kerana semua fakta

yang diperlukan telah tersedia.

v. Ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid-murid menjadi panjang dan struktur serta

makna yang lebih tepat (lihat lampiran 15).

vi. Murid-murid menunjukkan keyakinan dalam menghasilkan sesuatu bentuk

penulisan keranan fakta yang diperlukan telah diperolehi serta tepat.


21
vii. Murid-murid dapat menyemai sikap berani dan yakin dalam berkomunikasi

dengan orang lain selain kawan-kawan dan guru-guru terutama ketika mereka

mengajukan soalan.

viii. Suasana pembelajaran lebih seronok dan pembelajaran yang diterima lebih

berkesan dan dapat kekal lama dalam stor ingatan mereka.

ix. Murid-murid dapat menghasilkan idea-idea kreatif berdasarkan maklumat yang di

dapati semasa projek Anjung Bahasa.

7.0 Pandangan Ibu Bapa Terhadap Projek

Poskad-poskad yang dikirimkan telah sampai ke tangan ibu bapa murid-murid pada

minggu ke10 iaitu dari hari Selasa 21 Oktober 2008 hingga pagi 25 Oktober 2008.

Penyelaras projek telah menemubual murid-murid tentang pandangan ibu dan ayah

mereka setelah menerima poskad berkenaan. Rata-rata ibu bapa murid-murid

berpandangan positif terhadap projek ini. Ibu bapa juga turut memuji gambar-gambar

yang diambil serta pemilihan tempat lawatan yang menurut mereka seperti di luar negeri.

Ada juga ibu bapa yang menegur tulisan serta ayat-ayat yang ditulis oleh anak mereka.

Guru besar sekolah berkenaan juga turut berminat dengan tempat lawatan tersebut setelah

beliau melihat gambar-gambar yang diambil malah beliau telah mengarahkan guru

pengawas lawatan di sekolah berkenaan untuk merancang lawatan ke tempat yang sama.

22
8.0 Hambatan Terhadap Pelaksanaan Projek

i. Penglibatan murid-murid yang bukan murid diri sendiri dalam pelaksanaan

projek mengwujudkan masalah kerana penglibatan murid-murid dalam proses

yang memakan waktu seperti projek ini agak menganggu proses mengajar

guru-guru lain.

ii. Walaupun murid-murid mendapat ilmu yang berguna daripada lawatan ini

namun, kebiasaan murid-murid yang bercakap dalam dialek masing-masing

menyebabkan mereka tidak menggunakan bahasa Melayu baku sepanjang

projek dilaksanakan. Bahasa baku mereka gunakan hanya ketika bertanya

soalan kepada guru dan sebagainya.

Cadangan

i. Guru-guru yang terlibat dengan projek hendaklah menghadkan masa

pengambilan keluar murid-murid daripada bilik darjah ketika projek ini

dilaksanakan. Guru-guru boleh melaksanakan aktiviti praanjung dan

pascaanjung pada hari Jumaat atau Ahad dengan cara memaklumkan dan

mendapatkan persetujuan ibu bapa dan penjaga murid.

ii. Pembudayaan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid ketika

proses pengajaran formal dilaksanakan hendaklah sentiasa dipupuk dan guru-

guru bahasa pula hendaklah menjadi ‘role model’ pengguna bahasa Melayu

baku yang baik.

23
iii. Projek ini hendaklah didedahkan kepada guru-guru bahasa yang mengajar

diperingkat rendah dan menegah persekolahan supaya pengajaran penulisan

lebih menarik dan tidak membosankan.

iv. Setiap aktiviti lawatan yang dijalankan perlu dimanfaatkan oleh guru-guru

dengan sebaik-baiknya dengan cara merancang dan melaksanakan pelbagai

aktiviti penulisan. Setiap aktiviti penulisan hendaklah dibuat secara bertahap-

tahap dalam minggu-minggu seterusnya. Ini bermaksud bahawa segala aktiviti

penulisan tidak harus dijalankan dalam satu masa atau hari yang sama.

v. Projek lawatan seperti ini membantu memperkaya pengalaman dan

pengetahuan murid-murid. Banyak pengetahuan baru yang mereka perolehi

dalam suasana yang tidak menekan. Oleh sebab itu, untuk meningkatkan

keberkesanannya, maka lawatan seperti ini hendaklah dilaksanakan dalam

penggal pertama hingga ketiga persekolahan kerana guru-guru dan murid-

murid belum sibuk membuat persediaan peperiksaan akhir tahun.

9.0 Kesimpulan

Projek Anjung Bahasa telah mencapai objektifnya seperti di bawah:

i. Murid-murid berpeluang untuk mengalami pengalaman sebenar .

ii. Murid-murid telah berjaya mendapatkan fakta-fakta yang mereka perlukan

untuk aktiviti penulisan melalui penerangan yang dibuat oleh orang yang

terlibat dengan ladang itu sendiri.

24
iii. Murid-murid berjaya menampakkan sikap keyakinan diri mereka ketika

bertanya soalan dan situasi sebenar.

iv. Ilmu yang murid-murid perolehi lebih bermakna kerana pembelajaran

mereka berlangsung dalam suasanan yang menyeronokkan.

v. Projek ini berjaya memberikan pengelaman berharga kepada murid dan juga

guru-guru yang terlibat dalam projek sebagai persediaan menghadapi Sistem

Pendidikan Negara Abad 21 (SPN 21).

vi. Membudayakan penggunaan bahasa Melayu baku semasa pengajaran dan

pembelajaran formal.

Walaupun projek ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang tersenarai di

atas namun, hasrat untuk membudayakan penggunaan bahasa Melayu baku di kalangan

guru-guru dan murid-murid dalam situasi pembelajaran yang formal masih lagi jauh dan

memerlukan usaha yang lebih gigih. Pekara ini adalah kerana faktor keselesaan bertutur

dalam dialek masing-masing ketika berkomunikasi dalam situasi formal sangat ketara.

Namun cita-cita itu bukanlah mustahil untuk dicapai jika sekiranya guru-guru dapat

menjadi ‘role model’ pengguna bahasa baku yang cekap manakala murid-murid pula

mampu mengwujudkan motivasi tinggi dalam diri mereka untuk menggunakan bahasa

Melayu baku dan aktiviti yang diungkayahkan ini boleh menjadi satu landasan yang baik

untuk hasrat itu.

25
Lampiran 1

Daftar kehadiran murid – 11 Oktober 2008

Bil Nama Murid Darjah Kedatangan

1 Md Syafirul bin Md Saiful 5A 

2 Md Aleyman bin Hj Suhaili 5A 

3 Dayang Nur Naasyidah bte Awg Malali 5A 

4 Dk. Nur Zuhayra Syamimi bte Pg Saiful Rizal 5A 

5 Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri 5A 

6 Md Nabil Fikri bin Bollasan 5B 

7 Dk Duratul Hana bte Pg Hj Saifuddin 5B 

8 Dk Nurul Hajidah Najabah bte Pg Abd Ghani 5B 

9 Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin 5B 

10 Siti Nur Muizzah bte Muhammad 5B 

11 Md. Ammar Rifaie bin Md Asri 5C 

12 Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub 5C 

13 Khairunanisah bte Mohammad 5C 

14 Nur Afiqah Amirah bte Awg Hj Osman 5C 

15 Zunnur Zahirah bte Md Zaidi 5C 

26
Lampiran 2

Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan burung unta.

27
Lampiran 3

Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan burung emu.

28
Lampiran 4

Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan rusa.

29
Lampiran 5

Soalan-soalan yang diajukan di kawasan penternakan buaya.

30
Lampiran 6

31
Lampiran 7

SIARAN MAKLUMAN IBUBAPA/PENJAGA


‫ لمبق كانن بروني اا‬,‫سكوله رنده داتؤ بصير‬
SEKOLAH RENDAH DATO BASIR, LAMBAK KANAN BRUNEI II A
Tel: 2390942 (GB), 2390942 (fax) /2390933 (PGB) 2390234 / (Kerani)
e-mel: srdatobasir@moe.edu.bn

Rujukan : SRDB/SIB/04/ Tarikh : 14 Oktober 2008/ 15 Syawal


1429

Yang Mulia;
Ibubapa / Penjaga Murid
Sekolah Rendah Dato Basir, Brunei II

Tuan /Puan,

PER: LANJUTAN PROJEK ANJUNG BAHASA (PASCAANJUNG) UNTUK PENGAJARAN PENULISAN

Dengan hormat sukacita memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga bahawa senarai nama murid Darjah V
yang dilampirkan bersama ini adalah murid-murid yang terlibat dalam projek yang dinyatakan di atas
anjuran bersama mahasiswi daripada program, B.Ed Primary Education, di Institut Pendidikan Sultan
Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.

Sehubungan itu dipohonkan kerjasama ibu bapa / penjaga murid supaya akan dapat menghantar dan
seterusnya memberikan kebenaran bagi mereka untuk membuat lanjutan projek (pascaanjung) pada:

Tarikh : 17 Oktober 2008/18 Syawal 1429

Hari : Jumaat

Jam : 7.45 pagi hingga 11:15 pagi

Tempat : Sekolah Rendah Dato Basir, Brunei II A


Negara Brunei Darussalam

Di samping itu, anak-anak biskita juga dikehendaki untuk berpakaian sukan SR Dato Basir serta membawa
alat tulis yang diperlukan bagi aktiviti itu nanti.

Sekian. Wassalam.

‘Keluarga Riang, Masyarakat Cemerlang, Negara Terbilang’

(Hajah Dyg. Sarimah Binti Haji Awang Bakir )


Guru Besar,
Sekolah Rendah Dato Basir.

32
Lampiran 8

Dartar kehadiran murid semasa Pascaanjung – 17 Oktober 2008

Bil Nama Murid Darjah Kedatangan

1 Md Syafirul bin Md Saiful 5A 

2 Md Aleyman bin Hj 5A 

Suhaili

3 Dayang Nur Naasyidah bte Awg Malali 5A 

4 Dk. Nur Zuhayra Syamimi bte Pg Saiful Rizal 5A 

5 Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri 5A 

6 Md Nabil Fikri bin Bollasan 5B o

7 Dk Duratul Hana bte Pg Hj Saifuddin 5B 

8 Dk Nurul Hajidah Najabah bte Pg Abd Ghani 5B 

9 Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin 5B 

10 Siti Nur Muizzah bte Muhammad 5B 

11 Md. Ammar Rifaie bin Md Asri 5C o

12 Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub 5C 

13 Khairunanisah bte Mohammad 5C 

14 Nur Afiqah Amirah bte Awg Hj Osman 5C 

15 Zunnur Zahirah bte Md Zaidi 5C 

33
Lampiran 9

PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU


(RENDAH ATAS)

Tarikh : 16 Syawal 1429 / 17 Oktober 2008


Hari : Jumaat
Darjah : 5
Bilangan murid : 15 orang
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Aspek Bahasa : Penulisan
Tajuk Pelajaran : Poskad

Isi Pelajaran : Membina ayat berdasarkan jawapan daripada soalan yang


diajukan semasa Anjung Bahasa mengikut format penulisan
poskad.

Kemahiran : Lisan, menulis dan membaca,.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah pernah mengunjungi tempat yang hendak
dibincangkan.
: Mereka juga pernah membuat poskad.

Objektif :
Pada akhir pengajaran murid-murid akan dapat:

1) Menceritakan mengenai pengalaman mereka berkunjung di


Ladang Lois secara lisan.

2) Membina ayat melalui jawapan-jawapan yang mereka perolehi


semasa Anjung Bahasa.

3) Membuat poskad dan membentangkannya.

Pendekatan : Eklektik (deduktif, Induktif dan komunikatif)


Kaedah : Eklektik (bercerita dan sokratik)
Teknik : Bercerita, bersoal-jawab, penerangan
Penyerapan nilai : Mengagumi segala ciptaan Allah.
Penyerapan ilmu : Ilmu Sains (binatang), sivik.

34
Alat Bantu Mengajar :

 Gambar
 Pita rakaman
 Kertas soalan
 Kertas warna
 Magik pen
 Kertas poskad

Langkah-langkah penyampaian

Masa/
langkah Isi Pelajaran Cara Penyampaian

Induksi set  Bersoal jawab lisan. 1. Guru bersoal jawab bersama murid
(5 minit) mengenai pengalaman mereka
semasa Anjung Bahasa.

Langkah 1  Penerangan mengenai aktiviti 2. Guru memberikan penerangan


(10 minit) membuat poskad. mengenai penulisan yang akan dibuat.

3. Setiap murid diberikan sekeping


gambar binatang yang mereka sukai.

Langkah 2  Ayat-ayat dibina berdasarkan fakta 4. Guru mengedarkan kertas poskad


(20 minit) yang telah mereka perolehi semasa kepada murid dan mengarahkan
anjung bahasa. mereka membina ayat berdasarkan
soalan-soalan semasa Anjung
Bahasa.

5. Murid membina ayat berdasarkan


fakta yang mereka perolehi ke dalam
kertas yang disediakan sebagai `draf’

35
Langkah 3  Kertas poskad. 6. Setelah itu guru menyemak hasil kerja
(13 minit) murid dan membuat pembetulan
bersama murid.

7. Menuliskan ayat-ayat yang telah


disemak oleh guru ke dalam kertas
poskad.

Langkah 4  Poskad yang sudah disiapkan.


( 7 minit) 8. Setelah itu guru mengarahkan setiap
murid untuk membentangkan hasil kerja
mereka kepada kawan-kawan.

Penutup  Poskad yang telah disiapkan oleh 9. Guru menutup pengajaran dengan
(5 minit) murid. mengimbas kembali pengalaman
mereka dan memberikan komen dan
pujian.

Catatan Guru :
Kerja penulisan telah berjaya dijalankan dalam masa satu jam. Walau bagaimanapun 2
daripada 13 orang murid yang hadir telah membuat aktiviti penulisan berbentuk laporan
(dairi) kerana berdasarkan ayat-ayat yang mereka bina, panjang ayat amat sesuai untuk
membuat laporan.

36
Lampiran 10

37
Lampiran 11

38
Lampiran 12a

39
Lampiran 12b

Taburan Markah Hasi Kerja Murid

Bil Nama Murid Markah 30%

1 Md Syafirul bin Md Saiful 20

2 Md Aleyman bin Hj Suhaili 19

3 Dayang Nur Naasyidah bte Awg Malali 25

4 Dk. Nur Zuhayra Syamimi bte Pg Saiful Rizal 26

5 Fatin Nur Afifah bte Hj Jofri 21

6 Md Nabil Fikri bin Bollasan Tidak hadir

7 Dk Duratul Hana bte Pg Hj Saifuddin 26

8 Dk Nurul Hajidah Najabah bte Pg Abd Ghani 22

9 Dk Putri Noor Bayu bte Pg Hj Kaharuddin 27

10 Siti Nur Muizzah bte Muhammad 27

11 Md. Ammar Rifaie bin Md Asri Tidak hadir

12 Dk Siti Nur Syahirah bte Pg Yaakub (Diari) 27

13 Khairunanisah bte Mohammad 22

14 Nur Afiqah Amirah bte Awg Hj Osman (Diari) 26

15 Zunnur Zahirah bte Md Zaidi 21

40
Lampiran 13a

Sijil Penghargaan untuk murid

41
Lampiran 13b

Sijil Penghargaan daripada pihak sekolah kepada guru penyelaras projek

42
Lampiran 14

Penghargaan

Projek Anjung Bahasa ini dijalankan oleh

Shuzarina binti Hj Sharbini – 06B0741


Nurhidayatullah binti Muhd Hanafi – 06B0747
B.Ed Primary Education [Pendidikan Bahasa Melayu]
Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah,
Universiti Brunei Darussalam.

dan kami ingin mengucapkan setinggi.tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada

Cikgu Hjh
Hjh Dyg Sarimah binti Hj Awg Bakir
[Guru Besar, Sekolah Rendah Dato Basir, Brunei II A]
Cikgu Masmuliani binti Hj Muhammad
Cikgu Nurhalizah binti Hj Meluddin
Guru.
Guru.Guru Darjah 5

kerana berkesudian membantu menjayakan projek ini untuk


Pengajaran Penulisan. Semoga Allah jua yang membalas jasa baik biskita.

25 Oktober 2008

43
Praanjung Lampiran 15

Pascaanjung

44
Lampiran 16

Jadual Kerja Anjung Bahasa

Tarikh Perlaksanaan Aktiviti

23 Ogos 2008 Perjumpaan dengan guru penyelaras di SRDB

26 Ogos 2008 Mengambil contoh surat di SRDB

30 Ogos 2008 Perjumpaan bersama guru besar

27 Ogos 2008 Menghubungi pengurus ladang

25 Ogos 2008 Menghubungi Jabatan pertanian

3 September 2008 Perjumpaan dengan pengurus ladang

4 September 2008 Mengambil senarai nama murid di SRDB

8 September 2008 Berjumpa guru besar (menandatangani surat-suratan)

13 September 2008 Menyerahkan surat kebenaran di Jabatan Kenderaan

13 September 2008 Berjumpa guru besar (menandatangani surat-suratan


perubahan)

6 Oktober 2008 Muzakarah

9 Oktober 2008 Aktiviti Praanjung

11 Oktober 2008 Anjung Bahasa

14 Oktober 2008 Menyerahkan surat maklumat ibu bapa mengenai kelas


tambahan (Pascaanjung)

15 Oktober 2008 Mencetak gambar

16 Oktober 2008 Membeli kertas-kertas, manila kad dan mecetak kertas


poskad

17 Oktober 2008 Pascaanjung

18 Oktober 2008 Mengepos 8 poskad

20 Oktober 2008 Mengepos 2 poskad dan membeli hadiah

25 Oktober 2008 Majlis penyampaian sijil

45
30 Oktober 2008 Berjumpa dengan pengerusi Mekar di DBP.

30 Oktober 2008 Perjumpaan dengan guru penyelaras (mengambil


poskad yang telah diterima)

46
Lampiran 17

Perbelanjaan Projek Anjung Bahasa

Perkara Harga

Jamuan $30

Hadiah murid $13

Cenderamata pihak sekolah $15

Cenderamata guru penyelaras $7.40

Video tape $8

Laminate paper $9

stem $2

Gambar-gambar $25

Kertas warna $5

Jumlah $114.40

47

You might also like