Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Persatuan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Jalan Pantai Baru, 59990 Kuala Lumpur,

Malaysia Rujukan Kami: Tarikh: Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Abdul Rahman Talib, 78978 Sabah, Malaysia

Tuan/ Puan, Lawatan Sambil Belajar Ke Dewan Bahasa Dan Pustaka

Saya merupakan setiausaha yang mewakili Persatuan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami seramai 50 orang pelajar dan 5 orang pensyarah pembimbing.

2. Sehubungan dengan perkara di atas, kami bercadang untuk menetapkan tarikh 28 Febuari 2012 merupakan tarikh lawatan kami ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Lawatan kami bermula pada 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

3. Selain itu, kami berharap pihak tuan/puan boleh menyediakan seorang pemudahcara kepada kami semasa lawatan diadakan. Saya berharap agar tuan/puan menerima lawatan kami ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada tarikh dan masa yang telah tercatat di atas. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan, kami ucapkan terima kasih. Sekian.

Yang menjalankan tugas, ______________________ (AHMAD ALBAB BIN HABIB) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

You might also like