Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tulisan Jawi

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabadabad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Tulisan Jawi di gunakan hanya selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan terawal yang digunakan di Nusantara adalah tulisan Pallava Grantha yang berasal dari India selatan. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor, Kerajaan Islam Melayu Patani dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[1] Nama Bentuk huruf Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata Padanan Rumi a b t s, (th) j h, () c kh d z, (dh) r z s sy s, () d, () t, () z, () awal: a, i, u; akhir: k, () gh

alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai sin syin sad dad ta za ain ghain

nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya ye nya hamzah ta marbutah
Catatan:

ng f p k, q, (q) k g l m n w, u, o v h y, i, e taling e pepet hujung ny awal: gugur; akhir: k, () t, h, ()

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab. 2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

You might also like