Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Komponen Penting Dalam Latihan Kaunselor Di Malaysia

Ng Haw Kuen

PENGENALAN Menurut Mark Pope, Muhaini Musa, Hemla Singaravelu, Tammy Bringaze dan Martha Russell (2002), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan kesemua sekolah terutama sekolah menengah patut mempunyai guru panduan masing-masing (Guidance Teachers) pada tahun 1963. Peristiwa ini merupakan perintis kepada perkembangan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di negara ini. Pada tahun 1960an, ia lebih menintikberatkan kepada panduan kerjaya dan pelajaran di sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Namun Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah memperkembangkan lagi perkhidmatan ini dengan menyatakan: Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja. Pada hari ini, Akta 580 atau Akta Kaunselor 1998 telah sekali lagi membuktikan kepentingan perkhihdmatan bimbingan dan kaunseling di negara ini. Bilangan Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan telah mencapai 1746 orang (Lembaga Kaunselor Malaysia, 2010). Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan nisbah 1 kaunselor untuk 500 orang pelajar di setiap sekolah. Jawatan Pegawai Kaunseling Psikologi yang setaraf dengan Pegawai Psikologi Klinikal dan Pegawai Psikologi juga telah diwujudkan di institusi kerajaan (Othman Mohamed, 2008). Dari peristiwa atas, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mengambil tempat di negara kita, tetapi tanpa komponen latihan kaunselor yang efektif, adalah mustahil bahawa kerjaya ini boleh terus berkembang maju.

PIAWAI DAN KELAYAKAN LATIHAN KAUNSELOR Piawai dan kelayakan latihan kaunselor ini dihasilkan oleh Lembaga Kaunselor pada tahun 2003 yang membincangkan latihan minima untuk melayakkan seseorang berdaftar sebagai seorang kaunselor. Tiga bahagian dalam Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor ialah: a. Kerangka Pengakreditasian b. Kurikulum Latihan Kaunselor c. Piawai Praktikum dan Internship Untuk lebih memahami aspek latihan kaunselor, maka beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu pecahan kursus, pengiraan nilai jam kredit dan bidang kursus pengajian.

Pecahan Kursus adalah seperti berikut: Komponen Ijazah Sarjana Muda (Kredit) 66 3 6 45 Diploma Pasca Ijazah (Kredit) 33 3 6 6 Sarjana (Kredit) 33 3 6 6

1. Teras 2. Praktikum 3. Internship 4. Elektif

Jumlah

120

48

48

Jadual 1 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

Nilai 1 Jam kredit atas dikira dengan formula berikut: Perkara Kuliah Tutorial/Makmal Latihan Pratikum Formula 1 jam kredit = 1 jam seminggu X 14 minggu 1 jam kredit = 3 jam seminggu X 14 minggu 1 jam Kredit = 8 jam sehari selama 10 hari di tempat latihan.

Jadual 2 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

Bidang kursus untuk memenuhi keperluan minimum piawai adalah: Teras 1. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 2. Perhubungan Menolong 3. Kepelbagaian Sosial dan Budaya 4. Kerja Kelompok 5. Perkembangan Kerjaya 6. Penaksiran 7. Penyelidikan dan Penilaian Program 8. Identiti Profesional 9. Praktikum Kaunseling 10. Internship 11. Kursus-kursus Elektif dan Projek Penyelidikan Jumlah Ijazah Sarjana Muda 12 15 6 6 6 6 12 3 3 6 45 120 Sarjana 3 6 3 3 6 6 3 3 3 6 6 48

Jadual 3 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

Contoh Kursus Dalam Komponen Latihan Kaunselor Teras


1. Pertumbuhan

Pengenalan Kefahaman tentang teori perkembangan manusia. Kefahaman tentang perhubungan kaunseling dan perundingan dalam proses menolong. Meningkatkan kesedaran suadiri bagi mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien serta memelihara sempadan profesional.

Contoh Kursus Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia Teori Personaliti Psikologi Bilazim Teori Pembelajaran Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Teknik dan Proses Kaunseling Perundingan dalam Kaunseling Kaunseling Keluarga Kepimpinan dalam Kaunseling Teori Kaunseling dan Psikoterapi

dan Perkembangan Manusia

2. Perhubungan

Menolong

3. Kepelbagaian

Sosial dan Budaya

Kefahaman tentang kepelbagaian sosial dan konteks budaya seperti aspek perhubungan, isu dan trend dalam masyarakat majmuk dan berbilang budaya. Kefahaman tentang tujuan, perkembangan dan dinamika kelompok, teori dan kemahiran kaunseling kelompok serta pendekatan kelompok yang lain.

Kaunseling Pelbagai Budaya Kaunseling Silang Budaya Psikologi Sosial Individu dan Masyarakat Antropologi dan Sosiologi Budaya Kaunseling Kelompok Prosedur Kelompok Teori dan Teknik Kelompok Dinamika dan Proses Kelompok Kelompok dan Komunikasi Kelompok

4. Kerja

Kelompok

Teras
5. Perkembangan

Pengenalan Kefahaman tentang perkembangan kerjaya dan faktor yang berkaitan dengan kehidupan.

Contoh Kursus Kaunseling Kerjaya Teori Perkembangan Kerjaya Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel Perkembangan Kemajuan Kerjaya Maklumat dan Perkembangan Kerjaya Ujian dan Pengukuran dalam Kaunseling Analisis Individu dan Kelompok dalam Kaunseling Penaksiran dalam Kaunseling Penaksiran dalam Kesihatan Mental Ujian dan Pengukuran Psikologi Penyelidikan dalam Kaunseling Statistik dalam Kaunseling Taksiran dalam Kaunseling Kaedah Penyelidikan kaunseling Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Kaunseling

Kerjaya

6. Penaksiran

Memberi kefahaman tentang pendekatan individu dan kelompok dalam penaksiran dan penilaian.

7. Penyelidikan

dan Penilaian Program

Kefahaman tentang kaedah penyelidikan, analisis statistik, taksiran keperluan dan penilaian program. Didedahkan kepada kepentingan, peluang dan masalah penyelidikan dalam profesion kaunseling.

8. Identiti

Profesional

Pemahaman tentang semua aspek kefungsian profesional termasuk sejarah,peranan, struktur organisasi, etika, perundangan, pensijilan, perlesenan, kepiawaoan dan pengakreditasian.

Etika dan Perundangan Kaunseling Amalan Profesionalisme Kaunseling Falsafah dan Etika Kaunseling Isu Etika dan Profesionalisme Kaunseling Isu Etika dan Perundangan Kaunseling

Teras
9. Praktikum

Pengenalan Pengalaman klinikal yang diselia dengan tujuan untuk membolehkan pelajar membina dan mengembangkan kemahiran asas kaunseling dan mengintegrasikan pengetahuan profesional. Pengalaman klinikal pasca pratikum yang diselia dengan tujuan untuk membolehkan pelajar menghalusi, meningkatkan dan memantapkan pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran kaunseling di tempat latihan profesional. Kefahaman tentang ilmu-ilmu yang berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Contoh Kursus Makmal Kaunseling Mikro Kaunseling

Kaunseling

10. Internship

Intership di tempat kerja

11. Kursus-kursus

Elektif dan Projek Penyelidikan

Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Kaunseling di Organisasi dan Industri Penyeliaan dalam Amalan Kaunseling Pengurusan Stress Kursus-kursus yang berkaitan

Jadual 4 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

CADANGAN KOMPONEN LAIN DALAM LATIHAN KAUNSELOR Disebabkan pekhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mencabar, maka komponenkomponen latihannya juga harus sentiasa diubah atau ditambah bagi tujuan menyesuaikan diri dengan penggunaan semasa. Selain daripada beberapa komponen yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor, masih banyak lagi komponen yang dicadangkan oleh pengamal kaunseling di seluruh dunia. Gelo (1995) menyatakan bahawa komponen keagamaan dan kejiwaan banyak membantu semasa proses membuat keputusan di sesi kaunseling. Banyak kebaikan apabila mengintegrasikan unsur keagamaan dalam kaunseling kerana ia sangat dapat mengurangkan kemurungan (depression) kanak dan remaja serta masalah pembunuhan diri (Steward, Miller, Breland, Neil, Roberts dan Slavin, 1999). Kemahiran Kaunseling bersama golongan yang kurang upaya seperti penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota badan dan lain-lain juga tidak boleh diabaikan. Golongan ini juga memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti orang biasa sama ada dalam aspek kesihatan mental, perkembangan diri, akademik, seksual, perkahwinan, keluarga, kerjaya dan lain-lain (Julies dan David, 2006). Komponen emosi juga kian mendapat tempat di bidang kaunseling, tanpa pengurusan emosi yang berkesan pada diri kaunselor, sesuatu sesi adalah sukar mencapai matlamat yang diharapkan. Tanpa kemahiran emosi, kaunselor adalah sukar menunjukkan sifat empati, ketulenan, hormat dan seterusnya menjiwai isu klien. Menurut Easton, Martin dan Wilson (2008) apabila kaunselor berurusan dengan klien yang mempunyai masalah tingkah laku yang berat, kaunselor juga akan menjadi lebih emosional berbanding dengan biasa. Masyarakat Malaysia masih tidak begitu terbuka apabila membincangkan isu-isu yang berkaitan seksual, namun kemahiran ini perlu ada pada diri kaunselor kerana mereka mungkin akan berurusan dengan klien yang mempunyai masalah transsexual, gay, lesbian, bisexual (LGB) dan lain-lain. Sehingga kini, ramai kaunselor yang tidak selesa dengan masalah sexual terutamanya klien LGB. Latihan terhadap isu ini harus diberi perhatian untuk tujuan mengenal pasti dan membantu golongan minoriti ini mencapai kesejahteraan dalam kehidupan (Uuinn M. Pearson, 2003). Perkembangan teknologi komunikasi dan informasi (IT) banyak membantu dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Telekaunseling dan ekaunseling sering dibahaskan berkaitan keduduknya di profesion kaunseling (Elleven dan Allen, 2004). Untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan kemahiran IT adalah sangat diperlukan. Pelbagai peralatan online seperti facebook, email, chatroom, instant messager, bulletin board system dan lain-lain

amat berkesan dalam usaha mempromosikan perkhidmatan, menjalin perhubungan awal dan pemantauan klien (Herr, E.L. dan Best, P.L. ,1984). Satu sistem pendidikan lanjutan atau perkembangan staf juga boleh dipertimbangkan oleh Lembaga Kaunselor kepada ahlinya yang hendak membaharui perakuan amalan pada setiap dwi-tahunan. Tindakan ini dapat memastikan kemahiran ahli pengamal kaunseling berada pada tahap yang optimum serta menjamin mutu perkhidmtan kaunseling di negara ini.

RUMUSAN Peringkat Pengajian minimum yang diterima untuk tujuan pendaftaran kaunselor berdaftar dari 2003-2010 oleh Lembaga Kaunselor adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Keadaan ini sangat berbeza dengan negara barat di mana hanya peringkat Sarjana yang dibenarkan menjalankan amalan kaunseling (Spencer G. Niles and Robert H. Pate, Jr. ,1989). Hal ini berlaku mungkin disebabkan permintaan tinggi terhadap pasaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), tiada seorang pun boleh mengamalkan, menjalankan atau mengendalikan amalan sebagai seorang kaunselor jika tidak didaftarkan dan tidak mempunyai perakuan amalan dari Lembaga Kaunselor. Walaupun negara kita berdepan dengan masalah kehausan kaunselor, tetapi latihan yang diberikan kepada bakal kaunselor tetap tidak boleh diabaikan dan harus disemak sentiasa.

RUJUKAN
Easton, C. , Martin, Jr.W.E. and Wilson, S. 2008. Counselor Preparation, Emotional Intelligence and Implications for Counseling Self-Efficacy: Phase II. Counselor Education & Supervision, 47, 218-232. Elleven , Russell K. and Allen, Jeff. 2004. Applying Technology to Online Counseling: Suggestions for the Beginning E-Therapist. Journal Of Instructional Psychology, 31(3), 222-226. Gelo, F. 1995. Sprituality: A Vital Componet of Health Counseling. Journal of American College. 44-1, 38-40. Herr, E.L. and Best, P.L. 1984. Computer Technology and Counseling: The Role of the Profession. Journal of Counseling and Development, 63, 192-195. Julie, F.S. and David, W.S. 2006. Models of Disability: Implications for the Counseling Profession. Journal of Counseling & Development, 84, 29-40. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993. Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Kaunselor. 1998. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sendirian Berhad. Lembaga Kaunselor. 2003. Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor. Lembaga Kaunselor Malaysia. Direktori Kaunselor. http://www.lkm.gov.my/ (30 Jan 2010). Mark Pope, Muhaini Musa, Hemla Singaravelu, Tammy Bringaze and Martha Russell. 2002. From Colonialism to Ultranationalism: Histrory and Development of Career Counseling in Malaysia. The Career Development Quarterly, 50, 264-278. Othman Mohamed. 2008. Amalan Penyeliaan Kaunseling. Serang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Spencer G. Niles and Robert H. Pate, Jr. 1989. Competency and Training Issues Related to the Integration of Career Counseling and Mental Health Counseling. Journal of Career Development, 16(1), 63-71. Steward, R.J. , Miller, M.A. , Breland, A. , Neil, D. , Roberts, A. dan Slavin, R. April, 1999. Religion as an Important Component of Diversity: Religion in Counseling Training Programs. Kertas kerja yang dibentang di Great Lakes Regional Counseling Psychology Conference, pada 22-23 April 1999, Columbus, Ohio. Uuinn M. Pearson. 2003. Breaking the Silence in the Counselor Education Classroom: A Training Seminar on Counseling Sexual Minority Clients. Journal of Counseling & Development, 81, 292-300.

You might also like