Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK HAJI ZAINUL ABIDIN

Bahasa Malaysia Kertas 2


<Nama Ujian> Kelas : <Tarikh> Masa : Markah :

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. Bahagian A (i) [ Masa yang dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ] 1. Bahagian A(i) Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebabsebab Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni dilancarkan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahagian A(ii) Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berikan maksud semakin terhakis dalam petikan.
1

[2 markah] 2 Berdasarkan petikan, kemukakan empat bukti yang menunjukkan kesedaran sivik dalam kalangan anggota masyarakat semakin luntur. [4 markah] 3 Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang dapat diperoleh daripada Kempen Budi Bahasa dan Nilainilai Murni? [4 markah] Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 25 minit ] [ 20 markah ] 2. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, huraikan pendapat anda tentang amalan-amalan yang baik untuk kesihatan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi daripada 120 patah perkataan.

Bahagian C [ Masa yang dicadangkan : 45 minit ] [ 40 markah ] 3. Tulis suatu karangan tentang satu daripada perkara-perkara di bawah ini. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata. (a) Sebagai wartawan yang bertugas di sebuah syarikat penerbitan, anda diberi tugas untuk mewawancara
2

seorang guru tentang perlunya rancangan Sekolah Wawasan diteruskan. Tulis wawancara tersebut selengkapnya. (b) Permainan tradisional tidak mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda kerana kurang pendedahan kepada masyarakat. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilaksanakan? (c) Anda akan menduduki peperiksaan PMR pada akhir tahun ini. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda yang telah berjaya dalam peperiksaan PMR pada tahun lepas untuk mendapatkan beberapa panduan belajar. Tulis surat itu selengkapnya. (d) Polis trafik telah mengadakan sekatan jalan raya untuk mengenal pasti dan menahan pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan. Sebagai pemberita, anda telah diminta menulis laporan tersebut selengkapnya. (e) Pada suatu malam, anda telah mengalami suatu peristiwa yang amat menakutkan. Tulis peristiwa yang telah anda alami itu. Bahagian D [ Masa yang dicadangkan : 10 minit ] [ 10 markah ] 4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

Konflik merupakan unsur ketegangan yang diwujudkan untuk menjadikan cerita lebih menarik. Jelaskan tiga konflik yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

You might also like