Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

< FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

< SEPTEMBER /2011 >

< HBEF1503 > < MASYARAKAT DAN TAMADUN >

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: 710318115040001 : 710318 -11 - 5040 : 017-9587065 : sssaid4846@yahoo.com.my : PPW KELANTAN

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

1.0

PENDAHULUAN

Manusia dibezakan dengan haiwan hanyalah dengan akal. Akal fikiran inlah yang mezssssssssss4e2mbentuk budaya dan tamadunnya yang tersendiri. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai aspek seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Namun demikian terdapat kepelbagaian budaya dan tamadun dalam kalangan kelompok manusia.Tamadun sesuatu bangsa itu selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini pula haruslah dikekalkan kerana ia mempunyai identiti tersendiri. Budaya mencakupi amalan dan cara hidup semua manusia dimuka bumi ini, termasuklah pakaian, makanan, adat sesebuah negara. 2.0 KONSEP BUDAYA resam, seni, dan sebagainya. Budayalah yang melambangkan identiti

Menurut kamus Dewan, budaya merupakan tamadun, peradaban, cara berkelakuan dan berfikir. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi yang merangkumi cara berfikir dan berkelakuan.Perkataan budaya ini berasal daripada kata akar bahasa latin colere yang bermaksud mendiami, mengerjakan dan menghormati.Secara amnya ia adalah merujuk kepada kegiatan yang dilakukan oleh manusia. Bekas Professor Madya UiTM ,Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib telah menyatakan budaya

merupakan amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup . Menurut Ralph Linton, 1947 didalam bukunya yang berjudul The Cultural Background of Personality telah menyatakan yang budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan ini digunakan bersama dalam masyarakat. Pengertian budaya dalam pengajian antropologi pula ialah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pembelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. 2

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

Dalam bahasa Melayu pula, budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang boleh dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Adakalanya budaya itu disama ertikan dengan peradaban, tetapi peradaban itu sebenarnya adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal atau cultural universal yang dapat dibahagikan kepada budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Perkataan budaya dan kebudayaan sebenarnya adalah saling berkait rapat. Budaya adalah

kata singkatan daripada kebudayaan. Kebudayaan bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Menurut Robert Bierstedt , dalam bukunya Social Order menyatakan bahawa kebudayaan adalah kesemua yang kita fikir, yang kita buat dan kita punyai sebagai ahli dalam masyarakat. Edward B. Taylor dalam Primitive Culture, memberikan definisi dalam antropologi menyatakan bahawa kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi kepercayaan, pengetahuan, kesenian , tatasusila, undang-undang , moral, adat resam dan apa juga kebolehan serta kebiasaan tabiat yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut. Manakala menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur - struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri - ciri khas sesebuah masyarakat. 3

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

Secara umumnya kebudayaan dalam bahasa inggeris disebut sebagai culture iaitu berasal dari perkataan latin cultura, dalam bahasa mandarin pula disebut Wen Hua dan dalam bahasa arab disebut Thaqafah.Sukukata Bu membawa pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala Daya mengandungi akal, jalan fikiran, atau penciptaan.

Kebudayaan

ini mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J.

Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya.

Sementara itu, menurut Andreas Eppink dan Edward B. Taylor pula, kebudayaan ialah keseluruhan nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula berpendapat bahawa kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.Kebudayaan dan adat resam pula adalah merupakan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan , akal budi dan lain-lain. Sebagai kesimpulannya, daripada kesemua pengertian berkaitan budaya dan kebudayaaan, bolehlah disimpulkan bahawa budaya itu adalah sebagai suatu cara hidup manusia termasuk 4

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat yang merangkumi pola hidup yang menyeluruh dan ianya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Budaya juga merupakan suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok manusia dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni.Di samping budaya,bahasa juga merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari diri manusia sehingga ramai orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeza budaya dan menyesuaikan perbezaan-perbezaannya, membuktikan bahawa budaya itu dipelajari.

3.0

KONSEP TAMADUN.

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilahistilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga, tamadun juga dikenali sebagai civilization yang berasal dari perkataan civitas dalam bahasa Greek.Hal ini merujuk kepada pembukaan bandar.Dalam aspek bahasa Melayu, tamadun dianggap sebagai kehidupan manusia yang dicirikan melalui kemajuan berunsurkan kebendaan dan aspek pemikiran yang tinggi. Ibn Khaldun mengemukakan istilah umran dalam kitab al-Muqadimmah pada abab ke -14. Ianya sama dengan pengertian tamadun pada abad ke -20 yang diterjemahkan oleh Professor Franz Rosenthal, yakni urban sebagai urbanization dan tamadun sebagai civilization.Menurut Ibn Khaldun tamadun diertikan sebagai suatu kehidupan masyarakat 5

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

yang menetap di kawasan tertentu. Ini bermaksud bahawa kehidupan masyarakat sesuatu kawasan berbeza dengan kawasan yang lain. Misalnya, kehidupan masyarakat yang menetap di bandar berbeza dengan kehidupan masyarakat yang tinggal di kampung ataupun kawasan pedalaman. Menurut Collinwood seorang sarjana Barat,tamadun bererti proses bagi mencapai tahap kehidupan civil atau untuk menjadi civil ( sopan) yang menghasilkan ciri-ciri masyarakat bandar yang memiliki kehalusan budi.Ianya berbeza dengan definisi yang diberikan oleh Gordon Childe yang memberi penekanan terhadap material dan kewujudan bandar dijadikan sebagai pengukuran bagi tamadun.

Walaupun berbagai tafsiran bagi istilah tamadun yang telah diberikan, dapatlah disimpulkant dengan jelas bahawa ianya saling memperkuat dan memperkukuhkan diantara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang telah dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari prespektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.Sebenarnya, kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.Oleh yang demikian, dapatlah diringkaskan maksud tamadun sebagai kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan samaada berbentuk material mahupun spiritual.

4.0

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam pendahuluan iaitu manusia dibezakan daripada haiwan kerana manusia mempunyai budaya dan tamadunnya yang berbagai dan tersendiri. Disini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi tentang kepelbagaian budaya . Ferraro (2006) telah menyenaraikan lapan ciri-ciri budaya: (i) (ii) Budaya dikongsi. Budaya dipelajari.

(iii) Budaya tidak kelihatan. (iv) Budaya saling berubah . 6

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

(v) Budaya mempengaruhi proses-proses biologi. (vi) Kesejagatan budaya. (vii) Budaya adaptif dan maladaptive. (viii) Budaya bersifat integrative. 4.1 Budaya dikongsi Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Ini bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya masing-masing maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut. Sebagai insan sosial, kita akan berasa selamat jika kita mampu menjangka tindakan anggotaanggota masyarakat yang lain. Sebagai contoh, masyarakat Melayu di sini mengamalkan adab bersopan-santun ketika menziarahi rumah orang lain. Secara lazimnya, kita akan memberi salam ketika sampai ke rumah jiran dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Perkara ini difahami antara orang Melayu sebagai adab sopan ketika menziarahi rumah orang. Sudah tentu kita tidak akan menganggap bahawa tangan yang dihulurkan itu bermaksud agresif! Jika kita tidak berkongsi sesuatu budaya, pelbagai perkara yang canggung dan melucukan boleh berlaku.Inilah yang dipanggil kejutan budaya (culture shock), iaitu ketidakpastian dan kekaburan yang dialami seseorang apabila dia cuba bertindak dalam suatu budaya yang asing 4.2 Budaya dipelajari

Kita semua sudah mengetahui bahawa Sesuatu budaya itu tidak diwarisi secara genetik, tetapi dipelajari ketika kita berinteraksi dengan persekitaran sosial kita melalui proses enkulturasi. Kita memperolehi budaya ketika kita sedang membesar dalam masyarakat di mana kita dilahirkan. Budaya itu penting kerana ia membantu kita menangani cabaran-cabaran kehidupan yang bakal kita lalui. Sebenarnya, segala masalah yang kita hadapi telah pun dihadapi dan ditangani oleh mereka yang terdahulu yang lebih berpengalaman. Kanak-kanak cuma perlu mempelajari cara-cara menangani masalah tersebut daripada orang yang tedahulu daripada mereka. Sebagai contohnya, jika kita berminat untuk berpasangan , sudah tentu kita telah mempelajari daripada budaya kita cara-cara bagaimana untuk mencapai hasrat itu. Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu, sepasang kekasih lazimnya akan bertunang dan seterusnya berkahwin . Adat-adat seperti ini dikekalkan dari generasi ke generasi melalui proses enkulturasi. 7

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

4.3

Budaya tidak kelihatan.

Budaya itu sebenarnya sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa kita sebagai insan sosial sehinggakan ia tidak kelihatan.Tanpa disedari budaya sentiasa mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran kita kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Sebagai contoh,semua orang pasti memberus gigi pada pagi hari. Ini sudah menjadi kebiasaan dalam rutin harian kita sehinggakan kita tidak perlu berfikir tentangnya dan mengarah diri kita: Saya perlu gosok gigi pada pagi ini.Malangnya, kerana budaya yang kita amalkan itu tidak kelihatan,jadi secara tidak langsung kita akan menganggap bahawa amalan budaya kita sama sahaja dengan amalan budaya lain. Ini boleh membawa kepada konflik kerana salah faham yang tidak disengajakan. 4.4 Budaya saling berubah .

Dalam perbincangan setakat ini, kita seolah-olah telah melihat bahawa budaya itu sesuatu yang kekal dan statik. Tetapi sebenarnya, budaya saling melalui proses perubahan dari masa ke semasa.Perubahan ini boleh berlaku melalui dua cara: (i) Inovasi. Ini merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat. Jika sesuatu inovasi itu diterima pakai oleh masyarakat secara meluas, ia akan mencetus perubahan budaya. Contohnya,penciptaan kereta sebagai kenderaan utama yang digunakan untuk pengangkutan telah mengubah cara hidup dan budaya masyarakat moden. (ii) Difusi Budaya. Ini berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak kepada budaya-budaya yang lain. Sebagai contoh, budaya MTV, yang berasal daripada industri muzik Amerika Syarikat, telah banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global Difusi budaya lebih kerap mempengaruhi perubahan budaya berbanding inovasi kerana ianya lebih mudah untuk meniru corak hidup budaya lain daripada mencipta sesuatu yang baru. 4.5 Budaya mempengaruhi proses-proses biologi.

Sebagai seorang insan, kita mempunyai kehendak-kehendak biologi seperti makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh, dan sebagainya . Walaubagaimanapun, cara kita memenuhi kehendak-kehendak tersebut bergantung kepada adat resam budaya kita tersendiri menurut norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita. Sebagai contoh, masyarakat Melayu mementingkan sama ada makanan mereka halal atau tidak .Oleh itu, jika kita mengadakan 8

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

rumah terbuka dan ingin menjemput orang Melayu, kita seharusnya memastikan bahawa makanan yang dihidang untuk mereka sesuai menurut kepercayaan agama mereka.

4.6

Kesejagatan budaya

Walaupun di mana kita berada, kita akan dapati bahawa banyak perkara asas yang dikongsi bersama. Di Negara Malaysia yang muhibah ini, orang Melayu beragama Islam, manakala orang-orang bukan Melayu seperti Cina, India, dan lain-lain beragama Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya. Tetapi mereka semua mempunyai sistem kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Agama mungkin berbeza, tetapi yang penting mereka mempunyai panduan tentang moraliti dan perlakuan baik, iaitu mereka mempunyai agama. Inilah yang dimaksudkan dengan konsep kesejagatan budaya.Ekspresi luaran mungkin berbeza-beza, tetapi konsep teras yang ingin disampaikan adalah sama, iaitu keteraturan hidup mengikut apa yang yang telah ditentukan oleh system moraliti, nilai dan norma dalam setiap budaya. Peraturan inilah yang menjadi garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam pergaulannya sebagai individu sesama insan sosial yang lain. 4.7 Budaya adaptif dan maladaptive

Salah satu sifat budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia ialah sifat adaptifnya. Pada zaman dahulu, manusia primitif perlu mendapatkan sumber-sumber daripada alam semula jadi seperti makanan, air, kayu api, kulit binatang dan sebagainya untuk terus hidup. Budaya memungkinkan manusia mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh, manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang, menebang pokok, menghidupkan api dan sebagainya. Sifat adaptif budaya memastikan manusia terus kekal dan dominant di muka bumi .Pada masa yang sama, budaya juga boleh bersifat maladaptif, iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakat manusia. Aspek negatif boleh membawa kepada kehancuran masyarakat manusia dalam jangka masa panjang. Misalnya, tabiat merokok adalah suatu budaya yang agak meluas dan diterima secara global. Tetapi jika kita merenung sejenak tentang fenomena sosial ini, sudah tentu kita akan bersetuju bahawa merokok merupakan budaya yang maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan mencemarkan udara.

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

4.8

Budaya bersifat integrative

Budaya sebenarnya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan, teknologi, keluarga, system perubatan, seni hiburan dan keupacaraan. Semua aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan budaya bersifat integratif. Justeru pendekatan antropologi cuba melihat masyarakat secara menyeluruh atau holistik.Misalnya, apabila sesebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi, ini akan turut menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain. Institusi keluarga mungkin goyah kerana ramai orang akan berasa tertekan akibat dibuang kerja. Sistem pendidikan pula mungkin berkembang kerana mereka yang dibuang kerja mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Pada masa yang sama, teknologi akan berkembang dengan munculnya inovasi-inovasi yang mampu menjimatkan kos kehidupan, contohnya penggunaan gas cecair asli (liquefied natural gas) atau LNG dalam kenderaan NGV sebagai alternatif kepada bahan bakar petrol.

5.0

FUNGSI BUDAYA DALAM MASYARAKAT

Para pengkaji antropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsinya dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya.

Budaya sebenarnya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya sesebuah masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam sesebuah masyarakat, perkara yang amat penting ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui inilah terdapatnya suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu pula mempunyai pengertian yang luas yang

10

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial. Budaya memiliki beberapa fungsi dan peranan didalam sesuatu masyarakat. Budaya

berperanan sebagai batas-batas penentu dalam sesebuah masyarakat.Ini bermaksud budaya menciptakan perbezaan antara satu kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sebagai contohnya bahasa merupakan alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubungan, baik melalui tulisan, lisan ataupun isyarat dengan tujuan menyampaikan maksud hati atau keinginan kepada lawan bicaranya . Melalui bahasa juga manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat dan tingkah laku masyarakat yang berlainan budaya dan cara hidup.Secara umumnya bahasa berfungsi sebagai alat untuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial. Manakala secara khususnya bahasa adalah untuk mengadakan hubungan dalam pergaulan sehari-hari, mewujudkan seni (sastra), mempelajari naskah-naskah kuno, dan untuk mengeksploitasi ilmu pengetahuan dan teknologi. Pada umumnya budaya mempunyai fungsi yang begitu besar sekali dalam masyarakat kerana keperluan masyarakat itu sendiri sebahagian besarnya adalah dipenuhi oleh kebudayaan yang bersumber dari masyarakat itu sendiri. Kemampuan kebudayaan yang merupakan hasil ciptaan manusia juga adalah terbatas di dalam usaha memenuhi segala keperluannya.Kebudayaan material yang berunsurkan teknologi yang dihasilkan oleh masyarakat pada umumnya memiliki kegunaan untuk melindungi masyarakat dari lingkungan alam.Dengan demikian itu fungsi kebudayaan bagi masyarakat adalah amat besar iaitu untuk melindungi diri terhadap alam, mengatur hubungan antara manusia, di samping itu juga ia merupakan sebagai satu cara untuk menyatakan suatu perasaan, contohnya seni tari, seni lukis, seni ukir dan sebagainya. Budaya merupakan kerangka penggerak keatas sistem nilai yang dibentuk atau dicipta bagi mencapai matlamat serta halatuju dalam proses pembinaan tamadun yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Dalam setuasi ini budaya atau amalan memainkan peranan penting bagi menjana usaha setiap perancangan positif demi mencapai matlamatnya.

6.0

KESIMPULAN 11

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

Budaya adalah kekuatan yang paling penting bagi integrasi bangsa dan antarabangsa, selain dapat mewujudkan kedamaian dan keharmonian jika ditangani dengan hati-hati. Tetapi, budaya juga boleh menjadi sumber perpecahan serta konflik. Oleh itu, dasar kebudayaan harus berdasarkan demokrasi budaya. Sekiranya tidak ada sekatan dikenakan dalam demokrasi budaya, pihak majoriti tidak akan berpuas hati; maka boleh mencetuskan ketidakharmonian. Oleh itu, pembuat polisi harus mempertimbangkan isu ini dengan bijak agar dapat melahirkan dasar yang terbaik. Yang penting adalah warisan budaya boleh membantu sesebuah masyarakat itu mencapai tahap ekonomi yang lebih baik.Pemuliharaan warisan budaya itu haruslah dilakukan melalui kerjasama di kalangan anggota masyarakat dalam sesebuah budaya.Secara keseluruhannya, sesuatu budaya dan tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya http://freetechebooks.com/ebook-2011/fungsi-budaya-page6.html Tylor, E.B. 1974. Primitive culture: researches into the development of mythology, philosophy, religion, art, and custom. New York: Gordon Press. First published in 1871. ISBN 978-0-87968-091-6 http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/pengantar_sosiologi_dan_ilmu_sosial_dasar/bab5 _kebudayaan_norma_dan_lembaga_sosial.pdf Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth. Kottak, Conrad Phillip. (2006). Anthropology: The exploration of human diversity (11th ed.). Boston: McGraw Hill Higher Education. 12

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

Scupin, Raymond & DeCorse, Christopher R. (2004). Anthropology: A global perspective (5th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc.

13

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

14

You might also like