Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN MULTIMEDIA Multimedia adalah suatu teknik yang menggabungkan data, teks, gambar, grafik, animasi, bunyi dan

video. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang. Pengaplikasian multimedia dalam pendidikan memudahkan guru meyampaikan pelbagai maklumat dengan pelbagai pendekatan. memberi manfaat kepada murid di mana murid boleh menerima, memproses, mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang telah dipelajari. Murid juga perlu dieri kebebasan untuk belajar mengikut perkembangan diri mereka masing-masing dengan melibatkan pancaindera semasa proses pembelajaran berlangsung. PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya digunakan dengan berkesan. Ia juga memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri sendiri. Penggunaan multimedia juga dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia itu sendiri serta menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan.

MENGENALPASTI FAEDAH MENGGUNAKAN BAHAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL.

Menurut

Norizan

Abdul

Razak,

1997 dalam kajian

kesediaan

guru

menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat. Keberkesanan penggunaan multimedia dan keupayaan guru

mengekploitasikannya boleh menyumbang kepada melahirkan generasi yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan juga kemahiran. Kraiger, Ford dan Salas (1993), mengkategorikan pembelajaran kepada tiga matlamat iaitu pencapaian kognitif , pencapaian kemahiran dan pencapaian efektif.

You might also like