Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK

Penyata Razak Perintis Perpaduan Murid Pelbagai Etnik di Malaysia

Penyata Razak 1956 merupakan dokumen yang mengandungi beberapa panduan yang mengemudi dunia pendidikan di Malaysia. Namun, apakah perkaitan Penyata Razak dengan perpaduan? Sejauhmanakah terlibatnya Penyata Razak dalam merintis perpaduan murid dalam kelas? Penyata Razak 1956 Penyata Razak (PR) digubal sebagai serampang dua mata iaitu menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan disamping sebagai medium untuk menghasilkan tenaga kerja ikhtisas. Terdapat 7 tujuan utama PR digubal termasuklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu, merapatkan jurang perbezaaan antara kaum di Tanah Melayu, menyediakan kemudahan pelajaran yang berkualiti dan sebagainya (Chong Lean Keaw,2008). Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah meneliti dan menerima cadangan-cadangan yang dikemukakan. Terdapat beberapa syor yang diketengahkan oleh PR selari dengan penubuhan Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Kerajaan. Antara syor yang disenaraikan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah, dua jenis sekolah terbuka kepada semua etnik sekolah rendah dan menengah yang menerima bantuan atau persendirian, sistem pendidikan sekolah menengah yang terbahagi kepada tiga menengah rendah, tinggi dan pra universiti, sistem peperiksaan yang berpusat, penubuhan jemaah nazir persekutuan dan lain-lain. Perintis Perpaduan Menurut Noriati A. Rashid (2008), kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah. Oleh itu, sekolah merupakan satu institusi dimana pemupukan sesuatu tabiat dapat dilakukan. Hal ini telah disedari sejak sekian lama oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussein ketika beliau menjadi ketua jawatankuasa mengkaji semula dasar kerajaan. Hasilnya, jawatankuasa tersebut berjaya mengeluarkan

Khairul Izzuddin Bin Zaini

Page 1

WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK


beberapa pendapat tentang perubahan yang perlu dalam Ordinan Pelajaran 1952. Pendapat-pendapat tersebut dikenali sebagai Penyata Razak (PR). PR digubal sebagai projek serampang dua mata di mana bermatlamatkan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid di sekolah dan memperbaiki sistem pendidikan negara untuk melahirkan tenaga kerja ikhtisas. Dalam mencapai matlamat tersebut beberapa cadangan telah dikemukakan. Antara cadangan tersebut ialah mewajibkan pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di semua sekolah rendah dan menengah. Dari sudut perpaduan, cadangan ini adalah bernas kerana bahasa itu sendiri dapat menjadi alat perpaduan. Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), perpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Secara teorinya, apabila murid-murid belajar bahasa yang sama, komunikasi antara murid berbilang kaum turut terjadi kerana masing-masing memahami satu bahasa yang menjadi bahasa pertuturan dalam kalangan mereka. Selain itu, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa kebangsaan dimana perlu digunakan dalam majlismajlis rasmi manakala Bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu kerana banyak rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Justeru, melalui pergaulan dan pertuturan perpaduan dapat dipupuk dalam diri murid-murid. Antara cadangan yang turut dikemukakan ialah dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik, iaitu sekolah yang menerima bantuan kerajaan atau persendirian tidak kira sekolah rendah atau sekolah menengah. Cadangan ini sememangnya dapat memupuk semangat perpaduan antara murid di sekolah tersebut. Pergaulan antara kaum (interracial) sememangnya berlaku dalam sekolah jenis ini. Apabila berlaku pergaulan, persefahaman antara mereka turut berlaku melalui beberapa pergeseran yang terlaksana. Menurut ahli psikologi terkenal yang mengkaji pergaulan sosial, Lev Vygotsky, persefahaman bukan sahaja dicapai melalui perkongsian pendapat tetapi turut melalui beberapa jenis pergeseran (Chong Lean Keaw, 2008). Kadangkala turut terdapat beberapa ketidakpuasan hati antara murid-murid atas tindakan satu pihak, namun itu adalah perkara biasa dalam proses mencapai
Khairul Izzuddin Bin Zaini Page 2

WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK


persefahaman antara satu sama lain. Contohnya, murid A tidak suka diganggu semasa belajar, dan apabila murid B menganggu murid A dan berlaku sedikit pergaduhan kecil (murid B dimarahi murid A) atau murid A menjauhi murid B. Murid B akan memahami salah satu cirri murid A dan kedua-dua mereka berkongsi satu persefahaman. Namun, isu ini haruslah diberi perhatian dan peneguhan oleh guru, jika tidak satu pergaduhan besar akan berlaku. Selain itu, jawatankuasa mengkaji dasar kerajaan turut mencadangkan penyelarasan sistem pelajaran kebangsaan. Dengan penyelarasan ini, setiap pelajar berpeluang menjalani sistem pembelajaran yang standard untuk satu Negara. Menurut Jabatan Statistik dan Perangkaan Kebangsaan, berlaku peningkatan kadar celik huruf dalam kalangan penduduk luar bandar sejak pelaksanaan programprogram yang berteraskan Laporan Razak. Hal ini penting kerana dengan penyelarasan yang dibentuk, tiada pihak yang rasa dipinggir. Pihak kementrian dapat mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dari segi kewangan dan mereka yang layak menerima bantuan. Antara programnya ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan persekolahan, biasiswa dan lain-lain. Dengan penyelarasan sistem juga pihak kementrian dapat mengawal dan menyelia program-program yang menarik yang membawa kearah perpaduan antara kaum. Contoh program yang telah dilaksanakan ialah Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Program ini banyak memberi impak yang positif dalam membentuk semangat perpaduan dalam diri murid-murid. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak luar seperti Rukun Tetangga, badan-badan bukan kerajaan serta turut sama ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut. Dengan kerjasama yang dilakukan lebih-lebih lagi dengan penyertaan dari pelbagai kaum dapat memupuk perpaduan dalam diri setiap peserta. Cadangan lain yang diketengahkan dalam PR ialah keseragaman dalam standard pelajaran yang sama. Keseragaman yang dimaksudkan ialah dari aspek sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran yang sama dapat memupuk minat pelajar untuk belajar secara berkumpulan. Guru-guru perlu memberi galakan kepada muridmurid untuk belajar bersama-sama dengan etnik-etnik yang lain supaya kerjasama antara kaum wujud dalam diri mereka.
Khairul Izzuddin Bin Zaini Page 3

WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK


Aktiviti kokurikulum turut membantu dalam membentuk perpaduan melaui keseragaman. Bersukan sememangnya contoh yang paling mudah dijumpai. Kerjasama antara ahli pasukan adalah pada tahap maksimum tanpa mengira kaum. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru sebagai jurulatih supaya dapat menerapkan nilai kerjasama antara kaum serta memupuk semangat perpaduan dalam diri muridmurid. Selain sukan, aktiviti unit uniform turut mendapat sambutan tidak kira apa jenis sama ada dari badan kerajaan seperti kadet polis, persatuan kadet bersatu Malaysia (PKBM) dan lain-lain atau badan bukan kerajaan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan berbagai lagi. Oleh itu, keseragaman dalam sukatan pelajaran dapat memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, PR turut mencadangkan agar kurikulum dibentuk berorientasikan alam sekeliling Malaysia. Sebelum ini, kurikulum dibentuk menggunakan orientasi daripada Negara China, India dan Britain. Oleh itu, tidak wujud satu rasa kebersamaan antara murid di sekolah. Pembentukan kurikulum berorientasikan Negara Malaysia membantu dalam memupuk semangat kebersamaan antara murid. Melalui kurikulum berorientasikan alam sekeliling Malaysia, murid-murid dapat mengenali negara kita dengan lebih dekat. Pada era 60-an, jaringan maklumat dan pengangkutan adalah terhad, jadi pengenalan terhadap tempat yang jauh dari rumah adalah terbatas. Dengan kurikulum seperti ini, murid-murid dapat melihat dan merasai keunikan dan keindahan yang terdapat di negara kita ini. Justeru, dapat melahirkan semangat patriotisme dalam diri setiap murid. Mereka akan berasa aman berada di Malaysia berbanding berada di negara lain seperti China dan India. PR turut mencadangkan bahawa kementrian perlu menyeragamkan sistem peperiksaan untuk seluruh Malaysia. Cadangan ini penting agar dapat memberi peluang yang sama rata untuk melanjutkan pelajaran. Pada mulanya, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi ditapis melalui quota yang telah ditetapkan. Namun perbincangan jawatankuasa mengkaji dasar kerajaan telah mencadangkan supaya kementrian dapat menghapuskan sistem quota yang kurang sesuai dilaksanakan kerana dianggap tidak adil bagi kaum bukan bumiputera. Keseragaman sistem peperiksaan turut membantu kementrian dalam mengenalpasti murid yang lemah dan memberi latihan pemulihan tanpa mengira kaum atau etnik. Dengan melaksanakan program pemulihan yang melibatkan
Khairul Izzuddin Bin Zaini Page 4

WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK


pelbagai kaum, kerjasama antara murid berbilang kaum harus ditekankan. Pengurus program perlu bijak dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Antara perkara yang perlu ditekankan ialah pembahagian kumpulan mengandungi ahli yang berbagai kaum. Akhir sekali, antara matlamat yang penting dalam PR ialah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dapat memupuk perpaduan antara kaum dengan memaksimumkan penggunaan bahasa melayu dalam pertuturan. Kaum bukan bumiputera perlu digalakkan supaya menggunakan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Pengamatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat memupuk jati diri serta menanam sikap sayangkan tanah air. Sikap-sikap yang positif turut dapat diterapkan dalam menggunakan Bahasa Melayu kerana budaya Melayu sendiri memaparkan kesopanan dan nilai-nilai murni seperti nasihat-menasihati, hormat-menghormati dan lain-lain. Selain itu, guru-guru harus bijak dalam memberi galakan kepada murid-murid untuk menggunakan Bahasa Melayu semaksimum yang mungkin dalam kehidupan mereka. Guru-guru harus memberi contoh yang terbaik dengan menggunakan Bahasa Melayu baku semasa bercakap dengan murid. Seterusnya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program untuk memberi pendedahan tentang keindahan Bahasa Melayu itu sendiri. Antara program yang boleh dirancang ialah minggu Bahasa Melayu, bulan membaca, pertandingan bercerita, berpantun, mendeklamasi sajak dan lain-lain. Kesimpulannya, Penyata Razak 1956 dapat memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan murid di sekolah. Berbagai program telah dilaksanakan berdasarkan syor-syor yang dinyatakan dalam Penyata Razak. Sesungguhnya, harapan untuk membina masyarakat yang harmoni dan liberal seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 dapat dilaksanakan jika Penyata Razak dijadikan panduan dalam membina hubungan sosial antara kaum di sekolah. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Khairul Izzuddin Bin Zaini

Page 5

WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK


Refleksi Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan pada masa yang lebih awal dari yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada pensyarah pembimbing, Encik Baskaran A/L Subramaniam kerana telah membimbing, membantu serta memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan Hubungan Etnik. Dalam tugasan ini, kami telah ditugaskan untuk menghuraikan dengan jelas tentang cara Penyata Razak dapat memupuk perpaduan dalam diri murid-murid di sekolah. Dalam melaksanakan tugasan yang diberikan, saya telah mencari bahan yang diperlukan di pusat sumber dan di internet. Saya juga mengadakan kolaborasi dengan pensyarah pembimbing untuk menjadikan kerja kursus saya yang terbaik yang pernah saya lakukan. Penyata Razak digubal sebagai serampang dua mata iaitu menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan disamping sebagai medium untuk menghasilkan tenaga kerja ikhtisas. Terdapat 7 tujuan utama Penyata Razak digubal termasuklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu, merapatkan jurang perbezaaan antara kaum di Tanah Melayu, menyediakan kemudahan pelajaran yang berkualiti dan sebagainya (Chong Lean Keaw,2008). Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah meneliti dan menerima cadangan-cadangan yang dikemukakan. Terdapat beberapa syor yang diketengahkan oleh Penyata Razak selari dengan penubuhan Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Kerajaan. Antara syor yang disenaraikan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah, dua jenis sekolah terbuka kepada semua etnik sekolah rendah dan menengah yang menerima bantuan atau persendirian, sistem pendidikan sekolah menengah yang terbahagi kepada tiga menengah rendah, tinggi dan pra universiti, sistem peperiksaan yang berpusat, penubuhan jemaah nazir persekutuan dan lainlain. Sekolah merupakan satu pusat dimana tertumpunya proses untuk mengubah masyarakat dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Di sekolah, guru-guru
Khairul Izzuddin Bin Zaini Page 6

WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK


bertindak sebagai ejen dalam melahirkan murid yang seimbang dan harmonis serta sejahtera sepadan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Guru juga

bertanggungjawab dalam mendidik bakal-bakal pemimpin yang akan memacu negara satu masa kelak. Kesimpulannya, perpaduan adalah lebih berharga daripada sumber asli yang terdapat di negara kita. Pemeliharaan haruslah dijaga tahap maksimum kerana dengan perpaduan keamanan yang dicapai dapat dikekalkan. Oleh itu, saya mengaharapkan agar semua pihak dapat menggembleng tenaga untuk mengekalkan perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama lagi.

Khairul Izzuddin Bin Zaini

Page 7

You might also like