Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

DEFINISI
Penganjuran majlis merupakan kelaziman yang terdapat di mana-mana sahaja seperti sekolah, institusi, pejabat, universiti, hotel dan sebagainya. Majlis itu pula diadakan untuk tujuan tertentu, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Atur cara majlis perlu dirancang dengan teliti. Hal ini bertujuan agar tidak berlaku kepincangan semasa majlis berlangsung.

Individu yang bertanggungjawab menghidupkan majlis semasa majlis itu sedang berlangsung ialah pengacara majlis. Pengerusi majlis hendaklah berfungsi sebagai individu yang arif dalam hal ehwal sesebuah majlis itu. Hanya pengerusi yang benar-benar arif terhadap latar, objektif serta program sesebuah majlis yang akan berjaya menggubah skrip pengerusian yang sesuai dan berpenghayatan. Kebiasaanya, pengerusi majlis akan membaca sahaja skrip yang ditulis oleh orang yang bertanggungjawab untuk menulis skrip pengacaraan dalam sesebuah majlis. Oleh itu, lebih baik jika pengerusi majlis atau orang yang akan menulis skrip merupakan orang yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa sama ada secara penulisan ataupun lisan.

Pengacara majlis juga dikenali sebagai orang yang mengawal sesuatu acara dalam majlis dan orang yang bertanggungjawab memberi arahan dan panduan dalam sesuatu majlis. Pengacara majlislah yang akan membuat pengumuman dan bertanggungjawab untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Pengacara majlis ialah orang yang pertama akan tampil ke hadapan dalam sesuatu majlis kerana merekalah yang akan memulakan kata-kata pembukaan dan memperkenalkan sesuatu majlis itu. Pengacara majlis dapat menjalankan tugas dengan lancar jika atur cara majlis telah disusun dengan lancar dan sempurna.

JENIS-JENIS MAJLIS Secara umumnya, terdapat tiga jenis majlis, iaitu:JENIS-JENIS MAJLIS

RASMI

SEPARUH RASMI

TIDAK RASMI

1) Majlis Rasmi  Dihadiri oleh raja-raja atau menterimenteri.  Mempunyai sistem protokol yang lebih ketat dan terperinci.  Contohnya seperti sambutan kemerdekaan,majlis pertabalan, majlis perkahwinan kerabat diraja.

2) Majlis Separuh Rasmi  Tidak melibatkan barisan orang kenamaan yang ramai.  Contohnya seperti majlis persaraan, majlis penyampaian anugerah perkhidmatan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

3) Majlis Tidak Rasmi  Tidak melibatkan orang kenamaan.  Majlis seperti ini biasanya berlangsung dalam suasana santai.  Contohnya seperti majlis hari jadi, majlis hari keluarga, majlis sukan dan sebagainya.

Secara lebih khusus, majlis yang terdapat di Malaysia dapat dikategorikan kepada lima jenis iaitu:a) Majlis Penuh Istiadat b) Majlis Rasmi dan Formal c) Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal d)Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal e) Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal

a) Majlis Penuh Istiadat  di istana- istiadat pertabalan dan istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri.  di luar kawasan istana- pembukaan rasmi sidang penggal parlimen.

b) Majlis Rasmi dan Formal

 Majlis jamuan makan oleh Perdana Menteri bagi meraikan ketua-ketua kerajaan asing.  Majlis perasmian anjuran kerajaan seperti konvokesyen dan seminar.

c) Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis anjuran kerajaan yang tidak mematuhi protokol sepenuhnya. Contohnya seperti majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri.

d)Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Majlis anjuran swasta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri. Contohnya seperti perasmian bangunan, pecah tanah dan pertunjukan.

e) Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal Majlis biasa anjuran sesebuah organisasi dan protokol yang diikuti adalah yang ditetapkan oleh organisasi masing-masing. Contohnya seperti jamuan akhir tahun.

Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan, tidak kekok tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin. Mereka peka dengan situasi majlis, termasuk sebarang perubahan yang berlaku pada saat akhir. Sentiasa bersedia untuk mengumumkan dan memaklumkan apa-apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis kepada para hadirin. Mempunyai suara yang jelas, ceria dan dapat menghidupkan suasana majlis.

Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak. Tidak kaku dan tidak juga berbicara dengan aksiaksi yang keterlaluan. Berketerampilan dan dapat membezakan kelainan yang terdapat dalam sesuatu majlis seperti majlis rasmi, separuh rasmi, atau tidak rasmi. Tahu menyusun pengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial

Format Teks Pengacaraan Majlis

nama pengajur pada bahagian atas, tempat majlis dilaksanakan, tarikh berlangsungnnya majlis. waktu majlis itu berjalan. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat ucapan mengalu-alukan ketibaan Kata-kata sapaan atau salutasi salam pembuka. bacaan doa. Menceritakan latar belakang majlis. menjemput para jemputan tertentu untuk membuat Penyampaian cenderamata. Keberangkatan pulang tetamu kehormat.

You might also like