Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BIODATA PERAWI-PERAWI HADITH

1. ABU HURAIRAH R.A (

NAMA: Abdul Rahman bin Sakhar al-Dusi al-Yamani. Nama asal sebelum memeluk Islam: Abdu Syams. TARIKH LAHIR: 19 tahun sebelum Hijrah. TEMPAT LAHIR:

Beliau memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah ketika Rasulullah s.a.w berada di Khaibar. Beliau merupakan anak yatim sejak kecil dan menjadi salah seorang ahli Suffah di Madinah. Beliau telah digelar Abu Hurairah oleh Rasulullah s.a.w kerana beliau amat sukakan kucing. Akhlak beliau: Taat kepada perintah Allah S.W.T, mementingkan kesederhanaan, tawaduk dan tekun beribadat, cintakan ilmu pengetahuan, menghormati ibu bapa dan mengasihi binatang. Beliau terkenal sebagai sahabat Rasulullah s.a.w yang paling banyak meriwayatkan hadith.
1

Sebanyak 5374 hadis diriwayatkan oleh beliau. Kebanyakan buku hadis sahih tercatat hadis yang diriwayatkan oleh beliau seperti dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tarmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan al-Nasai. Beliau hidup lebih lama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu selama 47 tahun.
2. ABDULLAH BIN UMAR R.A (

NAMA: Abdullah bin Umar bin Al-Khattab. TARIKH LAHIR: 612 M. TARIKH WAFAT:

Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w dan merupakan perawi hadis yang terkenal. Beliau ialah seorang yang meriwayatkan hadith kedua terbanyak setelah Abu Hurairah. Beliau meriwayatkan sebanyak 2630 hadith. Beliau sering mendapat pujian dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin yang lain.

Beliau merupakan seorang pedagang yang berjaya dan dermawan. Beliau hilang penglihatan di masa tuanya. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang paling akhir meninggal di kota Makkah. Beliau hidup sehingga 60 tahun setelah wafatnya Rasulullah s.a.w.

3. ANAS BIN MALIK R.A (

NAMA: Anas Bin Malik Bin Nadhar Bin Dhamdham Al-Ansari Al-Khazraji. TARIKH LAHIR: Tahun 612 M TARIKH WAFAT: Tahun 709/712 M

Beliau berada pada urutan ketiga terbanyak meriwayatkan hadith. Ketika beliau berusia 10 tahun, ibunya menyerahkannya kepada Rasulullah S.A.W untuk menjadi pelayan baginda.

Rasulullah S.A.W memanggil beliau dengan gelaran Dzal Uzunain yang bermaksud yang mempunyai dua telinga.

Beliau tidak mengikuti peperangan Badar kerana usianya pada masa itu masih terlalu muda. Namun beliau tampil dengan keberanian mengikuti peperangan-peperangan yang lain.

Beliau terkenal dengan ketakwaannya kerana lama bersahabat dengan Rasulullah S.A.W.

Beliau telah meriwayatkan sebanyak 2286 hadith.

4. SAIDATINA AISYAH R.A (

NAMA: Aisyah Bt Abu Bakar As-Siddiq. TARIKH LAHIR: 8 tahun sebelum Hijrah: 641 M. TEMPAT LAHIR:

Gelaran: Al-Humaira (putih kemerah-merahan). Sifat mulia beliau: Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, sabar, dan dermawan. Beliau menguasai banyak ilmu seperti tafsir al-Quran, Fekah, Sirah Rasulullah s.a.w dan lain-lain. Sumbangan beliau: Banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w. Sebanyak 2210 hadith telah diriwayatkannya. Beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Madinah al-Munawarrah ketika berumur 67 tahun.

5. IBNU ABBAS R.A ( NAMA:

Abdullah bin Abbas. TARIKH LAHIR: 3 tahun sebelum Hijrah TARIKH WAFAT: Pada tahun 68 Hijrah ketika

Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w dan bapa saudara kepada baginda Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan seorang perawi hadith yang terkenal dan mahir dalam mentafsirkan alQuran. Beliau seorang yang berpengetahuan luas dan banyak hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Beliau meriwayatkan sebanyak 1660 hadith. Akhlak mulia beliau: Alim dan rendah diri, istiqamah dalam amalnya, kerap berjaga malam untuk beribadah dan selalu menangis ketika sedang solat dan membaca al-Quran. Beliau sering menjadi pujian di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau meninggal dunia di Kota Taif.

6. JABIR BIN ABDULLAH R.A (

NAMA: Jabir Bin Abdullah Bin Amr Bin Haram Al-Ansari. TARIKH LAHIR: 15 tahun sebelum Hijrah. TEMPAT LAHIR: Madinah.

Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau datang dari keluarga yang miskin di Madinah. Beliau memeluk Islam semasa beliau masih kecil. Beliau pernah melawat ke Mesir dan Syam. Ramai orang menimba ilmu daripadanya di sana. Beliau meriwayatkan sebanyak 1540 hadith.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, beliau meneruskan pengajian di Masjid Nabawi, Madinah, Mesir dan Damsyik. Beliau meninggal dunia di Madain yang terletak berhampiran Baghdad.

7. ABU SAID AL-KHUDRI R.A (

NAMA: Abu Said Saad Bin Malik Bin Sinan al-Khazraji al-Khudri. Lebih dikenali dengan nama sebenarnya, Saad Bin Malik Bin Sinan. TARIKH LAHIR: Tahun 10 sebelum Hijrah.

Merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang yang ke-7 banyak meriwayatkan hadith dari Rasululllah s.a.w. Beliau meriwayatkan sebanyak 1170 hadith. Riwayatnya dari para sahabat lain amat banyak, namun yang paling terkenal adalah bapanya sendiri Malik Bin Sinan, Abu Bakar, Umar, Uthman, Abu Musa Al-Asyari, Zaid Bin Thabit dan Abdullah Bin Salam. Beliau meninggal dunia di zaman kerajaan Bani Umayyah kerana dikatakan penghasut untuk menentang kerajaan tersebut.

8. ZAID BIN THABIT R.A (

NAMA:
Zaid bin Thabit Adh-Dhahhak Al-Ansari An-

Najjari. TARIKH LAHIR: 611 M. TEMPAT LAHIR: Madinah.

Merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau telah tinggal bersama Rasulullah S.A.W. ketika baginda berada di Madinah. Ketika berusia berusia 11 tahun beliau telah dapat menghafal 11 surah. Kekuatan daya ingatan beliau menjadikan beliau dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah S.A.W. Beliau juga dilantik menjadi setiausaha pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Beliau juga telah diamanahkan untuk mengumpul dan menuliskan al-Quran pada zaman khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Beliau meriwayatkan 92 hadith Rasulullah s.a.w. Lima daripadanya disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim.

10

Beliau meninggal dunia di Madinah.

11

You might also like