Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

POLISI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pendahuluan. Kebelakangan ini isu masalah kebakaran di sekolah menjadi isu hangat diperkatan di media masa.Di Sarawak, terdapat dua kes menonjol, iaitu di Sessang dan Sk Iban Union, Sibu yang melibatkan kebakaran asrama. Dalam kedua-dua kes, beberapa nyawa murid telah diragut api. Laporan umum menyebutkan tentang perlunya sekolah mempunyai dan menyediakan set- set peraturan serta kawalan untuk mencegah kebakaran berlaku. Untuk mengelakkan tuduhan liar daripada pihak awam tentang longgarnya peraturan-peraturan di sekolah maka adalah perlulah sekolah mendokumentasikan segala peraturan serta langkah dan tatacara tindakan yang sedia ada yang perlu diambil apabila berlaku kebakaran. Definisi. Merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menghadapi kejadian-kejadian sehingga melibatkan kerosakan harta benda atau / dan kehilangan nyawa apabila berlaku kebakaran. Objektif. 1. 2. 3. 4. Mengenalpasti punca-punca berlakunya kebakaran. Membenteras kejadian kebakaran di sekolah. Mewujudkan sausana selamat di sekolah. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap bahayanya kebakaran.

Punca-Punca Kebakaran. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Litar Pintas Sabotaj Wayar dan suis terdedah Penggunaan alat eletrik yang rosak Menyambung wayar eletrik secara illegal oleh murid Pengunaan lilin dan pelita di asrama. Membakar sampah di dalam / berhampiran bangunan sekolah.

Peranan Murid.

1. 2. 3. 4.

Mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Melapor kerosakan pada suis, wayar dan alat eletrik di sekolah. Jangan menyambung wayar sesuka hati. Tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. 5. Melaporan kegunaan pelita dan lilin. 6. Memastikan sampah yang dibakar tidak di dalam atau dekat bangunan sekolah. 7. Memaklumkan guru tentang sebarang aktiviti memasak tidak dilakukan di dalam bangunan kecuali dalam dapor yang dikhskan. Peranan Guru / Pentadbir. 1. Meronda kawasan sekolah setiap masa. 2. Menyebarkan maklumat berkaitan kebakaran melalui poster, risalah dan ceramah. 3. Membaiki dan mengganti sebarang komponen elektrki yang rosak dengan kada segera. 4. Mengingatkan murid tentang tatacara tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah. 5. Mengadakan program kesedaran dan latihan kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat. 6. Menyediakan kemudahan alat pemadam api di semua bangunan di sekolah dan memastikan keadaannya sentiasa baik. 7. Mewujudkan keadaan selesa di asrama agar ianya tidak begitu sesak sehingga boleh melambatkan proses pengosongan apabila berlaku kebakaran. Peranan Ibubapa. 1. Memberi didikan kepada anak-anak tentang bahayanya arus eletrik. 2. Sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi semua peraturan sekolah. PANDUAN KESELAMATAN SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN. Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran ( Langkah awal ) Tatacara Murid. 1. Laporkan kepada guru sekiranya ada terjumpa wayar terdedah, suis rosak dan lain-lain, segera. 2. Laporkan juga sekira terjumpa murid lain yang menggunakan alat elektrik seperti heater dan seterika. Begitu juga buat laporan kepada guru tentang penggunaan pelita dan lilin. Tatacara Guru 1. Kerap buat rondaan. 2. Sebarang laporan kerosakan eletrik yang diterima daripada murid mesti dicatat dalam borang untuk maklumam Pengetua .

3. Selepas mendapat kelulusan Pengetua, ketua kerani tadbir boleh mengarahkan PAR menggantikan / membaiki bahagian yang rosak. 4. Menyediakan alat-alat pemadam api di bangunan-bangunan sekolah. 5. Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun. Apabila Kebakaran Berlaku. Tatacara Murid. 1. 2. 3. 4. 5. Menjerit api!, api!, api!. Bunyikan loceng kecemasan. Gerakkan rakan-rakan yang masih tidur. Bergerak ke kawasan yang lapang untuk diambil kedatangan. Laporkan kepada guru dan pengawas asrama

Tatacara Guru /PK HEM. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Telefon Bomba dan Polis Bantu dan kawal murid keluar daripada kawasan kebakaran Ambil kedatangan murid Hubungi ambulan / Hospital Buat laporan bertulis di Balai Polis tentang sebarang kehilangan dan kerosakan. Hubungi ibubapa jika ada murid terlibat sebagai mangsa. Buat laporan ke Jabatan Pendidikan Negeri. Uruskan tuntutan Insurans Takaful sekiranya ada murid jadi mangsa.

You might also like