Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Bil : 3/2009

Julai 2009

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Un iv e rsit i S a in s Ma l ays ia

K a m i B ina D an P im pin K ecem er langan

BERTAM
Oleh: Mohd Faisal Jamaludin

Kursus Orientasi; Memperkenalkan IPPT

Dr. Haji Ramli Saad Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

SIDANG REDAKSI
Penasihat Dr. Haji Ramli Saad Ketua Editor Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid Editor / Grafik Mohd Faisal Jamaludin Pembantu Editor Zolkepli Yahaya Sumbangan Berita / Artikel Mohd Firdaus Harun Muhammad Amal Abu Bakar Mohd Ikhwan Hashim Asiah@Ramzah Ismail Ahmad Rizwan Zulkharnain Tengku Amanina Tengku Abd Malik Fotografi Amir Zaidi Abu Hassan Norizan Ishak Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, No 1-8, Persiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel.: 04-562 2888 Faks: 04-562 2460/2462 Web: www.amdi.usm.edu.my Diterbitkan oleh Pejabat Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju E-mail : pro @ amdi.usm.edu.my

Kursus Orientasi untuk staf baru IPPT Siri 1 2009 telah diadakan di Penang Golf Resort, Kepala Batas pada 30 Mac hingga 1 April 2009. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Insaniah dan Organisasi (BPIO) ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada staf-staf baru tentang IPPT serta mengeratkan lagi silaturrahim antara staf. Seramai 30 orang peserta telah menghadiri kursus berkenaan. Dalam kursus yang berlangsung selama tiga hari itu, para peserta telah didedahkan dengan pengenalan lebih lanjut tentang bahagian-bahagian yang terdapat di IPPT. Antaranya ialah pengenalan berkenaan Organisasi, Pengurusan, Kewangan, Akademik, Perkhidmatan Klinikal dan Pusat Ilmu dan Maklumat di IPPT. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kompetensi teras IPPT, kepimpinan serta perkhidmatan pelanggan. Pelbagai aktiviti lain juga dijalankan semasa kursus berkenaan seperti latihan dalam kumpulan dan acara sukaneka. Majlis penutup kursus berkenaan telah diadakan bagi meraikan staf-staf baru di IPPT. Adalah diharapkan dengan kursus ini para peserta dapat memahami kewujudan bahagian-bahagian utama di IPPT serta fungsinya.

Sesi taklimat di Bahagian Penyelidikan IPPT

Para peserta bersama tetamu undangan

Aktiviti riadah Majlis Penutup dan Penyampaian Cenderahati

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Universiti Darul Iman

Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

Taklimat tentang Pusat Ilmu dan Maklumat

Dr Ramli menyampaikan cenderamata kepada wakil UDM

Sesi bergambar bersama Pengarah

Pengarah meluangkan masa bersama tetamu

6 APRIL 2009, IPPT Pelajar Diploma Sains Kejururawatan Semester 6, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah melawat IPPT, kumpulan pelajar seramai 47 orang ini tiba di IPPT seawal jam 9 pagi dan disambut oleh Unit Kejururawatan IPPT. Program dimulakan dengan tayangan video korporat IPPT dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Dr. Hj. Ramli Saad serta taklimat tentang perkhidmatan kejururawatan dan penyelidikan di IPPT oleh Pn Nazlan Hj. Awang, Penolong Pengarah Kejururawatan. Selepas taklimat, pelawat telah dibawa ke Pusat Ilmu dan Maklumat yang dahulunya perpustakaan sambil diberi penerangan oleh kakitangan bertugas. Program diteruskan lagi dengan sesi lawatan ke Pusat Klinikal Taman Bertam Indah dan berakhir di tapak projek IPPT.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Dari Meja Pengarah

Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana Mutiara Bertam telah berjaya menemui pembaca bagi edisi yang ketiga pada tahun 2009 ini. Edisi ketiga ini telah menghimpunkan berita-berita aktiviti IPPT yang telah berjalan dari bulan April 2009 hingga Jun 2009. Semoga dengan paparan berita aktiviti dan artikel-artikel yang dimuatkan dalam Mutiara Bertam edisi 3 ini akan dapat menceritakan perkembangan semasa IPPT dan memberikan informasi yang bermanfaat kepada para pembaca sekalian. Akhir kata dari saya selamat membaca. Salam hormat

DR HAJI RAMLI SAAD Pengarah

15 Julai 2009
22 Rejab 1430

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pena Ketua Editor

Saya ingin menzahirkan rasa syukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya sekali lagi Mutiara Bertam berjaya menemui pembaca buat edisi ketiga tahun 2009. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sidang redaksi yang telah menyumbang idea bagi menjayakan penerbitan yang ketiga ini. Selaku ketua editor saya amat gembira kerana keluaran yang ketiga ini telah menunjukkan satu peningkatan yang baik di mana lebih ramai rakan staf yang menyumbangkan berita dan artikel untuk menjadi santapan ilmu para pembaca. Saya berharap akan lebih ramai lagi staf yang akan menyumbangkan berita dan artikel kepada sidang redaksi untuk edisi yang keempat nanti. Saya yakin dan percaya masih ramai lagi warga IPPT yang berbakat dalam penulisan dan dengan itu jadikan Mutiara Bertam ini sebagai platform untuk menyerlahkan bakat dan potensi anda. Akhir sekali salam hormat daripada saya dan teruskan membaca. Yang benar,

MUHAMMAD SALLEHUDDIN ABDUL HAMID Pegawai Penerangan

15Julai 2009
22 Rejab 1430

Oleh: Mohd Faisal Jamaludin

Kursus Quality Management


Kursus Quality Management, GMP Medical Devices Part 1 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Kursus yang dikendalikan oleh Dr K.M Loi ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 6 April 2009 dan berakhir 8 April 2009. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan Sistem Pengurusan yang berkualiti dalam sesuatu jabatan atau unit. Kursus ini menekankan kepada sistem ISO 13485:2003 dalam sistem pengurusan. Kursus ini dihadiri oleh 30 orang peserta dari dalam dan luar IPPT.
Para peserta kursus

IPPT, Hospital Mount Miriam Jalin Kerjasama


Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

Bertukar cenderahati

Sesi perbincangan

7 April 2009 Rombongan IPPT yang diketuai oleh Dr. Hj. Ramli Saad, Pengarah IPPT telah melakukan lawatan kerja ke Hospital Mount Miriam yang terletak di Tanjung Bungah. Turut hadir dalam lawatan ini adalah En. Mohd Saad Hj Din, Timbalan Pengarah Pengurusan, serta beberapa orang pegawai IPPT. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama dalam bidang perubatan terutamanya yang melibatkan penyakit kanser. Selain itu, aspek pendidikan dan perkongsian ilmu dan kepakaran juga menjadi fokus lawatan ini. Hospital Mount Miriam mempunyai pengkhususan kepakaran dalam bidang rawatan penyakit kanser. Dengan kata lain, hospital ini adalah merupakan pusat rawatan kanser yang terunggul di kawasan utara tanah air. Lawatan singkat ini diakhiri dengan sesi perbincangan di antara IPPT dengan pihak Hospital Mount Miriam yang diwakili oleh En. Lau Beng Long, (Pengerusi) dan En. Tan Seang Auu, (Ketua Pegawai Eksekutif).

Konvensyen Kedua Kluster IPPT


Oleh: Muhammad Amal Abu Bakar

Pada 13 April 2009, bagi meneruskan kesinambungan pembangunan kluster di IPPT, telah diadakan Konvensyen Kedua Kluster IPPT bagi memberi ruang kepada kluster yang masih belum membentangkan perancangan Blueprint masing-masing untuk komentar pihak pengurusan tertinggi IPPT. Bagi memenuhi hasrat itu, pembentangan dimulakan oleh Prof. Rabindarjeet Singh untuk Kluster Gaya Hidup Sihat, Prof. Madya Dr. Gurjeet Kaur untuk Kluster Perubatan Integratif, Dr. Hasnah Hashim untuk Kluster Sains Oral, Prof. Abdel Hamid Zaki Abdel Hamid Amir selaku pemangku Ketua Kluster Penyakit Berjangkit diikuti oleh Dr. Sohair Aly Hassan mewakili ketua Kluster Toksikologi dan Keracunan dan akhir sekali Dr. Norehan Mokhtar untuk Kluster Sains Kardiovaskular. Konvensyen ini berperanan sebagai medan deliberasi perbincangan bagi kluster-kluster mengutarakan bantuan yang mereka perlukan dari pusat perkhidmatan di IPPT bagi membantu pembangunan kluster mereka. Di akhir konvensyen, Dr. Haji Ramli Saad, Pengarah IPPT berharap agar semua pusat perkhidmatan di IPPT bergabung ilmu, idea, kepakaran dan tenaga bagi membantu kluster yang bakal menjadi nadi penggerak untuk memacu prestasi IPPT ke arah kecemerlangan.

Hidung Berdarah Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah. Antara punca hidung berdarah ialah disebabkan kecederaan di hidung, udara yang terlampau sejuk atau kering, menghembus hidung dengan kuat, terlalu kerap bersin, serta ketumbuhan dalam rongga hidung. Jangan panik sekiranya hidung berdarah. Rawatan segera yang boleh dilakukan ialah: Duduk dan tunduk ke hadapan. Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit. Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata. Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti. Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung. Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

Mutiara

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Penampilan Jururawat adalah aspek utama bagi berhadapan dengan pesakit yang mendapatkan rawatan Oleh: Mohd Faisal Jamaludin di hospital dan klinik. Oleh yang demikian, Bahagian Kejururawatan IPPT telah menganjurkan Seminar Etiket dan Keterampilan Diri Jururawat yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Seminar dua hari yang bermula pada 4 Mei 2009 ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Narazah Mohd Yusoff dan dihadiri seramai 45 orang peserta. Dua orang penceramah telah dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan etika dan penampilan diri seorang Jururawat. Antaranya ialah Puan Rosita Binti Rahim, Penyelaras Program Kanan, Unit Pengurusan Majlis, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Puan Rosita sedang mengendalikan bengkel Kerian juga turut diundang untuk memberikan ceramah pada seminar tersebut. Antara topik-topik yang disentuh dalam seminar tersebut ialah tentang keterampilan diri Jururawat, etika menghadiri majlis rasmi, tatatertib di meja makan, interaksi sosial, cara berpakaian dan penampilan diri dari perspektif Islam.

Jururawat

perlu menjaga Imej & Keterampilan Diri

Majlis Simulasi Makan Malam

Sesi bergambar bersama penceramah

Pn Rosita, Pn Norzihan dan Dr. Narazah

BENGKEL PERKHIDMATAN PERAWATAN UNTUK PARAMEDIK (IPPT) SIRI 1: SATU AZAM KEPADA PARAMEDIK. juga didedahkan dengan polisi dan peraturan yag telah ditetapkan disamping
Oleh: MOFIRHA

Business unusual The time for change!. Itulah pesanan dan azam yang ditanam oleh Dr. Hj Ramli Saad, Pengarah IPPT dalam ceramahnya kepada peserta-peserta Bengkel Perkhidmatan Perawatan Untuk Paramedik (IPPT) Siri 1 yang berlangsung selama lima hari di, Bahagian Pembangunan Insaniah & Oragnisasi (BPIO), IPPT. Bermula pada 8 hingga 10 April 2009, baki hari bengkel disambung pula pada 20 hingga 21 April 2009. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Kejururawatan, Pusat Klinikal IPPT dan disertai oleh 24 paramedik yang baru melaporkan diri di IPPT yang terdiri dari Jururawat U29, Pembantu Farmasi U29, Juru X-ray U29 dan Pembantu Pembedahan Pergigian U17. Seperti penganjuran bengkel yang sama sebelum ini, objektif program telah mencapai sasaran untuk memberikan maklumat berkaitan peranan dan fungsi IPPT dalam bidang akademik, penyelidikan dan perkhidmatan berdasarkan visi dan misi IPPT. Peserta juga diadaptasikan dengan pengetahuan dan perkhidmatan yang disediakan di IPPT yang boleh digunakan untuk membantu dalam memainkan peranan masing-masing di IPPT. Selain itu, peserta

meningkatkan keyakinan peserta untuk melaksanakan tugas sebagai paramedik di IPPT. Sepanjang bengkel ini, peserta didedahkan dengan polisi dan etika kerja, perkhidmatan yang wujud di IPPT dan peranan yang dimainkan terutama sekali perkhidmatan klinikal, kelab-kelab yang boleh disertai untuk menonjolkan bakat dan mencungkil kemahiran diri, isu keselamatan dan kesihatan pekerja, pentadbiran dan pengurusan, penyelidikan dan program pembangunan profesional berterusan (CPD). Bengkel ini diakhiri dengan satu slot latihan dalam kumpulan oleh BPIO yang cukup menghiburkan namun bermanfaat dan memberikan kesan yang mendalam kepada peserta. Semoga peserta akan terus lestari dalam memberikan perkhidmatan terbaik disamping menambah kemahiran diri yang ada untuk menjadi paramedik yang serba boleh serta bersama-sama merealisasikan impian visi dan misi IPPT sekaligus mengangkat USM sebagai salah sebuah di dalam kelompok 50 universiti bertaraf APEX di dunia. Selamat menjalankan tugas!

Kursus Protokol dan Etiket Sosial

Oleh: Mohd Faisal Jamaludin

Kursus Protokol dan Etiket Sosial telah diadakan di Hotel Sunway Seberang Jaya pada 13 dan 14 April 2009. Kursus yang dikendalikan oleh Puan Rosita Binti Rahim ini dianjurkan oleh Pejabat Pengarah IPPT dengan kerjasama BPIO. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi panduan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang protokol, pengurusan majlis, dan penampilan imej diri. Para peserta diajar cara-cara berkomunikasi dengan baik, etika berpakaian, tatatertib di meja makan, serta adab pergaulan dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Kursus yang diadakan selama dua hari ini telah disertai oleh 30 orang staf dari dalam dan luar IPPT.
Tunjuk ajar di meja makan

Sesi bergambar bersama penceramah

Mutiara

Pn Rosita memeriksa pakaian peserta lelaki Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

KURSUS MENILAI KEBEKERSANAN LATIHAN

oleh Md Hisham Abd Razak

Kursus Menilai Keberkesanan Latihan telah diadakan pada 22-23 April 2009, di Bilik Seminar BPIO, IPPT. Kursus selama dua hari ini telah dihadiri oleh 14 orang peserta (13 peserta IPPT dan seorang peserta dari Kampus Induk) di bawah kendalian oleh Pn Latifah Mahmud, selaku fasilitator yang berpengalaman. Di akhir kursus ini, para peserta telah berkemampuan untuk melaksanakan pengukuran keberkesanan latihan menggunakan kaedah dan alat yang bersesuaian yang dijajarkan dengan objektif latihan. Kursus ini telah berjalan dengan lancar dan penuh ceria, berorientasikan prinsip pembelajaran dewasa yang banyak menggunakan kaedah pembelajaran metakognitif. Empat modul telah disampaikan iaitu : Modul 1 : Pendekatan Latihan yang Sistematik Modul 2 : Penilaian Latihan : Kerangka dan Konsep Modul 3 : Penilaian Latihan : Kaedah dan Peralatan Modul 4 : Penilaian Latihan : Peluang dan cabaran Peserta kursus ini adalah terdiri daripada champion staf bukan akademik dan champion latihan. Cabaran untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari di tempat kerja telah dibincangkan berasaskan Force-Field Analysis di mana peserta mengenal pasti faktor sokongan dan halangan (driving and restraining force). Ini amat perlu untuk membentuk strategi pelaksanaan berkesan melalui meningkatkan circle of influence di kalangan peserta. Ini adalah kerana sifat tempat kerja yang dinamik, amat berlainan dengan persekitaran latihan yang lebih terkawal seperti yang dijelaskan oleh model Training Transfer.Di akhir kursus, peserta menyatakan iltizam yang tinggi untuk memastikan pengukuran dan penilaian keberkesanan latihan diimplementasikan.
Pn Latifah Mahmud

Sesi percambahan fikiran

Seminar Pengurusan Stress & Gangguan Seksual Di Tempat Kerja


Oleh: Zol Kepli Yahaya

Dr. Mohd Affandy Yusof

Bahagian Pembangunan Insaniah dan Organisasi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju telah menganjurkan Seminar Pengurusan Stress dan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja selama dua hari iaitu pada 23 24 April 2009 di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Ia dihadiri oleh staf IPPT pelbagai jawatan dan staf daripada Kolej Kejururawatan Pulau Pinang. Dua penceramah dijemput untuk mengendalikan seminar ini iaitu Dr. Mohd Affandy Yusof daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Puan Siti Rohana Din, Ketua Penolong Pengarah Kanan Negeri (Pemakanan), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Antara modul yang disampaikan oleh Dr. Affandy ialah Memahami Stress, Pengenalan Tentang Gangguan Seksual Di Tempat Kerja manakala Puan Siti Rohana menyampaikan Isu Makanan, Diet dan Kolestrol. Seminar ini akan membolehkan para peserta memahami konsep stress dalam persekitaran organisasi semasa menjalankan tugas serta amalan pemakanan yang sihat untuk menghindari stress.

Makanan dijelaskan oleh sains sebagai satu ubat yang mujarab iaitu ubat yang boleh digunakan untuk mencegah dan mengurangkan pelbagai penyakit dan merangsang mental dan tenaga fizikal, tenaga dan kesejahteraan. Berikut beberapa tip berkaitan terapi makanan Cina untuk kesihatan. Makanan Panas Cili - merangsang selera makan Lada Putih dan Lada Hitam - memanaskan badan. Bunga Cengkih - memanaskan hati dan perut, menghentikan muntah. Jintan Manis - melegakan kekejangan usus. Daging Lembu - untuk tendon dan tulang. Bawang Putih - untuk disenteri. Ketumbar - untuk ruam kulit.

Ceramah The Modern RNA World Breaking The Code of Non Protein Coding RNA Challenges and Ambiguities.
Oleh: Muhammad Amal Abu Bakar

Satu ceramah yang bertajuk The Modern RNA World Breaking The Code of Non Protein Coding RNA Challenges and Ambiguities telah dianjurkan oleh Kluster Penyakit Berjangkit IPPT dengan kerjasama Pelantar Penyelidikan pada 27 April 2009 yang lepas. Program ini telah diadakan di Bilik Pelantar Penyelidikan, Kampus Induk USM. Penceramah yang dijemput ialah Dr. Timofey S. Rozhdestvensky dari Universiti Muenster, Jerman. Beliau memegang PhD dalam bidang Kimia BioOrganik. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mendedahkan para saintis USM tentang cabaran yang dihadapi dalam The Modern RNA World. Ketua Kluster Penyakit Berjangkit IPPT, Prof. Madya Dr. Tang Thean Hock berharap agar program ini dapat dimanfaatkan oleh saintis USM untuk memahami dilema yang dihadapi oleh para saintis dalam bidang penyelidikan demi untuk menghasilkan penemuan baru agar dapat memberi keuntungan kepada masyarakat sejagat.
Antara peserta yang hadir Dr. Timofey S. Rozhdestvensky

Mutiara

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2009


Kerana Mu Malaysia Maju
Oleh: Ahmad Rizwan Zulkharnain

Semangat yang ditunjukkan warga USM

Pada 2 Mei 2009, lebih 10,000 pekerja mewakili 91 kontinjen anggota perkhidmatan awam dan 60 buah syarikat swasta menyertai perhimpunan Hari Pekerja yang bertemakan Kerana Mu Malaysia Maju. Perhimpunan peringkat nasional itu diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Universiti Sains Malaysia telah menghantar seramai 80 orang peserta yang terdiri dari staf Kampus Induk, Kampus Kejuteraan dan IPPT. Pada majlis itu juga, Perdana Menteri telah melancarkan laman web rasmi Job Malaysia (www.JobsMalaysia.com.my), Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta menyampaikan Anugerah Hari Pekerja 2009 kepada pekerja dan majikan cemerlang. Hadir sama dalam perhimpunan tersebut ialah Menteri Sumber Manusia, Y.B Dato Dr S. Subramaniam; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan; dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.
Ucapan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Kontijen USM

Berhenti Merokok Para penyelidik telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

IPPT Sambut Hari Jururawat Sedunia


Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

12 MEI 2009 - Pada setiap tahun 12 Mei telah diisytiharkan sebagai Hari Jururawat Antarabangsa atau International Nurses Day yang disambut oleh seluruh warga jururawat sedunia. Sempena dengan hari bersejarah ini Bahagian Kejururawatan IPPT telah mengambil inisiatif untuk meraikannya dalam satu majlis ringkas di Pusat Pentadbiran IPPT Bandar Putra Bertam. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Prof Madya Dr. Narazah Mohd Yusoff (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal IPPT) yang telah mengungkap kembali sejarah penubuhan Pusat Klinikal IPPT yang mula beroperasi pada 2004 hingga sekarang. Katanya lagi walau pun terpaksa beroperasi di rumah kedai tetapi jururawat IPPT tetap setia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Di akhir ucapannya beliau menyeru semua jururawat yang hadir supaya sentiasa menjalankan Sambutan ringkas di Bukit Merah tugas dengan profesional dan berakauntabiliti. Sambutan yang sama juga turut diadakan di Bukit Merah Laketown Resort sempena Program Bina Pasukan Warga IPPT. Kejutan yang dilakukan ini adalah bagi meraikan Jururawat yang sedang menghadiri Program Bina Pasukan yang diadakan selama 3 hari di Bukit Merah.

Acara memotong kek

Majlis turut dihadiri oleh Dr Narazah

Bacaan doa tanda kesyukuran

Semangat Berpasukan Warga IPPT


Dr Haji Ramli Saad turut bersama Masing-masing mencurahkan idea

Oleh: Mohd Faisal Jamaludin

Semangat bersaing antara pasukan

Program Bina Pasukan Warga IPPT telah diadakan pada 11-13 Mei 2009 lalu di Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Program ini adalah rentetan daripada program yang telah diadakan sebelum ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat cintakan IPPT dan USM. Program yang disertai oleh 90 orang staf IPPT ini melibatkan staf dari pelbagai jawatan dan bahagian. Antara pengisian program ini ialah sesi ice breaking, mengenali pegawai utama IPPT, aktiviti riadah, kerja berpasukan dan sebagainya. Aktiviti yang paling menarik ialah aktiviti berakit ke Pulau Pak Tuan menggunakan rakit yang dihasilkan sendiri. Menerusi program ini, para peserta didedahkan dengan semangat kerjasama dalam satu pasukan di IPPT. Program selama 3 hari ini turut dihadiri oleh Pengarah, Dr Haji Ramli Saad.

Kerjasama berpasukan

Mutiara

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

"KAMI BINA DAN PIMPIN KECEMERLANGAN"

Ceramah Collaborative Research to Promote Health and Prevent Injuries : The Role of MUARC Malaysia.

Oleh: Muhammad Amal Abu Bakar

Pada 19 Mei 2009, satu ceramah yang bertajuk Collaborative Research to Promote Health and Prevent Injuries : The Role of MUARC Malaysia telah diadakan di Bilik Seminar, BPIO, IPPT. Majlis ini adalah hasil usaha sama antara Kluster Gaya Hidup Sihat, Sekretariat Penyelidikan dan BPIO. Majlis ilmiah ini telah disampaikan oleh Dr. Jennifer Oxley, Pengarah Bersama Monash University, Accident Research Centre (MUARC) Malaysia.Objektif ceramah ini adalah untuk memperkenalkan MUARC kepada warga IPPT dan pada masa yang sama juga memberi peluang kepada IPPT bagi melihat potensi MUARC sebagai rakan penyelidikan. Terdahulu MUARC merupakan sebuah institusi yang menjalankan penyelidikan tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya terutamanya di Malaysia. Menerusi ceramah beliau, Dr. Jennifer menyatakan kesediaan MUARC untuk menjalin gabungan tenaga dalam isu penyelidikan yang relevan demi kebaikan IPPT dan MUARC. Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf akademik IPPT, para pegawai sains dan pegawai penyelidik serta ahli Kluster Gaya Hidup Sihat IPPT. Diharapkan melalui aktiviti seumpama ini dapat membangunkan budaya penyelidikan di IPPT.
Dr. Jennifer Oxley

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi. Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti: Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. Mengekalkan kekuatan otot. Mengurangkan risiko osteoporosis Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas. Mampu meningkatkan keyakinan diri.

Ramah mesra bersama staf Ucapan aluan oleh Prof Rabinder

Seminar Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja telah diadakan pada 20 Mei 2009 lalu. Seminar yang berlangsung di Bilik Latihan BPIO ini melibatkan penyertaan 30 orang peserta daripada luar dan dalam IPPT. Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta berkenaan Ergonomik. Ergonomik ialah kaedah sains yang mencadangkan kaedah kerja yang paling sesuai antara pekerja dengan pekerjaan mereka. Ianya melibatkan keupayaan dan kesesuaian seseorang pekerja itu dalam

Mampu Menghasilkan Sistem Kerja Yang Dinamik


menyempurnakan kerja mereka. Perkara yang diambil kira termasuklah, tugas, alatan maklumat serta suasana kerja tersebut. Selain itu, para peserta didedahkan juga dengan perkara-perkara berhubung dengan keselamatan Ergonomik dan cara-cara mengelakkan hazard Ergonomik di tempat kerja. Seminar sehari ini dikendalikan oleh Dr. Mohd Adib Bin Haji Omar, Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia.

Ergonomik

Oleh: Mohd Faisal Jamaludin

Dr. Mohd Adib

Seminar Saintifik Pasca Siswazah IPPT Ke-3


Oleh: Mohd Faisal Jamaludin

Ucapan aluan Dr. Haji Ramli Saad

Pada 21 Mei 2009 lalu, Seminar Saintifik Pasca Siswazah IPPT telah diadakan di Bilik Seminar BPIO, Bandar Putra Bertam. Seminar tahunan ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar membentangkan hasil penyelidikan mereka. Selain itu, seminar ini merupakan platform kepada pensyarah dan pelajar untuk bertemu dan berkongsi idea berkenaan penyelidikan yang telah mereka lakukan. Ia juga adalah sebagai persediaan kepada pelajar menghadapi viva-voce. Seminar sehari ini dihadiri oleh Pengarah IPPT, Dr Haji Ramli Saad, Timbalan Pengarah Akademik, Profesor Dr. Ibrahim Lutfi Shuaib serta pensyarah IPPT. Pelajar-pelajar yang membuat pembentangan adalah pelajar dari program Sarjana Sains dan Sains Transfusi. Mereka diminta untuk mempersembahkan penemuan penyelidikan mereka dan dinilai oleh pensyarah masing-masing.
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Mutiara

77

Bacaan ikrar Jururawat

Tetamu menjamu selera

Prof Madya Dr Narazah dan Pn Salwa turut hadir

Acara memotong pulut kuning

Pertandingan pakaian tercantik turut diadakan

Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Jururawat


Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

22 Mei 2009, Bertam Sempena dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia, jururawat IPPT telah diraikan dalam satu majlis makan malam di Penang Golf Resort, Bertam. Tema sambutan Hari Jururawat pada tahun ini ialah Delivering Quality, Serving Communites: Nurses Leading Care Innovation atau Perawatan Berkualiti, Berkhidmat untuk Komuniti : Jururawat Terajui Perawatan Berinovasi. Dalam ucapannya Prof. Madya Dr Narazah Mohd Yusoff menyeru jururawat IPPT supaya sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam aspek perawatan kepada pesakit seiring dengan perkembangan dan kepesatan teknologi dalam bidang perawatan pesakit. Tambah beliau lagi jururawat IPPT telah membuktikan inovasi dan kreativiti mereka dengan menerbitkan risalah yang amat berguna untuk pesakit selepas pembedahan. Tahniah diucapkan ! dan risalah ini telah digunakan oleh hospital-hospital lain di seluruh negara. Majlis makan malam ini telah diserikan dengan acara memotong pulut kuning, ikrar jururawat, deklamasi sajak, nyanyian solo, persembahan tarian dan pertandingan fesyen terbaik. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Kami Sedia Membantu oleh semua yang hadir.

KURSUS ASAS FARMASI;

DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI


KEPALA BATAS-26 MEI 2009. Kursus Asas Farmasi dalam Perubatan Tradisional dan Komplimentari telah diadakan pada 26, 27 dan 28 Mei 2009 di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas dengan disertai oleh 40 orang peserta berbilang disiplin dari seluruh Malaysia. Kursus ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Gurjeet Kaur iaitu Ketua Kluster Perubatan Integratif IPPT. Tahniah kepada Puan Norazana Ramli, Penolong Pengarah (Farmasi) selaku Pengerusi bagi kursus pertama anjuran Bahagian Farmasi IPPT bagi tahun 2009 dan AJK-AJKnya. Kursus ini menyentuh mengenai perubatan tradisional dan komplimentari yang diamalkan di Malaysia. Dr Ramli Abd Ghani, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan Malaysia membuka Dr. Ramli Abd Ghani tirai dengan menyampaikan ceramah tentang perbezaan rawatan di dalam perubatan tradisional dan komplimentari. Penganjuran kursus seperti ini dapat meluaskan lagi pengetahuan di kalangan masyarakat Malaysia dalam bidang perubatan T&CM yang masih baru di Malaysia. Amalan Perubatan Tradisional dan Komplimentari adalah berdasarkan teori, kepercayaan dan pengalaman yang telah diamalkan oleh budaya yang berbeza yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Oleh : Tengku Amanina Tengku Abd Malik Disunting oleh Md Hisham Abd Razak

Penerangan berkenaan halatuju perkhidmatan T&CM di Malaysia telah menarik minat peserta di kalangan pengamal perubatan untuk turut melibatkan diri dalam bidang ini. Terdapat banyak cabang yang boleh diceburi oleh pengamal perubatan untuk meluaskan lagi perkhidmatan T&CM di Malaysia. Bagi yang berminat boleh mengikuti pengajian dalam bidang yang berkenaan untuk terlibat dalam Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Kursus ini memberi banyak input kepada IPPT yang berperanan sebagai institusi penyelidikan perubatan dan juga Prof Madya Dr Gurjeet Kaur membantu menaiktarafkan produk serta perkhidmatan T&CM di Malaysia. Di akhir kursus ini para peserta dapat mengaplikasikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplimentari yang mengikut piawaian Malaysia dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang selamat serta berkesan.

Program Kesihatan bersama masyarakat:


IPPT memberi khidmat kepada orang ramai
Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

28 Mei 2009, Kepala Batas IPPT dengan kerjasama Komuniti Bestari Kampung Permatang Tinggi A dan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Lahar Kepar telah menganjurkan program kesihatan kepada para ibu bapa. Dalam program ini IPPT telah memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan, pameran piramid makanan serta khidmat kaunseling pemakanan. Selain daripada pameran turut diadakan sesi ceramah tentang Pemakanan yang Sihat dan Kanser Payudara yang telah disampaikan oleh Pn Yusfizahani Yusuf (Pegawai Dietetik) dan Pn Che Zaiton Dahalan (Ketua Jururawat). Bagi para pelajar pula telah diadakan pertandingan kuiz sempena dengan program galakan membaca dan promosi perpustakaan kepada oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Mutiara

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Program Orientasi Pelajar Sarjana Perubatan IPPT


Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

Seramai 15 pelajar Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi dan Nuklear) Sidang Akademik 2009/10 telah menjalani program orientasi pada 1 dan 2 Jun 2009 bertempat di Bilik Seminar BPIO. Antara program yang dijalankan pada hari pertama ialah Pengenalan Kepada Bahagian Akademik yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ibrahim Lutfi Shuaib, Isu Keselamatan di Makmal dan Klinik yang disampaikan oleh En. Mohd Basir Abdullah/Puan Nazlan Awang sementara Keperluan Pakar Perubatan Transfusi di KKM oleh Pengarah Pusat Darah Negara.

Pengenalan kepada Program Sarjana Perubatan (Perubatan Tranfusi) pula diberikan oleh Dr. Aishah Knight, Ketua Kluster Perubatan Tranfusi manakala Pengenalan Kepada Perkhidmatan Klinikal IPPT pula oleh Prof. Madya Dr. Narazah Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah (Klinikal). Pada hari kedua program dimulakan dengan Taklimat Bahagian Institut Pengajian Siswazah (IPS), USM oleh Timbalan Dekan (IPS) dan Lawatan ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan Dr. Norsidah Ismail, Pengarah HKB memberikan taklimat perkhidmatan hospital.

Bengkel Penyelidikan Kejururawatan


Oleh: Asiah@Ramzah Ismail

Key Performance Indicators penentu kecemerlangan IPPT.


Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

20-21 JUN 2009 Unit Kejururawatan IPPT telah mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel penyelidikan kejururawatan yang melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada jururawat termasuk Pembantu Perubatan dan Jururawat Pergigian. Tujuan utama bengkel dua hari ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta tentang kaedah penyediaan proposal penyelidikan.Bengkel ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jururawat, Puan Nazlan Haji Awang. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua jururawat agar tidak menjadikan kekurangan tenaga kerja sebagai alasan untuk tidak melakukan penyelidikan, malah jururawat seharusnya melihat keadaan ini sebagai pendorong untuk lebih inovatif dan kreatif dalam mencari penyelesaian masalah perawatan yang timbul melalui penyelidikan. Ini penting untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan serta tahap pengetahuan bagi membolehkan jururawat bersaing di peringkat global dan bersedia menghadapi masa depan yang mencabar tetapi penuh dengan peluang-peluang baru untuk digapai. Menurutnya lagi, inovasi dalam amalan klinikal patut menjadi norma dalam sistem penjagaan kesihatan bagi mengimbangi kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi dan peralatan perubatan. Tambah beliau, jururawat di masa kini perlu mengendalikan peralatan berteknologi tinggi dan mengaplikasikan teknik-teknik klinikal serta produk farmaseutikal yang baru. Malah jururawat juga bekerja di semua peringkat perkhidmatan dengan pelbagai golongan pesakit, keluarga, masyarakat, kakitangan penjagaan kesihatan serta kakitangan dalam sektor-sektor lain. Oleh yang demikian, jururawat perlu sentiasa bersedia untuk berubah serta berada dalam keadaan istimewa untuk mencari penyelesaian yang yang boleh mewujudkan perbezaan sebenar dalam kehidupan harian pesakit, masyarakat dan profesion kejururawatan itu sendiri. Adalah diharapkan melalui bengkel ini peserta akan dapat merealisasikan peranan IPPT sebagai sebuah pusat penyelidikan termaju dan terunggul di rantau ini. Bagi menjadikan ianya satu kenyataan, semua golongan dan kategori staf perlu terlibat dalam penyelidikan mengikut bidang masing-masing, terutamanya jururawat yang merupakan populasi terbesar di setiap institusi perubatan tidak terkecuali di IPPT.

1-3 Jun, Tanjung Bungah Menyedari akan kepentingan KPI dalam pembangunan strategi organisasi IPPT telah mengambil inisiatif mengadakan bengkel selama 3 hari dengan tujuan untuk memahami prinsip dan kaedah KPI, mengkaji KPI universiti dan menetapkan KPI IPPT di semua peringkat. Dalam ucapan aluannya Dr. Hj. Ramli Saad berkata bagi merangka strategi, halatuju dan matlamat baru IPPT para peserta bengkel hendaklah berfikir secara think out of the box dan kreatif. Tambah beliau lagi adalah menjadi harapannya agar bengkel ini dapat mencetuskan idea-idea baru kepada pentadbir, ahli akademik dan penyelidik IPPT untuk melaksanakan konsep KPI . Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Awal Wadiman dari HPI Consultant.

Program Kesihatan

Oleh: Zol Kepli Yahaya

sempena Hari Jururawat peringkat IPPT.


Pusat Klinikal telah menganjurkan Program Kesihatan pada 5 Jun 2009 di Bilik Seminar BPIO sempena Hari Jururawat 2009. Objektif Program ialah untuk mengetahui status kesihatan di kalangan warga IPPT dengan melakukan saringan kesihatan, meningkatkan tahap kesedaran berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri dan memberi nasihat/kaunseling kesihatan mengikut keperluan. Ceramah kesihatan bertajuk Manusia dan Kesihatan (Pandangan Alternatif) disampaikan oleh Dr. Mohd Affandy Yusof daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM manakala kaunseling pemakanan diberikan oleh Puan Yusfizahani Md. Yusuff, Pegawai Dietetik IPPT.
Pemeriksaan gula dalam darah Staf yang mendapatkan perkhidmatan

Mutiara

9 8

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Seminar Penyakit Kronik : Diabetes

Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

25-26 Jun 2009 Menyedari tentang peningkatan pesakit diabetes tahun demi tahun, Kluster Gaya Hidup Sihat (KGHS) IPPT telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini dengan tujuan untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang apa itu penyakit kencing manis serta cara-cara mencegah dan mengawalnya. Selain itu, pelbagai aspek difokuskan termasuk dari segi pemakanan, senaman, ubatan dan penjagaan kaki. Aktiviti pameran telah diadakan dan antara yang mengambil bahagian ialah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan juga tidak ketinggalan KGHS yang membuka kaunter khidmat kaunseling pemakanan serta pameran piramid makanan. Selain aktiviti ceramah pemeriksaan kesihatan (BMI dan tekanan darah) turut berjalan di sepanjang seminar. Pemeriksaan glukosa dalam darah juga diadakan kepada para peserta bagi mengetahui tahap kesihatan mereka. Dalam seminar ini juga telah diadakan sesi demonstrasi memasak makanan sihat serta aktiviti senaman wai tan kong yang dikendalikan oleh Kelab Warga Emas Kepala Batas. Peserta seminar, En Mohd Subahi Salleh daripada Jabatan Bomba Kepala Batas ketika ditemuramah berkata pengisian seminar ini telah meningkatkan kefahamannya tentang diabetes dan beliau berpendapat seminar yang bermanfaat seperti ini patut diadakan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang kepada orang lain pula. Seramai 120 orang peserta di kawasan sekitar Kepala Batas yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, pelajar, pesara dan orang perseorangan telah hadir ke seminar ini.

Prof Rabinder

Aktiviti senaman Wan Tai Kong

Pemeriksaan kesihatan

Pameran Kluster Gaya Hidup Sihat

Dalam masyarakat Cina, makanan adalah merupakan penyembuh. Pepatah Cina ada menyatakan, apa-apa yang merupakan bapa kepada penyakit, makanan adalah emaknya. Masyarakat Cina percaya makanan lazim boleh digunakan sebagai ubat-ubatan. Makanan Neutral Kacang Hitam - untuk menghitamkan rambut dan untuk mengurangi kesakitan postpartum. Kacang Soya - untuk anemia, lelah, dan bagi mengelakkan penyusuan. Lobak merah - untuk mengecah rabun malam dan memperkenalkan fungsi pencernaan. Bunga kekwa - untuk demam, juga melegakan pening.

Mampu memberi informasi kepada warga Emas


Oleh: Mohd Faisal Jamaludin

Program Kemasyarakatan IPPT:

Makanan Sejuk Pisang - untuk sembelit dan buasir Remis - untuk demam dan menyahtoksik Mentimun - untuk demam, sakit tekak dan mata merah. Pir - hilangkan kehausan dan sembelit. Buah Badam Pahit - bronkitis kronik. Daun Saderi - tekanan darah tinggi. Itik - untuk darah tinggi dan pening. Tembikai - untuk sakit tekak.

Pada 27 Jun 2009 lalu, IPPT telah mengadakan program khidmat masyarakat di Rumah Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam. IPPT menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penghuni rumah tersebut. Rumah Darul Hidayah adalah merupakan rumah orang tua yang tidak berwaris. Aktiviti yang bermula jam 8 pagi ini dimulakan dengan sesi ceramah kesihatan oral kepada warga emas agar mereka diberi pendedahan mengenai penjagaan gigi dan kesihatan oral. Selepas itu, penghuni rumah tersebut diberikan pemeriksaan kesihatan percuma seperti tekanan darah, BMI dan khidmat nasihat mengenai kesihatan mereka. Aktiviti ini berakhir jam 12 tengahari dan semua warga Rumah Darul Hidayah mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

Ceramah pergigian oleh Dr Sitti

Penyampaian cenderamata

Hari Keluarga Rukun Tetangga Meriah

Oleh: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

28 Jun 2009 Bekerjasama dan bersatu hati adalah asas kepada perpaduan dan pemupukan semangat kejiranan. Amalan saling bantu-membantu dan hormat-menghormati di antara satu sama lain akan mendorong kepada kehidupan yang harmoni dan sekali gus akan dapat menguatkan semangat kejiranan. Atas kesedaran itu, Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Seksyen 5 Bandar Putra Bertam telah menganjurkan program hari keluarga dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan dan silaturahim sesama penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan. Bagi menjayakan program ini Bahagian Perkhidmatan Klinikal IPPT telah dijemput untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan ceramah pemakanan yang telah disampaikan oleh Pn Yusfizahani Md Yusuff (Pegawai Dietetik). Selain IPPT, turut mengadakan pameran ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Bahagian Pencegah Kongsi Gelap, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara dan pihak Bomba Kepala Batas. Program hari keluarga ini telah dimeriahkan dengan acara sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak , boling buah kelapa, anyam ketupat dan macam-macam lagi.

Mutiara

10

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

HOSPITAL MESRA IBADAH: BAGAIMANA PERAWAT MUSLIM PERLU MEMAINKAN PERANAN?

idak ramai yang tahu malah mahu untuk bertanya tentang permasalahan fiqh di dalam perawatan pesakit di institusi perubatan. Ramai juga di kalangan orang muslim masih menganggap jika seseorang itu ditimpa kesakitan, maka masa itulah untuk cuti beribadah. Kesakitan dijadikan alasan sebagai halangan di dalam membuat kerja-kerja bersangkutan dengan ibadah. Begitu juga perkara-perkara yang memerlukan pandangan Islam di dalam isu berkaitan bioteknologi perubatan seperti contoh Euthanasia, menderma atau menerima organ dan sumber ubat yang dihasilkan dari porcine (babi). Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu (al-Taghabun: 16) Firman di atas membuktikan bahawa ibadah wajib dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan. Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kadar kemampuan seseorang itu. Dalam konteks ini, kakitangan hospital, khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan. Panduan beribadah ketika sakit didedahkan dengan sempurna dan pada masa yang sama bertindak sebagai kaunselor dan sahabat kepada pesakit dan ahli keluarganya. Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim. Satu konsep telah diperkenalkan iaitu Hospital Mesra Ibadah. Konsep ini merupakan satu sistem kesihatan yang menerapkan nilainilai Islam dalam semua aspek pengurusan dan amalan yang berkaitan dengan perawatan kesihatan. Ia juga memberi fokus untuk memudah dan menggalakkan ibadah serta membudayakannya dalam setiap amalan bagi mencapai tahap kesihatan yang holistik dan komprehensif baik dari sudut rohani, jasmani dan aqli. Konsep ini mampu dilaksanakan sekiranya setiap perawat perubatan muslim mengambil peranan melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama dan memahami dengan jelas konsep HMI ini. Komunikasi yang berkesan merupakan asas yang terpenting di dalam perkhidmatan perawatan. Jika komunikasi berkesan ini ditambah dengan elemen mesra ibadah, ini akan memberikan impak yang baik khususnya dalam profesion kesihatan disamping meningkatkan taraf kesihatan pesakit. Hospital Mesra Ibadah merupakan konsep yang penting dalam menjawab dan merungkai segala isu fiqh dalam perawatan pesakit. Selain itu, konsep ini membuka satu anjakan baru dengan menerapkan nilai-nilai murni Islam kepada orang sakit disamping perawat kesihatan muslim berperanan untuk mewujudkan suasana mengingati Allah SWT

di dalam perawatan. Proses dalam melaksanakan konsep ini juga merupakan suatu pembelajaran yang berterusan dan sebagai amal jariah yang mudah dilaksanakan. Elemen pertama ialah Pentadbiran dan Pengamal Perubatan yang juga merupakan asas terpenting dalam melakukan perubahan daripada konsep yang sedia ada kepada konsep Hospital Mesra Ibadah. Usaha-usaha yang perlu dilakukan melalui elemen ini hendaklah dimantapkan dengan aktiviti yang bersepadu dan sentiasa berkekalan kepada seluruh peringkat organisasi sehinggalah kepada pesakit. Menurut Dr. Ramli Saad, Pengarah Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM dalam ucaptamanya di Seminar Hospital Ibadah baru-baru ini, faktor dalam menjayakan Hospital Mesra Ibadah ialah perlunya difokuskan kepada perubahan yang dilakukan ke atas setiap lapisan pekerja. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara menyeluruh dengan unsur-unsur keimanan, amalan, pemikiran dan kebersihan hati setiap pekerja yang mengamalkan konsep HMI. Elemen kedua pula menekankan amalanamalan yang perlu dijadikan rutin oleh pengamal perubatan seperti pengisian kerohanian, salam, selawat, doa, ceramah, tazkirah, poster, risalah dan jadual waktu pesakit semasa menerima rawatan yang membolehkan pesakit melakukan ibadah seperti contoh, solat berjemaah bersama ahli keluarga. Elemen seterusnya adalah latihan yang berterusan oleh pengamal perubatan muslim seperti konvensyen kebangsaan HMI dan seminar/latihan dalaman dan luaran yang meletakkan pengisian rohani sebagai teras. Elemen keempat pula mewujudkan persekitaran dan suasana HMI di dalam institusi perubatan. Solat fardhu dilakukan secara berjemaah bersama-sama dengan pesakit disamping kemudahan bilik solat di wad atau berhampiran, bauan aromaterapi, hiasan dan poster serta ketersediaan kitab-kitab doa, hadith dan Al-Quran di setiap katil pesakit di wad. Kemudahan HMI merupakan elemen kelima dalam konsep ini. Kemudahan HMI termasuklah mewujudkan Unit Hal Ehwal Islam yang menguruskan hal ehwal HMI disamping dijadikan tempat rujukan dan nasihat yang melibatkan hukum dan fatwa. Khidmat kaunseling pesakit dan staf juga disediakan selain daripada kemudahan pengurusan jenazah dan audit Islam dalam pergerakan/fungsi institusi perubatan seperti prosedur atau kebebasan memilih rawatan. Elemen terakhir yang melengkapkan konsep HMI ini ialah peralatan. Tikar solat, sinki mudah-alih, pek tayammum, kain dan telekung serta alat bantuan yang kreatif untuk membantu pesakit melakukan ibadah disediakan dengan mencukupi dan berfungsi dengan baik.

Mutiara

11

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Artikel ditulis berdasarkan pemahaman penulis sebagai peserta Seminar Hospital Mesra Ibadah, Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 18 19 Mac 2009 anjuran Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM.

Komunikasi merupakan asas yang paling penting di dalam perawatan pesakit. Menurut Dr. Rashidi Ahmad, Pakar Perubatan Kecemasan dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, komunikasi yang berkesan akan membantu mendapatkan diagnosis yang tepat, rawatan yang cepat dan tepat, memberi pemahaman/kaunseling kepada pesakit dan keluarga tentang rawatan yang diberikan dan dapat menghindarkan tidak puas hati pesakit atau saman terhadap institusi perubatan. Sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah Al-Ahzab, 33. Firman Allah di atas telah jelas menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W adalah contoh teladan yang terbaik dalam semua aspek termasuklah komunikasi. Kenapa begitu? Komunikasi yang baik melambangkan akhlak yang baik. Contoh yang terbaik ialah akhlak Rasulullah S.A.W. yang sememangnya diketahui mempunyai akhlak yang terbaik. Maka komunikasi Rasulullah S.A.W juga merupakan yang terbaik, baik dari segi pertuturan dan gerak tubuh. Pertuturan dan gerak tubuh ini pula adalah kaedah komunikasi yang utama di manamana institusi perubatan. Maka, adalah perlu untuk perawat perubatan muslim mengetahui kaedah dan manifestasi akhlak Rasulullah S.A.W. untuk diterapkan di dalam amalan perawatan pesakit. Pesakit merupakan pelanggan di dalam institusi perubatan dan perawat perubatan perlu memberikan layanan sehingga memenuhi keperluan pelanggan itu. Komunikasi mesra ibadah mengambil Mesra sebagai pendekatan layanan dan Ibadah sebagai tanda aras kesempurnaan layanan. Unsur-unsur ibadah seperti niat, cara dan objektif yang mulia di sisi Allah dan manusia diserapkan secara halus dan nilai rawatan yang diberikan dikaitkan dengan sifat-sifat ibadah. Ciri-ciri yang perlu ada dalam seseorang perawat perubatan muslim ialah sentiasa menunaikan kewajipannya kepada Allah S.W.T. Selain itu, pakaian yang menutup aurat perlu dititikberatkan. Berakhlak baik ialah sifat yang perlu ada oleh setiap perawat muslim kerana dengan akhlak yang baik, perawat muslim akan menunaikan tugas dengan ikhlas, berdisiplin, amanah dan ehsan. Satu lagi ciri yang semestinya akan melengkapkan seorang perawat muslim yang mengamalkan HMI ialah mampu dan bijaksana dalam menyampaikan ilmu disamping bijak dalam merancang sesuatu. Untuk itu, perawat muslim perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam perlaksanaan ibadah ketika sakit kerana ini akan membantu dalam meringankan beban pesakit untuk beribadah bersesuaian dengan petikan dari buku Nizam-I-Arudi: hendaklah bersifat lemah lembut dan bijak, cekap, pantas membuat keputusan, cepat berpindah dari tidak tahu kepada tahu. Tidak ada pembantu perubatan yang boleh berhati lembut sekiranya ia gagal mengenali kemuliaan jiwa manusia, ia tidak menjadi bijak kecuali ia mengetahui logik, ia tidak boleh cekap kecuali ia dikuatkan dengan pertolongan ALLAH. Jika ia tidak cekap mengagak ia tidak akan mengenali penyakit
Diubahsuai dari buku Nizam-i-Arudi, Chahar Maqaal terjemahan E. G. Browne, Jilid XI, ms 76

Seawal tahun 1988, HUSM telah memulakan konsep mesra ibadah namun tidak menyeluruh kerana hanya melibatkan kakitangan HUSM sahaja. Setelah penambahbaikan dari tahun ke tahun sehinggalah konsep Hospital Mesra Ibadah ini diperkenalkan di konvensyenkonvensyen kebangsaan dan seminar-seminar di seluruh negara, hanya satu sahaja hospital yang melaksanakan sepenuhnya konsep ini iaitu Pusat Perubatan Kampung Baru yang sekarang ini telah bertukar nama kepada Hospital Pakar Al-Islam. Menurut Puan Juinarah Bevi Haji Mohideen, Ketua Jururawat Hospital Pakar AlIslam, cabaran dalam melaksanakan HMI ialah untuk melepasi zon selesa konsep lama kepada suatu konsep yang baru dengan memberi contoh pemakai jam tangan. Pemakai jam tangan sebelah kiri semestinya tidak selesa jika jam yang dipakai ditukarkan ke tangan kanan kerana ianya mengambil masa untuk menyesuaikan dengan perubahan yang baru itu. Proses perubahan juga mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran oleh setiap perawat perubatan. Cabaran HMI menurut Dr. Rashidi Ahmad pula lebih menekankan kepada individu itu sendiri. Jika individu setiap perawat perubatan tidak mahu berubah kepada yang lebih baik, masakan boleh merubah orang lain untuk menerima konsep HMI ini. Mahu ataupun tidak, perubahan tetap akan berlaku. Persoalannya adakah perubahan itu boleh dilakukan secara menyeluruh atau hanya segelintir yang mahukannya. Ustaz Haji Marzuk Hj Shaary, Penolong Pengarah Kanan Unit Hal Ehwal Islam HUSM pula mencadangkan agar sistem pendidikan negara kita diubah dengan menerapkan asas pendidikan Islam yang kukuh dan perlu dikaitkan dengan setiap bidang pembelajaran. Jika perubahan di dalam pendidikan ini dilakukan, tiada masalah untuk setiap perawat perubatan dan juga pesakit untuk menerima konsep HMI ini. Tetapi apakah cabaran yang paling besar dalam merealisasikan konsep HMI ini? Dr. Ramli Saad menegaskan, kejayaan dalam melaksanakan HMI bergantung besar kepada penerimaan pengarah dan ketua-ketua jabatan di setiap institusi kesihatan yang menentukan dasar-dasar perkhidmatan yang dijalankan. Mereka inilah yang sepatutnya menjadi penggerak utama dalam menggubal segala prosedur dan polisi kerja yang ada dengan menerapkan nilai-nilai Islam dan kefahaman faktor insaniah dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pesakit. Adalah menjadi harapan untuk melihat setiap institusi perawatan di negara kita mengaplikasikan konsep HMI ini. Namun, sejauh manakah penerimaan konsep ini oleh masyarakat kita khususnya setiap perawat perubatan terutamanya beragama Islam yang sudah biasa dengan cara konservatif?

Artikel oleh: MOFIRHA E-mail: mofirha-sch@yahoo.com.my

Mutiara

12

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Artikel ditulis berdasarkan pemahaman penulis sebagai peserta Seminar Hospital Mesra Ibadah, Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 18 19 Mac 2009 anjuran Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM.

International Seminar & Workshop; Understanding & Application of Islamic Values in Medical Practice, Ethics & Hospital Administration
Oleh: Mohd Ikhwan Hashim

25th 26th April 2009


Padang, Indonesia.

slamic Medical Institution has become a very demanding institution that provide medical care with a full implementation of Islamic virtue. In Islamic country such as Malaysia & Indonesia, this kind of institution has been opened widely to take care the needs and also to give all the Muslims an option to experience the Islamic virtue in medical care. However, it must have a proper guidelines for such institution to be assure that every practice is based on the Syariah. In expanding the thoughts of having a proper Islamic Medical Institution, International Seminar & Workshop; Understanding & Application of Islamic Values in Medical Practice, Ethics & Hospital Administration has been organized. This seminar is co-organized by Islamic Hospital Consortium Malaysia Federation of Islamic Medical Association from Malaysia with Yarsi Consortium & Majlis Syura Upaya Kesehatan Islam Seluruh Indonesia (MUKISI) from Indonesia. Being listed as one of the organizing comittee, I have been given the chance to attend this international seminar which was held at Bumi Minang Hotel, Padang, West Sumatera, Indonesia on 25th to 26th April 2009. These two days course gathered people all around Sumatera Island to discuss the understanding & application of Islamic values in the medical practice, ethics and promoting the concept of Ibadah Friendly Hospital. This international seminar is a must come course since the speakers invited to present the papers are internationally recognized for their works and spirits in making Islamic virtue as the benchmark in delivering the best medical practice. They are Proffessor Omar Hassan Kasule from University of Brunei and Professor Dr Aly Misyal from Jordan Islamic Hospital. The main focus in organizing this seminar is to learn from various continent in how everybody implementing islamic virtue in their workplace. As from Malaysia, (mainly KHIM) the concept of Ibadah Friendly Hospital is something that we are eager to share. Prof Omar Hassan Kasules lecture on Application of Maqasid Al Syariah is the main key in understanding the Islamic Medical Concept. This concept also operating as the main guideline in defining any medical acts regarding the appropriateness and ethics. Any medical action must fulfill one of the five main principle in Maqasid Al Syariah if it is to be considered ethical. The five main principles in Maqasid Al Syariah are : a) Hifdh al ddiin (Protection of Ddiin) b) Hifdh al nafs (Protection of life) c) Hifdh al nasl (protection of progeny) d) Hifdh al agl (Protection of mind) e) Hifdh al mal (Protection of wealth) The ethical theories and principles are derived from the basic law but the detailed applications require further discussion. It would be best to bring in the religious people. In promoting the Ibadah Friendly Hospital concept, Dr Ishak Masud, the CEO of Al-Islam Specialist Hospital deliver a talk to share their experience. This include their process in setting up the policy until the implementation period. Implementing the Ibadah Friendly is a big challenge. It comes from various aspect such as the understanding level of their own staff, acceptance from the patients and family and also the environment within the workplace. The Malaysian delegates are actively involved in ensuring the successfull of the seminar. Another Malysian speaker that caught the most attention is Mr Kalam Hamidi Abu Bakar. He owned a consulting company which is Mediconsult Planning & Consulting Services Sdn. Bhd. Mr Kalam has a vast experience in setting up medical institution and currently consulting few projects in Malaysia & Indonesia. Mr Kalam deliver a talk on Common Pitfalls in Managing Islamic Hospitals. He indeed, outlined and explained 16 common pitfalls that mainly the faced by Islamic Medical Institution. The second day of the seminar mainly focused on the three concurrent workshops conducted. The first workshop discussing about The Islamic Medical Ethics. There are about 50 different cases that require different approaches being discussed. The take home lesson is, in any cases, please refer to the Maqasid. Then, Insyaallah the right decision will take place. This workshop conducted by Dr Ishak Masud, Prof Omar Hassan Kasule & Dr Aly Misyal. From left: Dr Ishak Masud, Dr Aly Misyal, Prof Omar Hassan Kasule The second workshop focused on the Nursing practice in Ibadah Friendly Hospital. It was conducted by Ustaz Ahmad Marzuk from HUSM, Sr Junairah from Al-Islam specialist hospital & Sr Nani Maharani from Rumah Sakit Islam, Bandung. This workshop discussed more and deep in what nursing services can offer and help in promoting Ibadah Friendly Hospital. The third workshop discussed on Hospital Management and focusing on Managing the Pitfall. It was conducted by Mr Kalam Hamidi & Mr Mohd Ali from PUSRAWI.

Mutiara

13

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

You might also like