Abacus

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN DENGAN MENGGUNAKAN ABACUS

ABACUS

OPERASI TAMBAH

Soalan:

56 + 23 = 79

Pada awal pengiraan, kira nilai 56 terlebih dahulu. Iaitu dengan turunkan 1 biji buah di atas (50) pada tempat puluh dan 1 biji buah di atas (5) diturunkan dan 1 biji buah di bawah (1) pada nilai tempat sa dinaikkan. (50 + 5 + 1 = 56)

Kemudian, tambahkan dengan nilai 20 terlebih dahulu iaitu dengan menaikkan 2 biji buah di bawah (20) pada tempat puluh. (56 + 20 = 76)

Selepas itu, tambahkan dengan 3 iaitu dengan menaikkan 3 biji buah di bawah (3) pada tempat sa. (76 + 3 = 79) Kesimpulannya: 56 + 23 = 79

OPERASI TOLAK

Soalan:

86 49 = 37

Pertama, kira nilai 86 iaitu dengan menurunkan sebiji di atas (50) dan naikkan 3 biji di bawah pada nilai tempat puluh (30). Kemudian, pada tempat sa pula, turunkan sebiji buah di atas (5) dan naikkan sebiji buah di bawah (1). (50 + 30 + 5 +1 = 86)

Selepas itu, tolakkan 86 dengan nilai 40 terlebih dahulu iaitu dengan menaikkan sebiji buah di atas (50) pada nilai tempat puluh. (86 50 = 36) disebabkan kita hanya hendak tolak dengan nilai 40, maknanya kita masih lagi berhutang 10 untuk ditambah kembali.

Disebabkan kita masih lagi berhutang 10 untuk ditambah kembali, sebiji buah di bawah (10) pada nilai tempat puluh mestilah dinaikkan. Sekarang, jumlahnya ialah (36 + 10 = 46)

Kemudian, pengiraan diteruskan lagi dengan menolak nilai 46 dengan 9 iaitu dengan menolak dengan nilai 10 terlebih dahulu. Turunkan sebiji buah di bawah (10) pada nilai tempat puluh. ( 46 10 = 36). Disebabkan nilai yang hendak ditolak ialah 9, bermakna kita masih lagi berhutang 1 untuk ditambah kembali.

Disebabkan kita masih berhutang 1 untuk ditambah kembali, oleh itu, kita perlu naikkan sebiji buah di bawah (1) pada nilai tempat sa, menjadikan (36 + 1 = 37). Kesimpulannya: 86 49 = 37

You might also like