Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Matlamat PPPM 1

"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program kepanduan yang berkualiti"
Objektif 1 Objektif 2 Objektif 3 Objektif 4 Objektif 5 Objektif 6

Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan kepanduan yang berkualiti di peringkat Cawangan Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli Meningkatkan prestasi pemimpin Meningkatkan jumlah ahli Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

Objektif 7

Matlamat PPPM 2
"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya"
Objektif 1 Objektif 2 Objektif 3 Objektif 4 Objektif 5

Menonjolkan imej moden Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia) Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita) Menjadikan kepanduan sebagai pergerakan pendidikan Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul Mempromosikan kewujudan kepanduan di rantau Asia Pasifik Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia

Objektif 6 Objektif 7

Matlamat PPPM 3
"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan"
Objektif 1 Objektif 2

Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program kepanduan kepada wanita remaja dan dewasa

Objektif 3

Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan Agar bekas ahli atau tokoh kepanduan memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat kepanduan dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

Objektif 4

Objektif 5 Objektif 6

Objektif 7

Latar Belakang PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia. PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli : Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian

dan kognitif. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia. PROGRAM KEPANDUAN juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN. RANCANGAN KEPANDUAN yang bersesuaian disediakan di semua peringkat pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan. Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah Duke of Edinburghs Award atau kini dikenali sebagai International Award Association.

Tujuan PPPM
PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program kepanduan mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan kepanduan seluruh dunia.

Persetiaan & Undang-Undang Kepanduan


Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Kepanduan

Piagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

Misi & Visi


Misi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat."

Visi

"PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok."

Nilai-Nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi

Kasih Sayang Bantu-membantu

Objektif Am
Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain.

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia


Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanakkanak di dunia.

Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Pandu Puteri Tunas. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Pandu Puteri Tunas berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna. T Tolong orang selalu U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara N Nilai hidup yang murni A Akhlak yang utuh S Selalu senyum tanda persahabatan P Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri U Utamakan tanggungjawab sendiri T Tabah menghadapi cabaran E Erat dalam perpaduan R Rela berkhidmat untuk masyarakat I Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Bagi ahli baru, mereka akan menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pek Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-persetiaan ini, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Untuk mencapai kecemerlangan yang lebih, mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas, di samping mengambil ujian Lencana Kecekapan yang digemari. Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh dengan ikrar yang dilafaz. Ikrar ini menunjukkan bahawa seorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Ikrar Pandu Puteri Tunas berbunyi begini: Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya

kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. Terdapat dua undang-undang Pandu Puteri Tunas iaitu: Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas


Cogan kata Pandu Puteri Tunas adalah 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas


Nama kumpulan Pandu Puteri Tunas adalah terdiri daripada nama-nama bunga, seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.
Melur

Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga

Siantan

Teratai

Kesidang

Cempaka

Kenanga

Pakaian Pandu Puteri Tunas


1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang 2. Seluar Panjang biru tua 3. Skaf coklat 4. Lambang kumpulan 5. Lambang Negeri 6. Woggle 7. Lencana dunia 8. Flashes bahu 9. Stoking hitam 10. Kasut hitam

Kategori Keahlian
Keahlian setiap Pasukan / Guild Minimum Maksimu m

(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)
Katego ri Ahli Aktif / Tidak Aktif

Umur

Bahagian

Tempat Penubuhan / Nota

Pasuka 12 n 12 16 08 08 08 08

36

Di Pandu Puteri bawah Kelip-Kelip 6 tahun 6 12 Pandu Puteri Tunas

Pra-sekolah

Ahli Aktif

36 36 36 50 50 50

Sekolah Rendah Sekolah Menengah Rendah Sekolah Menengah Atas Institut Perguruan Institut Pengajian Tinggi Taman Perumahan, Tempat Kerja, Daerah, Negeri, Kebangsaan

12 15 Pandu Puteri Remaja 15 18 Pandu Puteri Renjer 18 ke atas 18 ke atas 18 ke atas 18 ke atas 21 ke atas 24 ke atas 24 ke atas 24 ke atas Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Siswi Pandu Puteri Dewasa Penolong Pemimpin Pemimpin Bakal Jurulatih Jurulatih Pesuruhjaya Guild Trefoil Pandu Puteri Raja Mantan Ketua Pesuruhjaya

Guild

Bebas Bebas Bebas

18 ke atas 18 ke atas 18 ke atas

Bekas ahli Pandu Puteri Untuk Pandu Puteri Raja Untuk mantan Ketua Pesuruhjaya, Ahli Lembaga Eksekutif

Kebangsaan, Ketua Pesuruhjaya Cawangan Pasuka 08 n 08 50 50 18 ke atas 18 ke atas Sahabat Pandu Puteri Sukarelawan Pandu Puteri Wanita berumur 18 tahun Ahli ke atas Tidak Aktif Lelaki & wanita berumur 18 tahun ke atas

Prosedur Pendaftaran
1. Sedia dan lengkapkan dokumen berikut:

i. ii. iii.
iv.

Lampiran "C" - Borang Pendaftaran Sementara Pasukan / Guild Lampiran "D" - Borang Keahlian Ahli Dewasa / Pemimpin Lampiran "E" - Borang Senarai Nama Ahli Pasukan / Guild Lampirkan bersama Borang Pendaftaran Pasukan / Guild yang ASAL. Borang ini boleh diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan / Guild) Yuran Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Baru) 2. Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild RM 5.00 Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:

v.

vi.

i. ii.

Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor Akaun : 1403-0030238-007 Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk setiap pembayaran. Sila rujuk Lampiran "B" untuk kategori Pasukan / Guild dan jumlah keahlian untuk setiap Pasukan / Guild.

2. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula Sebelum 31 Mac setiap tahun Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:

i.

Dikutip setiap tahun oleh Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia

ii. iii.

Nombor Akaun : 1426-0006320-004 Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran. RM 250.00 sekali bayar Untuk ahli berumur 35 tahun ke atas sahaja

2. Ahli Seumur Hidup

2. Sijil Pendaftaran Sementara untuk Pendaftaran Baru dan Penamaan Semula Nama
Pasukan / Guild akan dikeluarkan serta-merta setelah dokumen yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sijil ASAL akan dikeluarkan dalam tempoh SATU BULAN selepas Sijil Pendaftaran Sementara dikeluarkan.

3. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia
di alamat berikut: Wisma Pandu Puteri Peti Surat 1121 Jalan Pantai Baharu 59700 Kuala Lumpur Tel : 03-22827776 / 22840229 / 017-6834303 Faks : 03-22826579 E-mel : panduputerimalaysia@gmail.com Laman Web : http://www.panduputeri.org.my

Aktiviti
Aktiviti Akan Datang di Malaysia
(Klik nama Aktiviti untuk maklumat lanjut)

Permohonan untuk "Asia Pacific Resource Pool"


Tempoh Tiga (3) tahun Perkhidmatan Anjuran Asia Pacific Region, WAGGGS Penyertaan Ahli Pandu Puteri Dewasa / Pemimpin / Pesuruhjaya yang berumur 18

tahun ke atas

Prosedur Permohonan

Isi borang Antarabangsa Lampirkan Biodata Pemohon (Curriculum Vitae) Hantar ke Ibu Pejabat PPPM

Tarikh Permohonan dibuka sepanjang masa. Setiap Negara Ahli hanya boleh Permohonan mencalonkan tiga (3) orang untuk ke kumpulan ini setiap tiga tahun. Kelayakan

Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang yang dicalonkan Dari satu Negara Ahli Terbuka kepada Ahli Aktif atau Staf Negara Ahli Fasih berbahasa Inggeris Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi Berpengalaman dan berkemahiran dalam berinteraksi secara positif dengan individu dan kumpulan dewasa Mempunyai kemahiran asas computer dan boleh bekerja menggunakan internet serta menghantar laporan dan dokumen secara online

Muat Turun

GuideliinesNewAPResourcePool2008CC.pdf

You might also like