Guru Penyayang

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA JLN SS 21/50 47400 PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN

PROGRAM GURU PENYAYANG SK DAMANSARA UTAMA


==============================================

Tarikh : Masa : Persekolahan Tempat

Sepanjang Tahun Sepanjang Sesi : SK DamansaraUtama

========================= =========

DISEDIAKAN OLEH:CIK EZRIEANA BT BAHARI

(UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK DAMANSARA UTAMA


PROGRAM GURU PENYAYANG SK DAMANSARA UTAMA

1.PENGENALAN Guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,bersikap mesra,mengambil berat,berbudi bahasa,saling menghormati,sentiasa ceria,prihatin dan sabar. Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai ini tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sikap sabar memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

2. MATLAMAT PROGRAM a) Bermatlamat untuk guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. b) Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid c) Menggunakan pendekatan yang berbeza untuk membantu murid

bermasalah 3. OBJEKTIF a) Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru b) Menginsafi bahawa setiap murid merupakan rahmat kepada sekolah c) Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah d) Menghargai sumbangan murid,ibu bapa,komuniti dan masyarakat kepada sekolah

4. PELAKSANAAN Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama semua warga Sekolah Kebangsaan Damansara Utama, Petaling Jaya.

5. TEMPOH PELAKSANAAN Pelaksanaan Guru Penyayang adalah secara berterusan dan akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. 6. PENGISIAN Bagi fasa pertama,guru guru hendaklah melaksanakan 4 aktiviti seperti: a) Mengalu-alukan kehadiran murid (Anda Diutamakan) b) Pelaksanaan Program Mentor- Mentee (Masih Ada Yang Sayang) c) Memberi penghargaan kepada murid (Guru Prihatin) d) Ucapan ringkas di tapak perhimpunan (Kempen Nilai-nilai Murni) 7. SASARAN Semua murid-murid SK Damansara Utama. 8. AHLI JAWATANKUASA Sila lihat lampiran I. 9. PENUTUP Diharapkan Program Guru Penyayang dapat mencapai objektifnya. Disediakan oleh, ..................................................... ....... (EZRIEANA BT BAHARI) ENG) Penyelaras , Program Guru Penyayang SK Damansara Utama Disemak oleh, ............................................... (PUAN LIEW KIM Guru Penolong Kanan HEM, SK Damansara Utama

Disahkan oleh,

..................................................... (PN. HJH. SALMAH BT ABD. RAHMAN) Guru Besar, SK Damansara Utama

AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA PROGRAM GURU PENYAYANG SK DAMANSARA UTAMA

Lampiran 1

PENGERUSI NAIB PENGERUSI

: Puan Hjh. Salmah bt. Abd. Rahman (Guru Besar) : En. Abdul Rahman bin Ramli (GPK Kurikulum) : Puan Liew Kim Eng (GPK HEM) : Tuan Haji Shamsudin bin Sadli (GPK KO-KU)

PENYELARAS Kaunseling) LAPORAN Kaunseling) JURU GAMBAR

: Cik Ezrieana bt Bahari (Guru Bimbingan & : Pn. Sharun Izzah bt. Azmee (S/Usaha Unit Bimbingan & : Pn. Ili Izyani bt. Mokhtar

AHLI JAWATANKUASA KERJA:

1) Mengalu-alukan kehadiran murid (Anda Diutamakan) Tempoh: 7.30 pagi hingga 7,45 pagi,setiap hari persekolahan Personalia:Pelaksanaan oleh Guru Bertugas dan Guru Disiplin yang bertugas di pagar sekolah. Pengisian: 1. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid. 2. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera

3.

b. Membetulkan tali leher/pemakaian tudung/baju murid Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka.

Laporan: Ditulis oleh Guru Bertugas di pagar sekolah 2) Pelaksanaan Program Mentor- Mentee (Masih Ada Yang Sayang) Tempoh: Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan dan diselaraskan dalam jadual harian oleh mentor Personalia: a) Mentor:Guru terpilih b) Mentee: Murid yang bermasalah disipin dan bermasalah peribadi Pengisian: a) Sesi ramah mesra b)Sesi Makan bersama c) Meraikan hari lahir d) Bimbingan Hala Tuju Hidup e) Lawatan/ziarah keluarga f) Sesi Perkongsian masalah Laporan: Ditulis oleh guru yang dilantik sebagai mentor.Laporan perlu ditulis pada setiap kali perjumpaan. Profil Mentee juga perlu disediakan oleh mentor 3) Memberi penghargaan kepada murid (Guru Prihatin) Tempoh :a) Setiap bulan/akhir bulan b) Setiap hari c) Setiap tahun Personalia: a)Guru Kelas b) Guru Masa Pertama/Akhir c) AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling( Penyelaras Tahun) Pengisian: a) Guru mewujudkan Birthday Corner di dalam kelas dengan meletakkan kad Ucapan Hari Lahir kepada murid kelas beliau. . b) Guru Masa Pertama: Menyambut murid-murid dalam kelas dengan sapaan seperti Apa Khabar? Guru Masa Akhir: Sesi Bersalaman antara murid dan guru c) Sambutan Hari Kanak-kanak dan Perayaan-perayaan Utama seperti ucapan selamat melalui PA System Laporan: a) Ditulis oleh guru kelas pada setiap bulan. b) Dimasukkan dalam laporan bulanan oleh guru kelas c) Laporan Program oleh Unit B & K

4) Ucapan ringkas di tapak perhimpunan (Kempen Nilai-nilai Murni) Tempoh :a) Hari pertama persekolahan pada setiap minggu Personalia: Guru Bertugas di tapak perhimpunan Pengisian: a) Guru memberi ucapan ringkas kepada murid-murid mengenai kepentingan nilai-nilai murni. Laporan: Ditulis oleh guru bertugas yang menyampaikan ucapan berdasarkan tema nilai-nilai murni yang ditetapkan oleh penyelaras Program Guru Penyayang.

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM GURU PENYAYANG SK DAMANSARA UTAMA

NO

TARIKH

PERKARA

ULASAN

DISEDIAKAN OLEH

You might also like