Masalah Pembelajaran KPP

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

ANALISI MASALAH PEMBELAJRAN DAN PENYELESAIANNYA

NAMA:MOHAMAD NAJIB BIN ABDUL HALIM. NO.MATRIK: L006962 PENSYARAH: PROF. DR. KAMARULZAMAN BIN KAMARUDDIN

psikologi pendidikan

Kenal pasti suatu masalah pembelajaran dalam sub-topik daripada mana-mana subjek yang anda ajar sekarang dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan mengaplikasikan satu atau dua teori/pendekatan psikologi pendidikan.

Pengenalan terhadap rmasalah pembelajaran.

Pembelajaran ialah satu proses belajar yang terdiri dari guru, pelajar dan subjek yang diajar. Bila dikatakan proses pembelajaran ia akan dikaitkan dengan beberapa teori dan konsep di dalam ilmu pendidikan. Masalah pembelajar pula ialah setiap masalah atau kekangan yang akan menyebabkan sesuatu sesi pembelajaran terganggu atau tidak lancar.

Masalah pembelajaran boleh wujud di sebabkan oleh beberapa faktor perbezaan individu seperti perbezaan interinvidu dan perbezaan intraindividu. Aspek-aspek perbazaan individu adalah seperti fizikal, emosi, mental, sosial, budaya, personality, bahasa, agama, gaya kognitif dan temperamen. Melalui perbezaan-perbezaan inilah berlakunya masalah pembelajaran dalam proses P & P. Mengikut Atan Long (1978), perbezaan individu memberi kesan besar terhadap pelbagai tingkah laku dalam kelas. Perbezaan ini akhirnya akan memberi kesan terhadap gaya berfikir pelajar, objektif pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.

Guru perlu mengenal pasti perbezaan-perbezaan ini bagi memastikan P & P yang diajar dapat disampaikan dengan berkesan. Di dalam ilmu psikologi pendidikan telah dibahaskan

beberapa kaedah bagi mengelesaikan masalah-masalah ini yang akan diterangkan oleh penulis pada bahagian yang akan datang. Penulis telah mengambil satu tajuk dalam mata pelajar yang diajar untuk dihuraikan dalam masalah pembelajar dan penyelesaian menggunakan pendekatan psikologi. Tajuk yang dipilih oleh penulis ialah penulisan jawi. Jawi merupakan salah satu dari bahagian wajib yang perlu pelajar kuasai bagi memperolehi skor cemerlang dalam mata pelajaran pendidikan islam.

MASALAH PEMBELAJARAN MENULIS JAWI YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pelajar berkenaan tulisan jawi ialah:

a) Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung. Ada sesetengah pelajar yang tulisan mereka buruk yang menyebabkan guru sukar untuk membaca tulisan mereka. Hal ini akan menyebabkan guru sukar menilai samada betul atau salah ejaan mereka.

b) Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf.Contoh: ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi ada pula pelajar yang menambah garisan-garisan tertentu hingga mengakibatkan guru sukar membaca dan memahami tulisan mereka.

c) Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: . Murid menulis huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf dan melalui latihan yang diberi guru melihat ada pelajar yang penulisannya terbalik. Contoh dalam tulisan rumi KITA ditulis ATIK. Hal ini akan memberi maksud lain terhadap perkataan yang ditulis.

d) Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang lain.Contoh: ditulis

e) Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar, atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.

f) Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang ditentukan.

g) Masalah boleh menyalin tetapi tidak boleh membentuk suku kata.

PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR

Di antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran atau lemah dalam tulisan ialah:-

a) Faktor mental:-Secara umumnya pelajar-pelajar memang berbeza-beza dari segi kebolehan mental. Kecerdasan mantel berbeza mengakibatkan tahap penguasaan pelajar. Kecederaan saraf motor pada otak juga akan menyebabkan gangguan fungsi motor seseorang. Kecederaan mungkin disebabkan oleh:-

-Kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa lahir seperti kelahiran awal, atau disebabkan anoxia atau hypoxia. -Kemalangan atau terjatuh dari tempat yang tinggi. -Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada saraf otak seperti sawan, atau demam panas.

b) Gangguan kesihatan tubuh badan misalnya penglihatan. Sebagai contoh:- Masalah kabur penglihatan yang disebabkan oleh perubahan optik dan anatomi seperti astiqmatisme, miopia dan hyperopia.Ini boleh diatasi dengan memakai kanta optik atau kacamata. Dysfunction binokular yang terdiri daripada pelbagai jenis antaranya:-a. Anisekonia: Ia mengakibatkan saiz yang dilihat oleh dua biji mata berbeza seperti mata kanan melihat sesuatu objek lebih besar berbanding mata kiri.b. Dysfunction acomodative : Berpunca daripada kedua kanta mata tidak dapat difokuskan.

c) Masalah keselarasan motor mata dan tangan.

d) Masalah-masalah yang berpunca dari gangguan emosi.

e) Kesukaran untuk menentukan dominan tangan.(mungkin kidal)

f) Kurang mendapat pengalaman-pengalaman pratulisan semasa di tadika, prasekolah atau didikan ibubapa. Pengalaman pratulisan seperti latihan menyambung titik-titik, menekap, mengikut acuan (stenselan), membuat garisan, membuat corak dan sebagainya.

CADANGAN AKTIVITI PEMULIHAN YANG SESUAI Aktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu :1- Pemulihan pratulisan (Persediaan) 2-Pemulihan mekanis (Mendirikan asas).

1- Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan seperti:-Senaman tangan dan jari-Memerah span-memasukkan air ke dalam botol-Menguli tanah liatMengoyak kertas-Menggunting kertas.-Memasukkan manik ke dalam tali-Menyusun blok dan bongkah mainan.-Menampal kolaj.-Membaling dan menangkap objek. Teori ini dikaitkan dengan teori pelaziman Thorndike. Beliau berkata pembelajaran manusia dikawal hukum tertentu iaitu hukum persediaan, latihan dan kesan.

b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti:--Cara duduk yang betul.-Menulis di awan.-Cara memegang pensil-aktiviti mengacau adunan kuih.-Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus, lengkung, panjang, pendek tegak, condong dan sebagainya.-Latihan membuat bentuk asas seperti bulat, bujur, segiempat dan sebagainya.-Menekap huruf.-Mengikut acuan (stensel plate).-Mewarna. Teori yang digunakan dalam latihan ini ialah teori pelaziman skinner. Skinner telah meletakkan asas pembelajaran dalam iaitu setiap tindak balas akan memberi kesan yang sama terhadap ransangan yang sama. Jadi lagi banyak pelajar belajar tehadap gerakkangerakkan diatas maka ia akan memberi kesan yang baik terhadap penulisan mereka.

c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti:--Mengerling ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah.Mata mengikut arah yang ditunjuki oleh guru. Teori yang digunakan dalam latihan ini ialah teori medeling yang diperkenalkan oleh Albert Babdura(1925). Iaitu kata beliau manusia juga belajar melalui peniruan. Dalam konteks ini guru menunjukkan gerakkan mata yang betul dan pelajar meniru gaya guru tersebut.

d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti:--Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan membentuk bulatan.-Mengecam bentuk huruf-Mewarnai huruf yang sama bentuk.-Membuat urutan-Melakar perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan ular.-Stensilan-Menggunting-Menekap dan

sebagainya. Latihan ini menggunakan teori pelaziman skinner.

2- Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas)

Pada bahagian ini guru banyak mengunakan teori pendekatan Konstruktivisme. Teori ini membolehkan pelajar membina sendiri pemahaman mereka terhadap pelajaran diajar. Antara langkah-langkah yang telah diajar oleh guru ialah.

a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap.

b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru.

c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-betuk huruf mengikut teknik yang betul seperti:--Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam.-Melukis garisan menegak dari atas ke bawah.-Melukis garis melintang dari kanan ke kiri.-Campuran garisan menegak dan melintang.

d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:-Gambar tiang bendera bagi huruf -Gambar mangkuk bagi huruf dan -Gambar mata kail bagi huruf -Gambar itik bagi huruf

e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan.

f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan tertutup, dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan masalah pembelajaran pastikan akan timbul dalam semua subjek dan tahap pelajar. Hal ini kerana disebabkan kepelbagaian yang terdapat pada setiap pelajar. Justeru para pendidik perlu mempelajari ilmu psikologi dan mengetahui teori-teori yang diperkenalkan oleh ahli psikologi bagi membantu P & P mereka.

Senarai rujukan 1- Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, Psikologi Pendidikan, 2008, Oxford Fajar, Selangor. 2- Ghazali Darussalam. (2001). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication. 3- Highet, G. (1963). Ilmu mengajar. (Terjemahan Abdul Majid Othman). Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
4- Kamus dewan, www.dbp.gov.my.

5- Dr Baharin Abu ,Pm Dr Othman Md Johan ,Pm Syed Mohd Shafeq Syed Mansor, Haliza Jaafar, Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, Utm Johor. 2007, Jabatan Asas Pendidikan UTM, Johor.

You might also like