Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT CURAI Mesyuarat Bersama-sama Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ Tarikh : 14 . 02.

2012 ( Selasa ) Tempat : Dewan Aura 2 PPD Batu Pahat Masa : 8.00pg hingga 2.00ptg

1. Ucapan alu-aluan daripada Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ, Tn. Hj. Shaharudin b. Hj. Sharif y Ucapan Tahniah kepada GPK Hem yang baharu dilantik y Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan sebaikbaiknya y Tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja . 2. Pengurusan Unit Kecil SPBT y Memastikan pengagihan buku teks SPBT kepada semua pelajar tingkatan satu telah dilaksanakan y Kelemahan pengurusan SPBT di sekolah berpunca daripada kekerapan pertukaran penyelaras SPBT. Dicadangkan semua guru penyelaras SPBT di sekolah memegang jawatannya sekurang-kurang 3 tahun y Hasil pemantauan pengurusan buku teks SPBT 2011 :  Buku stok tiada / tidak dikemaskini / tidak betul  Fail tidak dikemaskini  No. perolehan buku teks tidak ditulis  Buku teks tidak dicap dengan cap sekolah y Kekurangan buku teks di sekolah  Kesilapan pesanan oleh pihak sekolah  Pertambahan murid luar jangkaan terutamanya murid tingkatan Satu y Dasar murid berpindah sekolah dalam zon pengedaran buku yang sama  Diwajibkan membawa buku teks ( zon penggunaan yang sama )  Dasar dibuat melalui SP BBT KP.BT 5945/Jld 17(65) bertarikh 9 April 2004. Peringatan ke dua- KP.BT 8945/ Jld 289(24) bertarikh 17 Mac 2008. y Pelaksanaan Dasar PPSMI  Pelupusan buku PPSMI ditangguh sehingga dimaklumkan kelak  Dasar diteruskan sehingga tamat tingkatan lima 2021

3. Unit Kesihatan  Kebersihan kawasan sekolah tiada air bertakung, tiada kawasan penbiakan jentikjentik, kawasan sekolah ceria  Pengurusan kantin : Jalankan pemeriksaan kantin dengan kerap, tiada kompromi terhadap kendiri kantin. Patuhi kehendak Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. Pastikan kontrak perjanjian ikut jadual. Pastikan pengendali makanan telah mengambil suntikan kesihatan, pakaian bersih termasuk apron dan penutup kepala serta berkasut dan tidak memakai perhiasan. 4. Unit Disiplin  Pengurusan disiplin sekolah hendaklah mengikut peruntukan Undang-undang, peraturan-peraturan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga peraturanperaturan dari sekolah.  KPI Pengarah mengenai ponteng sekolah ialah kepada pengurangan 0.01%  RIMUP adalah dibawah pengurusanGPK Kokurikulum  Prosedur Gantung dan Buang Sekolah rujuk edaran  Unit Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) adalah di bawah GPK HEM  GBK hendaklah melaksanakan Kaunseling Individu, Kaunseling Berkelompok secara berfokus  GBK dan guru pengurusan disiplin hendaklah saling bekerjasama dan masing-masing memberi komitmen tinggi dalam pengurusan sikap dan sahsiah murid  GBK sepatutnya boleh menguruskan mana-mana pelajar yang memerlukan khidmat kaunseling sama ada pelajar datang secara sukarela ataupun kes rujukan oleh guru disiplin tanpa mengambil kira tingkatan mana pelajar-pelajar berada  Bilik GBK hendaklah bersifat Therapeutic ( terapi ) menyenangkan, nyaman, segar dan kondusif  GBK hendaklah merekayasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Visi : Sekolah Bebas Dadah 2012.

Disediakan Oleh :

HJH. ROZIAH BINTI MD. KHALID GPK HEM SMK SENGGARANG

You might also like