Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Sumbangan

Beliau bukan sahaja seorang ahli matematik dan sains malah seorang ahli falsafah. Beliau merupakan pelopor falsafah moden tahap ketiga evolusi falsafah barat. Descartes merupakan yang pertama yang dapat menerangkan tentang alam semesta dari sudut matter (zarah) dan motion (pergerakkan).

Beliau telah dapat menghasilkan 3 kertas kerja yang baik iaitu : Discourse on the Method of Rightly Conducting the Reason and Seeking Truth in the Sciences, Meditations on First Philosophy , and Principles of Philosophy . Descartes paling terkenal kerana sistem koordinat Cartesian. Ini adalah paksi x dan y yang digunakan dalam graf. Ia telah menjadi asas bagi geometri logik.

Sistem koordinat Cartes adalah satu sistem yang menilai suatu titik secara unik di dalam satu satah menerusi duanombor, dikenali sebagai koordinat-x dan koordinat-y. Untuk mentakrifkan titik itu. dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada kedua-dua paksi.

Koordinat Cartes, boleh membentuk lengkungan oleh persamaan algebra, oleh koordinat-koordinat titik yang terletak di atas bentuk berkenaan.Sebagai contoh, bulatan berjejari 2 mungkin boleh digambarkan oleh persamaan x2 + y2 = 4

Rujukan
1. Stephen Gaukroger, (1997), Descartes: An Intellectual Biography, Clarendon Press, Oxford. 2. Elizabeth S. Haldane, (1905), Descartes: His Life and Times, John Murray, Albemarle Street, London.

You might also like